Bulan lepas, aku tinggalkan Aqil & Ammar hampir sepurnama di kampung, sepanjang bulan itu, menjadi rindu Aqil dan Ammar kat aku. Aku? Orang tua memang kurang jujur sikit dengan cara melahirkan perasaannya. Hahah.
Masa aku balik untuk ambik dorang balik. Aku sampai awal pagi. Sebelum jam 8 lagi dah sampai rumah Tok Mek. Aqil dan Ammar masih lagi tidur. Nampak sedikit perbezaan dengan yang sebelum aku tinggalkan dorang sebulan lalu. Raut wajah macam makin membesar.
Aku duduk sebelah Aqil. Cuit-cuit, dia masih tak nak mangkit. Ummi dia pula kejutkan. Dia dengan mata terpisat-pisat, gosok mata, nampak aku. Muka terus bercahaya, terus berdiri peluk aku. Tangan kat leher, kepala di dada. Rindu. Seronok. Kemudian duduk atas riba aku. Tak menginjak dah.
Ummi dia kejutkan pulak Ammar. Ammar mangkit, nampak aku dan terus eksaited. Berlari-lari anak buat pusingan. Tak pulak lari peluk aku. Tapi nampak jelas gembira sebab aku ada di depan mata.
Kemudian, saban hari, Aqil akan bertanya "Abah nak pegi mana?". Aku nak mandi dia tanya, aku nak pakai baju dia tanya, aku nak baring baca suratkhabar dia tanya, aku naik ke ruang atas dia tanya. Risau agaknya dia ditinggalkan lagi.
Selepas hampir 1 minggu penuh aku bersama-sama dorang di rumah JB. Setakat pegi balik kerja Aqil dan Ammar dah tak kesah sangat, dia tahu, menjelang petang lewat nak ke malam Abah mereka pasti pulang dari kerja.
Cuma, Ahad baru ini, aku sekali lagi kena bertugas di luar kawasan. 3 hari 2 malam. Dari pagi lagi, bila aku lepas mandi, masa tengah pakai baju, bukan baju kerja pon, jeans dan jersi je, tapi Aqil tetap nak tanya, "Abah nak pergi mana?"
Aku jawab, "Abah nak pergi kerja".
Muka Aqil berubah " Tak boleh, abah tak boleh pergi keja!" sedikit marah.
Sebab nanti lewat tengahari baru aku nak pergi, jadi aku sengaja tak sebut dah hal nak pergi kerja. Tapi Aqil tetap tak berpuashati. Masa aku nak mandikan dia dan Ammar pon, dia tetap marah "Abah tak boleh pergi kerja!".
Memang marah sungguh, sampai menjerit dia marah. Nada tinggi.
Lepas mandi dan pakaikan baju, aku bawak pulak anak-anak berdua itu untuk keluar membeli sedikit barang runcit. Hal pergi kerja dah sedikit suam.
Lepas makan tengahari, masa tengah bersiap-siap untuk kemas baju dan seluar serta kelengkapan lain, sekali lagi Aqil dapat menghidu, aku memang akan pergi kerja.
Baju dan seluar yang nak dilipat dirampas Aqil. Sambil geleng kepala. "Tak boleh, tak nak abah pergi kerja!".
Aku jawab, "Abah memang kene pergi kerja. Ummi kan ada"
Aqil marah lagi. Masa aku bawak beg masuk kereta, dia pukul aku. "Aqil tak nak kawan Abah!"
Masa aku nak masuk kereta, untuk salam dia bagi. Tapi dah mula teriak. Ammar yang tahu aku tak bawak sapa-sapa yang lain masuk kereta sekali, turut teriak. Aku lepaskan brek tangan dan kereta mula mengundur.
Teriakan Aqil dan Ammar makin kuat. Ummi dia dah peluk dorang berdua. Syahdu. Tak caya? Aku sempat mengambil gambar ini sebelum memandu ke destinasi.
Aqil yang sedang teriak
Ammar teriak jugak lepas Aqil teriak
Notakakidipedalkereta: Aku tidak tahu macamana ada juga orang yang bertekad untuk berkahwin tapi masih tidak mahu untuk mempunyai anak. Alasannya, dia sendiri 'tidak boleh blah' dengan kanak-kanak dan bila dah ada anak, ianya lebih banyak mendatangkan masalah. Betapa ruginya dia tidak merasai nikmat punyai anak. Ammar teriak jugak lepas Aqil teriak
Aku hantar sms lepas je tol Skudai, tanya dah bagi susu ke tidak untuk dorang, kot letih sangat main, tu yang teriak tu. Masuk satu sms dari Ummi dia.
"Kesian tengok dorang teriak, ummi dia pon teriak jugak"
"Kesian tengok dorang teriak, ummi dia pon teriak jugak"
11 ulasan:
haha - abahnye pun teriak jugak kan..
pergh..citer ni mmg klass..sedey gak aku baca..
syahdu gile~
best ada anak kan~
err..tapi saya kawenpun belum....
ape kesh..
saya mcm nk teriak gak bila ingat time hubby tarpaksa tinggalkan anak bini di kg kerana tugas.. huhuh...
ahahah.. keadaan yang sama berlaku kat aku bila tinggal anak + isteri 2 bulan kat kg masa pantang haritu.. memang syahdu.. hahaha.. tapi biasa la orang tua, kontrol macho lebih.. hahaaha..
^a z m i r^
kopipes:
"Aku? Orang tua memang kurang jujur sikit dengan cara melahirkan perasaannya. Hahah"
^Helmie_Hleb^
Syahdu-syahdu jugak ko ye. Hahah. Anyway. Thanks.
^noorafzan^
Takpe, mana-mana yang boleh diambil pedomana, ambil la ye.
^anur^
Banyakkan bersabar, memang lumrah suami kene bertugas luar kawasan. Kalau dorang kene berperang di luar kawasan lagi syahdu kan?
^Juan^
Itulah, sapa yang ada anak pasti boleh relate cerita sebegini. Syahdu. Juga, mesti masih kaver macho. Hahah.
anak-anak adalah segalanya...tak sanggup berjauhan..inikan pegi kusus, pegi keje tiap haripun rindu..hehehh
^don^
Ibu kepada anak memang la terlebih sikit rindunya. Sebab dah terbiasa mereka berkepit dan dikepit.
Hahaha..jerit jgn tak jerit..abahnya busy sokmo!
aku dah lama gila nak anak. dulu 3 tahun sudah aku rasa cam muda lagi. skang dah tua tp blaja xhabis lagi.N bukan buleh suka hati beli kat kdai or order dari kilang. Kena cari kilang anak dulu, dsbgnya.. susah gak sbnanye nak ada anak. sape2 yg xnak anak beranak la byk2 kasi aku. ko pon kalau ada anak lebih, bagi la aku sorang dua bro.....
^anese^
Hahah. Jerit ye. Aku panggil teriak je. Samala. Menangis jugak.
^Asmoham^
Takpa, hang masih muda apa. Aku nak ada lebih? Macam tak je. Hahah. Takpa-takpa, anak sedara dah tak lama lagi dah on the way apa.
Catat Ulasan