Advertlets

Selasa, Ogos 18, 2009

Yeay, abah dah balik!

Kalau tertanya-tanya kenapa blog ini laju je terkemas kini tapi FB sepi membisu. Aku ada penjelasan yang sangat menyakinkan.

1. Aku tak suka, suka-suka hati bagi tahu apa mende yang ada dalam kepala otak aku tiap kali FB tanya aku "what's in your mind?'. Sila 'mind your own bisnes ye FB'.

2. Juga aku suka tulis meleret-leret, panjang-panjang, jadi menulis pendek-pendek 2-3 patah perkataan seperti motto hidup bukan kesukaan aku. Jadi nak tulis tajuk blog pon aku kadang-kadang padam 2-3 kali.

3. Kat blog orang tak ramai ambik endah, jadi boleh tulis suka-suka hati tanpa menjaga hati orang dan tak perlu risau orang yang sipi-sipi mengenali kita menyelami rasa hati kita.

Tapi, sebenarnya bukan ini tujuan aku menulis kisah hari ini. Hahah. Panjang tak intro?

Isi sebenarnya cerita kali ini aku baru balik bekerja di luar kawasan lagi. 2 hari je. Jadi aku ingin menambah koleksi nama-nama unik yang aku jumpa sepanjang jalan kali ini. Jalan yang sama, tapi aku baru terperasan untuk menambah koleksi nama-nama ini.

Kedai Runcit - Jiranku Mini Mart
Antara jalan Segamat - Gambang. Khas buat jiran-jiran dia membeli belah agaknya.

Nama tempat - Desa Temu Jodoh
Antara Segamat dan Yong Peng. Aku dah masuk berpuluh kali mungkin melintasi lalu kawasan desa ini dalam tempoh masa 6 tahun bekerja ini, tapi tak bertemu jodoh pon kat sini, mungkin kena bermalam kat sana kot. Juga kot sapa-sapa yang belum bertemu jodoh, mungkin boleh cuba bawak berjumpa dengan ketua kampung kawasan ini.

Nama taman - Taman Desa Solehah
Kerteh. Ini kat satu papan tanda, taman baru dibuat. Masih dibuka untuk jualan. Harapnya semua anak dara di sana menjadi Solehah betul. Tapi anak terunanya?

Nama gerai - Gerai Simple
Kemaman. Gerai ini jual nasi dagang, nasi lemak, nasi minyak. Aku tak tahu kat mana yang simple nye. Tapi nasi dagangnya sedap seadanya.

Kali ini, aku dapat bergerak bertugas di luar kawasan tanpa anak-anak teriak. Sebab ada menda lain yang menjadi penarik perhatian mereka pada waktu itu. Tapi, aku mendapat juga laporan yang mengatakan mereka berdua adik beradik tidak mengendahkan tawaran ummi mereka untuk membacakan buku cerita sebelum mereka tidur untuk 2 malam tersebut. Nak abah jugak yang baca kan. Kan tak pasal-pasal je. Ammar yang baru bangun terus tunjuk buku kat aku. Hahah. Sekian sahaja.


7 ulasan:

noorafzan.blogspot.com berkata...

uish..ada bendamenarik perhatian ammar dan aqil..
apekah itu?

menarik ar nama2 place tu bang Adam.
Desa temu jodoh paling syiok..
ahaha!

Syila berkata...

Haha Desa Temu Jodoh...agak2 lelaki kat sana sume pasang lebih kannn....ngeri

anur malati berkata...

tajuk tuh kene tukar la.. 3 cerita berbeza tp yg related dgn tajuk ciput jer.. ^_^

Adam Ruslan berkata...

^afzan^

Dorang sedang asyik main payung serta hujan masa itu. Jadi mood adalah seronok.

Nama tempat itu kira modal bercerita je.

^Syila^

Tak tahu la benar ke idak keberkesanan nama tempat itu kan. Nak cuba? Hahah.

^Anur^

Rasa dah bertepatan dah tajuk tu. Hahah.

d u t a berkata...

+ sweet +
cerita last part sweet... perhh... 2 nescafe minum, nak habiskan 2 story... lalalalalal

shooter berkata...

skang dah ada teknologi 3g video call macam dalam iklan nokia tu...kalau pakai nokia la. ipon....hampes fail...fail jugak kalau tak subscribe video call atau tak reti cemane nak video call...larikkkkkkkkkk

Adam Ruslan berkata...

^duta^

Takpe, nescafe syarikat tv sponsor. Boleh minum banyak mana nak minum.

Bila nak dapat kad nih?

^redghost^

Simcard tak 3G.
Henpon tak 3G.
Henpon tak de video call.
Line ada video call free.
MMS free.
Maka aku MMS video je.
5-6 saat je pon.
Dan anak-anak mainkan video itu ulang-ulang sampai boring.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...