Advertlets

Selasa, November 30, 2010

Catatan Diego - Pengucapan Awam @ Pentas

Suatu masa dulu-dulu dan sekarang-sekarang, Diego memang penyenyap dan kurang berbicara orangnya, tambah di hadapan orang awam.

Senyap dan tak berapa ke hadapan. Tambah-tambah kalau suruh bercakap dihadapan. 

Gigil kepala lutut, lemah terus sendi-sendi, bepeluh habis tapak tangan, pikiran jadi kosong dan jantung gugup macam nak dapat keputusan peperiksaan. 

Ada satu masa ketika dipilih untuk membaca doa berbuka puasa di hadapan dewan makan yang penuh dengan ramai perut yang lapar, Diego baca doa penenang hati dan pembuka fikiran untuk belajar. 'Allahummaftah alaina hikmatakaya wansyur alaina...

Ada suatu ketika sebab presiden badan wakil pelajar tertidur di bilik asrama dan tidak kembali ke sekolah untuk menghadiri perhimpunan rasmi tiap minggu yang diadakan pada waktu prep petang, Diego terpaksa mengambil alih tugas ucapan sebagai wakil kepada badan wakil pelajar kerana status nombor 2 beliau yang diterima secara auto bukan undian. Ucapannya penuh vibrator (suara yang bergetar) dan sangat ke laut konteks serta isi kandungannya. 

Bila disuruh mengisi borang memohon jawatan bagi 'Sales & Application Engineer' yang tentunya perlu berhadapan dengan pelbagai pelanggan dan membuat sesi penerangan serta perbentangan slaid, Diego isi bahagian kelemahan dengan kata sifat 'non-talkative'. Apakah?

Kemudian-kemudian, menyorot laju ke hadapan, 7 tahun dalam karier Diego telah memaksa beliau beradaptasi dengan situasi semasa. Tetap rumit bila semua slaid perbentangan, slaid konferens, slaid latihan dalam syarikat, slaid latihan awam, slaid seminar dan pendek kata apa jenis event yang boleh ada dalam bilik mesyuarat semualah, dan semuanya berbahasa asing. Mujurlah tidak siapa peduli sangat sebutan perkataan teknikal yang dibicarakan. Janji maksudnya sampai. Ini bukan sesi berita BBC. Disebalik semua istilah teknikal itulah Diego berselindung dan menyembunyikan gigil kepala lutut, lemah terus sendi-sendi, bepeluh habis tapak tangan, pikiran jadi kosong dan jantung gugup macam nak dapat keputusan peperiksaan.

Hari semalam, datang lagi satu selok belok kerja dalam bidang penghebahan kepada Diego. Kali ini sebagai juruacara majlis makan malam tahunan kompeni bertema. Berpasangan dengan seorang amoi supaya bahasa Cina, Melayu dan Inggeris dapat dihebahkan pada malam itu nanti. 

Sub-tender juruhebah kenduri kahwin pon tak pernah, ni nak menghebah majlis makan malam tahunan kompeni yang bertema? Ish..

Celah mana istilah teknikal mana nak diguna untuk bersembunyi nanti?

Oh, temanya adalah 'Wild' atau Liar. Meliar berkeliaran la gamaknya hebahan tu nanti. 

Sekarang-sekarang, Diego mula merasa gigil kepala lutut, lemah terus sendi-sendi, bepeluh habis tapak tangan, pikiran jadi kosong dan jantung gugup macam nak dapat keputusan peperiksaan. 

Tangan pon ditadah... "Allahummaftah alaina hikmatakaya wansyur alaina..."

Notatapak tangan: Template ada templete? Segala pertolongan amat dihargai.

Khamis, November 25, 2010

Pesanan Wenger


"When football gets close to art, and the communication between the players is right so that everybody does something intelligent when he has the ball, it become an art and it's that moment of beauty that you enjoy to watch"
- Arsene Wenger 
Degree in Electrical Engineering, Masters Degree in Economic.


Semenjak duduk Stadium Emirates tak pernah menang apa-apa piala kecuali tournament pra--musim Piala Emirates. Err... kita main balik kat Highbury jom.


kredit gambar dari Sportydesktops.

Isnin, November 22, 2010

Kanak-Kanak Memang Riang 31 - Otroman Memfire Putrajaya

Rasanya memang agak lama tak cerita hal anak-anak. Sebabnya, depa layan rumah tok mek dengan ummi depa masa sebelum bersalin, semasa bersalin dan selepas bersalin. Raya je sempat jenguk sekejap.

Masa menjadi riki kepada Raman untuk melihat sekitar dewan perkahwinan dia di Putrajaya, aku bawak la budak-budak depa sekali. Duduk di rumah payah pulak ummi dia nak monitor. Tambah lagi haritu hari bermulanya kenduri. Kenduri akikah+tahlil+doa selamat. 

Lepas je melihat sekitar dewan, tahu la nak kumpul di mana, tandas kat mana, nak beratur naik dengan rombongan kat mana, parking kereta kat mana. Siap je keluar dewan dari Bangunan Perbadanan Putrajaya, Raman nak singgah bank untuk masukkan duit dalam bank. 

Aku amik peluang ini untuk melayan Aqil & Ammar. Main kat depan padang rumput yang ada berhadapan dengan Istana Kehakiman. Ye, hakim pon duduk kat Istana di Putrajaya ni. 

Berikut merupakan aktiviti mengambil gambar anak yang boleh dilakukan oleh bapa-bapa yang lebih sopan berbanding daripada mengambil gambar muka dari sudut condong sambil menjuih bibir dengan tali pinggang keledar masih terpasang.

Mula-mula suruh dorang lari amik posisi dulu.
 
Kemudian suruh dorang pose, amik la gambar. Macam ni. 
Eh, mananya dorang? 
 
Kemudian abahnya pula kena berlari-lari anak supaya mereka tidak lari lebih jauh. 
Pose...terkeluk..(intonasi Ammar)
Baru la nampak macam pelancong.
Aku suka nak sephia kan gambar ni nanti tahun 2023.
 
Entah cemana, tongkat power Otroman jatuh dari langit.
Disambut teruja oleh Aqil dan Ammar. 
"Abah, raksasa dibelakang Abah! Adik fire nih.."
Abah kata buat la gaya bebas, bukan gaya Otroman anak-anak oi.
Kali ini memfire Raksasa yang datang dari arah Istana Kehakiman.
 
Kami akan mempertahankan Putrajaya ini dan membendung kemaraan Nuar Berahim eh, Raksasa!
 
Kita berjaya!
(betis penuh parut lagi ada hati nak pose cenggitu)

Depa dah habis beraksi baru la Raman keluar dari bank. Entah dia masukkan duit dalam ATM seringit-seringit kot. Lama betul. 
 

Sabtu, November 13, 2010

Sembang Sintetik Bersama Diego Amani #5

Disebabkan ada lagi soalan berkenaan dengan minyak pelincir susulan dari segmen sembang #4 yang lepas, ini ada lagi soalan tambahan dari En Shooter. Mari kita dalami apa isi hati beliau yang seterusnya.

1. Pernah dgr dgn additive minyak xr-1@lain2? Betul ke mende tu boleh memberi lebih kilometer?kalo lah betol penat la sheelp wat V-Power kan?

Ok, demi menjaga tanggungjawab sebagai penjawab Sembang Sintetik, dengan rasa rendah diri ingin memaklumkan bahawa memang tak pernah dengar XR-1. Hahah. Google pon keluar jenama ekzos. 

Tapi, dengan semangat cintakan ilmu dan menjadi pengkongsi ilmu yang memahami isi hati rakan walau mereka bersembang bahasa lain, aku pernah dengan X1-R.  Ok, ada beza kan? 

Untuk penggunaan X-8R ini, ada baiknya kita melihat dari konteks yang lebih umum. Sedikit teknikal, sedikit ekonomi dan sedikit matematik. Konsep logik sahaja. 

Pertama sekali apakah tujuan kita perlukan X-8R? Mengikut label pada botol, untuk menjimatkan minyak petrol sehingga 10% dan meningkatkan kuasa enjin. Ini adalah tujuan utama selain berderet lagi tujuan sampingan yang lain. 

Baiklah, sekarang jika melihat dari konteks penggunaan pelincir sintetik dan pelincir mineral, salah satu kebaikannya juga adalah mendapat penjimatan petrol dan memberi lebih kuasa kepada enjin. Jadi, adakah masih perlu X-8R untuk enjin kita? Mari kita renung bersama. 

X-8R terdiri dari golongan additif. Ianya bukan sejenis pelincir jika ia berdiri sendiri. Tak percaya, sila rujuk kepada cara penggunaannya. Hanya bubuh sebotol untuk 4L pelincir. Jadi ia masih memerlukan minyak pelincir sebenar dengan kelikatan yang bersesuaian untuk tujuan pelinciran. Tetapi, sebagai golongan additif, ia adalah golongan sistem sokongan, yang memberi fungsi tertentu sahaja untuk memberi lebih kuasa dan lebih penjimatan petrol. Bagaimana? Dengan mengurangkan geseran antara 2 permukaan enjin. Mudah. 

Cemana geseran meningkatkan penggunaan petrol dan memberi lebih kuasa? Huh, jenuh jugak nak perjelas ni. Tarik napas jap.

Minyak pelincir kita boleh samakan seperti bos kita la. Pembuat dasar serta pemutus kata. Kalau bos yang baik, semua dasar adalah jelas, keputusan adalah muktamad, perlaksanaan adalah efisyen.

Additif adalah pekerja sokongan. Ada yang jadi jurutaip. Ada yang menjadi juru telefon. Ada yang menjadi jurujual. Ada juga jurutera. Semua ada fungsi sendiri, tertentu dan salah satu spoil, hancur sebuah organisasi. 

Jadi X-8R hanya salah satu dari pekerja sokongan ini. Jika dia sahaja yang efisyen, tapi bos tetap sambil lewa, gaji masuk lambat, jurutaip banyak menaip di FB berbanding menaip surat, jurutera banyak membancuh teh dari membuat analisis. Juru telefon banyak berbual gosip dari menjawap panggilan pelanggan. Organisasi ini tetap hancur. Ada semua boleh dapat 3 bulan gaji? Tak gitu?

Jadi, bila ada bos yang baik. Bos yang boleh menentukan dasar, sistem, perlaksanaan serta fungsi setiap orang bawahannya. Begitu jugalah dengan penggunaan minyak pelincir.

Kalau masih menggunakan minyak pelincir cap entah apa, tapi tuang jugak X-8R dengan harapan menjimat petrol dan lebih kuasa. Extend pulak penukaran dari 5000km ke 7000km. Agak-agak ada tak penjimatan petrol dan lebih kuasa?

Dari sudut ekonomi pon sama. Minyak pelincir mineral memang murah. Tapi X-8R pon ada kosnya tersendiri kan? Rasanya kalau tambah kos pelincir mineral dengan X-8R, dapat kot beli pelincir semi sintetik. Tambah dalam RM50++ lagi. Dapat la pelincir sintetik sepenuhnya. Kan lebih baik. 


Minyak pelincir sintetik mahal sangat? Rasanya boleh kira berapa boleh dijimatkan bila kita boleh servis sekali sahaja setiap 6 bulan berbanding menservis setiap 3 bulan. 


Ok, berbalik kepada penjimatan petrol pula. Meh nak bagi beberapa kaedah percuma, free, gratis, tak payah guna duit mahupun menda alah sampingan. Tak pakai V-power pon takpa.


1. Pam angin tayar secukupnya. Kasik ikut tekanan yang disarankan. Nak bawa orang lebih atau muatan lebih, kasik lebih sikit tekanan. Angin kat kedai petrol mana ada yang kena bayar.


2. Kaki kat pedal minyak tu kasik tune sikit. Dah tau dekat dengan lampu isyarat merah kat depan ada dalam 20-30 meter, duk pijak lagi pedal minyak buat apa? Kasik brek secara berkadaran la. Pijak pedal pon berkadaran. Jangan main pijak sampai lantai tiap kali lampu hijau. Rugi. Lagi baik, cari jalan yang tak ada lampu isyarat. Ada kena pakai duit?


3. Kalau dah tau kasut boot sekilo beratnya tu tak guna di hujung minggu, kasik keluar dari bonet kereta. Kalau tahu anak dah cukup besar, stroller memang dah tak pakai, kasik keluar dari bonet. Kalau bantal peluk kekabu berat gila ada kat cermin belakang, tukar dengan bantal kapas. Apa-apa menda yang boleh mendatangkan berat kepada kereta bila kumpul-kumpul banyak-banyak, kasik buang. Tinggal kat rumah. Tapi kalau jenis nak bubuh jugak speaker besar dalam bonet supaya orang tahu hang tak ada gegendang telinga, tak yah la harap nak jimat minyak lagi ek.


4. Beli la kereta bawah 1000 cc kalau nak bawak sekeliling bandar pergi balik kerja je. Kalau nak jugak pakai 2000 cc pergi balik kerja, entah kat mana nak jimat petrolnya. Duit nak isi minyak takde, tapi kereta nak yang besar. 


5. Tayar tu kasik betul-betul punya ada bunga. Bunga tayar dan komposisi bahan tayar menentukan sama ada tayar itu boleh menjimatkan petrol ke tidak. Pilih la 'performance' tayar yang 'eco' berbanding yang 'sport'. Yang 'sport' lebih baik 'traction', tapi lagi banyak geseran, lagi tak jimat la petrol. Kalau kereta mahal tapi tayar tetap nak beli seken hen, itu dah salah kepentingan. Harus diingat, selain tali pinggang keledar dan airbag, tayar yang baik adalah penyelamat nyawa.


6. Kalau pilih rim sukan, cari la yang kuat, ringan dan kukuh. Jangan asal cantik lawa je sebat. Sebab ada rim sukan yang kukuh, kuat tapi berat. 


7. Penalaan juga perlu sekali sekala ditala semula. Penalaan ini seharusnya kedai servis kenderaan tersebut yang buat. Depa tau apa spesifikasi sebenar kereta depa. Tapi kalau yang jenis dah ubah itu ini, segala mak nenek ECU pon ubah, pi suruh pengubah tu la tala. Tapi bila tala sendiri, semua nak lebih power. Yang kantoinya, penggunaan petrol lagi tinggi la. Pepandai la nak cari situasi menang-menang. 


8. GT Wing, Tiang Gol, Spoiler boleh menentukan sama ada jimat atau lebih penggunaan petrol. Tapi mesalah menda alah ini adalah ianya hanya berfungsi pada 1 tahap kelajuan sahaja begantung kepada tinggi rendah menda alah ini. Jadi pada tahap kelajuan yang lain (terutamanya kelajuan rendah), ia boleh memberatkan kereta, mengguna petrol dengan lebih banyak.


Ok. Cukup dah kot saranan bernas ni. 


Dengan umumnya, aku bukan tidak menyokong penggunaan additif sampingan kepada enjin atau petrol. Tapi kalau ada kaedah yang tak perlu apa-apa menda sampingan yang boleh memberi keputusan yang sama, kenapa tak nak cuba?

2. Oil catch tank-encik mekanik ckp nk perangkap habuk@partikel dlm minyak hitam dan sume2 tu masuk situ. Aku nmpk cam teori perangkap kelodak di sinki. Betoi ke leh camtu?kalo betoi nape merc@beemer xde teknologi tu?


Heheh, sesungguhnya aku tak tahu apa menda teknologi dalam Merc dan BMW sebab aku ada sejenis PROTON sahaja. Tunggu aku beli sebijik dulu baru aku jawab boleh? Heheh.


Oil Catch Tank lebih berguna dan berfungsi untuk pengguna turbo dan kereta berprestasi tinggi. Rerasa Civic tak turbo kot. Heheh. Tapi teori perangkap kelodak tu betul la. Cuma dia berdasarkan tekanan, bukan graviti.


Marilah kita tidak pergi terlalu jauh kepada penggunaan umum kereta dan minyak pelincir. Sebab target umum sembang ini adalah untuk pengguna biasa yang menggunakan kereta sebagai punca pengangkutan dari poin A ke poin B. Yang hanya tahu isi petrol, tekan minyak dan bawak ikut peraturan jalanraya. Kadang-kadang signal entah kemana. Begitulah.


Kalau ada soalan lagi, kita jumpa lain kali.

Selasa, November 09, 2010

Tahniah & Syukur

Syukur dan lega. 1 kali terus jadi.


Aku kalau boleh memang nak mengarang cerita 4 hari 4 malam lagi sekali. Last cerita 4 hari 4 malam adalah masa kenduri Yah. Tapi audiens aku sekarang cuma Yam sorang je di NZ jadi, harus ke Yam aku cerita semua?


Buat masa ini, syukur alhamdulillah semuanya sudah selesai. Majlis tahlil + doa selamat + aqiqah, majlis nikah, kenduri belah Dila, kenduri belah Man semuanya sudah dilaksanakan dengan jayanya. Itu yang 4 hari 4 malam tuh.


Menu pon pelbagai. Rendang itik, kari kepala ikan raksasa, daging kambing masak 3 jenis, nasi putih, air sirap untuk hari Khamis, nasi campur dan lauk kenduri nikah hari Jumaat, nasi kenduri Putrajaya hari Sabtu, nasi kenduri Kelana Jaya hari Ahad. 4 hari 4 malam.


Tambah lagi Aqil berparut kat dahi 3 hari sebelum kenduri kemudian sakit gigi pada hari kenduri, Ayman ber-ber masa kenduri, Ammar lena sebelum amik gambar sefamily. Baaanyak la lagi. 


Saffone, Saujana, Akbar dan kumpulan The Percussion (entah betul ke tidak nama ni) semua menyanyi. Sapa tak datang memang rugi.


Untuk rakan-rakan yang datang dan mengirim sms, mekasih bebanyak. BBQ nanti kita jumpa lagi (tag: pawie, botak, azam, fahmi)


Apa-apa pon, cerita itu semuanya tinggal yang indah-indah sahaja untuk dikenang dan dibawa kehadapan untuk kenduri yang akan datang. 


Untuk Raman dan Dila. Selamat Pengantin Baru. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. Semoga pertalian keluarga antara kalian dan kami akan lebih erat dan berkekalan.  


Sekeping gambar dah la yek. Heheh. 

Rabu, November 03, 2010

Sembang Sintetik Bersama Diego Amani #4

Sengaja membuat back-to-back cerita siri sama sebab tak nak tertinggal soalan-soalan lain yang dah ada 3 belum terjawab. Kita menyambung soalan En. a z m i r.

Satu lagi, setiap kali servis, aku dapat baki dalam secawan minyak hitam, kalau aku simpan, kumpul lama-lama, ada effect tak? Means effect dari segi expiry dan juga dari segi dicampur yang baru dengan yang lama. Sayang nak buang.

Minyak berbaki tu sebab ada enjin memang tak akan guna penuh 4 liter untuk setiap kali penukaran minyak. Ada enjin yang macam kereta aku, tak pernah dia bagi pon baki minyak dalam botol. Ada juga baiknya sebab memang agak semak nak kumpul botol-botol minyak lama ni. 

Ok, berbalik kepada kegunaan baki minyak hitam tersebut, ianya boleh digunakan untuk menambah jika berlaku kekurangan minyak hitam dalam enjin selepas beberapa ketika. Ini selalu terjadi untuk enjin kereta lama bila kelegaan enjin mula bertambah sebab berlakunya kehausan. Jadi minyak hitam akan turut terbakar di dalam proses pembakaran. Itu sebabnya adalah dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan kandungan minyak hitam dalam enjin sewaktu pagi sekurang-kurangnya seminggu sekali. Tau kan nak cek minyak hitam cemana kan?

Kalau tak ada jugak peluang nak top-tup enjin sendiri, boleh la sedekahkan kepada yang memerlukan. 

Eh, dah boleh campur-campur tak ni? 

Sebagai seorang teknikal, memang tidak disarankan untuk mencampur-campur lebihan minyak yang dulu dengan minyak lebihan yang sekarang. Sebab ruang, cuaca, tempat dan cara penyimpanan minyak lebihan itu agak meragukan. Bila meragukan, dikhuatiri minyak yang kita nak guna balik tu akan mengandungi pelbagai kandungan benda-asing yang boleh merosakkan enjin. Benda-asing yang paling kritikal untuk enjin adalah air (dari wap air) dan habuk / partikel keras yang tidak nampak dari mata kasar. 

Jadi, sebagai rakyat yang bertanggung jawab ke atas alam sekitar, cemana nak buang minyak hitam lebihan tu? 

Paling senang adalah kumpul-kumpul semua botol yang sejak 2-3 tahun lepas tu, isi dalam 1 botol dan bawa ke kedai servis motorsikal atau servis kereta. Tanya tuan kedai di mana tong depa isi minyak teguna. Tuang semua dalam tong tersebut. Pandai-pandai la depa nak buang minyak terguna tu cemana. Selalunya depa jual kepada pemunya kilang yang ada dandang. Ada kilang yang perlukan minyak terguna untuk dibakar sekali di dalam dandang. 

Ada juga tuan punya kilang belakang rumah yang membuat minyak pelincir sendiri dengan mengitar semula minyak pelincir terguna. Depa tapis, buang partikel, jernihkan sikit warnanya, pek semula dalam bekas baru. Jual. Hehe. Jadi, hati-hati dengan minyak pelincir yang terlalu murah dari harga di kedai. Mungkin itu minyak pelincir kitar semula. Minyak tak berguna tu.


Ini soalan baru dari En. Shooter. Beliau ada blog, tapi dah fedap dengan maklumbalas yang tidak sepatutnya. Sebabnya, pembaca blog beliau tiada hati yang tulus ikhlas. Tak macam pembaca blog ini. Syabas pembaca blog ini. Hehe. Kalu tak, aku pon fedap, biar blog terbengkalai. Amacam?

Bila hang nak jawap soalan topup minyak tu sebab aku mengamalkan untuk myvi aku.
Soalan satu lagi:myvi aku punya log servis 10k@6bulan. Aku xpernah cecah 10k pada 6 bulan. So aku servis setiap 6 bulan walaupun mamat produa boh pelekat kat cermin next servis next 3 month. Ok ke x?

Soalan lebih kurang sama dari ~ fiza.

En. amani....
nk tny ni hehe
Contohnya, klu servis pd 40000km, dekat pelekat kt cermin tu suh dtg next 45000km, tp buat2 xnmpak n pergi servis 50000km, apa efek ye?


Ok, sebagai penjawab soalan dan usaha mengekalkan originaliti, aku tak ubah la struktur soalan walaupon hati terasa nak ejas jugak perkataan ala sms ni. Heheh. 

Soalan berdua ni memang berkisar terhadap jangka masa terbaik untuk menukar minyak pelincir. Kalau mengikut tertib dan panduan, paling utama adalah mengikut panduan dan rekemen dari pengeluar kereta. 

Dalam hal Myvi, memang Perodua rekemenkan servis setiap 10,000km atau 6 bulan, yang mana lagi DAHULU. Jadi apa yang encik Shooter buat adalah wajar. Aku dah belek bekas minyak yang PERODUA gunakan. Minyak pelincir separa-sintetik 5W-30. API SM. Teknologi dari PETRONAS. Senang kata, minyak PETRONAS, cuma Daihatsu pek semula. 

Cemana dan apa justifikasi dari PERODUA untuk servis 10,000km dengan mengunakan minyak pelincir separa sintetik, aku kurang pasti. Kita tinggalkan hal ini sebentar. Kita tengok apa pula panduan dari pengeluar minyak pula. 

Dari panduan minyak pelincir Mobil, ada 3 jenis yang telah dibincangkan seperti dahulu. Ada mineral, ada separa sintetik dan ada yang sintetik sepenuhnya. 

Mineral atau Mobil Super 1000 direkemen untuk penggunaan 5,000km atau 3 bulan.

Separa sintetik atau Mobil Super 2000 XT2 direkemen untuk penggunaan 8,000km atau 4.5 bulan.

Sintetik sepenuhnya atau Mobil 1 pula direkemen untuk penggunaan 10,000km atau 6 bulan. 

Ini untuk segala jenis kenderaan dan keadaan.

Jadi memang ada sedikit percanggahan dan panduan dari pengeluar kenderaan dan pengeluar minyak. Bagi aku, pengeluar kenderaan ada justifikasi sendiri untuk membuat pengesyoran sebegitu sebab mereka 'mungkin' telah mengambil kira teknologi enjin mereka, keupayaan penapis minyak pelincir mereka dan pelekap/pelitup mereka. Aku guna perkataan 'mungkin' sebab aku tak kerja kat PERODUA. Jadi aku berharap memang mereka ada hal-hal RnD yang sebegini sebelum mereka membuat pengesyoran sebegitu. Rasanya kereta buatan Jepun memang dah banyak membuat pengsyoran sebegini, jadi tiada salahnya mengikut pengsyoran sebegitu, apa-apa jadi boleh hantar balik kereta tu kat depa. Waranti depa yang tanggung. Janji bukan buat menda yang melanggar waranti.

Untuk menjawab apa efek kalau kita melanjutkan tempoh menggunakan minyak pelincir dari sepatutnya, ini lebih kepada cemana kita mula-mula duk pikir nak beli ke tidak insurans hayat untuk diri kita dulu la.

Masa mula-mula, mesti kita duk tangguh-tangguh, takpe. Nanti kemudian-kemudian kita beli la kan. Tapinya, menda-menda hayat ni kekadang tak boleh nak diramal. Sama jela dengan keadaan dalam enjin kereta kita. Bagi golongan rakyat jelata yang jenis hantar kereta kat kedai, duduk baca suratkhabar, siap je terus sign resit dan bayar, memang tak tahu la apa jadinya kan. 

Ok, jadi jawapan sebegini aku mengambil konteks penjual insurans la. Cerita terus senario paling teruk boleh terjadi kalau kita mengambil langkah melambatkan tempoh menukar minyak pelincir enjin. Kalau lambat amik insurans, apa la kot terjadi kan?

Ada 2 worst-case scenario bagi yang melambatkan penukaran minyak pelincir. 

1. Telah diterangkan sedikit dalam edisi terdahulu. Minyak pelincir ada sejenis additif berfungsi sebagai anti-oksida. Semua jenis pelincir ada jangka hayat. Jangka hayat pelincir bergantung kepada kandungan anti-oksida ini. Additif ini mekanismanya adalah guna-habis. Bila sudah digunakan semuanya, pelincir akan mula teroksida. Oksida ini macam kedut di muka kita la. Banyak sangat kedut, tahulah tuanya kitakan. 

Kesan dari proses oksida ini adalah pembentukan asid. Bahan-bahan yang telah dioksida boleh bertindak balas dengan air (yang boleh masuk ke enjin dari proses kondensasi atau pelekap yang kurang efektif atau dari pencantuman H dan OH). Dah namanya asid, jadi ianya adalah bersifat menghakis la kan. Jadi apa-apa jenis hakisan boleh berlaku terhadap komponen dalam enjin dengan terbentuknya asid ini la. Nama saintifiknya, carboxcylic acid.

Selain dari hakisan, boleh juga asid ini membentuk varnish dan enapan. Nak tengok bentuk enapan?

 Macam plak pada gigi, mekanik kereta tengok rupa macam ni, menangis dia secara teknikal. (Tapi dalam hati bergembira la, kaw-kaw boleh tekan). Punca enapan untuk enjin ini? Heheh, berjumpa di siri yang lain.

Rosak komponen-komponen ini di dalam enjin, jenuh nak ganti la jawabnya. (macam penjual insurans tak?)

2. Bagi kenderaan berpenapis minyak pelincir yang mempunyai ciri pintasan. Yang mana kalau penapis minyak pelincir itu sudah betul-betul penuh, minyak dah tak boleh lalu lagi, pintasan ini akan diaktifkan supaya laluan minyak tidak akan tersangkut atau tersekat. Ciri ini memang baik untuk mengelakkan dari enjin jem atau rosak teruk disebabkan ketiadaan pelinciran, tetapi sesuatu yang buruk boleh berlaku jika digunakan secara berpanjangan.

Bila sahaja pintasan ini berlaku, bermakna enjin tiada lagi penapis minyak pelincir. Ketiadaan penapis menyebabkan apa sahaja partikel dari kehausan enjin atau partikel-partikel lain dari benda-asing bebas bergerak. Partikel ini ada yang keras, yang boleh membuatkan permukaan yang bergeseran lebih teruk bergeser. Semacam efek kertas pasir pada permukaan yang bergeseran. Ini dinamakan kehausan dari efek potongan 3 badan (3 body cutting wear) bilamana partikel keras ini berada di antara dua permukaan yang bergeseran. 

Jadi, bagaimana penapis minyak pelincir boleh betul-betul penuh? Dengan melambatkan tempoh penukaran / tempoh servis. Sebab setiap kali servis / menukar minyak hitam, memang penapis pelincir akan ditukar sekali. Tapi berapa lambat? Bergantung kepada keadaan. Ada pernah kencing manis nak bagitau kat hangpa bila dia nak mai kat hangpa? (tetiba mode insurans balik)

Lagi satu tentang penapis minyak pelincir ini, hati-hati dengan penapis tiruan. Sebab ciri pintasan ini memerlukan sedikit tekanan. Kadang-kadang penapis tiruan hanya meniru rekabentuk penapis, tetapi bukan teknologi penapis. Jadi silap-silap pintasan ini berlaku dengan hanya sedikit tekanan atau berlaku lewat sangat sebab memerlukan banyak tekanan. Dedua boleh merosakkan enjin. 

Kereta mana yang ada penapis berpintasan ini? Rerajinlah bertanya kepada yang lebih arif. Di kedai servis PROTON ada yang mempamerkan penapis asli atau penapis tiruan, di dalamnya ada keratan rentas penapis minyak pelincir ini. Menarik. 

Rasanya setakat itu sahaja buat masa ini. Kita berjumpa lagi kalau ada lagi soalan-soalan lain. Semoga mendapat manfaat bersama.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...