Advertlets

Khamis, Ogos 13, 2009

Meter? Ia ibarat aksesori peletak cawan tambahan

Pandangan peribadi aku terhadap teksi di bandaraya Johor Bahru.

1. Aku tak pernah langsung naik teksi yang mengenakan bayaran bertepatan dengan nilai tertera di meter. Selalunya nilai yang dikenakan adalah nombor bulat 'rahsia terbuka' pemandu-pemandu teksi serata bandaraya. Dan 2 kali ganda nilainya. Tak kirala naik tahan tepi jalan ke, telefon talian panas ke, datang ke perhentian teksi ke. Sama je.

2. Meter tetap berjalan seperti seakan-akan pemandu teksi menggunakannya. Pemandu teksi tidak akan rasa bersalah untuk meminta bayaran mengikut citarasa beliau.

3. Nilai perjalanan dari Taman U ke bandaraya JB adalah RM25. Ke Senai Airpot juga RM25. Ke stesen keretapi Kulai juga RM25. Dari Sri Putri ke Taman U adalah RM12. Kereta sapu ke Airport Singapura dari Bandaraya JB adalah SGD40 (teksi Singapura mengenakan SGD20). Adakalanya tidak logik untuk diterima bila dibandingkan dengan tiket tempat duduk kelas ekonomi keretapi baru RM18 dari JB ke KL. AirAsia baru RM35 untuk JB ke KL. Ada sekali aku naik teksi yang meternya tertera Rm14+, tapi dia tetap mengenakan RM12 untuk Taman U ke Sri Putri. Aku ingat dia jujur & baik hati, rupanya itu adalah nilai 'rahsia terbuka' semua pemandu teksi.

4. Teksi di Singapura 100% mengikut meter yang tertera dan boleh siap cetak resit dari meter tersebut.

5. Aku pernah bertanya 4-5 teksi berderet yang tengah tunggu orang dari Kastam JB, untuk ke Taman Universiti. Ada yang terus menolak tak nak pergi, ada yang mengenakan harga RM30 dan ke atas, ada yang tak nak keluarkan resit. Semua aku tinggalkan sampaila aku jumpa yang mengenakan RM20-25.

6. Aku pernah dibawa pemandu teksi wanita, di cermin pandang belakangnya ada kad nama bertali. Tertera namanya dan berjawatan peguam. Juga mengenakan bayaran RM25 dari Taman Universiti je Bandaraya JB. Tak pedulikan meter yang hanya berbelas-belas sahaja. Aku ingat berprofesion profesional punyai integriti yang profesional. Jauh sekali.

7. Ada yang menutup meternya dari dilihat penumpang. Tutup guna kalender kecil, guna kad bod, guna kain dsb. Contoh yang realiti:


8. Kalau minta resit dari pemandu, selalunya dia bagi resit kosong. Suruh isi sendiri berapa nak isi.

9. Aku pernah naik teksi oleh pemandu yang sama 2 kali. Dia bawak cam haram. Laju dan lintang pukang. Kiri kanan ikut suka. Asal boleh tekan dia tekan minyak. Pergerakan tangan beliau juga agak melampau. Siku atas strereng masa membelok. Terlebih suda.

10. Pemandu teksi itu juga aku pernah terserempak di bengkel kereta yang mana tayarnya bocor dan ketika itu ada penumpang di dalamnya. Dia biarkan penumpang tunggu di dalam kereta sementara menunggu pomen habiskan satu kerja lain sebelum menampal tayar teksinya.

11. Ada satu pemandu mintak aku bayarkan tiket parkingnya di stesen keretapi dengan alasan parking kat situ mahal. Dia tunggu penumpang yang turun dari stesen keretapi.

12. Dah sekarang dah ada tentu-ukur baru untuk nilai bayaran teksi. Aku rasa, ia tetap tidak menggalakan pemandu teksi di Bandaraya JB menggunakannya. Sebab nilai tetapan sekarang lagi lumayan.

13. Stesen NGV sudah bertambah di Bandaraya JB. Ada 7 kot. Hampir keseluruhan teksi menggunakan NGV. Tapi itu tetap tidak membantu mereka menggunakan meter. Walau jimat 2-3 kali ganda dari menggunakan petrol.

14. Aku juga pernah naik teksi yang mana pemandunya mintak de-tour untuk ke stesen isi NGV dulu sebelum hantar aku balik rumah. Alasan, kalau guna petrol yang menjadi back-up, ia sangat mahal dan merugikan. Walau aku tunggu lama lebih pon, bayaran tetap macam itu jugak.

15. Punca semua ini? Kebanyakan pemandu teksi adalah penyewa lesen pajak teksi. Lesen itu bukan milik mereka. Pemajak lesen mengenakan sewa ~RM50 sehari. Kos lain (minyak, servis, basuh, makan minum) semua penyewa/pemandu teksi yang tanggung. Pemajak hanya goyang 'testis' mereka dan dapat duit hari-hari. Yang memandu menggunakan lesen sendiri juga terikut dengan sistem ini dan membuatkan nilai 'rahsia terbuka' bayaran teksi sekitar JB diseragamkan. Untung lebih.

16. Aku tak tau kalau-kalau nanti Petronas tiba-tiba dah fedap nak subsidi harga NGV dan mula menjual dengan harga pasaran. Tambang teksi mesti naik mencanak.

17. Jadi, apa gunanya tentu-ukur baru? Penguatkuasaan masih longgar. Bagi aku, hukum terus pemajak lesen teksi. Sebab puncanya pada mereka. Bagi lesen teksi lagi 3000 pon tak jadi apa-apa selagi mentaliti/amalan syirik memajak lesen teksi itu terus wujud. Bagi kepada penyewa/pemandu teksi sedia ada? Dorang pulak yang akan bertukar menjadi pemajak dan mula menggoyang 'testis' mereka pula. Buat apa kerja susah-susah nak bawak teksi kalau dah boleh dapat pendapatan tetap seharian?

18. Buat aduan ke LPKP? Pernah dengar yang hotline/sms tertera di belakang kenderaan komersil itu telah diabaikan setelah pengarah baru LPKP dilantik?

19. Kalau sapa-sapa pernah ternaik teksi yang menggunakan meter di Bandaraya JB, aku mahu nombor henfon pemandu itu.

20. Pernah terdengar yang mana penjual yang menipu berat timbangan jualannya adalah dimurkai Tuhan?

Sekian sahaja penulisan gaya Chedet untuk kali ini. Tiada perkataan berbaur di entri ini melainkan bernilai saintifik sahaja.


8 ulasan:

saiful berkata...

Kalau permit teksi individu diperluaskan lagi, InsyaAllah masalah ni akan berkurangan.

Apa pun pemandu teksi kena kembali halusi apakah ada keberkatan dengan cara sedemikian.

Di KL ni pun sama cuma waktu di Singapore dulu memang cukup selesa guna teksi depa macam En. Amani habaq.

anur malati berkata...

nak wat guano... naik keta sndiri le gamoknyer

noorafzan.blogspot.com berkata...

ye..betul tu pemajak yang untung lebih~
kejam wooo~

dunia dunia..
x pikir ke akhirat nye cite?

moyes berkata...

Teksi..oh teksi..

pernah naik masa duduk asrama dulu..
nasib baik pakcik driver tu baik..
siap bagi diskaun kat budak sekolah..
kan bagus kalau semua pemandu teksi macam ni..

Adam Ruslan berkata...

^saiful^

Kalau permit teksi diperluas kepada individu sekalipun, tapi individu itu pulak memajak permit itu, sampai bila pon ia tak akan berhenti.

^anur^

Kadang2 kene juga pakai teksi, nak balik kampung secara ekonomikal dengan bas/keretapi. Sebab rumah kami bukan depan stesen bas/keretapi.

^afzan^

bukan la kejam, lebih kepada tidak jujur je.

^moyes^

masa asrama dulu aku naik bas je, lagi murah, 30sen sampai dah pekan kulim.

shooter berkata...

aku tak abeh baca lagi.jap lagi pas solat jumaat aku sambung baca (waktu kerja)

shooter berkata...

+Dah baca+
aku dah siap baca semua dah. pengalaman aku pulak, aku selalu tanya pakcik driver boleh hantar ke destinasi tertentu ke tidak. kalo dia kata boleh, aku naik. kalau dia kata boleh tapi flat rate aku tak naik. setakat ni aku naik teksi sume pakai meter yang besar dan jelas dan bayar ikut sebijik-sebijik digit kecuali tambahan RM1 untuk pakai boot belakang tuh.

Adam Ruslan berkata...

^redghost^

Hang memang bernasib baik. Jarang nak jumpa teksi macam itu di JB ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...