Advertlets

Rabu, September 30, 2009

Riang Ria Hari Raya II

Ini catatan bergambar ringkas hari raya untuk tatapan Yam. Agar dia turut merasai kehangatan persiapan hari raya yang baru lepas.

Bila:
Sehari sebelum hari Raya.


Objektif :
Memasak untuk menu berbuka puasa Masjid Ayer Merah hari terakhir serta menu Hari Raya.


Menu Berbuka :
Rendang Daging, Gulai Udang, Sambal Sotong, Sayur Kacang Panjang & Lobak Merah, Nasi Putih.


Menu Malam Hari Raya:
Rendang Daging lagi, Gulai Itik, Ketupat Palas, Sambal Sotong, Kuah Kacang, Lontong, Nasi Impit.


Sekitar aktiviti yang menarik hari itu:

1.
Nasi putih tak cukup kat masjid sebab ingat malam terakhir tak ramai la yang nak berbuka kat masjid. Jadi semua makan malam sekadarnya sahaja. Kemudian repeat dengan ketupat, rendang daging yang sedap dan gulai itik sampai kenyang bila masuk tengah malam.

2. Sayur sepatutnya ada kobis bunga, tapi telah di salah letak/nampak walau ada sebekas dah siap potong.


3. Kelapa tua yang diproses untuk hari itu berjumlah kira-kira 50-60 biji. Kopek kulit, belah, sagat, perah santan. Kos bahan mentah dan tenaga buruh adalah percuma, tenaga buruh dari Brazil digunakan sepenuhnya. Ah, Casillas baru-baru belajar kopek kelapa, ingat lepasan universiti luar negara tak perlu ambil tahu selok belok 'cop nyok' ka? Tengok pergerakan kaki pon dah tahu.

4. Rendang daging yang sangat sedap itu telah menjelajah hingga Langkawi, Tumpat dan KL walau dah masuk hari raya ke-3.

5. Layan malam terakhir Ramadhan sambil tengok Arsenal menang 4-0 dengan Wigan.

6. Rumah Pak Hood penuh berderet-deret tanaman pokok Mulberi. Menarik.


7. Sementelahan Sergio menyagat kelapa pon, H1N1 tidak dilupakan.

8. Lalat yang berjaya dijinakkan di bahagian dapur mencecah 2-3 kilo. Gila banyak.

9. Owh, ini rahsia besar. Kedua-dua buruh paksa Brazil yang mengopek kelapa itu terus menerus membuat kerja dari pagi akibat kerahan dan arahan sana sini sehingga terlupa untuk mandi sehingga kurang lebih jam 4 petang. Mangkit tido pagi tu terus dikerah ke tempat kerja. Baju pon tak salin. Huh, komited la sangat.

10. Itu sahaja. Eh, baru nak tambah. Lelaki yang tengah memotong bawang itu adalah artis. Artis tak artis, kupas bawang tetap kene tolong jugak.

Selasa, September 29, 2009

Sinetron Dramalova XX - Pn Solez

Babak 1

Jarang sudah cerita hal-hal jiran Diego di kejiranan Taman Universal ini menjadi bahan penceritaan. Sekali sekala, wajar juga kita menjengah melihat dan mengambil iktibar hal ehwal jiran. Sekadar memerhati dan mengambil tahu sudah mencukupi.

Suami Pn Solez punyai kereta nasional Brazil, warna putih tapi model sebelum model keluaran kereta Diego. Nombor platnya pula dari utara. Gaya pemakaiannya juga ringkas dan biasa-biasa.

Awal pagi kadang-kadang dia keluar bersenam di perkarangan rumah dengan berseluar katok bersinglet putih. Mengambil angin serta meregangkan badan. Lewat petang kadang-kadang menghisap rokok atas batu tembok di tepi pagar depan rumahnya. Kadang-kadang di hujung minggu, dia tengok-tengokkan tanaman sayuran dalam kotak polisterinanya. Yang ada serai, bawang dan entah apa lagi.

Menjadi kemusykilan kepada Diego dan Marcia suami isteri bila mana status pekerjaan suami Pn Solez tidak di ketahui. Sebab tak pernah nampak macam pakai baju kerja atau pergi pagi balik petang. Hanya kelihatan suami Pn Solez menghantar pergi dan pulang Pn Solez ke tempat kerja. Pn Solez pula punyai seragam baju ungu. Bertulis jenama tisu muka di belakangnya. Tapi misteri status karier suami Pn Solez masih berterusan.

Babak 2

Suatu tengahari, Diego balik bawa nasi dan lauk untuk makan tengahari seisi keluarga dari tukang masak tempah khas kegemaran keluarga Diego, murah dan berpatutan. Entah apa kebetulan hari itu, lori pengutip sisa lebihan isi rumah juga baru memasuki lorang rumah Diego. Terpaksalah membontoti lori pengutip sisa lebihan isi rumah itu. Air-air hanyir kelihatan menitik dari bucu kekotak simpanan sisa lebihan isi rumah.

Terbit rasa syahdu terhadap pengorbanan lelaki bertopeng seluruh muka berbaju biru gelap berlengan oren yang sedang mengutip tiap sisa lebihan isi rumah untuk tiap-tiap rumah. Panas terik tengahari menambahkan lagi rasa syahdu itu bila mengingatkan mereka mungkin sejak awal-awal pagi lagi sudah berkerah mengerjakan hal ini untuk kawasan perumahan lain.

Kerja yang tiada kerusi empuk, harus berjalan mengikut tempo dan lajak lori. Sisa yang kadang-kadang berat terpaksa dipikul tulang empat kerat. Kadang-kadang sisa tidak diikat kemas tuan punya sisa. Habis bertaburan di tengah jalan. Bau dan rupa tak payah cerita. Tiada guna Eau de Toilletteris sebotol kalau dah kerjanya bidang ini. Mereka tetap tekun, tiap sisa tiada yang tidak dikutip melainkan sisa tersebut tidak mesra pemampat lori. Ada sarung plastik khas diikat di belakang lori buat bahan-bahan boleh kitar semula berasas besi dan plastik. Dapat juga duit lebihan.

Diego menunggu penuh sabar untuk lori pemampat melepasi perkarangan rumah Diego. Apa yang Diego lihat selepas itu sedikit menginsafkan. Jiran berdepan dengan Diego, suami kepada Pn Solez, meluru keluar ketika lori pemampat melalui perkarangan rumah mereka. Di tangannya bukan sisa lebihan isi rumah untuk diserahkan kepada lelaki berbaju biru berlengan oren itu. Di tangannya adalah sekartun pek 6 air kotak soya 250ml. Buat penghilang dahaga lelaki-lelaki berbaju biru berlengan oren itu.

Walau apa kerjayanya dan gaya hidupnya, suami Pn Solez memang bertimbang rasa tanpa diskriminasi.

Kebelakangan ini, sudah jarang kelihatan kelibat suami Pn Solez. Entah dimana dia.

Isnin, September 28, 2009

Riang Ria Hari Raya

Aku rasa google map tidak berperikemanusiaan. Eh, Selamat Hari Raya semua. Bagaimana raya kamu? Ok? Best? Macam biasa? Ini kisah baru selepas bercuti seminggu dan meninggalkan blog TERABAI. Baiklah, kembali kepada google map. Ada ka dia kata aku boleh buat journey seperti yang tertera di bawah dalam masa SATU hari SATU jam sahaja. Ceh. Tiada konsiderasi betul.


Amik seminggu baru setel, baru la sempat nak sagat kelapa, kopek nyok tua, perah santan, kacau rendang, semayang raya, salam-salam bermaafan amik gambar, makan rendang, lontong, gulai itik, tat nenas, lemang, air oren, laksa penang, tengok Man Utd menang nasib pengadil tambah masa tambahan terlebih, jalan-jalan rumah bakal besan pak dan mak sampai terberetuh kereta depan rebeh bumper, jumpa mertua dan saudara mara isteri, makan nasi kenduri, beli toto kat Pengkalan Kubur, tengok kereta berjujuk-jujuk atas jalan Machang-Kuala Krai, melawat saudara belah pak, tengok rumah mak baru ubahsuai, pegi open house, dengar gosip itu ini, tido rumah Mak Caq. Seminggu. Selesai raya aku sekeluarga. Ingat tu google map tau. Berperikemanusiaan sikit.


****Sinetron Dramalove pendek****

Diego : "Eh, tak terasa la macam dah keliling satu semenanjung Malaysia"

Marcia mencebik muka : "Hah, yela tu"

Padahal, dua-dua sengal-sengal pinggang, tidur tak sedar apa.


****Kanak-kanak Memang Riang ringkas****

Dalam perjalanan nak sampai Tumpat dari Kulim. Sekitar Pasir Mas.

Aqil : "Abah, Aqil nak berak, Aqil dah tak tahhhan dah ni..."

Abah & Ummi berpandangan, dan gelak tak hengat dulu. Hahah.

Notakaki amANI: Seminggu lebih sikit tinggalkan blog, aku nak menulis pon berat je. Untuk Yam di NZ, nak gambar raya? Nanti aku letak ye.

Khamis, September 17, 2009

Memberi laluan kepada Hari Raya Aidilfitri

Sempena entri ke-200 ini, saya sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI dan bercuti raya buat semua yang membaca blog ini. Kesibukan menyambut raya akan menyebabkan blog ini tidak dikemaskini dengan kerap barang kali seminggu dua ini. Malam ini dah akan berangkat pulang ke Kulim. Hari Raya ke-3 akan berada di Tumpat dan akan kembali ke JB melalui Kuala Lumpur pada hujung minggu.

Jikalau terdapat apa-apa kekurangan yang mengguris hati dan perasaan ketika kamu membaca blog ini. Adalah diharapkan dapat dimaafkan. Jika ada juga isu yang timbul hasil dari penulisan blog ini juga yang membuatkan kamu tidak selesa, tidak suka, tidak lena tidur malam, juga harap dimaafkan.

Jemput la datang rumah kami di Taman Universiti kalau berkelapangan sesudah kami balik dari kampung nanti. Takde la aku nak buat open house peringkat kebangsaan, tapi rumah kami sentiasa terbuka untuk tetamu semua. Baiklah.

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin

Terimalah e-kad raya lip-lap lip-lap yang berkelip-kelip ini buat tatapan semua. Tahun lepas tak sempat ambik gambar raya bersama-sama, jadi ini gambar raya 2 tahun lepas. Agak-agak nak spare duit raya kat Aqil dan Ammar tapi tak berkesempatan berjumpa, sms je, nanti aku bagi nombor akaun Maybank dorang. Boleh begitu? Hahah.


Rabu, September 16, 2009

Aku dan Mohd T

Aku belum memutuskan untuk menjadikan ini kisah bersiri terbaru. Kisah Ahmad S yang singkat itu pon macam dirindui je untuk ditulis lagi. Tapi satgi tulis, bini Ahmad S marah aku cemana? Hahah.

Eh, tapi macam la Mohd T watak utama cerita ini pula tiada bini? Takpela, satu cerita dulu k. Tengok sedap ke tak sedap ke macamana ke. Begini, ceritanya.

**11 April 1999**

Hari sebelum itu, Jumaat, aku naik bas dari Kolej, dengan rumet Mohd T. Pergi Angsana. Takda nak cari pasal apa pon. Cuma memang nak menggantikan tali jam Casio Illuminator aku yang telah dipakai sejak tahun 1996. Aku jenis pakai jam satu jenis je seumur hidup. Bila rosak tidak boleh dibaiki atau ganti, baru jam baru dicari ganti atau dibeli. Tak kira la jam tali besi ke, tali getah ke, tali kulit ke, jam tangan itu adalah harus berada di tangan kanan, hatta buat bermain bola sekalipon. Amik air semayang dan mandi je aku bukak jam. Sebab aku terpelajar lagi berkesedaran. Jenis apa amik air semayang dengan mandi pon nak tengok jam jugak woi? Tau la jam tu water resistant 100m. Jadi, jam tangan bukanlah topik hari ini. Pendahuluannya sahaja.

Dijadikan cerita, aku beli satu tali jam jenis 'zap'. Dulu aku tak tahu lagi nama sebenar zap ini adalah velcro. Kaler hijau buruk yang aku pilih langsung tak matching dengan jam Casio Illuminator itu, tapi apa aku kesah, janji fungsinya betul. Yang lebih menarik, dia bagi beg kedai dia yang lebar lagi panjang tanda terima kasih sebab aku beli tali jam itu. Ratio saiz produk dan beg plastik sangat tidak berkadaran. Aku sudah lupa hal ini. Nasib aku tulis dalam diari.

Dalam aku berjalan-jalan di Angsana, di ruang legar utama ada promosi. Satu booth Pepsi ada promosi yang sangat menarik. Hadiahnya sebiji bola Pepsi. Yang bertandatangan semua pemain bola yang ditaja Pepsi. Terus aku tarik tangan rumet Mohd T, ajak dia balik. Naik bas sesegera mungkin.

Balik kolej, aku terus mengadu kat Mohd T. Hanya Mohd T yang sanggup buat hal-ehwal macam ini demi sebiji bola. Sebab petang-petang asyik sepak bola takraw. Padang bola jaring kat belakang blok gadis tu rumput dah memanjang tak da sapa nak tolong mengimarahkan.

Mohd T terkejut dengan perkhabaran aku. Dia terus bersetuju. Tapi aku tanya, takkan nak naik bas lagi sekali kot. Dia kata takpa, esok kita pinjam motor posmen Baj**. Aku setuju, walau pun aku tahu Mohd T ada lesen L je untuk menunggang motor. Mujur Baj** juga ada helmet lebih. Tapi takda visor. Pedih-pedih mata aku menahan debu-debu berterbangan. Lekat kat pipi aku tak heran, sabun mandi ada.

Sampai kat Angsana, aku terus tunjuk kat Mohd T booth Pepsi itu. Mohd T senyum girang. Kacang.

"Kelepang-Kelepung-Keceper"

Aku dan Mohd T senyum terkikik-kikik. Bola saiz perlawanan bertandatangan pemain tajaan Pepsi dalam gengaman. Dapat pula satu karton 24 botol air mineral jenama Shot 500ml. Kami usung bawak balik. Naik motor. Bola masuk dalam raga, aku riba air mineral. Pedih-pedih mata lagi. Tapi tetap tersenyum riang.

Sampai blok. Semua yang ada pakat berkerumun. Petang ini kita main bola woi! Mohd T dah timang-timang bola, siap sauk letak kat belakang leher. Peh. Semua kagum. Bila yang bertanya mana dapat bola bertandatangan pemain tajaan Pepsi ini, Mohd T mula bercerita tentang hasil usahanya, mengelecek, menimang bola, merembat bola untuk booth Pepsi di Angsana. Aku tokok tambah sedikit sebanyak. Sambil menunjukkan karton air mineral pula. Semua bertambah kagum. Aku dan Mohd T senyum terkikik lagi.

Petang itu. 3 gol aku jaringkan. Main gol tiang. Dah padang itu padang bola jaring, mana nak cari gawang gol. Ada tiang bola jaring je la. Tapi tidak pula kami sanggup nak guna jaring bola jaring itu sebagai gol. Sampai ke sudah tak akan gol nak disepaknya. Semua sangat seronok dan gembira dengan kehadiran bola baru. Sedap sungguh. Yang tak suka sangat main bola masa itu macam Ahmad S juga turut main bersama.

Esok petang pon main lagi bola kat padang yang sama. Tapi aku bengang sungguh. Ada pulak tangan yang gatal pergi letak tandatangan dia kat bola bertandatangan pemain tajaan Pepsi itu. Pepsi ada taja kau ke? Ceh perasan.

Hampir 1 tahun bola tersebut berkhidmat untuk kami. Itu adalah zaman main bola paling enjoy untuk aku masa di universiti. Lepas itu ada lagi main bola, tapi dah agak serius serta berkomitmen. Padang bola jaring itu pon telah diharamkan buat pelajar lelaki main bola, setelah mendapat aduan tentang gangguan suara dan pencemaran aurat.

Yang sedapnya cerita ini adalah hal ini.

"Kelepang-Kelepung-Keceper"

Setelah di alih bahasa menjadi:

"Mohd T keluarkan RM20 dari dompetnya, dibayar kepada penjaga booth Pepsi, penjaga booth senyum, bagi air mineral Shot satu kartun, percuma sebiji bola Pepsi yang siap dipam. Kami senyum terkikik-kikik bila memikirkan auta yang akan dibuat untuk rakan-rakan di kolej nanti"

Ada yang hampir penuh setahun tidak mengetahui hal sebenar "
Kelepang-Kelepung-Keceper" ini.


Selasa, September 15, 2009

Kanak-kanak Memang Riang XVI

Siri bercakap dengan tangan.

Bila aku belek-belek balik gambar-gambar yang baru di ambil ini sebulan ini, baru perasan Ammar ada identiti tersendiri untuk bergambar. Stail bercakap dengan tangan*. Entah sapa punya pengaruh la. Rasa-rasa sebab ada orang ajar dia buat 'peace-V' tapi dia tak reti, dia buat 'five'.

Berikut beberapa gambar yang ada Ammar dan stail bergambarnya.




Perasan itu pinggan berisi buah-buahan? Hahah, ini kira cerita disebalik tabir untuk Sebalik tabir - Colek Aji la.

Kalau Aqil, sekarang dia suka buat mimik muka. Nantikan siri 'buat muka buruk' pulak ye.

Juga buat makluman, penulis ini adalah Abah kepada Ammar dan Aqil ye. Abah. Ingat. Dah.

Nota berbentuk *: Pernah tengok cerita omputih yang ada ayat 'talk to my hand' ? Aku sendiri tak ingat, tapi cerita ke gusti sebenarnya? Mungkin gusti kot. Mamat yang pakai stokin busuk letak kat tangan tuh punya ayat. Entah. Hahah.

****Kemaskini 15 Sept 09 10.00 pagi****

Gambar ke-empat aku baru taruk.

Kalau aku ada kamera-tali-lebar-sangkut-kat-leher-sampai-senget-leher, aku mungkin tak berkesempatan nak mengambil gambar dorang yang macam ini. Pak gad marah oo amik gambar kat JUSCO. Hahah.

Ahad, September 13, 2009

Diari Ramadhan Adebayor - (Man City 4 - Arsenal 2)

"Game ini aku benar-benar nak buktikan sesuatu". getus hati Manu. Pengelap peluh bercorak bendera Togo Manu sarungkan di kedua-dua belah pergelangan tangannya.

Manu, atau nama penuhnya Sheyi Emmanuel Adebayor, kelahiran negara Togo, kini dengan jersi biru langit cerah sudah bersedia untuk diturunkan menentang pasukan lamanya, Arsenal yang ditinggalkannya demi mencapai status sebagai rakyat Togo paling kaya di dunia mengalahkan tokey seludup gading gajah haram mahupun perdana menteri Togo sekalipun.

Stadium dah penuh sampai ke kemuncak tempat duduk paling atas, semua dengan baju biru langit cerah. Hanya satu segmen tempat duduk belakang gol kelihatan penyokong berbaju merah berbelang maroon dan putih. Dua-dua set penyokong jelas menjeritkan nama Adebayor, tapi berlainan ganti nama. Yang memakai baju biru langit cerah menjerit

"Adebayor, Adebayor, your are my savior".

Dibalas pula dengan penyokong merah berbelang maroon dan putih.

"Duit-duit, di mana kau duit? Adebayor, cintamu (terhadap duit) membukit!"

Bergema satu stadium.

Perlawanan bermula. Bola sepak mula oleh Van Persie. Arsenal menyerang, kawalan ketat benteng Man City menyebabkan Shaun Wright Philips mendapat bola. Dapat pada Adebayor di sebelah kiri.

"Dorang (penyokong Arsenal) tak tahu, aku sebenarnya layak menjadi pengganti Henry untuk Arsenal. Aku komited untuk menang tiap perlawanan tika bersama Arsenal" Manu masih mengelamun ketika mendapat bola. Tiap sentuhan bolanya disorak hebat oleh penyokong biru langit cerah. Mereka memang rasa Manu adalah 'Henry' mereka buat Man City.

Bola keluar padang, Manu tersepak bola lebih jauh sikit bila diacah Gallas. Seronok penyokong merah berbelang maroon putih bersorak mengejek Manu.

Lambungan-lambungan tinggi oleh Man City semua menuju Adebayor. Tak kira la dari Toure ke, Richards ke, Lescott ke. Semua menuju Adebayor yang tinggi lampai itu. Gareth Barry yang dibeli mahal dari Aston Villa pon seakan tidak diendahkan. Malangnya, lambungan demi lambungan dapat dipatahkan oleh Vermalean atau Gallas. Adebayor masih lagi membiarkan dirinya di lamun ingatan-ingatan 'di boo penyokong Arsenal'.

"Aku main untuk Arsenal pon hangpa boo, aku main untuk Man City pon kena boo, apa dosa aku?" Manu masih dibuai emosi-emosi yang mengundah gulanakan dirinya.

"Bukan salah aku AC Milan, Real Madrid, Barcelona nakkan aku, kalau depa mai, gaji naik 4 kali ganda, takkan aku nak tolak? Hangpa pon akan tukaq kerja kalau dapat gaji macam tu kan?" Manu bermonolog lagi. Bola yang datang memang dia tak endah sangat, dia buat-buat lari sana sini, macam mengejar bola. Tapi dalam kepalanya hanya ada satu je. Dapat bola lintang sedap-sedap, dia terjah tanduk ka, rembat ka. Janji gol.

Tiba-tiba dalam satu serang balas kilat. Bellamy dijatuhkan, ditolak mukanya oleh Sagna. Sepakan percuma dari jarak 40 meter dari gol. Barry melambung bola, Adebayor melonjak paling tinggi. Cuba dihadang oleh Gallas, dua-dua terlepas. Richards yang kat sebelahnya yang dapat menanduk. Bola laju menuju sisi kanan gol. Almunia cuba menepis. Terlepas. Bola terkena tiang. Melantun semula. Kena kepala Almunia. GOL! (macam dalam kartun).

Manu yang baru mendarat terus berlari mendapatkan Richards, dipeluk gomol Richards macam pengantin di malam pertama.

Baki perlawanan selepas itu tidak diendah langsung oleh Adebayor. Sebab langsung tak dapat bola. Kalau dapat pon, Gallas dan Vermalen mesti ada untuk menghalang. Lagipun, memang dia separuh hati je bermain.

Tamat separuh masa pertama.

Separuh masa kedua bermula. But putih Adidas Adebayor kelihatan masih suci bersih. Gaji seminggu 150,000 pound sterling, takkan tak boleh beli but tiap hari kan.

Manu kali ini mendapat arahan paling ringkas dari Mark Hughes. Tiap kali tendangan sudut. Kena duduk paling depan, dekat dengan tiang gol. Tanduk je semua bola yang datang. Lain-lain, pandai-pandai la main sendiri.

Itulah yang Adebayor buat. Sebab memang asyik-asyik kena serang je. Arsenal menyerang dari segala arah. Kiri dan kanan. Adebayor jadi bosan. Sebab banyak kali bola datang dekat dengan dia. Mesti kena rampas. Arsenal pula sempat menjaringkan gol dari Van Persie. Adebayor dah mula resah gelisah. Status perpindahan mahal dia dan rekod statistik dia yang telah menjaringkan 1 gol tiap-tiap perlawanan untuk 3 perlawanan pertama Man City nampak samar-samar akan lebur.

"Konfem kena kutuk kow-kow kalau aku tak score hari ini" Manu bermonolog lagi.

Masuk minit ke-60. Dari satu lambungan tinggi, Adebayor sama-sama melompat dengan Gallas. Tapi Gallas 'body contact' lebih sikit Adebayor, jatuh terlentang dia. Nasib tak patah pinggang. Sakit ya amat. Nafsu amarah Adebayor mula meninggi. Dia tak kira dah ini bulan Ramadhan ke apa.

Mangsa pertama, Van Persie. Masa Van Persi cuba bentes meluncur bola di kaki Adebayor, Adebayor melompat dan bila kaki kiri jejak kat tanah, kaki kanannya disua lebih sikit ke muka Van Persie. "Nah, rasakan". Getus Manu. Corak stud but putih suci murni Adebayor jelas kelihatan di pipi Van Persie dan diberikan rawatan kecemasan oleh doktor pasukan Arsenal. Nyaris buta Van Persie.

Mangsa kedua, Sagna. Dalam satu perebutan bola antara Sagna dengan Barry, Adebayor mencelah dan but putih suci murninya dibenamkan ke keting Sagna. Berkaca mata Sagna. Pengadil pulak tengah tengok makwe seberang sana. Adebayor lari buat macam tak ada apa-apa.

Mangsa ketiga, Song. Disepaknya belakang betis Song masa Song tengah menghadang bola. Song tak tahan, dia balas balik. Pengadil baru je berpaling dari usha makwe yang sama. Song yang kena kad kuning. Adebayor? Dia buat-buat gosok betis meraih simpati.

Dalam duk mencari mangsa keempat, Adebayor sedikit terleka untuk menyerang. Jadinya, Wright Philips terpaksa berganding dengan Bellamy untuk menghasilkan gol kedua Man City. Adebayor masa tu baru nak lari ke kotak penalti.

Gol kedua Man City benar-benar menyentak hati dan perasaan Adebayor. "Ada can menang rupanya, harap-harap la boleh score. Baru la statistik aku naik lagi" Adebayor, masih mengelamun.

Dari gerakan yang hampir sama dengan gol kedua tadi, tapi kali ini Richards yang dapat membawa bola dari sayap kanan. Dilambung cantik ke tengah kotak penalti.

"Gila cantik bola ini, dulu nak harap Eboue, Sagna atau Clichy, haram tak menjadi cross dorang, cross ini baru la sedap kalau nak tanduk. Eh, henpon iPhone 3G [S] untuk saudara mara kat Togo sempena raya Aidilfitri ini tak beli lagi, rasa ada promosi kat TESCO. " Sempat lagi Adebayor bermonolog lagi.

Sebab langsung tiada bek tengah Arsenal yang berada berdekatan dengan Adebayor. Tandukan Adebayor laju tanpa tandingan. Almunia tewas lagi. Kali ini, Adebayor lari. Lari sekuat hati meraikan golnya. Gol ke-empat untuk perlawanan ke-empat bersama Man City dalam Liga. Dia lari menuju segmen penyokong merah berbelang maroon putih di padang seberang sana. Dia buat macam biasa-biasa pemain bola buat bila sambut gol. Seret lutut sambil meluncur.

Penyokong Arsenal pakat baling apa yang ada. Syiling, kunci, kertas, kerusi, bekas arak semua cuba dibaling ke arah Adebayor. Adebayor puas.

Hatinya cukup puas. Puas merobek hati-hati penyokong Arsenal. Yang mengejinya dari dulu sampai sekarang. Dia tak endah. Hati Wenger yang masih percaya dan setia pada Adebayor sebelum dia benar-benar dikenali dunia pon dia tak endah. Sambutan golnya itu memang tiada rasa hormat langsung pada pasukan yang pernah diwakilinya dahulu. Adat orang kaya, mesti la bongkak. Itulah mottonya sekarang.

Selepas jaringan gol itu, Manu tidak lagi berminat untuk bermain bola. Kaki Fabregas pula menjadi mangsa. Kali ini diselit antara dua kaki Fabregas, kalau dirodok lebih sikit, mesti terpatah tiga macam Eduardo satu waktu dulu. Sekali lagi masa tu pengadil terpaling ke arah makwe seberang padang. Padahal makwe tu tak bagi respon langsung kat pengadil.

Arsenal dapat menjaringkan satu gol untuk cuba bangkit melalui Rosicky. Kemudian tiang gol kanan menjadi penghalang gol ketiga Arsenal dan pengadil tertengok makwe lagi bila bola terkena tangan Barry dalam kotak penalti. Memang tiada harapan untuk Arsenal cuba menyamakan kedudukan atau menang.

Adebayor dah malas dah nak main bola. Sebab tu serang balas entah ke berapa kali Man City oleh Bellamy pula hanya di sokong Wright Philips. Adebayor berlari hanya nak cukupkan statistik minimum berlari 8km setiap perlawanan. Kuisan Bellamy memang cukup sungkitnya, dapat pada Wright Philips untuk gol ke-EMPAT Man City. Adebayor buat-buat seronok terlebih. Sekali lagi bergomol beramai-ramai dalam kotak penalti Arsenal.

Tamat perlawanan, Adebayor cuba-cuba buat macam tak ada apa-apa dendam dengan pemain Arsenal. Semua dia peluk cium. Padahal dendam dalam hati tetap membara. Penganjur stadium pula sengaja menambah perit di hati penyokong Arsenal. Diumumkan Adebayor sebagai pemain terbaik perlawanan. Sebenarnya Bellamy yang nampak lebih sepenuh hati bermain bola.

Cilakak lu Adebayor. Kita tunggu kat Emirates.



Sabtu, September 12, 2009

KPI Ramadhan lagi

Biasa-biasa, orang tulis tajuk diari Ramadhan. Tulis pasal makan apa, beli apa, rasa lapar, tengok makanan semua sedap, kat mana berbuka, pakej buffet mana murah dan berpatutan, hotel mana sedap bebenar makan, alah senang cerita, kita KPI kan semua tentang pakej berbuka la. Kadang-kadang belagak pulak kalau tak puasa hari itu, series tak kelakar beb (yang lelaki la, orang pompuan kita sedia maklum).

Kali ini, apa kata kita mencari sedikit kelainan. Hal yang selalu-selalu orang bercerita hanya pada awal Ramadhan. Hari pertama barangkali, tapi lepas tengah-tengah Ramadhan, berkurangan sedikit yang menceritakan perihal ini. Apakata kita bercerita sedikit perihal KPI terawikh. Sedap bercerita hal terawikh ini, sebab terawikh ini tak de orang boleh buat diluar bulan Ramadhan, berbanding kuih akok, lompat tikam, puteri mandi, murtabak, ayam percik atau nasi kerabu, kat pasar malam sehari sebelum raya cina pon ada orang jual. Tak de bermusimnya. Jadi, sapa yang bermasalah tentang idea entri blog, idea sebenarnya ada di mana-mana.

Terawikh aku masa masih di darjah rendah sangat ekspres. Sangat laju sehinggakan imam baru takbir untuk rakaat ketiga. Aku dan abang dah lari duduk saf paling belakang dekat dengan dinding untuk menyudahkan 8 rakaat dengan sepantas kilat. Selalu-selalu, sebelum salam imam rakaat ke-4, aku dah boleh sarung selipar keluar surau dah. Tujuannya, balik jalan kaki ke rumah, sambil main mercun yang dibeli petang itu. Mercun tu memang dah ready dalam poket baju melayu dah. Kadang-kadang stendby duit je. Beli dalam perjalanan. Dulu senang sangat nak jumpa orang jual mercun. Mercun paling murah tapi sedap adalah Moon Travel. Cucuh dan baling. Berdesup. Kalau berlebih duit sikit, bleh beli Thunder Clap. Tapi mahal. Rupa dan gaya macam Moon Travel, tapi dia ada bunyi ketika dilancarkan.

La ni, bila melihat gelagat kanak-kanak di masjid kawasan aku, kenangan itu datang semula. Tapi macam biasa, hal utama cerita ini bukanlah hal di atas. Pendahuluan je tu.

Cerita kali ini adalah untuk kita KPI kan pakej terawikh yang disediakan oleh masjid Taman Jamek Tmn U ini. Pakej untuk malam ke- 21 yang lepas sangat menarik untuk dikongsikan. Semua telah diseru beramai-ramai membawa anak isteri untuk menjayakan terawikh malam itu dengan diadakan pengumuman pada malam sebelumnya. Begini pakejnya:

1. Malam itu adalah malam imam mengkhatamkan Al-Quran di dalam bacaan solat terawikhnya. Cukup 20 rakaat, khatam. Sejak bermula terawikh, tiap rakaat adalah dari surah awal Al-Quran, yang mana disambung pula Taddaruss selepas itu.

2. Malam itu ada doa istimewa ketika doa qunut pada rakaat witir terakhir. Imam ini baca doa qunut separuh dan kemudian menyambungnya dengan satu doa yang dia ambil dari satu surah dalam Al-Quran. Dia sangat beremosi ketika doa ini. 2-3 kali suaranya sebak tidak tertahan. Satu part, terus hening seketika. Syahdu.

3. Doa khatam Al-Quran dibacakan sesudah selesai solat witir. Tika ini juga emosi imam sedikit tersentuh. Dia paham bahasa Arab, jadi doa itu dekat dihatinya.

4. Ini malam ke-21. Malam ganjil yang boleh berkemungkinan sebagai malam Lailatul Qadar.

5. Ini malam Jumaat. Penghulu hari.

6. Pada rakaat keempat, ada sujud sajadah. Kalau arif lagi laksana, surah lazim apakah yang ada sujud sajadah?
7. Solat terawikhnya releks-releks je. Sebab semua surah lazim yang tidak la panjang-panjang.

8. Setelah selesai urusan terawikh, CD bacaan Imam Sheikh Karem Radzi Abdul Zahir Al-Hariri diedarkan kepada hadirin yang hadir. Sebab masa malam Sheikh Karem ini datang pada 4 September minggu lepas ke masjid ini, CD berkenaan tidak mencukupi. Dia hantar lagi sekali minggu seterusnya. Kali ini semua yang hadir dapat. Termasuk hadirin muslimah. Klik untuk cerita kunjungan Sheikh ini. (pakcik-pakcik pakat buat 2 rakaat je masa itu. Panjang & lama beb)



9. Semua di atas adalah pengalaman semua hadirin ke Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin ini, berikut adalah pengalaman peribadi aku.

10. Aku dapat duduk dalam saf yang sama dengan imam utama, Ustaz Sairaji. Tapi untuk saf baris ke-empat la. Kemudian dia pula bergegas keluar selepas rakaat ke-2. Ada urusan. Dulu masa nak menikah, tandatangan Ustaz Sairaji ini la aku kena dapatkan. Siap jejak sampai rumah dia. Ahmad S sendiri tak cari tok Imam kawasan dia untuk dapatkan tandatangan untuk urusan menikah. Duta dah dapatkan ke belum?

11. Selesai semua sekali. Urusan membayar zakat pula diselesaikan. Jadi tidak la aku runsing lagi sebab takut terlewat, terus tak dapat nak bayar zakat tahun ini. Baik bayar melalui masjid ini berbanding tempat lain atau JUSCO sebab tiap amil yang menjadi wakil urusan zakat ada bahagian untuk dia. Juga lebih baik membayar zakat di mana tempat kita bermustautin. Lagi satu, baik bayar awal, supaya zakat itu terus dapat diagihkan sebelum Aidilfitri untuk yang memerlukan sebagai persiapan Aidilfitri mereka.

Rasanya begitulah pakej Terawikh yang aku rasa agak istimewa untuk tahun ini. Tahun sebelum-sebelum ini, dia buat dipenghujung terawikh, jadi aku tak dapat nak merasai pakej sebegini. Sekadar sebagai perkongsian. Cemana pulak terawikh di tempat korang?

*******
Sinetron Dramalova Siri Selitan

Marcia : Abang, tak pergi ke terawikh malam ni?

Diego : Tak kot, malam ni malam genap. Tadi masa drive balik dari SP pon siap terlena-lena. (kebetulan pulak ada cerita Nurkasih malam itu)
*******

Gambar adalah ihsan Blog MJTSAWTU


Jumaat, September 11, 2009

Kak amANI?

Memang benar istilah cinta itu buta, sebab ada lelaki yang suka bercinta dengan lelaki, begitu juga perempuan yang bercinta dengan perempuan. Tapi itu bukan cerita hari ini.

Juga mungkin benar juga istilah blog yang baik bukan sebab rupanya cantik. Tapi penulisannya dan pengisiannya menarik. Tapi itu juga bukan cerita hari ini.

Cerita hari ini adalah kes yang dilalui seperti berikut :

1. Aku dapat sms dari sorang member berbunyi lebih kurang begini "Weh, blog ko tu ko yang tulis ke wife ko pon ada tulis jugak" ?

2. Dari shoutbox seseorang yang baru melawati blog ini dan bila aku membalas kunjungannya, dia membalas
"kak amani...bahasa org kampung je ni"

3. Dari satu entri salah seorang yang menjadi follower blog @Lambaian ketika dia membuat ujian SPEEDTEST yang pernah aku letak disini berbunyi begini:
bagus3x...prestasi makin baik. hehe..tapi masih jauh lg kalau nk compare ngn kak amANI"

Disebabkan ini bukan lagi zaman mIRC, jadi aku tidak lagi ingin memberikan tandatanya kepada pengunjung blog yang lain, aku balas terus dan dan time itu jugak bagi segala kekeliruan yang aku jumpa itu.

Tapi yang menjadi tanda tanya sekarang, bagaimanakah boleh timbul persepsi yang tuan punya blog ini adalah seorang 'Kak'? Auwww, ayu nye i. Bagi yang mengenal secara lahiriah dan bentuk rupa fizikal aku, mahu muntah darah kalau membayangkan aku dan membaca cerita ini.

Tapi bagi yang hanya membaca dari penulisan, apa yang menyebabkan persepsi itu timbul? Aku tak pernah guna perkataan-perkataan gurly-gurly seperti 'Hye sume", simbol wink-wink mata seperti (^-^), menulis blog secara perkataan 'sms' walaupun aku adalah RAJA sms (wah, bergaya lagi bangga, padahal henpon murah!) mahupun membuat kisah yang selalu-selalu gadis-gadis blog lain ketika bercerita seperti makan-makan, jalan-jalan, beli henbeg, beli blouse, beli jajan, cerita kucing, cerita beli kerepek dengan opismate dan sebagainya. (Sori, tidak bermaksud untuk menstreotaipkan jantina, tapi hanya contoh macam gambar hiasan blog-blog orang lain la). Aku bercerita pasal bola, hal anak-anak dari pandangan sorang abah, seorang Diego yang penuh teknikal lagi tektikal, perihal Sinetron Dramalova, perihal ehwal politik dan semasa, perihal Ahmad S yang konfem seorang lelaki (ada jugak yang kata aku bercinta dengan Ahmad S tu, Hahah). Cemana bleh terkeliru nih?

Aku pernah ada persepsi untuk satu blog, yang mana penulisnya gadis, tapi gaya penceritaannya memang lelaki habis. Sampai ramai yang memberi komen terkeliru dan bila keluar gambar dia sipi-sipi baru la orang perasan dia adalah gadis. Tapi blog aku menggunakan alamat yang merupakan nama orang yang aku tak pernah jumpa lagi nama itu melambangkan seorang gadis. Jadi?

Aku rasa, aku punya gaya mukadimah yang panjang serta cerita yang meleret panjang berjela macam makcik-makcik yang bercerita memungkinkan aku mendapat gelaran 'Kak' itu. Mungkin. Aku rasa la. Hahah. Jadi diharap ada yang membaca kali ini dan dapat mengambil sedikit sebanyak iktibar ye. Saya adalah abang/encik/tuan/bapak/abah/pakcik/Mr amANI. Apa-apa aje gelaran ganti nama, janji bukan 'Kak' dan sejantina dengannya. Harap maklum.

Selamat hari Jumaat. Aku ingat nak cerita hal-hal ibadah hari Jumaat ini, tapi gossip terkini lagi sensasi menyebabkan aku simpan kisah itu untuk hari lain. Maklumlah, sesi bersama 'Kak amANI' mesti panas lagi sensasi. Huhu.

Rabu, September 09, 2009

Sebalik tabir - Colek Aji

Haih, semenjak dua menjak ni semua pakat sebalik tabir je. Apa nak buat, ini semua strategi pemasaran. Mana orang nak berminat kalau tidak tahu apa yang terjadi disebaliknya kan?

Baiklah. Hari ini adalah kali pertama secara tidak rasmi Colek Aji akan diperkenalkan kepada khalayak umum. Sebelum ini bukan la kata tak da sapa tahu, tapi tidak pernah ada sesiapa menunjukkanya ke dalam apa jua jenis medium media massa buat masa sekarang.

Sedikit sejarah tentang kewujudan Colek Aji ini adalah seperti berikut. Jap, aku pertimbangkan semula. Kalau aku cerita, nanti jadi panjang. Di hari penuh kesabaran dan dugaan ini, dengan cerita bergambar makanan, aku rasa ianya mungkin sedikit menduga perasaan. Jadi secara ringkasnya. Colek Aji ini Pak yang buat. Tn Hj Ruslan. Dia mula-mula RnD masa dia jadi pengetua di PC sekitar tahun 1999. Sebab buah-buah senang nak dapat kat pasar KB, bahan-bahan terutamanya sos hitam itu memang ada je stok dari Siam. Maka dia buat sebagai pencuci mulut bila masa ada je hari keramaian jamuan makan kat rumah. Bila ramai yang memuji dan memperkatakan tentang Colek Aji ini, baru la Pak pertimbangkan untuk membuat secara komersil.

Pak membawa resipi ini ke seluruh tempat dia bekerja selepas itu seperti Alor Gajah, Terendak, Jasin, Seremban, KL dan Kulim. Sekarang, bila kerjaya rasmi pon dah hampir ke arah pencen. Mak pon dan pencen, masa terluang untuk membuat Colek Aji makin banyak. Kalau tak Pak, Mak la yang duk jaga di dapur untuk menyiapkan kuah rojak Colek Aji ini. Urusan pembungkusan juga dilakukan sendiri oleh Pak dan Mak. Memang hasil tangan sendiri. Tidak ada PATI atau TKI yang digunakan melainkan tenaga DG54 dan DG52 (R) yang menghasilkan Colek Aji ini. Siti Nurhaliza yang jual teh tu sendiri tak bungkus teh uncang dia sendiri. Permintaan dari saudara mara dan rakan-rakan juga tidak pernah putus-putus, jadi pengeluarannya lebih rancak sekarang.

Aku dan Ezi turut serta dalam memperkenalkan Colek Aji ini buat cuba-cuba untuk rakan sekitar Skudai ini. Sekarang aku ingin memperkenalkannya kepada umum pula melalui Kedai E-Amani. Jadi berikut adalah sedikit sebanyak momen-momen penggambaran yang dilakukan untuk memuatkan gambar Colek Aji ini sebagai salah satu produk keluaran Amani's Collection.

Mula-mula potong buah yang sedap dimakan.

Kemudian tukar ke pinggan yang lebih mesra kamera supaya contrast lebih cantik.

Siram kuah rojak sesuka hati supaya mengenai buah-buahan tadi. Abaikan je model yang terserta itu.

Taburkan kacang tanah yang telah hancur dikisar. Lagi banyak lagi sedap. Bagi tujuan penggambaran, sikit jela.

Boleh juga taburkan sedikit serbuk asam ko. Juga lidi penyucuk sebagai hiasan. Pusing-pusing pinggan cari sudut yang menarik. Kemudian selesailah penggambaran. Terliur? Telan sahaja air liur itu buat masa sekarang.

15 minit kemudian. Segalanya selesai. Sedap? Entah. Lazat adala. Ini gambar sebelum pinggan ini dijarikan licin oleh model yang kelihatan tadi.

Baiklah. Produk sebenarnya berupa begini. Dalam bekas standard tau fu fa. Dengan berat 400g. Dapatkannya di kedai E-Amani. Segala urusan penempahan, pembayaran dan sebagainya, sila hubungi tokey kedai terbabit. Aku orang bawahan je. Yang sebar-sebar flyers tu. Mau cuba? Bleh datang beraya di rumah. Konfem ada Colek Aji sebagai menu buat tetamu.

Homemade kuah rojak Colek Aji.

Selasa, September 08, 2009

Kanak-Kanak Memang Riang XV

Di zaman Play Station ini, kanak-kanak tidak lagi perlu menggunakan segala sumber dari alam semulajadi untuk diubahsuai menjadi alatan mainan. Tidak perlu lagi mencari biji terung bulat untuk dijadikan bedil senapang berikat getah gelang. Tidak perlu lagi mengumpul sebanyak mungkin biji getah untuk dilagakan. Tidak perlu lagi meraut buluh untuk membuat rangka layang-layang. Semua permainan ubah suai sebelum ini sudah pon ada terjual dan tersedia sebagai permainan yang lebih sempurna, ergonomik, berwarna warni dan hanya perlu dibeli oleh ibu bapanya.

Akan tetapi, meskipun zaman berubah. Kanak-kanak tetap kanak-kanak. Mereka punyai imaginasi dan dunia mereka sendiri. Tidak perlu runsing tentang apa-apa perkara mendatang. Hanya keseronokan yang ada dalam diri mereka dan bagaimana mereka mengolah apa yang ada untuk dijadikan bahan keseronokan buat mereka.

Ini sedikit memori yang dapat dipertontonkan buat Aqil, Ammar dan Zahin bila mereka dah meningkat usia nanti. Melihat kembali telatah dan gelagat mereka dalam sesi improvisasi permainan sedia ada di taman permainan dengan gaya dan pendekatan masing-masing.

Konon kereta tengah kona baring seret telinga la tuh.

Kita jenuh nak ambik gambar dorang, boleh tengok belakang pulak. Zahin plak pasrah je.

"Layan baring dalam gegelung pon sedap pe Abah" - Ammar

Sesi kedua, aku pulak ambil alih tugas memandu kereta itu.

"Okeh, kita nak pegi mana sekarang?" Sebagai pemandu, aku la yang bawak dorang nak gi mana kan.

"Jom, kita pegi Jepun". "JOM!" sambut Aqil dan Ammar. Kereta digoyang-goyangkan. Bunyi kereta berjalan dikeluarkan.

"Ok, dah sampai Jepun. Arigato gozamais. Konnichiwa. Ano uros segi matsu kurikuro"

"Ok dah, jom kita pergi India pulak". "JOM!" Gedang gedung gedang gedung. Kereta digoyang-goyangkan lagi.

"Dah sampai India. Mere bhia, naam, nehi nehi." Kekurangan idea pulak.

"Ok, nak pergi mana pulak? Kita pergi Jerman pulak" Kereta digerak-gerakkan lagi.

"Yea, dah sampai Jerman dah. Archts warst giest funds tierk. Litch gien dien ist flurk"

Perjalanan ini berterusan untuk ke negara Russia, England dan kemudian tidak diteruskan lagi dah. Sebab ada bantahan keras oleh Ummi Aqil dan Ammar kerana begitu mengarut sekali dialog yang dilakukan.

Ingat senang ke nak jadi Abah? Kurang-kurang 5-6 bahasa perlu dikuasai dan itu belum masuk memahami bahasa patah perkataan pendek-pendek sebutan kanak-kanak lagi.

Isnin, September 07, 2009

Sebalik tabir SD The Buku

Setakat hari ini, semua penghantaran Sinetron Dramalova The Buku (edisi kertas) sebagai cenderahati buat pemberi komen-komen ketika Siri Catatan Diego baru dimulakan sudah pun 7/9 selesai. Cuma Hanimdroid dan Helmie Hleb sahaja yang belum menerima sebab ingat nak bagi di tangan. Kot kamu berdua membaca, sila beritahu nak suh aku pos atau mau tunggu serahan tangan lagi. Orang lain semua dah dapat siap selesai baca sudah ye. Untuk Saiful, buku baru dipos hari ini.

Yang menerima sudah kembali memberitahu buku tersebut sampai dengan selamatnya. Ada yang meletakkannya dalam blog mereka (mekasih Afzan). Ada yang buh lam FB (mekasih Redghost). Ada yang membalas emel aku kata suka dan suruh teruskan siri ini (mekasih a z m i r). Ada juga yang menghantar sms sambil menyorak pasukan kegemarannya menang nasib? Hahah (mekasih ye Juan). Tinggal selebriti yang bakal mencanak naik pelamin je aku blom dapat apa-apa maklum balas, kot ye pon kirim la kad kenduri kawin tu ek.

Apa-apa pon, semoga hangpa semua berpuas hati dengan cenderahati yang diterima. Tidak seberapa. Cuma himpunan kisah SD yang sama dalam blog ini, tapi bila dibaca berderet-deret baru sedapkan?

Yang tertanya-tanya tentang siri seterusnya, memang siri ini masih diteruskan dah 5 siri dah semenjak ianya dibukukan, cuma frekuensinya sahaja sedikit perlahan disebabkan banyak sangat pendahuluan menda nak di taip di blog ini (Wah, begitu? Ke takde idea sebenarnya? Hahah)

Yang tertanya-tanya tentang season mana dah sekarang, aku sendiri tak tahu, sebab aku main belasah je masa membuat temuramah bersama penulis SD itu (temu ramah itu aku buat masa lepas siri ke 3 kalau tak salah, Lost la sangat, tapi berguna juga aku rasa untuk mensedapkan buku ini).

Bagi sektor pencetakan dan penerbitan, segalanya agak senang untuk diuruskan sebab aku pernah tengok bagaimana Edek membuat zine kelas aku, jadi sedikit sebanyak membantu aku dalam membuat cetakan awal, cetakan asli dan cetakan besar-besaran hantar kat kedai je. Cover pon tak payah pikir banyak, ambik je yang dah dibuat di blog ini. Semua buku di dawai kokotkan sendiri oleh aku. Lipat pon sendiri. Beli setem sendiri. Tulis alamat sendiri. Kemudian aku terjumpa bekalan sampul surat dulu-dulu yang masih belum diguna (7 tahun dahulu masa aku masih mencari kerja), jadi sampul tak beli pon. Timbang sampul surat berisi supaya setem itu betul harganya.

Bagi yang mempunyai ralat dari segi penerbitan, memang aku sendiri rasa banyak lagi yang perlu diperbaiki, terutamanya buat kualiti gambar + cover. Akan dipertimbangkan buat masa akan datang. Tapi jika yang mana tidak berpuashati tentang kualiti tulisan. Bukan kualiti penulisan ye, yang itu aku tahu memang sedap dah, tulisan ye. Yang aku sendiri tulis tangan tu, itu memang tidak dapat ditolong lagi, tulisan aku memang begitu font nya. Konsepnya adalah bertempiaran. Hahah.

Aku ada lagi saki-baki SD The Buku ini. Sebab masa cetak, aku buat 20 salinan. Jadi, masih ada lagi yang aku boleh bagi kepada orang yang selebihnya ini. Cuma aku perlu permintaan rasmi dari yang ingin memilikinya.

Caranya, sila tinggalkan komen di sini dan kemudian menceritakan tentang buku ini di blog / FB kamu serta meletakkan link blog ini kembali bila dah dapat nanti. Begitu sahaja. Siapa mahu, mintak je. Ada la 6-7 salinan yang masih belum bertuan. Kalau masih belum bertuan juga saki baki buku itu, agak-agak Nurul Syuhada Nurul Ain dan Lisa Surihani sudi menerima tak? Huhuh.

Pemadam getah dan pengokot adalah instrument utama menjadikan kertas tercetak sebagai buku.

*****KEMASKINI 8 Sept 09 - 1120 malam*****

Sudah dipos pada 8 Sept 09:

1. Syila + Hariati
2. Anese
3. Helmie

Belum dituntut :

1. Hanimdroid
2. Anur Malati
3. Belum bertuan
4. Belum bertuan
5. Belum bertuan

Ahad, September 06, 2009

Sinetron Dramalova XIX - Pablo

Babak 1

Pagi itu, sarapan Diego agak awal. Jam baru masuk 7 pagi. Tapi nasi putih berlauk ayam masak pedas dengan sedikit sambal cili bercuka menjadi menunya. Air milo diteguk langsung. Ada jugak yang akan mengantuk kejap lagi. Indahnya bersarapan di kampung Roraima. Semuanya siap tersedia, tak perlu jenuh memasak, nasi bungkus lauk pauk kuih muih semuanya sedia didapati tanpa perlu berjalan jauh.

Misi hari ini sangat penting, hari ini adalah hari ke-11. Hitungan hari yang sepatutnya Marcia sudah melahirkan anak kedua mereka, tapi masih lagi belum ada tanda-tanda untuk bayi itu keluar menjenguk dunia.

(kamera menyorot imbas kembali)

Semalam, Marcia ke klinik di pekan koboi Roraima, tapi doktor di sana tidak membenarkan Marcia di masukkan ke hospital, kerana memang tak ada langsung tanda bayi itu akan dilahirkan pada saat terdekat. Diego bawa pula Marcia ke klinik pakar bersalin di kota. Doktornya lelaki, berjanggut putih panjang sekali. Sijilnya bertempiaran tergantung di dinding. Dia juga mengesahkan yang bayi tiada komplikasi dan memang tidak akan bersalin dalam saat terdekat.

Diego dan Marcia resah dan berserah. Pulang ke rumah untuk memberi makluman dan berehat. Kemudian malamnya kembali semula ke kota. Makan pizza. Sempena sambutan kelahiran Diego yang disambut hanya mereka 3 sekeluarga. Rodriguez sangat riang malam itu.

Lewat jam ke pukul 12 tengah malam. Diego berpaling kepada Marcia yang sudah berbaring.

"Huh, tak dapat nak sama birthday dengan baby" Diego sengaja mengada.

"Kesian, takpala bukan rezeki, bila la baby ni nak keluar" Marcia pula bersuara sedikit runsing.

(tamat imbas kembali)

Diego sarung kasut cap doktornya. Marcia bersiap macam orang nak pergi beranak. Jinjit beg kelengkapan dengan kain batik dan baju blaus berbutang dihadapan. Pergerakan dilekaskan sebab takut Rodriguez terjaga dari tidurnya. Harap dia tak teriak kuat je la dijaga Mek Munah.

Sesampai di hospital, Marcia lapor diri. Diego perasan, pasangan suami isteri berketurunan Siam yang semalam turut memeriksa di hospital pekan Roraima juga ada di situ. Sama-sama terlanjur 10 hari gamaknya.

Marcia dah dapat nombor bilik. Nombor bilik ke hapa. Nombor wad untuk menunggu. Mereka beriringan ke sana. Terkejut Diego dan Marcia bila sampai di wad berkenaan. Macam bilik mangsa banjir. Katil di kiri kanan wad penuh. Ditambah pula katil-katil tambahan di tengah-tengah ruang berjalan. Tiap katil ada ibu dan bayi mereka yang sudah tentu pasti baru dilahirkan. Marcia dibawa ke katil yang kosong untuk check-in wad tersebut. Diego hanya tunggu diluar. Sambil baca surat khabar The Bintang. Bosan yang amat.

Disebabkan tiada apa-apa perkembangan menarik dan waktu pun dah nak masuk tengahari, Marcia menyuruh Diego ke kota. Buat la apa yang nak di buat. Diego setuju, dia memang ada emel-emel yang perlu diperiksa untuk urusan kerja yang perlu dia lakukan. Diego ke kota menuju kafe berinternet tingkat dua bersebelahan dengan restoran makanan segera. Diego periksa emel-emel kerja. Segala maklumat penerbangan, lokasi, tarikh diperiksa berkali-kali buat pengesahan. Maklumat penerbangan? Ye, lusa awal pagi Diego harus terbang ke Seattle sekali lagi, untuk urusan mesyuarat tahunan wakil-wakil pengedar dari seluruh Asia dan Amerika.

Sedang sedap Diego melihat permainan bola fantasi, game tengok jersi bak kata Marcia. Deringan telefon Diego berbunyi.

"Abang kat mana? Tak habis buat kerja lagi? Doktor kata dah boleh masuk labour room untuk menunggu kejap lagi. Dah ada bukaan" Marcia terus mula.

"Hah, ok, ok, abang datang sekarang" Tanpa berlengah Diego ke kaunter untuk membayar dan bergegas turun ke kereta. Hajat di hati nak capai roti atau air tin. Tapi terlupa. Isteri lebih penting. Diego terus ke hospital. Jenguk di kaunter menunggu, tak nampak nama Marcia lagi, tapi senarai bilik bersalin semua penuh, siap ada yang senarai menunggu lagi. Jenguk pula ke wad tadi. Wad dah lengang. Tapi Marcia juga tiada di katilnya.

Babak 2


Diego mundar-mandir. Melalui maklumat dari misi di kaunter, Marcia sekarang di atas katil besi di luar bilik bersalin. Menunggu bilik bersalin yang kosong serta bukaan yang mengharuskannya boleh bersalin. Diego serba salah, nak keluar sekejap ke stadium untuk makan tengahari atau nak terus menunggu di kaunter menunggu. Takut nanti ada pengumuman memanggil waris isteri, Diego tiada untuk memasang telinga. Sudah. Perut sudah sedikit berbunyi, nasi berlauk tadi bukan tampanan penuh rasanya.

Dah 3-4 kali juga Diego menjenguk gerai pakcik di seberang jalan. Jual air dengan pau. Nak seberang ke tidak. Karang ke seberang karang dibuat pengumuman pulak. Sudah. Diego tawakkal. Diego redah ke seberang jalan.

"Pau dua, air ini satu pakcik". Diego memesan.
"Haa, kejap ye dik" Pakcik menjual menjawab.

""Ting, tong, perhatian kepada waris puan NaNaNa NiNiNi, sila ke pintu satu sekarang"

Sudah. Pengumuman ini memang tak menyempat. Masa orang nak membeli ni la nak buat pengumuman. Dah la dengar sayup-sayup je.

"Hoh panggil doh, kejap ye pakcik, saya gi tengok kejap dia panggil sapa" Diego tinggalkan pau dengan air di gerai. Lari ke kaunter menunggu. Menyemak sapa yang dipanggil tadi. Mujur bukan Marcia. Berjalan balik Diego ke gerai. Mengambil pau dan air. Makan buat alasan perut.

Agak lama menunggu. Lewat jam 3 masih lagi tiada apa-apa perkembangan yang memberangsangkan. Diego menyudahkan Zohor di bilik solat. Sekali lagi berjudi nasib agar pengumuman tidak dibuat semasa Diego menyudahkan solatnya.

Jam sudah ke pukul 5 petang. Diego masih lagi di ruang menunggu. Muka sedikit kusut serabut. Sebab itu ada pepatah 'Kusut macam menunggu bini bersalin'. Kali ini pengumuman yang ditunggu telah tiba.

""Ting, Tong. Waris untuk puan Marcia, sila ke pintu 1"'

Tanpa berlengah, Diego terus ke pintu 1. Sebab dah biasa. Diego lebih bersedia kali ini untuk berdepan dengan situasi menyambut kelahiran bayi keduanya. Kali pertama sudah lulus cemerlang.

"Encik Diego, puan Marcia dah dekat nak bersalin, boleh masuk sekarang. Pakai baju ini dan selipar ini" Misi comel memberitahu.

Diego sarung baju fesyen doktor pembedahan itu, ikat ke belakang. Biasala, dah pernah buat. Tidak lagi kekok dan perlu bantuan misi comel itu.

Diego menuruti misi comel ke bilik bersalin bertulis nama Marcia di papan putih kecil. Pandangan pertama Diego agak mengerikan, jadi Diego berdiri di sebelah Marcia. Marcia nampak dalam kesakitan. Tapi lebih terkawal berbanding semasa anak pertama. Diego cuba bagi semangat agar Marcia dapat menahan kesakitan. Penyambut bayi dah bersedia. Ada 2 lagi misi yang menjaga untuk memberi pertolongan. Haruman antiseptik memenuhi ruang bilik. Marcia baru sekali cuba meneran. Tapi tak berhasil.

Entah mengapa, kali ni Diego rasa tak sedap berdiri. Diego duduk atas kerusi di sisinya. Situasi bertambah sengit. Diego pengang tangan Marcia. Sudah. Diego rasa bunyi di telinga makin membingit. Bunyi berdesing. Diego pandang misi di sebelahnya. Tangannya mencapai lengan misi.

Entah apa ucapannya kepada misi tersebut. Diego sudah separa sedar. *Pengsan*.

Sedap sungguh 'tidur' yang dirasainya. Rasa badan dipapah duduk ke kerusi roda, kemudian di tolak ke bilik kosong bersebelahan. Diangkat berbaring di atas katil. Peluh naik sampai ke kepala. Bunyi berdesing mula berkurangan. Diego dah boleh kembali membuka mata. Masih berbaring. Ada juga perasaan malu, tapi nak kata apa. Misi utama mengarahkan sorang lagi misi lain untuk memberikan milo bergula banyak kepada Diego.

Diego turun dari katil, bersandar di kerusi roda. Agak-agak dah habis milo, Diego perasan misi penyambut bayi Marcia dah berlalu di hadapannya, dia tegur Diego. Diego balas dah ok. Kemudian tanya dah bersalin ke Marcia. Misi penyambut bayi membawanya ke satu bilik persiapan bayi. Ditunjukkan kepada seorang bayi yang terbaring di atas katil bayi. Diego meminta untuk mengazankan dan iqamat.

Selesai berbuat demikian, Diego berlalu keluar dari wad bersalin. Misi-misi lain pakat jeling-jeling sambil tersenyum.

Jam di tangan 5.30 petang.

Diego tak dapat berlama untuk menjenguk Marcia dan anak lelaki keduanya. Petang sampai maghrib itu, dia tunggu Marcia kembali ke wad. Agak lama sebab Marcia banyak mengalami pendarahan. Selesai membantu Marcia menyiapkan diri di wad bersalin, Diego meminta untuk pulang ke rumah. Sebab esok awal pagi, Diego harus berangkat kembali ke Sao Paulo kerana penerbangannya ke Seattle dijadualkan jam 5 pagi hari berikutnya.


SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN KE-2 BUAT

MUHAMMAD AMMAR AMANI aka Pablo.

****

Makcik katil sebelah : "Dengar cerita, petang tadi ada tok laki pengsan dalam wad bersalin"

Marcia tersenyum lebar : "Ha la, suami saya la tu"

****

Sabtu, September 05, 2009

Hari Ini Hari Cuti

Hari ini aku dengan berbesar hati mengumumkan cuti umum buat semua pembaca-pembaca blog ini tidak kira di mana jua anda berada. Hari kebesaran macam hari istimewa hari ini memang elok kamu semua bercuti berehat banyak-banyak kat rumah.

Tambah-tambah berpuasa pula. Nikmatilah cuti ini dengan sepenuh hati. Lagi elok kalau boleh bersama-sama keluarga.

Sapa-sapa yang tidak bercuti hari ini, aku rasa agak murka. Sebab kerajaan komunis sendiri bagi cuti hari Sabtu. Awat hangpa tak cuti pulak?

Sekian.

Mekasih buat isteri tersayang yang sudi mangkit awal dan mengarang entri buat kekasih hatinya.

Jumaat, September 04, 2009

KPI Ramadhan

KPI memang perkataan kegemaran beberapa pihak tertentu. Terutamanya pekerja syarikat bersabit kerajaan. Ala hat yang dipanggil gee el sii tu. Tambah sedap bila KPI dicicah sekali dengan gambarajah lengkungan loceng. Hat mana yang kerja pandai-pandai, kira beam semua cukup, tengok slope semua lurus, repot buat dalam English tapi terpecah-pecah tersilap grammar sana sikit, meeting semua masuk bawak buku nota siap tambah air teh masa rehat, semuanya dapat duduk bawah lengkungan loceng. Kan sedap. Sebab bonus dan appraisal tetap dapat. Cuma sikit jela. Tapi sedap apa dapat bonus dan appraisal.

Baiklah, KPI ini tidak tertakluk kepada syarikat gee el sii sahaja. Sekarang ini sapa-sapa yang agak-agak tak puas hati dengan KPI yang bos hangpa bagi, meh kita bagi KPI kat orang lain. Yang ini baru la sedap. Sebab sendiri-sendiri boleh komplen sampai lembu pulang di pagi hari. Contohnya kita boleh bagi KPI kepada hotel yang kita pernah duduk barangkali?. Kan sedap kita komplen kan?

Berkenaan dengan KPI ini, di atas tajuk berkenaan dengan bulan Ramadhan ini. Kita boleh sentuh beberapa perkara yang kita boleh KPI kan. Untuk menilai sejauh mana keraian yang kita dah buat sempena Ramadhan kali ini.

Pertama, selepas 14 hari berpuasa gerai-gerai bazar Ramadhan di kawasan berhampiran rumah aku dah mula menunjukkan perubahan. Ada sudah lompong-lompong gerai yang tidak lagi beroperasi. Ada sudah gerai-gerai yang mana orang beratur menunggu giliran membeli juadah kegemaran. Ada sudah gerai yang murtabaknya bertimbun macam himpunan buku latihan matematik cikgu sekolah yang rajin bagi latihan tiap-tiap hari walau jam sudah 7 petang. Ada juga yang asal aku sampai je bazar Ramadhan, dia dah tutup gerai. Ada juga yang masa 1 Ramadhan jual air RM1 sebungkus, sekarang dah jadi RM2 3 bungkus. Ini semua boleh dibuat KPI. Kalau kita sendiri pandai meneliti dan membuat pemerhatian.

Kedua, saf-saf terawikh. Yang ini tak yah cerita panjang. Semua sedia maklum. Kalau 1Ramadhan boleh dapat 10-15 saf. Sekarang tinggal 6-7 saf sahaja. Tapi aku tetap respek kepada sesetengah golongan remaja kawasan masjid ini. Dari 1 Ramadhan sampai semalam 14 Ramadhan, dorang tetap rajin datang ke masjid. Dari awal Isyak sampai siap Terawikh 8 rakaat dorang akan melepak kat pintu luar masjid di bahagian meletakkan kasut. Sambil bersembang tengok-tengok henpon member. Memang rajin dorang ke masjid. Aku sendiri ada lompang-lompang terawikh tahun ini, tapi tidak untuk mereka. Hari-hari datang masjid. Beriktikaf jela tapinya.

Ketiga, sahur. Yang ini pon aku rasa sama je. Masa mula-mula mungkin semangat lebih sikit. Sahur takde pernah tinggal punya. Masak pon sedap je. Tapi dah lewat-lewat ini, sahur pon kekadang tak mangkit dah. Entah awal malam tu sendiri sebelum tido pon tak makan apa-apa. Kadang-kadang menu sahur tu sendiri pon dipandang sepi je. Belasah saja apa yang ada. Takde dah nak buat jadul menu sepanjang minggu ke hape ke.

Jadi, aku rasa cukup la kita menilai KPI separuh bulan Ramadhan buat kali ini, yang mana lompang-lompang yang terjadi akibat kesalahan diri sendiri, marilah kita perbaiki buat separuh lagi bulan Ramadhan. Sendiri-sendirilah menilai. Moga-moga semua amalan kita diberkati dan mendapat rahmat. Ada sapa-sapa yang tak nak saham akhirat, appraisal dan bonus untuk bulan ini? Bonus berlipat ganda ni, sapa yang tak nak, tepuk perut, bersandar dan lenalah.

Khamis, September 03, 2009

Catatan Diego - Sembang @Semb[RON]o

Ada suatu tengahari, masa jalan nak pi rehat tengahari, aku nampak Diego, aku cekup leher Diego, tarik dia pergi tepi tingkap. Pegang kepala tali pinggang seluar dia, sauk perut dia sekali. Ceh, pakai tali pinggang kepala besi petak tanpa lubang macam tali pinggang budak sekolah menengah. Koman spanar sungguh.

Diego : "Relek brader, tali pinggang adik aku dulu ni, aku rembat ja, rosak hat ni aku mana ada tali pinggang lain dah nak buat pi kerja, satu ni ja"

Aku : "Ok, ok. Aku saja ja gertak kasaq sikit. Hang bukan reti bermesra sopan santun"

Diego : "Dah, awat cekup-cekup orang ni?"

Aku : "Tak da la, orang duk sibuk sana sini pasal RON95, RON97, minyak naik harga apa semua, hang boleh eksplen?"

Diego : "Lah, aku mana nak tau sangat, aku pon baca suratkhabar la cari maklumat. Cari kat blog. Baca sana sini sikit, baca komen orang, baca bla-bla-bla..."

Aku : "Woi, woi, hat tu pendek-pendek sudah la, orang marah betui hang sembang panjang-panjang bagi mukadimah. Kiranya hang tau ka dak ni? Kata kerja begelumang minyak?"

Diego : "Tau la jugak. Tapi aku reja minyak pelincir la, PPSMI kata lubricant, bukan minyak petrol, orang kita semua nak kata minyak ja, minyak masak pon minyak, minyak gamat pon minyak, minyak rambut pon minyak, kan senang ada PPSMI, panggil lubricant semua orang tau tu minyak pelincir"

PELEMPANGGG. Aku lempang jugak Diego ni sebab banyak cakap sangat.

Aku : "Hang ni memang cakap tak boleh berenti ka? Tahap kemarahan aku pon ada batasnya seperti permatang sawah nun saujana mata memandang, sekali air bah, sekali batas berubah"

Diego : "Aduih. Dah hang tanya, aku jawab la, lain kali bagi la soalan objektif pilihan dwi jawapan ka, betul salah ka. Pendek la aku jawab, dah hang berpantun apa semua ni apa pasai pulak?"

Diego dah bengang. Dah bangang sangat cakap tak berenti sapa suruh.

Aku : "Ok, ok. Pasai RON95 ni. Ada beza ka dengan RON97 kita la ni? Hat ni hang nak sembang panjang takpa, janji aku paham"

Diego : "RON tu Research Octane Number. Hang hapai ja hat ni. Maknanya peratusan campuran Oktana dengan Pentana dalam petrol tu la, petrol kan sejenis rangkaian kimia. Hang tau apa tu Oktana tak? Hat kita duk hapai masa subjek Kimia dulu tu la, ikatan Karbon dengan Hidrogen tu la. Metana, Etana, Pentana apa semua tu la. Yang jadi RON97 ni maksudnya Oktana ada 97%, Pentana ada 3%. Hah, soalan untuk hang, berapa % Oktana dalam RON95?

Aku : "Err, 95%?

PELEMPANGGG. Diego balas lempangan aku tadi. Lagi kuat.

Aku : "Aduih, awat hang lempang aku? Betui apa aku jawab?"

Diego : "Memang la, aku lempang supaya hang ingat hat ni, bukan hapai ja, aku gerenti hang ingat sampai bila-bila sebab hang kena lempang ni"

Aku : "Aku lempang hang sikit ja. Tak kuat pon. Dah la. Malas ah nak sambung macam ni"

Diego : "Ok, ok. Releks aa. Gurau sikit pon tak boleh"

Aku : "Jadi, beza RON95 dengan RON97 dari segi lain? Lagi jimat ka, lagi power ka, lagi bersih ka? Senang cerita, prestasi dia macamana?

Diego : "Ok, yang tu hang perlu tau, semua syarikat minyak kat Brazil ni pakai sumber petrol yang sama, cuma depa ada resepi campuran depa sendiri untuk bagi petrol depa tu lebih kuasa ka, lebih jimat ka, lebih membersihkan enjin ka. Depa bubuh siap-siap dah additif dalam petrol depa untuk dapat kriteria prestasi yang depa nak la, tapi peratusan Oktana dengan Pentana ni sama ja semua, ikut RON masing-masing la"

Aku : "Jadi, RON97 dengan RON95 ni tak da beza dari segi prestasi?"

Diego : "Kalau syarikat minyak tu guna formula campuran additif yang sama untuk RON97 dengan RON95, tak da la beza mana la prestasinya"

Aku : "Jadi, beza sebenar RON ni apa?"

Diego : "Beza kat sini sebenarnya dekat enjin yang guna petrol tu sendiri. Boleh kata semua pengeluar kereta negara Brazil kat sini, yang buat sendiri ka, yang pasang komponen tempatan 90% ka, yang import masuk CBU ka, yang import CKD ka, semua bagitau kereta depa serasi dengan RON95. Ada juga yang tak serasi langsung dengan RON92 dulu tu. Hanya kenderaan kuasa kuda tinggi ja yang perlu RON97 ini. Macam H3 Sultan Sao Paolo ka, Porche Aznil TomTomBak ka, Veyron Cristiano Ronaldo ka, hat tu memang kena pakai RON97 atau lebih tinggi la"

Aku : "Ooo. Hang sembang selebriti ni baru segar biji mata. Mana aku nak tau kereta aku boleh guna RON apa?"

Diego : "Kalau kereta baru, selalu kat penutup lubang isi minyak kereta hang, ada pelekat tertulis RON apa kereta hang boleh guna"

Aku : "Kalau kereta lama macam mana?"

Diego : "Sebab RON95 ni pon dah agak tinggi, boleh dikatakan untuk kereta lama, dia punya requirement selalunya RON lagi rendah, jadi boleh digunakan RON95 ni"

Aku : "Katala kereta aku patut pakai RON97, tapi aku terpakai RON95, jadi apa nanti?"

Diego : "Sebenarnya, masalah dia dari segi pemampatan campuran minyak dengan udara dalam kebuk enjin hang tu la nanti, sebab kandungan Oktana ni memainkan peranan berapa tinggi tekanan dia boleh tahan sebelum dia terbakaq dan menghasilkan kuasa tujah kepada omboh. Kalau kes hang tu, enjin ni patut boleh dimampatkan lagi banyak sebelum campuran tu terbakaq, tapi disebabkan hang guna RON95, sebelum sampai tahap tekanan yang sepatutnya tu, campuran minyak dengan udara tu dah terbakaq, jadi la peristiwa yang dinamakan Ketukan atau PPSMI nya 'knocking'. Omboh tertujah lebih awal dari pusingan krankshaf sebenar. Hah, paham?"

Aku : "Hang kan, kalau cerita panjang sikit lagi ja bahagian hat ni, aku boleh lena hang tau."

Diego : "Hang nak kena lempang lagi?"

Diego dah angkat tangan, mujur aku pon angkat dua-dua tangan jugak.

Aku : "Tak, tak, tak. Tapi aku tak puas hati lagi la. Awat depa kena tukaq jugak RON97 tu kepada RON95? Pakai je la RON97. Kan senang. Ni dah siap naik harga lagi. RON97 tu mahai macam ayaq mineral kat stadium dah harganya"

Diego : "Hang kan, masa orang suruh baca suratkabaq hang pi layan FB. Hang pi tengok orang buat kebun la, main mafia la, orang jawab kuiz personaliti la, chat dengan marka la, pi add Nurul Syuhada Nurul Ain la. Kalau hang tingkatkan ilmu membaca sikit dan bepikiaq panjang sikit tak boleh ka?

Aku : "Dah, aku pulak yang kena? Aku tanya hang, hang ceramah kat aku pulak? Dah apa pasai depa tukaq RON97 ni woi?"

Diego : "Huh, hat tu tak teknikal langsung, hat tu bahagian ekonomi dan politik. Lain kali la kita sembang. Aku nak pi semayang ni"

Aku : "Woi, hang jangan lupa mai rumah aku raya nanti"

Sambil membetulkan tali pinggang sekolah menengahnya, Diego berlalu. Diego angkat tangan tanpa menoleh. Aku masih terasa sakit pipi kena lempang dengan Diego. Tapi betul la. Aku ingat sampai la, RON adalah kandungan peratus Oktana.

Penerangan lebih ilmiah dan mudah difahami ada di blog ini.

Rabu, September 02, 2009

Kegiatan Ekstra Ko-kurikulum - Berbuka Puasa @Lambaian JB

Aku takde persatuan Tupperware, ada @Lambaian dengan AMP je, kali ini kegiatan ekstra ko-kurikulum bersama @Lambaian.

Semua @Lambaian sekitar Johor dijemput hadir, tak dapat hadir, sila war-warkan pula pada yang mungkin berkesempatan untuk hadir. Setakat ini ada dalam 15 orang dah konfirm datang. Juga hanya RM15 seorang.

Anak-anak bawah 6 tahun, aku berbesar hati nak sponsor. Tempat solat disediakan. Bawa kopiah, pakai seluar yang boleh dibawa berbincang semayang juga telekong bercorak terkini buat yang perempuan. Lepas berbuka ringan dan semayang, boleh makan sampai bilal bang azan Isyak.


Vietnam Tom Yam? Entah apa kemenda menu ini, tapi kalau nak tahu, harus datang. Keterangan lanjut dan maklumat terkini di blog rasmi @Lambaian.

Selasa, September 01, 2009

RON95 - Pergi tetap sama jauh

Masuk hari Selasa. Cerita adalah kembali panjang berjela.

Ismail Sabri telah memaklumkan harga minyak RON95 yang menggantikan RO97 berkuatkuasa 1 September 09 TIDAK BERUBAH yakni RM1.80/liter. Amacam? Biasa? Keliru? Konpius?

Ini kenyataan berita / ucapan dari mulut dia sendiri ke tidak, aku malas nak rujuk balik. Tapi, buat isteri-isteri, pembaca-pembaca majalah Mempelam serta semua yang kurang mengambil tahu berita dalam negara, juga sesiapa sahaja yang tidak mengeluarkan duit dari poket sendiri untuk mengisi minyak petrol kenderaan yang dirahmati sekalian. Izinkan saya terus kepada isi kupasan seterusnya.

RON 95 telah diperkenalkan sejak Julai dimulakan oleh Petronas kemudian Shell dan kemudian semua stesen minyak lain secara berperingkat. Ia wajib dikuatkuasa mulai 1 September 2009. Dengan alasan, RON97 adalah petrol premium, semua kenderaan berpetrol mampu-beli di atas negara Malaysia ini serasi dengan RON95, jadi buat apa tuang RON97 yang mahal lagi premium itu. Atas dasar prihatin seorang Menteri. Jadi diperkenalkanlah RON95 dengan harga RM1.75/liter sebagai petrol kebiasaan, dilupuskan terus petrol RON92 (RM1.70/liter). RON97 dikira semula harganya menjadi RM2.05/liter.

Tapi, harga RM1.75/liter untuk RON95 adalah harga pengenalan semata sejak Julai lalu, macam Majalah UJANG, APO dsb yang jual siri pengenalan merekan dengan harga RM1 senaskah dulu-dulu. Aku sendiri baru 4 kali dapat tuang RON95 sebelum ini. Sekarang harganya dah jadi RM1.80/liter. NAIK 5 sen.

Memang la tak berubah dari harga RON97 sebelum ini. Tapi di mana faedah-faedah yang digembar-gembur sebelum ini? Petrol sama serasi, tapi lebih murah? Ceh. Pergi tetap sama jauh.

Kononnya wang subsidi lebih rendah untuk RON95. Padahal, Menteri-menteri semua lapar dahaga peruntukan budget negara yang semakin mengecil (sebab diguna banyak untuk subsidi) untuk mengisi poket-poket kontraktor-kontraktor sekelilingnya yang perlu projek-projek baru dan tender-tender baru supaya dirinya mendapat komisyen ketika menganugerahkan tender/projek itu nanti.

Ingat menteri-menteri bagi cek palsu besar pintu rumah untuk orang miskin, mangsa kebakaran dan segala bagai lagi dengan diambil gambarnya masuk berita dan suratkhabar itu, guna duit dia ke? Ceh. Semua itu duit kontraktor-kontraktor di sekeliling dia yang punya.

Ringkasannya. Prestasi diutamakan - Rakyat didahulukan. Ye, rakyat dulu la yang merasa bila petrol naik harga, gula naik harga, beras naik harga. Entah masa bila nak turunnya tak tahu. Menteri tahu apa, tuang petrol bukan guna duit sendiri. Semua claim mileage. Prestasi? Prestasi Menteri ke Prestasi RON95? Sama je.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...