Satu babak je kali ini.
Diego dah lambat 3 hari dari tarikh selalu-selalu masukan duit sewa. Selalu-selalu dapat duit terus segala hutang dan liabiliti dilangsaikan. Apa yang tinggal selepas semua pembayaran akan digunapakai buat makan minum pakai anak isteri sekeluarga.
Seperti biasa. Diego Brabank2U aje duit sewa kepada Encik Santiago. Dah lepas Brabank2U. Diego sms Encik Santiago. Bagitahu dah masukan duit. Kali ini buat macam tak bersalah. Tak mintak maaf pon walau lambat masukan sewa.
"Duit sewa rumah sudah dimasukkan - Diego" Sms dihantar.
Encik Santiago tuan punya rumah sewa berpagar hitam berkarat, bertembok batu berkulat pon membalas. "Tk"
Diego buka, baca dan senyum. Lega.
Mungkin ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak, sms dari Encik Santiago masuk lagi. "Tk"
Sesudah itu, berbunyi lagi henpon jagoaan (champion) Diego, sms masuk lagi. Sms dari Encik Santiago lagi. "Tk"
Dari bunyi nada dering asli, Diego tukar kepada bunyi sekali dering sahaja untuk sms. Takut-takut sms masuk lagi. Mana nak tau.
20 minit kemudian. 11 lagi sms baru masuk. Semua sms dari Encik Santiago. "Tk".
Diego mula tak sedap hati. Mungkin dari terima kasih banyak-banyak, Encik Santiago ingin memberitahu ribuan terima kasih. Atau sengaja Encik Santiago mahu mempermain perasaan halus Diego? Atau Encik Santiago sengaja memperli dengan menghantar sms banyak-banyak?. Diego berbelah bahagi nak balas kembali sms-sms "Tk" Encik Santiago atau tidak. Supaya tidak nampak sangat bersalah.
20 minit selepas 20 minit pertama. 11 lagi sms yang sama masuk lagi. "Tk"
Ini sudah benar-benar memecahbelahkan perasaan Diego. Dengan hasrat dan niat agar kredit Encik Santiago tidak susut kerana ucapan "Tk" nya. Diego menghantar satu sms paling demokrasi.
"Saya dapat sms yang sama dekat 20 kali. Ada tersalah tekan kot?"
Mujur. Selepas itu hanya 1 sms yang datang kembali.
"Ya, Maaf".
Sms memang tidak berperasaan. Sampai hati sms mempermainkan perasaan Diego!
4 ulasan:
azmir - aku pernah kena jugak. tapi aritu aku tertekan nomak member aku (dia previously pinjam hp aku call mak dia) pastu letak dalam poket lupa nak kepad lock. hah..habis rm 30++ baru topup.
Yang aku geram tu, makcik yang angkat tu letak je la telefon tu kalau respon tak ok. ni biarkan jugak. Gigih nak bergayut dengan poket aku kan?
haha~
saya penah tertekan call number kawan..
kawan tuh boleh pulak hold call tuh sampai le duit topup tu nak habis..
selekeyh..
saja nak kenakan orang..
^azmir + afzan^
len kali tukar guna pasca bayar. tentu kredit tidak akan habis lagi. hahah.
hahah perasan.. hahahaha
gelak guling2..
Catat Ulasan