Advertlets

Selasa, Julai 28, 2009

Catatan Diego - Tersyarah@Perhimpunan

Bidang syarahan bukan la makanan asasi Diego. Mahunya tidak. Mesti tangan berpeluh, jantung berdegup. Mata meliar takut nak tengok audien. Audien pula bukan calang-calang, membayar mahal untuk turut serta, kad nama semua berkisar dengan tajuk seperti VP, Tech Off, Station Mgr, serta turus-turus pangkat yang seirama dengannya.

Tambahan pula, syarahan ini selalu-selalu, encik berumur separuh abad, berambut putih, berkot hitam, dahi berkerut sahaja yang sanggup menegakkan fakta dan pengalaman dalam bidang puluhan tahun yang telah mereka kecimpungi yang berani bersyarah di hadapan pemunya stesen jana kuasa elektrik bebas negara-negara sekitar Asean. Platform perhimpunan untuk syarahan adalah berbentuk berbilang negara, kebanyakan audien adalah sekitar negara jiran. Jadi, tidak dapat tidak, PPSMI adalah perlu untuk syarahan berbentuk sebegini.

Diego masih perlu 3 kali raya puasa baru nak sedekad dalam bidang ini. Mujur syarahan berkisar dengan hal ehwal makanan asasi Diego. Dah berulang kali tengok slaid yang sama, bagi audien mungkin pertama kali, tapi Diego puluhan kali sudah melihatnya. Mujur juga Diego berkongsi tajuk syarahan dengan rakan sejawat. Kurang-kurang tak la nampak ketara sangat kalau-kalau Diego gugup atau tidak lancar. Juga syarahan dimulakan rakan sejawat. Jadi tekanan lebih kepadanya.

Pengenalan dari pengerusi majlis sama sekali tidak membantu keadaan. Latar belakang yang biasa-biasa dikembung besar, ditambah renda dan diolah reka menjadi seolah jurutera muda lepasan luar negara bergred empat perpuluhan kosong. Punya potensi dan perlu didengar syarahannya apa. Tangan meningkatkan proses perpeluhan dan jantung didegup lebih laju.

Tangan sedang berpeluh

Diego hanya naik untuk 5-10 minit terakhir sesi sebab kawalan masa sedikit lencong. Rakan sejawat membentangkan slaid dengan tambahan errm, umm, err, aaa diantaranya serta berlaku sopan tika berbicara.

Tiba satu slaid, terdiam seketika juga Diego nak menterjemah dan mencari satu perkataan sesuai untuk perkataan pengubahsuaian. Hening juga 3-4 saat. Kalau pembaca berita buat macam ini, tentu dipotong gajinya bulan tersebut.

Tamat syarahan. Sesi soal jawab dilakukan dengan pertukaran 3-4 soalan yang sedikt mencabar untuk dijawab. Masa keluar dewan sempatlah 4-5 audien yang bersalaman dan bertukar kad nama. Memberi galakan dan bertukar pendapat tentang tajuk tadi. Walhal tadi awal-awal masa minum kopi sebelum sesi, semua buat tak nampak je dan lebih sibuk bersembang dengan rakan sejawat lain.

Salaman terakhir adalah bersama Pengerusi Majlis berbangsa Amerika.

Dia bertanya, "Kamu berlatarbelakangkan kejuruteraan?".

Diego jawab ya.

Dia tanya lagi, "Di mana kamu belajar? Luar negara?".

Diego sanggah, "Taklah, dalam negara sahaja"

Pengerusi Majlis seakan punya persepsi, dan bertukar tajuk perbualan lain.

Adakah syarahan bahagian Diego dengan pertuturan kata dan penjelasan yang diberikan telah membina impresi seakan jurutera lulusan luar negara bergred empat perpuluhan kosong? Oh riak dan takbur, pergi kamu dari melukut di hati Diego.

Notakaki amANI: Siri Catatan Diego tidak dapat di selang selikan kali ini. Ia belakang membelakangi kali ini. Lain kali aku cuba tak buat lagi ye.

Isnin, Julai 27, 2009

Catatan Diego - Pepatah@Konferens

Ah, sedang Diego melangut mendengar penerangan dalam sesi worksyop mengesan jenis-jenis kegagalan bilah-bilah tarbin gas dan mengenalpasti puncal asal setiap kegagalan tarbin gas, kepala otak Diego terfikir beberapa pepatah berasas kejuruteraan.

Yang mungkin boleh diadaptasi, cetak atas kertas bewarna dan ditampal di lokar bilik pelajar sekolah menengah berasrama penuh untuk menghadapi PMR dan SPM.

"Jadilah kamu ibarat minyak hydraulik, ditekan hanya sedikit, kamu berikan keluaran kuasa yang sangat besar"

Juga

"Galaslah beban seperti bearing yang berputar, seberat manapun beban digalas, mesin tetap berjalan lancar"

Lagi

"Kamu direka untuk tidak gagal, tapi kamu pasti gagal lesu jika beban yang sama diulang alik berterusan tanpa kamu sendiri membuangnya"

Ah, sudahlah. Masa bila pulak Diego suka berbahasa puitis ini? Kalau mahu mengambilnya, silakan. Cuma kreditnya berikan kepada Diego ye.


Ahad, Julai 26, 2009

Geografi Kebangsaan Edisi 3 Ampang

Pagar sekolah pon dah kemain besar lagi.

Lama sangat-sangat tiada cerita Geografi Kebangsaan. Tapi aku rasa, memori kehidupan tidak lengkap jika tiada balikan memori. Merenung kembali memori lama. Haha. Sentimental.

Baiklah, Geografi Kebangsaan ini ingin mengupas latar belakang persekolahan peringkat rendah seorang kanak-kanak kecil yang bergigi tidak lurus, hitam, kurus, rambut asyik-asyik potong stail GI, muka tak hensem langsung. Badan tak sasa, selipar 'Tat Seng' selalu putus kene kejar anjing.

Ini adalah sekolah rendah paling lama aku masuk. Dari darjah 2 sampai separuh darjah 6. Seluruh darjah 1 aku di Sekolah Kebangsaan Kulim. Belakang Pejabat Pos. Tutur kata loghat aku penuh dengan perisa Kedah sebab pengaruh persekitaran. Duit sekolah pon mak bagi 3 kupang je masa ini. Cukup untuk beli air dan nasi. Selalu-selalu aku tak beli apa-apa sebab dah ada bekal nasi lemak bungkus kulit pisang dari Mak Ngah dan air teh botol boleh sisip di pinggang.

Dulu awal pagi, guru besar selalu mengerah pelajar untuk mengutip sampah sekitar pagar ini, yang dulu pagar dawai je.

Jadi, setelah perpindahan bernilai 1.2 juta dimeterai pada tahun 1987 untuk aku dan abang ke sekolah SRK Taman Nirwana, Ampang dari SK Kulim, aku bersetuju je dengan harapan angin perubahan di bandar Kolumpoq akan membolehkan kami terus menjalani pembelajaran sebagai kanak-kanak sekolah dengan lebih berjaya. Pemergian aku dari SK Kulim hanya disusuli dengan satu trofi, Piala Saguhati sebagai Penolong Ketua Darjah 1 Raya. Jadi aku bertekad untuk meneruskan karier dengan lebih berjaya di SRK Taman Nirwana. Aku sendiri tak tahu nak menjangka apa yang akan terjadi.

Di sini, aku adalah side-kick kepada abang dan Patah (2 pupu kami). Kumpulan ini mula membesar sehingga tercetusnya pasukan bolasepak paling digeruni bernama 'Hentam Kromo'. Untuk merekrut ahli, selalu-selalu abang akan bertumbuk bergaduh sekali dua dahulu dengan bakal ahli. Kemudian menjadi kamceng dan boleh main game komputer berskrin hijau hitam mak kat rumah sama-sama. Pasukan 'Hentam Kromo' pada mula-mula ditubuhkan telah membelasah geng flat Taman Bakti 12-0 tanpa belas ihsan. Itu legasinya.

Selain bolasepak, karier aku sebagai kanak-kanak sekolah turut diserikan dengan aktiviti menjejak saluran longkang dan parit. Hari pertama berpindah aku dah jenguk 2-3 kali saluran longkang depan rumah yang masih jernih airnya dan bertempiaran anak-anak ikan gapi di dalamnya. Longkang paling kerap dilawati adalah di Jalan Cempaka 3. Di sini ada ikan haruan/kedak yang lincah. Juga sepat. Cuma jarang-jarang nak dapat tangkap kalau hanya menggunakan tangan 2 kerat. Tangkapan terbesar kami adalah seekor ikan haruan. Tangkap guna guni yang disauk oleh dua penjejak.

Untuk menambahkan stamina dan ketahanan diri sepanjang karier, kami selalu-selalu melatih jalan kaki. Paling jauh, tasik di sebelah Flamingo sekarang. Yang pada mulanya ada rakan sekumpulan kata inilah Klang Gate. Aku percaya sikit-sikit jelah, nampak macam tasik, tapi mana empangannya? Ah, empangan pon tak pernah tengok cemana nak beza kan?. Untuk ke Bukit Belacan pula, kami telah gunakan segala jenis pengangkutan sedia ada, jalan kaki, kayuh basikal, naik bas mini, tumpang kereta orang, tumpang moto orang dan sebagainya. Pegi balik hari je. Mujur tak pernah kena culik, potong tangan dan hantar gi mengemis kat Siam. Ada sekali, kami cuba-cuba mencuba jalan baru. Short-cut adalah menda paling ingin dicuba. Sangat curios. Hasilnya, kami bertempiaran lari bila bertembung dengan seekor anjing bulldog yang sedang menguis-guis kakinya di satu perkampungan cina. Dan jalan tersebut tidak short-cut langsung.

Bercerita tentang sekolah ini, SRK Taman Nirwana adalah titik pertembungan budaya bagi aku. Di sini ada anak-anak dari Kampung Dato' Harun dan Kg Pandan, anak-anak pemegang kad pengenalan merah kaum Boyan, juga anak-anak perumahan Taman Nirwana, Cempaka, Cahaya dan Taman Bakti. Aku pulak dari Kulim. Jadi di sini aku juga dapat banyak pembendaharaan kata yang baru. Seperti 'haus'. Aku ingat itu adalah kata kunci sulit pihak lawan. Rupanya je sama makna dengan 'dahaga'. Ceh.

Struktur dari luar nampak macam tak banyak beza. Tapi kolam ikan sebelah kantin itu telah tiada. Itu kolam ikan paling 'extensive' pernah aku tengok dalam banyak-banyak kolam ikan di seluruh karier persekolahan aku. Kalau dapat masa cikgu tengah buat amal mencuci kolam, peluang itu tidak akan dilepaskan.

Sebelum sempat seorang makwe nak betul-betul berkenalan dengan aku masa aku darjah 6, aku dah dipaksa pindah sekali lagi. Pada cuti pertengahan tahun persekolahan tahun 1992, aku dipindahkan pula ke Subang Jaya dengan bayaran 2.3 juta pula. Cuma, aku tak berapa seronok sebab kebanyakan sukan utama semua dah tamat masa awal sesi persekolahan. Baru ingat nak masuk pasukan bola tampar pulak lepas berjaya membawa pulang pingat perak bolasepak bawah 12 tahun zon Ampang.

Jadi, perpindahan kali ini disusuli dengan beberapa trofi kejuaraan yang agak memberangsangkan, antaranya adalah ketika kejohanan rumah sukan yang mana aku merangkul emas 800m. Ini aku tak boleh lupa sebab tiada siapa dalam rumah Merah yang mencalonkan diri untuk acara ini, aku sukarela je bersama seorang lagi kawan sama rumah Merah. Kemudian, trek yang disediakan adalah berbentuk bujur macam trek biasa di atas padang sekolah, cuma jarak 800m itu adalah bersamaan dengan 8 kali berlari pusing trek tersebut. Mujur aku telah berlatih stamina secara tidak langsung tiap-tiap hari. Aku baru tahu tentang bilangan pusingan itu sebelum cikgu tiup wisel pemula. Aku lari je dan tiba-tiba dah mendahului dan menang.

Dari segi pembelajaran pula, yang betul-betul sepatutnya tunjang utama karier aku sebagai kanak-kanak bersekolah rendah, di sekolah ini, aku tidak pernah tidak mencecah kedudukan 5 dan ke atas. Mesti berkedudukan 5 dan seterusnya. Berjaya kan? Hahah. Tiap-tiap tahun, majlis penyampaian hadiah dan sijil hujung tahun sekolah, pak dan mak hanya akan datang utuk tengok abang amik hadiah atas pentas. Bukan aku.

Rumah ini dulu yang disewa kami. Dulu pagar biasa je. Sekarang dah bertembok batu.

27, Jalan Cempaka 6 adalah tempat aku mengenal dunia. Terlalu banyak menda yang dilalui dan sangat indah.


Jumaat, Julai 24, 2009

Catatan Diego - Makan & Bayar@Serata


Tronoh

Mee Udang Banjir* - RM6.50
Air Limau Ais - RM 1.00

Prai

Nasi Kandar Pelita (Ayam Goreng + Kobis) - RM 4.70
Air Teh O Ais - RM 1.00

Nasi Campur (Ayam Goreng + Kobis) - RM4.50
Air Teh O Ais - RM0.90

Bukit Merah

Mee Kari - RM 3.50
Air Nescafe O Ais - RM 1.20

Subang

Air Teh O Ais - RM1.20

Cheras

Nasi Campur (Ayam Kampung Goreng + Acar) - RM 5.00

Bukit Jalil

Air 100Plus Botol Kecik - RM3.00

Kuantan

Nasi Goreng USA - RM5.00
Air Nescafe Ais - RM1.50

Gambang

Nasi Campur (Gulai Daging + Sayur Lemak Labu) - RM 4.50
Air Nescafe O Ais - RM 1.40

Seremban

Nasi Campur (Keli Salai Masak Lemak Cili Padi** + Telur Puyuh Cili) - RM 5.00
Air Kopi O Ais - RM 1.10

Taman Universiti

Nasi Campur*** (Ayam Goreng + Sayur Sawi) - RM 3.50
Air Teh O Ais - RM 1.00

Notakaki amANI - Ketika Diego sedang nyenyak tidur, penulis telah menyalin memori Diego secara muat turun infrared (bluetooth belum ada) untuk seminggu yang lalu, yang mana tika itu Diego bertungkus lumus memandu ke hulu hilir macam tiada esoknya untuk bertemu pelanggan. Alih-alih harga makanan yang Diego ada dalam memori yang disalin itu. Adakah Diego nak buat persiapan membuat tesis Sarjana bertajuk 'Senarai harga makanan biasa-biasa se-Malaysia?. Kalau sapa-sapa nak tahu harga dan lokasi hotel budget/murah di lokasi yang berkenaan, penulis rasa Diego ada juga menyimpannya. Gila. Takde menda lain ke untuk dihafal?

Notatapakkaki amANI -

* Mee Udang Banjir tersebut memang dibanjiri udang-udang saiz besar. Mee habis dahulu berbanding udang.
** Ikan Keli Salai Lemak Cili Padi tersebut memang terasa enaknya serta begitu asli.
*** Harga termurah untuk nasi campur dan tidak tertanding dengan kedai-kedai makan yang lain setakat ini.

Khamis, Julai 23, 2009

Sinetron Dramalova XV - Nampak Kaya?

Lama kan takde kisah Sinetron Dramalova. Sebulan Julai ini belum ada lagi. Memberi laluan KKMR untuk mengejar sebab siri KKMR agak ketinggalan. Apa-apa kisah pon. Mekasih untuk segala sokongan.

Babak 1


Dalam kereta. Baru nak masuk lebuhraya. Menuju ke rumah kenduri rakan Diego. Setakat ini masih belum ingin di namakan watak si pengantin. Hahah. (tak de idea la).

Marcia : "Apa la yang abang ajak konvoi dengan si Riquelme tu? Kan dah tertinggal jauh kita"

Diego : "Ha'ah, mujur kita ada kad TnG, Riquelme tu memang ada Smarteg, lepas terus la"

Marcia : "Dah pulak tuh kereta mewah dia tu laju je, tak terkejar kita dengan kenderaan nasional abang ni"

Diego : "Takpe, walau kereta dia mahal, abang tetap lebih kaya dari dia"

Marcia : "Kaya hape nya?"

Diego : "Abang kaya moral"

Marcia : "Apesal pulak?"

Diego : "Mestila, kan kita janji jam 11 pagi nak gerak. Kan kita sampai tadi dia sefamily belum siap lagi, kita yang tunggu dia, mesti la dia serba salah dan bawak laju. Nak recover balik masa yang lambat tu."

Diego : "Jadi, abang lagi kaya segi moral la dengan dia, hahah"

Babak 2 (tiada kene mengena dengan babak 1)

Marcia pilih serbuk susu tepung, kendung 2 tin susu pekat. Satu botol pencuci pinggan mangkuk. Di letak atas kaunter kedai Jose. Sebelah rumah je kedai Jose ini dengan rumah mak Marcia.

Marcia : "Rodriguez, jom, ummi dah nak bayar ni sayang"

Marcia memanggil Rodriguez yang masih ralit melihat gambar Ultraman pada pek pembungkus mainan atas rak tepi kaunter. Abang Jose sengih je. Makcik TSD baru lepas bayar sayur dan ikan.

Makcik TSD : "Eh, dik Marcia, coti ko? Kelik brapo hari doh?"

Marcia : "Tok coti pong, sajo jah kelik bawok anok-anok tengok Tok Mek"

Makcik TSD : "Ooo, duduk di Sao Paolo tu tok kijo ko?"

Marcia : "Dok eh, duk jago anok jah, ada la jual barang sket dari rumah"

Serentak itu, Makcik TSD mencebik muka. Tanda protes dan mengeji. Lekehnya anak Mek Muna yang ini.

Marcia nampak, sedar dan berlalu. Tapi hati pedih. Tertanda satu calar cabaran.

Petang yang lain. Marcia bawak Rodriguez dan Pablo jalan-jalan ke kedai mak sedaranya di utara kampung, seberang jalan besar, tepi tanah sawah terbiar. Mahu makan mee sup petang-petang.

Tiba di kedai makciknya, Marcia duduk di pangkin. Rodriguez dan Pablo diangkat duduk bersama.

Dari jalan besar, terdengar bunyi siren. Bomba. Kuat. Melintas laju dari jalan besar. Rodriguez pantas menoleh. Nampak lampu biru merah berkelip-kelip. Kenderaan merah bernama bomba itu sempat ditangkap ke pemikirannya.

Rodriguez : "Ummi, tu bomba tu nak pegi mana? Ada rumah terbakar ke?

Marcia : "Tak tahu la ummi bomba tu nak pegi mana, Riguez"

Makcik SD : "Eh, pandainya dia bercakap, berapa tahun dah ni?" Makcik SD sedang menunggu pesanan mee supnya disiapkan.

Marcia : "Yang ni baru masuk 3 tahun makcik" Sambil menepuk belakang Rodriguez.

Makcik SD : "Cerdiknya, yeke 3 tahun? Anak makcik 3 tahun tak bercakap banyak pon lagi"

Marcia : "Rodriguez ni memang, cakap tak berenti, jenuh nak layan" Marcia senyum sengih.

Itulah, ada orang nampak apa yang tak nampak. Ada orang hanya nak nampak apa yang dia nak nampak. Hanya diri sendiri yang tahu. Apa yang telah, sudah dan akan kita lakukan dan korbankan. Miskin kaya hanya dimata. Dalam hati tiada siapa yang tahu.

Dengar kata, Makcik TSD harta berelung tanah pusaka juga punyai anak-anak yang dah besar panjang boleh buat menikah. Tapi sorang dua je yang lepas belajar sekolah menengah, tak sempat nak belajar algebra. Kurang-kurang, anak Mek Muna semua lepas IPT. Ada yang diploma, ada yang ijazah, sorang terlepas ke luar negeri. Padahal Mek Muna sendiri tak tahu membaca, buta huruf dan tak tahu darab bahagi. Kamiran dy/dx apatah lagi.


Rabu, Julai 22, 2009

Gambar Bercerita - Tengok Bola

Kita biarkan gambar yang bercerita la. Aku tokok tambah kasik ada info sedikit sebanyak sudah. Gambar mungkin besar sikit kalau diketip.

Dari kiri atas.

1. Stadium yang penuh sampai atas belah kiri aku. Gate Hijau.
2. Pemain Malaysia tengah memanaskan badan sebelum perlawanan kat bucu padang. Dari aras masuk stadium.
3. Stadium dari belah kanan aku. Gate Kuning.
4. Masa ini belum mula sepak lagi. Jadi penonton bertiket RM308 pakat-pakat masuk lambat. Gate apa entah.
5. Bahagian gate Violet belakang gol seberang sana juga penuh.
6. Semua orang yang pakat-pakat serbu Gate Kuning nak masuk stadium.

Dari bucu kiri:

1. Juan dan aku, yang menemani aku pergi balik stadium naik LRT dan belanja sup ekor di Bukit Saga untuk makan malam. Hang mai JB aku belanja sup tulang sedut pakai straw plak ok. Owh, jersi encik Juan dibeli dengan harga murah ketika keruduman ekonomi baru bermula. UK mari. Sekarang dah mahal, jangan order dah.
2. Pemain berbaris untuk diambil gambar serta disalam para kerabat serta seorang remaja berpangkat VVIP.
3. Pemain Malaysia yang bersiap nak buat sepak mula.
4. Sebab ada sorang pemain Man Utd terbaring cedera, semua pakat lari pegi tepi padang minum air. Dahaga.
5. Pemain Malaysia pon pakat-pakat lari minum air jugak. Dahaga jugak la kot.
6. Rooney bengang lepas Amri Yahyah bagi gol kedua Malaysia, terus bawak bole pegi tengah. Siap sedia nak sepak mula terus. Padahal pemain Malaysia masih berpelukan di penjuru padang.

Dari bucu kiri:
1. Satu memori buat semua rakyat Malaysia. Malaysia pernah mengikat kedudukan pada 2-2 untuk 30 minit perlawanan dengan kesebelasan Man Utd sebelum kecundang.
2. Aku sengaja pakai jersi ini sebab ada bendera Malaysia. Jersi belang hitam ada lambang FAM. Apa kah? Tapi, memang semua jersi pasukan kebangsaan tak bubuh bendera dah la ni. Semua bubuh lambang organisasi bolasepak negara memasing. Tapi boleh ja letak bendera kat lengan ka tengah-tengah dada ka kan.
3. Ini la mamat omputih yang tidak segan silu mengikat bandana Malaysia di dahi. Yang rakyat Malaysia bermykad biru? Pakai baju merah? Takpa dalam hati mereka masih Malaysia. Aku tau. Hahah.
4. Ini pemandangan stadium ketika gol kemenangan dari Owen. Semua pakat bersorak gembira. Tak nampak la sangat.
5. Gambar yang sama cuma dari jarak dekat untuk memfokus pada pemain di padang.
6. Pakcik berbaju putih ini anak beranak? atau sedara mara mungkin?, tak melompat tepuk tangan langsung masa Malaysia menjaringkan gol. Aku rasa dorang rakyat Singapura penyokong Man Utd.

Pandangan peribadi:

1. Masa Rooney chip bola satu dengan satu dengan Farizal (keeper), tapi jauh tersasar ke tepi, semua hanya mengeluh 'ooohhh'. Padahal masa mula-mula Amri Yahyah buat satu bola lambung tepat ke Van der Sar (on target). Semua pakat-pakat angkat tangan kutuk tak patut. Tanda mengata, tak logik sebab mencuba chip bola lambung kepada Van der Sar yang tinggi lampai. Padahal, camtu jugak la dia dapat menjaringkan gol cantik pertama Malaysia kan?

2. Lepas Malaysia menjaringkan gol kedua dan menyamakan kedudukan. Tiada rangsangan atau sorakan padu dari penonton di stadium lepas tu. Padahal masa ini la patutnya penyokong di belakang pemain Malaysia. Bila sokongan padu, baru la semangat naik. Man Utd silap-silap lagi gabra ka? Mana nak tau kan? Walaupun dorang pernah main di peringkat tertinggi, mungkin tak da effect dari sokongan penonton. Tapi, sunyi. Aku rasa lagi rancak sorakan masa Malaysia lawan Uzbekistan dalam Piala Asia dulu. Siap ada kompang, gendang segala macam lagi. Penting woo. Sapa lagi nak bagi naik semangat kalau bukan penonton kat stadium?

3. Pihak penganjur tidak memanfaatkan skrin besar kat stadium masa rehat separuh masa. Masa aku tengok besbol kat Seattle, dia guna skrin ini untuk buat games, ajak penonton bersorak, tulis mesej sokongan, papar mesej peribadi (sapa-sapa nak wish I luv U ke hapa ke boleh wish), pastu disokong dengan sistem pembesar suara yang ada saduran muzik. Ini baru hiburan penuh. Kat Bukit Jalil ada pancaragam dan budak-budak pusing-pusing bendera berenda-renda, tapi orang yang duduk tiket RM308 je boleh tengok. Itu pon tah hapa-hapa. Ini penting sebenarnya, sebab sistem pembesar suara dan skrin adalah kelebihan tuan rumah sebagai perancak suasana dan boleh memainkan peranan dengan lebih luas. Kata nak suruh orang pegi stadium tengok bola?

4. Penonton kat stadium Bukit Jalil tak macam penonton kat UK yang aku tengok kat tivi. Aku ingat dengar la jugak lagu Man Utd ka apa ka kan, tapi takdak pon dari tempat yang aku duduk. Nak dengar sorakan untuk Malaysia jauh sekali. Sekali lagi, skrin dan sistem pembesar suara stadium punyai fungsi untuk dimainkan, kurang-kurang ajak bertepuk serentak pon jadi la.

5. Aku punya pandangan, kalau betul mahu mengutuk pasukan bolasepak Malaysia, pastikan hangpa sudah laksanakan tanggungjawab sebagai penyokong, di stadium. Baru ada hak mahu mengata dan mengutuk kan? Baru adil. Aku rasa ini mentaliti orang Malaysia, kita jarang memberikan pujian tapi cepat dan pantas untuk mengutuk.

6. Untuk menggalakkan penonton datang stadium tengok liga Malaysia, perlu buat jualan tiket tahunan. Semua sekali, Liga, Piala FA, Piala Malaysia pada harga yang berpatutan. Sapa beli dapat pengecualian cukai pendapatan. Amacam?

Akhir kata. Dum Dum, Dum Dum Dum Dum, Dum Dum. MALAYSIA!!

(sayang, tiada sorakan sebegini ini di stadium Bukit Jalil hari itu).

Notakaki amANI: Kalaulah Arsenal pulak yang datang Malaysia nanti, aku nak beli skaf yang tulis dua-dua. Malaysia dan Arsenal.

Isnin, Julai 20, 2009

Buat ajelah

Sejak aku mula memblog, tak pernah aku mendapat arahan 'tag'. Hahah. Tapi ada jugak yang berani, cuba-cuba menge'tag' aku. Ini noorafzan yang mintak aku siapkan. Orang kasik, kita buat je la. tapi aku kasik sentuhan bolasepak sikit kat mana-mana yang perlu. Baru la berkonsep. Ini main tanya rambang semacam je.

♥APAKAH PERASAAN ANDA?


Tertanya-tanya, kenapa tiap soalan ada bentuk hati? Ada hatikah soalan ini pada aku? Mesti pompuan yang buat tag ni kan? Hahah.

♥SAYA NAK MAKAN..

Buah durian. Tiada teman dan bersendirian menyebabkan hasrat ditangguhkan.

♥SAYA TAK SUKA

Surat khabar Metrologi dan Kosmologi sebab bahagian sukan dia sikit gila. Penuh dengan iklan nombor 4D, ON PANAS, ON SUNYI, Ringtone ke hapa. Takda wartawan sukan ke? Ke semua wartawan sibuk scoop hal artis kahwin cerai, pemain bolasepak gosip dengan artis, budak sekolah rendah bergaul bebas dsb?

♥IMPIAN SAYA

Nak menjadi jurulatih sukarela pasukan bolasepak sekolah rendah. Juga menamatkan satu pertandingan lari berlari marathon sementara masih berkeupayaan. Target dalam 3-4 jam kira ok la. Hahah.

♥HAIWAN YANG AKU TAK SUKA

Reptilia, banyak la pengalaman bersama encik 'U' pada zaman kanak-kanak yang menyebabkan aku gerun.

♥HARAPAN SAYA

Agar kompeni aku tiba-tiba kasik bonus 3-4 bulan tanpa sebab. Kemudian membayar gaji aku seperti pemain bolasepak EPL. Seminggu 100k pound sterling pon ok dah. Aku janji tak demand tinggi sangat macam Adebayor.

♥JIKA MASA BOLEH BERPUTAR.

Ini bukan menyesal, tapi dah tanya kan, aku nak menawarkan diri mengambil penalti perlawanan akhir bolasepak zon Ampang bawah 12 tahun. Aerul Arpa yang dipilih telah menyepak lambung bola tersebut melewati palang. Kami kalah. Mula-mula jurulatih dah panggil aku, kemudian berubah hati memanggil Aerul Arpa. Mungkin sebab masa berlatih ambik penalti, dua kali aku amik, dua-dua tersasar dari tiang gol. Hahah.

♥HP SAYA

Sangat champion. Hampir berumur 4 tahun tapi masih segak bergaya. Boleh amik gambar, video, mms, cek emel gmail, cek emel yahoo, bukak sokkabar bahagian sukan juga tengok status fantasy premierleague. Jangan tanya berapa megapixel, sebab belum tertakrif megapixel tu apa masa henpon ini keluar. Juga 3G. Mana ada G, G nih. EDGE sudah. Belum pernah kene repair. Cuma mode getaran sudah gagal berfungsi. Cuma takde radio. Itu je kekurangan yang aku rasa perlu tapi tak ada untuk henpon ini.

♥SAYA PERNAH BERCINTA SEBANYAK...

Benar-benar serius terhadap karier bercinta. Sekali je. Hahah. Owh, jatuh cinta sama Arsenal masa tahun 2001. Ada sikit-sikit pengaruh dari Arzame Wenger sebab selalu ikut dia tengok kat Safiah. Hahah.

♥SAYA SUKA PADA

Segmen sukan dalam surat khabar, internet dan berita tv.

♥PERNAH DI KHIANATI

Pernah, Thierry Henry mengkhianati aku dengan berpindah ke Barcelona. Viera pon, apa la sangat Inter Milan itu? Juga Hleb. Kan tak pasal-pasal dah nak kene tukar-tukar je skarang.

♥APA YANG ANDA LAKUKAN KEPADA ORANG YANG MENGKHIANATI ANDA?

Aku memang berharap Henry menang jugak CL dengan Barcelona. Mujur dia menang dah season lepas. Jadi tidak tersalah la langkah dia. Tapi Viera dan Hleb, korang memang tersilap langkah.

♥SENARAIKAN 8 ORANG YANG ANDA INGIN TAG:

Kalau mahu menjawab dalam bentuk sukan atau kegemaran masing-masing, sila jawab:

Encik Juan
Encik Saiful
Encik Redghost
Encik Duta


Ahad, Julai 19, 2009

Bolasepak: Malaysia lawan Man Utd

Mula-mula tahu, aku memang teringin nak tengok perlawanan ini. Secara langsung di Stadium Bukit Jalil.

Patut ada peluang boleh dapat tiket percuma, kumpul keratan dari suratkhabar The Bintang, tapi awal-awal aku dah terlepas beli untuk yang ada keratan pertama. Aku simpan jelah hajat itu.

Kemudian, aku tanya Encik Juan, dia pon beli sendiri, takda sapa berani nak sponsor dia. Melepas lagi.

Aku pula, bulan ini keluar bertugas diluar daerah kemain banyak. Tak tahu sama ada kena ke idak hujung minggu perlawanan ini, kene dengan tarikh aku berada di KL.

Impian itu menjadi kenyataan sebutir-sebutir seperti menyambung titik-titik di buku kaler Ammar bila aku berkebetulan perlu berada di KL hari minggu ini. Dengan status kewangan yang telah mengizinkan, dengan status bersendirian, dengan mengetahui Asyraf dan Azzam adik beradik (sepupu aku) juga punyai tiket, juga aku berkesempatan untuk ke sana bersama-sama Encik Juan. Aku berjudi nasib, ke stadium Bukit Jalil sejam lebih awal. Berharap tiket yang paling murah masih dijual. Posisi belakang gol bukan halangan.

Nasib yang diperjudikan menjadi takdir rezeki. Aku dapat tiket. Aku sendiri-sendiri. Juan dan rakannya Taikun punyai tiket mahal, maklumlah penyokong tegar, mereka masuk ke gate yang berlainan. Aku mengharap dapat berjumpa Asyraf dan Azzam untuk tengok sama-sama. Tapi, dorang baru naik komuter. Jadi aku masuk dulu dan mengambil tempat duduk yang masih kosong, kiri aku ada 2, kanan aku ada 3 kerusi kosong. Kiri kanan depan belakang aku, majoriti berjersi Man Utd. Mujur aku duduk ada ruang kiri kanan. Sebab aku pakai jersi Malaysia. Sangat jelas.

Motif aku datang, setakat mahu melihat pasukan Malaysia bermain dengan semangat ditahap tertinggi. Kalu main macam celaka, kutuk kasik rapat. Kalau main bersahaja dan bijak, kasik tepuk kuat-kuat dan puji-puji. Begitulah. Tapi, beranikah aku nak kutuk Rooney kalau dia chip one-by-one pon serong? Kene siggung kat dagu nanti cemana?

Permainan adalah menghiburkan dan rancak. Semangat aku menaik semacam bila keeper Malaysia melayangkan badan menolak keluar rembatan Berbatov pada serangan pertama Man Utd. Mujur. Bukan seperti perlawanan terakhir yang aku tengok langsung dari stadium yang sama sebelum ini dalam Piala Asia, keeper Malaysia bukan lagi Azizon Kadir. Bola sepakan sudut pula banyak yang ditanduk keluar oleh pertahanan Malaysia.

Malaysia dapat satu peluang keemasan bila Zakuan dijatuhkan berhampiran kotak penalti. Aidil bersedia mengambil sepakan. Penyokong satu stadium menepuk serentak memberi sokongan. Untuk Malaysia, walhal pakai baju merah. Tapi hambar, sepakan leretnya jauh tersasar dari tiang gol.

Tapi skrip biasa perlawanan Malaysia dalam perlawanan tahap tertinggi seakan berputar semula. Bilamana minit ke 15, rembatan Berbatov dari hantaran lintang Gibson ditepis muntah oleh keeper Malaysia, Farizal tapi pantas disambar Rooney dihadapannya. Disauk naik ke bucu kanan gol. Penyokong berbaju merah kiri kanan depan belakang semua meloncat bertepuk tangan. Stadium riuh. Aku, geleng kepala.

Pemain Malaysia masih punyai beberapa gerakan yang berpeluang untuk mencuba menghasilkan gol. Amri Yahyah yang nampaknya sangat positif permainannya, segala gerakan serangan seakan bermula dari dia. Cuma, 2 cubaanya tersasar jauh dari tiang gol. Indra Putra, kelihatan agak tenggelam, hanya ada 1 cubaan ke arah gol yang tepat kepada Van der Sar. Zakuan tidak langsung berkesempat untuk merembat ke arah gol Man Utd.

Pertahanan Malaysia longgar lagi sekali bilamaana Rooney mendapat hantaran yang baik dari kiri, melepaskan satu thru-pass cantik buat Nani menyambar dan merembat lolos dari celah kangkang Farizal. Sekali lagi stadium bergema dengan ombak penyokong berbaju merah. Riuh rendah. Sekali lagi aku bungkam. Gol itu memang kelas EPL.

Akan tetapi, permainan Malaysia tidak banyak yang negatif walau sudah ketinggalan 2 gol, bola tetap dilorongkan ke hadapan, dengan hantaran-hantaran pendek untuk pemain bahagian serangan. Tanpa disangka, satu bola dari tengah kepada Amri Yahyah dikiri luar kotak penalti dikawal baik dengan dadanya, dari posisi membelakangi gol, Amri berpusing dan melepaskan satu lambungan dengan kaki kiri. Van der Sar diluar posisi. Berlari ke belakang tapi bola telah menerjah jaring. Gol untuk Malaysia. Kali ini, aku yang lompat-lompat. Tapi penyokong berbaju merah pon lompat jugak, aku konpius. Hahah. Separuh masa pertama tamat. Ada sinar ceria. Bukan senang-senang mahu memboloskan gawang Man Utd.

Aku tertunggu-tunggu Asyraf dengan Azam. Nak dihubungi, tak dapat sambungan. 80,000 orang di kawasan yang sama, manala nak dapat menembusi talian. Jadi aku masih sendiri.

Perlawanan masa kedua bermula. Man Utd bermula garang, terus-terusan menyerang. Rasa kot Pak Alex hambur sebijik dua masa rehat tu kot. Van der Sar dah ditukar ke Ben Foster. Mungkin Pak Alex bengang la kot. Mujur serangan-serangan dari kiri dan kanan dapat dipatahkan dari awal. Asal pass mesti disekat.

Entah cemana, dengan tanpa sebarang tekanan, pertahanan Man Utd menghantar bola ke belakang kepada Ben Foster. Ben Foster tertekan agaknya, bola laju itu terlepas dari kawalan, sekali lagi Amri Yahyah meluru dan mencuba nasib merebut bola tersebut. Dikuis masuk untuk gol kedua Malaysia. Kali ini aku loncat tanpa menghiraukan perasaan penyokong kiri kanan depan belakang. Kene siggung pon takpe, berbaloi-baloi bersorak sebegini. Sebab gol itu menunjukkan kehormatan dan kebanggaan buat Malaysia. Mereka melawan.

Rooney kelihatan agak bengang. Dia dah bawa siap-siap bola ke tengah padang, cuba memulakan permainan secepat mungkin. Walhal pemain Malaysia masih berpeluk di kawasan Man Utd. Kali ini sorakan buat Malaysia baru terdengar. Ada sekumpulan yang menyanyikan lagu Barisan Kita.

Cuma, ada 30 minit lagi sebelum permainan berakhir. Boleh ke idak mereka bertahan? Perlawanan mula perlahan dari bahagian Malaysia, bola sudah kurang di hantar terus ke penyerang. Asal hantar mesti separuh jalan. Tapi tidak bermakna Man Utd tidak mencuba, cuma segala gerakan dapat dipintaskan. Satu cubaan 1-2 antara Berbatov dan Owen juga tidak menjadi. Owen? Oh ya, dia masuk menggantikan Rooney. Selepas penyokong berbaju merah pakat-pakat sorak nama dia. (Azzam tertanya-tanya, kenapa sorak nama Owen? Kalah la Malaysia kalau Owen masuk, dia konpius dengan sikap penyokong berbaju merah). Cubaan pertama Owen hanya meleret melintasi gawang gol Malaysia. Aku bagi jugak sebaris "Patut la Man Utd dapat free je!!" Tapi risau jugak kalau kene siggung.

Pertukaran pemain Man Utd dan Malaysia yang dibawa masuk sedikit sebanyak merubah corak permainan. Menjadi kurang rancak. Jentera gerakan serangan yang di ambil alih oleh Shafiq Rahim juga tidak lagi dapat memecah belahkan pertahanan Man Utd. Sama juga untuk Anderson. Asal dapat bola, dilayangkan ke sayap kanan, kepada Nani. Nani pula mensia-siakan gerakan, demi gerakan. Semua tak menjadi. Bek kanan Malaysia 3-4 kali membuat terjahan kemas menyekat gerakan dari sayap kiri Man Utd.

Sekali lagi penyokong berbaju merah bersorak gegak gempita bila Giggs dibawa masuk dengan perlawanan berbaki 15 minit. Giggs memang telah merubah gerakan serangan Man Utd. Kuisan dan gelekannya memperdayakan. Sekali, dia thru-pass mengejut meninggalkan pertahanan Malaysia. Farizal cuba keluar menghalang Tosic yang meluru, bola muntah dan disambut Owen. Owen menendang ke arah gol. Lurus. Bunyamin yang bersedia di atas garisan gol gagal untuk menghalang bola dari menerjah jaring, walhal bola itu hanya sehasta dari kakinya. Dia bungkam dan tersembam di padang. Aku juga kecewa. Bola itu boleh ditahan sebenarnya. Stadium gemuruh kembali. Seronok sebab pasukan kesayangan mereka menewaskan pasukan negara mereka.

Tapi aku rasa, jauh disudut hati, para penyokong berbaju merah mengharapkan keputusan seri. Agar mereka tidak dipaksa untuk memilih. Tapi, harapan itu tidak menjadi kenyataan. Hanya beberapa minit lagi yang tertinggal untuk perlawanan tamat. Satu cubaan jarak jauh dari pemain Malaysia hanya menghampiri bucu kiri gol Man Utd.

Aku keluar seminit dua lebih awal sebab Juan dan Taikun sudah beredar dari stadium. Sepatah aku menyebut "Apa ni Man Utd?"

Terus diberi jelingan tajam oleh Taikun dan diugut ditinggalkan oleh Juan. Aku tarik balik kenyataan itu dan memberi komen yang lebih demokrasi. Tapi mereka sendiri yang mengata prestasi layu Berbatov. Macam pemain dari Bagan Serai. Bukan Bulgaria.

Misi aku selesai. Aku dapat melihat satu perlawanan secara langsung yang mana Malaysia bermain secara melawan pada perlawanan tahap tertinggi. Memori aku sebelum ini untuk perlawanan Malaysia dengan Brazil dan Uzbekistan sebelum ini telah ditulis semula dengan memori perlawanan ini. Pertama kalinya Malaysia melawan. Dah kene gol 2 pon tidak mengalah. Keputusan akhir, Malaysia 2 - Man Utd 3.

Tapi Isnin ini ada perlawanan ulang semula sekali lagi. Aku kurang yakin dengan sifat pemain Malaysia yang sedikit lupa diri bila baru mencipta kejayaan (kalah pon, bukannya kejayaan sangat, tapi nak jugak lupa diri). Macam dengan pasukan kelab Zimbabwe, Monostopa baru-baru ini.

Notakaki amANI: Nanti-nanti la aku masukkan cerita bergambar. Kali ini kita layan tulisan je dulu. Amri Yahyah mesti dapat offer perpindahan tertinggi lepas ini. Dia sorang yang superb malam tadi. Stadium dipenuhi penyokong berbaju merah. Ada la sekelumit dua berbaju kuning jalur hitam. Tapi tetap tak ramai. Cuma, aku perasan ada seorang mat salleh, dia ikat bandana MALAYSIA di dahinya, dengan berbaju T-Shirt kuning.

Jumaat, Julai 17, 2009

Kanak-kanak Memang Riang XII

Sebenarnya, kanak-kanak berumur 3 tahun sangat seronok untuk dibawa berbicara. Tapi, juga sangat jenuh untuk dilayan tiap pertanyaannya.

Sekarang, aku sedikit kerap memandu secara merentas lebuhraya, anak-anak dan isteri di kampung tanah tumpah darah. Mereka menjalani kehidupan yang biasa-biasa sahaja, mendengar segala gosip nikah kahwin cerai orang kampung, juga bertegur sapa yang lebih kepada menilai darjah dan kedudukan. Aku dengar dari laporan lengkap harian dari Ezi jela. Macam cerekarama.

Tapi aku suka kalau Aqil bercakap di telefon dengan aku. Bukan la dia yang dail, dia suruh Ummi dailkan.

Mulanya selalu macam ini.

Aqil : "Abah, Aqil sini"

Aku : "Ye Aqil, Aqil buat apa?"

Aqil : "Nyamuk tu, tak skolah, dia gigit Aqil, banyak-banyak, kat sini sini "

Aku tak dengar berapa jelas, mujur Ezi speaker phonekan, dia yang tuturkan semula. Kelakar. Hahah. Ummi dia yang ajar sebenarnya cakap macam tu pon.

Semalam.

Aqil : "Abah, Aqil sini"

Aku : "Ye Aqil"

Aqil : "Aqil sakit kaki, Aqil jalan banyak, Aqil tak larat, Aqil duduk je, Ummi sapu ubat kat kaki Aqil"

Terus dia mengadu. Tak sempat tanya khabar ke apa.

Memang la lenguh kaki dia, dia belari tak ingat berenti dengan sepupu dia main keliling rumah Mak Ngah dia. Dah tu pulak, bejalan kaki pergi balik dari rumah Tok Mek. Mana tak lenguh.

Ammar masih jarang nak bertutur penuh, sepatah sepatah je, selalunya lebih seronok dengar je Abah dia cakap. Kalau cakap pon, sepatah je.

Ezi : "Cakap la dengan Abah, Abah dah makan?"

Ammar : "Makan?"

Aku : "Dah, abah makan dah tadi"

Camtu la dia, tapi gaya pegang henpon mantap, siap letak kat telinga, jalan-jalan pusing ruang tamu, tak duduk diam je.

Sekarang, bercakap dengan Aqil juga sangat berisiko. Tiap jawapan menjadi soalan.

Aqil : "Abah buat apa?"

Abah : "Abah buat keje"

Aqil : "Keje apa?"

Aku : "Keje abah la"

Aqil : "Keje abah apa?"

Tak sudahnya cerita ini. Hahah. Begitulah.

Aku sangat suka intro Aqil dalam telefon. Sangat unik. "Abah, Aqil sini". Terngiang-ngiang.




Rabu, Julai 15, 2009

Catatan Diego - Keputusan Kuiz

Selalu-selalu, Catatan Diego ada kuiz soal jawab menguji minda. Biasala kan, siri baru kena la kasik rangsangan. Baru tertarik menarik. Jadi, aplikasikanlah buat pembaca blog anda. Orang suka hadiah-hadiah nih. Huhu.

Jawapan terdekat atau sebenar setiap kuiz dan pemenangnya adalah seperti berikut:

1. Halal @ Seattle - Waktu perjalanan dari tanahair.

a z m i r - 7.00 pagi.

Menghampiri tepat, jawapan sebenar 730pagi, tapi sebab klu berkata sejam dua, jadi jawapan dalam lingkungan 60 minit dari jam 7pagi diterima.

2. Bedah @ Klinik - Kos harga pembedahan ibu kucing.

redghost - rm 35

Yep, ini pon tambah tolak juga harganya. Harga menjahit perut ibu kucing oleh doktor haiwan yang buat klinik sebelah rumah dia.

3. Kiblat @ Woodlands - Cara menentukan arah kiblat

hanimdroid - arah matahari terbenam
a z m i r - lumut di pokok (jawapan tidak lengkap) dan buat kompas air.

Kan dah kata, kalau takde kompas cemana? Dua jawapan di atas diterima.

4. Nasi @ Seattle - gambar matawang Mesir

Tiada jawapan.

Gambar piramid la, cuma nama sebenar piramid je aku tak tahu.

5. Pereksa @ KL - markah percuma

duta
a z m i r
sheyda

6. Usaha @ Pejabat - kaedah menghadapi mesyuarat

sheyda
Rage
a z m i r

Sokongan dan komen korang dihargai.

7. Usaha @ Pejabat sambungan - markah percuma lagi

noorafzan
duta

Secara keseluruhan, markah adalah seperti berikut:

1. a z m i r - 4 markah
2. duta - 2 markah
3. sheyda - 2 markah
4. redghost - 1 markah
5. hanimdroid - 1 markah
6. rage - 1 markah
7. noorafzan - 1 markah

Saguhati penyertaan (selain dari nama diatas)

1. Saiful
2. Juan Nazlan

Top 3 ada hadiah utama. Encik a z m i r menunjukkan semangat yang sangat kompetitif. Hahah. Semua yang tersenarai, aku hadiahkan mende alah seperti yang tertera di panel kanan, gambar selepas iklan Duit Muka Lancer. Siri Sinetron Dramalova salinan keras. Ada satu kisah bonus. Syahdu punya. Itupon kalau lulus tapisan la. Walau apa pon, ini tetap satu buku 'rare'. Tidak dijual di Central Market mahupon MPH. Badan Cemerlang lagi la. Ebay mungkin 2-3 tahun atau 5-6 tahun nanti kalau-kalau aku terpopular di media perdana mana nak tau kot-kot termasuk AF ke Mentor ke The Biggest Loser Asia ke. Hahah.

Kenapa aku kasik ini hadiah? Sebab Julai adalah ulangtahun blog ini. Julai juga ulang tahun kelahiran watak utama siri Sinetron Dramalova, Marcia (opps, klu ini jelas lagi nyata. Hahah). Juga, siri SD adalah salah satu siri pencetus (Ahmad S adalah siri satu lagi) untuk aku terus rajin mengarut dan menulis lagi. Apa-apa pon, mekasih atas sokongan moral (dari komen je la tau ada orang suka dan sokong pon).

Jadi, yang telah tersenarai, emelkan alamat surat menyurat paling selamat korang ke emel aku, sama macam alamat blog ini, cuma tukar blogspot ke @gmail.com. Yang tak kasik alamat tu aku anggap sebagai tidak sudi menerima hadiah tidak seberapa ini la. Huhuh.

Yang ini aku yang nak kasik. Tapi, ada ke sapa-sapa yang lain ndak juga? Tapi tak aci la kan mintak begitu sahaja kan? Orang lain telah berusaha. Huhu. Ada berani mau beli? Hahah.

Notakaki amANI: Aku akan berlatih buat otograph guna nama pena mulai sekarang. Tapi sebenarnya, perlukah begitu? Hahah. Ngengada je lebih.


Selasa, Julai 14, 2009

Yam tak tahu pon PPSMI sudah dimansuhkan

Aku pernah baca pandangan Ain untuk PPSMI. Juga capaian yang Ain bagi pada satu cerita guru sementara. Kemudian Faisal Tehran, juga 1-2 blog pejuang bahasa yang turut terkena gas pemedih mata dan kemudian Tun Mahathir. Hal PPSMI. Tapi tak komen apa-apa.

Jadinya, sekarang Encik Muhyiddin umum, PPSMI sudah dibatalkan secara tangguhan. Batal beransur-ansur. Mulai 2012. Darjah 1, Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 akan belajar Sains dan Matematik dalam BM semula. Aku rasa macam nak bagi komen.

Hari ini, sorang ibu menulis di suratkhabar The Bintang. Memberitahu yang anaknya adalah generasi pertama PPSMI waktu di darjah satu pada 2003. Pada 2012 nanti, anaknya akan masuk Tingkatan 4 dan andaikan dia mengambil jurusan Sains Tulen, akan belajar Fizik, Kimia, Biologi, Matematik dan Matematik Tambahan dalam BM sampai SPM (2 tahun). Kemudian akan masuk Matrik atau Tingkatan 6 atau Kolej yang kemudiannya peringkat Universiti yang mana semua subjek ini akan menjadi BI semula. Adakah anak ini boleh mengadaptasi serta-merta?

Kerana 9 tahun pembelajarannya tentang asas Matematik dan Sains telah mengggunakan PPSMI, tapi 2 tahun yang amat penting untuk peperiksaan SPM, dia akan belajar 3 matapelajaran Sains dan 2 matapelajaran Matematik dalam BM? Kemudian untuk peringkat STPM/Matrik/Universiti, kembali ke pengantar BI semula? Aku tidak tahu dan aku bersimpati terhadap generasi perintis PPSMI ini.

Encik Muhyiddin kata, mereka yang di tingkatan 4 pada 2012 akan senang mengadaptasi kerana pembelajaran mereka sebelum ini bukan 100% menggunakan BI. Jadi pelajar-pelajar ini tidak akan terjejas langsung. Cetek benar pemikiran Encik Muhyiddin.

Encik Muhyiddin juga berkata, guru-guru yang mengajar Sains dan Matematik juga tidak menguasai BI dengan baik, jadi mereka tidak dapat memberikan pengajaran yang sempurna untuk Sains dan Matematiknya di dalam BI. Tapi sedarkah Encik Muhyiddin, bahawa semenjak 3 tahun lepas, MARA dan Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan sejumlah wang untuk menaja pelajar-pelajar melanjutkan ijazah di dalam bidang Matematik, Sains (Bio, Kimia, Fizik) ke luar negara (yang mana pembelajarannya menggunakan BI tulen sebagai bahasa pengantar) semata-mata untuk mengukuhkan dan mempersiapkan guru-guru yang terlatih/terbiasa penggunaan BI di dalam menguasai Sains dan Matematik. Balik Mesia nanti, mereka ini kecek berabuk BInya untuk mengajar Sains dan Matematik. Tapi usaha berkos tinggin ini akan tinggal debu.

Batch pertama (kira-kira 30 orang) dari MARA akan balik Malaysia hujung tahun ini, sempat la merasa 2 tahun mengajar dalam sistem PPSMI. 2 tahun kemudian, guru-guru baru ini pula yang perlu adaptasi ke BM semula.

Bukan hanya pelajar yang terjejas dalam perlaksanaan dan pembatalan PPSMI ini, tapi guru-guru baru yang sedang disediakan khas juga akan menerima kesannya. Ada 3-4 batch lagi yang baru dan sedang menjalani skim persediaan yang sama sekarang.

Aku separa bersetuju dengan pemansuhan PPSMI. Biarlah MRSM, SBP, MCKK dan segala yang setaraf dengannya, masih meneruskan PPSMI sekurang-kurangnya hingga 2015. Yang belajar di sana adalah pelajar-pelajar cerdik cerdas yang cepat mengadaptasi dan sudah terbukti cemerlang dalam UPSR dan PMR. Yang punyai masa depan cerah untuk melanjutkan pelajaran di luar negara dan kembali berbakti di Malaysia sebagai golongan profesional. Pendedahan di luar negeri banyak memberi pandangan, idea dan pendekatan yang berlainan untuk golongan ini. Yang mendapat manfaat adalah orang Melayu sendiri.

Kurang-kurang, guru-guru yang telah ditaja untuk persediaan PPSMI ini masih dapat memberi khidmat dan manfaat mereka di dalam bidang yang mereka betul-betul mahir, arif dan lancar.

Sebenarnya, tulis panjang-panjang ini hanya pendahuluan. Isi utama adalah nak cerita tentang Yam. Hari ini hari ulangtahun kelahiran ke-22 dia. Dia kini berada di Ostrolia dan sedang mempersiapkan diri di dalam bidang Biologi sebagai salah seorang yang ditaja untuk meramaikan guru terlatih di dalam sistem PPSMI di bawah MARA. Kerjayanya telah terjamin sebagai guru MRSM. Menyambung tradisi pak dan mak. Mungkin satu hari nanti menyelusuri jejak langkah pak atau mak dengan menyambung Master dan meningkah arus naik pangkat sehingga berpeluang menjadi KP? Tak KP pon, pengetua la paling koman. Amacam Yam?

Hepi Birthday Yam!

Ini gambar masa sambutan memasuki umur 20 tahun


Notakaki amANI : Sibuk sangat belajar, Yam tak tahu pon Encik Muhyiddin dah batalkan PPSMI baru-baru ini. Kalau dia dan kawan-kawan dia tahu (sekarang dia dah tahu la), mereka mungkin lega banyak, kecewa sikit dan seronok lebih. Wei, baca la suratkhabar sekali sekala.

Isnin, Julai 13, 2009

Terima kasih untuk kegigihan

Perasan tak?

Belum?

Ok, cek sekarang. Panel kanan, kotak sebelum shoutbox.

Ye. Dah cek? Bagus.

Aku terjumpa di blog noorafzan. Terus culik dan buat satu. Tak mintak pon. Hehe. Ini kira makluman la ye afzan.

Mekasih kepada anda-anda yang gigih. saiful kalau tambah dedua, jadi tempat kedua memintas duta tapi masih dibelakang redghost. Cucuk rapat.
  1. redghost (58)
  2. duta (46)
  3. saifulazrul (28)
  4. saiful (21)
  5. Rage (20)
  6. a z m i r (16)
  7. Mard (15)
  8. Juan Nazlan (11)
  9. sheyda (11)
  10. hanimndroid (10)
Notasendi amANI: Widget ini hanya memaparkan 10 pengkomen teratas untuk 500 komen terkini. Jadi yang teringin masuk senarai, boleh berusaha dari sekarang. Yeay!


Sabtu, Julai 11, 2009

Tulis-tulis - Bolasepak Malaysia

Piala Antara Benua bawah 23 (Brazil, Mexico, Korea Selatan, Turki). Jun 09. Kensel. H1N1.

Persahabatan dengan Indonesia dan Singapura. May 09. Menang.

Persahabatan dengan Liberia Julai 09. Batal. Pemain Liberia bukan kesebelasan utama.

Persahabatan dengan Zimbabwe. Julai 09. Ganti lawan Liberia. Tiada H1N1.

Persahabatan dengan Manchester United. Julai 09. Akan berjalan lancar. Tiada H1N1.

Pestabola Merdeka. Ogos 09. Batal. H1N1.

Sukan SEA Laos. Disember 09. Dah takde H1N1 kot?

Kalau ikutkan, perancangan awal tahun dulu atau seawal-awal 2 tahun lepas (aku ingat lagi press statement KJ berkobar-kobar berucap) telah disenaraikan negara-negara yang Malaysia nak lawan yang punyai ranking tertinggi. Supaya ranking Malaysia boleh naik dengan mendadak. Kalau menang la. Kalau kalah, makin turun jugak la.

Tapi nampak gayanya, virus H1N1 telah menyebabkan perlawanan yang berkualiti dari negara-negara yang beranking tinggi tidak kesampaian. Piala Antara Benua dan Pestabola Merdeka dibatalkan sebab virus ini.

Cuma persoalannya, Piala Antara Benua ini untuk skuad bawah 23 tahun. Keputusan perlawanan tidak akan menyumbang terhadap ranking bolasepak negara. Pestabola patutnya untuk skuad senior, tapi sebab Piala Antara Benua tak jadi, skuad bawah 23 yang akan main. Tapi tetap kensel jugak sebab H1N1. Dah, sebenarnya skuad senior ada ke tidak perlawanan berkualiti tinggi yang akan meninggikan ranking negara? Macam takde je. Sebab yang lawan Singapura dan Indonesia bulan Mei 09 dulu pon skuad bawah 23. Ke Malaysia takde skuad senior? Ke skuad bawah 23 itulah skuad senior?

Nanti lawan di Sukan SEA juga skuad bawah 23 jugak. Jadi, mana skuad senior ini sebenarnya? Adakah ini perlaksanaan pelan jangkamasa panjang Malaysia? Nak naik ranking macamana kalau tak lawan sapa-sapa?

Sudahnya yang lawan Man Utd ni jugak skuad bawah 23. Mungkin kiranya untuk persediaan Sukan SEA Laos. Tapi, kompetitif kah Man Utd main dengan Malaysia nanti? Aku rasa Man Utd datang untuk perlawanan 'persembahan'. Bukan perlawanan persahabatan. Hanya kuis-kuis bola kiri kanan, rembat kasik tepat. Gol. Atau, tak payah rembat, sekali dengan keeper kita gelecek. Ini aku rasa mentaliti pemain Man Utd masa akan datang nanti.

Juga perlawanan ini takkan menyumbang kepada kedudukan ranking bolasepak Malaysia.

Persoalan kedua. Pestabola Merdeka bulan Ogos 09. Piala Antara Benua awal Julai 09. Man Utd tengah Julai 09. Tapi kejohanan dedua ini dibatalkan sebab H1N1. Awal Julai dan awal Ogos ada H1N1. Tapi tengah Julai takda H1N1. Pelik tak? Macam kitar PMS. Sapa sebenarnya yang menjadi penyusun jadual pelan utama skuad bolasepak Malaysia ini? Apa kepentingan Man Utd sampai H1N1 telah dipastikan supaya tidak muncul tapi nanti bulan Ogos nanti akan muncul balik?

Pendapat aku, keputusannya ada kaitan dari segi soal keluar masuk duit dalam kantung FAM. Pestabola Merdeka, Piala Antara Benua FAM kene keluar duit. Man Utd, FAM dapat duit ( keuntungan jualan tiket). Jadi yang untung kita buat, yang rugi kita batalkan. H1N1 hanya alasan. Lemah. Lame.

Aku dapat rasakan, nanti hujung tahun 2009, lepas Sukan SEA di Laos, menang ke kalah ke, kita akan sibuk bercerita tentang ranking bolasepak Malaysia. Suratkhabar keluar la segala laporan, sorotan, pencapaian setahun dinilai sepintas lalu, pendapat tokoh bolasepak dahulukala ditanya, pendapat orang itu, pendapat orang ini. Lagi-lagi bila dekat-dekat dengan mesyuarat Agung FAM. Masa ini semua kalut dan semua ada agenda nak pengang jawatan dalam FAM. Jadi semua tiba-tiba sangat mengambil berat masa hadapan bolasepak Malaysia. Konon.

Wei, letih la.

Cuba pikir, cemana jadual perlawanan kat Eropah yang mana dorang ada berpuluh-puluh liga untuk tiap negara di Eropah boleh ditentukan yang mana tiada satu pon negara akan berebut atau clash terbuat jadual lawan dengan negara yang sama? Contoh, Perancis nak lawan Portugal tapi Portugal pulak buat jadual nak lawan Itali pada masa yang sama. Ada ka? Minggu perlawanan persahabatan pon telah digazzettekan. Jadi semua pemain boleh balik main kat negara masing-masing tanpa ikatan perlawanan kelab. Kat sini? Jadual Liga Super pon belum tentu semua tidak akan ditunda atau digantung sementara dari awal hingga akhir musim.

Itu belum masuk cerita jurulatih marah pasukan negara sebab panggil pemain dia untuk persahabatan antara negara sebab negeri/kelab dia ada perlawanan semi-final Piala FA.

Sudahnya? Ranking 200 ke atas dalam tangan buat pasukan bolasepak Malaysia dalam masa terdekat. Syabas. Masterplan yang hebat. Memukau.

Barisan skuad negara yang berpotensi besar.... sebagai model majalah Mangga. Syabas FAM.

**KEMASKINI 13 Julai 09. Isnin**

Dengar kata merejek Liberia sebab hantar senarai pemain yang bukan kesebelasan utama (tak dapat la klasifikasi status perlawanan tahap A). Tapi Zimbabwe pon ada 4 orang je pemain utama negara, yang lain semua pemain berstatus kelab. Dari klip berita RTM tengah malam tadi, Zimbabwe main kucar-kacir sampai penjaga gol pon selalu berada diluar posisi sebenar. Macam bukan penjaga gol. Menang 4-0? Tunggu perlawanan kedua tengok macamana dulu (Esok, Selasa, 530petang, Stadium Shah Alam)

**KEMASKINI 15 Julai 09, Rabu**

Dah, 1-0 je menang? Pemain pertahanan pulak yang skor? Cemana? Hari tu konfiden betul? Haih. Cepat bebenar naik kepala. Baru menang besar sikit dah leka.

Nota: Malas nak buat topik baru. Jadi, kemaskini disini ajelah.



Jumaat, Julai 10, 2009

Tulis-tulis - Air Jampi

Hari Jumaat kita tazkirah sikit.

Permaslahannya:

Hukum berkenaan penggunaan air jampi untuk jadi pandai atau berubah perangai.

Pendapat Ustaz Asri Zainal Abidin:


Kalau benar ada orang boleh menjampi sehingga mengubah sikap manusia kepada baik, atau mencerdikkan manusia maka eloklah kita mengupahnya menjampi empangan-empangan air di negara ini agar semua rakyat menjadi baik dan cerdik.


Kan ke elok begitu, semua rakyat mendapat manfaatnya, tak payah susah-susah upah orang mengaji, berzikir dan berdoa dan kemudian hantar kat kilang untuk botolkan, buat label, bungkus dalam kotak, bubuh iklan dalam majalah wanita, keluar iklan dalam radio Ikim, mak bapak pulak terkocoh-kocoh mencari seluruh pelusuk kedai untuk beli sorang sikit masa musim pereksa demi menjamin masa depan mereka.

Cadangan ini baru betul 1Malaysia. Rakyat didahulukan. Prestasi diutamakan. Opps. Ni tazkirah kan? Mana boleh campur politik kan? Eh, dah tu? Parti Bulan Putih Langit Hijau? Oh, kita muzakarah lain kali la isu ini ye.

Notakaki amANI: Wah, kita berbicara ehwal akidah, ekonomi, sosial, politik dan hiburan dalan satu entri ringkas.


Rabu, Julai 08, 2009

Kanak-Kanak Memang Riang XI

Aku suka pasangkan kamera kompak aku di tv. Untuk melihat semula gambar-gambar yang telah diambil. Dengan skrin yang besar dah memudahkan dari tengok dengan laptop sebab boleh ditonton seisi keluarga sambil makan kopok.

Anak-anak pula ralit dan suka untuk melihat gambar mereka kembali. Kadang-kadang meminta-minta bila dia dah hilang seronok tengok tv rancangan Disney Channel atau Tv9. Sehinggakan kalau dikatup tv selepas itu, teriak la Aqil jawabnya. Tak puas tengok.

Suatu ketika, masa tengah duk layan gambar-gambar dari kamera di tv seperti selalu. Muncul gambar ini dan siri-siri gambar ini. Aku ambil sebelum ini sebab ada nilai estetika mengenai objek ini.

Serentak itu terpacul dari mulut Aqil, "Sian abah, fish gigit beg abah"

Hahahah.


Notakaki amANI: Sekarang, aku dah dawai kokotkan segala kekoyakan objek ini supaya ia kelihatan lebih kemas demi memelihara harga diri pemunya objek ini. Duit syiling asyik tercicir je kalau letak dalam ni.


Selasa, Julai 07, 2009

Catatan Diego - Makan@Kerteh

Pekerjaan yang berkaitan perkhidmatan tidak dapat lari dari berjumpa pelanggan. Bertentang mata sambil berbicara tentang segala spesifikasi, parameter dan persoalan teknikal serta keupayaan analisis.

Lebih banyak peluang berbicara dan memahami selok belok jenis mesin-mesin besar ini, lebih senang kerja dilakukan. Dulu sepatah haram tak kenal apa kemende itu pemampat, tarbin, pam dan kaitan antaranya. Entah hapa-hapa. Yang tahu, itu semua thermodinamik, walhal kerjaya ini tak perlu seinci pun aplikasinya thermodinamik ini. Dah, kenapa kena ulang juga matapelajaran thermodinamik sampai 2 kali? Adapun begitu, bual bicara adalah sumber pengetahuan utama tika ini. Dia sembang kita angguk, kita sembang dia angguk. Simpan dalam kepala, bukan angguk jaga hati.

Sudah 2 perenggan ditulis tanpa menuju kepada isi utama. Yang ingin diceritakan bukan tentang mesin tanpa perasaan ini, yang ingin dikongsi adalah pengalaman makan di Kerteh, seperti yang tertera di tajuk. Ya, tiap manusia perlu makan. Nasi terutamanya. Jadi, berbezakah nasi di Kerteh dengan nasi di taman halaman?

Disebabkan punca rezeki Diego kebanyakannya di Kerteh, adalah perlu untuk memahami dan mengetahui sedikit sebanyak lokasi-lokasi kedai makan biasa-biasa untuk hidangan tengahari dan malam. Jadi, panduan orang tempatan diutamakan, samaada dari kenalan kerja, mahupun dari penyambut tetamu hotel.

Dari segi harga hidangan, agak KL di sini berbanding harga di rumah halaman. Nasi putih + ayam goreng + sayur + air berperisa dalam lingkungan RM5-6. Berbanding taman halaman, dalam lingkungan RM3-RM4.

Antara yang lain dari yang lain, nasi kukus. Tiada variasi untuk menu ini. Hanya nasi putih, kuah gulai, acar timun dan ayam goreng bersaiz potongan ala KennyRoges/Nandos (peha+betis atau dada+kepak). Jadi, harganya juga munasabah. RM6 untuk tiap hidangan.

Setelah segala kedai makan yang luar biasa dijejaki, tiba pula rasa nak makan di kedai nasi berlauk sahaja. Mungkin lebih banyak variasi dan kene dengan selera. Jadi, singgahlah Diego yang punya perasaan teragak-agak tiap kali nak makan di kedai baru.

Disebabkan jam sudah melewati waktu Zohor, pilihan hidangan sudah berkurangan, tapi masih dapat memenuhi citarasa atau pilihan Diego berpandukan formula ini: nasi putih+ayam goreng+sayur (10 tahun disogok makanan begini di asrama inilah hasilnya). Sayur lemak menjadi pilihan ditambah pula sepotong bendi, Diego amik pulak kuah campur kasi perisa yang bersesuaian. Sekali terpandang sambal tempoyak. Musim durian sekarang kan, sudah pasti ini hidangan yang jarang-jarang ketemu. Diego ambik juga sesudu dua.

Sambil menghadap hidangan, Diego belek jugak suratkhabar hari ini. Makan tengahari memang rancak kalau ada suratkhabar. Colekan pertama sambal tempoyak memang terasa sedap nikmatnya dengan kombinasi segala nasi, ayam goreng dan kuah campur. Tak sia-sia Diego cuba, walhal kebiasaannya, sambal biasa yang jadi pilihan. Tapi potong sikit. Bendi keras. Takpelah, tiada rezeki.

Memasuki suapan keempat, nasi mula berkurangan, sambal tempoyak mula terhakis. Mata masih ralit dengan berita sukan di suratkhabar. Mulut masih mengunyah. Tika Diego kuis sambal tempoyak untuk suapan seterusnya, terkeluarlah seekor ulat buah yang masih hidup mengeliat-liat mengambil napas, mungkin keteperangkapan di dalam sambal tempoyak pekat itu. Kasihan. Dia perlu udara segar. Ulat kerdil berwarna putih panjang 7mm ini mula mencari arah untuk bergerak terengsot-engsot. Kiut.

Ini sedikit menggangu perhatian dan proses pencernaan Diego. Diego baru dapat perasaan untuk makan dengan lahapnya. Tambah-tambah tempoyak itu memang sedap. Gangguan ini menggugat kesabaran dan kelaparan perut Diego. Diego ambil nafas juga, untuk memastikan tiada gejolak di dalam perut dan tekak. Mujur. Tiada. Tapi ulat itu?

Empangan!

Agak-agak apa terjadi seterusnya?

A. Diego karate meja dan terus berlalu tanpa membasuh tangan dan bayar harga nasi.

B. Diego laung kuat-kuat pada tuan kedai, marah-marah sambil tunjuk-tunjuk ulat kiut itu.

C. Diego terus telefon mengadu kat isteri peristiwa tersebut dan bagitahu, rindu nak balik taman halaman dan makan kat Pak Ali.

D. Sila isi sesuka hati korang penamat cerita ini. Nanti aku sambung penamat dalam ruangan komen sehari dua lagi.


Isnin, Julai 06, 2009

Hari ini Hari Jadi

Kalau aku Sultan, aku istihar hari ini cuti umum. Ape kemende kene keje pada istimewa macam ini?

Tapi aku keje jugak, sebab aku bukan Sultan. Lagipun, nak cuti ke hapa kerana hari istimewa ini tidak dapat disambut bersama-sama. Tuan punya diri hari istimewa berada agak jauh dari sini, kira-kira 12 jam kelajuan norma proton-gentwo.

Adalah menjadi kewajipan untuk mengewish beliau pada hari istimewa ini. Tapi nak ucap secara terbuka lebar cengini rasa malu-malu kucing plakkan.

Maka,diwakili oleh kad ajelah ye, baru la propesenel, eh persenel. Hari ini baru pos kad itu. Harap ia segera sampai. Hadiah? Emm, harap hadiah yang disediakan yang tidak seberapa itu diterima seadanya.

Selamat Hari Ulang Tahun kelahiran buat Ayang.

Moga bertambah rezeki dan dilanjutkan usia hendaknya.

Juga agar kehidupan senantiasa bahagia, dilindungi dan dirahmati Allah swt.

***n* ****n* ***n*
(juga cari sesuatu yang tersembunyi)


Ahad, Julai 05, 2009

Tulis-tulis - KBP

Penduduk kampung KBP - "Ini tanah kami, ini rumah nenek moyang kami yang British bagi kat kami dulu untuk jaga ladang Buah Pala, kenapa tukar hak milik tanah kami, jual tanah kami dan halau kami dari duduk dari rumah kami sendiri sejak turun temurun lagi?"

Ketua Menteri Ah Eng - "Orang saya akan tengokkan hal ini, takkan saya pulak sendiri yang nak tengok-tengokkan hal ini, nanti orang kata orang-orang saya tak berkaliber dan tidak berkeupayaan menangani masalah ini sendiri, semua nak harap saya je, saya sibuk jugak"

"Oklah, saya sibuk nih, saya pun kene pindah rumah jugak, rumah sekarang saya masuk anai-anai dan semut api, nak tido pun susah, tau tak mana nak cari banglo selesa sikit kat area-area nih ye?"


Bekas Ketua Menteri, Ah Koon yang tukar status tanah KBP jadi hak milik sementara dan luluskan penjualan tanah KBP kepada Koperasi
- "Sekarang Ah Eng yang kene selesaikan hal ini, dia yang tabur janji dulu kat orang kampung KBP sebelum pilihanraya untuk selesaikan hal ini, dia la kene uruskan, kami tak terlibat dah sekarang (duit sudah masuk, apa mau cerita lagi?)"

"Ah Eng, selesaikanlah! Jangan asyik salahkan orang lain je, dah 16 bulan masuk pejabat (menghitung bulan nampak Ah Eng nih)!"

Adun kawasan KBP dan ahli Parlimennya, Macha Nayer serta Bacha Singh
- "...." Diaorang tak de keluarkan apa-apa kenyataan buat masa sekarang dan duduk diam-diam dan hanya bubuh link berita-berita berkenaan isu ini dalam blog dia, padahal untuk hal lain pandai pulak berhujah bagai (peguam la katakan). Dulu berbuih mulut tabur janji kami-akan-tolong-rakyat.

Petikan janji dorang:
D*P's role in both the state assembly and parliament is to ensure no community is being displaced from the process of development. We will champion the rights of all Malaysians regardless of race, creed, religion and gender. Champion? Makan kasut Champion nak?

Maka amacam? Semua hanya mencuci tangan masing-masing sebab hanya isu yang ada kepentingan duit, kuasa dan populariti akan dan masih menjadi perhatian tiap-tiap individu di dalam politik. Untuk rakyat konon. Ini rumusan aku sendiri-sendiri. Aku tiada kecenderungan pada mana-mana dasar politik sekali pun.

Khamis, Julai 02, 2009

Testimonial SD

Ada sapa-sapa nak tambah sebelum aku nukilkan dalam bentuk salinan keras?

“Jalan cerita menarik, kalo buat drama pendek leh layan la..tapi cam ku kenal je Diego ngn Marcia nih..- sheyda

"mula-mula aku tak faham...setelah wife aku cerita balik barulah aku tau siapakah 'diego' dan siapakah 'marcia'" - redghost

"wahh.... suka laa cerita alihbahasa LA USURPADORA ni... kira drama wajib tayang ni... kelass.... i bagi waktu perdana drama ni” - duta

"nguahahhah, diego, diego (mengeluh..eh, apa pulak, marcia tak cakap ape pun" - hanimdroid

"bolehlah submit kat mana-mana pengarah. Filem pendek pun ok dah...” - saifulazrul

"saya peminat citer diego & marcia...” ziraniza

“oh..tak tau nk sedih ke tak..muahaha..” - kaler_pensel

“kau ni boleh tulih skrip drama la..aku dok baca kau punya entry2 ni...mmg ada gaya..dari segi bahasa semua tu..” - anese

"wah, dah buleh jadik pengarah telenovela” - Mard
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...