Advertlets

Sabtu, Jun 26, 2010

Sinetron Dramalova XXIX - Majlis Besday

Disebabkan ini majlis ulang tahun kelahiran anaknya yang sulung yang sudah memasuki empat tahun, Diego merancang untuk mengadakan majlis yang besar-besaran.

Jemputan adalah untuk seluruh taman Universal untuk datang ke rumah makan kek. Jalan Glory 35, Jalan Glory 37 dan Jalan Glory 33 semua ditutup untuk laluan kereta bagi mendirikan khemah buat semua jemputan yang datang.

Tempahan kek adalah setinggi 4 tingkat, untuk menandakan 4 tahun, manakala lilin cukup la 1 buat dapat feel tiup lilin. Yang lebih penting adalah baca Bismillah sebelum makan.

Di hari siang pula, sekolah Rodriguez diberi jamuan makan. Bihum goreng dengan goodie bag setiap sorang. Dalam goodie bag letak Ultraman sorang satu, kaler biru, merah dan kuning. Sapa berebut nak kaler kuning pandai-pandai la ejas sendiri. 

Balik dari sekolah, Rodriguez dah siap-siap pakai smart. Tunggu Diego balik dari kerja. Walau pon jemputan ramai, tapi hari sekolah dan kerja, tetap kena pergi sekolah atau kerja. Itu tanggungjawab. Majlis ni fardu kifayah je. 

Hadiah pula kene yang besar, banyak dan boleh dimainkan secara pelbagai. Disebabkan Rodriguez tak sabar untuk menyambut hari ulang tahun kelahirannya, jadi 3 hari sebelum majlis lagi dia dah dapat hadiah mainan yang diidam-idamkan beliau. Beli terus 2 set supaya  tak berebut dengan Pablo. 

Jiran-jiran dan semua seluruh Taman Universal telah digembar-gemburkan tentang majlis ini supaya kelihatan lebih meriah. Jadi ramai yang tertinjau-tinjau tentang persiapan segala macam majlis ini. 


Akan tetapi, Diego hanya boleh merancang. Tuhan yang menentukan. 

.

.
.
.
.
.
.
.


Majlis sambutan hari ulang tahun ke-empat Rodriguez disambut secara sederhana semalam. Ditemani Abah, Tok, Mak Su dan Pablo. Marcia ada urusan tandatangan surat-surat penting di Roraima jadi tidak berkesempatan bersama. Tapi kek tetap disimpan buat dapat feel makan kek hari lahir.

Gambar Hiasan - Seorang kanak-kanak kelihatan begitu kembang hidungnya untuk meniup lilin.


Rabu, Jun 23, 2010

Tulis-tulis Bolasepak Akar Umbi

Dah bulan bolasepak, kita cerita bolasepak la kan. Heheh.

Sesudah jenuh mendengar seruan vuvuzela, malam Ahad baru ni aku terlayan satu rancangan rangkuman mingguan. Rangkuman keputusan National Junior League. Rangkuman ini hanya secara tak sengaja aku tengok lepas layan game New Zealand lawan Itali. Patut aku dah masuk tidur lepas game itu, tapi secara tak sengaja terlayan.

30 minit program di Ahteruk ARENA itu sangat mengujakan. Sangat santai, ringkas, padat dengan informasi yang tepat dengan mutu kamera yang begitu amatur. Bagi rakyat negeri paling selatan benua Asia, aku memang tak tahu kewujudan National Junior League ini. Sebab perlawanan dia semua hari Sabtu dan Ahad di padang Timur PJ. Kegiatan aktiviti ini hanya disedari dan dimeriahkan oleh kelab-kelab bolasepak sekitar Lembah Klang sahaja. Tapi betul-betul meriah.

Secara ringkas yang aku tahu, dia ada 2 kumpulan. A dan B. Satu kumpulan dalam 12 pasukan. Memang betul-betul meriah. Satu team dapat main dalam 3 game sehari. Sebab hari perlawanan Sabtu dan Ahad je, mula 8.30 pagi, perlawanan terakhir jam 3.30 petang. Dalam rangkuman yang dibuat, semua aksi dan gol-gol ditayangkan. Bagi aku, semua aksi yang dipertontonkan adalah ada kualiti. Sedikit sebanyak kita nampak kanak-kanak itu punyai skil dan asas bolasepak.

Segala macam jenis gol ada, yang banyak ialah sebab salah golkeeper dan salah defender. Sama ada pemain tengah rembat dari jauh dan bola muntah atau defender tak pintas secepat mungkin, penyerang dapat menjaringkan gol. Tapi ada juga gol dengan gerakan 1-2 yang cantik, gerakan mengelecek 2-3 pemain, rembat dari jauh dan masuk ke bucu gol. Kira penuh aksi la perlawanan yang ada.


Dari segi taktikal,ada lagi yang nampak kanak-kanak lagi, ada je jenis main kerumum macam geng estet. Sepak bola jauh-jauh asal ke arah gol. Defender cuba clear bola lantun tapi sepak tak kena. 


Tapi ada jugak team yang betul-betul boleh main bola, bawak bola laju. Hantaran kemas. Rembat padu. Tanduk tajam. Jenis pasukan pula datang dari pelbagai jenis kelab kecil dari kawasan perumahan tertentu, kelab dari syarikat-syarikat besar, kelab oleh orang persendirian, akademi bolasepak komersil serta segala bentuk kelab dari pelbagai inisiatif. Laman web tu ada menyenaraikan semua kelab yang terbabit. Banyak rupanya kelab bolasepak bebas kat Malaysia nih.


Ada kelab nama Glenmarie yang mana semua pemain dari bangsa India dari sekitar Glemarie, tapi main tak macam estet. Laju dan padu. Ada kelab yang mana semua anak-anak bangsa Jepun. Dorang adalah pasukan belasahan sebab golkeeper dia tak menyakinkan, tapi untuk 3 perlawanan mereka hari itu, dorang main sungguh-sungguh dan tetap membawa pasukan untuk melawan. Ada kelab milik persendirian yang dia buat untuk taman perumahan kawasan rumah dia. Juga ada kelab yang ada campuran kanak-kanak Melayu dan kanak-kanak bangsa kulit putih, Alfred Holden. Main memang macam bintang. Antara top 3 penjaring terbanyak budak tu. Pemain paling menyinar, Aliff Ramzi. Laju, power dan score segala jenis macam gol.

Yang menarik tentang bolasepak kanak-kanak adalah kegembiraan mereka bila dapat menjaringkan gol. Tak kisahla team tengah ketinggalan ke, sambutan untuk tiap gol adalah mengujakan bagi mereka. Juga bila team kalah, muka semua muram durja. Ini la aspek bolasepak yang kita sering lupa, suka duka dalam persaingan yang sihat. Main untuk pasukan dan kegembiraan rakan-rakan. Bukan main untuk glamour atau jadi popular. Cara celebration pon ada yang over. Hahah. 


Macamana wujudnya kejohanan ini? Ia inisiatif gabungan bebas sekitar Petaling Jaya, dengan sokongan dan back-up dari FAM, serta MPPJ dan 2-3 lagi syarikat swasta, liga ini bermula tahun lepas 2009. Tahun ini dah ada 2 kategori peringkat umur. Bawah 12 dengan bawah 14. Tahun depan akan ada bawah 16. 


Jadi, katakanlah liga ini berkembang lagi 10 tahun. Dengan peringkat umur yang sedia ada dipertingkatkan. Pemain kelab yang main sekarang bawah 12 dah jadi 22 tahun. 24 kelab, dengan minimum 15 pemain sepasukan, itu adalah sekumpulan besar pemain yang mungkin berbakat besar untuk main di peringkat tertinggi.

Kalau ada lagi peluang dia untuk main pada peringkat dewasa dengan struktur dan konsep liga yang sama, berkemungkinan besar dia ada 1 platform penuh untuk menjadi pemain bolasepak sepenuh masa jika struktur liga dan sambutan liga ini memberangsangkan. Liga Super mungkin dah jadi obeselete pada masa itu. Aku harap akan terjadi penstrukturan semula Liga Malaysia sekarang dengan lebih banyak penglibatan kelab-kelab, kawasan-kawasan, daerah-daerah dan sebagainya. Tak lagi hanya persatuan negeri boleh mengeluarkan pemain bolasepak dengan cara saringan yang begitu berat sebelah.


Cakap-cakap tentang nak wujudkan liga kelab-kelab bebas sekitar Lembah Klang sebenarnya dah bermula. Cuma momentum itu harapnya berpanjangan dan diperpanjangkan sampai la ke peringkat umur dewasa.


Sedikit memori zaman kanak-kanak dulu, aku teringat yang dulu abang pernah set-up 1 team bola dengan nama 'Hentam Kromo' yang terdiri dari budak-budak Taman Nirwana, Taman Cahaya, Taman Chempaka dan Kg Datuk Harun, yang mana kemudian kami ajak team 'Taman Bakti' lawan bola padang besar depan sekolah SRK Taman Nirwana. Kami juga lawan team 'Ampang Jaya' dekat Bukit Belacan dan 2-3 team lagi yang tak ingat dah namanya. Van Pak dan basikal adalah pengangkutan utama pasukan untuk ke lokasi perlawanan. Team Hentam Kromo menang besar untuk semua perlawanan persahabatan itu. Hahah.

Agak-agak terjadi tak kat Aqil mintak kat aku macam ni nanti, "Abah, Aqil nak gi Kolompo, nak main bola petang ni". (harap-harap masa tu dah ada keretapi berkelajuan tinggi dan Kolompo hanya sejam setengah je dari JB). Heheh.

Notahati : Tidak terlewat rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran untuk Mak pada 18hb yang lepas dan Selamat Hari Bapa untuk Pak, serta rakan-rakan yang dah menjadi Abah tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya.



Sabtu, Jun 19, 2010

Piala (M-V-S-90M-S-S-S) Dunia - Chapter TWO

Hari ini cerita sedikit teknikal.

Bunyi adalah sebuah gelombang. Gelombang yang sangat besar dengan pelbagai jenis gabungan gelombang-gelombang kecil yang menjadi satu bunyi yang pelbagai dalam satu sela masa.

Bagi sebuah stadium, ada bunyi orang kunyah keropok, ada bunyi orang melompat-lompat, ada bunyi orang memaki hamun, ada bunyi orang bersorak, bunyi orang tepuk tangan, bunyi orang sembang hal-hal dunia, ada bunyi orang menyanyi, ada bunyi wisel pengadil, ada bunyi bola disepak, ada bunyi henpon berdering, ada bunyi gendang, tak lupa juga bunyi vuvuzuela, serta bunyi jurulatih memanggil pemainnya. Pendek kata, main bola memang banyak bunyi.

Sebagai penyiar siaran secara Definisi Tinggi yang boleh nampak dan kira berapa ratus helai urat bulu roma Steven Gerrad, adalah kurang bijak untuk penyiar siaran langsung tak reti nak menapis bunyi vuvuzuela. Ye, bunyi boleh ditapis sebab bunyi datang dari pelbagai punca, dan bunyi juga ada frekuensi tertentu untuk ditapis atau dikembangkan. Macam juga siaran Definisi Tinggi, ia adalah siaran visual, yang mana gelombang yang disalin dan dipancarkan ditapis serta dikembangkan bagi mendapatkan imej yang lebih jelas lagi rinci. Kenapa tidak difikirkan untuk kualiti bunyi sekali wahai penyiar siaran langsung?

Jadi, sesiapa yang ada TV berdefinisi tinggi dengan dekoder Ahteruk-Beyonce, mesti berasa panas hati kerana terpaksa menonton aksi bolasepak yang sangat mendebarkan lagi sedap jelas dan nyata sehingga ke sel epidermis pemain sekali tetapi dengan volume yang sangat perlahan seakan menonton filem yang boleh menyebabkan klimaks. Anti-klimaks sungguh.


Lagi simpati adalah Ahteruk dah menaikkan harga langganan sejak setahun lalu untuk menampung kos siaran definisi tinggi ini dan nak menampung semula jumlah bayaran hak siaran Piala (M-V-S-90M-S-S-S) Dunia ini. Kita sebagai pengguna 2 kali kena.  Sekali masa harga langganan naik, sekali lagi masa nak upgrade Ahteruk-Beyonce (mujur TV rumah aku definisi sederhana je).


Jadi, diharap stesen Ahteruk boleh membuat sedikit penambahbaikan dalam menapis frekuensi bunyi yang dihasilkan oleh vuvuzuela ini sebab bukan payah noo. Cari sumber frekuensi, letak penapis frekuensi pada frekuensi tersebut dan hantar. Tak reti? Sia-sia stesen Ahteruk bayar 6 bulan bonus untuk para jurutera mereka. Depa hanya pandai goyang bola mereka sambil melangkah masuk ke mesin ATM bergelak ketawa.

Jadi, adakah Ahteruk cukup bijak untuk kita boleh tekan butang 'R' untuk delete bunyi vuvuzela?


Selasa, Jun 15, 2010

Piala (Meniup-Vuvuzuela-Sepanjang-90 Minit-Selama-Sebulan-Seluruh) Dunia

Ye, tidak lain dan tidak bukan, aku memang tak cerita apa-apa lagi tentang bolasepak Piala (tajuk baca dalam hati seperti di atas) Dunia ini.

Untuk pengetahuan umum, sepanjang 2 minggu aku telah berlatih untuk tidur sekitar jam 2-3 pagi setiap hari sebelum bermulanya sepak mula di Soccer City. Aku pon tidak sedar akan latih tubi yang aku sendiri dah buat ini sebab asalnya, aku berjaga malam sebab anak-anak dan isteri pulang ke kampung. Jadi apa jenis aktiviti lagi yang aku boleh buat bila dah keseorangan? 

Ye, betul sekali tekaan anda. Aku membaca buku-buku intelek, menelaah internet dan menghafal tiap baris dan mukasurat suratkhabar sehingga terlepas waktu tidur sebenar. Itu dapat dilihat dengan kekerapan entri blog yang agak kehairanan kerapnya seminggu dua ini.  Ini juga disebabkan oleh kekerapan membawa perkerjaan pulang ke rumah sebagai kerja-di-rumah.

Jadi, secara amnya, aku memang tertunggu pembukaan sepak mula Piala Dunia ini. Tapi aku terlepas segala agenda semasa majlis pembukaan, entah ada bunga api ke, bola saiz gergasi turun dari langit ke, demostrasi memasak di menggunakan dapur kayu sambil melompat-lompat ke aku tak berapa pasti sebab di siaran Awani ada siaran langsung Imam Muda. Menitis air mata masa aku tengok episod minggu lepas. Rugi sapa yang terlepas. Sungguh aku tak tipu. Buat Imam Muda Nuri, meskipon muka hang nampak ganas lagi gedebe serta hang buat rambut sepit-sepit tajam ke atas macam budak shuffle, tetapi hati hang tetap ada taman permainan. Ah, kita kembali ke tajuk asal.

Dengan ini, jom kita lihat kepada prestasi penontonan siaran langsung Piala Dunia kali ini, yang aku tengok penuh perlawanan adalah Afrika Selatan-Mexico kemudian aku terlena sampai subuh semasa menunggu perlawanan France-Uruguay. 

Kemudian aku sibuk dengan memasak ayam panggang di USJ untuk perlawanan Korea Selatan-Greece dan sempat layan tiga suku perlawanan Argentina-Nigeria sebelum bersama-sama lena dengan anak-anak dan isteri yang 2 minggu tak bersama-sama sebelum mangkit untuk berjemaah bersama Pak, Hafiz dan Man dalam siaran England-USA. 

Untuk perlawanan Slovenia-Algeria aku dah sibuk dengan memandu pulang bersama anak-anak ke Johor. Elok aku sampai, sempat la melayan tengok highlight perlawanan Ghana-Serbia. Aku terjaga dalam pukul 4 pagi untuk menyambung kerja-di-rumah yang aku kena siapkan esok pagi sambil melihat sedikit perlawanan Jerman-Australia dalam 2 gol pertama. 

Untuk semalam, sayugia dikatakan bahawa aku pening seharian sebab tidur tak cukup dan kami berjemaah lengkap adik-beradik serta suami/isteri semua cirit-birit sebab pekena lauk sambal sotong dalam sebuah kenduri kahwin tengahari Ahad kelmarin. 

Sedap bukan main-main layan jamban untuk 6-7 kali semalam. Jadi perlawanan Belanda-Denmark aku layan penuh sebab anak-anak lena di awal Magrib dan aku tak berapa lapar nasi. Segera kami ke Domino's Pizza untuk melapik perut sahaja bila depa mangkit lepas tu.

Perlawanan Jepun-Cameroon aku tinggalkan begitu sahaja lepas makan pizza dan melihat gol pertama Keisuke Honda sebab aku masih berhajat untuk bangun awal pagi lagi untuk kembali menyiapkan kerja-di-rumah yang patut aku siapkan sebelum Selasa petang (hari ini). Aku hanya dengar di radio tentang keputusan seri Itali-Paraguay pagi tadi dan memang tiada hajat dihati untuk menontonnya. 

Kesimpulannya, kehidupan harian aku tetap sama walau ada Piala (letih nak taip) Dunia ini. Cuma cerita tambahan yang boleh dikongsi bersama bila ada rakan berborak. 

Antara cerita yang kita akan dapat saksikan di akhir kejohanan ini adalah Slovenia muncul pasukan yang membuat kejutan macam Korea Selatan dan pemain terbaik kejohanan adalah penjaga gol. Ini semua sebab Jabulani la ni. Amacam?



Rabu, Jun 09, 2010

Tulis-tulis - Tendang

Cerita pasal kanak-kanak perempuan umur 3 tahun yang mati kena pijak dan tendang dengan kasut but Puma yang tengah dibicarakan sekarang memang boleh buat selera makan jadi tak lalu. Perut rasa senak, mulut rasa loya.

Ikut cerita suratkhabar, mak pada arwah kanak-kanak itu tak tunjuk apa-apa emosi masa ditunjukkan gambar selepas autopsi anak dia di mahkamah. Tapi adik perempuan dia yang teriak sungguh-sungguh masa memberi keterangan. Adik perempuan dia dengan mak depa yang jaga arwah Humaira sebab perempuan tu dia kerja di Jalan Sultan Ismail sebagai pegawai perhubungan awam. Dia datang tengok sehari je tiap minggu.


Itu terjadi sebab suami dia, seorang bekas polis telah dipenjarakan. Mamat yang tendang dan pijak Humaira tu mak dia dah kenal sejak sebelum berkahwin lagi. Jadi lagi rapat bila suami masuk penjara dan melalui perhubungan depa, dah dapat sorang anak laki. Mereka baru merancang untuk berkahwin tak lama lagi. Ada berapa banyak dah kepincangan sosial yang dibincangkan di sini?


Masa suami dia dibawa ke mahkamah, dia tenung mamat penendang ni dengan sangat tajam. Abah mana tak panas hati kalau ada orang pijak anak kita sampai mati kan? 

Sebab mamat tu tendang dan pijak arwah Humaira?

Arwah Humaira tak nak pakai selipar dia bila disuruh. 


Macamana mamat tu tendang dan pijak dan hantuk kepala arwah Humaira, aku tak rasa nak cerita sebab begitu horror untuk dibayangkan untuk kanak-kanak kecil berumur 3 tahun mengalaminya. Perempuan pulak tuh. Aku sendiri ada anak umur macam itu. Jadi boleh dirasai dan dibayangkan cemana. Memang boleh buat selera nak makan nasi tak jadi.


Sebab apa mamat tu boleh tergamak nak tendang? Sebab itu bukan anak dia. Sebab mak arwah Humaira itu pon masih pangkat kekasih je. Apa ada hal. Bukan dia yang tanggung keluarga depa. Tiada komitmen.  
 
Aku rasa dalam penjara pon ada penyamun atau perompak yang ada belas ihsan. Atau pengedar dadah yang reti makna kasih sayang. Atau ketua kongsi gelap yang berjiwa insan. Harap-harap ada yang boleh kasik tunjuk ajar untuk mamat tu.



Aku harap kita yang masih boleh berasional dengan akal fikiran, tolong la perihatin dalam menangani kanak-kanak. Tak kisah la itu anak sendiri ke, anak orang ke, anak jiran ke. Depa tetap kanak-kanak. 
 
Cuba aku tendang di dada kamu, sedap tak?



Selasa, Jun 08, 2010

Tulis-tulis : Jana dan Kuasa

Dengar kata YTL dah katup stesen janakuasa Paka. IPP generasi pertama yang dah tamat perjanjian berat sebelah lagi maha untung untuk pakcik Francis. Yeke? Man yang kasik tau hari tu. Aku malas nak selidik.

Tahun 2014-2015, Powertek Melaka, YTL Pasir Gudang, Genting Sanyen Banting, Segari Lumut, dengan PD Power semua akan tamat tempoh perjanjian IPP depa. Apa maksud ini? Sebanyak 4,155MW supply letrik seluruh negara akan berkurangan. 

Ini akan berlaku dalam 5 tahun akan datang. Kegunaan sekarang 15,000MW untuk seluruh negara. Dikatakan akan ada sebanyak 5% peningkatan tenaga letrik setiap tahun. Jadi kalau sekarang supply letrik dikatakan berlebihan sebanyak 40%, bila berkurangan supply 4,155MW maka negara tak kan ada lebihan janaan letrik lagi dalam masa 5 tahun ni malahan negatif (adala dalam negatif 10,000MW), satu situasi yang agak merisaukan orang-orang letrik. Bagi depa, biar lebih dari cukup-cukup. Mau black-out 1Malaysia? Itu 15-16 tahun dulu boleh la.

Jadi, mana nak dapat supply lebih janaan letrik? 

1. Tarik kabel dari Bakun ke Johor. Ini idea Tun lagi. Tapi sangat tak viable. Tun sendiri dah buka option lain. Deal dengan pelebur aluminium untuk guna separuh dari janaan Bakun. Itu pon tak betul-betul cukup sebab sekarang bukan 1 je pelebur aluminium, dah ada 2-3 lagi syarikat nak bukak pelebur aluminium kat Sawarak. 

Juga bukan Bakun je ada hydroletrik. Sekarang dah ada satu lagi hydroletrik di Murut. Itu pon untuk kegunaan pelebur aluminium jugak. Jadi apa yang dijana di Sarawak, Sarawak la guna.

2. Pertingkatkan janakuasa sedia ada. Dah ada ura-ura Jimah nak bukak 1 unit baru yang sama besar dengan unit sekarang 700MW, dengan Tg Bin nak bina 2 lagi unit loji baru dalam kawasan sedia ada dalam 1400MW. Yang ini lebih jimat masa, tenaga, serta modal. Sebab tanah tak yah beli baru dah. Dorang lagi suka sebab IPP kan menguntungkan depa. Ini adalah perjanjian konfem duit masuk. Sapa tak nak jenis pelaburan yang langsung rendah risiko macam IPP ni, jalan penuh dapat jual rate jalan yang konfem untung. Stendby, dapat duit  jugak sebab stendby. Mau makan 20 tahun jugak satu deal IPP. Tapi baru 2100MW. Mana nak cekau lagi bagi cukup?


3. Bukak janakuasa nuklear. Yep, nuklear. Dengar kata kerajaan tengah shortlist kawasan yang paling sesuai. Sebab pembinaan dia amik masa 15-20 tahun, kerajaan kena amik langkah awal. Jadi ini memang kebarangkalian besar Malaysia akan ada loji janakuasa nuklear. Kawasan yang dekat dengan sumber air sebab perlu jumlah air yang sangat banyak untuk penyejukan reaktor. Aku duk terasa macam akan terjadi di kawasan Pantai Timur. Jana kuasa nuklear menggunakan bahan mentah paling sedikit berbanding semua yang lain. Gas dah nak abis supply di Malaysia dalam 10 tahun lagi mengikut Petronas. Arang batu memang banyak, tapi juga akan kehabisan atau naik mencanak. Kalau memang betul kehendak Malaysia untuk ada jana kuasa nuklear, aku nak tau jugak apa jenis perancangan untuk menghapuskan sisa radioaktif yang dah diurai. Setakat ini, sapa pon tak tau nak setel cemana sisa itu. Jadi, kita tunggu jela ek. 


Err dalam konteks yang sama, sapa yang support Earth Hour setahun dan 2 tahun yang lepas? Aku tak sempat sambut pon sebab kebetulan dedua kali tu aku keluar jalan-jalan makan nasi dan pi Jusco. Sebagai matematik mudah. Kalau negara kita keluarkan janaan letrik 40% lebihan tetiap hari. Adakah negara mengalami penjimatan / pengurangan penggunaan tenaga letrik untuk sejam itu? Aku tak rasa untuk hari itu dan jam itu, semua loji janakuasa letrik seluruh negara kita di arahkan untuk supply sedikit kurang janaan letrik untuk Earth Hour. Jadi, pikir-pikirkanlah.

Nota sepakan sudut penalti: Semua dah macam lupa hal subsidi dengan negara nak bengkrap ek? Macam memesong perhatian kepada Mavi Marmara dengan Rachel Corrie. Apa pon, syukur semua selamat, cuma bantuan yang diharapkan dihantar tetap tak sampai. Sayang.

Ahad, Jun 06, 2010

Ahmad S Siri # 8.1

Aku bawak kereta pegi Jusco, ternampak sebuah keluarga Arab yang bawak Iswara seken melintas depan aku. Dia pon nak membelok masuk ke Jusco. Aku kemudian terfikir, gigih jugak depa menyambung belajar. Bawak anak isteri, semata-mata nak sambung belajar. Mujur Jusco dekat, boleh juga beli kelengkapan. 

Kemudian lamunan aku makin panjang. Aku terfikir pulak, aku pulak pegi Jusco nak buat apa? 2 minggu lepas baru je pegi. Beli bantal untuk anak-anak. Bantal kecik berisi ceraian fiber halus yang lembut tapi tak padat. Oh, anak-anak takde sekarang. Semua balik kampung ummi dia.  Jadi aku membawa diri sorang-sorang ke Jusco hari ini.

Elok aku masuk ke tempat letak kereta Jusco, aku dah terkernyih sorang-sorang. Kamera litar tertutup di palang ambil tiket parking mungkin jelas merakam perbuatan terkernyih ini yang boleh menimbulkan kecurigaan pak gad yang menjaganya. Harap pak gad tu tak perasan yang aku bukan terkernyih untuk dia.

Aku teringat lagi!! Ye, teringat lagi hal Ahmad S. Kenapakah? Jangan salahkan aku untuk merakamkan sekali lagi kisah Ahmad S, sebab ini juga peristiwa yang jarang-jarang remaja contoh macam kami buat untuk zaman peruniversitian mereka.

**********

"Macamana? Jadi tak projek kita kali ni?" Aku membuat usul pada suatu petang minggu seperti biasa. Tapi kali ini kami sudah semakin matang. Ahmad S dah pandai bawak moto ada kelasss. Aku pulak dah bijak memijak perehat-kaki moto dan meminjam helmet.

"Yang mana satu ni?" Ahmad S lupa-lupa. 

 "Ala, yang aku cerita kat ko minggu lepas la, aku dah survey, ada jual kat pasaraya The XXXX (*pasaraya ini dah arwah bila Jusco dibuka dengan hanya sebatu lontaran sahaja dari kedudukan mereka)". Aku mengingatkan.

"Ko jugak yang nak hari tu" aku tambah lagi.

Rumet Ahmad S kehairanan, aku dan Ahmad S menambahkan kehairanan beliau dengan tidak menjelaskan sejelas-jelasnya.

"Ooo, jom aa, aku boleh je" Ahmad S jadi.


Untuk memudahkan urusan membawa pulang 'mende-alah' yang menjadi objektif kami petang itu, aku membonceng moto RG Ahmad S. Kami membelah petang yang-orang-lain-buat-main-bola dengan membuat aktiviti sihat lagi bijak macam gadis-gadis dengan menuju ke pasaraya XXXX di Taman U.


"Hah, ni la. Aku memang dah target yang ini dah, ko nak yang mana" Aku tunjuk pada Ahmad S sambil memeluk 'mende-alah' yang menjadi objektif kami itu. Sedap. Lembut. Besar.


"Eh, besarnya. Aku tak tau nak yang macam tu ke yang bulat" Ahmad S terkejut dengan pilihan cerdik yang aku buat. Ahmad S mula memilih-milih yang berkenan di hatinya. Memang tampak kami berbeza citarasa. Aku pilih yang segi empat sama besar kaler merah. Ahmad S ambil yang kaler kuning. Gadis promoter hanya senyum-senyum kepada kami dengan perbuatan pembelian kami ini.


Disebabkan saiz menda alah yang kami beli agak besar, hadangan angin bertambah bila motor RG membelah petang yang-orang-lain-buat-main-bola balik ke kolej. Bila dah masuk kawasan universiti. Petang dah tak petang sangat. Lebih ke hampir magrib yang mana masa yang sangat optimum untuk gadis-gadis kolej mula keluar membeli nasi untuk makan malam. Menda-alah kotak empat segi sama besar yang lagi besar dari pemeluk memang tidak dapat disembunyikan. Apatah lagi muka kami yang jurus lagi bersih ini. Terkekek-kekek kami cuba menyembunyikan muka sebab ini bukan perbuatan biasa remaja contoh pabila waktu petang bila berselisihan dengan gadis-gadis kolej.


Bila sampai di bilik masing-masing. Semua yang ada mula iri hati dengan kami. Sebab kami dah ada bantal besar sedap di peluk lagi lembut. Kami saja yang terkernyih-kernyih. 

Hal ini tidak habis di sini sahaja. Malam itu jugak Ahmad S bawak turun bantal besar dia untuk lepak sama-sama sambil sembang-sembang tengok movie dari komputer. Orang putih kata, pillow talk. Punya la ciwi memasing dengan bantal besar sendiri.


Minggu hadapannya, agenda kedua yang berbangkit. Kami menuju ke kedai kain ela. Juga di Taman Universiti sebab kami belum mengenali kedai Jakel yang belum ada lagi pada zaman itu. Aku beli 2 meter kain kapas bercorak kaler jingga merah. Ahmad S tak beli sebab dia malas. Juga Ahmad S banyak berdiam sebab mana la reti beli kain semua ini. Aku pon sama je tak reti jugak.

Dalam 2 malam jugak untuk menyiapkan jahitan tangan sebuah sarung bantal paling besar pernah aku buat seumur hidup aku. Ini la semangat alternatif yang ada walaupon aku tak la underground mana pon. Tapi DIY tetap DIY.

Ini yang membuatkan aku terkernyih-kernyih malam ini.

*Sarung bantal dan bantalnya sekali dah di'alter' oleh seorang gadis yang lagi kemas jahitan tangannya 2-3 sem selepas itu*

Jumaat, Jun 04, 2010

Tulis-tulis - Tangkap

Semalam terbaca dalam paper The Bintang, penolong juruteknik pemunya opis lama aku kena tangkap. Sebab amik suapan RM 1,000.00 dari kontraktor berbangsa India. Dia dah 25 tahun keje dengan tempat itu. Kalau tempat kerja pak ngan mak, dah dapat jam tangan lelaki dan perempuan cap Carlo Cardini dah. Tak pon gelang tangan atau rantai leher. Sebagai tanda bakti khidmat dah 25 tahun.
 
Tapi dia ni dapat femes masuk suratkhabar sebagai penjawat awam yang termasuk dalam statistik 40% yang memakan suapan. Siap pakai topi dan sarung muka H1N1 untuk kaver malu. Sia-sia.



Petang tadi, aku dengar lagi satu cerita. Sorang jurutera kene tangkap "bertangan-merah" sebab terbukti menyonglap barang milik syarikat. Yang report adalah penjaga stor dengan saksi dari drebar lori. Jurutera ni pon dah umur level brader-brader. Ada anak kembar dah masuk tingkatan 1. Barang yang cuba dicuri dijumpai dalam bonet kereta dengan alasan dia cuba nak tolong jual pada satu kedai tapi lupa nak bagitau orang sales. Tapi dia jurutera, mana ada kena mengena untuk urusan sales. Sia-sia jugak.
 
Aku tengok berita jugak hal-hal kapal-kapal pelayaran yang cuba merempuh masuk perairan Gaza untuk bawak bekalan ubat, makanan dan tempat tinggal tapi diserang dan ditangkap oleh komando Israel. Bagi aku, objektif pertubuhan ini dah berjaya. Depa berjaya buktikan bahawa Israel memang jenis bengap dan tak hormat undang-undang dunia. Kalau sebelum ini Israel boleh serang bom letup Gaza dengan alasan mempertahankan negara, kali ini serangan komando Israel ke atas kapal pelayaran yang membawa sukarela keamanan yang tidak langsung bersenjata dan tidak ada kaitan langsung dengan perairan Israel dan mengancam keselamatan rakyat Israel memang tindakan paling bengap dan memakan diri. 


Mana-mana pihak yang melihat tindakan ini tahu Israel yang salah dalam hal ini. Sekutu mana sekalipun tak boleh menyokong tindakan bengap Israel ini kecuali mengecam keras. Mesir terus buka sempadan Rafah. Turki terus tarik diplomat. Ini tindakan yang lebih keras dari masa Gaza kena bom.

Cuma, media massa masih lagi memainkan peranan berat sebelah masing-masing. TV3 lebih kaver cerita kapal Royal Corrie sebab wartawan dia ada atas tu. Astro dan RTM kaver lebih untuk kapal Mari Marmara sebab ada wartawan Awani. Israel pulak cuma tunjuk gambar 'keganasan' orang-orang di atas kapal Mavi Marmara terhadap komando depa, yang pakai batang besi dan lastik untuk 'menyerang'. Piiirah!.

Harapan aku, semua kapal-kapal itu dapat sampai Gaza dan memenuhi tuntutan pelayaran mereka untuk membekalkan makanan, ubat dan khemah untuk rakyat Gaza yang disepit dengan segala sekatan dan kongkongan. 

Ini bukan misi pelayaran yang sia-sia walaupon di tangkap.

Selasa, Jun 01, 2010

Catatan Diego - Impian@Mimpi?

Tadi, balik dari melihat kilang kayu papan fiber. Kingston bertanya soalan ringkas yang boleh dijawab mudah.

"Awak ada mimpi?"
(Do you have any dreams?)

Hampir tersentak dengan soalan itu sebab soalan sangat mudah yang boleh dijawab ringkas.

Tapi Diego mencari jalan susah.

"No". Ringkas Diego menjawab mencari kesusahan.

Kingston pula mengambil alih sentakan.
 
"Apa? Kamu tiada mimpi? Jadi di sekolah cikgu tanya kamu apa?" 
(What? You don't have any dreams? Then during schools teacher ask you what?)


"Heheh, tak la. Ada la masa sekolah dulu. Tapi masa darjah satu aku nak jadi Bomba, Polis dengan Cikgu. Tapi bila masuk sekolah menengah, aku nak jadi Pegawai Bank pulak. Tapi lepas tingkatan 3, aku pilih aliran Sains, kena pilih antara Prinsip Akaun dengan Biologi. Aku amik Biologi. Jadi dah menyimpang dari cita-cita Pegawai Bank. Lepas SPM, aku dapat A untuk Kimia dengan Biologi, tapi aku dapat C untuk Matematik Tambahan dengan Fizik. Jadi aku masuk universiti, aku pilih Kejuruteraan Mekanikal. Cemana?"
(aku tak larat nak translate yang ini, susah ooo)

Disebabkan Diego telah mencari jalan susah untuk menjawab soalan mudah yang hanya perlu jawapan ringkas, Kingston terus bercerita mengenai diri dia pula. Lagi susah rupanya.

Kingston dapat E untuk semua subjek SRP kecuali Bahasa Cina dengan Seni sebab dia malas belajar dan dari aliran sekolah Cina masa di sekolah rendah. Kemudian masuk sekolah persendirian, dan tidak belajar langsung untuk terus mengecapi E untuk semua subjek dalam SPM. Kemudian terus berikrar kepada bapanya untuk mula belajar bidang reka grafik di The One Academy. Kemudian dia menjadi pereka grafik iklan di negara seberang kemudian menjadi tenaga pengajar reka grafik sambilan dan kemudian masuk bidang jualan aksesori perabot sebelum memasuki bidang jualan minyak sekarang.

Soalan mudah Kingston, "Awak ada mimpi?" memang susah untuk siapa-siapa menjawab rupanya.

Kingston tambah lagi, sebab kita manusia, ,memang kita dijadikan tanpa apa-apa tanda yang langsung boleh dijangka. Masa kita sekolah dulu mungkin kita lain, tapi sekarang masuk alam kerja, tak da sapa tahu kita berubah 180 darjah dari watak kita dulu. Diego setuju.

Tapi Diego jawab juga soalan Kingston itu dari sudut hati yang paling ikhlas. 

Aku bermimpi untuk menjadi jurutera pakar bidang minyak pelincir industri yang lagi pakar dari jurutera prinsipal yang memantau aku sekarang dan juga pemantau kepada jurutera prinsipal aku sekarang sambil memiliki blog yang sangat bermakna lagi sedap untuk dibaca dan dicemburui. Amacam? Heheh.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...