Advertlets

Rabu, Ogos 26, 2009

Terbengkalai

Aku suka melawat blog. Ada sekali, bila secara rambang mengetip kekotak 'Next Blog' yang tertera di bahagian atas aplikasi blogger ini.

Ini kiranya susunan blog kita yang sedang aktif dengan blog orang lain dari seluruh pelusuk dunia yang turut aktif pada waktu tersebut. Blog pertama masih dari Malaysia, tapi bertulisan cina campur-campur. Setelah 2-3 kali aku menekan kekotak 'Next Blog' itu. Aku terjumpa blog Owl ini. Ianya amat memukau dan menarik.

Koleksi gambar-gambar bangunan, kenderaan, kawasan dan tempat yang telah terbengkalai, ditinggalkan, usang, reput atau hanyut. Banyak gambar-gambar cantik dan cerita disebalik setiap kejadian tersebut. Ada kapal yang ditinggalkan, hanyut dan kemudian terdampar jauh ke daratan penuh berpasir bila lautnya mengecut dan surut. Ada kawasan yang menjadi padang jarak padang tekukur kesan dari letupan loji janakuasa nuklear. Juga kesan tinggalan kereta kebal, kereta perisai, meriam, kapal terbang dan pesawat pejuang yang menjadi tinggalan kuasa besar Russia masa menyerang Afganistan. Projek perumahan terlebih futuristik yang akhirnya turut terbengkalai disambar kegawatan ekonomi. Penat je pereka bangunan dan pengira bahan memasukkan data di dalam komputer subsidi kerajaan untuk membuat pengiraan rekabentuk untuk bangunan tersebut. Pendek kata, semua gambar dan cerita terbengkalai itu menarik.

Koleksi Kapal Terbengkalai dan Tersadai

Blog ini disarankan untuk dibaca di masa luang. Tapi macam biasa, ini adalah mukadimahnya sahaja.

Yang ingin dikupas di sini adalah keterbengkalainya blog Owl ini selama 4 bulan tanpa berita baru atau gambar baru atau cerita baru. Ia seakan memakan tuan punya blog Owl ini sehingga blog dia pula yang terbengkalai. Mujur selepas 4 bulan, encik Owl ini dah mula mengemaskini blognya kembali.

Dari konteks yang lebih dekat di sini, aku juga pernah melihat blog yang sebelum ini meriah, aktif, berwarna-warni dan berpuluh-puluh komennya turut terbengkalai.

Blog sebegini bolehlah diibaratkan masa mulanya penuh berisi senapang, bom tangan dan peluru tabur mahupon mercun tali untuk menembak sesiapa sahaja di dalam kisahnya, tapi kini terbengkalai tanpa bekalan senjata lagi. Mungkin peluru makan tuan atau peluru kehabisan stok sebab berlakunya pembelian panik oleh pengguna.

Terbengkalai juga boleh dikira bila mana sepatutnya kisah di blognya itu bersiri, tapi hanya siri pengenalan yang keluar. Siri kedua relai di tengah jalan. Kita hayati gambar ini dan renungi bersama. Mungkin aku boleh edit gambar dibawah ini dan memberi award "TERBENGKALAI" untuk blog seperti ini. Buat modal/ilham kepada penulis sebegini menulis blog kembali.

Kehabisan peluru - Kubur Kereta Kebal USSR Terbengkalai di Kabul, Afganistan

11 ulasan:

shooter berkata...

hahahahaha....

kalau takut dipukul ombak jangan berumah ditepi pantai,
kalau takut digigit nyamuk jangan pakai baju yang hitam,
kalau nyamuk ingin mengigit juga,
jangan lupa mandi...

sekian . pecah kaca pecah gelas, lepas baca harap balas

hanimndroid berkata...

aduh, mendalamnya makna!

a z m i r berkata...

uhuk..uhuk...(batuk).. tajamnya panah arjuna!

Adam Ruslan berkata...

^redghost^

aku beli 2 kerat 'short-cut' je.

"Kalau padi katakan padi,
Tidak aku ternanti-nanti"

^hanim^

Mau ka ini award? Bleh je nak touch-up kejap gambar ini. Hahah.

^a z m i r^

Batuk ye? Harap cepat sembuh. Aku tak pandai cakap kias-kias ni.

cham's berkata...

camner plak kalo ada ati yg terbengkalai??? harapnya kak sri siantan bleh membantu...huhuhu

noorafzan.blogspot.com berkata...

bile terbengkalai tu maknanya..

orang tu bizi ngan keje lain..
(depends kepada kebizian makhluk itu..)

atau..

internet di rumah kena potong..
(biasanya sebulan je tahan..)

atau..

org tu x de idea nak tulis..
(akan update bile ade idea bombastik jer..)

atau..

PC orang tu jahanam atau rosak..
maka tiada peluang utk update..
(tapi xkan smpi 4 bulan kan?)

Adam Ruslan berkata...

^cham's^

Selamat datang ke blog ini.

Baiklah, berbalik pada hati yang terbengkalai terbiar oleh penghuni lama, adalah dinasihatkan untuk meneruskan kehidupan. Mana tahu garisan jodoh bertembung kembali sekali lagi atau dipertemukan pula dengan yang lebih baik dari yang sebelumnya. Sekian.

^afzan^

Emm, kalau blog sudah terbengkalai, tak perlu meminta maaf atau memberi alasan, cuma teruskan saja blog kembali kalau dah selesai segala keterikatan sebelum ini.

saiful berkata...

Saya pun selalu terbengkalai update blog. Hmmm... Apa pun, sedaya updaya cuba update bila berkelapangan...

Adam Ruslan berkata...

^saiful^

Takpa, dah otai lama berblog, takda kesahnya. Bertahun-tahun sudah.

d u t a berkata...

+ ombak je +
red dan tuan rumah serta komentar yang lain...

rumah cantik dilambung ombak,
nyamuk seberang datang mengawan,
wey, yenadeyy... blog siap ke tak,
biar tulisan bukan sekadar memenuhkan...

rumah roboh dipukul ombak,
nyamuk mengawan dalam takungan,
yelah... nak gambar hanya sekadar diletak,
isu tak kena pun boleh jadi ulasan?

haa... nak lawan ke? pemidato anti keganasan geng 40?

pemimpin perang badar alaf 1 malaysia
[INFO : Perang dilancarkan pada bulan Ramadhan tahun 2 Hijriah, Rasulullah bersama 313 orang tentera telah keluar dari Madinah untuk menyekat angkatan perdagangan kaum Quraisy yang pulang dari negeri Syria (Syam) dalam usaha mereka hendak melemahkan persiapan tentera Quraisy Makkah untuk menyerang Madinah.]

Adam Ruslan berkata...

^duta si pembelog yang timbul tenggelam^

Konon nak jadi pemimpin perang Badar,
Tapi (laser+bomb+nuklear) selalu kehabisan,
Blog ini bukan ala kadar,
Tapi penuh pemerhatian dan rujukan.

Isu nyamuk yang selalu mengigit,
Takungan air tak pernah diendah,
Ada peluru banyak ke sedikit,
Pemidato ke apa ke ada aku kesah?

Lawan tetap lawannnn!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...