Advertlets

Selasa, Disember 30, 2008

4 hari 4 malam

Tak tau nak ringkas ke nak panjang ke. Layan je lah.

Khamis tengahari aku gerak dari JB. Dengan harapan dapat bank-in cek mata pencarian bulanan dekat bank cek tersebut. Tapi gagal. Kene pegi bank luar kawasan. Mesin disitu lebih dipercayai untuk tidak tergendala pada hari bank cuti atau bukan waktu kerja. Ini semua percaturan tampuk kuasa syarikat aku yang tak punya pengalaman bank-in cek untuk diri sendiri dan tidak menghiraukan tempoh wang tersebut tersedia dalam akaun. Walaupun demikian, perjalanan ke KL tetap diteruskan.

Petang dekat-dekat jam 5 aku sampai Putrajaya. Dah janji dengan rakan untuk bertandang, dia buat jamuan ringan, panggil sedara mara dan rakan-rakan. Lama jugak bersembang sampai jam 8 baru ke USJ. Di sana telah dirancang agenda membakar bahagian-bahagian haiwan yang boleh dimakan seperti ayam, kambing dan sosej. Sampainya kami, selesai sudah agenda seperti sembahyang, doa serta tahlil. Orang baru mula makan. Kami yang dah makan agak banyak tolong tengok-tengok je. Dah dekat lewat malam baru sentuh sikit, kambing, kek, air dan menu-menu lain aku pandang je. Orang ramai, ye, sampai tak terbilang ramainya, sedara-mara belah makcik serta pakcik. Malam ini lepas dah abis makan-makan, kami lepak rumah tumpangan sebelah, telah dipinjam oleh makcik untuk penginapan sanak keluarga. Yang pompuan masih di rumah makcik, dorang turut serta dalam acara berinai, mencorakkan tangan masing-masing dengan kerawang dan bunga-bunga. Yang lelaki pon menginaikan hujung 3 jari mereka, semua Yah sponsor. Khidmat Mazee ditagih. Kami? Baru khidmat diri dan merehatkan diri. Dekat jam 1 gak baru tidur. Satu hari satu malam sudah.

Satu hari satu malam.

Paginya mangkit dan menyiapkan anak-anak, anak-anak tidak tidur semula selepas subuh, abahnya je sambung semula. Pagi lagi kami ke rumah makcik, sarapan pagi. Tiada aktiviti pagi ini, semua telah tersedia, maka kami naik semula, anak-anak mula mengantuk, ditidurkan mereka, aku layan Heroes koleksi abang, sampai siri 11, dah dekat Zohor. Aku bersiap untuk ke masjid, turun bawah, orang tengah makan tengahari. Selesai Jumaat, bersiap untuk majlis pernikahan. Rancangnya jam 3.30. Semuanya lancar, rombongan tiba, hantaran bertukar tangan, Anas bersila dihadapan imam, imam bersyarah pendek dan berpesan "jangan lempang, tendang dan hentak isteri tanpa sebab ye" (ayat sebenar: jangan memukul isteri tanpa sebab). Itu je intipati syarahan tersebut. Akad nikah dimulakan, Imam sebut dan selepas sentakan jabatan tangannya dengan Anas, Anas menjawab terima, saksi semua bersetuju. Semua hadirin mengulas senyuman dan berbisik sesama sendiri. Lega. Tangan ditadah untuk doa, Anas kemudiannya mendirikan solat sunat syukur.

Agenda-agenda harus majlis pernikahan bermula, mas kahwin + wang hantaran bertukar tangan, Yah salam cium tangan, cincin disarung dijari manis Yah, kemudian gelang pula diikat di tangan kanan. Anas pula cium dahi Yah. Para hadirin berkerumun untuk merakam detik-detik tersebut, gambar diambil berkeping-keping. Yang lain menjamu selera dilaman rumah. Ada roti jala+kuah kari ayam, kuih-kuih manisan, karipap, kue tiaw goreng, dadih, tu je yang aku masih ingat. Sempat gak bersama pengantin untuk bergambar kenangan bilamana orang mula susut berkerumun. Selebihnya aku rasa dihabiskan memantau anak-anak bermain sana sini serta naik dan terlena kepenatan lewat petangnya. Malam, agendanya bergantung pada tuan punya diri. Kami ke hospital berbentuk hotel iaitu Prince Court Medical Center, Jah baru sahaja bersalin sehari lepas, masih di wad aka bilik penginapan ditemani Najib. Anak lelaki, 3.09kg. Diberi nama Nur Imran. Mewah hospital ini, mujur aku tiada kamera. Tidak boleh disamakan langsung dengan wad kelas 3 hospital sultanah zainab, tempat Aqil & Ammar mula melihat dunia. Kembali dari hospital, kami ke dewan untuk majlis esok, sengaja bersinggah, semua telah tersedia, hanya sentuhan-sentuhan kecil perlu dibuat. Pulang dari hospital, singgah McD untuk supper. Lebih pada makan malam sebab lauk malam tadi makan sikit je. Anas bermalam di sini malam ini. Sebelum lena menutup malam dua hari dua malam, Arsenal seri 2-2 dengan Villa. Hampeh. Aku tahu keputusan melalui web portal dari henset.

Dua hari dua malam.





Gambar Koleksi penuh Majlis 2 hari 2 malam, klik disini.

Subuh lagi semua dah sibuk, yang menseterika baju, yang beratur giliran ke bilik mandi, yang nak makan, yang terkejar sana sini kelam kabut. Kami bersiap antara yang terakhir, aku berpakaian paling segak even pegi pejabat pon tak pernah sesegak ini. Bila turun untuk sarapan, semua orang-orang penting majlis ini dah tiada, semua dah ke dewan. Kami keluarga yang terakhir keluar. Bila sampai di dewanKompleks Tabung Haji, tiada lagi tetamu, yang ada hanya sanak keluarga yang sama-sama di rumah makcik dulu, aku agak-agak dalam 10 keluarga jugak semuanya, bila mula tetamu pertama sampai, yang lain-lain sudah mula mengambil nasi, makan awal. Jam 12, selesai sudah acara makan-makan kami. Kami ke bilik persiapan pengantin, mujur dorang dah siap, sempat bergambar sekali. Perjalanan diteruskan. Kami menuju Melaka, ya kawan aku jemput untuk majlis di rumahnya. Perjalanan terasa sangat jauh, panas terik, mengantuk. Dari Nilai ke PD sangat sesak. Aku tidur 20 minit di Pedas Linggi. Sampai di rumah majlis jam 4 petang. Orang dah mula nak lipat meja. Tak makan pon, mujur ada rakan-rakan yang dikenali, buat bersembang sepatah dua. Juga terjumpa bekas cikgu sekolah. Dia orang Melaka dan rapat dengan pengantin. Kami memandu pulang lebih kurang jam 5 petang. Lewat 7 baru sampai semula di rumah makcik. Setelah bersiap khidmat diri, malamnya makan lauk lebihan kenduri tadi. Masih sedap. Aku dan mak ke Shah Alam, menghantar Mak Ngah naik bas pulang ke Kulim. Teket seharusnya jam 945 malam. Tapi bas buat hal dan hanya bergerak ke terminal jam 1020 malam. Pulang ke rumah makcik, layan kek lobak merah 3 tingkat sepotong dua. Rumah makcik masih rancak dengan kehadiran keluarga belah pakcik. Kami kembali ke rumah tumpangan, berborak, gosip dan membuka kisah lama lebih kurang. Jam hampir 3 baru lena.

Tiga hari tiga malam.

Hari ini majlis di belah keluarga Anas. Selain itu, rumah tumpangan harus dikosongkan, tuan rumah akan kembali di petang hari. Agenda asal ingin terus bertolak ke JB selepas majlis. Barang dikemas, rumah dirapikan semula. Selesai siap semuanya jam 11. Kami bertolak dulu semetelahan keluarga pakcik masih belum siap. Aku menjadi kemudi ke Bangi, entah jalan mana yang kami ambil, peta di dalam kad tidak banyak membantu, salah pulak tuh, lepas 3 tol baru sampai Bandar Baru Bangi, punca arah pon entah kat mana, mujur selepas membuat satu pusingan besar, kami sedar jalan sepatutnya. Kompleks PKNS menjadi punca penyelesaian. Sampai di tempat yang dijanjikan, pengantin dah bersedia. Kumpulan dari pakcik dan keluarga tiba sesudah itu. Dorang pon sesat. Rombongan sekumpulan kami berarak dari surau tempat berkumpul ke rumah pengantin. Jauh jugak berjalan, lepas 3 selekoh baru sampai. Mujur kompang tak mula main lagu dari mula berarak, kalau tidak dorang pasti kehabisan lagu untuk dimainkan bilamana sampai di rumah pengantin. Rumah sekeliling merupakan banglo reka sendiri, semua tanah lot yang dibangunkan oleh tuan punya lot, pelbagai bentuk dan konsep dapat dilihat. Tiba di rumah pengantin, terus mereka di dudukan di atas pelamin. Upacara merenjis dijalankan. Kami dah bersedia di meja makan. Bila pengantin keluar, barulah rasmi untuk rombongan mula makan. Lauk sama sedap dengan lauk semalam. Servis juga baik, semua meja dijaga untuk tidak kehabisan lauk pauk. Sempat juga anak-anak bermain sampai ke laman belakang rumah, ada pokok rambutan dan buaian. Aqil tak puas bermain buai, telah pak panggil untuk bergambar kenangan. Aqil tak puas hati, menangis bilamana mula keluar dari rumah majlis. Mujur pak pujuk, pak dukung sampai ke kereta. Aqil akur, pak janji nak belikan sesuatu di Pavillion nanti. Kami solat dan kemudian ke KL. Aku kemudi lagi, kali ini tidak sesat. Sampai di Pavillion yang penuh, parking pon agak susah. Berjalan-jalan lebih kurang tingkat demi tingkat. Pak ajak ke tempat mainan, janji pada Aqil untuk dibelikan sesuatu. Puas kami belek semua, akhirnya Ezi cadangkan untuk membeli set pensel warna, marker warna bertema Cars. Aqil tidak begitu asyik sebab banyak tarikan mainan lain. Ezi cadangkan untuk membalutnya sebagai hadiah. Selesai satu agenda di Pavillion, agenda kedua, pak ingin bertemu dengan bekas anak muridnya. Dalam kepala aku membayangkan budak-budak mrsm pdrm atau jasin atau PC. Rupanya ini bekas anak muridnya yang sekarang dah punya anak dara. Zaman aku baru-baru dilahirkan. 3 orang semuanya. Dorang bersembang dari jam 5 sampai 7. Kami tak tau nak buat apa, anak-anak dah tak boeh duduk setempat, berjalan main itu ini. Mujur dah jam 7, pak dan yang lain ke surau, kami ambil keputusan terus pulang ke rumah makcik. Aqil minta susu dah terus terlena atas dukungan. Jenuh mengusung dia dari satu hujung ke hujung satu lagi Pavillion untuk ke parking. Lenguh masih terasa sampai sekarang. Kami tiba di rumah makcik lebih kurang jam 8. Penat, Aqil terjaga, dia menangis kerana kami masuk rumah makcik bukan rumah tumpangan sebelah. Salah rumah katanya. Sembang-sembang dengan makcik, makcik lena. Pak, mak dan adik-adik tiba agak lewat, dalam jam 11, dorang sambung membeli barang lepas ke surau. Cadang awal nak tengok wayang. Mujur tak sempat. Semua light off jam 12. Anak-anak tidur dekat jam 1. Aku layan Arsenal, mujur menang 1-0 dengan Portsmouth. Ini hari ke-empat.

Empat hari empat malam.

Hari terakhir cuti. Siap jam 11 tengahari. Pak, mak dan adik-adik juga telah bersiap untuk terus pulang ke Kulim. Pak singgah dulu ke rumah pakcik Mahmuddin. Dia dah masuk peringkat ketiga kanser. Aku tak dapat nak ikut, terus pulang je JB. Keluar tol USJ jam 1217. Aku sampai tol Skudai jam 3 petang. Jalan lancar, aku tak mengantuk, sampai rumah, anak-anak bangun. Ayat pertama Aqil. "Cik Yam?" kesian, dia dah mula rindu cik Yamnya. Menangis sebentar bila tahu Cik Yam takda. Lepas punggah semua barang, kami beri Aqil hadiahnya. Dipesan, ini tok beli, untuk Aqil & Ammar kongsi. Aqil teruja untuk membuka. Tapi dia suruh umi yang buka. Bila ternampak gambar Cars di dalam bungkusan, muka Aqil bercahya, melompat riang terlihat kartun kegemarannya. Ammar turut teruja. Sejurus kemudian mainan tu dah ditangan dorang.

"Maceh uwan" .

Selasa, Disember 23, 2008

Kanak-kanak memang riang III

Jam sudah 12 malam. Suis TV, lampu & kipas di ruang tamu dimatikan. Anak-anak di ajak tidur.

"Sudah-sudah, tido tido tido" Abah mengeluarkan arahan.

"Jom Aqil, Ammar, masuk tido, amik baju" Umi pula mengajak.

Aqil yang masih lagi bermain mainannya akur, Ammar merengek kerana belum puas bermain. Umi angkat dan dukung masuk ke bilik. Abah ke dapur membancuh susu baru untuk Aqil.

Aqil mengambil tempat, berbaring di tempat tidurnya, beralas tilam atas lantai di hujung katil.

"Aqil tak yah la minum susu, tadi kan dah minum, tido je boleh?" Abah sengaja mengusik, menyorokkan susu dari Aqil.

"Nak susu" Aqil meminta.

"Takde takde, susu habis, tido je, gih, tido tido tido" Abah menolak tegas.

Aqil hampa, dia berbaring dengan menyelimut muka dengan baju kegemarannya.

Ammar yang belum mahu tido mula merengek kembali.

"Marrr tido tido tido !!" marah Aqil dari bawah.

Hehehehe.. Abah & Umi geli hati.

"Aqil, meh tido kat atas meh" Abah sengaja mengusik.

"Nanakkk tido tido tido !!" balas Aqil lagi.

"Aqil nak susu?" Umi plak mencuba.

"Nanakkk tido tido tido !!" Aqil menjawab dengan muka masih ditutupi baju busuknya.

"Nah Aqil, ni susu ni" Abah kesian, dihulur botol susu, Aqil selak baju, muka bersinar, capai botol.

"Eh, cakap apa abah dah buat susu kat Aqil?" Umi tegur.

"Maceh, luv u" Aqil jawab.

Hehe.. kan kanak-kanak memang riang.

Jumaat, Disember 19, 2008

Sinetron Dramalova Part 1

Babak 1

Marcia berkata pada suaminya Diego.

" Abang, rumah kiri kanan kita semua dah cat tembok dan pagar kaler baru, rumah kita je tembok berkulat macam setinggan".

Diego menjawab sambil menyelak helaian surat khabar.

"Alah, biar la dorang nak cat hias rumah dorang, kalau datang perampok, harus dorang tak selera nak lompat masuk umah kita, rumah kiri kanan kita lebih nampak kaya"

Marcia terdiam setuju, teringat kisah geng perampok 'Maghrib' yang merampok kawannya di Taman Rio De Jenerio Jaya.

Babak 2

Jiran Diego, Carlos dan Cristina merupakan suami isteri yang berkerja. Ada sebuah kenderaan Multi Purpose Vehicle dan sebuah kereta kompak. Rumah mereka baru di ubahsuai sebelum dimasuki mereka dekat-dekat nak sama dengan masa mula-mula Diego dan Marcia duduk di perumahan itu.

Marcia saja memulakan perbualan dengan Diego yang baru pulang dari kerja.

"Abang, jiran kita abang Los tuh boleh kata kita kaya lagi dorang, dia kata abang keje gaji mahal, anak-anak dorang yang cakap kat Marcia"

Carlos kehairanan, getusnya didalam hati, aku ada kenderaan nasional Brazil model 2005 je, nampak kaya ke?

Sesi Sinetron Dramalova waktu petang akan bersambung..

Rabu, Disember 17, 2008

CIQ - Baru, Cantik tapi Gagal

Sebagai pembawa kereta tegar yang terbiasa membawa kereta merentangi tambak Johor serta merentas sempadan antarabangsa, aku bertuah kerana dapat merasa detik2 pertama bilamana CIQ JB yang baru dibuka.

1 Disember dorang rasmikan CIQ, kereta yang keluar dari Singapura ke JB masih berurusan di kaunter kastam & imigresen di tambak tetapi laluan keluar melalui bangunan CIQ & kaunter2 bagi tujuan penyelarasan & penyesuaian. Kaunter keluar dari JB masih lagi laluan yang sama melalui jalan stesen keretapi.

16 Disember 12.01 pagi, kedua-dua kaunter laluan keluar dan masuk kastam & imigresen JB telah ditutup, semua laluan melalui CIQ JB. Tetapi sistem ini gagal.

Apa yang aku perhati dan ingin berkongsi disini:

1. Laluan masuk ke Johor Bahru sesak amat teruk pada waktu pagi 16 Disember ~8 pagi. Selepas kaunter tambak yang lama, laluannya mendaki dan berliku, hanya ada 2 laluan untuk dikongsi antara bas & kereta sebelum sampai di tingkat atas kompleks CIQ baru diasingkan laluan kereta dan bas yang berlainan tingkat. Bas beratur berderet2 dari atas sampai di kawasan luar tambak lama. Penumpang yang tak dapat bersabar turun dari bas dan berjalan kaki secara mendaki hingga ke tingkat kaunter perlepasan penumpang bas. Harus wajib dorang sumpah seranah sape yang design laluan masuk CIQ ini. Mujur aku masa tu di laluan keluar dari Johor ke Singapura, dalam hati mengharap balik nanti tak sesak camtu sekali.

2. Laluan untuk ke kaunter perlepasan kenderaan (dari Singapura ke Johor) mempunyai banyak lorong, kalau tak salah dalam 16 lorong dan semuanya dibuka hari itu. Semua harus memberikan passport untuk diperiksa, walaupun dulu pemegang passport Malaysia hanya melambai passport mereka tanpa perlu menghulur dan menerima. Masa memproses tidak lama, tapi disebabkan Touch n Go diwajibkan kepada semua kenderaan untuk pembayaran tol, aku rasa ini punca utama kesesakan yang berlaku. Semua yang tidak mempunyai TnG harus keluar dari kenderaan, berjalan ke kaunter yang menjual kad ini atau pun membeli dari wakil2 TnG yang sedia berdiri di permulaan lorong masuk. Pulak tu, hanya ada 2 kaunter Tambah Nilai TnG. Itu pon tiada tanda yang jelas untuk kaunter ini, nasib aku bertanya pada wakil PLUS yang sedang memegang kad untuk jualan pada waktu itu.

3. Pengawasan tidak ketat langsung. Boleh tak ada Unser depan aku masa tengah beratur untuk urusan passport & TnG boleh turunkan anak-anak dia, 3 orang, semua kanak-kanak bawak 12 tahun, untuk ke tandas. Mujur ada pegawai imigresen yang sedang berjalan ke kaunter masing-masing bertanya apa tujuan mereka turun di kawasan ini sebelum urusan passport. Dengan baik hati mereka menyuruh seorang lagi pegawai perempuan untuk menunjukan tandas tersebut. Yang aku yakin bukan tandas untuk orang awam. Kalau Mas Selamat Kastari la yang turun tuh, konfem selamat dah dia menyelinap memasuki Johor.

4. Laluan masuk keluar kenderaan agak sempit, kalau Humvee la yang lalu, mau terlanggar jugak divider laluan kat sini.

5. Untuk memastikan semua kenderaan sangat perlahan memasuki dan keluar dari CIQ, bonggol khas telah diletakkan. Agak tinggi, berpetak bukan bujur, diperbuat dari besi dan mungkin ada konkrit dilapisan bawah, tapi sekali naik, terhinggut jugak suspensi design Lotus Gen2 aku. Kalau letak cawan isi air letak atas dashboard macam cerita komik Initial D, mau tumpah semua basah kuyup dashboard. Paling hangin bila ada kereta-bangang-pegi-potong-spring-modified-suspensi kat depan yang melintang naik bonggol ini slow gila.

6. Laluan keluar dari CIQ ke arah luar bandar sudah mula lancar, dulu mungkin ramai yang sesak di jalan pantai Lido atau jalan Wong Ah Fook, tapi disebabkan CIQ baru ini 100% bypass downtown JB maka CIQ ini mungkin gagal kerana pembangunan downtown JB harus terjejas. Stesen minyak Caltex yang terkaya di Asia Tenggara juga mungkin terus tutup atau tinggal 2-3 pam sahaja. Mujur laluan keluar pejalan kaki masih di depan City Square, maka perniagaan runcit & jualan retail mungkin hanya sedikit terjejas. Teksi dan bas juga rasanya tak terjejas. Cuma mungkin perniagaan yang fokus kepada penunggang motorsikal & pemandu kereta akan mengalami kekurangan pelanggan.

Ini mungkin seperti kata-kata Mr Arsene Wenger "early glitch". Tengok la nanti 2-3 minggu selepas ini, mungkin ada perubahan dan lebih lancar. Juga apa kesan dan akibat dari pembukaan CIQ ini terhadap down town JB. Mungkin aku juga ingin merasa pengalaman sebagai pejalan kaki di ruang CIQ, kot-kot rasa cam dalam lapangan terbang KLIA ke. Kalau dorang buat Nandos ke kat dalam tuh, bleh bawak anak-anak jalan-jalan makan-makan ke.

Rabu, Disember 10, 2008

Cara-cara menulis blog yang sepatutnya

Ya bertemu kita dengan sesi pembelajaran kita yang pertama. Cara menulis blog yang sepatutnya adalah seperti dibawah. Berikut merupakan contoh paling efisyen untuk rujukan semua:

Aaaa.. malas nak tulis edisi lain2, sume gambar ada la 2-3 album baru telah dimasukan dalam Picasa. Secara ringkasnya aku notakan disini apa yang telah dilalui setakat Disember 2008 ini, gila sibuk bejalan.

1. Aku pertama kali menjaga booth expo secara propesenal kompeni kat Singapura, OSEA2008. 2 hari berturut-turut. Rasa macam jurujual, juga pada masa yang sama macam propsenal bila melawat booth orang lain. melawat expo buleh menmbahkan ilmu pengetahuan kerana para propesenal yang menjaga booth adalah sangat berpengalaman dan petah berkongsi pengetahun tentang produk mereka. Disamping itu mende penting yang harus diperhatikan semasa melawat expo sebegini adalah cenderahati. Ada yang kiut bleh bawak balik bagi anak-anak main seperti bola2 bercahaya LED, soft toys, pemegang kunci, label beg, pemengang peti ais, dan yang paling gempak, thumb drive 256MB. Haha. Tips, awal2 pagi pegi keliling semua booth, sila tandakan booth yang harus dilawat untuk menambah ilmu, dan booth yang perlu dikutip mende2 kiut itu. Pen takyah cerita, semua orang bagi. Bagi pelawat2, semua kendong beg2 sandang cenderahati, agak2 berapa orang sangat la yang belek balik brochure yang dorang kendong balik dalam tuh ek.

2. Raya haji kat umah abang serta hotel Emperor melaka. Saja duk hotel semalaman. Sempat mandi kolam yang sejuk sebab ujan, 20 minit je terus naik. Naik Eye on Melaka dimalam raya (tak sempat nak bertakbir raya kat atas tuh, banyak isthighfar je sebab gayat). Mak & pak tak naik sebab kene beratur panjang (tak nak berdiri lama), pak kata, ala naik buat apa, nampak Melaka je. Pak buat korban di masjid Jasin, kemudian masak2 di rumah abang makan malam. Baru aku tau rasa sum-sum tulang kaki tu cemana.

3. Aku kemudian ada keje kat PD, aku rasa sangat berbaloi dan membuat keputusan yang tepat untuk menetap di Avillion Admiral Cove. Gila puas ati bila tengok kondisi bilik. TV LCD flat skrin gantung kat dinding 32 inci. Ada Astro tiap satu cenel utama. Internet laju serta percuma, perabot ringkas tapi praktikal. Luaran ada marina tempat orang2 kaya parking kapal layar. Kolam mandi yang unik. Makanan sarapan pelbagai citarasa. Apa gila aku pegi buat perkiraan nak duduk sini ke Seri Malaysia? Harga? RM189 offer Jusco Card untuk bilik 2 katil single. Seri Malaysia? RM140. Yang ni memang akan aku rekemen untuk tiap pelancong yang nak datang PD. Mujur anak bos setuju dengan keputusan ini walaupon terlebih dari harga siling kompeni untuk penginapan semasa bekerja.

4. Aku saja google carik blog kawan2 skolah. Aku terjumpa salah sorang kawan aku yang bertukar link dengan Abg Abu Hassan Hasbullah. Blog nya berlaras bahasa tinggi, bergayakan portal majalah, kandungan banyak berkisar dengan kerjayanya sebagai pensyarah filem. Buleh buat modal bersembang. Bahasa laras tinggi itu kalau dibanding dengan blog aku, memang cikai abis blog ini. Haha. Perbendaharaan kata yang digunakan melorong lintang terlambung cantik bola itu dan terus ditanduk Shukor Adan. Haha. Kan dah terpengaruh.

5. Dah masuk Shukor Adan, harus wajib aku tersentuh untuk menyebut tentang kekalahan Malaysia ditangan Vietnam dalam AFF Cup semalam. Minit sudah memasuki 85. Indra Putra tunjuk menunjuk benteng Vietnam bersama Safee Sali, dirembat rendah bola kuisan Safee ke gawang gol Vietnam. Malaysia 2, Vietnam 2. Sathia girang gembira, Encik jurulatih Omputih Vietnam gundah gulana, badan dipeluk tangan, murung. Pemain Malaysia berpelukan, seri menjanjikan laluan lebih cerah ke separuh akhir seterusnya menutup terus peluang Vietnam selepas kalah 2-0 ditangan Thailand. Bola diletakkan ditengah padang, sepak mula disambung, bola mula melintang membujur di kedua-dua kawasan. Tiba-tiba satu hantaran tinggi dari tengah oleh pemain Vietnam, hajat dihatinya agar rakan penyerangnya dapat meluru menyambut ala-ala Henry dan dirembat terus ke gawang gol, tapi kaki pengkaunya melambung jauh dari jangkauan rakannya. Pertahanan Malaysia mendepang tangan tanda bola terlalu jauh dari jangkauan pemain lawan serta isyarat bola tidak merbahaya dan mudah untuk Helmi Eliza MVP Liga Super Malaysia 2007 menangkap bola tersebut. Sesuatu yang tidak terjangka telah berlaku, Helmi Eliza MVP Liga Super Malaysia 2007 tidak berada di posisi yang sepatutnya, bola lambungan tidak merbahaya langsung itu terus melantun tinggi di depan beliau. Beliau cuba berlari ke gawang, kakinya terluncur ketika berlari, bola melantun terus ke arah gawang gol, tika ini Helmi Eliza MVP Liga Super Malaysia 2007 mungkin sedang berdoa agar tiang gol secara superstitious beralih posisi ataupon bola itu tesangkut dek lecak. Realitinya penyokong Vietnam melompat riang, Encik Jurulatih Omputih berlari2 mendakap pemain, Helmi Eliza MVP Liga Super Malaysia 2007 menutup muka, malu atau menangis? Skop kamera kemudiannya kembali kepada Helmi Eliza MVP Liga Super 2007, gerak bibirnya dipastikan ucapan "Ba#* betul, Ba#* betul" sambil mengeleng gelengkan kepala, kan ke baik kalau ko istighfar ke, tadah tangan berdoa ke. Ye, semua setuju itu adalah kesilapan budak sekolah. Tapi aku tidak bersetuju, dulu main peringkat sekolah, semua gol dijaringkan dengan rembatan padu, chip cantik, gerak lenggok mengelirukan, lipat bola crossing serta tandukan tajam, takde lambung-lambung bola melantun depan gol keeper tak bleh tangkap. Minit ke-90 tambah 3. Malaysia kalah 3-2 ditangan Vietnam. Dulu ada keeper Malaysia yang lepas gol bangang gak, Malaysia kalah final Sukan Sea, terus keeper ini tidak lagi mempunyai daya motivasi dan kekonfidenan, bila main balik pon dah jadik tak terrer. Aku harap Helmi Eliza MVP Liga Super 2007 tak macam tuh, ni kes jadik skali je seumur hidup. Apa gila kalau dia hilang tahap konfiden, terus tak bleh main, Kedah konfem kecundang abes season depan. Dia patut pegi mintak air penerang hati pondok, minum tiap-tiap hari, mana tau, kot bleh sambung jadik cikgu skolah ke lepas nih. Apa-apa pon sepatutnya surat khabar Malaysia patut mengalih perhatian pada para penyerang-penyerang yang tak bleh menjaringkan gol dengan lebih banyak sebagai punca sebenar Malaysia kalah, bukan Helmi Eliza MVP Liga Super 2007. Titik.

Nota kaki Helmi Eliza MVP Liga Super 2007 yang tergelunsur:
Blog harus ada kandungan, ada capaian dalam kandungan, ada komen tentang kandungan. Amacam, menarik tak tips membuat blog aku?

Selasa, Disember 02, 2008

29-30 Nov 08 Hulu Langat - Subang - Shah Alam - Jasin

Sabtu pagi aku cadang nak servis keta, Proton tak bukak plak. Tukar buat alignment tayar, kene plak ganti 2 biji rim sebab bengkok, brek pad depan ngn sebiji bearing depan kanan. Kopak.

Dah tengari baru siap, kenduri kat Hulu Langat dalam kad kata abis kol 4 ptg. Aku terpaksa melajukan pemanduan untuk sampai sebelum tamat majlis. Ada la 2 kali U-turn (bukan sesat, salah simpang je) baru sampai rumah majlis. Sempat salam2, bagi hadiah, makan, terus blah. Gerak ke umah Kak Nora, rehat2, makan2 lagi, Kak Nora suh singgah sebab ada barang nak diberi.

Begerak pula ke Subang, antar Ezi & anak-anak ke rumah makcik. Malam aku dah janji meeting ngan kawan2 UTM di Kajang. Membawa kereta berkelajuan tinggi lagi ke Kajang. Rabak lagi dengan hentian-hentian tol bertalu-talu. Sampai kol 9 kat Old Town Metro Point. Dorang pon belum samapi, padahal sume janji kol 8 malam. Meeting berakhir kol 1 pagi. Dilanjutkan dari Old Town ke KFC bersebelahan. Pulang ke USJ dan tido dalam kol 2 lebih.

Awal pagi lagi dah bangun, Doktor Zaahirah pegi keje seawal 640 pagi, aku bersyukur aku bukan doktor, apa gila pegi keje awal2 pagi. Dulu pegi skolah pon kol 715 pagi, mana bleh pegi awal2. Dalam tu juga Qis & Yam telah bersiap-siap untuk majlis konvo Qis, dia kene berada di UITM jam 730pagi. Kami betul2 bersiap untuk cek-out umah makcik jam 1030pagi, ke umah Makcik Lona antar Walker pinjam, pastu terus ke UITM. 2 kali pusing UITM baru jumpa parking. Lepas mendaki tangga2 UITM sampai la ke bahagian dewan, gila ramai orang. Jumpa Qis, amik gambar lebih kurang, kami terus ke umah mak caq, nanti jumpa dorang disana. Kami sempat ke gerai Upin & Ipin, ada banyak mechandise Upin & Ipin original kat sini, aku rasa dorang bleh jadik lebih hebat dari Mickey Mouse kat Malaysia nih kalau betul marketing dorang.

Relek2 lebih kurang kat umah mak caq, layan nasi daging, ayam masak merah. Tambah sepinggan lagi. Dekat2 nak balik, Aqil telah tersadung henbag, jatuh tertumus, gigi kene lantai, pecah serpih dedua gigi taring, 3 gusi gigi bawah berdarah banyak, teriak jugak la dia. Mujur tak patah terus. Kalau tak, rongak, abih terjejas muka comel dia. Kol 4 keluar rumah mak Caq.

Terus kami gerak ke Jasin, sampai Jasin kol 5 petang. Bleh plak abang mencadangkan untuk melayan kolam air panas, ingat nak singah kejap2 je. Pegi gak walaupon dah kol 630. Seronok la budak-budak nih dapat main air, paras air pon ok untuk kolam budak2, tak panas pon yang ni. Dah kol 7 baru naik, pegi berendam kejap tempat punca air panas sebenar, memang agak panas dan terasa sedikit mencucuk2 masa mula2 rendam kaki dalam tuh. Kol 745 dah kat rumah abang. Mandi, siap2, abiskan mee goreng tadi, gerak keluar jam 830.

Sampai JB kol 1130. Sempat aku tunggu Arsenal lawan Chelsea. Tak sia-sia aku tunggu sampai kol 2 pagi. RVP menyelamatkan Arsenal 'secara setangan beliau'. Sekian.

Baru aku tau Picasa 3 bleh buat mende cam nih. Satu album cukup letak satu gambar. Nak tengok satu2, bukak Picasa. Hebat.


Khamis, November 27, 2008

Kanak-kanak memang riang II

#1
Abah & Umi sedang bertungkus lumus menyelesaikan daging kambing yang baru dibakar, garfu dan pisau diguna untuk memotong kecil2 daging supaya mudah dimakan.

Aqil & Ammar sibuk ingin mencuba garfu & pisau logam tersebut, merengek2 bila garfu dan pisau dirampas semula oleh Umi.

Umi : "Aqil, tak boleh main garfu ni, tajam, nanti kene mata, berdarah"
Umi menggantikan garfu logam tersebut dengan garfu plastik yang kurang merbahaya tajamnya. Aqil akur dan meneruskan sesi makannya.

#2
Umi dah duduk bersila di ruang tamu menghadap bihun goreng yang baru dimasaknya.
Abah pula ke dapur mengambil bihun lagi sepinggan. Aqil menurut dari belakang.

Aqil: "Abah, akan"
Abah: "Ye Aqil, Aqil nak makan bihun gak? Aqil lapar?"
Abah mengambil mangkuk plastik dan menceduk bihun sesudip dua untuk Aqil. Diletakkan sudu plastik untuk Aqil.

Abah: "Nah, pegang elok-elok, bawa gi depan makan dengan Umi"
Aqil membawa mangkuk berisi bihun itu dan duduk betul-betul didepan TV bersandar di sofa dan mula menyuap. Sedang ralit Abah menyelesaikan bihunnya, dilihat Aqil terkial-kial menggunakan tangan kiri menyudu bihun menggunakan sudu plastik yang besar itu, Abah membetulkan posisi supaya Aqil menggunakan tangan kanan untuk menyuap dan tangan kiri memegang mangkuk.

Suapan Aqil masih lagi kurang berhasil. Abah kesian, bingkas bangun ke dapur mencapai garfu logam bersaiz sudu teh yang kecil dan ditukarnya sudu plastik Aqil dengan garfu tersebut. Sudu plastik diletakkan di dalam pinggan Umi.

Aqil: "Umi, ukar, ajam, mata, darah" sambil menghulurkan kembali garfu kepada Umi.

Ye, memang, kanak-kanak memang riang.

Kanak-kanak memang riang I

# 1
Satu malam ketika Abah & Umi sedang leka menonton siaran televisen.

Aqil : "Abahhhh, eikall, eikkall" (sambil tangan menunjuk2 ke luar pintu).
Abah : "Ye Aqil, Aqil nak apa? Abah tak paham la? eikkall?
Umi : "Aqil, skarang kan dah malam, tak leh nak main basikal dalam rumah, basikal tu kan kotor"
Abah : "Ohh, nak main basikal, haa, tak yah la main basikal tuh Aqil, kotor la"

#2
Selepas menonton, Abah terus ke dapur mencari berus dawai & membawa sedikit sabun di dalam mangkuk, dia keluar untuk membersihkan bekas membakar daging yang digunakan Magrib tadi.

Aqil : "Abahh, wat pe?" (Aqil bertanya dengan teruja).
Abah : "Abah tengah basuh bekas ni, kotor"

Abah meneruskan kerja2 pencucian, sabun di calit sedikit untuk menanggalkan kesan kotoran degil dan selesai membilas semuanya, Aqil menyorongkan basikalnya ke sebelah Abah.

Aqil : "Abahh, asuh, otor" (sambil menunjukkan kepada tayar basikalnya).
Abah ingin mengambil hati, di siram sedikit madgad basikal Aqil.

Abah : "Dah la Aqil, Abah dah siap keje nih, Abah nak masuk, jom".
Mangkuk sabun sudah di tangan, tapi sebelum sempat Abah mencapai berus dawai untuk dibawa masuk, Aqil sudah pon mengambil berus dawai tersebut dan menggosok madgad basikalnya. Aqil meminta pula bekas mangkuk sabun dari Abah, diletaknya di tepi dan dicalit sedikit berus ke dalam mangkuk dan digosok kembali madgad basikalnya.

Abah : "Hah Umi, pegi tengok Aqil tengah buat apa tuh kat luar" (pandai pulak dia basuh basikal dia)
Umi : "Sape-sape yang nak ada anak, jangan la letak nama Aqil, banyak sungguh idea dia, tak larat nak layan"

Ye, kanak-kanak memang riang.
Aqil baru berumur 2 tahun, 5 bulan.

Selasa, November 25, 2008

Sijil?

Dulu masa skolah, aku teringin nak dapat sijil wakil daerah ke, wakil negeri ke, tapi apa kan daya, bakat dan usaha tak kesampaian. Jeles je tengok orang lain ada sijil daerah & sijil negeri, sijil penyertaan je pon, bukan menang sampai peringkat Malaysia pon. (p/s: bukan hang ye Man, aku tau hang ada sijil peringkat Malaysia haha). Juga aku tak pernah merasa GPA 3.5 ke atas walau sekali pon dalam tempoh 20 semester pengajian aku dari maktab sampai universiti. (20 kali cubaan tuh).

Tapi takpe, skarang aku ada sijil peringkat antarabangsa, huhu. Bukan satu, bukan dua tapi tiga!! Amik hang, semua sijil tahap kecekapan teknikal peringkat antarabangsa yang boleh dibanggakan.

Sila rujuk mukasurat berikut untuk melihat nama aku terpampang sebaris dengan pakar-pakar dan profesenel luar negara yang turut mengambil sijil-sijil berkenaan.

1. Pakar Pelinciran
2. Pengkaji Pelinciran Mesin - Peringkat 1
3. Pengkaji Getaran - Peringkat 2

Kalau ikutkan, ada salah satu sahaja dari sijil berkenaan dah kira power dah, tapi kalau ada 3? Power tak terkata hendaknya. Tahap angkasawan dah nih. Huhu. Mungkin kebarangkalian untuk mencari orang yang sama-sama mempunyai sijil cam aku nih sangat jarang barangkali. Petronas pon baru 2 orang je ada sijil Pakar Pelinciran dan dedua nih takde sijil lain. Huhu.

Akhir kata, sape kata keje kene tengok slip gaji saje?

p/s: ini hanyalah motivasi buat adik-adik aku yang tengah belajar, supaya dorang lebih besemangat untuk sukses dalam pembelajaran & karier dorang.

Isnin, November 24, 2008

Pak DPKSP III

Berita terkini lagi moden, smalam, Ahad jam 10.00 pagi, tak sampai 2 minit pas aku tepon pak, pak tepon aku smula. Doktor dah bagi dia keluar wad. Haha. Doktor kata kondisi luka very good, boleh discharge dah nih harinih. Nanti Khamis datang semula untuk cuci dan mungkin buka balutan di peha yang diambil kulit itu.

Aku tak update pasal pak selepas pembedahan sebab esok & lusa nya aku telah berangkat ke Singapura untuk menganjurkan seminar syarikat sambil memberi sebuah dua ceramah teknikal pada para jurutera dan pengurus teknikal (gila power kan aku?), aku dapat sms dari Qis lepas je post update II tapi tak sempat nak menulis semula. Gambar terbaru? refer link sebelum nih, aku letak lagi 3.

Sekian.

Rabu, November 19, 2008

Pak DPKSP II

Sambungan update sebelum ni - Pak Dan Perkembangan Kakinya Selepas Pembedahan (Pak DPKSP).

Smalam pak tepon dalam kol 3, aku tengah jumpa customer kat Pasir Gudang. 2 kali mis-call.

Lepas abis jumpa, masuk keta terus aku call balik. Pak pon bagitau la kata esok doktor dah menjadualkan dia untuk masuk buat pembedahan tampal kulit baru. Mungkin ambik kulit peha, belah atas atau sisi la kot untuk tampal ditempat luka itu baik. Ini disebabkan dorang kata, peluang untuk luka itu baik dengan tampalan kulit tu dalam 99%, sebab cara luka pak kering dan keadaan luka pak yang semakin kering. Pak kata bengkak pon dah makin surut. Kalau buat kira-kira, ada la kot dalam 2-3 jari tangan lebarnya kulit yang akan diambil. Luka di kaki akan diberi masa dalam 5 hari untuk kembali bercantum. Bekas ditempat kulit diambil diberi 10 hari untuk kembali ok. So pak harap lepas 10 hari ni dia dah boleh mula masuk pejabat balik dah. Aku cakap, nak masuk pejabat tu bleh la kot, tapi berdiri lamal2 ka travel ka jalan-jalan ka melawat tu tak yah dulu la kot. Memang bleh bejalan pon tapi tak yah la stress kan sangat kaki tu lagi.

Harini gak Pakcik Yunus datang dari Kelantan untuk melawat pak, dia datang dengan bas. Esoknya baru dia akan balik semula ke Kelantan.

Doktor pon dah buat background cek untuk keadaan pak kalau nak menjalani pembedahan esok, secara umum, dorang dapati pak tak bleh dikenakan full anaesthetic (ejaan aku tak konfem la plak), sebab dalam badan pak, ada paras keratine (pon aku tak pasti mende nih) yang bleh efek jantung pak, kalau kene full anaesthetic tuh, mungkin kebarangkalian nak revive balik agak sukar. So dorang bleh bagi bius pada paras bahagian bawah badan je, maksudnya pak akan sedar masa pembedahan, pak bleh dengar, mata bleh tengok (tapi ada screen akan hadang kat pinggang), apa yang dorang buat dalam pembedahan tu nanti. Secara amnya, risau gak bila dapat tau cam nih.

Pagi nih aku call mak, mak cakap dorang dah masuk kan pak ke Operation Theatre jam 945 pagi. Dorang siap2 kan kaki pak dan sorong masuk dah. Pak cakap smalam dia punya giliran nombor 4, dalam kol 11 pagi. Mungkin standby awal kot. Adik mak tinggalkan kat hospital, tido dalam bilik pak. Mak suh call dia kalau pak dah keluar nanti.

Buat masa skarang, tu je yang dapat dikongsikan. Harap dapat berdoa semuanya berjalan lancar tanpa sebarang kesulitan.

Sabtu, November 15, 2008

Pak dan perkembangan kakinya selepas pembedahan

Disebabkan kekangan masa, aku potong dan tampal je emel aku pada korang serta butir-butirnya sebab takde masa nak blog secara aman, hehe.

Yang disertakan itu adalah gambar pada hari pertama selepas dipotong, maksudnya lepas potong petang Isnin tuh, esok pagi selasa pak amik gambar2 itu, masa tu abang pon ada. So itu progress hari pertama, nampak luka potongan masih fresh, masih basah berdarah..

Second day (Rabu) aku sampai, kaki pak blom dibuka untuk di cuci luka, so tak dapat tengok cemana, tapi pak ada ambik gambar lagi, kali ni baru nampak cemana rupa dari atas tinggal 4 jari je, luka potongan pon dah kecut sedikit, potongan pon baru nampak 1 garisan mengiring kat tepi kaki. Tapi kaki pak still hanya dibalut bandage untuk tampung darah yang keluar.

Hari Khamis (semalam) kami datang masa tengahari, kali ni doktor dah periksa dan ada dah permukaan luka yang dah kering, permukaan tuh dah elok sedikit. So doktor ada bagitau, kali ni dia balut ketat kaki tu dan letakkan penyedut vakum untuk sedut apa2 sel2 mati, lendir yang tinggal untuk mempercepatkan penyembuhan luka. Tengok lagi 2-3 hari cemana. Kalau luka makin kering, dia akan consider untuk buat tampalan kulit, amik kulit dari punggung atau peha untuk cover luka tuh. Ini dalam masa terdekat nih lah.

Setakat hari nih, pak folo diet hospital, masuk hari kedua, dia follow betul2 sebab paras gula masih kekadang tinggi pada waktu pagi (hari first dapat 6, pastu 19, pastu 19 gak), itu pon pak dah kontrol banyak, air tanpa gula, nasi sikit, tapi kalau makan buah sebiji (pak dah try plum ngn oren), gula naik gak. Kalau paras gula terkawal, chances untuk luka cepat kering lebih tinggi. So pak memang dah lebih concern hal2 gula nih. Mana makanan, buah yang tinggi gula, pak suh bawak balik je.

Tengahari nih pon kami akan pi hospital lagi, memang tak putus2 staf KMK, MRSM, UniKL yang datang melawat pak. Pak plak layan dorang sembang cam biasa, tak kesah berapa kali ulang apa yang dah dia jalani selepas je masuk wad. Tiap2 malam, mak yang menunggu pak dalam wad. Tido alas komforter atas lantai sebelah katil.

Juga tiap hari, tengahari, Mak Ngah akan datang bawak sup ikan haruan, sebab ikan haruan bleh cepatkan luka sembuh.

Hari first, banyak bouquet gak la
jambangan bunga yang pak dapat, buah2 oren, epal, lai, biskut, jem tanpa gula segala nya yang orang melawat datang bagi.. semua telah dibawa balik ke rumah.. lebih untuk orang yang menjaga je dari untuk pak.. Ada gak orang bagi air penawar pondok, pak minum la.

Untuk smayang, pak tayammum je tiap2 kali, mak ada beli debu tanah, then refill je guna tanah sedia ada. Wad pak yang katil & toilet sekali satu katil je.. so agak privacy la.. walaupon hospital ni tak bagi kanak2 umur 12 tahun masuk, tapi untuk pak, sebab luka tu ok, takde jangkitan dia bagi permisi gak la budak2 nih masuk, tak la dorang pesan kat ktorng, tapi dia bagitau kat pak la..

Masuk hari Jumaat tuh, dia dah balut ketat dan letak tiub tuh, so takde la update gambar lain. Hari Sabtu, pagi dorang dah keluarkan balutan tuh, so pak amik la lagi gambar terbaru, memang nampak dah kering, bengkak pon dah kurang, pak dah siap bejalan gi surau ape sume, saja gerak kan kaki dia, dari duk tegantung je atas katil dalam ekon. So bila pasang balik vakum tuh, baru la disedut segala darah, lendir pon keluar la gak.

Secara overall, pak nye kaki ok, progress pon nampak memberangsangkan, pak siap kata, doktor bagitau, dia pesakit contoh, haha, kalau ikut keadaan kaki dia la. Secara mental, menurut tekanan darah, dia still agak tinggi, tapi ni lebih berkaitan dengan stress atau kondisi mental dia, so dia mungkin tak stress sangat pasal luka kaki dia ataupon sebab jari dia kene potong, tapi dia agak stress sebab tak dapat pegi keje, kene cuti dan duduk wad je. Haha. banyak projek dan rangka kerja dia yang baru nak start jadi Pengarah KMK nih mungkin terkebelankang sket sebab duduk lam hospital.

So strategi untuk pak ialah kawal diet, kawal stress, jaga eksesais. Tu je. Tak yah la dibebankan dia dengan mende2 yang bleh membuatkan dia lagi stress, pasal jari yang dah hilang tuh, tak yah dibangkitkan kenapa hilang, bagi galakan untuk dia berdasarkan strategi di atas je lah.

Sekian.



p/s: gambar2 lanjut di Picasa.

Isnin, November 10, 2008

Tu la, jangan disangka meriam dah takde peluru.

Sehari sebelum hari kejadian:

i. Serbuk peluru meriam dah kering

ii. Muncung meriam dah kendur

iii. Syaitan akan menembak jatuh meriam

iv. Meriam dalam krisis

Hari kejadian 8 November 2008:

Arsenal 2 Manchester United 1

p/s: sila hantar surat berhenti kerja atau bertukar ke jabatan kaji cuaca sesegera mungkin ye wahai wartawan & penulis berita sukan.

Khamis, Oktober 30, 2008

Fiksyen - Sibuk

Arkh banyak pulak emel dari bos-bos aku, bos laki, bos pompuan, anak pompuan bos no 1, anak pompuan bos no 2, semua nak urgent. Kene follow up itu la, cari info ini, nak senarai pelanggan lah, nak repot semalam lah. Banyak tuh. Belum masuk lagi emel para pelanggan yang dihormati dan disegani, mintak sebut harga la, mintak penerangan repot la, mintak cari botol la. Kalaulah aku pekerja yang baru sehari mendaftar diri dalam kompeni nih, harus esok tak datang dah, resign tanpa berita.

Memandangkan aku adalah pekerja paling berpengalaman dalam kompeni keluarga ini, memang semua kerja sepatutnya aku boleh setelkan. Dengan hati yang penuh debaran dek permintaan tinggi dari para bos serta pelanggan syarikat, aku dengan penuh yakin mengetik ikon Firefox. Haha. Layan blog2 kegemaran serta berita bola seadanya dahulu. Keje nanti petang2 nanti baru buat.

Tiba-tiba, henpon plak bebunyi, dengan hati penuh debaran takut bos yang tepon mintak keje yang dia bagi, aku mengerling pada skrin, owh, orang rumah yg call, lega.

"hello, abang, sibuk ke?"

"hello, haah, ada la keje sket, nape?"

"abang ada nampak tak berus basuh baju? dah cari merata tak jumpa la, cemana nak buat keje umah camni, dulu suh amik bibik tak nak, baru dua hari tak buat keje rumah dah melonggok baju tak basuh, pinggan tak cuci nih, cemana nak buat keje camni, anak baru je tido, tapi tak bleh gak nak buat keje"

Ces..baru je aku menyibukkan diri melayari mende-mende lagha, datang pulak keje lain lagi. Mujur aku sabar.

"Hah, tinggal la dulu kalau tak jumpa berus tuh, malam ni beli lain"

Sibuk betul aku hari nih. Tu la, buat keje ye, jangan nak melagha je.

entri ini inspirasi dari blog2 tulisan orang lain yang berjaya mengkelakarkan aku dengan entri mereka.

Isnin, Oktober 06, 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Biasalah.. kami kan keluarga yang suka berjalan-jalan. Maka dibawah adalah jadual perjalanan sempena menyambut Aidilfitiri.. Mujur Malaysia nih kecik aje..

Jumaat 26 Sept 08 - JB-KL (AirAsia), KL-Kulim (Savvy)
Jenuh tunggu adik amik kat LCCT. Tengahari baru adik sampai. Singgah umah mak caq amik car seat. Adik drive. Kami duk belakang tido. Hahah. Waktu sampai Man masa tuh
tengah bakar ikan siakap. Sempat berbuka bersama. Esok, lusa dan tulat, berada di Kulim. Sempat jalan-jalan ke Jusco baru kat Bandar Perda, supper McD di Juru, jalan-jalan di pasar ramadhan Kulim. Tiap-tiap hari pak masak untuk juadah berbuka di Masjid Ayer Merah. Gulai Itik, Rendang Daging, Gulai Ikan, Sup Tulang. Sempat membersihkan kubur tok & tok wan ngan abang hari Ahad petang.

Isnin 29 Sept 08 - Kulim-Tumpat (Savvy)
Bertolak lepas tengahari, paginya aku tolong jaga rendang. Mak bekal lauk berbuka. Ada jalan dari Kulim HiTech ke Grik secara terus kemudiannya ke Jeli. Baru 15 minit bawak keta, Aqil muntah. Mujur atas car seat. Kembung perut kot, dia tak makan proper kalau travel. Sejam perjalanan, hujan, aku ngantuk, tido sejam kat RnR. Beli nasi kosong buat bekal. Bila gerak, terus tak berhenti sampai la lepas Jeli. Berbuka pas berenti kat masjid. Sampai Tumpat lebih kurang jam 9. Dah 12.30 tengah malam Aqil tak nak tido, bila tanya nak apa, dia mintak nasi!.

Hari seterusnya, Aqil sangat hepi main dengan sepupu-sepupu yang agak sebaya. Ayam, kambing, kucing adalah haiwan yang sangat menarik perhatian dia. Tengah malam pon mintak nak keluar nak tengok ayam!. Sempat la dorang ramai-ramai main bunga api atas ihsan Mak Ngah.

From Raya Aidilfitri 2008


Rabu 29 Sept 08 - Tumpat (Savvy)
Kami beraya dengan meriahnya sebab semua ahli keluarga Ezi berkumpul sesama lepas smayang raya. Penuh ruang tamu. Takde la plak acara mengambil gambar, lepas makan ramai-ramai, sesi beraya dan bersalaman. Yang lebih menarik, Aqil lena sepanjang kejadian berlangsung kat ruang tamu tersebut. Hahah. Ammar jela wakil amik duit raya. Lepas di Tumpat, aku ke KB, gi umah Helmi (kawan MRSM) & Ja'a (kawan UTM).

From Raya Aidilfitri 2008
From Raya Aidilfitri 2008


Khamis 30 Sept 08 - Tumpat (Savvy)
Kami tiada pagi. Tengaharinya, makan di umah Angah, ke KB rumah Syila (kawan aku dan Ezi di UTM) dan mertua Abong (kawan UTM). Balik dah lewat petang, singgah lagi umah Angah sebentar. Malamnya makan nasi di umah Along.

Jumaat 1 Oct 08 - Tumpat - KL (Savvy)
Gerak pagi lepas beli barang sket kat pasar Tumpat. Sampai di KL jam 9 malam. Perjalanan agak banyak kereta, tersangkut-sangkut di Ketereh dan simpang Kuala Krai sahaja sebab ada eksiden selain masa nak masuk pekan Raub dan Bentong. Terus ke rumah Pak Su di Selayang. Balik terus tido, dah lewat malam pon.

Sabtu 2 Oct 08 - KL (Savvy)
Jadual sangat penuh. Awal pagi ke kubur datuk dan nenek. Kemudian rumah Makcik Lona di Sg Way. Pastu Pak Ngah di Ampang. Seterusnya Makcik Anis di Klang. Makcik Saadiah sesudah itu. Gerak pula ke umah Nad (kawan Ezi) di Puchong. Akhirnya ke KLIA menghantar Man. Awal pagi jam 1 baru selesai. Tak jadi balik USJ tidur umah Makcik, tido kat Concorde Inn bersama pak, mak dan Qis.

Ahad 3 Oct 08 - KL-JB (AirAsia)
Awal pagi sesudah subuh kami cek-out sebab flight kol 805AM. Kene daftar masuk sebelum 720AM. Mujur sempat. LCCT dah pack pon waktu tuh. Sampai di JB lebih kurang jam 10. Rehat-rehat. Lena dari tengahari ke petang. Malamnya ke Jusco beli barang keperluan.

Demikianlah perjalanan sambutan raya kami buat tahun ini. Puas berjalan. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Pohon maaf diatas segala salah silap dari kami sekeluarga.

Selasa, September 09, 2008

Kawan aku dan surat khabar gak

Memang ada benarnya kot kata Ezi. Budak-budak MRSM PDRM nih gila glemer..

Memang pon, MRSM PDRM telah melahirkan banyak selebriti/artis yang skarang dah suam-suam kuku tapi menyerlah suatu ketika dahulu.

Ada yang dah jadik penyanyi, pembaca berita, artis nasyid/hos rancangan, masuk surat khabar jadik saksi kes mahkamah, masuk surat khabar sebab buat kes jenayah (pukul ahli politik). Huii. Macam-macamlah.

Dah ni yang aku nak kongsi adalah rakan baik aku masa kat UTM dulu, Pawie. Berita Minggu amik umah dia buat artikel dalam ruangan dekor. Tak ke glemer.

Bila aku tepon, dia balas balik " Aku tak main la masuk dalam ERA just disebut nama je". Huhu.

Nah layan..

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Dekor/20080907103928/Article/

Jumaat, September 05, 2008

Aku dan The Star - 5 Sept 08



Selamat harijadi untuk diri sendiri...



Lawatan Ke KL Sempena Besday Pak 22-23 Ogos 08

Seperti biasa, kami bergerak dari JB Jumaat jam 900 malam, selepas makan malam. Tiba di rumah makcik jam 1230 malam.

Esoknya, pagi2 dah bersiap, pak cadangkan pegi ke umah makcik lona dulu, gi tengok baby baru (tak la baru sangat) Lina. Yela dah la Lina bersalin pon kami tak jenguk, Ikhwan kahwin pn tak pegi. Pas sarapan, kami gerak ke sana. Sembang2, makan2 lagi, tengok2. Makcik lona pinjamkan ke Ammar sejenis mainan untuk membantu dia bejalan, seronok sangat dia duk main mende tuh.

Kemudiannya kami ke kenduri kahwin anak kepada sepupu pak. Kiranya dua pupu kami. Aku pon tak kenal, tapi gi jelah. Umah kendurinya sangat berhampiran dengan umah Kak Nora.


Masa makan pon terjumpa Kak Nora, dia pesan suh gi umah dia, nak bagi barang mainan untuk Aqil & Ammar. Rupanya seplastik besar kereta, lori, treler dan sebagainya. Aqil maseh lena waktu ni. Terbangun nanti sure seronok gile tengok keta mainan banyak. Selesai kenduri, kami bergerak ke hotel Crown Princess untuk mendaftar masuk. Sementara menunggu dapat bilik...



Dah masuk bilik...



Dah tu pak, mak, man dan qis gerak ke Berjaya Times Square plak, gi daftar masuk bilik sana plak, sebab kat sini dapat 2 bilik je yang free. Rancangnya kol 3 camtuh nak jumpa kat Pavillion. Saja berjalan. Sempat la lena sekejap sambil2 smayang dan tengok tv.

Tapi ujan lebat turun di KL. Kami dah keluar, jalan agak sesak, mujur dekat je Pavillion tuh. Bila sms Qis, dorang kata tak jadi masuk Pavillion sebab jem, takut tak sempat pegi hotel untuk dinner, dah BBQ bermula dari jam 630 petang. Kami jelah yang melayan Pavillion.



Balik Pavillion dah dekat kol 6. Pak, mak, qis dah berada di bilik hotel. Man keluar ngan Dilla. Kami turun makan dalam kol 7. Hidangannya agak memberangsangkan. Tapi sebab makan ngan anak-anak, tak brapa konsentrate. Belasah je. Sate, daging kambing, lembu, ayam, udang serta ikan panggang. Lain-lain, nasi berlauk, kuih-muih, aiskrim, buah-buahan. Ramai gak yang datang, Mak Caq+Pak Caq serta Sakinah, Makcik+Pakcik, Zaahirah, Ezzah, Azzam, Abang+Azimah, Zahin, Zahra, Dilla, Aunti Harimah dan rakan2.



Aku naik awal sebab anak-anak ngantuk. Layan final Piala Malaysia Kedah lawan Selangor. Hahah. Turun balik semua dah pakat naik pon. Dah tuh naik, hotel ada bagi kek untuk pak.

Sok paginye, sarapan di hotel, kemudian terus daftar keluar, menuju ke Berjaya Times Square. Cadangnya abang nak bejalan sana. Tapi mak buat plan untuk ke Semua House, mencari kerongsang untuk Ezi dan Azimah jual. Mula-mula nak naik LRT, tapi dah semua nak ikut, berkeretalah kami. Aku pusing 3 kali Semua House baru dapat parking. Gila ramai orang betol.

Sampai-sampai hujan la plak. Mujur la kedai yang dituju dekat je. Nilah aktiviti yang dibuat sambil menunggu tokey kerongsang habis memborong.



Man kata gambar last tuh bleh buat kaver album HUJAN. Hahah. Kiut.

Seterusnya, pak plak nak sponsor baju melayu, kami keliling Kamdar, aku tak jumpa yang berkenan, abang jumpa. Jenuh bejalan dengan Aqil yang tak nak jalan sendiri, duk nak berdukung je. Singgah minum kat kedai mamak sebelum berpisah. Mak & Pak & Man ke Kulim. Abang terus balik Melaka. Aku bawak Qis ke umah Makcik di Subang sebelum pulang ke Johor. Dalam jam 6 kami gerak dari Subang. Ke klinik dulu untuk amik ubat untuk Aqil. Dia batuk, selsema dan demam. Jam 12 gak sampai di Johor sebab kami singgah Sunway Piramid dulu.

Sekian.

Isnin, Ogos 18, 2008

Memperkenalkan Khatijah

Sape yang belum jumpa Khatijah, nilah dia tuan punya badan.



Cahaya mata ketiga Aishah dan Faizal. Selamat dilahirkan hujung bulan 7 harituh rasanya.

Kami bertandang sempena majlis bercukur jambul Khatijah 2 minggu lepas yang dibuat di kampung ayahnya di Parit Makasar, Pontian.

Ada rupa cam Tok sket, huhu.

Jumaat, Ogos 08, 2008

Setahun yang lalu..

Tak perasan, tapi bila tengok-tengok balik tarikh aku mula membuka blog, rupanya dah terlebih setahun dah aku ada ruangan blog ini. Haha. Istikomah gak aku menghantar karya diri sendiri ke blog ini.

Sempena umur blog ni setahun nih, meh kita tengok apa itu setahun.

1. Aqil setahun yang lalu dan sekarang.


2. Ammar setahun yang lalu dan sekarang.


3. Aku setahun yang lalu dan sekarang.


4. Ezi setahun yang lalu dan sekarang.


Itulah setahun kami yang lalu dan sekarang.

Khamis, Julai 31, 2008

Aku, kami dan donut

Entah cemana, ada la seminggu itu, aku asyik ngan donut Ja Co. Yep, tak nah dengar? Layan apa yang ada kat sini.

21 Jun 08 - Ja Co Pavillion KL
Aku layan donat buat makan malam bersama rakan karib semasa di skolah dan universiti - pawie. agak meriah, ramai. first time aku layan air kopi kisar dia, rupanya order air pon dia bagi sebijik glassy donut. Kami layan 14 keping untuk 2 orang makan. Tak larat, aku tapau bawak balik 4 keping. Masuk freeze hotel. Esok malam baru makan balik, masih elok, kalau bubuh dalam microwave lagi ok kot.


Pawie tengah beratur nak memesan, ye kene beratur ye untuk membeli sebab ramai oo.

Sekitar tempat makan, meja dan kerusi kecik, dibuat ergonomik untuk pelanggan cepat blah atau tapau bawak balik je dari terus bersantai lama-lama.

23 Jun 08 - Ja Co Sunway, KL
Disebabkan aku bawak balik donut lebihan tuh, menjadi meriah plak orang-orang lain yang nak merasa, jadi kami ke Sunway plak dari umah makcik untuk membeli lagi donut Ja Co.
Sementelahan membeli hadiah father's day untuk pak. Kali ni 24 keping plak. Selesai di rumah makcik semuanya.


Semua sedang menikmati donut sedap ini tanpa berlengah lagi.

Hiasan dalaman kedai, cawan yang menjadi lampu siling.

Gambar dari luar kedai, tapi bukan pada waktu dan tarikh yang sama seperti diatas. orang tetap ramai beratur.

27 Jun 08 - Ja Co Pekan Baru, Indonesia
Kali ni aku bawak plak opismate aku dari Singapura untuk mencuba donut Ja Co. Dia tak pernah tahu jenis donut ini. Kat Singapura ada la jenama lain, donut factory kot. Dia jela beli, aku takde nak beli dah, 2 kali dah untuk minggu ni saje. Tapi aku cuba gak satu perasa yang tak jumpa kat KL.


Kedai di Pekan Baru Mall, masih tak ramai sebab belum waktu makan tengahari.

Dah, gambar kedai je, rupa donut nya? Haha. Layan gambar dibawah.

Inilah rupanya donut itu, lembut, manis, sedap, tak muak, makan sekeping tak cukup, pasti nak lagi huhu.

Kedai donut Ja Co Donut & Coffee ni sebenarnya diilhamkan oleh sorang ahli perniagaan dari Indonesia. Itulah dia, sebenarnya aku kagum ngan kunjungan pembeli yang beratur untuk membeli donut sahaja. Kat mana-mana pon pasti nampak ada barisan orang beratur.

Selasa, Julai 15, 2008

Mari Bercucuk Tanam

Ni khas wat Yam sempena besday dia semalam.

Ni adalah hasil semaian pokok cili aku sebulan yang lepas. Aku pindahkan ke pasu lain. Dari satu pasu besar ke 3 pasu kecik. Satu pasu kecik tak menjadi.

Pokok cili padi dah mula menampakan pertumbuhan pesat. Tapi bagi pokok cili besar, sangat lambat baru nak tumbuh tunas.

Layan.


Pokok cili padi yang dah membesar


Pokok cili merah yang baru tumbuh tunas

Owh, untuk Post Kenapa Saya Suke Henpon Saya part II, dah ada tambahan lagi,

20 Julai 08 - CD Ramli Sarip vs Ella

huhu..

Isnin, Julai 07, 2008

Kenape Saya Suke Henpon Saya part II

Untuk Part I sila ke sini

Saje nak mengundang rasa iri hati kepada korang semua:

15 Mac 08 - Cakera Mingguan - CD Terjah (pilihan lagu Nas Ahmad)
17 Mei 08 - Cakera Mingguan - CD Andhra & The Back Bones
5 Julai 08 - Cakera Mingguan - CD Fiq - Rocker Era Baru

Setakat itu sahaja aktiviti menelepon secara pantas dan berkesan yang sempat dilakukan ketika bersiar2 dengan Gen2 bersama keluarga.

Khamis, Jun 19, 2008

Selamat Hari Bapa - 16 Jun 08

Sempena hari Ahad, aku menyandang cangkul untuk touch-up halaman umah yang nampak cam tadika terbiar nih. Petang tuh gi amik tanah kat kawasan bekas perumahan, dapat la satu tong. Jumpa kerikil & tar yang tak terguna dilonggok orang tak nak, amik gak untuk tutup lubang depan umah.

Balik, aku ganti kepala paip sinki yang terpatah semalam. Uzur benar dah tadika terbiar nih. Pastu tampung tanah yang amik kat laman luar. Tak cukup, kena amik lagi lain kali. Rumput2 yang dah dibuang, aku bakar, tapi separuh je, takut jiran2 komplen asap masuk umah. Nanti bakar lagi. Buat baja.

Masuk rumah rehat2 kejap, anak2 duk kacau wat keje, lagipon tak smayang asar lagi. Dalam kol 6 lebih dorang semua terlena, penat main.

Pas smayang asar, aku sambung semai benih cili yang dibeli minggu lepas, cili merah ngan cili padi. Harap2 bertangan sejuk la aku hendaknya. Siap semuanya.

Ingatkan nak g makan malam kat kedai je, tapi Ezi cadangkan untuk makan spesel sket, sempena hari bapa. Aih, aku nye hari, aku kene pikir nak makan apa?.

Dah nak dekat sampai pon kedai dituju, patah balik, layan JUSCO yang entah ke berapa kali kami datang dalam minggu ni saje. Tak pernah aku cuba Mega Mac. Layan McD je. Sedap dan berpatutan harganya.


Mega Mac, sebijik cam dalam iklan, tak cam kfsee (tipu).


Abah nye hari, aqil yg dapat mainan


Ammar takde mainan pon suka

Selesai makan, aku bawak anak2 layan playground kat Arena. Biar la dorang main sampai penat. Layan.


Seronok aqil lari sana sini. ammar plak teruja dengan gelungsur.


Ni gambar yang aqil snap sendiri.

Selamat hari bapa juga untuk Pak - Hj Ruslan dari kami sekeluarga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...