Advertlets

Sabtu, Januari 29, 2011

Blog tidak terpelihara!

Blog ini mungkin tidak dipelihara selama seminggu. Kami cuti nak pi mandi laut!


Sempena ketiadaan entri baru, apa salahnya selak-selak entri lama. Sungguh lama nak abis nak habaq kat hang kalau baca entri lama. Jenuh!


Kuiz selak-selak entri lama:


1. Apakah nama kereta jiran Diego yang dipecahkan cerminnya tika cuti Tahun Baru Cina?
2. Apakah nama kampung Marcia?
3. Siapakan nama anak-anak jiran Diego dan Marcia?


Ok. Walau aku tahu hanya akan ada sekomen dua, jawab dalam hati pon aku redha. Sekian.


Selamat bercuti semua!


Dari kiri.. ah.... malas la nak bagitau.. cuma, 3 beradik tua masih lagi guna keypad. 3 beradik paling muda dah pakai skrin sesentuh. Nampak sangat sindrom pengguna duit pinjaman pelajaran kerajaan!

Jumaat, Januari 28, 2011

Juarakah Arsenal?

Konsep untuk sesebuah pasukan bergelar juara di dalam liga Premier Inggeris adalah mudah, pasukan tersebut mestilah ada :

1. Penyerang bergol 20+ dalam liga.
2. Pemain tengah bergol 15+ dalam liga.
3. Tidak bolos 20+ perlawanan.
4. Pasangan bek tengah kental menanduk yang berkekalan.
5. Pemain tengah keras membentes.
6. Pemain tengah dengan assist terbanyak.

Ada 4 dari 6 poin di atas, memang juaralah pasukan tersebut. Mudah bukan. 

Jom buat analisis setakat 23 perlawanan :

Arsenal / Man U / Man City 

1. Chamakh (7) / Berbatov (19) / Tevez (14)
2. Samir Nasri (9) / Nani (7) / Yaya Toure (4)
3. Arsenal (8) / Man U (10) / Man City (11)
4. (Koscielny/Djouru) / (Vidic/Ferdinand) / (Toure/Kompany)
5. Fabregas (5) / Scholes (6) / De Jong (6)
6. Arshavin (9) / Nani (11) / Milner (5)

Setakat ini, belum nampak serta sedikit kabur-kabur siapa yang akan jadi juara sebab Man U dan City berkongsi 3 faktor utama berbanding Arsenal hanya 1. Sebab itu tiada satu pasukan pon yang benar-benar mantap pada keseluruhan bahagian  untuk musim ini. 

Penentunya boleh jadi faktor luar untuk musim ini, pengadil contohnya. Terlebih bagi masa, terkurang bagi penalti, terbanyak bagi kad merah. Begitulah cerita musim ini. 


Khamis, Januari 27, 2011

Catatan Diego - Pengucapan Awam @ Tuan Stesen

Sebelum-sebelum ini, audiens pengucapan Diego adalah golongan sederhana. Golongan juruteknik, golongan pembantu am, golongan jurutera, golongan pembeli dan kakitangan pertengahan. 


Tapi, baru-baru ini, Diego ditolak ke tengah ke tepi untuk memberikan sedikit maklumat teknikal kepada pemunya stesen petrol. Bagi Diego, alah biasa. Sembang teknikal. 


Slid poinkuasa adala dalam 6 keping. Yela, nak cerita hal ehwal cecair penyejuk nak buat apa cerita panjang-panjang. Bukan la sejenis cecair ajaib mahupun setitik minyak wangi teknologi empayar Mesir yang nak diceritakan.


"Bukan apa, kereta KITA, terutamanya kereta lama, mungkin hanya menggunakan air semata-mata sebagai cecair penyejuk, kalau kita tengok kerosakan yang selalunya ada pada radiator, ada deposit karat, sludge berwarna coklat, ini adalah berpunca dari air tersebut yang merosakkan dinding permukaan tiub kuprum radiator kereta, yang mana cecair penyejuk boleh memberi perlindungan kerana ia diformulasi dengan anti-karat dan anti-beku." salah satu dari petikan dari perbentangan Diego.


Ada satu kealpaan dari pihak Diego. Hanya selepas tamat perbentangan teknikal tersebut yang mengambil masa kurang 15 minit baru Diego tersedar. Diego lupa mengenalpasti latar belakang audiensnya. 


"Setahu saya, kereta Volvo tak boleh pakai cecair penyejuk sembarangan" salah satu maklum balas audiens. 


"Boleh saya tahu Volvo jenis apa?" sebagai jurutera, maklumat mestilah lengkap.


"Volvo XC-70?" pemunya stesen wanita yang bertudung lagi manis berkaca mata bertanya.


"Oh.... baiklah, saya cuba selidik dahulu", terkedu Diego.


Satu lagi maklumbalas.


"Setahu saya, kereta Proton menggunakan 4 liter penuh cecair penyejuk setiap kali menukar. Selalunya tiap kereta dalam 3-5 liter penggunaan." jelas Diego sungguh-sungguh yakin.


"Kalau Estima?" tanya seorang pakcik berkulit cerah pemunya stesen.


"Err... saya kurang pasti". Lagi sekali terkedu.


Ye, untuk makluman latar belakang, setiap pemunya stesen pam minyak kurang-kurang perlu ada RM200,000-RM300,000 di dalam akaun bank sebagai modal tetap. Juga perlu ada lagi RM200,000 - RM300,000 sebagai modal pusingan bulanan. Mereka ini bukanlah pemunya kenderaan 1600 cc ke bawah!


Maka... Empangan!!...

Ahad, Januari 23, 2011

Malaysia, Juara AFF Suzuki Cup 2010 naik 2 tangga ranking dunia!

Malaysia, setelah melengkapkan semua perlawanan di dalam Piala AFF Suzuki 2010 dengan kalah 1-2 kepada Indonesia pada final timbal balik di Jakarta, tetapi menjadi juara Piala AFF Suzuki dengan agregat 4-2, berjaya mengumpul 17 mata berbanding Indonesia, 13 mata untuk melonjak naik ke tangga 142 ranking dunia selepas sesi Disember 2010 berakhir. Naik 2 tangga dari ranking 144. Satu pencapaian yang memberangsangkan!

Meskipun hanya naib juara, Indonesia adalah pasukan dari Asia terbaik untuk bulan Disember 2010 dengan melonjak naik dari tangga 135 ranking ke tangga 126 ranking dunia. Mencucuk dari jauh rakan se-Asia Tenggara, Thailand di tangga 119. Yang hanya mengumpul 5 mata pada bulan Disember.

Jika semua tertanya-tanya, kenapa terlalu sedikit peningkatan dan jumlah mata yang diperolehi Malaysia pada Piala AFF Suzuki, meskipun kempen mereka amat memberangsangkan, ianya adalah atas klasifikasi Piala AFF Suzuki hanyalah bertaraf perlawanan persahabatan. Yang hanya membawa 1 mata kepentingan berbanding perlawanan bertaraf FIFA World Cup yang membawa 4 mata kepentingan. Mata juga dikira berdasarkan menang-seri-kalah perlawanan dengan 3-1-0 mata serta faktor ranking pasukan lawan (200-tangga ranking/100). Rujukan penuh pengiraan mata di sini.

Antara pesaing-pesaing ranking terdekat dengan Malaysia adalah seperti Tajikistan, Burundi, Chad dan pasukan yang baru lepas beraksi di Piala Asia 2011, India.  


Sebab ranking dunia ni agak konpius, maka atas sebab itu juga Malaysia tak berapa nak hirau ranking universiti-universiti terbaik dunia sebelum ini. 

Eh, dah juara Asia Tenggara kira top Asia Tenggara lah! Safee Sali nanti main kat Persib Bandung tau!

Sabtu, Januari 22, 2011

Kanak-Kanak Memang Riang 33 - Sama

Mak tanya, 3 minggu lepas. 'Ni dah ada tiga orang anak laki, nak bagi pakai baju sama lagi ka tiga-tiga?'.


'Errr...tak kot, mana nak cari saiz dari baby sampai umur 5 tahun'. Aku jawab. 3 minggu lepas. 


5 hari yang lalu...


Baju jet pejuang!

Khamis, Januari 13, 2011

Catatan Diego - Selesai @ Berhebah

Bersambung dari siri yang lepas.

Gila tak gila, selesai la jugak sesi hebahan makan malam tersebut. Cabarannya agak getir. 

1. Bermesyuarat di dalam bahasa cong-ceng-cong-ceng 98%. Diego sorang je nama ada bin. Jadi, nganga dan buat-buat paham sangat penting.

2. Partner dan semua komiti wanita lebih sibuk memikir hal baju dari memikir menda apa nak disetelkan pada hari kejadian. Mujur la Diego sudah banyak berada dalam sesi persediaan majlis untuk sebelum-sebelum ini. 

3. Rupanya dengan bergaya secara berlebih-lebih dapat meningkatkan konfiden diri. Cuba la tarik rambut kasik tegak, sembur pengilat, tampal simbol tajam-tajam kat leher, dan simpan 1-pack di perut. Konfem diri akan berasa sungguh konfiden di pentas. Fasha Sanda gitu.

Dah tema liar mesti la gambar gelap.

4. Selesai majlis, 4-5 orang komiti pakat-pakat cari burger 24 jam sebab sibuk sangat menghiburkan orang. Termasuk la Diego. Lapar tak makan.

5. Secara keseluruhan, malam itu lebih baik sambutannya dari tahun lepas. Lebih meriah dan ramai yang enjoi berlebihan. Malam itu memang liar, tapi terkawal. Sebab bos besar yang suruh meliar. 

6. Kualiti penghebahan biasa-biasa je. Rerasa Diego banyak menunduk melihat kad ucapan dari membuat eye-contact dengan penonton. Tapi dah nak abis baru berani buat lawak. Belum boleh nak apply tender hebahan lagi. 

7. Ok, tahun ini akan berusaha masuk kategori pekerja tanpa pernah mengambil MC. Serius. Diego sudah berlatih selama 7 tahun untuk kategori yang baru dipertandingkan ini.

Sekian. 

Selasa, Januari 11, 2011

Jalan-jalan Ahad - Tg Piai

Ada terlintas rasa nak menjejak kaki ke Kutub Utara?

Atau terkenang nak terlentang di Kutub Selatan?

Atau nak lari sehingga ke penghujung dunia sebab berserabut dengan segala masalah?

Mungkin juga nak rasa apa yang orang di Kutub Utara Iceland mahupun di Utara Russia nak rasa.

Kini mudah sahaja. Berbondonglah kamu ke Tg Piai, Kukup, Pontian, Johor Darul Takzim.

Ia adalah titik terselatan Benua Asia Besar. Orang di Iceland pasti cemburu dan iri hati dengan tindakan kamu berada di titik terselatan ini.

Sampai di titik ini, ia adalah pertembungan antara dua selat. Selat Tebrau dan Selat Melaka. Orang kata tak elok berada di antara dua selat. Entah.


Di kiri gambar adalah selat Tebrau. Di kanan gambar adalah selat Melaka. Di merata-rata ialah air hujan.

Di samping berbangga dengan kewujudan titik terselatan Benua Asia ini, pengunjung juga pasti berasa insaf ketika menyelusuri bakau walk yang disediakan. Tindakan rakus manusia yang mencemar alam sekitar terutamanya membuang sampah tidak lupus seperti plastik pembungkus makanan, bekas polisterina, tali ikat sauh, helmet, bekas ikan kaler oren, jala ikan, selipar jepun, botol air, kanvas dan bermacam lagi menda tak bernyawa yang tersangkut di antara akar-akar bakau di dalam taman negara Tg Piai ini. 

Situasi ini sangat menjengkelkan dan menimbulkan rasa geram dan insaf yang berlapis-lapis. Semua pengunjung pasti dapat merasakan demikan bila tiba di sini. 

Walaupun begitu, hidupan liar juga kelihatan riang ria di sini. Ikan belacak dan ikan tembakul melompat riang. Ketam bersepit besar berjalan beriringan. Burung raja udang terbang melayang. Burung bangau putih menyudu ikan. Ikan sembilang releks bersantai. Monyet dan kera berkeliaran. Pendek kata, papan tanda ini menceritakan semuanya.


Oh ye, disebabkan ini adalah Taman Negara, jadi negara juga perlu mendapatkan pendapatan untuk menjaga taman ini. Bayaran RM5 sekepala dikutip negara untuk Taman Negara ini. Selain itu, bayaran parking kereta RM3 pula untuk sekereta sebab kawasan parkir adalah tanah milik persendirian. Begitu murahnya bayaran untuk kita merasa insaf terhadap flora dan fauna di dalam negara kita.

Jadi, tak payah terbang ke luar negara. Tak payah susah hati nak lari mana jika dilanda mesalah. Tak payah teringin nak duduk paling hujung di dunia. Tg Piai ada semuanya. 


Kami sudah, hangpa bila lagi?

Khamis, Januari 06, 2011

Diari Tahun Baru Adebayor

"Wahai diari.

Bengang betul aku dengan Toure semalam. Ada ke dia sepak kaki aku. Takel je sudah la. Ini nak sepak-sepak pulak.

Eh, mak aku pon tak pernah tekel aku dari belakang tau.

Kalau patah kaki aku, cemana aku nak pindah Real Madrid nanti? Mourinho nak pinjam aku tau. Gaji aku kat Man Citi ni dah la sikit, tak dapat main pulak tuh. Untung-untung pegi Real boleh la up gaji aku. Gila la Toure tu. 

Toure tu apa dia tau? Mentang-mentang adik dia ada kat sini. Boleh la ek lebih.

Ada Mourinho nak ke dia? Eh, boleh blah la Toure. Tak de hati aku nak main dengan kau!

Mengada ikut aku masuk Citi, pastu nak ek lebih plak. 

I star u know? Togo people know me onli, nearly people want to kill me cos I play terer-terer, gun shot everi where to my bus las time"

Adebayor menghabiskan tulisannya di diari peribadinya dan sehari selepas itu, duduk sahaja di bangku simpanan. Nak seret lutut kat padang Emirates pon tak kesampaian.

Toure adik beradik jugak yang berhempas pulas menahan serangan berbisa Arsenal. Boleh la seri. Main defend 2 lapis sampai 9 orang. 

*Kredit gambar dailymail.

Rabu, Januari 05, 2011

Kanak-Kanak Memang Riang 32 - Hari Pertama

Mangkit tak teriak.

Pakai baju tak teriak. Tapi cakap kat ummi. "Nak peng ummi". (peng = pukul).

Sebab marah tak suka pakai baju sekolah. Hampir teriak. Sempat dikaver dengan membuka tv.

Sudah makan sarapan dan ummi siapkan, hantar gi ke sekolah. Semua ok. Cool. 

Masuk sekolah masih cool.

Sampai pintu sliding door tepi sekolah, "Ehh, Tanak masuk!"

Dukung masuk, suruh duduk. Budak terlalu ramai dan cikgu terlalu sibuk dengan urusan last minit ibu bapa yang baru nak bayar yuran. 

Elok je duduk, depa berdua keluar balik bila aku keluar.

Bagi balik masuk.

Bila cikgu utama sampai baru la kurang stress. Kanak-kanak 6 tahun naik ke tingkat atas. Dorang takde apa-apa mesalah dah. 

Aqil duduk di meja lain, Ammar di meja lain. 

3 kali Ammar keluar mencari Abah bila dia tak nampak Abahnya di tepi pintu. (Abah jenguk kot tingkap depan). 

Cikgu bagi mainan blok pon tak cukup. Ada kurang 20 biji. Sorang dah kongker. Mana nak ralit.

"Abah jom la teman adik"

Kali ini, cikgu bagi mainan untuk umur 4 tahun. Juga bagi Aqil duduk sama meja dengan Ammar. Abah keluar. Jenguk dari pintu. 

Cakap nak pergi kerja. 

Babai.

Babai lagi.

Teriak!!

Hahah. 

Cikgu pegi peluk. Tak diam jugak. 

Dari tingkap depan nampak sorang lagi cikgu dah dukung.

Abah pon betul-betul berlalu pergi kerja. 

*ini diari Ammar, untuk Aqil, sila gantikan tempat yang teriak kepada tidak teriak dan sebaliknya

2 keping blok yang 2 minit je sempat ralit.

Sabtu, Januari 01, 2011

11 pertama untuk Tahun 2010

Rangkuman 11 hal-hal pertama kali ditahun 2010.


1. Pertama kali pergi kerja tahun ini boleh bawak sampai melebihi had laju kebangsaan. Selalu-selalu untuk 5 tahun sebelum itu, bawak kereta enjin tak sempat warm-up dah sampai ofis dan boleh makan nasi tengahari kat rumah.


2. Pertama kali bertukar status menjadi pemunya rumah. Sangat lega dan berpuas hati dengan rumah yang dimiliki. Kaler dia cantik kan? Muat 3 kereta nasional sedan dalam anjung rumah. Wah, begitu sekali.  


3. Pertama kali mendapat anak ketiga. Yang tak sempat dapat tengok atau tolong teman. Walau kalau teman sekalipun, belum tentu dapat berdiri kukuh dan tegak.


4. Pertama kali menggunakan minyak pelincir sintetik untuk kereta walau kereta dah berumur. Terus jadi laju, hehe. Kalau nak jimat minyak, pelincir sintetik adalah penyelesaiannya. 


5. Pertama kali menjadi koordinator majlis perkahwinan. Satu komen sahaja yang paling diingati. "Akak, abang tu kerja apa? Detail sangat dia pikir, takut saya" - pertanyaan dari juruhebah yang ditempah kepada isteri.


6. Pertama kali masuk meninjau seluruh mesin dalam kilang kelapa sawit, kilang buat cakera keras, kilang buat papan habuk kayu, kilang buat jubin dan kilang tisu wanita. Yep, tak payah jenuh-jenuh tengok diskoveri cenel 'How things made'. 


7. Pertama kali membuat seminar yang dari pagi sampai ke petang sorang-sorang je atas pentas membentangkan hal-hal teknikal kepada para jurutera industri berat sekitar pantai timur. Gila neves. 


8. Pertama kali kena guna 3 buku nota untuk setahun dalam mencatit hal ehwal kerja. 4-5 kali beli pen baru (sekali je habis, yang lain tercicir). Nampak macam rajin. Tapi tulisan TETAP maintain.


9. Pertama kali membayar cukai pintu. Jenuh jugak nak berkejaran ke majlis daerah. Mujur mudah dan tak payah beratur panjang. 


10. Pertama kali ambik keputusan peperiksaan anak. Begitu ye rasanya menjadi abah-abah tengok keputusan anak pereksa. 


11. Pertama kali tengok bola dengan TV LCD HD penuh kepunyaan sendiri besaiz sama macam saiz pinggang ketika bodi masih bergetah masa Malaysia menang Piala AFF Suzuki 2010. Yeah. 


Sekian. Selamat Tahun Baru 2011. Moga tahun ini lebih banyak lagi hal-hal pertama kali ini lagi. Aku doakan kepada semua yang membaca supaya mendapat kesejahteraan dan dipermudahkan segala urusan.  


*Bila baca semua sekali, macam nak lempang laju-laju je. Takde la best sangat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...