Advertlets

Isnin, Ogos 17, 2009

Bola sudah disepak (Arsenal 6 - Everton 1)

Baru je berazam untuk mengurangkan riak takbur, tapi keadaan sama sekali tidak membenarkan. Meskipun begitu, aku cuba sedaya upaya untuk merendah diri.

Memetik kata Wenger 'Ianya perlawanan pertama yang menarik'.

Fabregas menjaringkan 2 gol dalam satu perlawanan. Macam biasa-biasa je dia score. 2 gol tanduk dari bahagian-set? Itu luar biasa. Tapi 6 gol? Aku tidak dapat menahan diri untuk tidak berbangga dan riak takbur. Hahah.

Apa pun, 3 lagi pasukan yang dikatakan Empat Besar memulakan perlawanan liga pertama dengan sedikit susah hati. Mujur menang di saat akhir buat Chelsea, mujur Ben Foster pandai menepis untuk menangkan Man Utd dan tidak mujur langsung Liverpool kalah sebab pertahanan Spurs lagi bijak menjaringkan gol.

Konklusi aku adalah, perlawanan pertama kali ini dimiliki oleh pemain-pemain yang baru dibeli oleh pasukan masing-masing. Adebayor, Vermaelean, Glen Johnson, Hunt, Darren Bent. Oh, tidak mujur juga untuk Owen.

Kepada peminat bolasepak fantasi, sila kemaskinikan pemain anda sebab tengah minggu pon ada perlawanan. Sebahagian pasukan sahaja yang bermain. Sekian.

6 ulasan:

Helmie Hleb berkata...

Gua stuju..Ars fan mmg kna berlagak riak seriak2 nya..hahhaha..giler aper..6 bijik tue..maner ader big 4 yg lain bole blasah Everton sampai 6 bijik..dh ler main kt Goodisan Park plak tue..good opening..tugu Celtic lak diperbudak2an..

Juan Nazlan berkata...

kagum gak la ngan Arsenal.. hehehe.. tapi jangan awai2 ja garang nooo.. fantasy EPL?? sedang berasa di tangga ketiga. nasib baik aku takdak ambik player Arsenal, kalau tak dah sah2 dok nombot satu.. hehehehe..

aku tak boleh riak sangat sebab menang 1-0 sahaja dengan game yang tiada penyudah. lain kali aku main riak kat sini noo.. haha

noorafzan.blogspot.com berkata...

tu la..
walaupun saya buta bola..
saya mmg maklum arsenal selalu garang masa awal musim..
pehtu jatuh sikit demi sikit..
erm..

moyes berkata...

arsenal memang besh..aku pun nak riak jugak..hahaha..

Ummi Amani berkata...

Best best best...awal pagipun sanggup bangun tunggu kira macam buah hatilakan.

Adam Ruslan berkata...

^helmie^

Sekarang la pon nak bangga riak takbur pon. Nanti kalau kalau ke seri ke, kita duk diam-daim je. Hahah.

^Juan^

Boleh, main riak kat sini memang dibenarkan.

^Moyes^

Sila-sila menyokong Arsenal dengan lebih meriah ye.

^afzan^

Musim lepas Arsenal kalah/seri 6 perlawanan pertama kecuali satu je yang menang, jadi pendapat anda agak bersalahan. Haha.

^Ummi Amani^

Ye, tolong kejut ye pagi nanti. Hahah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...