Advertlets

Jumaat, Mei 28, 2010

Catatan Diego - Laju@Lancer

Semenjak ada Lancer GT 2.0, kedudukan geografi dan pemboleh-ubah masa bukan lagi berkadaran seperti dahulu.

9 pagi di Tampoi, 1.30 tengahari dah tercongok di Mentakab. Termasuk pakej sarapan+lunch di Seremban.

5.15 pagi di Skudai, 8.30 pagi dah ready di pondok gad di Meru. Siap makan nasi lemak di Seremban. Bila sampai rumah, azan Asar baru berkumandang.


Tapi Lancer GT 2.0 masih tetap segan melayan ajakan mesra GTR R35 yang melintas di depan. Mahu tapi hormat.

 

Isnin, Mei 24, 2010

Jejak Kasihan

Aku berharap mamat ini men'google' nama dia sendiri dalam masa terdekat ini.

ISMAIL BIN ABDUL SAMAT
800520-01-5007
AM 980139
Rumbia, Melaka.

Ada mende belum setel dengan mamat ini. Hampir 5 tahun punya janji. Cemana nak setel? PDRM ngan JPJ pon buntu. Sementara aku masih punyai sifat amanah. 



******


Ogos 2005.


"Nanti 2 minggu lagi aku datang balik untuk amik" Ismail berjanji dengan aku.


Mei 2010.


Sampai kesudah Ismail tidak pernah muncul untuk menunaikan janji dia.



Jumaat, Mei 21, 2010

Kanak-Kanak Memang Riang XXVI - Moto



Lama jugak tak ada gambar dalam blog. Tapi bukan ada yang komplen pon. Jadi untuk merehatkan kekunci-kekunci huruf buat sementara. Kita buat cerita gambar bergerak-gerak. Punya la jakun sebab baru tahu buat gambar boleh bergerak-gerak. Sebelum ni jakun sebab tahu edit gambar bubuh katun-katun je.

Di dalam cerita ini, ia menggambarkan .................. (ah, pandai-pandai la hangpa sambung sendiri).



Jumaat, Mei 14, 2010

Catatan Diego - Hempok@Jaga

Dengan langkah paling bergaya, Diego keluar dari Lancer GT 2.0. Menuju terus kepada pak gad untuk mendaftar.


Ramai jugak pelawat pagi ini. Jam sikit lagi nak masuk pukul 10 pagi. Janji dengan Pengurus Pembuatan Kilang pukul 10 pagi. Kalau terlambat, mau tak jadi depa beli minyak hidraulik terunggul di dalam sektor industri ini.


Di meja pendaftaran ada pak gad tengah duduk menguruskan pelawat pertama. Ada 3 anak muda, 2 lelaki dan seorang perempuan. Terkernyih-kernyih. Berdiri di sisi sebelah tepi kiri dan tengah meja. Berhadapan dengan pak gad yang tengah duduk. Berbaju t'shirt berkolar hitam semuanya. Yang perempuannya bertudung. Berseluar jeans dan berkasut kanvas. Bukan Converse ye. Baju tak tuck-in. Rambut masih lagi nampak rapi, tapi dah namanya remaja, sapa yang berani nak sikat belah tepi lagi sekarang. Di depan remaja yang tengah, ada fail keras plastik lut sinar. Ada sijil atau surat beranak mungkin.


Diego masih menunggu pelawat pertama menulis borang pendaftaran. Sambil-sambil tu, sempat mengerling nombor plat kereta Lancer GT 2.0, masih tak ingat nombor platnya. 


Selesai pelawat pertama, kini giliran Diego mengisi borang. Diego mengambil ruang di sebelah kanan pak gad untuk mengisi borang. Pen dikocek kanan seluar dikeluarkan dipicit hujungnya dan digunakan untuk mengisi borang. Sedap lagi lancar bila tulis pakai pen sendiri. Tiap ruangan di isi dengan sesegera mungkin. Diego tekun menulis tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.


Di bahagian back-ground pendengaran Diego, ini yang telah berlaku.


Pak Gad "Hah, nak mintak kerja ke?"


Ketiga-tiga remaja itu mengganguk barangkali. (Diego tak nampak apa-apa pergerakan atau perbuatan sebab masih sangat fokus dengan mengisi borang).


Pak Gad "Ada pen tak?". Pak Gad menyoal duga lagi remaja ini. Kalau dengan Pak Gad pon tak lepas, cemana nak bertemu pengurus sumber manusia nanti.


Dirasakan ketiga-tiga remaja ini menggeleng kepala atau memandang sesama mereka. Tanda sorang pon tak ingat nak bawa pen mahupun kepentingan pen di dalam sesebuah temu duga mencari kerja. Pada masa ini, di bahagian back-ground kepala otak Diego sudah mengeleng-gelengkan kepala. Pen penting oo dik oi.


Pak Gad menambah. "Takde pen? Kau nak isi borang dengan apa kalau tak ada pen?". Sedikit meninggi suara Pak Gad. Muka remaja tadi masing-masing macam tersentak atau terkelu melihatkan begitu rincinya Pak Gad dengan isu pen.


Pada masa ini, sedang Diego masih membongkok mengisi borang, meja tempat Diego mengisi borang mula memindahkan bunyi yang terhasil dari hentakan fail plastik keras yang di pegang oleh remaja lelaki yang di tengah. Kemudian di susuli pula dengan bunyi fail plastik keras lut sinar itu dirampas oleh Pak Gad dan berterbangan lalu hinggap di dada remaja yang tengah. Kertas-kertas di dalam fail bertaburan di lantai. Tidak lepas sesaat kemudian, sebuah buku kulit keras juga hinggap di dada remaja yang tengah. 


"Kau kurang hajar ye, macam ni perangai ko nak mintak kerja kat sini?" Pak gad yang tadinya di kiri Diego, telah meluru melintasi belakang Diego dan ke arah remaja yang tengah. Rakan lelaki remaja yang tengah datang untuk memback-up kawannya. Pak Gad masih dapat menolak tubuh remaja yang tengah untuk seketika, sebelum berundur.

Pak Gad masih kemarahan akibat perbuatan biadap remaja itu. "Kurang ajar sungguh!" henyak Pak Gad.


"Hek ele, cakap elok-elok aa, hal pen seringgit tu pon kau nak kecoh apahal?" Remaja yang tengah mula membalas.


"Kau kurang hajar ek, baik ko berambus dari sini" Pak Gad masih berada di dalam kawalan adrenalin amarah. 


Pada masa dan ketika semua ini, Diego masih lagi terbongkok-bongkok mengisi borang, terhenti seketika bila Pak Gad itu meluru ke arah remaja, tapi sambung menghabiskannya bila rakan-rakan remaja itu menarik dia jauh dari pintu pagar kilang batu jubin terbesar di daerah itu. Ah, kaget tak tau nak bereaksi cemana di dalam situasi begini.


Diego simpan kembali pen yang dibawanya dan menghulurkan borang yang telah siap diisi kepada Pak Gad. Pak Gad beri 2 kad pelawat untuk Diego dan rakan sekerjanya. Yang masih menunggu di dalam Lancer GT 2.0. Diego masuk kembali di tempat duduk penumpang sebelah pemandu sambil menyerahkan kad pelawat kepada rakan sekerjanya, Pengurus Jualan Sektor Industri.


**********


Mesyuarat ditunda ke jam 11pagi. Diego dan rakan meluang masa dengan minum teh di kantin kilang. Wajah-wajah pekerja yang turut menikmati hidangan kantin Diego perhati satu per satu. Berbilang bangsa, kaum, negara dan agama. 

Tenaga muda remaja tempatan yang patut menikmati hasil pembangunan pesat industri pembuatan negara di daerah kelahiran mereka sendiri terhapus hanya kerana kekurangan sifat sopan dan hormat menghormati. Dan sebatang pen.


Selasa, Mei 11, 2010

Selamat Hari Ibu, Mak.

Selamat Hari Ibu untuk Mak.

Speselnya Mak berbanding mak-mak orang lain adalah kerana Mak merupakan GPS bergerak. Itu dalam kepala dia juga sudah ada satu peta sebelum kemunculan Google Map lagi. Mak suka mencuba jalan baru bila bawak kereta, mak ingat jalan-jalan seluruh Semenanjung Malaysia sebab mak hampir pernah duduk di seluruh negeri dalam Semenanjung dan sampai sekarang mak akan tetap mencuba segala jalan alternatif. Kalau aku bawak kereta dengan Mak, bila Mak jumpa mana-mana jalan yang belum pernah dicuba walhal pergi Mydin Subang sahaja, Mak akan try. Dan aku akan folo. Dan sampai jugak balik rumah, walau kadang-kadang tak short-cut pon jalan itu. Dan sekarang aku pon suka buat macam itu untuk anak-anak dan isteri kat sini. Best woo jalan-jalan bawak kereta untuk cari jalan.


Mak juga spesel sebab walaupon mak pernah menetap di banyak negeri orang lain, tapi dia tetap membawa perwatakan dirinya dan jati dirinya kemana-mana juga. Ada hangpa pernah berani nak tawar menawar harga kain kat Pasar Majlis Bandar Kota Bahru dengan loghat Kedah pekat? Dapat pulak tuh. Tu belum cerita kat Seremban beli ikan lagi. Aku nak beli gula-gula 20 posen pon cuba-cuba try loghat Kelate dengan makwe jaga kedai. Nanti bila aku dah pangkat pakcik-pakcik, mungkin aku nak cuba jugak, tapi pelat Johor pon macam dah mula sebati, cemana ek?


Mak juga pakar dalam hal ehwal menyimpan. Simpan duit, simpan perasaan dan simpan barang-barang. Err, yang ini pon aku rasa aku folo jugak sifat mak ni. Simpan barang-barang lama yang dah berkurun lamanya, tapi masih ada lagi sampai sekarang. Bukan barang yang spesel mana pon, tapi boleh kata semua barang sayang nak buang. Cenggitulah mak.


Juga selamat Hari Ibu untuk Ayang. Dia juga ibu pada 2 kanak-kanak riang lagi ceria. 


Selasa, Mei 04, 2010

Kanak-Kanak Memang Riang XXV - Eja

Dalam kereta atas dashboard ada 3 topi bola lisut. 2 sama jenis sama warna. Ada lambang S, dapat percuma masa telefon peraduan radio, sekaligus dengan dengan tiket wayang tayangan perdana. Ini kegemaran Ammar dan Aqil untuk diperagakan dengan cermin mata hitam cap Spidermen keluaran Myden Hypermarket bila cuaca panas terik.

Sebuah topi lagi berwarna hitam. Dapat percuma juga sebagai cenderahati. Sebab dijemput bersyarah di dalam sebuah seminar untuk sebuah stesen janakuasa elektrik bebas dengan kehadiran 120 orang juruteknik, jurutera, pengurus dan pengurus besar.

Sebagai kanak-kanak yang meminum susu tepung yang bukan bertema 'minum susu ini untuk perkembangan otak yang sentiasa berhubung' sebagai minuman harian, Aqil mula mengeja perkataan yang tertera di topi berkenaan tanpa disuruh atau diminta. Kegemarannya mungkin.


H...

A....

M....

I....

J.... 

Topi abah!

Aqil sebut dengan begitu yakin sekali. Aku bangga betul dengan pencapaian beliau.





Sabtu, Mei 01, 2010

Kisah Aku dan Nor A #3

Macam biasa. Tak sah kalau tiada penulisan blog bersiri yang tidak melintang rentang. Kali ini, aku hantar kisah Nor A ke blog @Lambaian. Baru la audiens yang lebih meluas. Ye dak? Err ada ke audiens kat blog ni? Suram je rasa.

Dapatkan kisah aku dan Nor A # 3 di sini.


Ada masa luang, aku sambung lagi kisah # 4 di sini pulak. 

Heheheh.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...