Advertlets

Rabu, Ogos 05, 2009

Catatan Diego - Lulus@Pereksa

Diego telah meluluskan diri untuk pereksa bertulis kecekapan, 160 soalan pilihan jawapan selama 3 jam sebulan dua yang lepas. Tiada markah sebenar diberikan, hanya diberitahu, markah melebihi 70% dan lulus.

Sebuah sampul surat berplastik buih dihantar berisi Sijil Tauliah Kecekapan, Pin Lapel, Surat Penghargaan dan Kad Kocek.

Surat Penghargaan tu suruh Diego bingkaikan sijil, gantung tempat paling ramai orang nampak, supaya sapa-sapa yang berani dekat ke meja Diego boleh nampak dan akur dengan nasihat berkaitan bidang ceburan Diego dan jangan membantah. Kalau bantah, boleh tundingkan sahaja ke sijil berkenaan.

Surat Penghargaan itu juga suruh Diego tukar kad nama, bubuh pangkat darjah kebesaran yang diberi ini supaya sapa-sapa yang menerima kad bisnes dari Diego, akan merafak sembah sambil memuji-muji serta terbit di dalam hati, rasa iri hati. Kalau mereka berani bertanya, apakah makna akronim itu, harus dijawab dengan perasaan bangga berlebihan dan riak takbur.

Ini memang arahan di dalam Surat Penghargaan tersebut, kalau agak-agak tak percaya, mungkin sebab bila tafsir-tafsir makna perkataan mengikut pemahaman Diego, ianya berbunyi lebih kurang macam tu la kan. Dulu ada jugak orang suruh Diego hafal selai-selai kamus dwi bahasa, tapi dia malas.

Tidak lupa, ucapan mekasih kepada semua yang memberi sokongan dan dorongan semasa.

Diakhiri dengan ucapan, "Saya memang berbunyi riak takbur jika mendapat pujian".


Notatangankiri amANI : Bergetar tangan nak lempang je Diego dengan ayat belagak dia ini. Padahal rakan sekerja Diego, bekas surirumah sepenuh masa yang keje bahagian servis pelanggan dan jualan juga lulus cemerlang pereksa ini. Dapat sijil jugak. Lagi nak berlebih. Ceh.

4 ulasan:

noorafzan.blogspot.com berkata...

lulus peksa ape nih Diego..?
tahniah le..

don berkata...

pangkat IR ke??? tahniah..

shooter berkata...

tahniah en.diego...teruskan usahamu dalam mencari kelikatan minyak sebenar. lancer GT facelift dah keluar, takkan name card je gegar kete start enjin pun gegar sana sini macam nak runtuh....lalalala...

Adam Ruslan berkata...

^Afzan^

ada sikit sikit tuh klu pereksa tu kat surat dalam gambar tuh.

^don^

Tak la sampai IR. Sijil Kemahiran je. Hahah.

^redghost^

Bukan boleh harap sangat Diego tuh nak tukar keta lain. Tapi kalau terjumpa Camry tahun 2000/2 bawah 40k kasik tau la. Hahah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...