Advertlets

Jumaat, Februari 29, 2008

Pokok Mangga Itu


Haruskah aku menebang pokok mangga itu?..

Semalam sedang kami membeli barang keperluan di JUSCO, tuan rumah telefon. Dah berdebar sebab dia jarang/tak pernah telefon kecuali betul2 penting. Dalam hati masa tu ingat tuan rumah nak mintak naikkan sewa. Tapi rupanya sangkaan ku meleset.

Dia bertanya tentang pokok mangga di depan rumah, mula-mula tanya siapa punya. Bila dijawab, saya yang tanam, dia minta untuk 'dimatikan' pokok mangga itu. Alasannya, takut akar pokok mangga yang bila membesar nanti akan merobohkan tembok batu ditepinya itu. Hemmm... aku jawab nanti saya usahakan.

Balik dari JUSCO, aku merenung lama pokok mangga tu. Kesian ko pokok. Ape boleh aku buat ye?

Sebenarnya, aku sangat menghargai pokok mangga itu, kerana pokok mangga tu pak yang bagi semasa dia datang ke JB sesudah kami berkahwin, masa mula2 masuk rumah ni, pokok tu pak yang tanam sendiri di tepi penjuru laman. Abang pon dapat pokok yang sama dan telah ditanam di belakang rumahnya.

Aqil pon ada cuba bermain dengan memanjat pokok ni semasa bermain dengan kucing jiran kami. Hemm.. Berat hati nak cantas begitu saja pokok mangga itu. Tanah di luar rumah pula tak sesuai untuk menanam pokok kerana jerlus dan penuh batu. Cuma satu yang kami hairan, dah 3 tahun pokok ini ditanam, belum pernah nampak ia berbunga dan berbuah.

Cemana ye?

Rabu, Februari 27, 2008

Mari mengemas

Baru mendapat ilham dan pendirian untuk menulis secara tegar.

Telah menetapkan untuk meneutralkan blog sehabis mungkin ke arah bahasa melayu. Tak kisah samada bahasa percakapan atau baku, janji bahasa Melayu. Entri lama nak dibiarkan saja dengan apa yang dah tertulis tapi entri akan datang akan berbahasa Melayu.

Segala susunatur blog yang boleh dialih suara, akan dicuba sebaik mungkin. Yang mana tak dapat nak ditukar, dibiarkan saja. Iklan juga telah dibuang, kerana niat berblog telah lari dari tujuan asal bila menggunakan iklan. Biarlah tiada hasil, yang penting niat asal memblog tercapai.

Bagi yang belum tahu, blog ini bertujuan untuk menjadi medium catatan bagi aku yang dah lama tak guna diari. Sekurang2nya aku boleh mendokumentasikan kehidupan yang dilalui hari ini/minggu lepas/bulan lepas dapat direkod buat tatapan masa akan datang.

Juga buat adik-adik aku (shidah, man dan yam) yang berada jauh diperantauan untuk mendapat sedikit berita dan hebahan terkini kami sekeluarga. Gambar dah ada, cerita pon kene ada la kan?

Setakat tu je hari nih. Aku masih menangguhkan hasrat menghebahkan blog ni kepada kawan-kawan. Nanti la. Segan. Haha.

Isnin, Februari 25, 2008

Jalan-jalan bawak Gen-2

Secara ringkasnya xtvt dibulan Februari 2008. Ringkas ke? huhu..

5Feb08 - bermulanya perjalanan yg panjang
900 malam, bergerak dari rumah, berbekalkan McD tapau ke arah timur, naik haiway tol Skudai, membontoti kereta-kereta yg memenuhi ketiga-tiga lorong (termasuk emergency lane) hinggalah ke AirHitam. Perjalanan yg seharusnya sejam setengah ke Yong Peng mengambil masa 3 jam. Mula mengantuk ketika melalui jalan lama selepas tol Yong Peng Utara ke arah Segamat. Mengambil keputusan tidor di wakaf Masjid Jamek Segamat. Ada 2-3 keluarga lain yg juga turut tidur diwakaf yg berlainan. Bergolek2, tidur yg tak berapa lena sebab anak2 menangis n merengek, sambung tidur di dalam kereta hingga jam 4 pagi. Basuh muka, anak2 dah turut lena. Memulakan kembali perjalanan ke arah Kuantan. 530 pagi berhenti membeli air n jajan d Petronas Muadzam. 630 pagi, sembahyang subuh berjemaah di kem askar Kuantan. 815 pagi, sarapan pagi di kedai kopi femes, Kemaman. Singgah Petronas Kemaman isi minyak hingga melimpah ruah (ralit membetulkan wiper). Perjalanan ke Timur Utara diteruskan terus menuju Tumpat. Jam 2 petang sudah tiba di JPN Tumpat untuk mengambil Mykid Ammar (sementara pejabat masih terbuka waktu ini). Sampai di rumah tok mek jam 230 petang. Mandi, makan tengahari dan terlena (kepenatan yg amat) bersama anak2 dan isteri hingga lewat petang.
Tempoh perjalanan : 17 jam termasuk rehat.

7Feb08 - jalan-jalan ke KB
Membawa tok mek n adik ipar ke TESC* selepas makan tengahari. Gudang luarbiasa bagi rakyat Kelantan. Ramai yg kurang tahu mengenai ruang letak kereta di tingkat 2. Semua takut nak dekat. Parking diruang lapang yg panas di luar. Beli brg keperluan rumah dan hadiah kahwin buat rakan ezi. Ramai gak pengunjung disini. Pulang ke rumah. Malamnya membawa ke suatu peristiwa yg tidak dapat dilupakan. Sudah dipesan untuk tidak menceritakan hal itu. Haha.

8Feb08 - jalan-jalan ke PK
Selepas bersolat Jumaat, menghadiri kenduri rakan ezi, adik kepada abang ipar kami. Hanya sepelaung sahaja. Makanannya sederhana tapi menyelerakan. Selesai makan dan bertegur sapa, bergerak ke Pengkalan Kubur, cadangnya mencari jersi Arsenal dan periuk. Ramai juga pengunjung disini. Parking penuh. Jersi dijumpai. Berpusing2 mencari periuk. Kemudian ezi pula ingin membelikan jersi yg sama untuk Ammar dan Aqil. Selesai aktiviti membeli belah, pulang ke rumah dan singgah di pasar malam chabang 3 membeli makan malam.

9Feb08 - bertolak balik
Jam 6 pagi kami telah menyiapkan diri untuk perjalanan pulang. Cadangnya ke Melaka dahulu berjumpa pak n mak. Tok mek membekalkan sebungkus besar kuih buat jajan dan telur masin untuk keluarga disana. Bertolak jam 730 pagi, anak2 disalin pampers tanpa mandi terus dengan baju tidur ke dalam kereta. Tersilap lorong 2 kali di pekan KB sebab terlalu lengang di pagi hari. Perjalanan berhenti di Masjid Terapung, Kuala Terengganu untuk mandi dan rehat jam 11 pagi. Selesai mandi dan mengambil gambar, bergerak kembali, singgah di Marang membeli keropok lekor buat pak n mak. Tiba di Kerteh, drive thru McD untuk makan tengahari. Sepanjang perjalanan, Aqil hanya tidur selepas mandi dan tejaga kembali utuk makan. Singgah solat Zohor di Petronas Gebeng dan mengisi minyak jam 3 petang. Jam 530 petang berada di Segamat. Menyusur ke Tangkak melalui Sagil. Tiba di Bemban, Jasin jam 730 petang. Mak dan abang sedang memanggang ayam, ikan dan kambing. Berehat, mandi, makan dan sambutan besday adik dengan kehadiran Pakcik Azman dan anak2.
Tempoh perjalanan: 12 jam (tak terasa penat sangat)



10Feb08
Bertolak pulang ke Johor jam 12 tengahari. Pak n mak dan adik bertolak lebih awal, jam 10pagi ke Utara. Tiba di Skudai jam 145 tengahari, tapau nasi Pak Ali buat lunch. Rehat sepanjang petang. Terbaca iklan Cavenz* di paper, tunjuk kat ezi. Bersetuju ke Cavenz* untuk menukar order. Berharapan agar dapat diterima. Salesmen Hanis sangat berbudi bahasa dan berjaya menukar order. Sangat berpuas hati. Pulang untuk makan malam dan rehat.
Tempoh pejalanan: hampir 2 jam (aik dah sampai?)

12Feb08
Harus outstation ke KL. Mulanya ezi dan anak2 tak nak ikut, tapi sangat berat hati utk ditinggalkan, barang dah siap sebelum magrib lagi, tapi masih delay dengan berat hati nak gerak sorang2. Last2 ezi setuju untuk ikut serta. ezi packing dengan pantas untuk dirinya dan anak2. Jam 9malam bertolak berbekalkan McD lagi untuk makan. Sesudah memasuki haiway, baru teringat terlupa membawa "baju keamanan" untuk Aqil. Berhenti di Kulai, mencari2 baju mana yg sesuai buat Aqil. ditunjukan untuk aqil. "Nanak", sambil mengeleng-geleng, jawab aqil. Sangat kelakar, akhirnya diberi sahaja baju biru cheetah. Take it or leave it. Barulah aqil dapat tidur lena. Berhenti di petronas pedas linggi untuk mengisi minyak dan beli air. Tiba di Subang rumah makcik jam 1230malam. Pakcik masih menunggu kami tiba.
Tempoh pejalanan : 3 jam setengah

13Feb08
Bangun awal dan bersedia ke AB*, sepanjang hari disana menyiapkan presentation. lunch di kayu.

14Feb08
Ke AB* dan kemudian kapar. Selesai presentation dengan jayanya. Nampak berharapan. Pulang dan rehat seharian. Malamnya ke ukay perdana, tidur di rumah kakak ipar untuk hari esok.

15Feb08
Bangun awal lagi dan bersiap2. Sarapan dan terus keluar tika luar masih lagi gelap jam 710pagi. setengah jam untuk melepasi kesesakan ke jalan Ampang. Kemudiannya terus lancar meluncuri MRR2 ke arah Seremban. Singgah di rnr seremban untuk rehat dan rawat, masih awal kerana belum pun jam 8 pagi. Meeting jam 930 di Mukim Jimah. Tiba di sana tepat pada waktunya. Selesai urusan jan 1120pagi. Terus bergerak ke tempat seterusnya. Kuala Lipis. Selepas mengaamati peta perjalanan, cadangan awal melalui tol seremban-sg besi-mrr2-gombak-bentong pon diputuskan. Jam 1230 di gombak. 130 petang di Bentong. Panas, kereta kurang, banyak lori. Mata tak dapat dibuka sebab mengantuk, ditahan hingga melepasi Raub dan berhenti di masjid Penjom. Lena 20minit. Keluar sembahyang dan menyiapkan diri. Memasuki PGM jam 330ptg. Sekali lagi berkesempatan menaiki pickup ke dalam lombong tersebut. 300m ke bawah tanah. Urusan selesai jam 520 petang. Bertolak balik ke KL. sms pawie untuk makan malam. Janji di TESC* ampang. Tiba jam 8 malam. membeli susu buat aqil dan menunggu pawie. Makan di nasi ayam linda. boleh tahan. membuat keputusan untuk melawati rumah baru pawie. sebiji cam casa impian. malu je nak tunjuk rumah sendiri. Sedang melayan Rajalawak, pawie dapat panggilan dari mizie+ipin di wangsa maju, ajak berjumpa. Layan. Jam 10 ke sana. Berborak2 hingga melewati jam 12. Harus pulang kerana menumpang rumah orang.
Tempoh pejalanan : 12 jam (dari 7pagi-7malam)

16Feb08
Jam 8 pagi, mizie mengajak untuk berjumpa tuanfahmi. Cadangnya ingin membawa anak dan isteri sekali, tapi disebabkan mizie dah siap dan tuan rumah tiada, bergerak dahulu dengan mizie ke rumah fahmi. bersembang2 dan makan2 hinggah 11 pagi, mizie sudah ingin bergerak pulang, balik ke rumah, tidur sebentar dan menyiapkan diri. Ke rumah fahmi sekali lagi dengan anak2 dan isteri. Jam 4 petang, pada mulanya ke arah ampang untuk ke subang, ditukar ke arah sungai buloh disebabkan kesesakan. Tiba di rumah mak caq sebelum jam 6. Rehat dan tidur sebentar. anak2 bermain dengan 2 pupu mereka. makan malam, makcik pon sampai untuk makan sekeluarga. kami beransur pulang jam 9 malam. ke arah johor bahru. Tiba ditol Skudai jam 1230malam. Sangat mengantuk. cadangnya ingin melayan Arsenal, tapi gagal. lena dan mengetahui keputusan esoknya. dibelasah teruk 4-0 oleh MU.
Tempoh pejalanan: 3 jam setengah

Jika dilihat kembali, memang kali ini perjalanan dengan kereta amat panjang. tapi, itulah kami, sudah terbiasa menaiki kereta untuk perjalanan yang jauh. aqil pon sangat seronok didalam kereta dan seperti tidak biasa jika sehari tidak berada dalam car seat.

kesimpulan:
JB-Tumpat-Jasin-JB-Subang-KL-PD-Raub-KL-Subang-JB dalam tempoh 2 minggu.
penat yang amat. mileage dekat2 3oookm secara total. Gen-2 ku memang handal. huhu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...