Advertlets

Jumaat, Julai 30, 2010

Kanak-Kanak Memang Riang 28 - Betul-betul riang (dah update!)

Rasa betul-betul nak buat cerita bergambar banyak-banyak. Tapi tak sempat. Bagi gambar pengenalan dulu je la.


Kelihatan seorang kanak-kanak yang kena bangun awal pagi terus mandi dan dibawa ke padang bola, diikat kepalanya dengan kain merah berpropaganda dan dipinkan bajunya dengan perca biru. Mereka sedang bersedia. Nak buat apa?

(Sambungan pertama)

Muka-muka suci kanak-kanak ini begitu tulus. Takde rasa bersalah pon. Lilitan di kepala itu entah apa mereka pon tak tahu sangat. Sebab nak mengeja pon belum tentu lepas nahu dan sebutannnya. Jadi mereka pakai sahaja mengikut kehendak yang lebih tua.

Meskipun adanya mereka di sini atas satu semangat kesukanan, tapi ada lagi satu semangat yang diterapkan secara tidak langsung di dalam perhimpunan ramai kanak-kanak sekitar daerah ini. Yang sama-sama teraju sekolah mereka adalah dari organisasi yang sama. 


Di astaka tempat meninjau dari jauh ke padang, ada juga semangat yang satu lagi ini diterapkan. Kali ini untuk pengunjung-pengunjung pula. Pijak, jangan tak pijak.


Selalu-selalu nampak dari suratkhabar sahaja bendera ini yang ramai orang bakar bantah membantah, tapi kali ini mula-mula ternampak rasa pelik pula. Boleh pulak bendera itu di pampang penuh gaya, cuma direndahkan martabatnya sama rendah dengan lantai kaki. 


(Sambungan kali ke-2)

Perhimpunan ini merangkumi beberapa sekolah sekitar daerah yang sama. Jadi tiap sekolah ada identiti masing-masing tetapi semuanya bertemakan keamanan dan boikot. 

Jadi salah satunya membawa mesej itu dengan jelas sekali walau kontijen mereka adalah yang paling sedikit. Mesej tetap mesej. Pengusung dan kereta sorong beroda dengan seorang kanak-kanak berkain anduh di tangan dan kepala menjadi tunjang kontijen ini. Agak-agak sapa-sapa yang pensan pon, boleh guna terus pengusung yang disediakan itu.






Rasanya jelas mesej yang ingin disampaikan. Abaikan sahaja pinggang seorang ibu tersebut sebab tiba-tiba sahaja beliau muncul dan interfrem dalam ini cerita. 


Perilaku Aqil dalam ini cerita juga tak kurang menjadi perhatian. Dia cukup seronok bila dapat nampak kelibat kami di astaka. Tapi sebelum dapat melihat kami, wajahnya cukup sugul dan tidak bercahaya. Nampak je terus bagitau kawan sebelah. Itu abah dengan ummi Aqil. Hahah. 




Semua kontijen berarak dan berkumpul di atas padang dengan gaya masing-masing. Sampai di hadapan tetamu jemputan, ada yang melambai, ada yang mengucapkan "Takbir!". Majlis diserikan dengan kedatangan VVIP yang dijemput khas. Antaranya adalah salah seorang yang menjadi tahanan sementara di dalam kapal Mavi Marmara. Beliau berucap sekadarnya untuk sedikit berkongsi cerita tentang pengalamannya dan mengajak kita bersyukur kerana kanak-kanak di sini boleh berjuang dalam sukan untuk kegembiraan dan kesihatan. Kanak-kanak di sana berjuang bukan untuk sukan atau kegembiraan tapi untuk hidup dan terus hidup. 




Di sini, menang dapat hadiah. Di sana, menang dapat kebebasan. Jadi pertandingan pon bermula. Untuk kanak-kanak setiap sekolah, acaranya telah ditentukan dan pesertanya juga telah siap-siap dipilih. Jadi Aqil hanya ada 1 acara berpasukan, pada jadual paling akhir. Acara makan biskut!.




Sementara menunggu acara berpasukan Aqil, kami masukan dia ke dalam acara individu di atas astaka. Acara mewarna. Sambil Ezi memantau penuh setiap pergerakan dan percaturan Aqil dalam acara ini. Tugas Ammar adalah sebagai pelengkap. Seperti meminta nak sama-sama mewarna ataupon duduk memerhati dari dekat. 



Acara berlangsung dengan pelbagai gaya dan ragam. Ada ibu bapa yang begitu komited dan ada yang secara mudah membiarkan sahaja anak-anak mereka mewarna. Tapi Aqil punyai masa yang sedikit terhad sebab ada acara yang menantinya. Jadi sedikit tergesa dalam menyudahkan pewarnaan. 



Sesi yang sebenarnya ditunggu-tunggu pun tiba. Itu pon ketika matahari dah hampir naik dengan cuaca semakin panas. Rupanya ada acara ibu-bapa dahulu yang disela sebelum acara terakhir untuk kanak-kanak. Aqil sudah bersedia. 



Ok, ahli belum cukup 4 orang. Jadi terpaksa mencari lagi 2 orang. Mana nih? Kena tunggu sambil cikgu-cikgu mencari-cari ke mana pergi 4 orang yang patutnya menjadi peserta acara terakhir ini.


Dengan bantuan dan dorongan dari pengurus pasukan, Ammar. Mereka berbaris bersemangat untuk menuju ke arah medan pertarungan. Yang belakang sekali itu adalah peserta tangkap muat, patutnya ada seorang yang ibu bapanya lambat sedikit memanggil anak mereka untuk melengkapi pasukan. 




Lihat betapa laparnya Aqil bila berhadapan dengan seterunya. Sebungkus biskut Tiger menjadi hidangan mereka kali ini. Mereka perlu bersaing dengan kontijen-kontijen lain. Bila acara dilangsungkan, Aqil mengambil tektik yang tidak pernah dibuat peserta lain. Kapit 2 biskut dan kunyah secara perlahan-lahan dan menikmati setiap gigitan yang dibuat. Bukankah ini pertandingan? Ya, beliau menghabiskan 5 biskut kesemuanya dengan sorang lagi peserta 2 keping dan yang lain-lainnya dihabiskan secara lahap oleh 2 peserta yang lain. 




Mereka menduduki tangga ke-4 dalam acara ini dan mengutip 3 markah. Senarai akhir keputusan membolehkan sekolah Aqil mendapat tempat ke-2 keseluruhan. Sebab cemerlang dalam acara lari dalam guna dan tarik bola dalam gelung. 






Majlis disertakan dengan acara individu terbuka untuk semua kanak-kanak kontijen. Ada 2 acara, tiup belon dan merebut gula-gula. Acara ini lebih kepada semua akan dapat hadiah. Cuma Aqil tidak pernah meniup belon secara betul-betul. Jadi ini adalah pengalaman pertama beliau. Mujur ada pertolongan yang memecahkan belon dengan sengaja. Jadi dapatlah beliau sebatang pensel sebagai saguhati. 



Acara terakhir merupakan pengalaman paling tidak dapat dilupakan dan harus dilupakan terus oleh pihak penganjur untuk masa hadapan. Disebabkan Aqil sudah terbiasa untuk tidak terbolah dan berebut tak tentu hala, maka acara ini bukan acara kegemarannya. Matanya hampir berkaca bila menoleh pada aku tapi tidak dapat meloloskan diri. Kanak-kanak yang lebih tua dan sudah biasa, senang sahaja menguasai acara ini, tak kira lelaki mahupon perempuan. Mujur sebiji gula-gula masih kelihatan bila suasana sudah lebih reda. Gula-gula yang sebiji itu kami kerat dua untuk dikongsi dengan Ammar. 

Mesej tidak kesampaian.  


Paling penting. "Aqil hepi hari ini?" Ummi tanya.


"Hepi!" jawab Aqil. Itu sahaja.


Sekian dahulu cerita ini yang diperam lama, tapi tetap ingin berkongsi bersama.

Khamis, Julai 22, 2010

Catatan Diego - Berseminar@Kuantan

Tiba-tiba lidah jadi kelu.

Tiba-tiba rasa gugup.

Tiba-tiba rasa dewan terlalu besar.

Tiba-tiba nampak skrin terlebih gergasi.

Tiba-tiba rasa pegang mikrofon tak kena gaya. (kau ingat kau Mas Idayu?)

Ahhh....

Ingat senang nak berseminar depan 40 orang berpangkat propsenel yang tugas mereka menjaga mesin berjuta ringgit yang sanggup meninggalkan mesin tersebut selama sehari suntuk dan duduk dimeja bulat semata nak dengar seorang jurutera minyak pelincir industri berkata-kata di dalam bahasa 'lubricant' dihadapan mereka?

Mereka tak tahu bahawasanya di dalam poket jurutera itu ada sebiji henpon cokia 5 tahun usia rington masih stendet, tak boleh bergetar lagi dan kamera tiada spesifikasi megapixel. Tak de kaitan pon. Heheh.

Ok. Gemuruh wei.


 Sekali setahun je.Rileks.

Khamis, Julai 15, 2010

Hari Ulang Tahun Blog Paling Dicemburui

Orang kata, doa selamat pada hari Khamis malam Jumaat lebih afdal. 

Jadi, walaupun dah 2 hari terlepas hari paling bermakna untuk blog ini,hari ini baru tuan punya blog rasa nak membuat majlis potong pulut kuning kepada blog "Ini Kisah Keluarga Amani" ini dengan rasminya.

Sedar-sedar blog ni dah sama tahun dengan Ammar. Sebulan lebih sikit sama tahun dengan Ammar. 3 tahun dah aku ada blog, entah berapa ratus ribu perkataan dah ditaip di sini.  Disebabkan aku ada blog juga telah menjadi pemangkin inspirasi beberapa insan terdekat untuk juga ada blog mereka. Ye, hangpa tahu hangpa sapa. Heheh.

Disebabkan ini blog yang wajar dicemburui, maka dengan ini ingin disenaraikan beberapa perkara yang boleh menyebabkan yang membacanya lebih cemburu, seperti:

1. Dah 30 siri Sinetron Dramalova dihasilkan. Tiap satu ditulis begitu teliti lagi istikhomah serta berisi dan sesuai digunakan sebagai rujukan hidup berumah+berjiran tetangga. 

2. Dah 27 siri Kanak-kanak Memang Riang ditulis. Ini adalah kumpulan cerita-cerita hal ehwal anak-anak yang ingin dikongsi. Bukan bermakna aku sorang je ada anak-anak yang baik serta jurus, tapi lebih kepada berkongsi kegembiraan dan keletah mereka untuk semua. 

3. Siri Catatan Diego dah masuk 31. Ini siri ringkas tentang hal ehwal berkaitan kerjaya Diego. Takde la berat sangat kisahnya, sebab tu laju je sirinya, walhal siri paling muda.

4. Siri Ahmad S dalam simpanan dah ada 10. Aku nak royalti kalau Ahmad S nak salin dan tampal kisah ini untuk dia buat buku cerita bahan bacaan anak dia, Izz.

Ada juga siri-siri lain yang aku buat seperti cerita ehwal Arsenal, cerita bola dan siri Tulis-Tulis.


Tapi ada jugak kisah yang lama terbengkalai seperti Geografi Kebangsaan. Heheh.


Jadi adakah ini blog lengkap sebuah kehidupan? Mungkin. Tapi sebab ini hari ulang tahun. Maka seharusnya ada serprais. Kejutan atau pon hadiah kan? Maka demi melengkapi sebuah blog yang penuh perkataan ini, mempersembahkan sebuah lagi himpunan sejarah untuk melengkapkan blog ini. Ketip kalau berani.


 

Jadi aku pon tahu apa pertanyaan yang akan selalu bermain di kepala hotak semua sekarang. 

Masa mana la dia ni ada masa nak buat semua ini? (betul dak?)

Ye, masa jawapannya mudah sahaja. Masa hangpa sibuk berFresnter dan berFB, masa tu la aku taip blog-blog ni.

Apakah inspirasi aku untuk menulis blog? 

Inspirasi itu datang dari sifat syok sendiri, heheh. Sapa-sapa yang rasa dah lama tak update blog, rasanya kena cari semula sifat syok sendiri itu. Inspirasi juga datang bila mendapat pandangan oleh orang lain yang diluar dari blog. Contohnya seperti permintaan NA + S untuk menjadi watak dalam Sinetron Dramalova. Heheh. Lagipun penyokong tegar selalu disisi, jadi dia sendiri selalu yang tanya, tak update blog ke?
 
p/s: Bila aku baca balik cerita sendiri, aku sendiri seronok membacanya. Tak ke syok sendiri tu? Heheh.

Selasa, Julai 13, 2010

Sinetron Dramalova 30 - Teka Situasi

Dah Sinetron Dramalova edisi ke-30. Kamon la kawan-kawan, begitu aku berisktikhomah untuk meneruskan siri ini tanpa segan silu serta tidak memikirkan padah dan akibat setiap siri yang membuka jerawat di badan, tapi komen tak sampai 15? Heheh.

Mulai hari ini, aku tukar nombor ROMAN dalam siri SD kepada nombor biasa, sebab bila banyak sangat XXX, bak kata Ahmad S, dah macam cerita katil dan tilam plak.  Hilang selera dan napsu pembaca yang teruja membaca tajuk cerita ini dan mengetipnya tetapi ceritanya hanyalah cerita jiran tetangga sahaja. Baca Mastika lagi asyik, kata mereka. 

Tanpa berlengah lagi, mari kita ikuti kisah Diego dan keluarganya untuk edisi kejutan ini. Siri ke-30 mestilah sepesel.

Seperti 2-3 minggu sudah, minggu lepas adalah lagi satu minggu yang mana di dalamnya ada minggu ulang tahun kelahiran anggota keluarga Diego yang perlu disambut. Diego sudah serik untuk merancang yang mewah-mewahan, grand-grandeuren, berlebih-lebihan. Takut ada yang tersalah anggap lagi,tambahan pula, jiran-jiran masih lagi mengata tak habis tentang perancangan majlis yang menyusahkan mereka keluar masuk kereta sebab habis semua jalan kena katup dulu, tapi tak jadi pulak.

Kali ini, 3 hari sebelum hari kejadian Diego sudah mula merangka-rangka. Tiap kali balik dengan kereta lajunya, Diego semakin mengagumi minyak pelincir Mobil 1 15w-50, petrol Esso Synergy 3000 dan tayar Michelin Premacy LC 195/55R15 subsidi kompeni yang baru diperolehinya. Perjalanan makin sedap lagi lancar, laju dan boleh pergi jauh betul. Tak ada Lancer pon takpe. Bak kata pepatah negara Brazil, kalau nak tahu empunya kereta itu kaya, tengok minyak pelincir mereka. Ok, tamat sisipan iklan. 

Setiap kali berfikir dan berfikir dan berfikir lagi, makin banyak idea dan cambahan ilham yang diperolehi oleh Diego untuk sambutan majlis ulang tahun kelahiran Marcia. Marcia akan memasuki umur ke-31. 

31 tahun bukan umur main-main dah lagi, umur yang memerlukan agenda, perancangan, keseriusan serta plan jangka panjang untuk menjadi orang tua yang berhemah, berhikmah serta boleh menjadi tempat rujukan. Ini bukan lagi umur untuk main-main cakap selindung, bergosip tak tentu hala, buat perangai macam budak tadika malahan tidak larat lagi untuk menanggung perangai-perangai yang tidak cukup dewasa seperti mengkompare siapa yang lagi kaya dan siapa yang lagi istimewa, anak sapa yang lagi spesel mahupun berapa urat gelang ditangan. Ini umur untuk sedap-sedap mendaftar diri untuk menempah tiket pergi haji.

Dengan segala keseriusan, Diego teruskan berfikir. Sampai terselit satu lirik lagu.

"Satu hari berfikir, Sebulan pun masih pikir, Bila dah bosan fikir, tak jadi fikir!" 

Lagu dari kumpulan Aboi - Belum Cuba Belum Tahu. Selingan lagu memang biasa untuk sesuatu drama.

Mengambil kepada unsur moral yang terselit di dalam lagu Aboi itu tadi, Diego bertekad. Kali ini, buah pikirannya akan dilaksanakan. Akan tetapi sungguh banyak buah pikiran yang telah dihasilkan sehingga tak tahu yang mana satu boleh dilaksanakan tanpa kompromi.

Buah Pikiran # 1
Beli bunga ros merah sekuntum. Gigit tangkainya sewaktu membuka pagar rumah semasa balik dari kerja. Lepas tu sengih macam dalam cerita Adamaya. Sanggup ke? Apa kata jiran-jiran nanti?

Buah Pikiran # 2
Bukak website online kedai bunga, order sejambak bunga yang harga minimumnya RM100. Suruh kirim ke rumah sewaktu Diego masih dipejabat. Tapi bentuk jambangan, rupa, kaler, berapa bilangan kuntum, tak tahu mana satu yang sesuai.

Buah Pikiran # 3
Kerat kertas-kertas terguna yang cantik dan buat kad hari lahir yang begitu abstrak. Kalau sempat, buat kasik jadi timbul-timbul.

Buah Pikiran # 4
Buat-buat tak da apa apa terjadi pada hari itu. Yang ni paling senang.

Buah Pikiran #5 
Makan malam ayam panggang bersama anak beranak. Err, sedap jugak.

Buah Pikiran #6
Beli gelang tangan seutas. Atau rantai leher. Bentuk apa yang dia suka, tebal mana, saiz apa, kaler apa. Tanya pada penjual kat kedai emas nanti. Err budget ada ke?

Buah Pikiran #7
Beli kek, tiup dan makan ramai-ramai kat rumah. Kaler kek, perisa kek, bentuk kek, semua bergantung kepada selera masa masuk kedai kek nanti.

Buah Pikiran #8
Beli bunga ros dikedai bunga. Berapa kuntum dan kaler apa, nanti pikir kat kedai. 

Buah Pikiran #9
Buat kad, suruh Rodriguez yang tulis. Atau cop je jari Rodrizguez dan Pablo atas kad. Tapi kene tunggu depa lena.


Buah Pikiran # 10
Tulis blog, atau ucapan di FB atau SMS di tengah malam ketika Marcia tengah lena tidur. Supaya bila dia mangkit nanti baru dia baca.


Buah Pikiran #11
Buat kejutan. Apa-apa jenis kejutan jela. Janji terkejut. Pilih je memana buah pikiran yang di atas. 


Lagu Aboi kembali terngiang-ngiang di dalam kepala Diego. Kali ini lebih kepada pernyataan terakhir. 


"Bila dah bosan pikir, tak jadi pikir". Argh cemana?


Ok, disebabkan cerita ini bertajuk "Teka Situasi". Jadi pepandai la hangpa meneka situasinya dan mengolahnya mengikut kesukaan hangpa semua. Sekian. 


Selamat Hari Ulang Tahun ye Marcia. Semoga apa yang dicitakan saudari tercapai hendaknya. Mmmuahh dari kami..!


 Gambar Hiasan - Kanak-kanak memang suka sambut hari ulang tahun. Sebab ada kek!


Khamis, Julai 08, 2010

Kanak-Kanak Memang Riang XXVII - Penguin

Dua gambar, lain tahun, sama watak, sama tempat.

 Ini tahun 2009 lepas, bulan 3.

 Ini 3 hari lepas, tahun 2010.

Motif letak gambar? Entah, cuma baru menyedari yang Ammar dah besar. Dah bukan Adik lagi. Hahah.


Khamis, Julai 01, 2010

Tulis-tulis blog pon boleh dapat hadiah



Orang bagi, kita terima. Seikhlas hati terima. Lagi senang sebab boleh mengisi ruang ketika nak menulis tapi cerita tak datang. Hahah. Tak tahu dimana kretipnya blog ini sebab kurang bergambar dan layout pon diambil enteng sahaja. Lebih kepada penulisan yang poyo dan terlalu over konfiden je rasanya blog ini.

Mekasih buat pemberinya, fiziskandarZ yang sekarang berada di negara yang baru je keluar World Cup. Heheh. Blog dia sangat bergambar sampaikan setiap kali bukak, hati mesti panas sebab gambar dia terang, jelas, tajam lagi cantik serta cantuman yang tidak dapat dikesan. Aku harap dia bukukan gambar-gambar tersebut dengan caption-captionnya sekali dan buat Coffe Table Book punya style. Lepas tu print 100 buah. Bagi kat rakan-rakan secara percuma. Aku nak cop satu awal-awal. Boleh Gyc?

Sedikit makna tentang mende alah bertukar-tukar di atas ini adalah seperti berikut:

PENGERTIAN BERKENAAN AWARD INI

a. PENCIL yang besar - Menunjukkan kesenian yang begitu peka terhadap blog anda dan mencerminkan sesuatu nilai penghasilan.

b. FILEM bergerak tanpa henti - Menunjukkan AWARD ini di FOWARD kepada bloggerist yang betul-betul layak menerima.
c. LOGO bulat berkelip-kelip - Jika di perhatikan betul-betul, ia adalah manusia yang berkepalakan monitor komputer. Ini membawa maksud anda adalah seorang yang begitu bijak menguasai dunia alam maya ke globalisasi.


Jika mengikut tuan pemberi, dia suruh bagi kat 5 orang. Tapi suruh carik yang kretip-kretip. Dengan ini aku serahkan kepada pemunya blog berikut sebab kretip mengikut definisi aku sendiri.

1. mybook - Blog ni dah konfem terbengkalai sebab sibuk jaga anak. Hahah, tapi aku suka entri yang ada sketch dia. Aku tak reti melukis, jadi blog ini memang kretip dengan idea tersendiri lagi asli. Kot-kot dapat award boleh cuba menulis balik ke. Kan?


2. Factul - Konsep blog yang sangat jarang orang nak buat. Menulis fakta mengikut pemprosesan kepala hotak selepas membaca pelbagai cerita dari blog / web orang lain. Ingat senang? Juga hampir-hampir terbengkalai. Jadi sedikit pemangkin di sini untuk lebih kerap menulis.


3. + +i ' m d u t a + + - Ini blog selebriti tv. Ada entri yang tiap baris penulisan ada maksud tersirat di antara baris yang mana rerakan rapat dia je yang paham. Buat yang tak berapa paham, buat-buat paham je. Kretip kan? Suka kecik hati dengan orang, tapi sebab dia dalam hati dia berseni grafik, berani nak kata dia tak kretip?


4. Simple Me - Ini blog yang dah jadik fenomena. Ramai orang ada blog, tapi tak ramai yang boleh mendapat followers sebegitu ramai macam blog ini dalam masa yang singkat. Dia kretip mengoptimasikan trafik. Aku tak. Hahah.


5. Che Det - Sapa tak kenal blog ni, sila menadah tangan dan berdoa untuk mendapat hidayah dan penerang hati. Tapi aku tulis kat sini jela, nak komen suruh Che Det amik, macam la Che Det nak layan. Heheh.

6. Bumi Dipijak Langit Dijunjung - Eh, bukan patut bagi 5 je ke? Berani ko tak nak kasik award sama tuan punya blog ini? Disebabkan aku pernah melihat rangka-rangka kerja seperti pendahuluan, isi-isi, huraian isi-isi dan kesimpulan serta penutup bak teknik karangan rangka tulang ikan sebelum beliau menulis satu entri di blog, jadi blog ini memang layak dapat. Cuma sekarang penulisnya banyak mengarang cerita pendek di FB tanpa perlu lagi teknik rangka ikan sebab lagi cepat dapat respons. Heheh.


Sekian. Sila la ambil dengan hati yang pasrah lagi redha. Yang tak dapat, salahkan pembuat award ini yang mula-mula. Sapa suruh bagi limit 5 je. Len kali bagi limit 1 je. Baru la award ini lebih dicemburui, ye dak? Heheh. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...