Advertlets

Isnin, Ogos 31, 2009

Man Utd 2 - Arsenal 1

Bila kalah tak payah cerita panjang.

Ulasan utamanya, kalah nasib. Semua orang cakap macam tu. Dah.


Sabtu, Ogos 29, 2009

Hari Ini Hari Minggu

Hari minggu memang aku cuti untuk menulis menda-menda berat yang memerlukan pemikiran dan kajian serta rentak irama perkataaan. Susunan ayat serta justifikasi pendirian semua tolak tepi untuk hari ini, esok dan lusa.

Boleh je nak menjenguk ke sini. Ada rezeki, ada la cerita. Biasanya cerita-cerita ringan je. Minggu ni berada di KL untuk bawa anak-anak jumpa tok dan tokwan yang adala 2-3 bulan tak jumpa. Berbuka puasa, jumpa sedara mara dan rakan-rakan serta meramaikan jalan TAR.

Layan cerita hari minggu kali ini.


Abah sapu roti dengan kaya, lipat dua. Buat makan lewat petang sambil baca paper. Lapar. Bagi sedikit buat Aqil.
Aqil: "Abah, nak lagi roti"
Abah : "Jap, abah buat"
Abah sapu lagi sepotong roti. Lipat. Kasik Aqil.
Aqil makan, sambil duduk tengok tv, kemudian baring, kemudia meniarap, kemudian lena.
Abah cilok roti di tangan Aqil, kerat dua dengan Ummi. Selesai.


Jumaat, Ogos 28, 2009

Arsenal 3 - Celtic 1 (SPM agregat 8? Eh, agregat 5-1)

Walaupun dasar kerajaan telah memansuhkan banyak perkara-perkara berkenaan pendidikan negara, tapi aku masih gembira kerana masih dapat menggunakan perkataan agregat ini sekarang dan pelajar SPM selepas 98 tidak lagi tahu apa kemendanya agregat itu, nak kira sendiri pon mungkin kena buka buku panduan pelajar untuk menduduki SPM keluaran Sasbadi tahun 1997 dan ke bawah mungkin.

Dulu masa sekolah, agregat ini satu tanda aras kepandaian dan kecemerlangan sesorang pelajar. Lagi tinggi agregat ini, lagi bingailah pelajar itu masa ambil SPM. Pendapat ini mungkin tidak sebegitu tepat, kerana mungkin juga dia tidaklah begitu bingai, tetapi mungkin semasa 2 minggu SPM berlangsung dia berada di dalam lokap kerana ditangkap menghisap ganja atau mengalami cirit birit teruk atau masalah percintaan terputus seminggu sebelum SPM atau juga punya masalah wang, keluarga mahupun masalah besar dengan guru besar. Jadi mereka yang punyai agregat yang tinggi semasa SPM juga bukanlah tak pandai, tapi terbingai ketika mengambil SPM.

Walaupun begitu, mukadimah sudahpun memasuki perenggan ketiga dan kita masih lagi tidak sedikit pun memetik perkataan bolasepak di sini. Ah, alang-alang sudah terpetik perkataan bolasepak sekarang, mari kita lihat konteks agregat dalam bolasepak. Makin tinggi agregat satu pasukan yang menang itu, ianyanya lebih bermaksud pasukan itu sangat pandai menjaringkan gol berbanding pasukan lawan. Tidak ada pasukan yang bingai di sini melainkan pasukan lawan tidak pandai menjaringkan gol. Ini pendapat aku jika dilihat dalam konteks Liga Juara Eropah ini. Kerana semua pasukan yang kuat memang kena main di Liga Juara Eropah dan semuanya punyai pemain-pemain yang cerdik pandai menjaringkan gol selain dari pemain yang cerdik pandai menepis bola rembatan dan pemain-pemain yang cerdik pandai meneka rentak perlawanan dan bijak menjatuhkan pihak lawan dengan halal. Ah, aku akan menyentuh hal jatuh ini sebentar lagi. Jangan ketip butang X dipenjuru kanan lagi ye. Sabar.

Disebabkan sudah masuk perenggan keempat dan aku masih lagi belum menyebut tentang Arsenal, aku dapat merasai amarah dan kejelikan pembaca yang bukan penyokong Arsenal sebab mereka hanya ingin membaca perkataan-perkataan berbentuk negatif sahaja untuk pasukan bukan kegemaran mereka. Setelah terlanjur perahu aku menyebut tentang Arsenal ini, mari kita mengupas tentang permainan mereka melawan Celtic secara timbal balik ini di dalam perlawanan kelayakan Liga Juara Eropah minggu lepas dan awal pagi semalam.

Perlawanan pertama, aku hanya tengok untuk 20 minit terakhir secara langsung (yang awal-awalnya aku sambung esok malam lepas magrib) sebab aku tahu, mahupun aku adalah penyokong tegar Arsenal, aku tidak mahu menjeopradasi (adaka perkataan ini dalam kamus online BM-BI yang bersepah di internet masakini?) kerjaya aku dengan terbangun lewat pukul 10 pagi untuk ke pejabat (tapi tetap bangun lewat juga, ceh). Lagipun perlawanan ini adalah di tempat pihak lawan yang mana kalau gol sebiji sekalipun adalah seakan 2 gol di tempat sendiri. Jadi aku lebih berminat tentang keputusan akhirnya. Celtic kalah 2-0 dengan Arsenal. Gol nasib bak kata semua orang termasuk pakcik Arsene Wenger.

Perlawanan kedua aku tengok lama sikit. Bersama-sama Aqil dan Ammar yang mangkit tak tidur-tidur balik sejak pukul 12 tengah malam. Perlawanan kedua juga tidak banyak berubah corak permainannya. Kalau dulu pakcik Arsene Wenger mesti akan menukar corak permainan Arsenal setiap kali mereka bermain di Eropah, kali ini pakcik Wenger sudah begitu yakin dengan corak permainan Arsenal sekarang.

Bagi yang tidak mahu faham apa itu sistem berlian 'Zhulian' Carlo Ancelotti macam aku, aku lebih suka mentafsirkan corak permainan Arsenal semasa mengawal perlawanan adalah seperti bermain monyet-monyet untuk hantaran-hantaran pendek satu sentuhan secara 3 segi yang mananya monyet itu boleh jadi Ballack, Carrick mahupun Gerrad atau semua pemain pihak Celtic untuk konteks kali ini. Untuk menyerang pula, mereka hanya bergantung kepada lontaran dari Almunia terus kepada pemain sayap atau secara serangan balas dari tengah yang tiba-tiba bola dah sampai di bucu kotak penalti, entah siapa yang golekkan bola di situ tidak dapat dilihat secara kasar kalau tidak dibantu siaran kamera ulangan. Mereka juga akan cuba menggolekkan bola ke dalam gol secara hantaran bukan rembatan. Yang pasti, mereka bijak pandai menjaringkan gol. Hasilnya, Arsenal menang lagi 3-1. Bersamaan agregat 5-1. Bijak mereka menjaringkan gol laksana pelajar cemerlang SPM. Jaringan Eduardo, Eboue & Arshavin. Gol saguhati Celtic oleh Donati.

Jadi di sini, rumusan perlawanan menentang Celtic awal pagi semalam adalah seperti di atas. Aku hanya berminat mengulas prestasi beberapa pemain Arsenal yang menonjol semalam di sini sebab aku memang tak endah sangat pemain pasukan lawan selalunya.

Denilson seakan telah membuang monyet yang bergentayangan di belakang bahunya selepas menjaringkan gol ketika menentang Everton sebelum ini dengan permainan yang sangat yakin, rajin dan berdedikasi ketika menentang Celtic, sampai pemain Celtic marah-marah, tolak-tolak dia sampai kena kad kuning. Siapa-siapa yang mencerca yang bukan-bukan terhadap Denilson musim lepas pasti melutut merafak sembah melihat prestasinya kini. Segelintir penyokong Man Utd pon dah menjatuhkan Carrick untuk pilih Denilson masuk pasukannya dalam Fantasy Football.

Gallas & Vermaelen. Dua-dua solid. Mai la bola tinggi ka, hantaran silang ka, thru pass ka, Vermaelen pasti menyelesaikan bola tersebut. Gallas pula semakin yakin untuk menjaringkan gol pada setiap perlawanan, tapi awal pagi tadi, dia suruh Vermaelen yang naik sampai atas jadi penyerang tambahan 2-3 kali juga sebab dia kata dia boleh jaga sorang-sorang penyerang Celtic itu. Akan tetapi Over konfiden Gallas memakan diri sebab 'ter'gol juga sebiji buat Celtic pada minit 90+2. Suka benar dia melawak Gallas ni.

Arshavin. Masuk kira-kira 30 minit terakhir. Tapi dengan reputasi sebagai pemain impak, dia menjaringkan gol secara bersahaja dengan satu gerakan badan mengelirukan pihak lawan. Nyaris-nyaris dapat satu dua lagi gol kalau tidak kerana offside dan kecekapan penjaga gol.

Song. Dia ibarat pemain hantu atau bayang pihak lawan. Memang tidak akan menjadi budak poster seperti Arshavin, Fabregas atau Van Persie, tapi prestasi Song mencanak naik melebihi prestasi terbaiknya musim lepas. Sama macam Denilson. Wenger mungkin masih melihat Diaby sebagai pengganti Vieranya, tapi Song boleh diibaratkan seperti Gilberto di zaman puncaknya. Sumbangannya konsisten. Nampak je bola dikuasai pihak Celtic, Song akan memintas hantaran seterusnya. Betul-betul berhantu dan menghantui jiwa pemain Celtic.

Ramsey. Kegusaran ketiadaan Fabregas sedikit sebanyak dilupai seketika dengan adanya Ramsey untuk mengisi kasut but Fabregas. Ramsey bermain dengan yakin, matang dan kemas walaupun dia baru je tahun lepas dibolehkan membeli rokok secara sah. Tiada tanda-tanda gugup cemas macam baru nak ambik SPM. Walau hanya sebagai pemain gantian dan bermain perlawanan Eropah.

Eduardo. Kena cakap banyak sikit hal dia ni. Skill pemain penyerang menjatuhkan badan secara sengaja memang panas kalau penyokong pihak lawan tengok. Tapi biasala, penyokong pihak lawan pon suka pemain mereka terjatuh di dalam kotak penalti dan mendapat penalti. Siapa tak suka kan? Jadi dalam hal ini, rejeki masing-masing la. Wenger sendiri mengakui itu bukan penalti dan tak nampak macam penalti.

Simulasi ini isu moral. Tidak bermoral kalau membuat simulasi, dan lagi rendah moral kalau dapat penalti tapi tidak menjaringkan gol. Pihak lawan juga hilang moral untuk bermain bila dah kena sebiji gol. Jadi Eduardo sedikit sebanyak menjaga moralnya dengan menjaringkan gol walaupun caranya yang tidak bermoral itu. Gol itu tetap dikira dalam konteks bolasepak sebab pengadil membenarkannya. Macam meniru dalam SPM la. Meniru itu tidak bermoral. Tapi sangat bingai moralnya kalau meniru pon salah jawapan. Tapi kalau betul, jawapan itu tetap dikira markah oleh pemeriksa kertas. Jadi, sapa-sapa yang pernah meniru di dalam peperiksaan, jangan berani-berani nak komen hal ini ye. Komen anda laksana menepuk air di atas dulang, terpercik semua di muka sendiri.

Agregat yang tinggi dalam perlawanan Arsenal menentang Celtic ini bukanlah bermaksud Celtic tidak boleh berjaya terus di dalam perjalanan bolasepak mereka. Memang mereka tidak dapat melanjutkan perjuangan ke peringkat tinggi (universiti), tapi berbekalkan kekalahan itu (sijil SPM) juga mereka dapat berentap di Europa League. Masih punya harapan untuk meraih kecemerlangan.

Baiklah, rata-ratanya, skuad Arsenal berumur lingkungan 23 tahun ini sudah melayakkan diri ke pusingan kumpulan di Liga Juara Eropah. Mereka sangat teruja untuk bertemu AZ Alkmaar, Olimpiakos dan Standard Leige. Ah, mungkin Nani, Scholes dan Carrick akan dimonyetkan dahulu Sabtu ini?

Khamis, Ogos 27, 2009

Kanak-kanak Memang Riang XIV

Pasangan suami isteri memang selalunya ditakdirkan untuk dipasangkan supaya lengkap melengkapi. Suami selalunya gagah perkasa. Isteri pula lemah lembut sopan santun.

Tapi apa yang terjadi bila pasangan itu dikurniakan zuriat? Anak itu mengalami pertembungan dua sifat yang dominan itu dan salah satu sahaja akan menjadi dominan, kadang-kadang bercampur dan sifat kedua-dua ibu bapanya menjadi dominan dalam dirinya.

Sekian dahulu mukadimah ala-ala Dr Fadzilah Kamsah buat hari ini. Sengaja dipendekkan supaya tidak mengundang amarah.

~Himpunan diari hujung minggu seorang Abah

Untuk hujung minggu selalu-selalu, aku dipaksa keras oleh Ezi memang sukarela untuk mengambil tender menyiapkan anak-anak dari mandi pagi sampai mandi malam.

Walau bilik air itu kecil lagi terhad. Dorang sangat suka berlama-lama main air. Tambah ada kapal mainan dengan pistol air serta sudip plastik dan bebola kecil. Aku buka baju Aqil dan Ammar, biar dahulu dorang main air sebelum betul-betul memandikan dorang.

"Abah, gi baca paper, Aqil nak main air" Aqil bagi permission kat aku. Aku tanpa berlengah, capai paper semalam yang belum habis baca, baring atas sofa sambil baca segmen dunia. Agak habis sebuah dua cerita kat paper dan jelingan tajam serta teguran serius Ezi baru aku jenguk dorang berdua dalam bilik air.

"Aqil, meh gosok gigi" Aku hulur berus gigi dengan ubat gigi yang selamat lagi halal kalau tertelan.

"Tak, tak, tak, ini adik Ammar punya, itu Aqil punya" Aqil tunjuk berus gigi kaler merah kepunyaan dia. Kaler kuning yang aku pegang itu Ammar yang punya.

Sebab banyak kali berus gigi ini bertukar ganti. Aku sendiri tak dapat nak hafal kaler mana satu Aqil punya, kaler mana satu Ammar punya. Kaedah akhir aku buat, aku letak ubat gigi kat dua-dua berus. Aku tunjuk kat Aqil dua-dua.

"Ok, mana satu Aqil punya, mana satu adik punya?"

Aqil akan ambil berus gigi dia, jadi berus satu lagi aku guna untuk beruskan gigi Ammar dahulu.

Majalah Moktan - Gambar di kolam renang bilik air

Lepas dah siram, sabun serta bilas. Kadang-kadang aku biar lagi dorang main lagi dalam bilik air. Kalau tergesa-gesa, aku paksa jugak dorang keluar. Selalunya aku dah siapkan baju yang nak dipakai dan pampers kat ruang tamu, senang nak pakaikan. Aku capai tuala dorang.

"Dah Aqil dah, jom keluar. Sudah mandi dah" Aku depakan tuala di depan pintu bilik air.

"Tak, tak, tak, ini adik Ammar punya" Sambil Aqil tunjuk, tuala merah yang aku pegang. Haih.

"Ok, adik Ammar, jom pakai baju" Sambil aku balut tuala merah kat Ammar. Siap Ammar baru aku capai pula tuala biru kepunyaan Aqil.

Setelah siap berkejaran, meninggikan suara dan mengeletek sampai terketawa dua-dua sekali, baru la siap dorang dipakaikan baju, sikat rambut dan selalu-selalu dah tengah tengok tv waktu ini. Siaran animasi. Bertuah nak dapat tengok highlight perlawanan bola malam tadi masa ini.

"Abah, nak susu" Aqil yang selalu pandai meminta. Tak kira la masa aku tengah sibuk baca surat khabar ke, sibuk berbaring atas sofa sambil baca surat khabar ke, atau sibuk layan Ultraman sambil bebaring atas sofa sambil baca surat khabar ke.

"Pegi la mintak dengan Ummi kat dapur" Aku saja buat malas. Padahal aku memang sibuk.

"Tak nak, nanti Ummi marah" Aqil pulak pandai bagi alasan. Padahal bukan ada apa salah pon.

Aku cari sepenuh ceruk dan pelusuk botol susu dedua orang itu. Untuk dibasuh dan dibuat susu baru. Pejam mata tutup lampu pon boleh siap buat susu. Siap susu baru aku bancuh.

"Abah, tak boleh, tak boleh" Aqil geleng kepala. Enggan menerima susu yang aku dah buat untuk dia dengan Ammar.

"Lah, kenapa,? Abah dah buat susu Aqil ni?" Aku hairan campur bengang. Dah buat susu baru pon tak nak.

"Bukan, salah, salah, ini Aqil punya, ini adik Ammar punya, Aqil punya lembu" Aqil geleng kepala sambil jari telunjuknya menunjuk-nunjuk penutup botolnya yang bewarna kuning dengan botol bergambar lembu merah jambu manakala gambar botol susu Ammar bergambar singa berpenutup merah jambu. Terbalik.

"Oh, yeke, sori" Aku tukar kembali penutup itu agar ia sama warna dengan gambar di botol. Baru Aqil ambil dan minum. Ammar, tak banyak songeh. Terima je.

Hal ini terjadi bukanlah serentak, tapi agak 2-3 kali juga. Mula-mula memang aku tak perasan. Tapi bila dah kena sekali, aku cuba untuk berhati-hati. Tapi terkena juga dengan Aqil. Jangan ingat ini perkara enteng. Ummi Aqil pon dah terkena. Aku ingat dia lagi berhati-hati. Tapi tersalah juga kadang-kadang.

Entah mana punya gen Aqil dapat untuk sebegitu teliti dengan barang kepunyaan dia.

Masih ingat "Yang sepasang dipasangkan bersama"?

Juga jangan percaya sangat cerita ala-ala KKMR di sini. Hahah.

Notakaki amANI: Sekali sekala boleh memberi sokongan untuk blog Helmie Hleb, seorang kaki Arsenal yang berkarier propesenel lagi masih single. Hahah.


Rabu, Ogos 26, 2009

Terbengkalai

Aku suka melawat blog. Ada sekali, bila secara rambang mengetip kekotak 'Next Blog' yang tertera di bahagian atas aplikasi blogger ini.

Ini kiranya susunan blog kita yang sedang aktif dengan blog orang lain dari seluruh pelusuk dunia yang turut aktif pada waktu tersebut. Blog pertama masih dari Malaysia, tapi bertulisan cina campur-campur. Setelah 2-3 kali aku menekan kekotak 'Next Blog' itu. Aku terjumpa blog Owl ini. Ianya amat memukau dan menarik.

Koleksi gambar-gambar bangunan, kenderaan, kawasan dan tempat yang telah terbengkalai, ditinggalkan, usang, reput atau hanyut. Banyak gambar-gambar cantik dan cerita disebalik setiap kejadian tersebut. Ada kapal yang ditinggalkan, hanyut dan kemudian terdampar jauh ke daratan penuh berpasir bila lautnya mengecut dan surut. Ada kawasan yang menjadi padang jarak padang tekukur kesan dari letupan loji janakuasa nuklear. Juga kesan tinggalan kereta kebal, kereta perisai, meriam, kapal terbang dan pesawat pejuang yang menjadi tinggalan kuasa besar Russia masa menyerang Afganistan. Projek perumahan terlebih futuristik yang akhirnya turut terbengkalai disambar kegawatan ekonomi. Penat je pereka bangunan dan pengira bahan memasukkan data di dalam komputer subsidi kerajaan untuk membuat pengiraan rekabentuk untuk bangunan tersebut. Pendek kata, semua gambar dan cerita terbengkalai itu menarik.

Koleksi Kapal Terbengkalai dan Tersadai

Blog ini disarankan untuk dibaca di masa luang. Tapi macam biasa, ini adalah mukadimahnya sahaja.

Yang ingin dikupas di sini adalah keterbengkalainya blog Owl ini selama 4 bulan tanpa berita baru atau gambar baru atau cerita baru. Ia seakan memakan tuan punya blog Owl ini sehingga blog dia pula yang terbengkalai. Mujur selepas 4 bulan, encik Owl ini dah mula mengemaskini blognya kembali.

Dari konteks yang lebih dekat di sini, aku juga pernah melihat blog yang sebelum ini meriah, aktif, berwarna-warni dan berpuluh-puluh komennya turut terbengkalai.

Blog sebegini bolehlah diibaratkan masa mulanya penuh berisi senapang, bom tangan dan peluru tabur mahupon mercun tali untuk menembak sesiapa sahaja di dalam kisahnya, tapi kini terbengkalai tanpa bekalan senjata lagi. Mungkin peluru makan tuan atau peluru kehabisan stok sebab berlakunya pembelian panik oleh pengguna.

Terbengkalai juga boleh dikira bila mana sepatutnya kisah di blognya itu bersiri, tapi hanya siri pengenalan yang keluar. Siri kedua relai di tengah jalan. Kita hayati gambar ini dan renungi bersama. Mungkin aku boleh edit gambar dibawah ini dan memberi award "TERBENGKALAI" untuk blog seperti ini. Buat modal/ilham kepada penulis sebegini menulis blog kembali.

Kehabisan peluru - Kubur Kereta Kebal USSR Terbengkalai di Kabul, Afganistan

Selasa, Ogos 25, 2009

Laju macam Arsenal? Bukan Usain Bolt ke?

Pernah dengar Usain Bolt? Belum? Tak pernah? Sila hantukkan kepala di papan kekunci sekarang. Tak mo kawan. Pernah dengar Arsenal? Juga tak pernah? Boleh letak jawatan kalau anda seorang pembaca berita tapi tidak mengenali pasukan ini. Yang ini Arsenal di Liga Perdana Inggeris ye, bukan Arsenal di Liga Kejuaraan Brazil itu.

Tapi apa kaitan Usain Bolt dengan Arsenal dan laju?

Kalau belum mengetahui juga sebab suka sangat baca majalah Mempelam je, Usain Bolt ini suka-suka hati dia je berlari laju yang amat dan dah pecahkan dua-dua rekod 100m dan 200m sempena kejohanan Dunia di Berlin seminggu ini. Ini adalah lebih kurang setahun selepas dia memecahkan kedua-dua rekod dunia ketika di Olimpik, Beijing tahun lepas. Lebih tepat, dia mengurangkan 0.11 saat untuk kedua-dua rekod itu. Jadi rekod dunia sekarang pegangan Usain Bolt ini adalah 100m adalah 9.58saat dan 200m adalah 19.19saat.

Agak makhluk asing juga Usain Bolt ini sehinggakan Micheal Johnson, pemegang rekod 200m sebelum ini (bukan pemain bola keranjang itu mahupun kumpulan Micheal Learn To Rocks ye) menggelarkan larian Usain Bolt ketika bahagian selekoh untuk 200m adalah 'bukan manusia', 'mustahil' dan 'larian di selekoh terbaik pernah disaksikannya'. Dengar kata juga, Usain Bolt menamatkan larian 100m hanya dengan 41-42 langkah larian sahaja. Ini bersamaan dengan lebih kurang 2.4m selangkah. Cemana? Laju?

Baik, dengan demikian, itulah mukadimahnya. Macam biasa, mukadimah je dah panjang kan? Hahah.

Yang ingin dikongsikan adalah, Arsenal sekarang. Satu kajian telah dibuat oleh Castrol, selama 2 tahun dengan meneliti pemain-pemain utama dari Liga Inggeris untuk membuat purata kelajuan larian pecut setiap pemain dari Liga Inggeris ini. Hasilnya adalah seperti di berikut. Yang terlaju di Liga Inggeris adalah Theo Walcott dari Arsenal. Menurut kajian tersebut, jika Theo Walcott ini adalah pelari 100m pecut, dia enteng sahaja mengalahkan pelari pecut Britain, Dwain Chambers dengan catatan sekitar 9.9saat. Kedua terlaju adalah sedikit mengejutkan, Sol Campbell. Bekas pemain Arsenal yang berpindah ke Portsmouth dan kini di Notts County. Seterusnya, sila sahaja melihat senarai di bawah.

USAIN BOLT 24.04 mph

WALCOTT 22.72 mph

CAMPBELL 22.50 mph

DROGBA 22.27 mph

TORRES 22.27 mph

ANELKA 22.05 mph

FABREGAS 22.05 mph

A COLE 22.05 mph

CLICHY 21.82 mph

ROONEY 21.82 mph

GERRARD 21.60 mph

ROBINHO 21.60 mph

Dari 11 pemain yang disertakan di bawah, 6 orang adalah pemain/bekas pemain Arsenal. Agak mengagumkan juga penilaian ini. Ini menunjukkan sesuatu yang jelas, pakcik Arsene Wenger ini memang sukakan statistik dan aku rasa dia memang bergantung tinggi untuk membuat penilaian terhadap seseorang pemain berdasarkan statistik pemain tersebut. Salah satunya kriteria penting buat pakcik Arsene Wenger mungkin adalah agiliti pemain, yang dinilai dari segi larian pecutan seperti dalam kajian Castrol ini.

Yang kedua, arakian begitu sekalipun lajunya Theo Walcott itu, untuk dia menandingi Usain Bolt adalah sedikit mustahil. Sebab kelebihan 2mph itu boleh di ibaratkan seperti 5-6 langkah ketinggalan.

Yang ketiganya, statistik ini diperguna dengan meluas untuk semua liga peringkat tertinggi di dunia. Cuma, aku tak rasa Malaysia ada atau pernah ada usaha untuk membuat statistik yang sedemikian rupa untuk pemantapan bolasepak, peringkat negara mahupun peringkat liga Perdana ke Super ke Ultra ke hapa ke. Amat ketinggalan kita dalam aspek ini. Nak tahu Shukor Adan buat berapa kali hantaran tepat pon aku rasa tak ada. Belum lagi purata berapa kilometer jarak larian penuh Indra Putra sepanjang perlawanan. Jadi macam mana jurulatih kita ingin menilai? Takkan selamanya bergantung pada budi bicara dan mata kepala jurulatih je?

Dalam aspek sains sukan pon baru nak bertatih. Juga agak menyedihkan masa tengok siaran realiti Soccer Star 2 dalam 3-4 bulan yang lepas, yang mana pemain kita langsung tidak pernah terdedah kepada ujian kecergasan yang dibuat oleh jurulatih Chelsea untuk 4 pemain dari Soccer Star 2 itu. Hasil ujian itu dinilai secara statistik dan ada nilai parasnya, yang mana kalau dia nak bandingkan dengan Frank Lampard ke, Didier Drogba ke, atau sapa-sapa yang dia nak pilih memasuki akademi Chelsea, dia akan gunakan nilai paras ujian kecergasan itu. Jadi, kenapa teknologi ini tidak dipindahkan ke Malaysia? Buat apa bekerjasama dengan Chelsea sebegitu rupa, tapi teknologi yang mudah ini kita tak boleh pindahkan untuk manfaat seluruh pemain bolasepak Malaysia? Rugi je.

Sebenarnya, statistik sebegini bukan hanya untuk bolasepak. Untuk pembangunan sukan yang lebih terancang dan tersusun lagi meningkat, semua sukan di Malaysia perlu dan harus punya kumpulan statistik mereka sendiri. Universiti tempatan entah berapa ratus graduan lulusan matematik statistik tiap tahun. Tapi akhirnya bekerja bank, jadi cikgu atau paling kuat jadi pensyarah kalau pandai sikit. Yang menjadi ahli statistik sangat sedikit. Rugi.

Kita mungkin berbicara lagi untuk segmen sebegini untuk satu lagi isu. Faktor fizikal pemain bolasepak. Lain kali. Tapi melalui pemerhatian aku, Micheal Owen yang kita rasa/tengok dia sedikit rendah itu, ala-ala saiz pemain Malaysia je, tapi saiz kaki, peha dan pinggangnya sama sekali bukan saiz biasa pemain Liga Malaysia.

Notakalkulator amANI: Nak tukar mph kepada kilometer per jam? Darab sahaja dengan 1.6. Aku tahu, korang malas mengira.

Ahad, Ogos 23, 2009

Sinetron Dramalova XVIII - Susu

Babak 1

Pagi itu, Diego siap-siap nak pegi JUSTUKOR yang berdekatan dengan rumah Pop & Mom nya. Hari itu cuti, hujung minggu pulak tu. Memang sedap kalau pegi JUSTUKOR.

Memang dah bercadang nak membeli sedikit keperluan dengan Marcia, Marcia nak buat biskut cip coklat. Yang sedap macam Famous Amos tu. Rangup dan manis. Sia-sia la kalau dah dapat sijil kemahiran membuat pastri dan roti dari institut pertanian dan penyelidikan tempatan, tapi tidak mempraktikkannya. 2 minggu Marcia pergi bersama kandungan sulungnya meninggalkan Diego untuk menamatkan kursus itu.

Kini, Rodriguez dah berumur 3 bulan lebih. Nak pergi jalan memang kena siapkan segala kelengkapannya. Kerusi tolak beroda memang sentiasa ada dalam bonet. Kelengkapan susu satu raga. Kelengkapan persalinan satu beg. Semua kena disiapkan. Tambah pula Rodriguez jenis selalu teriak. Orang lain pegang sikit, teriak. Orang itu pegang sikit, teriak. Hasil akhirnya, Marcia pulak teriak.

Diego dah siap-siap basuh botol susu Rodriguez. Terus ke dispenser air minuman sulingan osmosis terbalik. Mom beli supaya senang nak buat air dari paket 3 dalam 1. Ada air bersuhu bilik dengan air bersuhu panas 80 darjah Celsius. Sedap elok kalau nak buat air panas. Diego masukkan air panas dahulu sedikit. Kemudian tambah air suhu bilik. Diego teguk sedikit. Buat rasa. Panas lagi. Diego tuang sedikit dan tambah lagi air suhu bilik. Siap. Susu dimasukkan mengikut sukatan. Susu untuk Rodriguez kalau-kalau dia teriak tak pasal di JUSTUKOR nanti.

Segala raga, beg dan kelengkapan Diego usung masuk kereta nasional Brazilnya. Rodriguez, Marcia yang pangku. Belum 5 minit Diego memandu. Rodriguez dah teriak. Marcia bagi susu yang dah disiapkan. Mujur dah siap disediakan. Belum sempat sampai JUSTUKOR, susu dah habis.

Babak 2

Sampai di JUSTUKOR, Rodriguez memang dah di dalam kereta tolak beroda. Diego ambil pula troli untuk barang kelengkapan. Marcia tolak Rodriguez. Dalam hati, Diego tak tahu la kalau ada 2 anak kecil, tak cukup tangan dibuatnya nanti nak tolak kereta tolak beroda, troli dan segala bagai nanti.

Ini kali pertama Diego masuk JUSTUKOR di sini. Susunatur dia lain sikit dari JUSTUKOR yang selalu-selalu pergi di Sao Paulo. Jadi asyik tersalah masuk lorong untuk mencari barang kelengkapan membuat biskut itu. Bukan tak mahu beli di Sao Paulo, tapi sebab hanya Mom yang ada ketuhar. Nak harap Diego beli satu ketuhar kat rumah, memang gaji pon cukup makan anak beranak je. Boleh la jugak Marcia asah kemahiran membuat biskut. Walau dengan pemerhatian penuh seliaan ibu mertua.

Sampai di bahagian barang kek dan pastri, Marcia mendongak mencari tepung, gula, cip coklat, tepung halus istimewa, perisa dan segala yang berkaitan dengannya. Diego tengah tengok susu tepung Rodriguez di bahagian sebelah. Entah apa sebab, Rodriguez teriak. Diego bergegas ke tempat Marcia.

Diego ambik Rodriguez, masih teriak. Marcia dah nampak gelisah sebab Rodriguez teriak di tempat awam. Susah hati.

"Nak susu kot" Diego meneka.

Marcia angguk, tapi mana nak cari tempat menyusu, ini bahagian barang basah. Tingkat seterusnya mungkin ada la kot tempat menyusu.

"Takpela, buat susu baru jela" Marcia terus mengambil botol susu yang dah kosong dihabiskan Rodriguez dalam kereta tadi.

Sebab takda sinki mahupun tempat membasuh, Marcia tuang air panas sedikit. Goncang dan terus meneguk saki bakinya. Eh, benda makan apa. Halal. Kemudian baru dia mula membancuh susu baru. Dah siap susu, Rodriguez dibaringkan dalam kerusi beroda dan diberi susu. Mujur dia diam semula. Kalau tidak, orang lalu lalang mesti pandang serong kat Marcia. Mau malu dan sedih di hati.

Barang-barang kelengkapan biskut dah siap dikumpulkan dan sedia dibayar. Diego beli jugak air berperisa untuk keluarga buat makan malam nanti.

Dalam kereta masa memandu keluar dari JUSTUKOR, ketika di dalam satu simpang trafik. Diego baru tersedar.

"Eh, tadi abang masa abang buat susu Rodriguez, abang teguk air dia sikit. Kita kan puasa hari ini". Diego mula bicara. Setelah difikir-fikir kenapa dia sedikit segar tengahari ini dan bila terbayang menu berbuka sediaan Mom, Maghrib nanti.

"Ya Allah, Marcia pon baru sedar. Tadikan Marcia buat susu kat JUSTUKOR tu, Marcia telan je saki baki air tuh" Marcia pon baru tersedar.

Gelak ketawa memenuhi ruang kereta nasional Brazil Diego. Dua-dua kelam kabut, maklumlah ini hari pertama kali pertama mereka menyambut puasa bersama-sama sebagai sepasang suami isteri dengan kehadiran anak pertama.

Selamat berpuasa semua.


Sabtu, Ogos 22, 2009

Berzakatlah kita


Sepanjang karier aku sebagai pembayar zakat yang belum memasuki 10 tahun ini, aku belum pernah terdengar kadar zakat macam tahun ini yang MAINJ buat. Sapa makan nasi dari beras tempatan 15% hancur (beras subsidi yg harganya RM1.80/kilo), hanya membayar RM5.00. Sapa makan nasi dari beras gred lain dari itu, bayar RM7.50 seorang. Tahun lepas kadar rata, RM6.50 seorang.

Tak payah pening-pening, kalau memang tak pernah makan nasik kat luar (nasi berlauk, nasi ayam, nasi beriani, nasi kunyit, nasi minyak dsb), memang tiap-tiap hari tanak nasi dan beli beras subsidi yang RM18 untuk pek 10 kilo. Dia je yang harus bayar RM5.00 untuk zakat fitrahnya. Yang lain-lain, bayar la RM7.50. Bayar mengikut kesedaran sendiri kata Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor.

Aku setuju dengan tindakan ini dan menghargai pertimbangan MAINJ dalam mengenakan kadar zakat fitrah ini untuk tahun ini. Tidak membebankan orang yang benar-benar cukup duit untuk makan pakai. Bukan pertama kali diperkenalkan untuk negeri Johor katanya.

Bagi yang belum/samar-samar mengetahui, zakat fitrah yang kita bayar (simpan resitnya) boleh digunakan untuk menolak jumlah bayaran yang yang perlu dibayar untuk cukai pendapatan. Hasil zakat digunakan untuk tujuan yang telah ditetapkan syarak. Jadi duit itu dibelanjakan di jalan yang benar dan halal.

Kalau nak menderma dengan membawa cek palsu besar pintu rumah sambil diambil gambarnya menggunakan kamera bertali lebar sangkut kat leher dan divideokan untuk masuk berita tempatan kita tak mampu, bayar zakat pon aku rasa dah cukup baik untuk diri sendiri dan keluarga kita.

Jumaat, Ogos 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan

Selamat hari Jumaat.

Semalam aku cuak jugak tengok ramai orang dah stenby kat surau sebelum Isyak kot puasa jadi hari ini, mujur tak terlepas terawikh sebab keluar beli barang runcit dan tak dengar pengumuman penyimpan mohor-mohor besar DiRaja.

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan dan berpuasa sebaik mungkin mulai esok.

Semoga ibadah puasa semua diberkati dan sama-sama kita menyelami signifikasi kita berpuasa untuk bulan Ramadhan ini.

Di tutup dengan sedikit pandangan Ustaz Mohd Asri Zainul Abidin untuk dikongsikan.

"ada orang yang kadang-kala berzikir dan bertahmid sebelum berucap atau berceramah, namun apabila habis dia berzikir dan bertahmid, dia memaki hamun orang lain bagaikan tiada sempadan agama"


Sama-samalah kita renungkan. Sekali sekala layan blog Ustaz takde salahnya.

Khamis, Ogos 20, 2009

Baru 4 tahun dan 56 tahun

Alhamdulillah. Syukur atas kurniaanya untuk tarikh ini. 20 Ogos.

Syukur kerana pernikahan kami sudah memasuki 4 tahun. Banyak dan panjang lagi perjalanan hidup ini yang diharap akan kekal berkekalan sehingga akhir hayat. Terima kasih terutamanya buat Ayang yang sentiasa mewarnai perkahwinan ini selama ini. Moga kita akan terus menerus mencorak kehidupan dan mengukuhkan keluarga yang dibina.


Tarikh ini juga bersamaan dengan tarikh ulang tahun kelahiran Pak. Yang kini memasuki 56 tahun. Umur pencen dah ni tapi masih lagi bersemangat untuk meneruskan karier di peringkat tertinggi. Hepi Birthday Pak!! Semoga terus diberi kesihatan yang baik dan senantiasa dimurahkan rezeki. Juga mendapat perlindungan dan rahmat dari Allah S.W.T.

Masa ni jari di kaki Pak masih lengkap 10 :)

Juga tarikh ini bersamaan dengan 2 lagi pasangan yang merangkap rakan terdekat masa di universiti. Tuan Fahmi+Aina dan Azam+Yasmin. Meraka juga merai tarikh ini sebagai ulang tahun pernikahan mereka. Semoga korang juga punyai perkahwinan dan perhubungan yang hebat lagi berkekalan. Mujur dah dekat nak puasa dan bukan hujung minggu, kalau tidak aku ajak jugak dorang berpasangan pegi pulau 2 hari satu malam mandi laut dan menyambut aniversari. Tahun depan mungkin? Amacam? Ke tahun depan dah simpan untuk cuti paterniti?

Aqil: Mandi laut? Abah cakap je bila, Aqil ready.

Sekian sahaja untuk semua yang menyambut hari istimewa ini. Doakan kami semua.

Selasa, Ogos 18, 2009

Yeay, abah dah balik!

Kalau tertanya-tanya kenapa blog ini laju je terkemas kini tapi FB sepi membisu. Aku ada penjelasan yang sangat menyakinkan.

1. Aku tak suka, suka-suka hati bagi tahu apa mende yang ada dalam kepala otak aku tiap kali FB tanya aku "what's in your mind?'. Sila 'mind your own bisnes ye FB'.

2. Juga aku suka tulis meleret-leret, panjang-panjang, jadi menulis pendek-pendek 2-3 patah perkataan seperti motto hidup bukan kesukaan aku. Jadi nak tulis tajuk blog pon aku kadang-kadang padam 2-3 kali.

3. Kat blog orang tak ramai ambik endah, jadi boleh tulis suka-suka hati tanpa menjaga hati orang dan tak perlu risau orang yang sipi-sipi mengenali kita menyelami rasa hati kita.

Tapi, sebenarnya bukan ini tujuan aku menulis kisah hari ini. Hahah. Panjang tak intro?

Isi sebenarnya cerita kali ini aku baru balik bekerja di luar kawasan lagi. 2 hari je. Jadi aku ingin menambah koleksi nama-nama unik yang aku jumpa sepanjang jalan kali ini. Jalan yang sama, tapi aku baru terperasan untuk menambah koleksi nama-nama ini.

Kedai Runcit - Jiranku Mini Mart
Antara jalan Segamat - Gambang. Khas buat jiran-jiran dia membeli belah agaknya.

Nama tempat - Desa Temu Jodoh
Antara Segamat dan Yong Peng. Aku dah masuk berpuluh kali mungkin melintasi lalu kawasan desa ini dalam tempoh masa 6 tahun bekerja ini, tapi tak bertemu jodoh pon kat sini, mungkin kena bermalam kat sana kot. Juga kot sapa-sapa yang belum bertemu jodoh, mungkin boleh cuba bawak berjumpa dengan ketua kampung kawasan ini.

Nama taman - Taman Desa Solehah
Kerteh. Ini kat satu papan tanda, taman baru dibuat. Masih dibuka untuk jualan. Harapnya semua anak dara di sana menjadi Solehah betul. Tapi anak terunanya?

Nama gerai - Gerai Simple
Kemaman. Gerai ini jual nasi dagang, nasi lemak, nasi minyak. Aku tak tahu kat mana yang simple nye. Tapi nasi dagangnya sedap seadanya.

Kali ini, aku dapat bergerak bertugas di luar kawasan tanpa anak-anak teriak. Sebab ada menda lain yang menjadi penarik perhatian mereka pada waktu itu. Tapi, aku mendapat juga laporan yang mengatakan mereka berdua adik beradik tidak mengendahkan tawaran ummi mereka untuk membacakan buku cerita sebelum mereka tidur untuk 2 malam tersebut. Nak abah jugak yang baca kan. Kan tak pasal-pasal je. Ammar yang baru bangun terus tunjuk buku kat aku. Hahah. Sekian sahaja.


Isnin, Ogos 17, 2009

Bola sudah disepak (Arsenal 6 - Everton 1)

Baru je berazam untuk mengurangkan riak takbur, tapi keadaan sama sekali tidak membenarkan. Meskipun begitu, aku cuba sedaya upaya untuk merendah diri.

Memetik kata Wenger 'Ianya perlawanan pertama yang menarik'.

Fabregas menjaringkan 2 gol dalam satu perlawanan. Macam biasa-biasa je dia score. 2 gol tanduk dari bahagian-set? Itu luar biasa. Tapi 6 gol? Aku tidak dapat menahan diri untuk tidak berbangga dan riak takbur. Hahah.

Apa pun, 3 lagi pasukan yang dikatakan Empat Besar memulakan perlawanan liga pertama dengan sedikit susah hati. Mujur menang di saat akhir buat Chelsea, mujur Ben Foster pandai menepis untuk menangkan Man Utd dan tidak mujur langsung Liverpool kalah sebab pertahanan Spurs lagi bijak menjaringkan gol.

Konklusi aku adalah, perlawanan pertama kali ini dimiliki oleh pemain-pemain yang baru dibeli oleh pasukan masing-masing. Adebayor, Vermaelean, Glen Johnson, Hunt, Darren Bent. Oh, tidak mujur juga untuk Owen.

Kepada peminat bolasepak fantasi, sila kemaskinikan pemain anda sebab tengah minggu pon ada perlawanan. Sebahagian pasukan sahaja yang bermain. Sekian.

Sabtu, Ogos 15, 2009

Catatan Diego - Ubat@Klinik

Dalam banyak-banyak tahun dalam hidup, rasanya ini kali pertama Diego kehilangan separa suaranya yang berlanjutan. Dan mula terjadi pula pada hari paling penting untuk digunakan suara tersebut. Memang satu dugaan.

Ingat sehari dua, makan Strepsils, hilang la kondisi tidak selesa ini, rupanya masih tidak berubah.

Sekembalinya ke pejabat selepas kerja diluar kawasan, Diego mengambil keputusan untuk ke klinik panel syarikat. Kot-kot ada sesuatu yang tidak dijangka. H1N1 memang merungsingkan.

Klinik ini punyai beberapa fakta-fakta menarik yang boleh dijadikan tarikan pelancong atau 'Point of Interest (POI)' dalam bahasa GPS Garmin Nuvi (wei, sapa-sapa yang berhasrat nak bagi hadiah hari jadi bolehlah berbuat demikian dengan klu yang diberi ini).

Pertama, kita perlu menunggu. Leh, semua orang kena tunggu kalau nak jumpa doktor. Oh, bukan begitu, kita kena menunggu doktor balik ke klinik sebab dia keluar makan tengahari dari jam 1 petang tadi sampai jam 2.30 petang. Uniknya, klinik ini dibuka 24 jam. Ironi bukan?

Jadinya, semasa menunggu, suhu badan Diego yang biasa-biasa sahaja sepatutnya menjadi sedikit panas dan dikesan oleh termometer yang diletakkan di dahi Diego. Sudahnya, Diego diberi ubat demam walau memang tak demam.

Pemeriksaan saluran penafasan Diego menggunakan steteoskop yang diletakkan di bahagian belakang Diego tentunya tidak menunjukkan apa-apa saluran yang tersumbat sebab Diego sendiri dah mencuba stetoskop sepupunya di rumah makciknya semalam. Jadi dia tahu dia tiada masalah bronkitis atau asma atau pneumonia.

Sudahnya, doktor secara tenang memberitahu yang Diego hanya sakit tekak biasa dan kehilangan suara. Tiada apa-apa yang membimbangkan. Dia akan memberi ubat yang sepatutnya. Itu juga bermakna, sepanjang 6 tahun lebih ini dia berkarier, Diego masih belum pernah melihat rupa bentuk slip cuti sakit yang tertulis namanya.

Uniknya yang kedua tentang klinik ini, sampul ubat untuk mengisi ubat ini sangat menenangkan jiwa. Ditulis di atasnya, petikan surah al-Quds. Yang mana lebih kurang berbunyi, 'Setiap penyakit adalah pencuci dosa'. Tersentak dengan ayat itu membuatkan Diego merenung diri sendiri sebentar untuk mengenang, apakah dosa yang akan dicuci dari dugaan penyakit ini. Mungkin dia terlalu riak takbur di dalam blog ini 2-3 menjak ini. Jadi Diego rasa dia perlu memohon maaf di atas kesilapan itu dan akan merendah diri buat seketika.

Sedang Diego membelek-belek ubat yang diterima. Dalam hatinya terdetik, banyak juga ubat yang dipreskripsikan. Mentang-mentang kompeni aku yang akan bayar, doktor ini memberikan ubat yang terbaik untuknya. Kalau aku datang hantar anak isteri, ubat biasa-biasa sahaja. Mereka prihatin agaknya.

Sekembalinya Diego ke pejabat dengan membawa gugusan ubatnya. Dia mengambil air minuman. Dispenser air suling osmosis terbalik ditekan untuk air panas dan dicampur sedikit dengan air sejuk supaya suhu air menjadi suam-suam sedap diminum sahaja.

Diego buka plastik ubat dan mula membaca segala perkataan, simbol, tulisan, tarikh keluaran, syarikat keluaran (oh, salah satunya dikeluarkan oleh syarikat yang Diego buat analisis minyaknya) dan nama pasaran ubatan tersebut. Diego tertarik dengan ubat lozeng yang diberikan. Perisa Beri hitam. Tanpa gula. Nampak lebih sedap dari Strepsils. Dibacanya sisi kotak terbabit. Sambil mulut mula mengemam sebiji lozeng tersebut.

"Ini adalah persediaan tradisional. Jika simptom berlarutan, sila berjumpa doktor"

Lozeng beri hitam. Sedap. Baik untuk tekak.

Diego kebingungan. Siapakah yang dijumpainya tadi? Tabib? Ahli Terapi Warna? Pakar Refleksologi?

Simptom ini memang telah berlarutan sebab sampai hari ni pon belum baik lagi. Jadi, siapakah doktor sebenar yang perlu dirujuk?

Notakaki amANI: Sebagai pesanan merendah diri buat masa ini, marilah kita sama-sama bersyukur terhadap kesihatan tubuh badan yang dikurniakan sementara ini. Yang mana ada tanda-tanda sakit tekak, selsema, demam, batuk dan lenguh-lenguh badan, bersegeralah ke klinik berhampiran. Sekian.


Khamis, Ogos 13, 2009

Meter? Ia ibarat aksesori peletak cawan tambahan

Pandangan peribadi aku terhadap teksi di bandaraya Johor Bahru.

1. Aku tak pernah langsung naik teksi yang mengenakan bayaran bertepatan dengan nilai tertera di meter. Selalunya nilai yang dikenakan adalah nombor bulat 'rahsia terbuka' pemandu-pemandu teksi serata bandaraya. Dan 2 kali ganda nilainya. Tak kirala naik tahan tepi jalan ke, telefon talian panas ke, datang ke perhentian teksi ke. Sama je.

2. Meter tetap berjalan seperti seakan-akan pemandu teksi menggunakannya. Pemandu teksi tidak akan rasa bersalah untuk meminta bayaran mengikut citarasa beliau.

3. Nilai perjalanan dari Taman U ke bandaraya JB adalah RM25. Ke Senai Airpot juga RM25. Ke stesen keretapi Kulai juga RM25. Dari Sri Putri ke Taman U adalah RM12. Kereta sapu ke Airport Singapura dari Bandaraya JB adalah SGD40 (teksi Singapura mengenakan SGD20). Adakalanya tidak logik untuk diterima bila dibandingkan dengan tiket tempat duduk kelas ekonomi keretapi baru RM18 dari JB ke KL. AirAsia baru RM35 untuk JB ke KL. Ada sekali aku naik teksi yang meternya tertera Rm14+, tapi dia tetap mengenakan RM12 untuk Taman U ke Sri Putri. Aku ingat dia jujur & baik hati, rupanya itu adalah nilai 'rahsia terbuka' semua pemandu teksi.

4. Teksi di Singapura 100% mengikut meter yang tertera dan boleh siap cetak resit dari meter tersebut.

5. Aku pernah bertanya 4-5 teksi berderet yang tengah tunggu orang dari Kastam JB, untuk ke Taman Universiti. Ada yang terus menolak tak nak pergi, ada yang mengenakan harga RM30 dan ke atas, ada yang tak nak keluarkan resit. Semua aku tinggalkan sampaila aku jumpa yang mengenakan RM20-25.

6. Aku pernah dibawa pemandu teksi wanita, di cermin pandang belakangnya ada kad nama bertali. Tertera namanya dan berjawatan peguam. Juga mengenakan bayaran RM25 dari Taman Universiti je Bandaraya JB. Tak pedulikan meter yang hanya berbelas-belas sahaja. Aku ingat berprofesion profesional punyai integriti yang profesional. Jauh sekali.

7. Ada yang menutup meternya dari dilihat penumpang. Tutup guna kalender kecil, guna kad bod, guna kain dsb. Contoh yang realiti:


8. Kalau minta resit dari pemandu, selalunya dia bagi resit kosong. Suruh isi sendiri berapa nak isi.

9. Aku pernah naik teksi oleh pemandu yang sama 2 kali. Dia bawak cam haram. Laju dan lintang pukang. Kiri kanan ikut suka. Asal boleh tekan dia tekan minyak. Pergerakan tangan beliau juga agak melampau. Siku atas strereng masa membelok. Terlebih suda.

10. Pemandu teksi itu juga aku pernah terserempak di bengkel kereta yang mana tayarnya bocor dan ketika itu ada penumpang di dalamnya. Dia biarkan penumpang tunggu di dalam kereta sementara menunggu pomen habiskan satu kerja lain sebelum menampal tayar teksinya.

11. Ada satu pemandu mintak aku bayarkan tiket parkingnya di stesen keretapi dengan alasan parking kat situ mahal. Dia tunggu penumpang yang turun dari stesen keretapi.

12. Dah sekarang dah ada tentu-ukur baru untuk nilai bayaran teksi. Aku rasa, ia tetap tidak menggalakan pemandu teksi di Bandaraya JB menggunakannya. Sebab nilai tetapan sekarang lagi lumayan.

13. Stesen NGV sudah bertambah di Bandaraya JB. Ada 7 kot. Hampir keseluruhan teksi menggunakan NGV. Tapi itu tetap tidak membantu mereka menggunakan meter. Walau jimat 2-3 kali ganda dari menggunakan petrol.

14. Aku juga pernah naik teksi yang mana pemandunya mintak de-tour untuk ke stesen isi NGV dulu sebelum hantar aku balik rumah. Alasan, kalau guna petrol yang menjadi back-up, ia sangat mahal dan merugikan. Walau aku tunggu lama lebih pon, bayaran tetap macam itu jugak.

15. Punca semua ini? Kebanyakan pemandu teksi adalah penyewa lesen pajak teksi. Lesen itu bukan milik mereka. Pemajak lesen mengenakan sewa ~RM50 sehari. Kos lain (minyak, servis, basuh, makan minum) semua penyewa/pemandu teksi yang tanggung. Pemajak hanya goyang 'testis' mereka dan dapat duit hari-hari. Yang memandu menggunakan lesen sendiri juga terikut dengan sistem ini dan membuatkan nilai 'rahsia terbuka' bayaran teksi sekitar JB diseragamkan. Untung lebih.

16. Aku tak tau kalau-kalau nanti Petronas tiba-tiba dah fedap nak subsidi harga NGV dan mula menjual dengan harga pasaran. Tambang teksi mesti naik mencanak.

17. Jadi, apa gunanya tentu-ukur baru? Penguatkuasaan masih longgar. Bagi aku, hukum terus pemajak lesen teksi. Sebab puncanya pada mereka. Bagi lesen teksi lagi 3000 pon tak jadi apa-apa selagi mentaliti/amalan syirik memajak lesen teksi itu terus wujud. Bagi kepada penyewa/pemandu teksi sedia ada? Dorang pulak yang akan bertukar menjadi pemajak dan mula menggoyang 'testis' mereka pula. Buat apa kerja susah-susah nak bawak teksi kalau dah boleh dapat pendapatan tetap seharian?

18. Buat aduan ke LPKP? Pernah dengar yang hotline/sms tertera di belakang kenderaan komersil itu telah diabaikan setelah pengarah baru LPKP dilantik?

19. Kalau sapa-sapa pernah ternaik teksi yang menggunakan meter di Bandaraya JB, aku mahu nombor henfon pemandu itu.

20. Pernah terdengar yang mana penjual yang menipu berat timbangan jualannya adalah dimurkai Tuhan?

Sekian sahaja penulisan gaya Chedet untuk kali ini. Tiada perkataan berbaur di entri ini melainkan bernilai saintifik sahaja.


Rabu, Ogos 12, 2009

Kanak-kanak Memang Riang XIII

Kanak-kanak memang jujur dalam melahirkan perasaannya.

Bulan lepas, aku tinggalkan Aqil & Ammar hampir sepurnama di kampung, sepanjang bulan itu, menjadi rindu Aqil dan Ammar kat aku. Aku? Orang tua memang kurang jujur sikit dengan cara melahirkan perasaannya. Hahah.

Masa aku balik untuk ambik dorang balik. Aku sampai awal pagi. Sebelum jam 8 lagi dah sampai rumah Tok Mek. Aqil dan Ammar masih lagi tidur. Nampak sedikit perbezaan dengan yang sebelum aku tinggalkan dorang sebulan lalu. Raut wajah macam makin membesar.

Aku duduk sebelah Aqil. Cuit-cuit, dia masih tak nak mangkit. Ummi dia pula kejutkan. Dia dengan mata terpisat-pisat, gosok mata, nampak aku. Muka terus bercahaya, terus berdiri peluk aku. Tangan kat leher, kepala di dada. Rindu. Seronok. Kemudian duduk atas riba aku. Tak menginjak dah.

Ummi dia kejutkan pulak Ammar. Ammar mangkit, nampak aku dan terus eksaited. Berlari-lari anak buat pusingan. Tak pulak lari peluk aku. Tapi nampak jelas gembira sebab aku ada di depan mata.

Kemudian, saban hari, Aqil akan bertanya "Abah nak pegi mana?". Aku nak mandi dia tanya, aku nak pakai baju dia tanya, aku nak baring baca suratkhabar dia tanya, aku naik ke ruang atas dia tanya. Risau agaknya dia ditinggalkan lagi.

Selepas hampir 1 minggu penuh aku bersama-sama dorang di rumah JB. Setakat pegi balik kerja Aqil dan Ammar dah tak kesah sangat, dia tahu, menjelang petang lewat nak ke malam Abah mereka pasti pulang dari kerja.

Cuma, Ahad baru ini, aku sekali lagi kena bertugas di luar kawasan. 3 hari 2 malam. Dari pagi lagi, bila aku lepas mandi, masa tengah pakai baju, bukan baju kerja pon, jeans dan jersi je, tapi Aqil tetap nak tanya, "Abah nak pergi mana?"

Aku jawab, "Abah nak pergi kerja".

Muka Aqil berubah " Tak boleh, abah tak boleh pergi keja!" sedikit marah.

Sebab nanti lewat tengahari baru aku nak pergi, jadi aku sengaja tak sebut dah hal nak pergi kerja. Tapi Aqil tetap tak berpuashati. Masa aku nak mandikan dia dan Ammar pon, dia tetap marah "Abah tak boleh pergi kerja!".

Memang marah sungguh, sampai menjerit dia marah. Nada tinggi.

Lepas mandi dan pakaikan baju, aku bawak pulak anak-anak berdua itu untuk keluar membeli sedikit barang runcit. Hal pergi kerja dah sedikit suam.

Lepas makan tengahari, masa tengah bersiap-siap untuk kemas baju dan seluar serta kelengkapan lain, sekali lagi Aqil dapat menghidu, aku memang akan pergi kerja.

Baju dan seluar yang nak dilipat dirampas Aqil. Sambil geleng kepala. "Tak boleh, tak nak abah pergi kerja!".

Aku jawab, "Abah memang kene pergi kerja. Ummi kan ada"

Aqil marah lagi. Masa aku bawak beg masuk kereta, dia pukul aku. "Aqil tak nak kawan Abah!"

Masa aku nak masuk kereta, untuk salam dia bagi. Tapi dah mula teriak. Ammar yang tahu aku tak bawak sapa-sapa yang lain masuk kereta sekali, turut teriak. Aku lepaskan brek tangan dan kereta mula mengundur.

Teriakan Aqil dan Ammar makin kuat. Ummi dia dah peluk dorang berdua. Syahdu. Tak caya? Aku sempat mengambil gambar ini sebelum memandu ke destinasi.

Aqil yang sedang teriak

Ammar teriak jugak lepas Aqil teriak


Aku hantar sms lepas je tol Skudai, tanya dah bagi susu ke tidak untuk dorang, kot letih sangat main, tu yang teriak tu. Masuk satu sms dari Ummi dia.

"Kesian tengok dorang teriak, ummi dia pon teriak jugak"

Notakakidipedalkereta: Aku tidak tahu macamana ada juga orang yang bertekad untuk berkahwin tapi masih tidak mahu untuk mempunyai anak. Alasannya, dia sendiri 'tidak boleh blah' dengan kanak-kanak dan bila dah ada anak, ianya lebih banyak mendatangkan masalah. Betapa ruginya dia tidak merasai nikmat punyai anak.

Selasa, Ogos 11, 2009

Sinetron Dramalova part XVII - Lari

Babak 1

Kali ini, kamera tersorot jauh secara zoom keluar, memintas laju kepingan-kepingah kehidupan hampir 20 tahun dahulu.

Diego masih setahun dua menyesuaikan diri dengan persekitaran perumahannya yang baru. Dulu di rumah Tok Wan, rumah masih dikelilingi pokok-pokok moktan, jambu batu, nangka, durian, belimbing besi, belimbing buluh, rokam, kelapa dan setaq. Halaman rumah yang luas, boleh main kombat-kombat lagi. Jalan besar kalau lari ulang alik 3 kali dari pintu rumah pon boleh tercungap.

Tapi kini, persekitarannya sangat berbeza. Depan rumah terus ada jalan aspal. Kiri kanan rumah jiran. Jiran kiri cikgu katanya. Jiran kanan sebelah lorong, berbangsa Cina membela anjing jenis Rotwieler. Tetapi masih setahun dua umurnya anjing itu.

Sejak kehadiran jiran kanan dan anjing belaannya. Dah berapa keping selipar Diego adik beradik menjadi habuannya. Digongong masuk ke halaman rumahnya bila terbiar. Obses terhadap selipar gamaknya.

Sedang elok suatu petang Diego berjalan menyusuri rumah-rumah jiran di kirinya, hajat di hati nak usha makwe rumah berselang 5. Pakaian dan gaya Diego agak kasual, seluar pendek bola, baju t'shirt dan selipar Tat Sing. Selalu-selalu selipar Tat Sing menjadi pilihan sebab dia tahan lasak, keras dan kukuh kalau tiba-tiba member kampung depan rumah Diego ajak main baling selipar. Tapi ada kelemahan terhadap selipar Tat Sing ini, ianya berat kalau di bawa lari pecut dan cepat tercabut/putus.

Diego kuis batu-batu kecil di tepi jalan. Lagak seperti mengelecek bola. Elok dia menoleh sahaja ke belakang, anjing Rotweiler jirannya sudah memulakan langkah mengejar, entah tanpa sebab. Gerak hati Diego yang sudah belajar hukum hakam najis Mughallazah menyebabkan Diego juga memulakan pecutan ala Rabuan Pit. Tidaklah Rabuan Pit sangat kalau pakai selipar Tat Sing ini. Sekali lagi ditoleh ke belakang, anjing tersebut sudah sangat hampir. Hendak tak hendak, Diego lepaskan juga seliparnya sebelah, tapi tetap meneruskan larian pecutnya. Garis penamat bukanlah matlamatnya, tetapi sudahnya, sampai ke penghujung deretan rumah teres juga Diego lari. Walhal anjing tersebut telah menamatkan larian terlebih awal sesudah selipar Diego ditinggalkan.

Diego kembali ke rumah melalui jalan belakang. Berselipar hanya pada sebelah kaki sahaja. Itu pon takut-takut kalau-kalau ada lagi anjing tersebut terserempak lagi. Mujur, anjing itu sudah di dalam halamannya sendiri. Dalam hati masih berkira-kira nak ambil ke tidak selipar yang tertinggal tadi.

15 minit kemudian. Muncul pula Sergio dan 2 pupu Diego. Masuk ke perkarangan rumah sambil bergelak ketawa tak habis lagi.

"Awat hang gelak?' Diego hairan.

"Anjing tula, mai ligan aku tak pasai-pasai" Sergio menjawab.

"Hang pon kena ligan jugak? Aku baru ja kena tadi" Diego pula mengadu.

"Ha la, dah dia ligan, aku lari la, tapi anjing tu bodo, ada tong sampah kat tepi jalan depan aku, aku lompat tong sampah tu, anjing tu pi langgaq tong sampah tu. Hahahah" Sergio seronok bercerita.

"Tu la, aku lari tadi, bila dah tinggai selipar baru dia nak berenti. Gila betui. Tak pasai-pasai kena ligan" Diego menambah.

Semenjak itu, kehadiran anjing dan gerak geri mereka sangat diikuti rapat oleh Diego adik beradik. Di mana-mana, dengan apa jenis anjing, akan diperhatikan rapat. Agak-agak nak kene kejar, langkah seribu akan diambil tanpa usul periksa lagi.

Babak 2

Kali ini, Diego berjalan petang dengan adik perempuanya, Sheylda. Baru balik dari taman permainan di hujung kanan deretan rumah mereka. Selang 2-3 rumah berjalan, Diego merasa ingin berlumba lari. Bukan tak puas bersukan, tapi sukan tahunan berlumba lari hanya setahun sekali. Kadang-kadang kene tahu juga tahap kecergasan semasa.

"Sheylda, jom kita lumba lari nak? Lari sampai rumah? Diego membuat satu candangan.

"Boleh, sat, aku nak bukak selipar" sambil Sheylda ambil selipar dan disarungkan ke tangannya.

Diego rasa dia pasti menang, dia tak tanggalkan selipar.

"Ok, 1, 2, 3!" Diego dah memecut, pada sela waktu yang sama, dia dah ternampak anjing putih berbulu tebal milik tuan rumah di tepi tempat mereka mula berlumba lari sudah meloloskan diri dari penjuru pintu pagarnya.

Kali ini, bukan Diego dan Sheylda sahaja yang berlumba lari, mereka turut dikejar anjing putih berbulu tebal. Diego syak, anjing tu betina. Entah kenapa.

"Sheylda, lari la laju sikit, ada anjing ligan hang, dia dah dekat dah dengan hang tu!" Diego menjerit, sambil berlari dan menoleh ke belakang sebab Sheylda sedikit ketinggalan.

"Woi, tolong la aku, anjing tu ligan aku!" Sheylda dah mula menangis, tapi kaki masih tetap berlari pantas.

"Lari Sheyla, lari laju lagi!" Diego juga tetap meneruskan larian sampai ke rumah. Sedikit jauh meninggalkan Sheylda.

Sheylda yang sampai kemudian dah teriak meraung. Sebab dikejar anjing putih berbulu tebal yang disyaki betina itu. Semua hadirin di rumah mula menyoal Diego. Diego ketawakan Sheylda. Sebab hajat utama hanya nak berlumba lari secara persahabatan, tapi ditambah pula dikejar anjing, ia menjadi satu pertandingan kompetitif.

Anjing putih bebulu tebal itu tidaklah mengapa-apakan Sheylda. Bila dia dapat mencium tumit Sheylda, dia berhenti dan berpatah balik. Tapi emosi Sheylda agak terganggu dan tidak lagi ini membuat perlumbaan persahabatan larian pecut bersama Diego lagi. Dengar kata Sheylda pernah mewakili sekolahnya untuk acara lumba berlari. Tak sia-sia dia mendapatkan asas berlari pecut sejak usia muda.

Notakakiberselipartatsing: Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran ke-26 untuk Shidah. Juga selamat pulang ke Malaysia.

Isnin, Ogos 10, 2009

Catatan Diego - Latihan@Kelas

Sejak dua minggu ini, cuaca tak menentu. Kejap panas, kejap hujan.

Dah tu jerebu. Tambah H1N1 pulak.

Minggu lepas ada dah Diego rasa-rasa nak demam. Sempat baik sebelum melarat. Syukur.

2-3 hari ni pulak, sakit tekak. Telan air liur pon pedih. Makan ubat Hurix lega balik. Tapi hari ini dan sekarang, suara plak dah sayup-sayup ni. Diego sudah di dalam dilema dah ni.

Cemana nak memberi latihan di dalam kelas nih? Tadi seharian Diego mencuba beberapa low key, C minor serta G Sharp, supaya suara tetap sampai walau serak rok kapak. Tapi sekarang rasa macam separuh-separuh je suara yang keluar nih. Esok separuh hari lagi latihan di dalam kelas kemudian separuh lagi latihan di tapak.

Strepsil sudah, Hurix pon sudah, air suam memang wajib dah. Apa lagi?

Walau kolam renang tuh nampak menarik je, tapi mengingatkan H1N1 dan sakit tekak nih, duduk mengadap laptop dalam bilik rasa lebih selamat. Juga walau balkoni menghadap laut, matahari tenggelam tetap tak nampak sebab jerubu. Ah.

Notasuaraseraksikit: Kalau ada yang terindu sebab hampir 3 hari aku tiada entri baru, bukan salah aku. 2-3 hari ni aku banyak tolong-tolong kat belakang tabir untuk 1-2 blog yang masih dalam peringkat awal pembikinan. Orang nak buat blog ni memang aku sokong aje. Teruskan berblog ye. Juga, aku baru terbaca/terjumpa blog jiran aku. Ye, jiran selang 3-4 rumah. Amacam? Korang pernah termimpi nak baca blog jiran korang? Hahah.

Jumaat, Ogos 07, 2009

Ringkasan

Semua dibawah adalah perkara duniawi semata. Tapi sebab macam banyak je mende-mende separa lagha separa manfaat ini, disenaraikan secara pendek ajelah.

1. Aku baru nak siapkan SD - The Buku (edisi kertas). Jadi hadiah pemenang kuiz Catatan Diego belom sampai lagi la. Yang dah bagi alamat hanya noorafzan dan azmir. Juan nak kutip sendiri. Yang lain? Tuntut di tangan?

1. a z m i r
2. duta
3. sheyda
4. redghost
5. hanimdroid
6. rage
7. noorafzan
8. Saiful
9. Juan Nazlan


2. Hujung minggu ni ke KL. Berlibur? Tak kot. Aku ada kerja di PD, Isnin dan Selasa. Memberi latihan plak. Lena jugak la para hadirin sekalian dalam sesi itu nanti. Untuk itu, soalan kuiz, hadiah coklat apa semua dah disiapkan dah. Hahah.

3. Sapa yang sepatutnya set-up Liga AMP Fantasy Premier League? Aku dah siapkan pasukan dah, liga private je belum masuk. Saiful ke Apek yang incas nih? Hahah. Kelakar plak. (Saiful dan Apek adalah dua watak yang berlainan ye). HMD aka Rage, ko nak join kan? Jom. Main mende ini boleh menambahkan KPI kompeni ko. Percayalah. Aku terperasan Kudin ada shout dalam FB dia mende ini gak, bleh ajak dia main sekali. Lebih lanjut? http://fantasy.premierleague.com.

Berikut adalah statistik season lepas:

4. Kalau semuanya mengizinkan, 16 Ogos mungkin aku turut serta dalam program Derma Darah ANSARA seluruh Malaysia. Aku melibatkan diri untuk venue di JUSCO Bukit Indah. Para alumni @Lambaian akan dirancang satu aktiviti hujung minggu kalau penyertaannya menggalakan. x-PDRM di Johor pon tak salah kalu nak turun sini memeriahkan keadaan.

Itu sahaja. Selamat berhujung minggu. Tata. Nano?.


Khamis, Ogos 06, 2009

Aku tulis, ko bantah sambil jalan

Pagi ini aku terberbual dengan seorang yang terlibat secara langsung berarak dalam 'perarakan aman' hujung minggu lalu. Ikuti perbualan mengikut tona irama aku sendiri. Sebab kami berbual tidak mengguna BM, jadi tona irama mungkin sedikit berubah.

Kenapa pergi?

Yelah, ini parti saya anjur, saya kene la pergi. Semua event macam tu saya mesti pergi.

Aku tak setuju langsung sebab kene berarak, kalau nak bantah, aku setuju, tapi kenapa berarak? Berarak bukan budaya kita, ini budaya Anwar.

Kami berarak bukannya mengucarkacirkan keadaan. Bila polis datang, baling bom asap dengan sembur air baru jadi kucar kacir. Polis yang mengkucarkacirkan keadaan. Bukan kami. Kami datang, jalan ramai-ramai, pekik segala sahutan yang nak dipekik. Tak kacau sapa-sapa apa.

Tapi kenapa kene berarak? Kenapa tak buat kat stadium? Kenapa kene hantar memorandum pukul 7-8 malam kat istana? Ada ke orang istana nak terima masa tuh? Kenapa tak fax je memorandum itu? Kan senang.

Yelah, kalau pergi pagi ke tengahari ke, dorang bagi alasan meeting la jumpa orang itu ini la, tak ada la, sebab tu pergi waktu tu. Bila berarak baru dorang nak pertimbang, bila tengok ramai orang apa semua datang. Baru dorang sedar. Setakat fax mana dorang nak layan.

Ok, pasal memorandum. Ko pernah tengok memorandum itu? Apa kandungan dia?

Err, tak. Tak pernah.

Ko tahu siapa yang dalam ISA sekarang?

Tak.

Mas Selamat Kastari! Nak disuruh dibebaskan orang macam Mas Selamat Kastari tuh? Kalau kita nak mansuhkan ISA, sapa nak tahan Mas Selamat Kastari tuh?

Err, bukan nak mansuhkan terus ISA tuh, cuma sejak 2 tahun lepas, bila sorang politician dengan wartawan suratkhabar kena tangkap ISA tu, masa tu ISA macam disalahguna.

Dah kalau tak nak mansuhkan, kenapa tajuk demo itu gerakan mansuhkan ISA? GMI? Isu sebenarnya ialah salah guna ISA. Bukan pasal ISA itu sendiri.

Aku rasa nak bagi lagi sebiji dua molotov koktail atau bom asap. Tapi aku rasa nanti aku berlebih pulak. Jadi aku kongsikan aje setakat itu dan cuba alihkan perhatian pada PPSMI supaya dia pulak boleh berhujah panjang.

Sebelum aku karang perbualan yang ini. Aku cuba tulis mende alah ini di bawah. Tapi aku tinggalkan sekerat jalan sebab macam tak kena. Nak baca, baca ajelah. Terkurang sana sini tuh sori naik lori sebab aku malas. Aku rasa perbualan di atas lebih adil, sebab aku berbicara dan mendapat balasan persoalan aku secara terus. Di bawah ini aku terlebih sikit.

***********************

Aku tak boleh tahan tengok 'perarakan aman' untuk memansuh ISA Sabtu baru ni.

Kalau nak aman kenapa kene berarak? Kenapa tak buat kat stadium? Baru la boleh kira berapa ramai. Ini tidak, semua 'pakat' kata 20,000 orang, 100,000 orang, 50,000 orang, macam-macam nombor keluar, semata nak tunjuk ramai. Suratkhabar kata lain, blog kata lain. Lain kali buat kat stadium ye. Senang nak kira. Stadium Darul Aman. Baru aman betul. Ingat ye.

Kenapa perlu nak berarak? Sebab nak mansuh ISA, bebaskan tahanan ISA, tutup Kem Kamunting.
Alasan pertama, aku separa sokong, alasan kedua aku tak sokong langsung, alasan ketiga agak lemah.

Mansuh ISA: Yela, paham anak isteri yang ditahan tak terbela, tiada perbicaraan, tiada disabit kesalahan, zalim. Tetapi, adakah zalim untuk kita tahan orang-orang seperti Mas Selamat Kastari? Ayah Pin? Hindraf?

Mas Selamat Kastari yang merancang nak bunuh penumpang tidak tersabit dosa dengan mengterhempaskan kapalterbang di Lapangan Terbang Singapura?

Ayah Pin yang memporak peranda agama Islam dengan ajaran langitnya ( Notateruskedahi: Ayah Pin belum kene tangkap, tapi kalau kene tangkap konfem dia akan kena ISA)

Hindraf yang derhaka pada negara Malaysia dengan meminta taraf dan hak sama rata dengan orang Melayu? Aku tak paham. Katanya setia pada agama, bangsa dan negara.

Agama Islam diporak peranda, hak bangsa diperah pulas, keselamatan dalam negara terancam. Tetap nak mansuhkan jugak? Dengan polis tak percaya, dengan FRU dimaki hamun, dengan bomba ditipu panggilan palsu, kastam disogok, imigresen dicebik, dah nak mintak sapa lagi pertahan agama, bangsa dan negara?

Sekarang yang tinggal sebagai tahanan ISA adalah dari penyokong fahaman Islam yang telah terpesong dari segi akidah, matlamat dan halatuju, pemimpin dan ahli Hindraf dan pengancam keselamatan dalam negara. Ini yang kita laung, sahut, jerit berbasah baju, berpedih mata mintak tolong dibebaskan? Untuk apa?


Rabu, Ogos 05, 2009

Catatan Diego - Lulus@Pereksa

Diego telah meluluskan diri untuk pereksa bertulis kecekapan, 160 soalan pilihan jawapan selama 3 jam sebulan dua yang lepas. Tiada markah sebenar diberikan, hanya diberitahu, markah melebihi 70% dan lulus.

Sebuah sampul surat berplastik buih dihantar berisi Sijil Tauliah Kecekapan, Pin Lapel, Surat Penghargaan dan Kad Kocek.

Surat Penghargaan tu suruh Diego bingkaikan sijil, gantung tempat paling ramai orang nampak, supaya sapa-sapa yang berani dekat ke meja Diego boleh nampak dan akur dengan nasihat berkaitan bidang ceburan Diego dan jangan membantah. Kalau bantah, boleh tundingkan sahaja ke sijil berkenaan.

Surat Penghargaan itu juga suruh Diego tukar kad nama, bubuh pangkat darjah kebesaran yang diberi ini supaya sapa-sapa yang menerima kad bisnes dari Diego, akan merafak sembah sambil memuji-muji serta terbit di dalam hati, rasa iri hati. Kalau mereka berani bertanya, apakah makna akronim itu, harus dijawab dengan perasaan bangga berlebihan dan riak takbur.

Ini memang arahan di dalam Surat Penghargaan tersebut, kalau agak-agak tak percaya, mungkin sebab bila tafsir-tafsir makna perkataan mengikut pemahaman Diego, ianya berbunyi lebih kurang macam tu la kan. Dulu ada jugak orang suruh Diego hafal selai-selai kamus dwi bahasa, tapi dia malas.

Tidak lupa, ucapan mekasih kepada semua yang memberi sokongan dan dorongan semasa.

Diakhiri dengan ucapan, "Saya memang berbunyi riak takbur jika mendapat pujian".


Notatangankiri amANI : Bergetar tangan nak lempang je Diego dengan ayat belagak dia ini. Padahal rakan sekerja Diego, bekas surirumah sepenuh masa yang keje bahagian servis pelanggan dan jualan juga lulus cemerlang pereksa ini. Dapat sijil jugak. Lagi nak berlebih. Ceh.

Kalau tiba-tiba rasa nak jadi sekretari

Agak-agak rasa nak marah kat bos, bertekanan di tempat kerja, punyai banyak masa lapang, hangin satu badan, pi cari papan kekunci paling sedap pernah korang guna dan buatlah perkara berfaedah ini. Dapat keputusan boleh letak dalam resume jobstret, kebolehan menaip saya adalah 47 patah perkataan seminit.

Kamu mencapai 249 markah, jadi kamu berada di posisi 219 dari 3319 dalam senarai kedudukan

Kamu menaip 323 aksara seminit
you mendapat 47 perkataan betul dan
kamu mendapat 0 perkataan salah

47 perkataan

Speedtest

**Kemas kini 17 Disember 09.**

Kamu mencapai 269 markah, jadi kamu berada di posisi 154 dari 4084 dalam senarai kedudukan


Kamu menaip 357 aksara seminit
you mendapat 53 perkataan betul dan
kamu mendapat 1 perkataan salah


Sapa-sapa nak berkongsi keputusan?

Selasa, Ogos 04, 2009

Nak Laju bak Charade Aura?

Dalam satu perbualan kosong di gerai makan atas Bukit Saga bersama encik Juan.

Aku yang tidak mahir dan berpengetahuan langsung tentang arena kereta, melopong kosong bila mendengar tentang sebuah Charade Aura yang laju gila sampaikan Evo dan Skyline pon ditibai jauh ketinggalan dalam Sepang Drag Battle 2009 baru-baru ini. Juga, dikatakan enjinnya tidak menggunakan kuasa turbin siput.

Sampaikan bila dah menang, pemunya dan joki kereta ini sangat berahsia, tak nak buka hud depan untuk tunjuk sikit pon rupa bentuk enjinnya. Orang letak RM500 untuk sebuah skru. Juga tidak endah. (Fakta ini Encik Juan kata untuk kereta Kancil yang laju, bukan Charade Aura itu, jadi abaikan).

Adakah benar? Biar betul? Opismate aku pon pakai Charade Aura, memang sedap pikap, tapi dah lama sangat usia kereta dia, nampak macam nak relai sana sini je, bunyi ek ook ek ook, wayar terburai bersimpang siur, ekon kaput, pintu dah kaler lain, suspensi keras, stereng silap-silap kona kiri dia pi stret jugak.

Aku tertanya, ye ke ada Charade Aura yang sebegitu?

Aku bertanya tentang perkara ini kepada sebuah perpustakaan. Apakah rupanya Charade Aura itu? Adakah sesiapa di dalam perpustakaan itu pernah menyebut tentang kereta itu? Perpustakaan aku menjawab penuh sopan. Begini:

Ketika memintas sebuah Evo

Tapi betul ke dia tak berani buka enjin untuk bagi orang tengok? Bagi aku tengok pon aku bukan tahu apa. Hahah. Tapi sebab masa dulu kat sekolah, aku diwajibkan membuat ujian personaliti. Setelah ujian dibuat, salah satu personaliti aku paling cenderung adalah bersifat mulia. Hahah. Ok. Tipu je. Sebenarnya bersifat investigatif. Jadi aku tidak berputus asa bertanya kepada perpustakaan itu lagi. Adakah rupa bentuk kereta ini di mana-mana baris atau lajur lorong ilmu di perpustakaan ini?

Perpustakaan aku memang tidak menghampakan.

Kelihatan sebuah piala di atas kereta ini. Ada no A12 sama macam yang dalam gambar sebelum ini.



Bahagian belakang bonet yang diperkuat kerangka

Tapi dimanakah kekuatan sebenar Charade Aura putih ini sampai jadi laju sangat? Usain Bolt pun mungkin tercungap nak kejar rerasa kalau ajak berentap pecut 100m.

Jawapan kepada kemusykilan aku terjawab satu persatu. Rupa-rupanya. Ia seakan kontroversi yang sedang melanda acara renang dunia sekarang. Ya, baju renang yang sedang dipertikaikan semua orang sehingga memecahkan rekod dunia acara renang kelihatan mudah oleh perenang tidak ternama. Micheal Phelps pon kalah 2 acara sebab baju renang kontroversi tersebut.

Mengikut pandangan mata kasar aku, Charade Aura ini telah diubah suai sepenuhnya mengikut hukum fizik supaya mempunyai daya apungan yang tinggi seperti baju renang kontroversi dunia renang sekarang. Berat sebenar kereta ini telah dikurangkan sehingga minimum. Yang tinggal hanya komponen-komponen berkuasa tinggi untuk memecut laju sahaja. Lantai belakang takda. Cermin tepi dah jadi plastik ringan. Cermin belakang diganti jaring halus. Bumper depan setakat syarat. Struktur badan dan tayar diperkuat supaya masih berupaya stabil dan tidak melayang. Macam budak Felda perelai moto buat racing la. Cuma badan Charade Aura ini masih dikekalkan. Jadi luarannya masih seakan kereta. Charade Aura.



Cermin belakang yang dah jadi jaring. Lantai belakang tiada. Tinggal rangka sahaja.

Setakat pendedahan sebegini, semua mungkin masih tidak berpuas hati bukan. Semua mungkin tidak percaya. Ini bukan rahsia sebenar sebuah kereta laju pengalah Skyline dan Evo. Takkan pemunyanya memang kedekut sampai tak nak tunjuk apa jenis enjin yang dipakai. Yeke tak de turbin siput boleh lagi laju dari kereta berturbin siput? Nak jugak tengok kan rupa enjin itu, walau sepatah haram tak kenal komponen enjin kan? Hahah. Jadi. Perpustakaan aku juga mempersembahkan ini.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Juan- Hang kenai dak uncle yang letak RM500 tu? Aku nak bagi gambaq ni, RM50 pon ok dah.

Untuk pengenalan lanjut tentang komponen berwarna biru, kelabu, hitam, merah dan separa gangsa itu, aku serahkan kepada yang lebih arif. Kalau suruh aku kenalkan ikan air tawar aku boleh jawab lagi. Bagi hat ni aku dengan rendah diri mengaku tak tahu.

Aku ingin menamatkan sesi bercerita kali ini dengan sedikit pandangan mengikut fikiran cetek aku.

1. Selalu-selalu aku tertengok orang letak stabilizer bar melintang enjin. Tapi kereta ini takdak pon, tapi masih laju, jadi adakah stabilizer itu berfungsi ibarat aksesori peletak cawan tambahan sahaja?

2. Selalu-selalu juga aku terlihat ekzos yang besar. Bunyi bingit. Tapi takdak pon di kereta ini yang terbukti lajunya. Adakah ekzos besar sebenarnya ibarat pembedahan palstik perbetul hidung seperti MJ, yang bila nyanyi tetap bersuara sama sahaja?

3. Juga aku selalu terlihat kereta spot rim berkilau, besar oversize. Tayar mahal. Tapi kereta ini pakai tayar yang macam tanpa cap mahal je. Spot rim pon macam beli seken je. Tetapi tetap laju. Jadi spot rim berkilau dan tayar berjenama mahal sebenarnya bolehlah diibaratkan seperti sarung bantal dan cadar, kaler dan design apa sekalipun tidur tetap lena kalau dah mengantuk.

4. Lagi juga aku ternampak kereta bercermin gelap. Tapi kereta ini takde pon main tinted2 nih. Cermin buh jaring je. Juga lebih laju dari kereta bercermin gelap. Maka, kereta bercermin hitam gelap ini bolehlah disamakan seperti si buta yang memakai cermin mata gelap Ray Ban agaknya.

5. Aku juga tertarik dengan skirt dan bumper modifikasi pada kereta-kereta jalanan. Boleh membelah angin, mengurangkan pekali geseran dan menambahkan aerodinamik. Tapi kereta ini juga tiada menda alah itu. Adakah itu bermakna skirt dan bumper modifikasi hanyalah ibarat alat kosmetik SK-II yang kalau pakai bedak Cuticura pon sama juga putihnya?

6. Juga aku terlihat hidung besar di atas hud sebuah dua kereta, supaya angin masuk dengan banyak. Ammar kata itu kereta " Ha Haaaa Haccuum" (bersin). Benarkah? Kenapa hidung hud Charade ini biasa-biasa sahaja? Muffler angin pon ciput je?

Begitulah.

Kredit sumber gambar : Autojunctions.com & Lemon9.c0m

Isnin, Ogos 03, 2009

Sinetron Dramalova XVI - sms

Satu babak je kali ini.

Diego dah lambat 3 hari dari tarikh selalu-selalu masukan duit sewa. Selalu-selalu dapat duit terus segala hutang dan liabiliti dilangsaikan. Apa yang tinggal selepas semua pembayaran akan digunapakai buat makan minum pakai anak isteri sekeluarga.

Seperti biasa. Diego Brabank2U aje duit sewa kepada Encik Santiago. Dah lepas Brabank2U. Diego sms Encik Santiago. Bagitahu dah masukan duit. Kali ini buat macam tak bersalah. Tak mintak maaf pon walau lambat masukan sewa.

"Duit sewa rumah sudah dimasukkan - Diego" Sms dihantar.

Encik Santiago tuan punya rumah sewa berpagar hitam berkarat, bertembok batu berkulat pon membalas. "Tk"

Diego buka, baca dan senyum. Lega.

Mungkin ingin mengucapkan terima kasih banyak-banyak, sms dari Encik Santiago masuk lagi. "Tk"

Sesudah itu, berbunyi lagi henpon jagoaan (champion) Diego, sms masuk lagi. Sms dari Encik Santiago lagi. "Tk"

Dari bunyi nada dering asli, Diego tukar kepada bunyi sekali dering sahaja untuk sms. Takut-takut sms masuk lagi. Mana nak tau.

20 minit kemudian. 11 lagi sms baru masuk. Semua sms dari Encik Santiago. "Tk".

Diego mula tak sedap hati. Mungkin dari terima kasih banyak-banyak, Encik Santiago ingin memberitahu ribuan terima kasih. Atau sengaja Encik Santiago mahu mempermain perasaan halus Diego? Atau Encik Santiago sengaja memperli dengan menghantar sms banyak-banyak?. Diego berbelah bahagi nak balas kembali sms-sms "Tk" Encik Santiago atau tidak. Supaya tidak nampak sangat bersalah.

20 minit selepas 20 minit pertama. 11 lagi sms yang sama masuk lagi. "Tk"

Ini sudah benar-benar memecahbelahkan perasaan Diego. Dengan hasrat dan niat agar kredit Encik Santiago tidak susut kerana ucapan "Tk" nya. Diego menghantar satu sms paling demokrasi.

"Saya dapat sms yang sama dekat 20 kali. Ada tersalah tekan kot?"

Mujur. Selepas itu hanya 1 sms yang datang kembali.

"Ya, Maaf".

Sms memang tidak berperasaan. Sampai hati sms mempermainkan perasaan Diego!


Ahad, Ogos 02, 2009

Hari Ini Hari Minggu

Hari ini, tak yah ceta panjang.

Ada ka patut hari minggu pergi merusuh? Bawak sepanduk, kumpul ramai-ramai, main asap kepul dengan FRU? Tembak-tembak air pancut lagi? Pastu lari bertempiaran? Kalau berani sangat apesal tak bersila je depan trak pemusnah FRU tuh?

Hari minggu kan elok duduk relek-relek. Naik keretapi. Balik kampung. Melawat itik ayam. Kambing lembu. Burung merpati ayam serama. Baru la berhari minggu yang sebenarnya.

Hari keje dah sibuk keje dah. Ah, sudah. Tak yah panjang-panjang. Awak-awak semua sudah besar panjang pon.

Hari-hari mendatang aku akan kembali meriah dan ceria. Dengan kembalinya Aqil dan Ammar ke pangkuan bakul-bakul mainan mereka.

"Ummi, Aqil rindu la mainan Aqil" - kata Aqil suatu waktu dalam 2 minggu yang lalu.

ini adalah wajah terbaru mereka selepas senyap sunyi tidak muncul di blog ini buat suatu ketika

Selamat berhari minggu. Nikmatilah hari minggu seakan esok adalah hari kerja.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...