Advertlets

Selasa, Ogos 04, 2009

Nak Laju bak Charade Aura?

Dalam satu perbualan kosong di gerai makan atas Bukit Saga bersama encik Juan.

Aku yang tidak mahir dan berpengetahuan langsung tentang arena kereta, melopong kosong bila mendengar tentang sebuah Charade Aura yang laju gila sampaikan Evo dan Skyline pon ditibai jauh ketinggalan dalam Sepang Drag Battle 2009 baru-baru ini. Juga, dikatakan enjinnya tidak menggunakan kuasa turbin siput.

Sampaikan bila dah menang, pemunya dan joki kereta ini sangat berahsia, tak nak buka hud depan untuk tunjuk sikit pon rupa bentuk enjinnya. Orang letak RM500 untuk sebuah skru. Juga tidak endah. (Fakta ini Encik Juan kata untuk kereta Kancil yang laju, bukan Charade Aura itu, jadi abaikan).

Adakah benar? Biar betul? Opismate aku pon pakai Charade Aura, memang sedap pikap, tapi dah lama sangat usia kereta dia, nampak macam nak relai sana sini je, bunyi ek ook ek ook, wayar terburai bersimpang siur, ekon kaput, pintu dah kaler lain, suspensi keras, stereng silap-silap kona kiri dia pi stret jugak.

Aku tertanya, ye ke ada Charade Aura yang sebegitu?

Aku bertanya tentang perkara ini kepada sebuah perpustakaan. Apakah rupanya Charade Aura itu? Adakah sesiapa di dalam perpustakaan itu pernah menyebut tentang kereta itu? Perpustakaan aku menjawab penuh sopan. Begini:

Ketika memintas sebuah Evo

Tapi betul ke dia tak berani buka enjin untuk bagi orang tengok? Bagi aku tengok pon aku bukan tahu apa. Hahah. Tapi sebab masa dulu kat sekolah, aku diwajibkan membuat ujian personaliti. Setelah ujian dibuat, salah satu personaliti aku paling cenderung adalah bersifat mulia. Hahah. Ok. Tipu je. Sebenarnya bersifat investigatif. Jadi aku tidak berputus asa bertanya kepada perpustakaan itu lagi. Adakah rupa bentuk kereta ini di mana-mana baris atau lajur lorong ilmu di perpustakaan ini?

Perpustakaan aku memang tidak menghampakan.

Kelihatan sebuah piala di atas kereta ini. Ada no A12 sama macam yang dalam gambar sebelum ini.



Bahagian belakang bonet yang diperkuat kerangka

Tapi dimanakah kekuatan sebenar Charade Aura putih ini sampai jadi laju sangat? Usain Bolt pun mungkin tercungap nak kejar rerasa kalau ajak berentap pecut 100m.

Jawapan kepada kemusykilan aku terjawab satu persatu. Rupa-rupanya. Ia seakan kontroversi yang sedang melanda acara renang dunia sekarang. Ya, baju renang yang sedang dipertikaikan semua orang sehingga memecahkan rekod dunia acara renang kelihatan mudah oleh perenang tidak ternama. Micheal Phelps pon kalah 2 acara sebab baju renang kontroversi tersebut.

Mengikut pandangan mata kasar aku, Charade Aura ini telah diubah suai sepenuhnya mengikut hukum fizik supaya mempunyai daya apungan yang tinggi seperti baju renang kontroversi dunia renang sekarang. Berat sebenar kereta ini telah dikurangkan sehingga minimum. Yang tinggal hanya komponen-komponen berkuasa tinggi untuk memecut laju sahaja. Lantai belakang takda. Cermin tepi dah jadi plastik ringan. Cermin belakang diganti jaring halus. Bumper depan setakat syarat. Struktur badan dan tayar diperkuat supaya masih berupaya stabil dan tidak melayang. Macam budak Felda perelai moto buat racing la. Cuma badan Charade Aura ini masih dikekalkan. Jadi luarannya masih seakan kereta. Charade Aura.



Cermin belakang yang dah jadi jaring. Lantai belakang tiada. Tinggal rangka sahaja.

Setakat pendedahan sebegini, semua mungkin masih tidak berpuas hati bukan. Semua mungkin tidak percaya. Ini bukan rahsia sebenar sebuah kereta laju pengalah Skyline dan Evo. Takkan pemunyanya memang kedekut sampai tak nak tunjuk apa jenis enjin yang dipakai. Yeke tak de turbin siput boleh lagi laju dari kereta berturbin siput? Nak jugak tengok kan rupa enjin itu, walau sepatah haram tak kenal komponen enjin kan? Hahah. Jadi. Perpustakaan aku juga mempersembahkan ini.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Juan- Hang kenai dak uncle yang letak RM500 tu? Aku nak bagi gambaq ni, RM50 pon ok dah.

Untuk pengenalan lanjut tentang komponen berwarna biru, kelabu, hitam, merah dan separa gangsa itu, aku serahkan kepada yang lebih arif. Kalau suruh aku kenalkan ikan air tawar aku boleh jawab lagi. Bagi hat ni aku dengan rendah diri mengaku tak tahu.

Aku ingin menamatkan sesi bercerita kali ini dengan sedikit pandangan mengikut fikiran cetek aku.

1. Selalu-selalu aku tertengok orang letak stabilizer bar melintang enjin. Tapi kereta ini takdak pon, tapi masih laju, jadi adakah stabilizer itu berfungsi ibarat aksesori peletak cawan tambahan sahaja?

2. Selalu-selalu juga aku terlihat ekzos yang besar. Bunyi bingit. Tapi takdak pon di kereta ini yang terbukti lajunya. Adakah ekzos besar sebenarnya ibarat pembedahan palstik perbetul hidung seperti MJ, yang bila nyanyi tetap bersuara sama sahaja?

3. Juga aku selalu terlihat kereta spot rim berkilau, besar oversize. Tayar mahal. Tapi kereta ini pakai tayar yang macam tanpa cap mahal je. Spot rim pon macam beli seken je. Tetapi tetap laju. Jadi spot rim berkilau dan tayar berjenama mahal sebenarnya bolehlah diibaratkan seperti sarung bantal dan cadar, kaler dan design apa sekalipun tidur tetap lena kalau dah mengantuk.

4. Lagi juga aku ternampak kereta bercermin gelap. Tapi kereta ini takde pon main tinted2 nih. Cermin buh jaring je. Juga lebih laju dari kereta bercermin gelap. Maka, kereta bercermin hitam gelap ini bolehlah disamakan seperti si buta yang memakai cermin mata gelap Ray Ban agaknya.

5. Aku juga tertarik dengan skirt dan bumper modifikasi pada kereta-kereta jalanan. Boleh membelah angin, mengurangkan pekali geseran dan menambahkan aerodinamik. Tapi kereta ini juga tiada menda alah itu. Adakah itu bermakna skirt dan bumper modifikasi hanyalah ibarat alat kosmetik SK-II yang kalau pakai bedak Cuticura pon sama juga putihnya?

6. Juga aku terlihat hidung besar di atas hud sebuah dua kereta, supaya angin masuk dengan banyak. Ammar kata itu kereta " Ha Haaaa Haccuum" (bersin). Benarkah? Kenapa hidung hud Charade ini biasa-biasa sahaja? Muffler angin pon ciput je?

Begitulah.

Kredit sumber gambar : Autojunctions.com & Lemon9.c0m

4 ulasan:

Juan Nazlan berkata...

ish3x.. nampaknya hang dah gabungkan 2 cerita jadik satu la.. tu la, bz sangat bekerja.. hahaha.. yang taknak bukak botet dan yang tak berkuasa turbo tu ialah keta kancil.. bukan charade ni.. nampaknya ada kesilapan disitu.. ok la, aku try jawab persoalan hang..

1. stabilizer untuk cornering. main drag tak memerlukan cornering. stabilizer tu untuk mengurangkan understeer dan oversteer kereta dalam keadaan mengambil selekoh pada kelajuan yang tinggi.

2. exzos besar amatlah perlu terutama untuk kereta2 drag. bunyi pun toksah cakap la. rata2 kereta drag outlet exzosnya akan berada di belakang tayar hadapan. pernah dengar bunyinya? macam celaka..

3. jangan terpengaruh dengan design rim. kebanyakkan keta2 drag ni akan guna rim yang mahal2 walaupun tak berkilat seperti baru di mana rata2nya datang dari jepun melalui kontena. antara rim2 yang femes adalan 'evo regamaster', 'P1 buddy club', 'advan rg' ataupun 'ssr' yang berdiameter 15" dan rata2nya berat sebijik rim hanyalah 3-4 kilo sahaja..

4. cermin gelap hanyalah aksesori duniawi sahaja. tapi kalau pakai jaring, berani ka bawak anak bini? hehehe..

5. kereta drag tidak memerlukan bumper depan untuk tujuan penyejukkan. tengok berapa kipas radiator charade tu pakai?

6. scoop aka hidung besar ni adalah aksesori wajib untuk model2 subaru turbo di mana intercoolernya terletak kat atas enjin. keta lain tiru ja..

yang lain, sila tambah ye..

Juan Nazlan berkata...

lagi satu, nanti aku perjelaskan kekeliruan yang berlaku dalam blog aku.. hehehe..

Adam Ruslan berkata...

^Juan^

Hahah. Mekasih atas penerangan hang itu.

Fakta yg salah dah diperbetul. Seingat aku kita sembang ceta Charade, bila termasuk Kancil tu aku tak perasan la kot. Hahah.

Titik pengakhiran cerita ini adalah, kalau niat nak kereta betul-betul LAJU, Charade itulah ukuran parasnya.

Kalau niat itu termasuk cantik, lawa, sedap mata memandang, bergaya, ada kelas, berkuasa, lebih selesa, lebih responsif, bawak anak isteri, itu cerita lain.

Bawak bertenang ye, aku tau hang berpengetahuan bab modifikasi ini, cuma aku melihat dari sudut pembawa kereta biasa-biasa saja. Yang hanya jaga servis, tukar tayar, pam angin, jalan. Hahah.

Tapi kalau ingin memperkayakan pengetahuan tu, sila-sila.

Sikit-sikit kene jugak provok kan, bola tak start lagi ni. Hahah.

Juan Nazlan berkata...

aku mana la terer sangat pasai modifikasi2 ni.. masih dalam pembelajaran.. hehehe..

p/s: fabregas akan ke milan.. hahaha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...