Advertlets

Khamis, Ogos 27, 2009

Kanak-kanak Memang Riang XIV

Pasangan suami isteri memang selalunya ditakdirkan untuk dipasangkan supaya lengkap melengkapi. Suami selalunya gagah perkasa. Isteri pula lemah lembut sopan santun.

Tapi apa yang terjadi bila pasangan itu dikurniakan zuriat? Anak itu mengalami pertembungan dua sifat yang dominan itu dan salah satu sahaja akan menjadi dominan, kadang-kadang bercampur dan sifat kedua-dua ibu bapanya menjadi dominan dalam dirinya.

Sekian dahulu mukadimah ala-ala Dr Fadzilah Kamsah buat hari ini. Sengaja dipendekkan supaya tidak mengundang amarah.

~Himpunan diari hujung minggu seorang Abah

Untuk hujung minggu selalu-selalu, aku dipaksa keras oleh Ezi memang sukarela untuk mengambil tender menyiapkan anak-anak dari mandi pagi sampai mandi malam.

Walau bilik air itu kecil lagi terhad. Dorang sangat suka berlama-lama main air. Tambah ada kapal mainan dengan pistol air serta sudip plastik dan bebola kecil. Aku buka baju Aqil dan Ammar, biar dahulu dorang main air sebelum betul-betul memandikan dorang.

"Abah, gi baca paper, Aqil nak main air" Aqil bagi permission kat aku. Aku tanpa berlengah, capai paper semalam yang belum habis baca, baring atas sofa sambil baca segmen dunia. Agak habis sebuah dua cerita kat paper dan jelingan tajam serta teguran serius Ezi baru aku jenguk dorang berdua dalam bilik air.

"Aqil, meh gosok gigi" Aku hulur berus gigi dengan ubat gigi yang selamat lagi halal kalau tertelan.

"Tak, tak, tak, ini adik Ammar punya, itu Aqil punya" Aqil tunjuk berus gigi kaler merah kepunyaan dia. Kaler kuning yang aku pegang itu Ammar yang punya.

Sebab banyak kali berus gigi ini bertukar ganti. Aku sendiri tak dapat nak hafal kaler mana satu Aqil punya, kaler mana satu Ammar punya. Kaedah akhir aku buat, aku letak ubat gigi kat dua-dua berus. Aku tunjuk kat Aqil dua-dua.

"Ok, mana satu Aqil punya, mana satu adik punya?"

Aqil akan ambil berus gigi dia, jadi berus satu lagi aku guna untuk beruskan gigi Ammar dahulu.

Majalah Moktan - Gambar di kolam renang bilik air

Lepas dah siram, sabun serta bilas. Kadang-kadang aku biar lagi dorang main lagi dalam bilik air. Kalau tergesa-gesa, aku paksa jugak dorang keluar. Selalunya aku dah siapkan baju yang nak dipakai dan pampers kat ruang tamu, senang nak pakaikan. Aku capai tuala dorang.

"Dah Aqil dah, jom keluar. Sudah mandi dah" Aku depakan tuala di depan pintu bilik air.

"Tak, tak, tak, ini adik Ammar punya" Sambil Aqil tunjuk, tuala merah yang aku pegang. Haih.

"Ok, adik Ammar, jom pakai baju" Sambil aku balut tuala merah kat Ammar. Siap Ammar baru aku capai pula tuala biru kepunyaan Aqil.

Setelah siap berkejaran, meninggikan suara dan mengeletek sampai terketawa dua-dua sekali, baru la siap dorang dipakaikan baju, sikat rambut dan selalu-selalu dah tengah tengok tv waktu ini. Siaran animasi. Bertuah nak dapat tengok highlight perlawanan bola malam tadi masa ini.

"Abah, nak susu" Aqil yang selalu pandai meminta. Tak kira la masa aku tengah sibuk baca surat khabar ke, sibuk berbaring atas sofa sambil baca surat khabar ke, atau sibuk layan Ultraman sambil bebaring atas sofa sambil baca surat khabar ke.

"Pegi la mintak dengan Ummi kat dapur" Aku saja buat malas. Padahal aku memang sibuk.

"Tak nak, nanti Ummi marah" Aqil pulak pandai bagi alasan. Padahal bukan ada apa salah pon.

Aku cari sepenuh ceruk dan pelusuk botol susu dedua orang itu. Untuk dibasuh dan dibuat susu baru. Pejam mata tutup lampu pon boleh siap buat susu. Siap susu baru aku bancuh.

"Abah, tak boleh, tak boleh" Aqil geleng kepala. Enggan menerima susu yang aku dah buat untuk dia dengan Ammar.

"Lah, kenapa,? Abah dah buat susu Aqil ni?" Aku hairan campur bengang. Dah buat susu baru pon tak nak.

"Bukan, salah, salah, ini Aqil punya, ini adik Ammar punya, Aqil punya lembu" Aqil geleng kepala sambil jari telunjuknya menunjuk-nunjuk penutup botolnya yang bewarna kuning dengan botol bergambar lembu merah jambu manakala gambar botol susu Ammar bergambar singa berpenutup merah jambu. Terbalik.

"Oh, yeke, sori" Aku tukar kembali penutup itu agar ia sama warna dengan gambar di botol. Baru Aqil ambil dan minum. Ammar, tak banyak songeh. Terima je.

Hal ini terjadi bukanlah serentak, tapi agak 2-3 kali juga. Mula-mula memang aku tak perasan. Tapi bila dah kena sekali, aku cuba untuk berhati-hati. Tapi terkena juga dengan Aqil. Jangan ingat ini perkara enteng. Ummi Aqil pon dah terkena. Aku ingat dia lagi berhati-hati. Tapi tersalah juga kadang-kadang.

Entah mana punya gen Aqil dapat untuk sebegitu teliti dengan barang kepunyaan dia.

Masih ingat "Yang sepasang dipasangkan bersama"?

Juga jangan percaya sangat cerita ala-ala KKMR di sini. Hahah.

Notakaki amANI: Sekali sekala boleh memberi sokongan untuk blog Helmie Hleb, seorang kaki Arsenal yang berkarier propesenel lagi masih single. Hahah.


8 ulasan:

noorafzan.blogspot.com berkata...

ahha~
aqil..aqil...
pandainyerr~

takut besar nanti jadi cerewet laks~

shooter berkata...

hmmmm.....tu la. encik adam memang calculative. dia juga pernah meminta salad free di pizza hut JB. hahahaha.... (saya tak bersalah, encik kuril yang ajar)... comel & seksi sekali gambar berkenaan....

shooter berkata...

kalau aku nak pakai thread 'kanak-kanak memang riang' jugak boleh tak untuk blog aku?

Adam Ruslan berkata...

^afzan^

Kalau tidak terkawal, memang ada kemungkinan dia cerewet. Harap tidak keterlaluan la nanti besar. Tapi kalau untuk menda yang baik, takde salahnya.

^redghost^

Hahah, wei, isu kalkulatif di blog satu lagi ye, di sini isunya adalah sama sepadan.

Nak buat thread KKMR juga? Boleh je. Ko kan ada anak buah yang berkawan imiginasi itu kan. Hahah.

hanimndroid berkata...

ala2 posing majalah mangga lak basah2 ni

don berkata...

jangan dikatakan anak itu cerewet serta teliti dan terikut gen mana (yang sepasang dipasangkan bersama) katakan saja.....seorang lelaki mmg tidak pernah dapat menandingi kehebatan wanita dalam menguruskan anak dr A-Z

anur malati berkata...

teringat kt anak saudara yg juga bersikap sebegitu. pantang botol susu tersalah tutup atau terguna botol yg bkn empunya miliknya mahupun tuala serta pakaian yg bukan miliknya. pasti mereka akan berkata serupa spt aqil. ^_^
kanak2 pintar mmg teliti. hanya guna yg milik mereka shj

Adam Ruslan berkata...

^hanim^

Memang sengaja pose untuk majalah Mangga.

^Don^

Hoho, ada orang backing. Yelah-yelah, kami ini suami-suami tahu apa la sangat kan.

^Anur^

Kekadang itu berlebihan juga ketelitiannya. Tapi takpe, menda untuk kebaikan kami sokong aje.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...