Advertlets

Khamis, Mei 29, 2008

PHX-LA (30-31 Mac 08)

Lambatnye update kan, sambung dulu trip US harituh. Rasa cam nak ringkaskan je. Poin2 penting je.

30 Mac 08 - Ahad
Pagi: Sarapan di hotel.
Tengahari: Membeli belah di Arizona Mill - Levi's, Osh Kosh, T'shirt2 Footwear.
Makan tengahari: Claim Jumper

Claim Jumper, femes ke? entah, meh layan ape ada dalam nih:


Petang: Balik rehat2.
Lewat petang: Airport, budget boleh tukar teket untuk semua, tak bleh untuk United Airways. Mimpi ngeri.
Malam: Makan malam kat airport, piza dan sphegetti.
Lewat malam: Baru sampai hotel, tapi hal tukar teket tak selesai gak. Aku tanya bos, takde jawapan. Aku wat keputusan beli teket baru untuk rombongan.
Awal pagi: Dapat sms dari bos pasal hal teket, terus mimpi ngeri.

31 Mac 08 - Isnin
Sarapan di hotel, bangun lambat dari janji dengan orang lain.
Begerak ke tempat lawatan. Sebuah loji janakuasa di barat Arizona.
Tengok2, jenguk2, bincang2, belek itu ini. Dah tengahari. Pegi makan kat TGI Fridays di stadium baseball Phoenix (tak ingat nama). Layan Fridays Shrimp.
Balik semula ke loji, amik gambar lagi sket, pastu dah kene beransur. Dekat jam 3 dah pon. Sepanjang balik, tumpang keta Mr W. Ada ke patut dia layan becakap ngan henpon sepanjang2 pejalanan balik tuh. Dah la sesat jalan.
Sampai hotel. Siap2 mandi smayang, dah kene cek out. Flight yang baru ditukar semalam jam 630 petang.
Cek-out hotel, siot, hotel cas sehari walaupon cek out kol 4. Bos marah aku pasal nih. Haha.
Sampai airport, rakan rombongan semua kene SSSS. Cek seluruh badan dan swab segala beg n barang yang dibawa. Nasib aku tak kena.
Untuk alas perut, layan Pizza Hut cheese besama air jus. Tak pernah aku makan pizza hut topping cheese je.



Sampai LA, sejuk!!. Lain dari Phoenix yang agak panas dan kering. Naik shuttle ke hotel. Ni muka baru sampai LA dan tengah terjenguk2 cari shuttle.



Lepas cek in, lagi 2 orang dah tak nak keluar makan. Aku dengan Mr Y keluar, layan kedai depan hotel je, beli jajan kat stesen minyak, pastu pegi makan McD (Fillet O Fish ye). Sebelah2 je pon. Sejuk giler, malam dengan angin yang bertiup. Aku jumpe mende ni kat kedai minyak tuh, cam beli gula2 plak.



Balik bilik hotel. Tido. Ehh dah kat Los Angeles la. Huhu..

Rabu, Mei 14, 2008

Selitan: Lawatan memori berlagu - Boo Hoo Clapping Song - Carburetor Dung

Lama gila tak dengar lagu nih. Mula2 dengar masa tingkatan 1, masa tu pakai kaset je, itu pon pinjam orang punya. Mengamit memori sungguh..



Tapi ni version yang dah di edit dan remix mengikut kesesuaian gitaris asal - Pari . Layan...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...