Advertlets

Khamis, Disember 31, 2009

Sinetron Dramalova - XXV Tromsformees

Esok pagi kene bawak Pablo pegi klinik. Kena bangun awal dari biasa dan bersiap awal dari biasa. Itu azam Marcia dan Diego untuk malam sebelumnya sebelum mereka lena menutup mata (nota: separa benar sebab mata Diego selalunya separuh terbuka bila tengah tido). Azam tak perlu tunggu tahun baru. Tiap hari baru boleh dicipta azam baru sebenarnya.

Keazaman dan iltizam yang tinggi boleh membuatkan kita bangun awal dari biasa. Jadi sesudah subuh, Diego sambung tidur semula. Marcia sambung mengerjakan hal-hal pembasuhan pakaian dan alat-alat bantuan tidur yang tertunda semalam. Ada alat-alat bantuan tidur yang terkena urin Rodriguez malam semalam. Tidur Diego nampaknya tidak berapa lama. Dikejutkan secara mengejut oleh Marcia, walhal ada lagi 25 minit dari perancangan awal untuk pergi ke klinik.

"Abang, bangun kejap, tolong ayang". Marcia tergesa-gesa mengejut Diego bangun.

Diego secara tersentak terus bangun. Menuruti Marcia dari belakang. Dengan mata terpisat-pisat, mereka menghadap mesin basuh.

"Mesin Tromsformees nih dah telan bantal kekabu kita, suruh dia spin dia gegar, suruh dia luah keluar dia tak nak luah" Marcia mengadu.

Dalam hati, Diego mula berdetik. "Aku bela kamu Tromsformees dah masuk 4 tahun, hari ni pepagi ko buat hal pulak".

Mula-mula dia cuba mampatkan semua, supaya kerongkong Tormsformees betul-betul seimbang. Kemudian Diego cuba untuk spin. Gagal. Tromsformees macam terhuyung hayang mabuk brandi. Kepala mengeleng-geleng. Bergegar pada skala 100m/s amplitud dengan satu spektrum 1x yang amat tinggi keluar dari graf. Tidak seimbang.

Dicuba 2-3 kali, tektik itu ternyata gagal. Tromsformess nampak semakin lemah.

Diego mencuba untuk menarik keluar bantal tersebut dari kerongkong spin Tromsformees. Tersangkut. Bantal kekabu saiz buat tidur nyenyak itu ternyata sangat mampat dan penuh air. Kerongkong Tromsformees pula berbibir ke dalam, membuatkan proses menarik keluar tampak sangat sukar.

"Tromsformees, yang ko telan tak nak luah-lauh balik bantal kena air urin Rodriguez ni kenapa?" Diego mula membentak dalam hati. "Sedap ke?" Tanya Diego lagi. Bercakap dengan Tromsformees tak perlu diluahkan, hanya di dalam hati.

Tromsformees tak menjawab, kerongkong penuh dengan bantal kekabu, cemana nak jawab.

Diego cuba cara lain, direlai-relaikan kekabu bahagian atas bantal. Kemudian cuba untuk spin. 2-3 kali berbuat demikian, Tromsformees mula memberi kerjasama. Bantal mula di spin. Tapi putarannya tidak terlalu laju kerana beban yang berat lagi padat. Tromsformees hanya berdaya untuk berbuat demikian untuk sebentar sahaja.

Diego mula nampak sinar kejayaan. Bantal kekabu sedikit berkurangan kuantiti airnya. Ditarik keluar lagi. Kali ini nampak sedikit berhasil.Tapi masih sukar. Tak sampai 1/3 yang keluar. Marcia datang membantu semula. Dia cuba juga menarik keluar. Tapi sekali dengan Tromsformees yang terangkat. Bantal tersangkut teruk di bibir ke dalam Tormsformees.

Marcia mula mengeluarkan alat bantuan khasnya. Alat ini adalah senjata sulit kegunaan rutin hariannya dalam apa jua keadaan. Ia berasaskan kayu. Berbentuk seakan sudip dapur, tapi ini alatan khas. Orang tua kata, mesin Tromsformees takut dengan kayu berbentuk sudip dapur, boleh menyebabkan kemurungan kalau diketuk. Diguna alatan khas itu untuk menyenduk keluar bantal, nampak sedikit berjaya. Tapi disebabkan kandungan bawah bantal yang agak mampat dengan kekabu basah, usaha itu tidak membuahkan hasil.

Marica serah kembali buat Diego. Kali ini, Diego tidak lagi menggunakan kekerasan. Mesin juga perlu sentuhan dan belaian penuh mesra kasih sayang. Diego kaut sedikit demi sedikit kekabu yang mampat untuk dipindahkan ke bahagian yang sudah keluar. Kemudian tarik sedikit demi sedikit. Usaha yang memeritkan hujung-hujung jari mulus Diego ini mula menampakkan hasil.

Setelah bertarung lebih kurang 15 minit, Diego sedar dia sudah berpeluh macam bersukan walhal baru mangkit tidur je. Otot-otot tangan mula terasa seperti didiami asid laktik. Lesu. Usaha yang tampak sedikit demi sedikit itu diteruskan. Bila terjumpa bucu bantal yang ke tiga, Diego tahu ia tak lama dah. Bahagian bawah bantal yang tersangkut dah membulat macam bola.

Diego capai alatan khas Marcia tadi, sambil memeluk bahagian bantal yang dah keluar, sambil menyenduk bahagian yang tersangkut. Sekejap sebelah kiri, sekejap sebelah kanan. Dipulas-pulas pula. Tromsformees mula merasakan kerongkongnya mula lega. Dia juga cuba membantu Diego.

Akhirnya.. Bantal kekabu basah berjaya dikeluarkan. Diego menepuk-nepuk Tromsformees, bantal kekabu diletak jauh dari pandangan Tromsformees. Agar dia tidak kecil hati atau masih bernafsu untuk menelan bantal kekabu.

"Tromsformees, lain kali kalau nak makan, mintak kain, baju dan seluar je dengan Marcia ye, yang mengada order selera bukan-bukan ni apahal?" Diego berpesan.

Tromsformees angguk. Diego harap Tromsformees akan kembali sihat dan kuat seperti biasa, walaupon hampir tak berdaya menelan bantal kekabu tadi.

Bantal kekabu pula kelihatan sudah mengalami kemurungan. Mungkin nyawa-nyawa ikan lagaknya. Keras lagi tidak kering sepenuhnya walau sudah 2 hari dijemur terik matahari. Khidmatnya mungkin akan tamat bila-bila masa sahaja.

Tromsformees memang kekadang berselera ganjil dengan bantal kekabu, walhal itu bukan makanan ruji dia. *Kredit gambar.

Notakaki amANI: Sedar tak sedar, setahun lengkap sudah kisah Sinetron Dramalova masuk panggung. Bermula pada Disember 2008, 25 kisah penuh, 1 kisah bonus dalam SD The Buku, 2 cerita Disebalik Tabir, 1 entri Testimonial serta 1 kisah mini SD. Gigih weh. Mekasih kepada semua yang mengunjung masuk blog ini. Datang dan baca pon aku hargai. Moga yang ditatapkan boleh dijadikan sandaran dan panduan, jangan disimpan hasad dan dengki untuk mana-mana kisah sekalipon, kecuali bila aku riak dan takbur je. Itu kelemahan aku sendiri. Jumpa lagi tahun hadapan. Tahun depan Diego sibuk kot.

Rabu, Disember 30, 2009

Tulis-tulis - font


Aku ingin meminta jasa baik pereka grafik sambilan terulung hotel-hotel seluruh KL untuk mencipta font seperti di atas buat kegunaan rasmi aku. Untuk tulis blog, tulis status FB, tulis emel serta hal-ehwal yang memerlukan aku menaip. Namakan sahaja font itu tulisan tangan Adam.
Emel tau kat aku nanti dah siap.

Harap dia membaca entri ini, sebab dia sibuk hal-hal berita luar negara sekarang. Zizie Ezette plak malas nak komen status kenduri dia. Tambah payah dia nak menterjemah berita.

Ke nak kene siap tulis semua huruf? Kene la cari kereta lain hat tak basuh berabuk dulu untuk buat A-Z huruf kecil dan besar.

Isnin, Disember 28, 2009

Kanak-kanak Memang Riang XX

Alang-alang hantar Yam kat KLIA hujung minggu baru ni, sekaligus la aku hantar bebudak berdua tuh naik kapal terbang. Bukan selalu dapat peluang percuma macam nih. Dorang kemain seronok. Naik je tak ingat dah nak turun. Elok pulak bila turun kapal terbang ada bas bulu tangkis (shuttle bas) dah tunggu kat bawah. Lagi seronok. Dua kenderaan awam yang best untuk kanak-kanak. Hebat. Dashyat.

Releks-releks je aku kasik kebenaran untuk Ammar dan Aqil naik kapal terbang itu hari. Sempat juga pesan kat Aqil. Nanti naik kapal terbang elok-elok. Jangan buat perangai dengan orang lain, jaga adik sama. Nak naik tangga tu tengok-tengok juga, jangan laju sangat. Kalau ada tali pinggang tu, pakai. Takpela abah dengan ummi tak ikut pon, Aqil dan Ammar dah tau dah semua tu. Abah tunggu kat bawah sudah.

Hati gembira je dapat hantar dorang nak naik kapal terbang secara bersendirian. Untung budak-budak zaman sekarang, naik kapal terbang macam naik basikal. Bila-bila boleh naik.

Zahin pon turut serta menemani mereka dalam aktiviti berketerujaan tinggi ini. Tak kisah apa dah dorang semua. Berseronok je dorang tahu.


Ni gambar kapal terbang buat mukadimah je, tak de kene mengena dengan ini cerita.

Ni baru bukti bergambar sebenar. Heheh.

"Aqil, naik tu tengokkan adik jugak ye"


Ammar dah siap naik bas lepas turun je dari kapal terbang, Zahin terpaksa menarik Aqil turun dari kapal terbang, satgi bas tinggal cemana?, Naya.

Rabu, Disember 23, 2009

Catatan Diego - Tebolah@Kerja

Marcia selalu kata Diego tebolah. Tak tau tebolah? Lok laq kalau orang kampung Diego kata. Diego kata mana ada. Sikit punya teliti macam jarum peniti ada la.

Tapi macam biasa, meh kita imbas kepala otak Diego untuk mengorek rahsia itu. Ini antara siri-siri yang menjadi ingatan sikap terbolah Diego yang sangat memberi kesan dari segi tecatat kukuh di dalam fikirannya tapi masih dapat nyenyak tidur malam. Letih kudrat je.

1. Diego baru je kurang dari setahun bekerja. Dapat pinjam komputer riba kompeni. Kena buat analisis getaran untuk syarikat pelanggan. Tinggal 5 mesin je lagi nak abis. Masa kerja hari Jumaat itu pon dalam 2 jam lagi nak abis. Diego ingat nak salin laporan masuk pemacu jejari USB yang tika itu sangat rare. Sepatutnya hanya perlu padam isi kandungan sedia ada, tapi Diego format. Bukan format pemacu jejari. Terformat cakera keras komputer riba. Azabnya sangat pedih. Data sedia ada tidak dapat diselamatkan walau digodek pakar dari negara jiran. Sehari Sabtu dari tengahari sampai 4 pagi Ahad, Diego bermalam di pejabat yang ekonnya sejuk tak bleh nak ejas bertungkus lumus buat balik laporan bagi siap.

2. Membuat sirip ikan paus pada pintu kereta kelas pertengahan sendiri. Tak yah cerita banyak. Memang sedih hal ini.

3. Tika dalam satu lawatan ke negara orang. Melihat sistem pemantauan getaran secara atas talian sebuah syarikat pemproses air. Pada satu pam air yang agak besar tinggi orang dewasa yang tengah berjalan dengan rancaknya. Ketika menjenguk kepada mesin yang telah diletakkan penderia getaran, dada Diego tersentuh satu suis merah. PELEPOWW! Padam pam tersebut dengan satu bunyi kuat, nasib pam itu ada 2. Pam yang satu lagi terjalan dengan automatiknya. Yang datang sekali juga terkejut, tapi jurutera air itu buat selamba, dia kata biasa terjadi. Jadi Diego buat selamba juga dan terangguk-angguk macam menyelami penerangan yang diberi.

Di dadaku ada kamu (oh suis)

4. Bos kata bila jumpa pelanggan ini, jangan bincang hal harga yang telah ditetapkan. Wajib pertahan harga yang telah diberi. Bila pergi jumpa, bincang punya bincang, Diego bersetuju untuk berunding dan menurunkan harga. Bila dah balik, baru Diego tersedar akan arahan yang diberi. Empangan!!

5. Tika ingin membuat visa. Diego ambil cuti separuh hari. Memandu dari Rio de Janeiro balik rumah Mom & Pa yang dah dalam perjalanan untuk ke bandar Sao Paolo. Temu janji jam 830 pagi esoknya. Lepas makan malam gulai ikan yang sedap, baru Diego teringat. Satu dokumen yang disenaraikan supaya wajib bawa tiada dalam simpanan. Teringat bahawa dokumen tersebut ada dalam laci di pejabat. Diego memandu balik bandar Rio malam itu jugak, pegi terus pejabat, kemudian kembali semula terus ke Sao Paolo. Sampai Sao Paolo jam 8 pagi esoknya. Dokumen itu tidak dibelek teliti pon oleh penemuduga visa. Juga, mereka berbaik hati bagi visa 10 tahun, walhal passport Brazil hanya sah 5 tahun bekerja sahaja.

Editor amANI : Rasa dah lima cukup dulu lah. Betul, mana ada tebolah. Bangang je. Dah dalam puluhan hari terakhir ini, sedap juga menggamit memori kerja.

Isnin, Disember 21, 2009

Chunkies

Kata ganti nama atau nama panggilan mahupon nama samaran adalah sesuatu yang seronok. Seronok untuk dibaca, tapi lagi seronok kalau kita mengetahui kisah di sebalik nama terbabit.

Baru-baru ini, rakan maya yang juga tidak maya aku juga telah menukar nama samarannya. Apa kisahnya? Aku hanya boleh mengaitnya dengan pemahaman aku sendiri sahaja. Dia lebih tahu. Tapi sedap juga, dari hantu dah bertukar menjadi orang betul. Tak gitu? Tapi, tajamnya mana? Heheh.

Memberi nama gelaran juga sedap untuk dilakukan, tambah-tambah buat budak sekolah asrama yang tiap-tiap hari kita tengok muka dia je. Naik menyampah dengan nama kurniaan ibu bapa mereka, diberi nama gelaran oleh kawan-kawan. Juga ada nama gelaran yang diturunkan dari senior kepada junior. Ini juga agak bedebah kerana kadang-kadang, disamakan sahaja riwayat hidup junior yang suci itu dengan senior berkenaan yang penuh sejarah dan calit-palit. Aku dah berkira-kira nak buat entri penuh pasal nama gelaran, tapi belum terasa nak buat lagi.

Aku sudah menaip sampai 3 perenggan pendahuluan ini adalah untuk membuat orang mengamuk membacanya, sebab cerita aku bukan semua yang berkenaan seperti di atas. Cerita aku yang sebenar adalah pada tajuknya. Blog perlu identiti bukan?

'Chunkies' adalah satu perkataan yang masih tiada dalam kamus Oxford mahupon Webster. Yang ada hanya 'Chunk' dan kata seterusnya 'Chunky'. Aku terbitkan nama Chunkies pada awal tahun 1996 masa kami pelajar tingkatan 4 Mawar berkira-kira sambil memerah otak untuk menamakan pasukan bolasepak terhebat kelas kami sendiri. Ia berbunyi agak sedap macam biskut. Kiranya kalau kalah, lemau boleh dijadikan sebagai alasan. Ini adalah satu-satunya pasukan bolasepak bernama sendiri pada waktu itu. *Lemau - patut la asyik kalah je. Hahah.

Dalam kepala, masa menerbitkan nama Chunkies, sudah terbayang rupa bentuk maskotnya. Setelah aku buat lakaran asas, kemudian dipelbagai reka dan diperhalusi oleh Adz, Lobo dan Edex, inilah rupa Chunkies. Juga tiada lagi sebarang karekter yang hampir 100% menyerupai rupa bentuk makhluk ini setahu aku. Harap hak ciptanya masih dan akan lagi terpelihara.

Chunkies yang dingin.

Ada pelbagai lagi rupa bentuk karekter ini dalam pelbagai versi, versi aku, versi Lobo, versi Edex dan dalam pelbagai gaya. Tapi, gaya pegang pistol ini jugak yang menjadi. Sebagai maskot, Edex siap buat cop getah dengan menoreh sebuah getah pemadam jenama Steadler rupa Chunkies ini. Memang gigih. Kalau aku ada bakat melukis macam kartunis, yang sekali lakar terus menjadi, mungkin dah jadi komik pendek dah Chunkies ini. Versi aku, pegang pendang besar dan ada janggut. Kiut weh. Heheh. Tapi bakat melukis atau melakar aku tidak berpotensi. Paling marketing aku pernah buat adalah buat stiker hitam dan putih rupa bentuk Chunkies ini atas kepala motor. Rare punya stiker. Menoreh stiker sendiri secara manual memang asyik.

Kini, aku ingin mencadangkan satu lagi nama sedap. Pihak mana yang belum mempunyai nama samaran sendiri, bolehlah kalau nak cuba untuk menggunakannya. Jadi emel ke, alamat blog ke, nama pasukan bola dalam fantasy footbal ke, nama kereta sendiri ke, nama pokok kesayangan ke, nama dompet kesayangan ke. Jangan bagi nama anak sudah.

Shilantro Porcupyne.

Sedap tak? Aku rasa sedap. Heheh.

Boleh cuba untuk menerbitkan semula nama di atas kepada perkataan asal usulnya kalau terer. Nanti kita sambung asal usul Shilantro Porcupyne pulak. Hahah.


Ini adalah Chunkies yang lebih glamer sekarang. Aku nak royalti weh !

Jumaat, Disember 18, 2009

Hari Ini Hari Minggu


Sapa nak ajak kami pi mandi laut nih? Tak kesian ka kat Ammar yang dah tertido-tido boring main mainan je tiap-tiap hari. Tak pon mandi kolam renang di hotel berbintang pon ok jugak.

Selamat tahun baru, hari Jumaat, hari minggu dan bercuti 3 hari. Hari-hari Sabtu yang masih cuti akan dihargai.

Selasa, Disember 15, 2009

Sinetron Dramalova - XXIV Kasut Korok

Mereka tidak tahu menahu tentang apakah bilangan koleksi selipar jiran mereka. Waima ingin mengambil tahu jenama apa selipar yang jiran mereka pakai. Sebab nak nampak jiran mereka keluar rumah pon jarang-jarang. Lagikan pula menyibuk nak tahu jiran mereka pakai selipar apa. Apa terdesak sangat ke sampai jenis selipar pon ingin diambil tahu?

Selipar rekaan terkini yang dibuat dengan sekali acuan sahaja seperti yang jenama luar negara Korok atau Ahsadis dari jenama tempatan memang menjadi pilihan sekarang. Di mana sahaja, dalam apa jua acara, di atas apa jua bentuk muka bumi dan ruang permukaan, selipar jenis Korok ni boleh digunakan. Untuk bermain golf, mendaki bukit, main air di pasir pantai, pergi kenduri kahwin, masuk jamban mahupon selepas pembedahan jari kaki akibat kandungan gula, selipar jenis Korok memang selesa dipakai.

Pa Diego punyai sepasang Korok yang asli, untuk kegunaan pelbagai kaki beliau yang memerlukan perhatian dan penjagaan yang rapi. Casilas punyai sepasang yang dari jenama tempatan Ahsadis kaler putih yang dia bawak ke luar negara dan pakai kurang lebih 4 tahun sampai hancur tapaknya. Sergio juga punyai sepasang Ahsadis hitam bertapak lembut yang dia pakai untuk segala kegunaan termasuk merentas pantai berlumpur serta kolam ikan berbayar. Diego juga tidak mahu ketinggalan, punyai sepasang kaler biru buat jalan-jalan pergi JUSTUKOR dan segala agenda yang memerlukan kakinya ditunjukkan di khalayak ramai. Sungguh bergaya bukan?

Masa raya dalam 3 bulan lepas, Diego dan Marcia yang mengendong Rodriguez dan Pablo ada menyusur jalan BerTunku dan BerAbdul yang menyediakan kira-kira 3000 gerai jualan pakaian dan aksesori serta segala kaitannya dengan hari raya, sama ramai gerai dengan orang. Diego ada ternampak jualan secara laris kasut jenis Korok ini dengan harga terlebih murah. Rs25 harga sepasang. Siap datang dengan plastik lutsinar cap Korok. Sayang, beg kertas tidak disediakan bagi yang meminati beg kertas berjenama. Katanya rejek dari kilang asli di China. Sebagai pemunya kasut dari jenis yang sama tetapi dengan jenama tempatan Brazil, Diego buat tak endah sahaja promosi sebegitu. Dah ada selipar nak buat apa lagi beli selipar? Kaki ada lapan ke?

Disorot masa ke waktu kini, disebabkan kemeriahan dan kunjungan ramai orang yang datang tika majlis kenduri adik Diego, Sheylda yang kurang meminati namanya sendiri, selipar kegemaran Diego tidak dapat dijumpai. Diego gusar. Bukan kerana ketiadaan selipar itu, tetapi gusar akan pemunya selipar itu sekarang. Selipar itu tidak lagi punyai tapak yang lulus iklan "Eh, selipar Ahsadis, silalah masuk, silalah!". Mahu sadis tergelincir terhentak punggung jika pemunya selipar Diego itu melintasi permukaan lantai licin berair dengan selipar itu nanti. Itu yang Diego gusarkan.

Walau pon kenduri itu sudah tamat kurang lebih 3 minggu lamanya, selipar pengganti belum lagi dicari. Diego pakai kasut 'lobster' (nota editor: loafer) yang dah bermulut buaya sebagai pengganti sementara. Marcia juga teringin sepasang selipar selepas kira-kira 3 pembelian aksesori kaki beliau dalam 3-4 tahun kebelakangan ini adalah berbentuk sandal. Tidak sesuai untuk kegunaan menyidai baju mahupon menyapu sampah di halaman rumah.

Satu persetujuan telah dibuat. Untuk ke Baazar Rio de Janeiro di jalan Laundry pada malam minggu. Tempat tersebut pasti menyediakan aksesori kaki yang teringin sangat dibeli. Moga ada terjual Korok seperti promosi di jalan Bertungku dan BerAbdul. Pastinya jenama Korok yang dituju. Kerana ianya lebih berprestij. Bukan Ahsadis yang kurang ternama, tapi cukup kukuh dan sama sahaja fungsinya.

Baazar Rio de Janeiro memang membuka mata Diego sekeluarga. Tempat ini menyediakan kira-kira 200 gerai-hampar-saprah-dan-jual-apa-sahaja. Mesin rumput ada. Ketuhar gelombang mikro ada. Komputer riba ada. Mainan TROMS FORMEES ada. Dompet kulit ada. Baju bundle ada. Pengikat rambut ada. Sarung bantal ada. Stroller bayi ada. Topi perajurit ada. Pedang bercahaya berbateri ada. Baju kekanak KOSH KOSH ada. Bateri henpon ada. Piring hitam ada. Bedak muka ada. Duit kertas negara lain ada. Pendek kata, lagi susah mencari apa yang tidak dijual disini.

Gerai pertama yang Diego lihat menjual selipar Korok hanya berbekalkan sebuah meja petak 4 segi. Ada 3 pasang sahaja yang ditunjukkan.

"Ini ada saiz lain? Ke ini saja?" Diego bertanya sambil anak-anak dan Marcia tengah ralit tengok pedang bercahaya berbateri.

"Ini je untuk hari ini, stok baru dengan saiz akan datang minggu depan"Remaja penjual membalas.

"Oh, ok. Tapi berapa harga yang ni?" Diego tanya secara tulus ikhlas.

"Yang ini dua Rs110, yang ini Rs130". Remaja penjual menunjuk-nunjuk sambil kelihatan dibelakang meja rakar-rakannya sedang asyik mengira not-not kertas yang tak terhingga banyaknya. Diego terus berlalu tanpa apa-apa soalan. Tertanya-tanya.

Sebelum gerai kedua dapat dijumpai, sedikit cabaran perlu diharungi, kereta mainan BumbleBee 2 bijik bertukar tangan dari pengerai dengan Pablo dan Rodriguez.

Gerai kedua tidak memerlukan sebarang soal jawab. Semua harga tertera pada saprah yang disusun kemas tiap pasang kasut Korok itu. Harga dari serendah-rendah Rs49-Rs129 untuk pelbagai jenis. Ada Korok yang punyai lubang-lubang yang tertulis terus KOROK sebagai lubangnya. Menarik. Tapi masih tidak berpada dengan budget aksesori kaki Diego dan Marcia.

Diego pusing ke gerai ketiga yang ada menghampar saprah dan juga menjual kasut Korok bersama-sama dengan pelbagai jenis selipar lain yang tidak tahu mai mana jenama seperti itu.

"Berapa yang ini?" Diego pegang sahaja kasut Korok yang terdekat dengannya, tapaknya punyai bulatan-bulatan tajam, seakan kasut golf.

"Yang tu Rs130 je bang" Manis je penjual wanita ini menjawab.

Tak jadi dah Diego tanya untuk Korok-korok yang lain. Mahal macam Honda Civic. Padahal Korok tiruan je. Lagi nak jual memahal. Bukan buat guna kulit buaya pon. Kami pengguna bijak la.

"Tak yah lah carik Korok, Ahsadis je sudah" Marcia memberi kesimpulan paling ringkas lagi berguna.

"Kalau harga macam tu, baik kita pergi butik Korok, beli yang dah tentu mahal betul" Marcia tambah lagi.

Walaupon mereka sama-sama tak pernah masuk pon butik Korok yang jual kasut Korok sampai ke siling. Tapi mereka agak-agak, harganya tinggi sama macam siling la kot. Tapi, sungguh pon. Buat apa nak beli yang tiruan lagi terlampau mahalnya sedangkan nanti kenduri, boleh terhilang lagi.

Lusa malam, mereka sudah berjalan beriringan dengan selipar Ahsadis kaler hitam buatan tempatan yang sesuai dengan citarasa masing-masing masuk ke kedai serbaneka 24-jam untuk membeli roti. Jenama berprestij? Lupakan sahaja, ia mungkin membawa riak takbur sesama jiran. Tak baik.

Tamat.
.
.
.
.
.
.
**Babak yang dipotong keluar **

"Dah jumpa yang berkenan?" Marcia tanya.

"Dah, nih" Sambil sengih terseringai. Diego hulur.

"Abang, buat apa pilih yang ini? Ini bukan selipar!" Marcia memprotes pilihan Diego.

"Eh, yang ni selesa, sedap pakai" Diego memperteguh hujah.

"Yang berpenutup jari ni nampak lebar, macam badut restoran makanan segera" Marcia menekan hujah.

"Yang tu yang penting tuh, nanti terlindung la jari dari kecederaan, sungkit gear pon senang, heheh" Diego bagi hujah penamat.

"Hah, pegi pilih satu cepat" Diego ubah haluan hujah.

Marcia pilih yang jenis selipar pergi pantai. Sedap juga. Sama-sama beli kaler hitam. Ahsadis.

(Kamera menyorot ke label, "Belilah jenama tempatan Brazil").

Betul-betul. Tamat.

Khamis, Disember 10, 2009

Cerita 1 - DST Kenduri Shidah

Cerita 'Dari Sebalik Tabir' atau DST sebegini adalah pengisi untuk sesuatu majlis. Ianya boleh dan akan diulang-ulang untuk dilakukan pada kenduri-kenduri lain pada masa akan datang. Aku tak nak la bercerita hal ehwal pengantin, dia pakai apa, dia pi mandi bunga, dia solek kat mana dan sebagainya. Itu biar dia yang buat blog, kasik cerita sendiri. Tak gitu Shidah?

~ Petang hari Khamis, esok Jumaat, hari Raya. Malam Raya, Shidah akan menikah.

Pak Hood adalah satu-satunya anak Tok Wan dan Tok yang berstatus bermukim di Kulim. Mak dah kira status bermustautin di Kulim. Sebab dah separa Kulim separa Subang.

Pak Hood turun jugak petang Khamis tu, jenguk-jenguk mereka yang sedang bertungkus lumus untuk hari itu. Tanya cukup ke tidak kelapa. Kemudian duduk-duduk cari kawan bergebang. Tak da masak apa sangat hari itu, lebih kepada nak jamu 40 orang makan, budak-budak KMK yang membuat pilihan untuk tak balik raya Haji sebab rumah banjir, tiket kapal terbang mahal, bas nak balik semua habis, kawan-kawan ramai serta rumah terlalu dekat untuk selalu balik rumah.

Aku pada masa itu sedang berusaha keras melakukan kerja-kerja persiapan, peluh menitik-nitik, baju kat belakang dah basah lencun, eksesais lari keliling tasik pon tak berpeluh macam ni. Aku cuba sedaya upaya menghabiskan kerja berat ini. Orang yang memandang pekerjaan aku pon tak sanggup nak menerima beban yang berat ini, jadi aku dipertanggungjawabkan untuk kerja ini.

Kerja itu sangat sukar. Lagi memerlukan kegagahan seperti yang aku ada.

Ok. Aku tengah menyapu habuk depan porch rumah. Berat bukan?

Sambil menyapu, aku tegur Pak Hood yang tengah sedap duduk-duduk sahaja di sofa yang baru je dikeluarkan ke porch depan rumah. Tangan kanan sepit rokok, atas meja ada gelas air teh.

"Eh, Pak Hood habis reja awai ka? Ka cuti separuh hari, hari ni?" Aku sapa, sambil melakukan kerja yang tidak kurang beratnya, mengambil penyodok sampah untuk mengumpul habuk yang disapu.

"Aku hari ni pi Sg Tuang" Seraya Pak Hood menyambut. Pak Hood memang pakar gebang bersembang.

"Oooo, kira dari Sg Tuang pastu teruih mai sini la, outstesen la kiranya?" Aku angguk seakan paham. Cuba membayangkan peta negeri Kedah serta daerah Kulim, Sg Lembu aku tau, Sg Keladi aku tau, Sg Karangan aku tau, Sg Sedim aku tau, tapi Sg Tuang ni samar-samar. Dekat-dekat Ceruk Tok Kun kot.

"Haa macam tu la" Pak Hood jawab. Sambil sedut hembus asap rokok.

"Eh, Sg Tuang tu kat mana, ada reja apa kat sana?" Aku tidak dapat lagi membendung perasaan untuk cuba mengemaskini GPS manual dalam kepala otak. Apa guna bagitau orang aku punya kampung kat Kulim kalau tak Sg Tuang pon tak tau kat mana.

"Hang tak tau Sg Tuang?! Sg Tuang? Sg Tuang?" Berkali-kali Pak Hood cuba memastikan, betul ke tidak aku tak tau Sg Tuang. Aku dah terasa macam GPS manual aku sangat koman spanar. Memang tiada dalam memori langsung nama tempat itu.

"Ha la, tak tau, rasa macam pernah dengaq, tapi tak tau kat mana" Aku jawab ikhlas. Memang kalau tak tahu jalan atau tempat, Ezi kata kena tanya. Bukan duduk diam dan pergi Google di kemudian hari. Nahas nanti. Kata Ezi selalunya benar.

Pak Hood tidak terus menyambut jawapan ikhlas aku. Dari tadi dia serius, kini bibir dah sedikit mengukir senyuman. Mungkin sengaja menarik aku supaya lebih bertanya, supaya lagi sedap dia menyimpan rahsia Sg Tuang yang misteri.

"Ala, Sg Tuanggg, tuang?"
Pak Hood ulang lagi.

Serentak aku terus menjawab. "Oooooh, tuang hat tu!" Aku sudah terkena rupanya.

"Ha la, aku tuang reja la harini, takdak reja pon, peruntukkan awai taun dulu dah habih dah, nak reja apa lagi, masuk mesyorat orang tanya status perkembangan, aku jawab sama seperti bulan sebelum ini, dah memang tak dak budget dah".

Pak Hood sambung lagi yang tahun depan dia nak selesaikan budget yang kompeni pusat bagi dalam awal bulan 6. Siap semua kerja, dia boleh pi Sg Tuang setengah tahun.

Aku habiskan kerja berat aku cepat-cepat. Bukan sahaja memori GPS manual sahaja yang tak terkemas kini, tapi aku disekolahkan kelas bahasa Kedah pulak. Kampung kat Kulim konon. Ceh.

Kerja paling ringan mata memandang. Isi telur dalam bekas. Juga makwe ramai amat.

Selasa, Disember 08, 2009

Dugaan Bertambah

Ini sambungan kisah Dugaan yang dibawah. Aku berterima kasih untuk panduan serta harapan yang diberikan oleh post terdahulu. Sekarang aku nak sambung kisah Dugaan yang sudah selesai. Dah setel baru boleh cerita, baru teruja membaca. Ye dak? Tapi cerita ini meleret-leret panjangnya. Kalau bos takda, tak rasa nak terkucil, kerja tak menimbun, boleh mula baca. Series aku kata panjang.

~Selasa

Setelah melihatkan tarikh yang telah berlalu 27 November itu, aku releks-releks amik kain, bubuh wax, kasik hilang kecalaran bonet depan, kereta baru cat penuh keliling bila calar mahu tercalar hati pemunya, ingat senang nak bayar ansuran duit cat satu kereta? (*i luv u mak!).

Lepas setel kasik wax, aku kasik jek pula tayar belakang, mencari arah punca kebanjiran misteri. Terbaring dari segala segi, memang tak jumpa. Hal minyak menitik pon aku cari. Juga tak tahu apa punca. Aku givap. (*mekasih untuk brader Shooter, hang punya penyelesaian aku belum buat, tapi aku rasa relevan, untuk Juan, aku pegang hang kata tak payah risau kalau takat setitik dua, tapi aku tak rasa gasket bocor la, suhu masih ok)

Masuk dalam, makan nasi. Bila dah sedikit lewat petang, aku sembang kat Ezi. Road tax mati. Ezi hairan. Macammana aku tak boleh perasan. Aku hairan juga, cemana aku boleh tak terlintas nak perasan.

Secara amnya, aku sangat tersibuk di dalam hati dan pikiran untuk minggu sebelum aku nak cuti 2 minggu itu, bila masuk minggu aku cuti, aku sibuk pulak dengan kelas latihan. Kemudian sehari sebelum cukai jalan mati, aku dah kat Kulim. Kereta aku tak kelebet dah lepas tuh, sebab banyak menumpukan perhatian kepada aspek-aspek yang berlaku di rumah Kulim. Boleh kata tiap-tiap hari adalah hari kenduri. Masak dan makan, kemas. Masak lagi, makan lagi, kemas lagi. Dan begitulah dalam 4 hari berturut-turut.

Untuk memudahkan aku, aku terima sahaja bebelan Ezi. Memang salah aku. Cuma aku perlukan idea, cemana nak setel hal ini. Hari itu dah lewat Selasa. Jumaat aku dah nak gerak dari Tumpat. Aku terlintas nak cek dengan MyEG. Iklan yang lewat kini banyak terkeluar masa tengok bola kat Estro. Kot-kot Scha Al-Yahya boleh hantar terus depan pintu rumah Tok Mek nih, seronok jugak.

Aku bukak laptop, aku cucuk USB berukbeng, rumah Tok Mek yang ini juga punyai liputan Selkom tau, tapi GPRS je. Kira-kira 5KBps sahaja lajunya. Laju lagi talian 'dail-up' kalau nak tahu. Tanpa belengah, terus aku carik MyEG. Jumpa, baca terus cemana nak buat permohonan cukai jalan secara atas talian. Memang boleh dibuat tanpa perlu geran asli tapi kena ada buat insurans dahulu.

Aku cek pula web Maybank, cari insurans Etiqa Takaful, juga boleh buat atas talian tanpa perlu surat atau salinan insurans sebelum ini. Semua dokumen penting ini mana la nak letak dalam kereta, melainkan kereta hangpa adalah sebuah perpustakaan bergerak. Boleh je nak sumbat segala macam kertas dan buku-buku. Aku isi-isi terus segala menda yang diperlukan untuk buat insurans. Aku tak tau NCB berapa, aku telefon bank yang pegang geran kereta aku, dia bagitau. Selesai. Aku agak-agak je nilai pasaran kereta aku, ingat-ingat lupa harga yang diinsuranskan terdahulu. Belasah je.

Masa orang takaful buat insurans kat aku, depa bagi lebih insurans untuk cermin depan je, tapi sebab ini buat sendiri, aku amik juga insurans untuk banjir serta kelalaian pemandu, penting woo. Untuk rusuhan atau kerosakan awam aku tak amik, sebab aku tak teringin nak join mana-mana rusuhan buat masa terdekat ini. Buat perabih kederat je.

Tapi memang ingin dijadikan cerita berdugaan, dah sampai langkah terakhir, langkah untuk pembayaran guna Meybank2u, tetingkap yang patut muncul tidak tiba. Sebab aku tak 'disable pop-up blocker'. Jadi aku tak tau selesai ke tidak urusan aku itu. Aku telepon khidmat pelanggan, dia kata tunggu esok, dia periksa dan telepon balik. Jam dah pukul 5 petang. Memang tak sempat pon kalau nak buat cukai jalan guna MyEG pulak sebab urusan JPJ secara atas talian pon sampai jam 4.30 petang je. Aku redha. Takpa, banyak masa lagi. Tapi tetap gundah gulana sebab tak boleh nak bejalan mana. Harapan nak cari selipar kat Pengkalan Kubur sudah berkubur.

~Rabu

Esok pagi-pagi jam 9, saudari dari Takaful dah telepon sama aku, cakap urusan tidak selesai. Kena buat balik dari mula. Aku sambung tido sampai kol 10. Itu pon sebab Aqil ajak pegi tandas. Dia suruh temankan dia kencing. Dengan hanya mandi P.Ramlee, aku terus bukak laptop sambil cucuk berukbeng. Aku buat sampai habis segala urusan Takaful. Mujur dah tahu segala menda yang nak kena isi. Rabak jugak dalam ~RM 700. Selesai. Dapat segala covernote, aku print ke pdf. Dia hantar jugak ke emel satu salinan.

Mula-mula aku nak terus buat cukai jalan dengan MyEG, tapi bila tengok option untuk mendapatkan cukai jalan tersebut, ada 2 je. Kutip sendiri di HQ MyEG kat KL atau suruh Scha Al-Yahya hantar ke rumah. Untuk memastikan Scha boleh hantar ke idak dalam tempoh 2 minit macam iklan, aku telepon khidmat pelanggan. Dia kata Scha Al-Yahya tak dapat nak hantar kat aku, sebab sibuk Sehati Berdansa sekarang, jadi depa guna Poslaju je, itu pon takde yang makwe, semua pakcik-pakcik je. Makan 3 hari baru sampai. Dah aku sekarang hari Rabu, esok je tinggal hari berkerja kat Kelantan ni, ada ka sempat Pos Laju nak hantar esok? Depa kata tak boleh konfem. Kalau Ahad, konfem potong jari. Aku kensel harapan dapat jumpa Scha mahupon berurusan dengan MyEG.

Aku telepon balik Takaful, tanya dengan covernote yang aku ada, boleh ka aku buat cukai jalan kat Pejabat Pos? Dia kata boleh. Dengan senang hati aku katup laptop, aku pi mandi siap-siap wangi-wangi nak pi Pos Tumpat. Sekali masa nak gosok gigi, aku baru teringat. Kena ada geran asli baru boleh buat cukai jalan di Pejabat Pos, maka harapan aku akan tinggal harapan.

Aku siap jugak pakai wangi-wangi. Tapi kali ini aku telepon Maybenk yang pengang geran asli kereta aku, tanya cemana nak buat cukai jalan. Fatima kata depa boleh buat. Bayar je kat depa, depa setelkan. Itu sudah memberi harapan kat aku. Tapi cemana kutip pulak? Fatima kata boleh courier guna Nationwide. Sehari sampai. Tapi cukai jalan tu akan siap petang ni, esok pagi baru hantar, lusa baru sampai Kelantan. Mesalahnya lusa ialah Jumaat, dan Nationwide tidak bekerja di Kelantan hari Jumaat. Aku gundah gulana.

Aku Maybenk2u jugak duit cukai jalan kat depa, aku mintak Fatima email transkrip asal cukai jalan ja bila dah siap nanti, itu jela bukti yang aku boleh bagi untuk pak polisi atau tuan jpj kalau depa tahan. Cukai jalan ada, tapi tak kutip dan tampai ja lagi. Fatima kata ok. Lewat petang nanti atau esok pagi semuanya akan selesai. Aku pegang kata-kata Fatima.

Lewat petang tu, aku tertunggu-tunggu jugak emel dari Maybenk. Tak kunjung tiba. Aku tulis blog bagi mengisi kekosongan.

~Jumaat

Sebelum masuk waktu bekerja lagi aku dah bukak laptop. Tunggu emel macam tunggu surat chenta. Dah Fatima janji, aku tunggu la. Lepas 5 minit dari waktu rasmi Maybenk bukak, aku telepon. Aku nak cakap dengan Fatima, tapi mamat tu tak mo kasik, dia tanya aku nak apa, aku kata aku nak cukai jalan aku la. Dia kata, semalam dan hari ini JPJ offline server depa. Jadi semua cukai jalan tidak dapat dikeluarkan.

Maka dipanah halilintarlah hati aku. Remuk redam tidak tenteram memikirkan perjalanan yang akan ditempuh tanpa sokongan dan kabel yang lebih kuat. Dengan memegang kepada pepatah tiada rotan, akar pon berguna juga, aku hanya memastikan covernote insurans aku cetak 1 salinan. Dan membawa kereta dengan diiringi doa-doa serta harapan-harapan yang baik-baik sahaja. Serban atau kopiah putih aku tak ada.

Sebelum kena apa-apa dari pak polisi atau jpj, aku tahan dulu telinga untuk bebelan Ezi. Aku terima sahaja. Tapi untung juga bertelinga satu, dengar-tak-dengar je la bebelan itu. Tapi dah memang salah aku. Tidak guna cuba melawan. Cuma, aku dah berusaha sehingga terdaya. Yang lain kira ketentuan sudahnya.

Hasil akhir, ketentuan-Nya kami menempuh perjalanan kurang lebih 800km dari Tumpat-Subang pada hari Jumaat, Sabtu pi Mydin Subang, Ahad ke Selayang-Sg Besi-Skudai. Tanpa cukai jalan yang sah.

Tapi langsung tak terjumpa ada apa-apa tanda "BERHENTI-PEMERIKSAAN-POLIS". Alhamdulillah. Benarlah kata pepatah, berani kerana benar.

Ini adalah latihan buat muka cute Aqil dan Ammar untuk menggantikan cukai jalan yang aku tak ada.


Notakaki amANI: Hari Isnin baru aku pegi Maybenk untuk kutip cukai jalan yang dah siap. Tahun depan aku akan cuba pastikan Scha pakai baju kulit kaler merah ketat dan sendat hantar sendiri kat aku. Aku dah buat reminder dalam henpon cikai aku supaya tidak lagi terlupa dan leka. Aku tulis panjang lebar berjela ini adalah untuk rujukan dan panduan sapa-sapa yang mungkin berhadapan dengan situasi yang sama. Semoga ianya ada yang boleh dijadikan iktibar. Sekian.


Khamis, Disember 03, 2009

Dugaan

Seminggu lepas, dugaan datang dalam bentuk kesibukan. Sibuk walaupon berstatus cuti.

Minggu ini, dugaan datang dalam bentuk tidak sibuk langsung. Sebab daerah Tumpat ini hujan dikala pagi, petang dan malam serta bila-bila masa.

Disebabkan tidak sibuk langsung, semalam aku perati segala aspek penjuru serta ruang dan sudut pada kereta kelas pertengahan aku. Dan disebabkan terlalu banyak memerhati, banyak pula defect yang entah bila akan diperbaiki.

Aqil panjat bonet depan kereta, habis bercalar bonet depan, mujur masih boleh dihilangkan dengan wax.

Lantai belakang secara misteri lembab berair dibawah karpet. Tak tau apa punca.

Minyak enjin setitik dua menitik di lantai garaj. Juga tak tahu apa punca.

2 kali aku dah jek kereta guna jek tayar. Suluh sana sini, tak dapat kesan apa punca. Amaran pada jek kereta mengatakan jangan sesekali berada di bawah kereta dengan hanya menyokong kereta dengan jek tayar. Jadi aku gerun nak baring lama-lama bawah kereta.

Setelah gagal mengenalpasti kecederaan kereta, aku belek pula luarannya. Hasilnya, aku terjumpa masalah yang lagi genting dan mencabar. Aku terlupa dan terlalai bahawa cukai jalan kereta kelas pertengahan aku dah tamat tempoh sejak 27 November 09. Aku masih perlu mengharungi perjalanan ~800km ke selatan bermula esok.

Dugaan buat Aqil adalah untuk bertarung dengan air hujan dan air larian permukaan yang tak lari pi mana pon.

Isnin, November 30, 2009

Sudah

Semua:
Selamat Hari Raya Aidiladha semua. Eh, dah masuk Selamat Kembali Bekerja untuk semua sudah.


Cuti:
Ada lagi 7 hari cuti lagi untuk dihabiskan. Minggu lepas, sudah 7 hari dicutikan.

Sudah:
Kelas latihan sudah, raya sudah, kenduri sini sudah, kenduri sana sudah. Minggu ini untuk kelik Kelate pulak.

Kena:
Arsenal kena lagi seperti tahun sudah dengan Chelsea. Mengecewakan.

Habiskan:
Semua sudah kelihatan letih habis-habisan dengan agenda kenduri 4-5 hari ini.

Ok, tamat sudah contoh-contoh ayat yang boleh menggunakan perkataan 'sudah' dimana-mana yang boleh dan difikirkan perlu. Juga untuk penyampaian informasi secara tidak langsung. Sekian.

Isnin, November 23, 2009

Kanak-Kanak Memang Riang XIX

Suatu malam, biasa-biasa. Aku habiskan baca suratkhabar The Bintang. Tv terbuka terpampang siaran EnamRatusTigaBelas. Cerita kanak-kanak. Yang memang cepat je budak-budak tangkap segala informasi dan watak karekternya.

Kegemaran Ammar dan Aqil adalah Go! Diego Go!, Dora, Wonderpets dan Shaun the Sheep.

Kegemaran Aqil adalah Dibo dan Mickeymouse Clubhouse.

Kegemaran Ammar adalah Handy Manny, Noudi, Thomas & Friends dan Animal Mechanical.

Yang lain mereka suka juga. Janji Tv. Itu belum masuk CD.

Malam itu, Aqil dah lena. Selepas minum susu dan kepenatan seharian tak nak tido siang. Ammar main sorang-sorang.

Mula-mula Ammar datang sebelah aku. Hulur skru driver khas dan lori mainannya. Yang boleh dibuka tayarnya dan segala sisinya juga boleh dibuka dengan skru drebar khas itu.

"Abah, tolong ukak boleh?" Ammar mintak.

Lori dah sedia terbalik dirusuk kirinya menghadap matahari terbenam. Tapi skru ditayarnya itu ketat.

"Ammar buat la, Abah tolong, hah, Ammar buat". Sambil aku letak skru drebar khas dimata skru dan suruh dia yang putar. Ammar cuba putar, tapi arah pusingan jam waima mengetatkan skru bukan membuka. Tapi mana dia tahu apa itu arah pusingan jam mahupon lawan jam, sedangkan jam sendiri dia tidak tahu nak tengok.

"Bukan, bukan, pusing sini" Aku pusing sikit arah bertentangan, skru mula terpusing dan Ammar buat separuh, cuba nak mencabut, tak boleh, aku suruh lagi putar, baru dia dapat menyelesaikannya.

"Haaa, macam tu, buat lagi" Aku memberi sokongan.

Dia cuba untuk tayar kedua, sama juga, awal-awal dia pusing arah jam, aku tolong pusingkan sikit untuk arah bertentangan. Kemudian semua 4 tayar lori tersebut sudah pon ditanggalkan. Lori mainan sudah siap ditogelkan untuk aktiviti seterusnya.

Dalam hati terdetik, cepat lagi Ammar tangkap hal ehwal skru ini berbanding Aqil. Ada harapan nak berjinak-jinak dalam hal-hal penuh teknikal lagi taktikal nih. Tak pon mekanik la senang. Mudah dia nak hafal spanar saiz 12, serta plag bebenang NPT 1/2 inci.

Aku rasa-rasa macam nak minum air sejuk, dahaga. (Biasala, blog ini kene meleret-leret sikit, tak kan nak tulis aku pegi dapur terus minum air. Mesti la cakap dahaga dulu, baru jalan lenggang lenggok pegi dapur). Ammar aku tinggalkan dengan permainannya.

Sampai balik di ruang tamu, nak sambung menjadi Cleopatra di sofa-rasa-kayu aku, aku tengok Ammar bukan lagi menggayakan permainan yang berunsurkan teknikal mahupon bersifat kejuruteraan.

Di tangan kanannya adalah kon-tiang-donut. Di atas sofa adalah 4 tayar lori yang siap tersusun terbaring. Digoyang-goyang kon-tiang-donut itu laksana menuang sesuatu. Bukan gaya menuang minyak pelincir ke dalam enjin. Tapi lagaknya seperti menuang sos cili ke atas pizza. Disengguk-sengguk sikit kon-tiang-donut itu. Lantas dia berpaling muka kepada aku. Dan sengih. Heeeee..

"Ammar buat apa tu" sengaja aku mencari kepastian.

"Ammar masak!" Ammar jawab. Heee. Dia sengih lagi.

Aku tak putus memerhati. Dia main sendiri, kemudian sengih lagi. Macam malu dengan tindakan aku memerhati. Heee.. Dua tiga kali dia Heee.. Sebab malu aku tengok dia main sorang-sorang. Heeee.

Apa dah jadi dengan kemahiran teknikal penuh taktikal yang baru sahaja dia tunjukkan tadi?

Aku harap Ammar berjaya menjadi apa yang dia inginkan suatu hari nanti dengan kemahiran dan kegemaran dia.

Spanar saiz 12 di tangan kananku, Senduk lauk di tangan kiriku....

Terbaring dari tengah: Kon-tiang-donut yang masih lengkap terpasang, lori dan skru drebar khas tiada dalam gambar.

Nota siku amANI : Tahniah untuk Ahmad S yang dah bergelar bapa! Pandai-pandailah nak menjadi abah/pak/bapak/ayah ek. Hahaha.


Ahad, November 22, 2009

Hari Ini Hari Minggu

Baru saja bai-baikan Aqil, Ammar dan Ezi yang naik bas ke Kulim. Aku hanya akan menyusul ke Kulim hari Rabu nanti.

Untuk tidak memikirkan apa-apa sebelum ia terjadi, jadi jom menikmati hujung minggu seperti biasa. Nanti hari kerja baru pikir hal kerja.

*Point-to-Shoot 101 - Kamera tali lebar sangkut kat tengkuk tak berupaya nak amik gambar macam ni.

Rabu, November 18, 2009

Kanak-Kanak Memang Riang - XVIII

Apakah kaitan ceruk pintu, ruang kosong rak belah bawah, laci meja, ruang antara meja mekap dengan almari laci, sudut tepi sebelah Tv dengan Ammar?

Ye, ini semua tempat feveret Ammar bila kena dengan perangai dia. Perangai entah mana datang. Tidak pernah dia disekolahkan untuk menurut perangai sebegini. Merajuk.

Tak de sebab dia nak merajuk. Kadang-kadang bila permintaan tidak dilayan. Kadang-kadang bila sengaja aku dan Ezi tak nak melayan. Maka pergilah Ammar ke tempat-tempat yang berdekatan seperti di atas. Dan merajuk.

Bibir terjuih. Muka masam. Kepala ditundukkan. Tangan bersilang. Mata dikecilkan. Kadang-kadang siap mengeluh. "Huhhh!". Dan sangat comel.

Selalu-selalu, kami gelakkan sahaja. Tapi nanti-nanti dah besar kena juga diambil perhatian. Takut memudaratkan.

Menda macam ni biasa untuk anak bongsu. Jadi, SEMENTARA Ammar masih bergelar bongsu, boleh la dia berperangai bongsu sebegini. Bila dah tak bongsu nanti pepandai dia la. Hahah.


Budget comel la boleh buat macam ni.

Mesti kat ceruk atau penjuru. Baru lokasi yang betul.


"Hah, tu mula la tuh nak jadi lipas, masuk ke segala ceruk" - Ezi

Memang dia masuk betul-betul. Dan comel!

Selasa, November 17, 2009

Jemputan Walimatulurus - 28 November 2009

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, saya dengan ini berbesar hati ingin menjemput rakan-rakan, kawan-kawan, sedara-mara yang mengenali keluarga kami untuk menghadiri majlis perkahwinan adik saya, Rashidah Ruslan dan pasangannya Hafiz Hasri Khaludin pada hari dan tarikh yang seperti berikut:

Hari / Tarikh : Sabtu, 28 November 2009
Tempat : Dewan Kolej MARA Kulim, Kedah
GPS Coordinate: Latitude : 5.351924 N Longitude : 100.536989 E
Masa : 12.00 tengahari - 5 petang

Mengikut laman web gosip BurungCiak.com, majlis ini bakal diserikan dengan oleh kumpulan nasyid oleh Saff-One . Juga makanan-makanan yang disediakan adalah sedap-sedap belaka, siapa kata kenduri kahwin tak boleh hidang cendol, kuetiow goreng mamak dan kuah rojak Colek Aji sebagai gerai tambahan selain nasi kenduri dan lauk pauk? Err lauk masa hari menikah pon sedap jugak. Gulai Rusa.

Juga berkenaan dengan tarikh tersebut, InsyaAllah, ianya jatuh pada Hari Kedua Raya Haji Aidiladha, maka dengan itu jemputan ini diperpanjangkan kepada semua yang TIDAK mempunyai apa-apa halangan untuk meluangkan masa pada hari tersebut untuk datang.

Jika Tuan / Puan terlibat dalam aktiviti korban pada hari sebelumnya dan masih ingin beraya pada hari kedua, dipersilakan. Tiada paksaan dan perasaan kecil hati*. Tapi jika berkelapangan atau duduk berdekatan Kulim Kedah, marilah datang berkunjungan.

Utusan ini adalah untuk disampaikan kepada semua rakan-rakan maktab, universiti mahupon lambaian juga sesiapa sahaja rakan-rakan, kawan-kawan yang mengenali kedua pasangan pengantin ini atau juga sesiapa sahaja yang mengenali keluarga kami. Semua yang berkenaan, dijemput hadir. Boleh bagitau kalau mahu hadir dan perlu disambut di pintu pagar KMK mahupon pintu dewan kalau rasa-rasa segan. Boleh hubungi nombor telefon yang tertera pada kad untuk sebarang makluman.

Hari ini hari kenduri, semua yang datang adalah tetamu yang harus dilayan tuan rumah.

Baiklah, butir-butir kad kenduri kahwin ini adalah seperti berikut:

Mukadepan dan Mukadimah

Jemputan (*boleh print dan tulis nama sendiri)

Peta pandu arah untuk ke tempat majlis.

*Yang aku kecik hati kalau tak datang adalah Pawie, Azam, Mizie dan Nazlan sebab kalau depa balik raya, dah tentu kampung depa kat sini. Hahah. Wei, kalau berkelapangan datang la. Tapi kalau tak free atau tengah buat Haji kat Mekah masa ni, semoga mendapat Haji yang Mabrur. Yang tidak disebutkan namanya, bukan kerana tidak berkepentingan, tapi sangat dihargai kalau berkelapangan. Mekasih.

Penafian: Segala butir-butir fakta yang tertera adalah sahih. Kecuali alamat laman web BurungCiak.com

Ahad, November 15, 2009

Sinetron Dramalova - XXIII Laut

~Jalan Laundry, Rio de Janeiro. Dalam kereta.

Diego dan Marcia baru lepas makan malam. Hujan renyai-renyai. Bandar Rio de Janeiro sudah berubah.

Jalan-jalan tidak lagi sesak dengan motor-motor bernombor plat asing. Kuasa kuda tinggi. Ada Givibox di belakang. Pemandu motor berlitup mulut. Kasut but getah kaler kuning. Tiada lagi.

Demi memeriahkan suasana bandar Rio de Janeiro. Majlis Perbandaran Rio de Janeiro (MPRdJ) telah mewujudkan gerai-gerai ala-ala 'Uptown' ataupon 'Downtown'. Perlaksanaan yang menjadi untuk suasana malam minggu. Jalan menuju susur Jalan Laundry menjadi sesak.

Marcia : "Nampak macam jem je, tak yah la masuk"

Diego : "Eh, alang-alang dah sampai sini, kita masuk"

Menyelusuri jem di kala waktu malam hujan renyai-renyai di bandar seperti Rio de Janeiro adalah bukan norma. Jem itu sendiri tiada dalam kamus pemanduan rakyat-rakyat Rio de Janeiro, kecuali di plaza tol ketika cuti Raya Cina. Meskipon begitu, plaza tol pon hanya disebut sekali sahaja dalam kamus pemanduan rakyat Rio de Janeiro. Entah apa yang dikejar rakyat Sao Paolo sana. Tol dan jem adalah perosak produktiviti.

Rodriguez: "Abah, tak nak la lalu sini, nak tengok air"

Diego : "Riguez nak tengok air? Kejap, abah pusing jap lagi"

Marcia : "Ha'ah, Rodriguez tu dari semalam lagi, mintak nak pegi hotel la, nak berenang kat kolam la, ni mintak nak tengok laut pulak, rindu sangat nak mandi laut agaknya"

Diego : "Tak payah kata Rodriguez la, abang pon memang terasa nak mandi laut jugak, time monsun cengini la baru terasa nak mandi laut".

Marcia : "Hemphh, sama je bapak dengan anak".

Jalan Laundry yang dahulu gelap, lorong hitam, dada terdedah, mata meliar kini cerah, berlampu neon dan ramai manusia pelbagai jantina berbilang bangsa.

Diego tinggalkan Jalan Laundry dan menyelusuri jalan laut. Tingkap dibuka untuk Rodriguez bermain angin laut.

Sepatutnya, kerajaan Brazil menggalakkan syarikat kenderaan nasionalnya menyediakan bumbung boleh terbuka siap dengan lapisan filem hitam pekat dengan 'remote' mudah alih. Bukan memanjangkan tempoh AP.

Nak mandi laut Cina Selatan!

Khamis, November 12, 2009

Semuanya 'jatuh' diatas batu jemala Wenger - Fletcher

Semalam punya berita. Lepas Man U kalah dengan Chelsea.

‘We are starting to see Mr Wenger’s comments starting to influence referees, which is a shame really,’ said Fletcher


Si Fletcher kaki tidak bersakti untuk menekel Ashley Cole, menyalahkan komen Wenger, pak tua nun jauh di Utara London sebagai punca pengadil memberi sepakan percuma terhadapnya. Sepakan percuma yang menghasilkan gol tunggal perlawanan. Sila amati komen pak tua Wenger dibawah pada bulan September yang lepas yang Fletcher maksudkan.

"There are other points [than diving]that, for me, are more urgent – players who play only to make fouls and who are never punished; players who make repeated fouls and who get out of the game without a yellow card. That, for me, is more anti-football than a player who did what Eduardo did." Wenger was asked to clarify whether he meant Fletcher and laughed, replying with mock surprise: "Why do you say the name?" Fletcher had given away six free-kicks, twice as many as any of his team-mates, but was not one of the three United players to get a yellow card.

Adakah Pak tua Wenger yang menyebut nama Fletcher? Atau wartawan yang cuba menyumbat nama Flecther ke dalam mulut Pak tua Wenger? Tapi Fletcher terang-terang bermaksudkan Wenger menyebut namanya.

Kenapa Fletcher terasa? Aku rasa di UK tak ada pepatah 'siapa makan cili, dia yang terasa pedas'. Mungkin Fletcher ada mengambil jurusan sastera bahasa Melayu sebelum belajar bermain bolasepak. Tapi cili pon mungkin susah nak jumpa dalam menu makanan seperti kentang dan ikan.

Pendapat wartawan sukan sendiri untuk insiden yang dimaksudkan Pak tua Wenger.

They should have had a penalty when Darren Fletcher knocked Arshavin over like a skittle without reaching the ball, only for Dean to wave play on.

Kesimpulan, Fletcher adalah sama macam Scholes. Kaki mereka tiada sakti dalam urusan merampas bola orang secara tekel bergelungsur. Bola entah di mana, kaki orang yang dilibas. Syabas, Pak Alex. Pengganti pengutip kad kuning dan kad merah terbanyak Scholes sudah ditemui.

Untuk Pak Alex, aku terhibur melihat reaksi dan gelagatnya bersama setiap pengadil ke-empat untuk semua perlawanan mereka musim ini. Terkinja-kinja. Hihihih.

Apakah persamaan antara Ngog, Rooney, Drogba dan Eduardo? Ok, itu cerita lain kali. Hihihi.

Selasa, November 10, 2009

Catatan Diego - Makan@Kuching

Tak tahu kenapa. Kalau keluar untuk urusan pekerjaan, agenda makan sangat dititik beratkan.

Sebab bila bertugas di luar kawasan, memang harus mengambil sedikit masa untuk menjadi pelancong pada kawasan yang dilawati. Jadi, mencuba pelbagai jenis makanan tempatan adalah wajib sebagai pelancong untuk memajukan sektor industri perlancongan dalam negara.

Sedikit pemerhatian sebagai pelancong ketika berurusan perniagaaan di Kuching, ini ada satu nasihat. Adalah tidak wajar untuk menghadiri konvensyen atau ekspo atau apa-apa aktiviti bertempat di bangunan yang bernama pusat konvensyen tetapi hanya dengan membawa beberapa helai not merah kemudian memandai-mandai nak ajak belanja kawan-kawan. Jangan sesekali berbuat demikian.

Ini kerana harga nasi beriani kosong / nasi goreng berudang sudah mencapai RM 6.00 se-tupperware. Jika menginginkan ayam masak merah atau kari daging atau sebatang sosej goreng, tambah lagi RM3.00. Jika anda dari jenis yang sukakan makanan gizi seimbang yang perlu sayur, sesenduk sayur campur, sayur kobis atau pon sayur brokoli masak cendawan pula akan ditambah RM3.00 lagi. Jika tekak rasa-rasa pula ingin merasa air tin berkarbonat / air suling terbalik osmosis, tambah lagi RM 4.00 sebotol.

Jadi not-not merah itu akan serta merta bertukar menjadi beberapa kepingan not-not biru muda. Kalian tentu tidak mahu mengorder nasi dan tambah kuah sahaja sebab hadirin hadirat yang beratur semua datang dengan berpakaian kot tebal kaler hitam dah suit satu pasang serta kasut kulit kilat bercahaya.

Ini tidak tertakluk pada ibu negeri Kuching ini sahaja, tapi disebabkan lokasi pusat konvensyen ini yang terletak pada satu titik longitud dan latitud tanpa apa-apa bangunan waima pokok-pokok berusia dalam lingkungan 1km radius, maka sumber nasi hanyalah pada kafeteria pusat konvensyen. Mujur makan tengahari sahaja perlu berada di sana.

Akan tetapi, hal ehwal masakan gerai goreng-gorengan juga perlu diambil kira di destinasi ini disebabkan penggunaan cili boh tidak meluas untuk menu seperti nasi goreng, mee goreng, kue tiau goreng, bihun goreng dan seangkatan dengannya. Hanya kicap semata-mata. Jadi, perlu nasihat rakan tempatan untuk masakan yang kena dengan selera anda.

Tapi, kalau tak merasa menu-menu sebegini, baik tak yah berjalan-jalan ke luar kawasan. Cuma, heran juga. Gerai tepi sungai Waterfront, 2 gelas tinggi air teh ais adalah RM7.00.

Berkenaan dengan saguhati, cenderahati dan barang kenang-kenangan di Kuching ini, ada 2-3 barangan yang perlu perhatian oleh para pelancong. Salah satunya kek Lapis. Pelbagai nama dan rupa serta gaya penjual kek Lapis ini. Untuk mengetahui lokasi kedai kek Lapis yang terkenal, bertanyalah pada petugas di hotel. Mereka mesra membantu. Juga, boleh singgah setiap gerai yang menjual kek Lapis ini sebelum sampai ke kedai yang ingin dituju dan mencuba segala jenis sampel yang ditunjukkan. Mereka tidak akan ambil hati. Percayalah.

Tapi yang menjadi lebih hairan adalah, pihak pelancong yang mencuba segala jenis sampel kek Lapis yang diberikan digerai berkenaan, tetapi akhirnya membeli 'Swiss Roll' sahaja. Bukankah 'Swiss Roll' perlu dibeli hanya ketika melawati Switzerland?


Jumaat, November 06, 2009

Berita yang aku hairan

Kalau nak bubuh berita sebagai penyedap propaganda kerajaan, aku tak kesah. Sebab aku dah boleh membaca di antara 2 garisan.

Tapi berita yang ini, macam nak kaver kerusi empuk editor surat khabar The Bintang sebab melibatkan anak pada WIP.

Students survives crash into wall below flyover.

Penulisan berita ini dah macam menulis untuk blog. Samar. Menggunakan ganti nama yang tidak jelas dan imej yang diberi telah di-sentuh-atas.

Yang jelas lagi nyata:

1. Nama pemandu yang belum amik SPM itu hanya Mohd Aliff. Nama dia Mohd, nama bapak dia Aliff? Hairan.

2. Nombor plat kereta sukan satu pintu kaler biru yang rebeh melanggar tembok itu disamarkan.

3. Nama pemilik kenderaan yang dilanggar adalah nama penuh (tidak berkepentingan pada suratkhabar The Bintang).

4. Kat bawah no plat AAR 1 kereta merah tu ada tulisan. Juga disamarkan. Takkan tulisan nama kompeni yang jual kereta pon nak samarkan? Ke tulisan itu adalah "Kementerian Sekian-Sekian'?

5. Dedua kereta lain ada sticker 'P'. Kereta sukan Mohd Aliff pon samar-samar ada sticker 'P'. Ke imej yang telah di-sentuh-atas je sticker 'P' itu?.

6. Mohd Aliff dalam perjalanan memandu pulang dari perpustakaan. Dah, apahal nak laju-laju kat selekoh kalau setakat baru balik dari perpustakaan? Juga, apahal pergi perpustakaan kena bawak kereta sukan? Naik bas dan lrt macam remaja-remaja bersekolah lain tak boleh?

Aku harap editor Tv tak buat kerja membaca berita macam ni.

Kaya, tapi miskin moralnya.

Rabu, November 04, 2009

Catatan Diego - Waktu@Pejabat

Rancangan kegemaran anak-anak Diego adalah, Go! Diego Go! di TvvSERATUSSEMBILAN.

Dalam rancangan itu, selalu ada soalan interaktif untuk perhatian anak-anak Diego. Kali ini, Diego yang tiada kaitan dengan Go! Diego Go! pula ingin mengemukakan satu soalan interaktif mencabar kepada ruang angkasa internet pembaca blog sekalian.

Mukadimah:
Rasa-rasa negara komunis sendiri pon tak kerja hari Sabtu tiap-tiap minggu. Tapi apakah faedah bekerja pada hari Sabtu selama 4 jam ini? Nak buka gate opis dah 5 minit. Letak beg, bancuh kopi dan sarapan biskut Munchy's lagi 15 minit. On komputer dan cek emel dah jadi sejam, nak telefon pelanggan semua cuti apatah lagi pihak kerajaan. Sembang dengan kerani hal bos komplen hal itu ini lagi 20 minit.

Permaslahan:
Persoalan ini berkisar tentang hal ehwal produktiviti di tempat kerja serta sistem yang menjadi penghapus aktiviti riadah bersama keluarga (tido sampai tengahari) di hari Sabtu.

Soalan Interaktif Minggu ini:
Jadi, sila lengkapkan ayat seterusnya ini. (ikut pi la berapa ratus patah perkataan sekalipon).



Saya sanggup berkerja
830pagi-530petang DAN Sabtu 9pagi-1petang SEBAB.......



Contoh jawapan:
SEBAB suara saya jadi glemer masuk corong Tv SERATUSTUJUH tiap-tiap tengahari sebagai suara latar berita sukan dan geografi luar bandar. Ini contoh ye. Sila jawab sepenuh hati bagi pihak diri sendiri.

Ahad, November 01, 2009

Arsenal 3 - Spurs 0

"Lepas cerita Aqil ni, Abah nak tengok cerita Abah pulak, boleh?"

"Tak boleh!" pantas Aqil jawab.

Aku buat-buat releks. Layan suratkhabar sambil tunggu miska-muska-miki-mouse habis kat Tv. Game pukul 840. Tapi sebab toleransi terhadap pendidikan kanak-kanak awal tahun, aku biar jugak sampai 855. Naik sahaja 'credits' dan lagu penamat Mickey Mouse, aku terus tukar channel.

Berderai air mata Aqil, "Aqil nak tengok cerita Aqil". Merayu-rayu dia dengan linangan air mata mintak aku kalih Tv lain. Aku tak layan. "Nanti habis cerita Abah, Abah tukar cerita Aqil ye". Aku sapu air mata Aqil yang meleleh, dia landing atas peha sambil menghabiskan susu dan menenangkan fikiran.

Sempat lagi dia mengomel. "Abah, tak best cerita abah ni".

Separuh masa pertama, game masa awal-awal seimbang. Cuma terdapat satu dua terjahan dan tolakan tangan (Assou Ekotto) yang tak berapa mesra Arsenal. Sampai masuk satu sms bengang dengan pengadil. *Wei, sori aku tak balas sms itu, penuh perhatian aku tengok game. Jadi aku tunggu sampai habis game baru menilai betul ke tidak pengadil tidak adil.

Lepas satu tekel terkehel Song pada Palacios, baru pengadil kasik amaran, jangan sepak kaki lagi. Main bola la!. Baru la perlawanan bola betul-betul lawan bola.

Asakan Spurs dua tiga kali datang dari Bentley. Tapi kayunya Bentley, cuba lob bola jauh macam tahun lepas. Ingat de ja vu ka? Ada sekali dua juga gerakan Crouch yang tugasnya menghantuk bola ke tanah buat Keane, tapi tak juga menjadi. Salah satunya sebab Gallas yang tak cukup tingginya dari Crouch banyak kali 'intercept' awal-awal. Juga kadang-kadang Song yang tetiba ada kaver Vermaelen sebagai bek tengah. Solid la senang.

Dari Arsenal juga ada yang merbahaya. Terutama bila Fabregas merembat bola yang 'deflect' dari rembatan Arshavin dari luar kotak penalti, dah elok ke penjuru kiri. Entah dirasuk apa Gomes, dia melayangkan badan dan menguis keluar bola leter itu. Aku dah nak lompat, sayang bola tak masuk. King dan Bassong juga agak solid menjaga Van Persie, 'intercept' dua-tiga bola hantaran dari tepi dan tengah.

Masuk minit ke-43, satu gerakan lontaran dari luar oleh Sagna pada Fabregas, di tampan kembali pada Sagna, Sagna kasik satu lintang paras lutut. Betul-betul depan Gomes. Van Persie meluru dan dapat menyambar bola tersebut. Satu gol. Mendepang dada dia seronok.

Belum sempat ulang tayang kali ke 3 ditayangkan, ditukar terus pada paparan langsung. Fabregas dah pegang bola dan hanya berdepan dengan Gomes. Dirembat ke penjuru kiri Gomes. Gol kedua! 11 saat dari sepak mula tadi. Rupanya Fabregas 'press' Palacios masa sepak mula, terus dirampas, elak terjahan Huddlestone dan Palacios, bawak terus ke depan. Elak pula bek 2 Spurs, dan terus berdepan dengan Gomes. Memang gol klasik.

Klasik habis gol ini. Dia gelecek macam main petang-petang je. *kredit gambar di sini

Tamat separuh masa pertama. Aku kalih cenel Play House Disney, supaya perkembangan pembelajaran Aqil dan Ammar tidak terbantut. Kasik dorang belajar.

Separuh masa kedua dah 10 minit berlalu. Baru aku kalih semula cenel sukan-yang-dah-mahal balik. Berderai sekali lagi airmata Aqil. Padahal cerita 'Handy Manny' tu memang dah habis dah. Ish. Dorang memang suka belajar nampak gayanya.

Atas desakan Ammar dan Aqil terhadap sesi pembelajaran mereka yang telah tergendala. Aku masukkan elemen pengajaran dalam 'cerita Abah' kali ini. Masa Clichy nak buat lontaran ke dalam dan membelakangkan kamera dengan jersi 22nya. Aku tanya dorang. "Hah, tu nombor berapa tu?" Pantas Ammar jawab. "Dua!". Bila dapat bola pula pada pemain Spurs berjersi nombor 8, "Hah, yang tu?" Aqil pulak jawab. "Eight!". Bagus. Tak sia-sia dorang tengok Tv sambil belajar.

Separuh masa kedua tidak banyak berubah. Cubaan paling bahaya adalah dari Bentley lagi. Kali ini sepakan percuma, lambungan dan lencongan dah cantik. Tapi bukan ke penjuru, jadi Almunia haruslah buat-buat melayangkan badan sambil menepis bola mudah itu. Setakat itu je yang Spurs mampu.

Berlainan situasinya dengan bahagian serangan Arsenal. Eduardo 2 KALI mempunyai situasi suka-sama-suka dengan Gomes. Tapi, kasihnya terhadap Gomes begitu tinggi. Dua-dua cubaannya tidak menghasilkan gol. Rasa-rasanya, tindakan kasih Eduardo itu menimbulkan kemarahan pada Wenger sampai hempas-hempas jaket suit mahalnya.

Di tengah padang, kelihatan Palacios dan Fabregas saling tekel menekel antara satu sama lain. Tapi mereka lebih taktikal dari emosi. Berlainan sekali dengan sikap Viera suatu ketika dahulu. Bagi aku, Arsenal masih tiada pengganti Viera. Tapi gabungan Fabregas dan Song sedikit sebanyak adalah Viera.

Masuk satu hal, pengadil memberi 'advantage' terhadap tekel Assou Ekotto (memang main kotor betul mamat nih hari itu) pada Eduardo. Bola terlepas pada Sagna yang memang menanti. Dia tengok bendera dah diturunkan semula, dia lintang sekali lagi bola itu. Van Persi agaknya memang ada ngam dengan Sagna. Gomes cuba menghalang, jari tak sampai. Van Persie yang dapat, terus dikuis masuk. Selesai.

3 mata dalam tangan. 3 gol tanpa balasan.

Semenjak musim ini, aku rasa Arsenal tak pernah main gol sebiji satu perlawanan dalam liga. Mesti 2-3 biji. Kecuali game Mencester United (sebenarnya 2 biji juga, tapi dibatalkan). Patut la Wenger berani letak pemain berjersi no 10 sebagai bek tengah je. Dah ramai sangat orang boleh menjaringkan gol.

Game tamat. Aku masuk bilik tunggu Ezi selesaikan urusan internet. Aku pulak ambil alih siaran internet. Cenel dah aku kalih cerita 'Animal Mechanical' dah. Datang sekali lagi Aqil.

"Abah, Aqil nak main game Aqil pulak".


Jumaat, Oktober 30, 2009

Lama lagi lame

Dalam laporan kewangan PETRONAS syarikat-syarikat konsesi IPP menikmati subsidi gas sebanyak RM20 billion pada tahun 2008 dan bertambah kepada RM22 billion tahun 2009. Siapa yang menikmati kebajikan yang sebenarnya? RAKYAT ATAU SYARIKAT PEMEGANG KONSESI? Bayangkan jika subsidi ini diagihkan kepada rakyat. Setiap rakyat Malaysia akan mendapat lebih kurang RM815 seorang. - Nuar Berahim.

Kalau sekali dengar, rakyat rasa sedap, terbayang RM815 masuk dalam akaun bank atau pon boleh tuntut di pejabat pos hanya dengan isi borang dan bagi Mykad. Tapi. Biasala, dah besar ni, otak kena la pakai sikit. Bukan ke dulu masa sibuk-sibuk hal ehwal Islam Hadhari dulu ada jugak buat macam tu ke?

Hujah ini sama seperti yang pernah aku dengar dalam satu perbualan antara Abah-abah pada satu masa musim raya. Waktu itu aku masih belum baligh pon lagi. Dah lama dah. Tapi lebih kurang beginilah ayat hujah parti Langit Hijau masa kerajaan nak buat Jambatan Pulau Pinang pertama paling panjang di Asia Tenggara pada waktu itu.

"Kalaulah kos membina jambatan Pulau Pinang itu diagihkan kepada setiap rakyat di Malaysia. Kita boleh isi setiap rumah di Malaysia dengan sebijik TV warna tiap-tiap rumah!". Sambil jari telunjuk penceramah menunjukkan tanda 1. Eh, dulu-dulu pon dah ada 1Malaysia kot?

Aku dapat bayangkan semua bersorak bertepuk tampar hadirin hadirat yang mendengar ceramah pada waktu itu. Tv warna beb! Bukan lagi Tv hitam putih tak berkaler. Cerita Hang Tuah P.Ramlee yang dah berwarna pon ada lagi rakyat Malaysia tika itu yang belum sempat nak tengok cemana rupa P.Ramlee pakai baju Hang Tuah kaler oren.

Ringkasnya, idea lama dikitar semula. Sesuai dengan keutamaan untuk penggunaan dan penguasaan teknologi hijau masa kini. Tapi tetap idea lama lagi 'lame'.

Bagi aku. Hujah itu 'lame'. Apa yang rakyat dapat kalau pembangkang sekadar ingin memburuk-burukan apa juga agenda kerajaan? Setakat komplen itu tak kena, ini tak kena, orang tu rasuah, orang ni rasuah, tapi tiada budget alternatif, tiada kabinet bayangan, tiada periksa dan imbang, tiada RMK-10 alternatif, pembangkang sedia ada adalah 'lame'.

Cuma, berapa kerat sangat rakyat Malaysia hirau hal-ehwal budget ni? Sebenarnya sebagai rakyat yang membayar cukai, aku rasa harus diambil tahu juga ke mana wang kita digunakan oleh Kerajaan. Tanggungjawab rakyat adalah membayar cukai dan melaksanakan hak mengundi. Tak buat dua-dua ini, walau berapa ratus demo/perhimpunan agung/muktamar/ceramah/rapat umum/makan malam/rumah terbuka politik yang sudah disertai, tiada asas untuk bersembang politik di sini.

Oh, apa dia? La ni musim pakat-pakat berebut jawatan, letak jawatan, mesyuarat luar biasa ek sekarang? Patut la 'lame'.

Khamis, Oktober 29, 2009

Kanak-Kanak Memang Riang - XVII

Baru-baru ini, Aqil punyai rindu terlebih terhadap Abahnya. Yelah, dalam sebulan ini, dah 3 kali bertugas di luar kawasan. Mungkin sebab selalu sangat ditinggalkan, asal nampak Abahnya bersiap pakai smart sikit, mesti Aqil tanya, "Abah nak pegi mana?". Walaupun kekadang, Abahnya baru je landing nak baca paper baru balik kerja, Aqil akan tanya "Tadi Abah pergi mana?". Balik makan tengahari pon sama. "Tadi Abah pergi mana?".

Semalam, masa aku nak sarungkan stokin, nak kembali ke pejabat selepas makan tengahari di rumah (para suami yang isterinya bekerja atau opis jauh dari rumah, sila telan air liur sambil cemburu di hati dengan kenyataan ini ye, yang bujang, sila jadikan ini impian di sanubari). Aqil buat satu ayat penyata yang betul-betul buat aku tergelak.

"Abah, hujan tu kat luar, nanti kalau Abah keluar, habis basah, Abah tak yah la pergi kerja" Aqil penuh emosi dan riak muka sengaja menggoda supaya aku tak pergi kerja.

Aku tergelak bila dengar dia cakap macamtu, dalam hati: "Kalaulah bos Abah yang dengar Aqil cakap macamtu, mungkin dia bermuhasabah diri dan terus dia bagi Abah cuti hari ini".

Ada potensi untuk dia memberi pelbagai alasan untuk tak nak pergi sekolah nanti besar. Banyak sangat idea. Hahah.

Nota kaki amANI: Dengan penuh kasih sayang, Ezi kejut aku suruh tengok bola Arsenal lawan Liverpool pagi tadi, tapi bila terjaga dah siaran tertunda Chelsea lawan Bolton. Aku bukak cenel 'berita' paling pantas lagi sensasi, cenel @15, terus dapat tahu budak-budak-belum-habis-SPM Arsenal menang dengan Liverpool. 2-1. Malas nak ulas apa-apa, sebab tahu Arsenal memang terrer.


Selasa, Oktober 27, 2009

Sinetron Dramalova - XXII Garis Kaya

Babak 1 - Garis Kaya

Diego harap, Encik Carlos dan Puan Christina yang membaca berita ini akan mempunyai persepsi berbeza terhadap jiran mereka selepas ini. Tapi mesalahnya, ada ka mereka membaca suratkhabar The Bintang? Harap-harapnyalah. Kalau tak baca, harap mereka pandai untuk mengetip sahaja berita yang dihiper rangkai itu.

Ye, Menteri Wilayah Persekutuan Sao Paolo (yang asal naik je Perdana Menteri baru, berubah la namanya sekali lagi kini menjadi Menteri Wilayah Persekutuan dan Pembangunan Bandar) pon dah bersetuju bahawa keluarga berpendapatan sekitar Rs3,000 dan ke bawah untuk 4 orang isi rumah adalah menghampiri garis lintasan kemiskinan bandar besar.

Jadi, harap Encik Carlos sedia maklum hal ini dan jangan la segan dan malu nak jemput Diego seisi keluarga lagi untuk berhari raya ke rumah. Juga, apa salahnya datang berhari raya ke rumah Diego walaupon raya dah habis. Datang melihat sendiri TV 24 inci skrin lengkung bontot lebar jenama tidak dikenali dan sofa corak khas ihsan lukisan Rodriguez dan Pablo.

Babak 2 - Nilai Kaya

Masa balik beraya sebulan yang lalu, jalanraya sesak tak ingat. Terutama masa nak turun balik ke Bandaraya Sao Paolo dari Roraima kampung Marcia.

Kereta nilai mahal atau sedikit mahal dari kereta nasional Diego berplat negeri Sao Paolo banyak yang dah terlupa rumus dan formula yang terdapat di dalam buku panduan lalu lintas lesen 'L' Jabatan Pengangkutan Jalan. Asal ada ruang kiri yang khas buat laluan kecemasan, diharung laju kenderaan-kenderaan ini, tapi bila di hadapannya ada kenderaan yang berhenti atau tamat sudah laluan kecemasan itu, baru terhengeh-hengeh meminta sedekah lampu isyarat kanan tanda mahu berkongsi secebis laluan sebenar kenderaan-kenderaan yang masih paham formula dan rumus jalanraya.

Itu belum masuk yang memotong pada garis putih lurus berkembar 2. Bukan suka-suka hati pekerja Jabatan Pengangkutan Jalan nak cat putih garis lurus panjang-panjang itu sampai 2 garisan. Sebab jalanraya itu berbahaya untuk memotong la digarisnya sampai 2. Itu pon tak boleh nak paham ka?

Sebab ini hari raya dan Diego tahu dia kaya (moral) dan yang meminta sedekah itu miskin (moralnya). Diego sangat berbesar hati untuk memberi jalan, sambil ibu jari dihulur tanda hormat kepada tetamu. Bagi Diego, walau dompet tidak penuh dengan wang, hati tetap perlu kaya dengan budi bahasa.

Sepanjang perjalanan, Diego dan Marcia banyak mengenal orang yang kaya dan orang yang miskin sebenar dan orang yang sangat miskin sehingga perlu meminta sedekah. Mereka gembira dan senang hati menjadi orang paling kaya di atas jalanraya hari raya itu.

Percayalah, jika rumus ini diguna pakai semua pemandu, hati kamu senang, tenang dan girang. Tiada kata carut dan maki yang perlu dikeluarkan. Hanya kata-kata "Sebab aku tahu aku lagi kaya dari kamu, aku bagi kamu jalan untuk potong dari kiri ini, silakan". Dan kamu akan berasa sangat suka hati walau yang memotong itu adalah Mercedes Brabus putih rim berkilat. Sebab kamu memberi sedekah pada mereka yang sangat miskin. Miskin moral. Besar pahalanya.

Isnin, Oktober 26, 2009

Catatan Diego - Sup Tongkat Ali@Kerteh

Minggu lepas tinggalkan anak isteri untuk kelas pemulihan ingatan.

Minggu ini kene membuat pemanduan sorang diri di malam yang sepi ke Kerteh pula.

Ada yang panggil untuk berbincang secara mustahak dan ada yang panggil untuk membuat penerangan sistem jual beli yang canggih tapi implementasinya dirosakkan orang yang malas menggunakannya.

Ada sela satu hari untuk kedua-dua acara ini. Jadi Diego terpaksa belek-belek nombor telefon untuk membuat beberapa panggilan-berbudi-bahasa. Alih-alih, terpanggil juga nombor Mamat-Entah-Siapa-Siapa. (MESS)

Mesyuarat ringkas dilakukan. Segala persoalan terungkai. Dia baru dalam jawatan itu. Bos dia dulu Jurutera Kanan di situ. Bos dia yang serba tahu. Jadi dihentamnya vendor atas salah 'ketidak prihatinan sendiri'. Sebagai penawaran 'ranting-pokok-zaitun' Diego membalas.

"Mesin tu pon satu hal, nak buat perangai pon masa kontrak dah habis, memang salah timing betul la"

Segala konflik sudah terjawab, segala persoalan sudah terurai. Semua setel gaya lelaki-mesra-sebenar. Dah selesai sesi berbincang. Masa makan tengahari pon tiba.

Dengan ajakan lagi 2 staf Syarikat Baldi Plastik SB, Diego mengikuti mereka untuk makan tengahari bersama-sama. Ini memang peluang dan ruang untuk Diego lebih mengenali segala ceruk tempat yang ada menu-menu menarik tempatan. Memang kedai yang dituju bukan kedai biasa.

"Pernah makan kat sini?" MESS bertanya.

"Tak" sambil Diego tengok sekeliling, manakan tidak, papan tanda kedai pon takda, kedai duduk jauh ke dalam dari jalan besar, tidak berhadapan jalan besar. Mana nak tahu kalau memandu sendiri memang tak singgah punya. Tak sedar pon ada kedai makan di sini.

"Kat sini special, set nasi Sup Tongkat Ali" MESS memberitahu.

Diego terkejut. Di lihat ramai sahaja gadis-gadis dan makcik-makcik yang turut serta menjamu selera tengahari mereka di sini. Mereka pon penggemar Tongkat Ali kah?

Menunya ringkas. Di datangkan khas dalam 'tray' besi macam selalu-selalu budak asrama guna untuk makan nasi. 1 ruang untuk budu asam limau bercili, 1 ruang untuk sambal kicap pedas, 1 ruang untuk ulam raja+tauge+timun+ikan selar kuning goreng, 1 ruang semangkuk nasi putih panas-panas dan semangkuk sup daging Tongkat Ali.

Diego rasa dahulu sup. Bila sudu bertemu bibir. Diego pejam-pejam mata, mulut diciap-ciap. Mencari satu keputusan. Rasa apa ye?

Ahaa, rasa sup la. Nak rasa apa lagi. Entah di mana Tongkat Alinya, Diego tak berapa pasti. Tapi kombinasi segala sambal asam, kicap pedas dan sup memang buat dahi berpeluh.

Selesai makan, MESS selesaikan pembayaran. Diego berjabat tangan dan mereka menuju ke destinasi masing-masing.

Petang itu, Diego rasa pening-pening. Selepas separuh hati menonton Sinetron-Si Buruk dan kemudian Dramalova-Lalola di siaran tv. Dia tertidur selepas Asar sampai sebelum Isyak.

Banyak MSG rupanya sup special itu, patut rasa pahit Tongkat Ali tidak terlalu terasa. Ceh. Macam MESS sengaja sabotaj je ni, macam dia tahu-tahu sahaja ada ceritanya di sini.

Notakaki-dipedal-minyak: Sekarang dia bukan lagi MESS, Diego dah kenal nama dan rupa, jadi dia adalah pelanggan yang dihormati dan disegani. Minggu depan, mungkin merasa Mee Kolok la pula.

Ahad, Oktober 25, 2009

Senyap-senyap baca blog orang

Soalan pertama.

Cemana nak baca blog orang tapi tak suka layout blog itu sebab pakai latar hitam, gambar header tidak sesuai untuk kegunaan masa pejabat, banyak sangat 'palam-dalam' macam lagu, video, atau widget yang kita tak berkenan ?

Soalan kedua.

Cemana nak buat-buat sibuk buat kerja di komputer tapi tidak terkantoi membaca blog oleh orang yang lalu lalang di sebelah ke dari tepi ke belakang ke?

Soalan ketiga.

Cemana pula kalau suka memang baca blog orang, tapi memang tak mo langsung letak komen kat blog dia sebab rasa tak perlu dikomen?

Soalan keempat.

Cemana pula nak baca kisah terbaru dari blog yang tidak terbengkalai dan blog-blog orang lain yang kita selalu baca tiap-tiap hari sekaligus tanpa perlu membuka berbelas-belas 'tab'?

Soalan kelima.

Cemana nak semua yang di atas secara sekaligus?

Jawapannya adalah guna Google Reader. Semua yang ada akaun google akan ada Google Reader mereka sendiri. Ia tab paling atas ke-empat dari kiri bila hangpa buka emel Gmail hangpa. Ala-ala Feed Burner la Google Reader ini.

Dalam Google Reader ini, kita boleh masukkan segala blog, website dan ke hapa menda berita yang kita nak dalam satu panel/tab. Semua kisah terbaru blog yang kita ikuti sebagai 'Follower' memang akan masuk situ. Jadi kita boleh baca semua sekali mengikut kisah mana satu yang paling baru dihantar dari blog yang kita suka. Macam mana Google Reader ini berfungsi adalah tidak perlu dipersoalkan. Hanya aplikasinya sahaja yang penting. Ini menjimatkan masa, tenaga dan memenuhi kehendak sesiapa yang tergolong dalam mana-mana satu persoalan yang ditimbulkan diatas. Memang mudah.

Cuma, yang kecik hatinya terhadap aplikasi Google Reader ini adalah kepada penulis blog. Penulis blog tidak tahu apa respons orang yang membaca kisah mereka. Kalau dorang memang menulis bukan untuk mendapatkan komen, memang tiada mesalah kecik hati ini, tapi respons dari komen selalunya adalah motivasi penulis blog. Tanya la siapa-siapa pon yang menulis blog. Bila hangpa dapat komen di blog hangpa, mesti hangpa rasa nak pi ke blog dia kan? Motivasi la tu.

Juga, penulis blog boleh kecil hati kerana dia hanya tahu sesiapa mengikuti blognya yang lahiriah adalah yang seperti yang tertera dalam dalam list "Mereka ini Berani Cucuk Rapat". Tapi bila merujuk pada pada Google Reader, bilangan itu sebenarnya berganda. Oooo, ada yang ikut dan baca senyap-senyap ye. Hahah. Itu memang lazim dalam arena blog ini sebenarnya. Menurut Google Reader, blog ini ada 27 subscriber walaupon follower ada 12 je, mekasih buat hangpa semua yang mengikuti rapat blog ini. Aku rasa sebab dicampur dengan segala follower, counter, feedjit, widget itu ini, tu pasal la kot jadi 27. Aku rasa la.

Lagi kesan Google Reader ini adalah unjuran belanjawan penulis blog untuk mengeluarkan duit dari iklan Advertlets yang hanya masuk kira-kira purata dalam RM0.02 sen sehari (bergantung pada berapa ramai pengunjung unik blog ini) akan menjadi lebih panjang jika kunjungan ke blog ini secara lahiriah tidak lagi dilakukan. Kalau masuk RM 0.02 sen sehari, duit muka Lancer 2.0GT dalam RM12,398.00. Cuba hangpa buat kiraan matematik secara janjang untuk mengira berapa ratus tahun lagi penulis blog macam aku boleh nak rasa pijak pedal minyak dalam Lancer 2.0GT yang dah hampir pupus di Malaysia ini?

Apapun, kesan dan masalah yang dilakukan oleh Google Reader ini adalah berbalik kepada objektif kenapa penulis blog menulis blog? Sebab-sebab di ataskah hangpa menulis blog?

Kalau tanya kat aku, jawapan aku adalah sebab aku suka menulis secara panjang berjela. Titik. Yang di atas tadi adalah kesan sampingan sebab semua aplikasi yang digunakan adalah untuk mengoptimumkan penggunaan blog.

Pi la tengok Google Reader hangpa. Bahagian "Recommendation" dia agak menarik, dia guna segala jejak hangpa sebelum ini untuk rekemen blog yang patut hangpa folo. Jangan terkejut plak kalau Google Reader tau hangpa suka blog "sekian-sekian".

Sekian.

Notakaki amANI : Sekarang blog yang aku folo semua pakat duk terbengkalai, cemana pulak setel hat ni? Don, bila pulak blog nak ada isi?


Khamis, Oktober 22, 2009

Hepi Besday Wei!

Untuk Raman, hepi birthday semalam. Entah dia baca ke idak ini. Duduk jauh tepi pantai berlumut setia menjaga penjana letrik semata-mata tak nak orang lain seluruh negara bergelap gelita. Semoga bekerja dengan tekun dan rajin. Kot ada letrik lebih-lebih tu, kirim-kirim la kemari.

Alang-alang dah ucap hepi besday, sekali hepi besday juga untuk pakcik Arsene Wenger. Harap besday wishlist dia adalah untuk menang semua piala musim ini. 60 tahun dah dia. Gallas betul-betul bagi Wenger kecik hati, kalau tak gol semalam dengan AZ Alkmaar kan bagus. Tak jadi Wenger lompat-lompat genggam tangan kat tepi padang semalam. Takpa, seri 1-1 pon terima ajelah.

Woo, besday Raman sebelah menyebelah dengan Wenger rupanya. Hahah.

Ini hadiah yang Raman beli kat Stadium Emirates sebagai salah satu tanda terima kasih menjadi penjamin pelajaran dia. Berdebar-debar hati aku masa dapat surat bila tengok nombor sampai 6 digit itu. Harga sebiji rumah semi-D 3 tingkat siap kolam renang oo kat sini. Mujur dah jadik jurutera sekarang. Jangan buat lupa nak bayar pulak bila dah ada gaji nanti.

Mekasih wei. Ada rezeki aku pi Manchester City, aku beli tali kasut yang sama macam Bellamy pakai bagi kat hang. Amacam?

Arzame Wenger & Helmie Hleb, sila jeles. Ori ni. Siap ada nama sendiri lagi. Hahah.


Selasa, Oktober 20, 2009

Catatan Diego - Gosip@Emel

Suatu petang. Diego baru balik melihat injap-injap persampelan minyak dari salah sebuah janakuasa elektrik arang batu terbesar di negara Brazil. Peluh di ketiak belum sempat kering. Sambil tunggu kering, Diego rehat-rehat baca coretan rakan-rakan dari ruang jalur lebar. Masuk berderet-deret emel, semua Diego buat tak nampak je, dah petang-petang nak serius-serius sangat buat kerja nanti orang kata nak bodek tunjuk rajin. Diego buat releks-releks.

Sekali bos peringkat kedua memanahkan halilintar membelah bumi. "Dah baca emel dari pelanggan BALDI PLASTIK SDN BHD tu? Mana satu sampel yang dia komplen tu? Betul ke sampai sebulan pon tak hantar laporan kat dia? Boleh u eksplen?"

Erkk, Diego tergagai. Segala kerja relek-relek dia jadi terbengkalai. Diego buka emel pelanggan BALDI PLASTIK SDN BHD. "Eh, entah siapa mamat yang hantar ni, tak kenal pon". Diego baca lagi. "Cilakak, tuduhan melulu lagi palsu". Hati Diego membara tapi masih cuba berasional.

*******Emel Pelanggan yang sentiasa dihormati****

Kehadapan Diego,

Lu buat kerja cemana nih? Selalu-selalu kitorang dok tunggu laporan analysis asyik-asyik dapat dekat-dekat hujung bulan macam pekerja Indon menunggu duit upah buat bangunan dari supervisor. 30 hari bersamaan dengan 30 kali 24 jam, hah berapa ratus jam dah kami menunggu nih. Dah la lambat, kami nak tentukur dan tukar minyak mesin pencampur pewarna plastik baldi merah kami pon terlepas dari tingkap oberhol sedia ada. Dah tamat tempoh baru dapat laporan, nasi sudah menjadi bubur, sapa selera nak makan bubur? Orang sakit je makan bubur. Baldi plastik kami tak cantik la kaler dia nanti kalau mesin tak tip-top.

Gua dah berbincang dengan bos besar gua dan kami nak sampel kami di kala masa akan datang di beri perhatian khusus dan siap sebelum ayam berkokok pada hari ketiga selepas kami menghantarnya. Ada lu boleh buat macam tu?

Yang menulis,

Mamat Entah Siapa-Siapa
Seksyen Teknikal (nota: Apahal tak nak letak nama jawatan sendiri?)
Syarikat Baldi Plastik Sdn Bhd

***********************************************

Panas membara Diego membaca emel pelanggan yang dihormati itu, peluh yang baru nak kering terus terpejalwap jadi wap air pendam tentu. Dalam kepala ligat memikir apa kemende kes sebenar sampel kompeni BALDI PLASTIK SDN BHD itu.

Dah beberapa saat mengimbas kenangan lampau, baru Diego teringat tentang kenangannya bersama 3 sampel mesin pencampur plastik yang dihantar mereka. Mesin J-101, J-102 dan J-103 itu memang terngiang-ngiang di ingatan Diego sebab tak pernah lupa Diego akan perasaan gembiranya tatkala membuka bungkusan penghantaran eksperes kiriman pelanggannya tiap-tiap bulan masa mesin mereka kurang sihat dahulu. Macam seronok buka hadiah kahwin nikmatnya membuka bungkusan penghantaran itu. Tapi kali ini situasinya sedikit berbeza. Bos peringkat kedua perlu diselesaikan dahulu.

"Bos, seingat saya yang mempunyai memori 180Gb ini, saya tak pernah kenal atau jumpa mamat yang menghantar emel ini. Entah siapa-siapa. Orang yang saya selalu telefon, sms serta hantar emel tak de pon komplen sama sekali terhadap khidmat superb saya kepadanya, kenapa dia nak berlebih-lebih? Cemburu ke dengan hubungan kami ini?"

"Sampel mereka memang saya cucuk rapat statusnya dan tidak pernah dipinggirkan macam anak tiri sekalipun. Pelanggan kan selalunya betul? Mana mungkin saya sorok sampel mereka bawah laci dan buat-buat lupa nak hantar laporan yang dah siap. Saya rasa dia hantar emel ikut sedap hati dia macam dia tulis blog la saya rasa"

Panjang lebar disertai amarah sedikit Diego memberi penerangan. Bos peringkat kedua yakin dengan penjelasan Diego, "Baik, kamu uruskanlah seadanya. Tapi pastikan betul-betul memang kita tak pernah hantar laporan lambat, reputasi syarikat kita yang macam servis penghantaran ekspress lagi laju akan terjejas dengan pandangan sedemikian. Dah la dihantar kepada semua staf senior syarikat mereka".

Diego lega. Satu masalah dah selesai. Diego capai buku nota, bukak segala dokumen berkaitan sampel syarikat BALDI PLASTIK SDN BHD. Sela masa dan segala butir-butir di catit dan diberi nota. Memang fakta dan bukti memihak kepada Diego. Diego renung pula memori percakapan, rekod telefon, komunikasi emel dan smsnya dengan pelanggan setianya. Memang ada. Cuma pelangganya yang terlambat memberi respons dan tindak balas.

Diego capai telefon. Di dailnya nombor mamat yang entah siapa-siapa membuat tuduhan palsu itu. Diego malas nak becakap omputih sebagai tanda rendah diri terhadap pelanggan dan servis perlu mesra.

"Hah, apa cerita emel yang kamu hantar itu?" Diego mula.

"Ohh, macam ini, kami dapat lambat laporan untuk sampel yang kami hantar, tak boleh ke hantar sesudah ayam berkokok 3 hari selepas kami hantar? Bos kami kata perjanjian hitam putih kamu dengan kami memang macam tu? Tapi ni lambat sampai kami tak sempat nak salin minyak yang dah tak boleh guna tu" Mamat entah siapa-siapa itu mengadu.

"Baik macam ini, saya nak eskplen macam ini, dulu kami hantar cepat sebab ada perjanjian hitam putih. Tapi sekarang perjanjian itu sudah tamat tempoh, saya dah hantar cadangan perjanjian baru, syarikat kamu masih tak nak luluskan cepat-cepat, sekarang kamu dengan saya tiada hitam putih lagi. Tapi sebab kamu pelanggan setia saya, saya buat juga analisis itu, kemudian saya hubungi pula tuan punya sampel untuk mendapatkan pandangannya, saya juga perlu Pesanan Belian sekurang-kurangnya, tapi saya tak tahu nak guna harga janji lama atau harga cadangan baru, demi pelanggan, saya guna pulak harga lama yang lagi murah"

"Kemudian, bila analisis dah siap, saya sekali lagi bagitau tuan punya sampel, bila nak dapat Pesanan Belian?. Dia tak bagi juga. Dah 2 hari baru dia telefon mintak saya hantar juga laporan. Saya hantar. Walaupon lepas saya hantar, saya juga pening kepala nak kena telefon dan emel pasukan pembuat pesanan belian kamu untuk menyediakan pesanan belian saya dan bayaran sudah tentu lagi lambat dari 30 hari dari tempoh pesanan siap. Sampai sekarang kamu tak bagi pesanan belian walhal laporan dah siap hantar yang penuh. Sekarang cemana? Diego ekspelen panjang lebar.

"Err. ok. Saya paham. Boleh kamu tulis dalam emel untuk semua itu, saya tak periksa pula dengan tuan punya sampel cerita ni sebelum ini. Nanti saya bagitau bos saya semula selepas saya dapat emel dari kamu. Boleh?" Mamat entah siapa-siapa menjawab. Baru dia sedar diri.

"Ok, nanti saya tulis, janji kamu paham. Yang kata laporan yang terlewat sampai sebulan tu, yang mana pulak?" Diego sengaja mengundang jerat.

"Eh, yang sebulan tu saya tersalah masa taip emel tu tadi kot". Mamat entah siapa-siapa menjawab.

"Oh, salah taip ke, ingatkan memang ada" Diego berbahasa basi. Sekarang baru lu tahu.

Diego terus tersenyum lebar dan tetikus dah mula diketip untuk membuka blog kegemarannya. Sinetron Dramalova karangan amANI. Sedap sunggu cerita kat blog amANI itu. Reda hatinya. Tapi dia tidak lupa menghantar emel seperti yang diminta.

3 hari lepas itu baru emel itu keluar sebab talian internet negara Brazil memang tak boleh harap. 3 saat selepas emelnya keluar kepada semua penerima. Tuan punya sampel minyak yang selalu Diego telefon terus menelefon telefon bimbit Diego. Meminta maaf atas segala kekeliruan dan berjanji nak siku dagu mamat entah siapa-siapa itu bagi pihak Diego. Diego mintak dimaafkan sahaja mamat berpengalaman rendah itu.

Tiada guna nak memberi gambaran kemajuan pada bos besar untuk makan bonus berbulan gaji kalau tiada budi bahasa dan tidak membuat kerja rumah.

Ingat ye, kerja perlu teknikal. Hidup perlu nurani.

Notakaki amANI : Diego tengah sibuk menghadiri kelas pemulihan ingatan teknikal. Sekali kerja rumah cikgu bagi sampai 17 muka surat suruh buat lepas kelas. Esok pagi nak diperiksa. Tak buat, ketuk jari pakai pembaris kayu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...