Advertlets

Selasa, Disember 30, 2008

4 hari 4 malam

Tak tau nak ringkas ke nak panjang ke. Layan je lah.

Khamis tengahari aku gerak dari JB. Dengan harapan dapat bank-in cek mata pencarian bulanan dekat bank cek tersebut. Tapi gagal. Kene pegi bank luar kawasan. Mesin disitu lebih dipercayai untuk tidak tergendala pada hari bank cuti atau bukan waktu kerja. Ini semua percaturan tampuk kuasa syarikat aku yang tak punya pengalaman bank-in cek untuk diri sendiri dan tidak menghiraukan tempoh wang tersebut tersedia dalam akaun. Walaupun demikian, perjalanan ke KL tetap diteruskan.

Petang dekat-dekat jam 5 aku sampai Putrajaya. Dah janji dengan rakan untuk bertandang, dia buat jamuan ringan, panggil sedara mara dan rakan-rakan. Lama jugak bersembang sampai jam 8 baru ke USJ. Di sana telah dirancang agenda membakar bahagian-bahagian haiwan yang boleh dimakan seperti ayam, kambing dan sosej. Sampainya kami, selesai sudah agenda seperti sembahyang, doa serta tahlil. Orang baru mula makan. Kami yang dah makan agak banyak tolong tengok-tengok je. Dah dekat lewat malam baru sentuh sikit, kambing, kek, air dan menu-menu lain aku pandang je. Orang ramai, ye, sampai tak terbilang ramainya, sedara-mara belah makcik serta pakcik. Malam ini lepas dah abis makan-makan, kami lepak rumah tumpangan sebelah, telah dipinjam oleh makcik untuk penginapan sanak keluarga. Yang pompuan masih di rumah makcik, dorang turut serta dalam acara berinai, mencorakkan tangan masing-masing dengan kerawang dan bunga-bunga. Yang lelaki pon menginaikan hujung 3 jari mereka, semua Yah sponsor. Khidmat Mazee ditagih. Kami? Baru khidmat diri dan merehatkan diri. Dekat jam 1 gak baru tidur. Satu hari satu malam sudah.

Satu hari satu malam.

Paginya mangkit dan menyiapkan anak-anak, anak-anak tidak tidur semula selepas subuh, abahnya je sambung semula. Pagi lagi kami ke rumah makcik, sarapan pagi. Tiada aktiviti pagi ini, semua telah tersedia, maka kami naik semula, anak-anak mula mengantuk, ditidurkan mereka, aku layan Heroes koleksi abang, sampai siri 11, dah dekat Zohor. Aku bersiap untuk ke masjid, turun bawah, orang tengah makan tengahari. Selesai Jumaat, bersiap untuk majlis pernikahan. Rancangnya jam 3.30. Semuanya lancar, rombongan tiba, hantaran bertukar tangan, Anas bersila dihadapan imam, imam bersyarah pendek dan berpesan "jangan lempang, tendang dan hentak isteri tanpa sebab ye" (ayat sebenar: jangan memukul isteri tanpa sebab). Itu je intipati syarahan tersebut. Akad nikah dimulakan, Imam sebut dan selepas sentakan jabatan tangannya dengan Anas, Anas menjawab terima, saksi semua bersetuju. Semua hadirin mengulas senyuman dan berbisik sesama sendiri. Lega. Tangan ditadah untuk doa, Anas kemudiannya mendirikan solat sunat syukur.

Agenda-agenda harus majlis pernikahan bermula, mas kahwin + wang hantaran bertukar tangan, Yah salam cium tangan, cincin disarung dijari manis Yah, kemudian gelang pula diikat di tangan kanan. Anas pula cium dahi Yah. Para hadirin berkerumun untuk merakam detik-detik tersebut, gambar diambil berkeping-keping. Yang lain menjamu selera dilaman rumah. Ada roti jala+kuah kari ayam, kuih-kuih manisan, karipap, kue tiaw goreng, dadih, tu je yang aku masih ingat. Sempat gak bersama pengantin untuk bergambar kenangan bilamana orang mula susut berkerumun. Selebihnya aku rasa dihabiskan memantau anak-anak bermain sana sini serta naik dan terlena kepenatan lewat petangnya. Malam, agendanya bergantung pada tuan punya diri. Kami ke hospital berbentuk hotel iaitu Prince Court Medical Center, Jah baru sahaja bersalin sehari lepas, masih di wad aka bilik penginapan ditemani Najib. Anak lelaki, 3.09kg. Diberi nama Nur Imran. Mewah hospital ini, mujur aku tiada kamera. Tidak boleh disamakan langsung dengan wad kelas 3 hospital sultanah zainab, tempat Aqil & Ammar mula melihat dunia. Kembali dari hospital, kami ke dewan untuk majlis esok, sengaja bersinggah, semua telah tersedia, hanya sentuhan-sentuhan kecil perlu dibuat. Pulang dari hospital, singgah McD untuk supper. Lebih pada makan malam sebab lauk malam tadi makan sikit je. Anas bermalam di sini malam ini. Sebelum lena menutup malam dua hari dua malam, Arsenal seri 2-2 dengan Villa. Hampeh. Aku tahu keputusan melalui web portal dari henset.

Dua hari dua malam.





Gambar Koleksi penuh Majlis 2 hari 2 malam, klik disini.

Subuh lagi semua dah sibuk, yang menseterika baju, yang beratur giliran ke bilik mandi, yang nak makan, yang terkejar sana sini kelam kabut. Kami bersiap antara yang terakhir, aku berpakaian paling segak even pegi pejabat pon tak pernah sesegak ini. Bila turun untuk sarapan, semua orang-orang penting majlis ini dah tiada, semua dah ke dewan. Kami keluarga yang terakhir keluar. Bila sampai di dewanKompleks Tabung Haji, tiada lagi tetamu, yang ada hanya sanak keluarga yang sama-sama di rumah makcik dulu, aku agak-agak dalam 10 keluarga jugak semuanya, bila mula tetamu pertama sampai, yang lain-lain sudah mula mengambil nasi, makan awal. Jam 12, selesai sudah acara makan-makan kami. Kami ke bilik persiapan pengantin, mujur dorang dah siap, sempat bergambar sekali. Perjalanan diteruskan. Kami menuju Melaka, ya kawan aku jemput untuk majlis di rumahnya. Perjalanan terasa sangat jauh, panas terik, mengantuk. Dari Nilai ke PD sangat sesak. Aku tidur 20 minit di Pedas Linggi. Sampai di rumah majlis jam 4 petang. Orang dah mula nak lipat meja. Tak makan pon, mujur ada rakan-rakan yang dikenali, buat bersembang sepatah dua. Juga terjumpa bekas cikgu sekolah. Dia orang Melaka dan rapat dengan pengantin. Kami memandu pulang lebih kurang jam 5 petang. Lewat 7 baru sampai semula di rumah makcik. Setelah bersiap khidmat diri, malamnya makan lauk lebihan kenduri tadi. Masih sedap. Aku dan mak ke Shah Alam, menghantar Mak Ngah naik bas pulang ke Kulim. Teket seharusnya jam 945 malam. Tapi bas buat hal dan hanya bergerak ke terminal jam 1020 malam. Pulang ke rumah makcik, layan kek lobak merah 3 tingkat sepotong dua. Rumah makcik masih rancak dengan kehadiran keluarga belah pakcik. Kami kembali ke rumah tumpangan, berborak, gosip dan membuka kisah lama lebih kurang. Jam hampir 3 baru lena.

Tiga hari tiga malam.

Hari ini majlis di belah keluarga Anas. Selain itu, rumah tumpangan harus dikosongkan, tuan rumah akan kembali di petang hari. Agenda asal ingin terus bertolak ke JB selepas majlis. Barang dikemas, rumah dirapikan semula. Selesai siap semuanya jam 11. Kami bertolak dulu semetelahan keluarga pakcik masih belum siap. Aku menjadi kemudi ke Bangi, entah jalan mana yang kami ambil, peta di dalam kad tidak banyak membantu, salah pulak tuh, lepas 3 tol baru sampai Bandar Baru Bangi, punca arah pon entah kat mana, mujur selepas membuat satu pusingan besar, kami sedar jalan sepatutnya. Kompleks PKNS menjadi punca penyelesaian. Sampai di tempat yang dijanjikan, pengantin dah bersedia. Kumpulan dari pakcik dan keluarga tiba sesudah itu. Dorang pon sesat. Rombongan sekumpulan kami berarak dari surau tempat berkumpul ke rumah pengantin. Jauh jugak berjalan, lepas 3 selekoh baru sampai. Mujur kompang tak mula main lagu dari mula berarak, kalau tidak dorang pasti kehabisan lagu untuk dimainkan bilamana sampai di rumah pengantin. Rumah sekeliling merupakan banglo reka sendiri, semua tanah lot yang dibangunkan oleh tuan punya lot, pelbagai bentuk dan konsep dapat dilihat. Tiba di rumah pengantin, terus mereka di dudukan di atas pelamin. Upacara merenjis dijalankan. Kami dah bersedia di meja makan. Bila pengantin keluar, barulah rasmi untuk rombongan mula makan. Lauk sama sedap dengan lauk semalam. Servis juga baik, semua meja dijaga untuk tidak kehabisan lauk pauk. Sempat juga anak-anak bermain sampai ke laman belakang rumah, ada pokok rambutan dan buaian. Aqil tak puas bermain buai, telah pak panggil untuk bergambar kenangan. Aqil tak puas hati, menangis bilamana mula keluar dari rumah majlis. Mujur pak pujuk, pak dukung sampai ke kereta. Aqil akur, pak janji nak belikan sesuatu di Pavillion nanti. Kami solat dan kemudian ke KL. Aku kemudi lagi, kali ini tidak sesat. Sampai di Pavillion yang penuh, parking pon agak susah. Berjalan-jalan lebih kurang tingkat demi tingkat. Pak ajak ke tempat mainan, janji pada Aqil untuk dibelikan sesuatu. Puas kami belek semua, akhirnya Ezi cadangkan untuk membeli set pensel warna, marker warna bertema Cars. Aqil tidak begitu asyik sebab banyak tarikan mainan lain. Ezi cadangkan untuk membalutnya sebagai hadiah. Selesai satu agenda di Pavillion, agenda kedua, pak ingin bertemu dengan bekas anak muridnya. Dalam kepala aku membayangkan budak-budak mrsm pdrm atau jasin atau PC. Rupanya ini bekas anak muridnya yang sekarang dah punya anak dara. Zaman aku baru-baru dilahirkan. 3 orang semuanya. Dorang bersembang dari jam 5 sampai 7. Kami tak tau nak buat apa, anak-anak dah tak boeh duduk setempat, berjalan main itu ini. Mujur dah jam 7, pak dan yang lain ke surau, kami ambil keputusan terus pulang ke rumah makcik. Aqil minta susu dah terus terlena atas dukungan. Jenuh mengusung dia dari satu hujung ke hujung satu lagi Pavillion untuk ke parking. Lenguh masih terasa sampai sekarang. Kami tiba di rumah makcik lebih kurang jam 8. Penat, Aqil terjaga, dia menangis kerana kami masuk rumah makcik bukan rumah tumpangan sebelah. Salah rumah katanya. Sembang-sembang dengan makcik, makcik lena. Pak, mak dan adik-adik tiba agak lewat, dalam jam 11, dorang sambung membeli barang lepas ke surau. Cadang awal nak tengok wayang. Mujur tak sempat. Semua light off jam 12. Anak-anak tidur dekat jam 1. Aku layan Arsenal, mujur menang 1-0 dengan Portsmouth. Ini hari ke-empat.

Empat hari empat malam.

Hari terakhir cuti. Siap jam 11 tengahari. Pak, mak dan adik-adik juga telah bersiap untuk terus pulang ke Kulim. Pak singgah dulu ke rumah pakcik Mahmuddin. Dia dah masuk peringkat ketiga kanser. Aku tak dapat nak ikut, terus pulang je JB. Keluar tol USJ jam 1217. Aku sampai tol Skudai jam 3 petang. Jalan lancar, aku tak mengantuk, sampai rumah, anak-anak bangun. Ayat pertama Aqil. "Cik Yam?" kesian, dia dah mula rindu cik Yamnya. Menangis sebentar bila tahu Cik Yam takda. Lepas punggah semua barang, kami beri Aqil hadiahnya. Dipesan, ini tok beli, untuk Aqil & Ammar kongsi. Aqil teruja untuk membuka. Tapi dia suruh umi yang buka. Bila ternampak gambar Cars di dalam bungkusan, muka Aqil bercahya, melompat riang terlihat kartun kegemarannya. Ammar turut teruja. Sejurus kemudian mainan tu dah ditangan dorang.

"Maceh uwan" .

Selasa, Disember 23, 2008

Kanak-kanak memang riang III

Jam sudah 12 malam. Suis TV, lampu & kipas di ruang tamu dimatikan. Anak-anak di ajak tidur.

"Sudah-sudah, tido tido tido" Abah mengeluarkan arahan.

"Jom Aqil, Ammar, masuk tido, amik baju" Umi pula mengajak.

Aqil yang masih lagi bermain mainannya akur, Ammar merengek kerana belum puas bermain. Umi angkat dan dukung masuk ke bilik. Abah ke dapur membancuh susu baru untuk Aqil.

Aqil mengambil tempat, berbaring di tempat tidurnya, beralas tilam atas lantai di hujung katil.

"Aqil tak yah la minum susu, tadi kan dah minum, tido je boleh?" Abah sengaja mengusik, menyorokkan susu dari Aqil.

"Nak susu" Aqil meminta.

"Takde takde, susu habis, tido je, gih, tido tido tido" Abah menolak tegas.

Aqil hampa, dia berbaring dengan menyelimut muka dengan baju kegemarannya.

Ammar yang belum mahu tido mula merengek kembali.

"Marrr tido tido tido !!" marah Aqil dari bawah.

Hehehehe.. Abah & Umi geli hati.

"Aqil, meh tido kat atas meh" Abah sengaja mengusik.

"Nanakkk tido tido tido !!" balas Aqil lagi.

"Aqil nak susu?" Umi plak mencuba.

"Nanakkk tido tido tido !!" Aqil menjawab dengan muka masih ditutupi baju busuknya.

"Nah Aqil, ni susu ni" Abah kesian, dihulur botol susu, Aqil selak baju, muka bersinar, capai botol.

"Eh, cakap apa abah dah buat susu kat Aqil?" Umi tegur.

"Maceh, luv u" Aqil jawab.

Hehe.. kan kanak-kanak memang riang.

Jumaat, Disember 19, 2008

Sinetron Dramalova Part 1

Babak 1

Marcia berkata pada suaminya Diego.

" Abang, rumah kiri kanan kita semua dah cat tembok dan pagar kaler baru, rumah kita je tembok berkulat macam setinggan".

Diego menjawab sambil menyelak helaian surat khabar.

"Alah, biar la dorang nak cat hias rumah dorang, kalau datang perampok, harus dorang tak selera nak lompat masuk umah kita, rumah kiri kanan kita lebih nampak kaya"

Marcia terdiam setuju, teringat kisah geng perampok 'Maghrib' yang merampok kawannya di Taman Rio De Jenerio Jaya.

Babak 2

Jiran Diego, Carlos dan Cristina merupakan suami isteri yang berkerja. Ada sebuah kenderaan Multi Purpose Vehicle dan sebuah kereta kompak. Rumah mereka baru di ubahsuai sebelum dimasuki mereka dekat-dekat nak sama dengan masa mula-mula Diego dan Marcia duduk di perumahan itu.

Marcia saja memulakan perbualan dengan Diego yang baru pulang dari kerja.

"Abang, jiran kita abang Los tuh boleh kata kita kaya lagi dorang, dia kata abang keje gaji mahal, anak-anak dorang yang cakap kat Marcia"

Carlos kehairanan, getusnya didalam hati, aku ada kenderaan nasional Brazil model 2005 je, nampak kaya ke?

Sesi Sinetron Dramalova waktu petang akan bersambung..

Rabu, Disember 17, 2008

CIQ - Baru, Cantik tapi Gagal

Sebagai pembawa kereta tegar yang terbiasa membawa kereta merentangi tambak Johor serta merentas sempadan antarabangsa, aku bertuah kerana dapat merasa detik2 pertama bilamana CIQ JB yang baru dibuka.

1 Disember dorang rasmikan CIQ, kereta yang keluar dari Singapura ke JB masih berurusan di kaunter kastam & imigresen di tambak tetapi laluan keluar melalui bangunan CIQ & kaunter2 bagi tujuan penyelarasan & penyesuaian. Kaunter keluar dari JB masih lagi laluan yang sama melalui jalan stesen keretapi.

16 Disember 12.01 pagi, kedua-dua kaunter laluan keluar dan masuk kastam & imigresen JB telah ditutup, semua laluan melalui CIQ JB. Tetapi sistem ini gagal.

Apa yang aku perhati dan ingin berkongsi disini:

1. Laluan masuk ke Johor Bahru sesak amat teruk pada waktu pagi 16 Disember ~8 pagi. Selepas kaunter tambak yang lama, laluannya mendaki dan berliku, hanya ada 2 laluan untuk dikongsi antara bas & kereta sebelum sampai di tingkat atas kompleks CIQ baru diasingkan laluan kereta dan bas yang berlainan tingkat. Bas beratur berderet2 dari atas sampai di kawasan luar tambak lama. Penumpang yang tak dapat bersabar turun dari bas dan berjalan kaki secara mendaki hingga ke tingkat kaunter perlepasan penumpang bas. Harus wajib dorang sumpah seranah sape yang design laluan masuk CIQ ini. Mujur aku masa tu di laluan keluar dari Johor ke Singapura, dalam hati mengharap balik nanti tak sesak camtu sekali.

2. Laluan untuk ke kaunter perlepasan kenderaan (dari Singapura ke Johor) mempunyai banyak lorong, kalau tak salah dalam 16 lorong dan semuanya dibuka hari itu. Semua harus memberikan passport untuk diperiksa, walaupun dulu pemegang passport Malaysia hanya melambai passport mereka tanpa perlu menghulur dan menerima. Masa memproses tidak lama, tapi disebabkan Touch n Go diwajibkan kepada semua kenderaan untuk pembayaran tol, aku rasa ini punca utama kesesakan yang berlaku. Semua yang tidak mempunyai TnG harus keluar dari kenderaan, berjalan ke kaunter yang menjual kad ini atau pun membeli dari wakil2 TnG yang sedia berdiri di permulaan lorong masuk. Pulak tu, hanya ada 2 kaunter Tambah Nilai TnG. Itu pon tiada tanda yang jelas untuk kaunter ini, nasib aku bertanya pada wakil PLUS yang sedang memegang kad untuk jualan pada waktu itu.

3. Pengawasan tidak ketat langsung. Boleh tak ada Unser depan aku masa tengah beratur untuk urusan passport & TnG boleh turunkan anak-anak dia, 3 orang, semua kanak-kanak bawak 12 tahun, untuk ke tandas. Mujur ada pegawai imigresen yang sedang berjalan ke kaunter masing-masing bertanya apa tujuan mereka turun di kawasan ini sebelum urusan passport. Dengan baik hati mereka menyuruh seorang lagi pegawai perempuan untuk menunjukan tandas tersebut. Yang aku yakin bukan tandas untuk orang awam. Kalau Mas Selamat Kastari la yang turun tuh, konfem selamat dah dia menyelinap memasuki Johor.

4. Laluan masuk keluar kenderaan agak sempit, kalau Humvee la yang lalu, mau terlanggar jugak divider laluan kat sini.

5. Untuk memastikan semua kenderaan sangat perlahan memasuki dan keluar dari CIQ, bonggol khas telah diletakkan. Agak tinggi, berpetak bukan bujur, diperbuat dari besi dan mungkin ada konkrit dilapisan bawah, tapi sekali naik, terhinggut jugak suspensi design Lotus Gen2 aku. Kalau letak cawan isi air letak atas dashboard macam cerita komik Initial D, mau tumpah semua basah kuyup dashboard. Paling hangin bila ada kereta-bangang-pegi-potong-spring-modified-suspensi kat depan yang melintang naik bonggol ini slow gila.

6. Laluan keluar dari CIQ ke arah luar bandar sudah mula lancar, dulu mungkin ramai yang sesak di jalan pantai Lido atau jalan Wong Ah Fook, tapi disebabkan CIQ baru ini 100% bypass downtown JB maka CIQ ini mungkin gagal kerana pembangunan downtown JB harus terjejas. Stesen minyak Caltex yang terkaya di Asia Tenggara juga mungkin terus tutup atau tinggal 2-3 pam sahaja. Mujur laluan keluar pejalan kaki masih di depan City Square, maka perniagaan runcit & jualan retail mungkin hanya sedikit terjejas. Teksi dan bas juga rasanya tak terjejas. Cuma mungkin perniagaan yang fokus kepada penunggang motorsikal & pemandu kereta akan mengalami kekurangan pelanggan.

Ini mungkin seperti kata-kata Mr Arsene Wenger "early glitch". Tengok la nanti 2-3 minggu selepas ini, mungkin ada perubahan dan lebih lancar. Juga apa kesan dan akibat dari pembukaan CIQ ini terhadap down town JB. Mungkin aku juga ingin merasa pengalaman sebagai pejalan kaki di ruang CIQ, kot-kot rasa cam dalam lapangan terbang KLIA ke. Kalau dorang buat Nandos ke kat dalam tuh, bleh bawak anak-anak jalan-jalan makan-makan ke.

Rabu, Disember 10, 2008

Cara-cara menulis blog yang sepatutnya

Ya bertemu kita dengan sesi pembelajaran kita yang pertama. Cara menulis blog yang sepatutnya adalah seperti dibawah. Berikut merupakan contoh paling efisyen untuk rujukan semua:

Aaaa.. malas nak tulis edisi lain2, sume gambar ada la 2-3 album baru telah dimasukan dalam Picasa. Secara ringkasnya aku notakan disini apa yang telah dilalui setakat Disember 2008 ini, gila sibuk bejalan.

1. Aku pertama kali menjaga booth expo secara propesenal kompeni kat Singapura, OSEA2008. 2 hari berturut-turut. Rasa macam jurujual, juga pada masa yang sama macam propsenal bila melawat booth orang lain. melawat expo buleh menmbahkan ilmu pengetahuan kerana para propesenal yang menjaga booth adalah sangat berpengalaman dan petah berkongsi pengetahun tentang produk mereka. Disamping itu mende penting yang harus diperhatikan semasa melawat expo sebegini adalah cenderahati. Ada yang kiut bleh bawak balik bagi anak-anak main seperti bola2 bercahaya LED, soft toys, pemegang kunci, label beg, pemengang peti ais, dan yang paling gempak, thumb drive 256MB. Haha. Tips, awal2 pagi pegi keliling semua booth, sila tandakan booth yang harus dilawat untuk menambah ilmu, dan booth yang perlu dikutip mende2 kiut itu. Pen takyah cerita, semua orang bagi. Bagi pelawat2, semua kendong beg2 sandang cenderahati, agak2 berapa orang sangat la yang belek balik brochure yang dorang kendong balik dalam tuh ek.

2. Raya haji kat umah abang serta hotel Emperor melaka. Saja duk hotel semalaman. Sempat mandi kolam yang sejuk sebab ujan, 20 minit je terus naik. Naik Eye on Melaka dimalam raya (tak sempat nak bertakbir raya kat atas tuh, banyak isthighfar je sebab gayat). Mak & pak tak naik sebab kene beratur panjang (tak nak berdiri lama), pak kata, ala naik buat apa, nampak Melaka je. Pak buat korban di masjid Jasin, kemudian masak2 di rumah abang makan malam. Baru aku tau rasa sum-sum tulang kaki tu cemana.

3. Aku kemudian ada keje kat PD, aku rasa sangat berbaloi dan membuat keputusan yang tepat untuk menetap di Avillion Admiral Cove. Gila puas ati bila tengok kondisi bilik. TV LCD flat skrin gantung kat dinding 32 inci. Ada Astro tiap satu cenel utama. Internet laju serta percuma, perabot ringkas tapi praktikal. Luaran ada marina tempat orang2 kaya parking kapal layar. Kolam mandi yang unik. Makanan sarapan pelbagai citarasa. Apa gila aku pegi buat perkiraan nak duduk sini ke Seri Malaysia? Harga? RM189 offer Jusco Card untuk bilik 2 katil single. Seri Malaysia? RM140. Yang ni memang akan aku rekemen untuk tiap pelancong yang nak datang PD. Mujur anak bos setuju dengan keputusan ini walaupon terlebih dari harga siling kompeni untuk penginapan semasa bekerja.

4. Aku saja google carik blog kawan2 skolah. Aku terjumpa salah sorang kawan aku yang bertukar link dengan Abg Abu Hassan Hasbullah. Blog nya berlaras bahasa tinggi, bergayakan portal majalah, kandungan banyak berkisar dengan kerjayanya sebagai pensyarah filem. Buleh buat modal bersembang. Bahasa laras tinggi itu kalau dibanding dengan blog aku, memang cikai abis blog ini. Haha. Perbendaharaan kata yang digunakan melorong lintang terlambung cantik bola itu dan terus ditanduk Shukor Adan. Haha. Kan dah terpengaruh.

5. Dah masuk Shukor Adan, harus wajib aku tersentuh untuk menyebut tentang kekalahan Malaysia ditangan Vietnam dalam AFF Cup semalam. Minit sudah memasuki 85. Indra Putra tunjuk menunjuk benteng Vietnam bersama Safee Sali, dirembat rendah bola kuisan Safee ke gawang gol Vietnam. Malaysia 2, Vietnam 2. Sathia girang gembira, Encik jurulatih Omputih Vietnam gundah gulana, badan dipeluk tangan, murung. Pemain Malaysia berpelukan, seri menjanjikan laluan lebih cerah ke separuh akhir seterusnya menutup terus peluang Vietnam selepas kalah 2-0 ditangan Thailand. Bola diletakkan ditengah padang, sepak mula disambung, bola mula melintang membujur di kedua-dua kawasan. Tiba-tiba satu hantaran tinggi dari tengah oleh pemain Vietnam, hajat dihatinya agar rakan penyerangnya dapat meluru menyambut ala-ala Henry dan dirembat terus ke gawang gol, tapi kaki pengkaunya melambung jauh dari jangkauan rakannya. Pertahanan Malaysia mendepang tangan tanda bola terlalu jauh dari jangkauan pemain lawan serta isyarat bola tidak merbahaya dan mudah untuk Helmi Eliza MVP Liga Super Malaysia 2007 menangkap bola tersebut. Sesuatu yang tidak terjangka telah berlaku, Helmi Eliza MVP Liga Super Malaysia 2007 tidak berada di posisi yang sepatutnya, bola lambungan tidak merbahaya langsung itu terus melantun tinggi di depan beliau. Beliau cuba berlari ke gawang, kakinya terluncur ketika berlari, bola melantun terus ke arah gawang gol, tika ini Helmi Eliza MVP Liga Super Malaysia 2007 mungkin sedang berdoa agar tiang gol secara superstitious beralih posisi ataupon bola itu tesangkut dek lecak. Realitinya penyokong Vietnam melompat riang, Encik Jurulatih Omputih berlari2 mendakap pemain, Helmi Eliza MVP Liga Super Malaysia 2007 menutup muka, malu atau menangis? Skop kamera kemudiannya kembali kepada Helmi Eliza MVP Liga Super 2007, gerak bibirnya dipastikan ucapan "Ba#* betul, Ba#* betul" sambil mengeleng gelengkan kepala, kan ke baik kalau ko istighfar ke, tadah tangan berdoa ke. Ye, semua setuju itu adalah kesilapan budak sekolah. Tapi aku tidak bersetuju, dulu main peringkat sekolah, semua gol dijaringkan dengan rembatan padu, chip cantik, gerak lenggok mengelirukan, lipat bola crossing serta tandukan tajam, takde lambung-lambung bola melantun depan gol keeper tak bleh tangkap. Minit ke-90 tambah 3. Malaysia kalah 3-2 ditangan Vietnam. Dulu ada keeper Malaysia yang lepas gol bangang gak, Malaysia kalah final Sukan Sea, terus keeper ini tidak lagi mempunyai daya motivasi dan kekonfidenan, bila main balik pon dah jadik tak terrer. Aku harap Helmi Eliza MVP Liga Super 2007 tak macam tuh, ni kes jadik skali je seumur hidup. Apa gila kalau dia hilang tahap konfiden, terus tak bleh main, Kedah konfem kecundang abes season depan. Dia patut pegi mintak air penerang hati pondok, minum tiap-tiap hari, mana tau, kot bleh sambung jadik cikgu skolah ke lepas nih. Apa-apa pon sepatutnya surat khabar Malaysia patut mengalih perhatian pada para penyerang-penyerang yang tak bleh menjaringkan gol dengan lebih banyak sebagai punca sebenar Malaysia kalah, bukan Helmi Eliza MVP Liga Super 2007. Titik.

Nota kaki Helmi Eliza MVP Liga Super 2007 yang tergelunsur:
Blog harus ada kandungan, ada capaian dalam kandungan, ada komen tentang kandungan. Amacam, menarik tak tips membuat blog aku?

Selasa, Disember 02, 2008

29-30 Nov 08 Hulu Langat - Subang - Shah Alam - Jasin

Sabtu pagi aku cadang nak servis keta, Proton tak bukak plak. Tukar buat alignment tayar, kene plak ganti 2 biji rim sebab bengkok, brek pad depan ngn sebiji bearing depan kanan. Kopak.

Dah tengari baru siap, kenduri kat Hulu Langat dalam kad kata abis kol 4 ptg. Aku terpaksa melajukan pemanduan untuk sampai sebelum tamat majlis. Ada la 2 kali U-turn (bukan sesat, salah simpang je) baru sampai rumah majlis. Sempat salam2, bagi hadiah, makan, terus blah. Gerak ke umah Kak Nora, rehat2, makan2 lagi, Kak Nora suh singgah sebab ada barang nak diberi.

Begerak pula ke Subang, antar Ezi & anak-anak ke rumah makcik. Malam aku dah janji meeting ngan kawan2 UTM di Kajang. Membawa kereta berkelajuan tinggi lagi ke Kajang. Rabak lagi dengan hentian-hentian tol bertalu-talu. Sampai kol 9 kat Old Town Metro Point. Dorang pon belum samapi, padahal sume janji kol 8 malam. Meeting berakhir kol 1 pagi. Dilanjutkan dari Old Town ke KFC bersebelahan. Pulang ke USJ dan tido dalam kol 2 lebih.

Awal pagi lagi dah bangun, Doktor Zaahirah pegi keje seawal 640 pagi, aku bersyukur aku bukan doktor, apa gila pegi keje awal2 pagi. Dulu pegi skolah pon kol 715 pagi, mana bleh pegi awal2. Dalam tu juga Qis & Yam telah bersiap-siap untuk majlis konvo Qis, dia kene berada di UITM jam 730pagi. Kami betul2 bersiap untuk cek-out umah makcik jam 1030pagi, ke umah Makcik Lona antar Walker pinjam, pastu terus ke UITM. 2 kali pusing UITM baru jumpa parking. Lepas mendaki tangga2 UITM sampai la ke bahagian dewan, gila ramai orang. Jumpa Qis, amik gambar lebih kurang, kami terus ke umah mak caq, nanti jumpa dorang disana. Kami sempat ke gerai Upin & Ipin, ada banyak mechandise Upin & Ipin original kat sini, aku rasa dorang bleh jadik lebih hebat dari Mickey Mouse kat Malaysia nih kalau betul marketing dorang.

Relek2 lebih kurang kat umah mak caq, layan nasi daging, ayam masak merah. Tambah sepinggan lagi. Dekat2 nak balik, Aqil telah tersadung henbag, jatuh tertumus, gigi kene lantai, pecah serpih dedua gigi taring, 3 gusi gigi bawah berdarah banyak, teriak jugak la dia. Mujur tak patah terus. Kalau tak, rongak, abih terjejas muka comel dia. Kol 4 keluar rumah mak Caq.

Terus kami gerak ke Jasin, sampai Jasin kol 5 petang. Bleh plak abang mencadangkan untuk melayan kolam air panas, ingat nak singah kejap2 je. Pegi gak walaupon dah kol 630. Seronok la budak-budak nih dapat main air, paras air pon ok untuk kolam budak2, tak panas pon yang ni. Dah kol 7 baru naik, pegi berendam kejap tempat punca air panas sebenar, memang agak panas dan terasa sedikit mencucuk2 masa mula2 rendam kaki dalam tuh. Kol 745 dah kat rumah abang. Mandi, siap2, abiskan mee goreng tadi, gerak keluar jam 830.

Sampai JB kol 1130. Sempat aku tunggu Arsenal lawan Chelsea. Tak sia-sia aku tunggu sampai kol 2 pagi. RVP menyelamatkan Arsenal 'secara setangan beliau'. Sekian.

Baru aku tau Picasa 3 bleh buat mende cam nih. Satu album cukup letak satu gambar. Nak tengok satu2, bukak Picasa. Hebat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...