Alhamdulillah. Syukur atas kurniaanya untuk tarikh ini. 20 Ogos.
Syukur kerana pernikahan kami sudah memasuki 4 tahun. Banyak dan panjang lagi perjalanan hidup ini yang diharap akan kekal berkekalan sehingga akhir hayat. Terima kasih terutamanya buat Ayang yang sentiasa mewarnai perkahwinan ini selama ini. Moga kita akan terus menerus mencorak kehidupan dan mengukuhkan keluarga yang dibina.
Tarikh ini juga bersamaan dengan tarikh ulang tahun kelahiran Pak. Yang kini memasuki 56 tahun. Umur pencen dah ni tapi masih lagi bersemangat untuk meneruskan karier di peringkat tertinggi. Hepi Birthday Pak!! Semoga terus diberi kesihatan yang baik dan senantiasa dimurahkan rezeki. Juga mendapat perlindungan dan rahmat dari Allah S.W.T.
Juga tarikh ini bersamaan dengan 2 lagi pasangan yang merangkap rakan terdekat masa di universiti. Tuan Fahmi+Aina dan Azam+Yasmin. Meraka juga merai tarikh ini sebagai ulang tahun pernikahan mereka. Semoga korang juga punyai perkahwinan dan perhubungan yang hebat lagi berkekalan. Mujur dah dekat nak puasa dan bukan hujung minggu, kalau tidak aku ajak jugak dorang berpasangan pegi pulau 2 hari satu malam mandi laut dan menyambut aniversari. Tahun depan mungkin? Amacam? Ke tahun depan dah simpan untuk cuti paterniti?
Sekian sahaja untuk semua yang menyambut hari istimewa ini. Doakan kami semua.
12 ulasan:
semoga hidup bahagia sepanjang hayat..
semoga panjang umur..
semoga murah rezki..diberkati..
selamat ulangtahun perkahwinan
ke-4..semoga bahagia hingga ke akhir hayat..cepat proses baby girl pulak..hehehheh
^afzan^
Mekasih. Amin.
^Don^
Mekasih juga.
Heheh, cubaan mencari geng beranak 3 nampak.
selamat ulang tahun yg ke 4.
Selamat Hari Ulangtahun, Moga sentiasa diberkati dan bahagia selamanya, InsyaAllah...
Happy anniversary. Semoga kekal bahagia dunia akhirat..^_^
Semoga pengiraan ni berterusan hingga ke penghujung nyawa...hehe pinjam kata-kata David Teoh sket a'way tahniah!
Selamat melayari bahtera perkahwinan tahun ke 4 dan tahun-tahun mendatang. kami doakan kalian dicucuri rahmat dan kekal bahagia hingga akhir hayat....amin.
p/s: agak2 bila nak stop tulis blog??? dah ade cucu??? hehehe...
^azmir^ ^saiful^ ^anur^
Amin. Mekasih banyak-banyak.
^Syila^
Juga mekasih, aku teringin jugak nak bilang tahun untuk ko. Heheh.
^Redghost^
Ye, selamat berpanjanganlah hendaknya.
Nak berhenti menulis blog? Entah. Tak pernah terfikir lagi.
ekk..aku tunggu ammar besar sket leh aqil & ammar jadi flower boy aku haha...
Tahniah bro...
^Syila^
Flower boy? Aqil & Ammar kereta je dorang tahu, bunga-bunga ni kureng sikit. Heheh.
^Helmie Hleb^
Mekasih.
Catat Ulasan