Hari ini, tak yah ceta panjang.
Ada ka patut hari minggu pergi merusuh? Bawak sepanduk, kumpul ramai-ramai, main asap kepul dengan FRU? Tembak-tembak air pancut lagi? Pastu lari bertempiaran? Kalau berani sangat apesal tak bersila je depan trak pemusnah FRU tuh?
Hari minggu kan elok duduk relek-relek. Naik keretapi. Balik kampung. Melawat itik ayam. Kambing lembu. Burung merpati ayam serama. Baru la berhari minggu yang sebenarnya.
Hari keje dah sibuk keje dah. Ah, sudah. Tak yah panjang-panjang. Awak-awak semua sudah besar panjang pon.
Hari-hari mendatang aku akan kembali meriah dan ceria. Dengan kembalinya Aqil dan Ammar ke pangkuan bakul-bakul mainan mereka.
"Ummi, Aqil rindu la mainan Aqil" - kata Aqil suatu waktu dalam 2 minggu yang lalu.
Selamat berhari minggu. Nikmatilah hari minggu seakan esok adalah hari kerja.
9 ulasan:
tu la benci aku yang nak buat rusuh2an ni..nak tunjuk perasaan..dok dendiam kat rumah tenang je hati..
negara aman nak buat perangai..w/pun kita tak hidup zaman perang dulu..tapi kenalah hargai "merdeka" dan "keamanan" yang ada..kat sini anak2 kita nak bersekolah senang, nak ke mana2 pun bebas..diorang ni kena pi hantar kat negara perang baru sedar kot semua tu nilai yang bukan dibeli dgn wang ringgit...ntah apa2..ntah..buat bazir air...
hehe...betulke Aqil rindu mainan,ke Abah yang rindu Aqil? Abah nak rindu Ummi memang payahla,Abahkan brutal lagi gedebe...
esok mmg isnin..
esok memang kerjapun..
huhu~
+ rusuhan +
mereka nak merubah dunia... biarkan... hahaha.... melayu takkan hilang di dunia! nasyid jap!
betul...betul...
dari merusuh (tak kire le for whatever reason), lagi baik dok umah layan family sndiri...or balik kg jenguk tok, nenek, sedara-mara...
lagi berbaloi.
tak pun... tido je.
;-)
^semua^
Ramai juga yang tidak menyokong rusuhan/perhimpunan aman/memorandum ini.
Entah hapa-hapa. Ingat dulu merusuh dah pasal PPSMI, PPSMI bubar. Ini merusuh plak pasal ISA, ISA akan bubar?
Sori naik lori.
+Off topic+
merusuh...kat maktab pon ade merusuh kalau tak salah aku... dengan cikgu kete batman...hahahaah
*para pengulas diingatkan, kisah ini hujung minggu...bukan minggu rusuhan*
^redghost^
hahah, itu rusuhan tak perlu lori FRU.
aqil dan ammar da gelap sgt men panas.. haha
Catat Ulasan