Advertlets

Selasa, Jun 30, 2009

Catatan Diego - Mesyuarat@Pejabat

(sambungan dari Catatan Diego - Usaha@Pejabat)

Jumaat, 4.00 Petang

Nak tak nak, Diego harus balik juga JB. Kerja menjadi mandur dah terlaksana. Jadi, cabaran paling getir untuk hari Isnin ini Diego kena jugak tempuh. Berani tak berani, betul tak betul, kerja tak kerja, itu yang harus Diego hadapi.

Tapi hati tetap tidak tenang. Diego diam, hal ini masih tiada siapa yang tahu. Marcia pon Diego tak bagi tahu. Harap nanti dah berdepan baru nak buka cerita. Semua sms dan panggilan telepon dengan Marcia dan anak-anak hanya untuk kemaskini situasi semasa. Terhibur jugak dengar suara Rodriguez dan Pablo. Melapor segala menda yang dorang buat untuk hari itu.

Diego masih memandu, menuju JB. Menuju lokasi yang seboleh-bolehnya Diego taknak pergi. Siaran radio yang Diego minat jadi hambar. Diego mengambil keputusan menjadi besi berani sekali lagi. Diego dail nombor pejabat Pengarah Urusan.

"Mr Horatio, saya dah baca emel Mr Horatio, jadi boleh saya tanya jam berapa mesyuarat itu nanti akan diadakan?" Diego buat suara berani tanpa perasaan khuatir.

"Owh, Diego, kamu dah balik? Baiklah, mari kita adakan jam 230 petang, bla... bla... bla..." Mr Horatio menerangkan panjang lebar agar gadis pentadbiran juga dibawa bersama untuk mesyuarat nanti.

Tamat panggilan telefon. Hasil suara dan intonasi serta bibit perkataan, Diego analisa sebagai positif. Pengarah Urusan punya EQ yang tinggi, jadi analisa Diego mungkin boleh digunapakai. Diego menjadi lebih berani dari besi berani selepas panggilan telefon itu.

Diego tukar radio ke CD. Masuk CD Aboi. Kesemua 10 lagu dalam CD itu sangat menaikkan semula mood Diego. Terutama bila masuk lagu, "Belum cuba, belum tahu". Ye, belum masuk mesyuarat, mana nak tahu hasilnya apa? Jadi, buat apa penat-penat berfikir segala kebarangkalian? Hanya 2 faktorial kebarangkaliannya, jadi tak perlu banyak berfikir. Diego jadi semangat untuk menghadapi segala yang akan mendatang. Pemanduan menjadi bertambah lancar dan Diego sampai JB sebelum tamat waktu pejabat lagi. Tapi buat apa singgah pejabat. Balik rumah la.

Isnin, 230 petang.

Diego sampai pejabat di negara seberang tepat jam 230petang. Diego sudahkan dahulu semayang Zohor. Tepi tangga seperti selalu.

Mesyuarat bermula. Diego tenang memulakan dengan isu pertama. Yakin dengan apa yang telah dia lakukan dan berikan yang terbaik.

Status?...

Kenapa?....

Apa terjadi?.....

Bagaimana?....

Mesyuarat yang Diego jangkakan hanya sejam dua, berlarutan hingga lepas jam 6 petang.

Mesyuarat tamat. Keputusan dan pengakhirannya tidaklah seperti yang dijangkakan. Sungguh tidak terjangka. Ingatkan bom dan mortar berjujuran datang. Harus koyak rabak berderai badan kalau terkena. Rupanya pistol air sahaja. Hanya terkesan basah dan boleh tersenyum sengih bila terkena. Ternyata, data dan penyata memihak kepada Diego. Nombor tidak menipu. Hanya situasi semasa penyebab nombor-nombor ini sedikit susut, tetapi masih di dalam unjuran menaik dan stabil. Ini ditambah dengan 2-3 panggilan tidak terjangka dari pelanggan Diego seminggu dua ini yang memberi cahaya baru untuk menambahkan lagi nombor-nombor itu. Diego lega. Nasibnya tidaklah seperti En Benjamin.

Cuma ruang tugas upaya Diego telah berubah. Jikalau Diego terus-terusan berada di pejabat, itu tandanya Diego tidak melaksanakan tugasnya. Masa Diego harus diluangkan diluar dengan lebih. Keluar berjumpa dan memberi khidmat nasihat dan mengukuhkan ikatan dengan pelanggan. Pengalaman, pengetahuan, keupayaan Diego adalah untuk bertemu dengan pelanggan. Bukan duduk di pejabat dengan segala urusan bosan menaip sebutharga atau menjadi telefonis. Rangka baru dibincangkan. Diego akur. Sekarang, masa untuk merencana perjalanan baru.

NOTA Catatan Diego - Mekasih untuk sokongan yang diberikan untuk kisah terdahulu, memang mesyuarat itu dah selesai baru tulis kisah itu, jadi penamatnya memang dah diketahui sebelum itu pon lagi, cuma yang ingin dikongsi adalah, yakin pada usaha yang dah diberi, balas kepercayaan dengan hasil yang memuaskan, berani kerana benar dan jangan babitkan emosi di dalam perbincangan atas dasar apa sekalipun yang berkenaan kerja. Berani menyatakan pendapat sendiri dan sentiasa berikan pandangan sendiri. Elakkan memberi alasan bukan-bukan.Ini bukan situasi cikgu tanya kenapa tak buat keje sekolah? Itu pandangan aku untuk menghadapi hal-hal sebegini. Sapa nak markah percuma?


Isnin, Jun 29, 2009

Jalan-jalan bawak kereta

Carta perjalanan minggu ini.

SKUDAI-KEMAMAN-TUMPAT-KEMAMAN dalam tempoh 2 malam 2 hari.

Secara ringkas begini.

Jumaat 11 malam betolak. Awal pagi kol 4 sampai Kemaman. Cari rumah tumpangan. Tido.

Sabtu jam 11 pagi bergerak semula ke Tumpat. Tiba jam 6 petang. Malam itu tido seawal mungkin.

Anak-anak dan isteri tinggal di kampung. Ahad 3 petang gerak semula ke Kemaman. Jam 9 malam tiba di Kemaman. Cek-in balik rumah tumpangan yang sama untuk urusan tugas.

Dah, apa isunya?

1. Rasa macam tak da hari Sabtu. Eh, dah Ahad?

2. Antara nama-nama khas yang buat aku rasa nak tergelak sepanjang perjalanan, Kg Anak Ikan, Kg Apek, Kg Jambu Bogok, Restoran Abang Pin dan Restoran Sabar Menunggu.

3. Aku tak suka pekan yang suka-suka hati convert jalan 2 hala jadi sehala. Aku pusing-pusing Kuala Terengganu mencari jalan sebenar ke Kota Bahru, sesat entah kat mana (berpandukan signboard yang tidak dikemaskini seperti jalan yang baru ditukar jadi sehala). Juga 4-6 kali pusing pekan Kemaman semata-mata sebab tersalah belok lorong dan tidak membelok secara pantas. Dan hampir-hampir tidak tahu jalan yang sebelum ini 2 hala dah menjadi sehala di satu simpang trafik light. Agak-agak kalau harap ke GPS pon mesti tersalah punya awek dalam GPS tu kasik panduan.

4. Aqil semakin redha kalau dia ditinggalkan. Tengahari tadi, dia taknak ikut aku dan Ezi pegi pekan Tumpat. Nak main dengan Tok Mek. Walhal sebelum mandi, sungguh-sungguh suruh aku mangkit dan mandi untuk pegi jalan-jalan. Perasaaan jadi bercampur baur. Aku 3 kali konfemkan dengan dia, nak pegi ke tak nak. Dia sungguh-sungguh jawab taknak.

5. Mula-mula cadang nak naik keretapi ke Tumpat. Tapi teket tempat tidur bahagian bawah dah habis dijual (orang Kelantan memang SANGAT SUKA balik kampung, aku rasa la). Aku tak bercadang langsung nak memandu, tiba-tiba Rabu dapat faks kene membuat lawatan tapak. Kerteh. Jadilah pemanduan yang sangat panjang ini.

6. Dari Skudai, boleh sampai Rantau Abang untuk satu tangki penuh kereta aku. Rantau Abang ke Tumpat dan patah balik lajak sikit ke Dungun, lagi setangki penuh.

7. Bulan ini aku dah rasa bosan bawak kereta jalan jauh-jauh. Selalu-selalu aku suka bawak kereta. Agak-agak sapa-sapa nak ajak buat ekspedisi membawa kereta mengelilingi dunia membawa kereta, aku nak join bila aku sudah berusia lanjut nanti. Hahah.

8. Akok kat Pasir Puteh (tak ingat kawasan apa) tak sesedap Akok kat Morak, Tumpat. Tapi itu lebih berganda-ganda sedap dari Akok Taman U waktu bulan puasa.

9. Aku sendiri tidak tahu motivasi pemanduan aku. Selalu-selalu, aku akan sediakan air Livita Go. Segala jajan lain adalah sampingan. Tapi aku risau akan diabetes kalau perkara ini berterusan.

10. Sepanjang perjalanan aku yang membawa kereta, tapi co-driver aku takkan tido tanpa sebab dan seboleh-bolehnya akan jaga sepanjang aku bawak kereta. Kalau berhenti tido pon, dia tak tido, aku sorang yang tido. Anak-anak plak akan otomatik terjaga masa aku berhenti nak tido.


Sedang berhenti di Chini untuk lelap sejam, sedar-sedar anak-anak dah main tulis-tulis kat cermin sebab wap air sudah mula terbentuk.


Khamis, Jun 25, 2009

Sinetron Dramalova part XIV

Babak 1

Go to-Alarm clock-Select-0300-OK

Penggera di dalam henpon pelbagai fungsi asas Diego siap dihidupkan. Diego susup bawah bantal belah tepi. Senang sikit, bila berbunyi tidak nyaring sangat, tapi getaran dia akan menyebabkan otak turut bergetar dan terbangun.

Bukan untuk tujuan rohani, tapi untuk menghadap TV. Bolasepak Piala Dunia 2006, Mexico lawan Argentina. Mujur siaran dipinggir pekan Roraima masih dapat TV9. Ada la jugak sumber. Kalau tidak, terpaksa la tunggu 2 hari sebelum dapat tahu keputusan di dada akhbar. Itu pon dari surat khabar Kosmologi atau Metrologi. Nak cari akhbar The Bintang memang tiada harapan la di pinggir pekan Roraima ini. Harap-harap dapat la tengok, sebab di rumah di Rio de Janeiro, Diego tidak terlepas mana-mana perlawanan penting. Tapi kini di Roraima, mana yang ada di siaran percuma sahaja yang boleh ditonton.

"Kalau terjaga nanti kejut ye" Diego berpesan pada Marcia.

Marcia angguk, dia sudah pon berbaring. Hamparan lembek bercadar batik, bantal kekabu sarat padu bersarung bunga sulam (kalau hempap di dada harus sesak napas) mengembalikan nostalgia buat beliau. Ini rumah beliau sejak lahir hingga kini. Kini dia pula yang akan melahirkan anak sulung, yang sudah pasti akan ber'Mykid'kan alamat rumah ini juga nanti. Marcia mengusap perutnya yang terbonjol. Cekang. Hanya tunggu masa. Eh, sempat lagi baby ini menendang. Marcia senyum.

Lampu padam. Gelap. Bau ubat nyamuk lingkaran tahan hingga esok memenuhi ruang tamu. Semua terlena dilayaran mimpi masing-masing tanpa sedar. Tenang dengan bunyi cengkerik dan burung kuang.

Selimut yang tadi separuh badan menutup Diego entah kemana, bantal peluk kekabu padu juga dah tertolak ke tepi. Marcia tersedar. Di sentuh alas tilamnya. Basah. Kain batiknya juga. Basah.

"Eh, tak kan terkucil tanpa perasan kot?" Marcia tertanya-tanya.

Dikejutkan Diego. "Abang, bangun, ada kesan basah kat tilam".

"Huh?" Diego masih terpisat-pisat, disuluh kesan basah dengan cahaya dari henpon pelbagai fungsi. Kurang jelas.

"Bukak lampu tengok" Diego menyuruh.

Kebetulan Tok Mek juga sudah di tangga. Dicapai suis lampu. Ruang tamu terang. Kesan tompokan basah ada sebesar pinggan. Marcia cium, tidak berbau.

"Ada rasa sakit perut tak?" Diego ingin kepastian.

"Takda, rasa biasa je" Marcia jawab.

Sepuluh, dua puluh saat. "Siaplah, kita ke hospital sekarang" Diego buat keputusan. Biar doktor yang tentukan. Mungkin tiada apa-apa, tapi siapa nak tahu. Kurang-kurang kalau bukan tanda nak beranak pon, boleh siap sedia di hospital terus. Bingkas Diego bangun. Capai henpon pelbagai fungsi.

Go to-Alarm clock-Select-Off -OK.

Seminit lagi baru nak masuk jam 0300. Beg kelengkapan untuk beranak yang telah disediakan 2 bulan lalu dicapai. Marcia salin baju pakai blouse kancing butang hadapan, berkain batik. Tok Mek dah sediakan satu selipar baru untuk Marcia, supaya jalan tidak tergelincir kalau lantai licin. Segera mereka masuk dalam kereta Hijau arwah ayah Marcia. Diego hidupkan. Sekali suis diputar, kereta hidup. Walau kereta lama, keadaannya masih terjaga. Aiseh, aras minyak di tanda E.

"Kita kena berhenti isi minyak dulu nanti" Diego memberitahu.

Marcia angguk "Ada stesen sebelum jambatan nanti kan".

"Nanti cik telepon la mek apa doktor kata, takpa, Diego ada untuk teman". Marcia pesan pada Tok Mek.

Kereta hijau menyusur pagi yang hening. Perlahan. Tenang. Walau pekan kecil, Petrobras tetap ada stesen 24 jam. Minyak diisi dan perjalanan diteruskan.

Diego parkir berdekatan di wad bersalin. Sekitar masih gelap, ada 2-3 kereta disitu. Ruang menunggu kelihatan kelibat resah 2-3 pelawat yang juga punya tujuan yang sama. Menunggu pasangan untuk bersalin. Marcia lapor diri di kaunter, diminta untuk masuk buat pemeriksaan pertama untuk mengetahui status. Barang kelengkapan ditinggalkan diluar. Diego tunggu.

Sejam. Tiada kelibat Marcia keluar dari ruang pemeriksaan. Diego lupa pulak nak pesan supaya Marcia ambil henpon. Senang nak berhubung.

Menghampiri 2 jam, Marcia keluar. Rupanya petugas di sana kekurangan orang, ada kes kecemasan bayi songsang kaki dah terkeluar. Urusan itu diselesaikan dahulu. Marcia hanya duduk menanti di bangku di luar bilik pemeriksaan. Belum diperiksa lagi. Marcia sempat meminta untuk meneguk air suam. Kemudian kembali ke ruang pemeriksaan. Diego serah henpon untuk senang berhubung.

Belasan minit kemudian, Marcia keluar.

"Dah 6cm. Kene salin baju dan terus masuk wad bersalin untuk bersedia, ada la kot 2-3 jam lagi" Marcia memberitahu.

"Hah, yeke?" Diego terkejut. Marcia ambil beg kelengkapan dan simpan henpon. Masuk kembali ke wad bersalin.

Diego lihat ada papan kenyataan. Status tiap bilik bersalin dan nama ibu terlibat. Itu sahaja maklumat yang akan diberikan. Juga, waris atau suami hanya akan dipanggil bila isteri betul-betul akan bersalin, sistem pembesar suara akan digunakan. Para waris dan suami harus menunggu di situ untuk mengetahui situasi lanjut.

Diego ambil keputusan untuk memaklumkan pada Tok Mek, pak dan mak. Tok Mek berjaya dihubungi. Tapi pak atau mak tidak diangkat. Sudah.

Diego cuba pula Casillas. Kot dia berjaga menunggu perlawanan bolasepak. Benar.

Diego : "Hello, Silas, hang tengok bola ka, pak ngan mak tak angkat telepon pon?"

Casillas : "Hello, wei, best gila game Mexico lawan Argentina, gol dia cantik gila. Maxi Rodriguez siap buat first timer, gol last minit tu"

Diego :"Wei, ada ka cerita bola plak kat aku, hang bagitau kat pak dengan mak, Kak Marcia dah masuk wad bersalin ni, bukaan dah 6cm, dalam 2-3 jam lagi akan bersalin, ok lah tu je"

Tengah kecemasan, boleh pulak Casillas cerita bola. Diego tak senang duduk. Kalau duduk jauh, takut tak terdengar pengumuman di pembesar suara. Urusan buang air kecil dan semayang subuh diselesaikan sesegeranya.

Babak 2

Sesudah hampir 3 jam menunggu.

"Waris untuk Puan Marcia, sila ke kaunter" Umum misi di pembesar suara.

Diego bingkas ke kaunter.

"Encik dah makan?' Misi bertanya.

"Belum" Diego jawab.

"Baik, encik pergi makan dahulu, takut nanti jadi apa-apa kat dalam, susah. Isteri encik lambat lagi nak bersalin, dalam pukul 8 encik datang sini ye"

"Err, kat mana ye tempat makan?" Diego kurang arif selok belok di hospital ini.

"Encik boleh ke tepi stadium, ada kedai-kedai di situ". Misi menunjuk arah.

Diego jalan kaki. Ada sejam sebelum jam 8 pagi. Urusan sarapan diselesaikan dengan nasi lemak dan nescafe.

Sekembali di wad bersalin. Diego lapor diri. Dia dibenarkan masuk. Diberi baju saruh ikat dari belakang dan selipar wad.

Kelihatan Marcia sudah terbaring, ada wayar-wayar di perut untuk mengesan denyut nadi bayi. Diego terpandang papan tulis, tertulis jam 930. Jam sepatutnya Marcia bersalin.

Marcia kelihatan sedang menahan sakit. Sakit itu kadang-kadang sangat sakit, kadang-kadang sakit. Misi kata, kalau contraction berlaku 3 kali dalam 10 minit, itu betul-betul tanda bayi akan keluar. Diego ingat. Dia cuba mengira. Bila tanda itu datang, Diego tanya Marcia "Sakit tak?"

"Sakit la, tanya buat apa?" Marcia marah.

Misi mengurut-urut perut Marcia, untuk mengesan tanda contraction, dipesan, kalau terasa nak teran, cuba sahaja untuk meneran.

Jam di dinding dah lepas pukul 10. Diego risau. Ditanya juga, tiada doktor kah? Sebab dah lepas waktu sepatutnya. Doktor dipanggil. Dia periksa. Belum lagi dia kata.

15 minit kemudian, misi utama masuk. Sebab menghampiri sejam belum bersalin dari masa sepatutnya. Misi lakukan mengikut pengalamannya. Marcia mula meneran. Tapi, anak sulung, siapa tahu bagaimana ingin meneran. Proses ini berlaku ulang-alik. Teran sedikit dan kembali. Walhal kepala bayi sudah kelihatan, masuk kembali.

Diego hanya memberi sokogan moral. Misi pelatih makin ramai di wad Marcia. Semua datang menengok. Sambil memberi sokongan moral. "Teran lagi, tahan, tahan, tahan. Teran. Lagi, lagi, lagi". Begitu sekali sokongan mereka. Marcia semakin lemah.

Kali ketiga terjadi sedemikian, misi utama buat persediaan akhir. Masukan drip dan ikat kaki. Katil dinaikkan sedikit. Marcia usaha. Sungguh-sungguh, urat di dahi kelihatan, gigi dikancing, nafas ditahan. Terannnn!!!. Genting sekali saat ini.

"PLUSHHH" Misi utama menyambut bayi yang baru keluar. Badannya kelihatan bersalut cecair putih. Segera dibalut dengan kain. Diego lega.

"Ini ayahnya? Tahniah, bayi lelaki. Nah, buat la apa nak buat, kiblat arah sini" Misi utama menyerahkan gumpalan kain salutan bayi pada Diego.

Diego sambut. Diego lakukan apa yang perlu. Melaung azan di telinga kanan. Baris azan baru masuk rangkap kedua. Air mata Diego terjatuh. Terharu. Suara tersekat-sekat. Diego dah tak peduli misi-misi dan sekitar. Perasaan itu berbeza sekali. Diego kucup bayi itu. Anak lelaki pertamanya. Diserah kembali untuk misi. Mata sempat mengerling jam dinding. 10.20 pagi.

Diego keluar dari wad bersalin dengan mata masih berkaca dan hidung berair.

Syukur. Alhamdulillah.


SELAMAT HARI ULANG TAHUN KELAHIRAN ke-3!!!

MUHAMMAD AQIL AMANI
a.k.a
Rodriguez.


Selasa, Jun 23, 2009

Catatan Diego - Usaha@Pejabat

~Selasa, Port Dickson, baru-baru ini.

Diego tengah relek-relek. Baring. Atas katil. Apartment-servis-tanpa-bintang-sewa-atas-orang.

Kerja seharian dari pagi tadi yang melibatkan menjadi mandur melihat orang memasang injap untuk memudahkan pengambilan minyak agak penat. Bukan Diego yang buat pon. Tengok, pantau dan arah je. Sambil-sambil tu buat la keje yang ringan-ringan je. Tapi spanar bulat mahupun spanar boleh laras, semua juruteknik dan jurutera yang terlibat yang pegang. Diego, duduk belakang. Sambil memberi sokongan moral.

"Chayok kamu semua! Putar lagi skru itu!" Dalam hati jela.

Sudah puas membelek informasi dan berita serta gosip di alam maya, Diego buka inbox berkaitan kerja. Berdesup semua emel-emel yang punyai berciri teknikal dan unutk yang berpengetahuan tertinggi sahaja yang memahaminya. Kalau budak sekolah darjah 5 yang baca. Tentu dipangkah terus emel-emel sebegitu. Tiada nilai bagi yang tidak memahami. Tiada emel-emel seperti dari Budiyanto mahupun emel berantai seperti kamu-pasti-mendapat-celaka-jika-tidak-mengongsi-emel ini.

Tersusun masuk emel-emel itu mengikut sampul pengirim masing-masing. Senang Diego nak kenalpasti dan baca mengikut kepentingan nanti.

Tiba disampul bernama Pengarah Urusan, Diego berdebar. Ada emel dari Pengarah Urusan. Ah, sudah. 2 emel pulak tuh. Diego yang sentiasa berani, mengetik sampul Pengarah Urusan. Itu nilai kepentingan tertinggi. Dia yang bayar sara hidup Diego.

Lega. Emel pertama hanyalah notifikasi berkenaan pesanan belian yang dikirim seorang pelanggan. Nanti Diego boleh uruskan.

Mata Diego tertancap pada tajuk emel kedua. "Menilai Prestasi dan Bidang Kerja".

Setelah tajuk emel diketip, ayat pertama buat hati Diego hampir berhenti berdegup.

"Saya merasa terpanggil untuk segera berbicara dengan kamu kerana kamu seakan-akan kekurangan usaha dan giat terhadap mencari pelanggan baru dan meningkatkan hasil jualan syarikat... saya perlukan kamu untuk membuat laporan bla... bla.. bla.. kami ingin tahu peratus masa yang kamu habiskan di pejabat, kita akan bermesyuarat minggu depan, Isnin petang"

Diego terus tutup inbox berkaitan kerjaya. Sudah. Ketidaktenteraman melanda. Segala perisai penahan peluru terbit diruang minda Diego. Benarkah? Apakah? Macamanakah?

Di sini, 3 hari lagi Diego harus menjadi mandur memantau pemasangan injap persampelan minyak.

3 hari itu dihabiskan dengan Diego sedikit terawang-awang antara risau dan susah hati. Tambahan pula, topik yang sama dibincangkan oleh juruteknik dan jurutera terlibat. Mereka juga sedang mengalami proses penilaian setengah tahun. Tapi mereka di dalam satu kumpulan. Diego hanya kesorangan di dalam hal ini. Lagi lebat hujan di dada.

Sabtu-Ahad, Diego habiskan setenang-tenangnya bersama anak-anak dan isteri. Laporan yang dikehendaki belum disentuh, mahupun secubit. Melihat emel itu sahaja menyebabkan pengaliran darah ke jantung lebih kilometer dari biasa.

Ahad malam. Lepas makan malam baru Diego menjadi berani macam besi berani. Diego buka komputer riba. Tanpa mengendahkan struktur ayat di emel. Diego buat laporan yang dikehendaki. Diego buang sentimen dan emosi. Diego tutup perkara-perkara negatif seperti kalaulah, macamlah dan yang seangkatan dengannya.

Tiba-tiba terlintas,

"Eh, rakan sekerja En Benjamin pernah mengalami dipanggil seperti ini 2 tahun lepas dan hasil mesyuarat adalah dia dikehendaki menulis notis berhenti serta merta dan tiada pengganti hingga kini."

"Empangan!" - getus Diego. Telah dialih suara oleh editor.

Secara otomatik pengaliran darah di dalam badan Diego menjadi lancar dan bertambah kilometer jaraknya. Ini situasi getir. Seakan telur puyuh dihujung tanduk lembu Matador. Adakah....?

-----BERSAMBUNG--------

KUIZ Catatan Diego - Kali ini korang harus jawab. Agak-agak, apa la hasil mesyuarat itu? Bincangkan kaedah paling efisien menghadapi situasi ini. Kini menghampiri bulan 7. Hadiah penyertaan adalah salinan keras himpunan kisah bersiri dari blog ini yang punyai satu Siri Khas yang tidak akan diterbitkan di dalam blog ini. Cetakan terhad. Hadiah utama seperti yang telah dibincangkan adalah hadiah barangan esklusif.


Isnin, Jun 22, 2009

Selamat Hari Bapa Pak!

Owh, bulan ini memang bulan untuk memberi ucapan dan penghargaan.

Kali ini untuk Pak.

Selamat Hari Bapa Pak!

Moga karier bertambah maju (naik pangkat lagi barangkali?)

Moga kesihatan bertambah baik (itu gula kasi kurang lagi ye)

Moga cucu-cucu juga bertambah lagi ? (err, bukan kami la kot)

Harap pak diberi kesenangan di dunia dan akhirat.


Notakaki amANI : Ini blog yang baru ditemui. Ada la bakat sikit-sikit menulis. Tapi feeling lebih. Hahah. Jiwa dia halus. Silalah memberi sokongan moral kepada beliau. Memperkenalkan blog yang baru ditemui. Bumi Dipijak, Langit Dijunjung.


Sabtu, Jun 20, 2009

Hari Ini Hari Minggu

Hari ini hari minggu. Kene releks-releks je.

Aku baru balik dari kerja-kerja yang melibatkan lumuran minyak, penat tapi tiada tekanan.

Blog ini pulak ibarat bumbung bocor yang ditampal tika hujan, dibiar tika membahang untuk bulan ini.

Tapi, ada suatu perkara berkenaan kerjaya yang membuatkan aku sedikit resah gelisah seminggu ini. Agak menyusahkan hati. Tapi, berani kerana benar, takut kerana salah. Jadi, aku akan berani sambil takut-takut sikit. Hahah.

Dalam kepala otak, siri Catatan Diego pon dah ada draftnya. Jadi tunggu. Jangan buat prasangka yang bukan-bukan.

Agak releks kan melihat wajah kanak-kanak?

Dah, selamat berhari minggu.

Notakaki amANI: Man, hang berjaya mendapat kelas kedua atas. Itu agak melegakan penjamin hang ini. Sebiijik semi D tiga tingkat tau aku tolong jamin ni. Hahah. Cayalah. Hang betul-betul memberi hadiah besday untuk mak. Congrats. Beli la jersi budak selai untuk Aqil. Hahah.

Khamis, Jun 18, 2009

Khas Buat Mak

Ini khas untuk mak.

Selamat hari ulang tahun kelahiran hari ini.

Hari ini hari rasmi menjadi orang pencen.

Semoga dilimpahi dan dirahmati Allah SWT sepanjang masa.

Moga rezeki bertambah murah dengan kehidupan yang lebih ringkas dan girang gembira.

Kami dan anak-anak mendoakan agar mak sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan kesenangan di dalam kehidupan.

Sekarang adalah masa untuk mengimbau kenangan dan mengingati memori lama. Jadi, kalau ada masa mak mungkin bleh buat blog juga.

Salam sayang.

Ini gambar mak di US masa buat Master dalam tahun 1982 kot


Isnin, Jun 15, 2009

Sinetron Dramalova part XIII - Susun

Sekali lagi. Demi tugas. Ceritera kali ini ringkas sahaja.

"Dah, dah, dah. Tak yah. Tinggal je. Dari abang buat tu. Baik abang basuh pinggan" Marcia melarang sambil sebelah tangan bercekak pinggang. Sebelah lagi tengah mengayuh nasi goreng di kuali.

Diego terpaksa akur. Hajat hati nak tolong kemaskan barang-barang yang baru dibeli dari JUSTUKOR tadi. Setakat buka, letak dalam bekas dan simpan di tempat asal. Kerja mudah. Tak membebankan pon. Tapi telah ditegah dan dilarang keras.

Takkan nak basuh pinggan. Banyak tuu. Bertingkat-tingkat lagi, termasuk segala periuk belanga dan kuali.

Lagipun, rosak la kulit tangan yang mulus tulus ini terkena pencuci pinggan yang tegar itu.

Ah, dalam kata lain. Kerja ini lebih glamor dan popular. Bukan di sebalik tabir seakan menulis laporan berita dan orang lain yang membacanya. Atau seperti merekabentuk dan mengira beban papak tapi orang lain yang mendapat nama membina bangunan stor sawit tersebut.

Kerja ini menampilkan hasil usaha kita. Terpampang untuk tatapan ramai. Memudahkan pengguna lain. Tapi, Marcia tetap melarang Diego dari meneruskan usaha tersebut. Kenape?

Nak tolong susun serbuk kopi 3 dalam 1 dalam bekas plastik pon tak boleh ke?

Ini adalah tanda aras Marcia untuk rekasusun barang-barang di dapur.

Khamis, Jun 11, 2009

Catatan Diego - Pereksa@KL

3 hari belajar di dalam kelas menggunakan medium pengantar ala-ala PPSMI sudah selesai.

Sebagai murid yang rajin, tangkas dan berani, kumpulan Diego berjaya memenangi permainan meneka masalah mesin secara melihat laporan analisis minyak dengan markah tertinggi. Dapat la hadiah tetikus-kerdil-boleh-bawa-pegi-outstation.

Kemudian sebelah petang tadi ada soalan percubaan peperiksaan sebanyak 160 soalan pelbagai jawapan. Setelah menjawab secara terlelap-lelap sebab mengantuk lepas makan tengahari, Diego sekali lagi membuktikan kepada orang di kampung halaman bahawa dia belajar bersungguh-sungguh dengan berkongsi markah tertinggi bersama seorang lagi murid rakan sekerja.

Walaupun diberi penginapan di Jalan Bukit Bintang yang kecoh dengan pelancong asing dan kanak-kanak cuti sekolah yang tidak segan silu merokok dan berpakaian tidak kemas, itu bukan alasan untuk tidak duduk di dalam bilik penginapan dan mentelaah pelajaran.

Bagaimanapun, itu semua tidak memberi apa-apa makna kalau peperiksaan sebenar untuk mendapat sijil kecekapan peringkat pertama analisis pelincir besok, Diego tak buat betul-betul. Hahah. Harap-harap la ye.

Diego harap, strategi memakan pasta dan speghetti setiap hari sewaktu buffet tengahari berjaya memberi ingatan yang lebih kuat macam orang Itali. Juga bekalan sup ala-ala Perancis kot-kot bertambah bijak macam Wenger.

Sudah. Pegi mentelaah.

KUIZ Catatan Diego: Rindu kuiz tak? Hahah. Kali ini. Markah percuma buat sesiapa yang meninggalkan komen. Diego tengah baik hati. Markah tugasan.

Notakaki amANI: Hadiah penyertaan (rujuk catatan sebelum ini) adalah sebentuk media. Yang tidak dijual dimana-mana. Buat sendiri. Julai nanti kita tengok sapa yang dapat. Jangan kecik hati ye kalau tak dapat.


Rabu, Jun 10, 2009

Wenger, datang KL tak sms sepatah pon kat aku!

Aku terasa agak sibuk macam wakil rakyat skarang.

3 hari lepas bercuti di Port Dickson.

Seminggu ini belajar di dalam kelas dan mengambil pereksa di Kuala Lumpur.

Lepas itu mesyuarat kegiatan ekstra ko-kurikulum di hujung minggu. Terus balik JB.

Minggu depan mungkin bekerja menjadi supervisor seminggu di Mukim Jimah.

Jadi, terabai la sekejap rakyat jelata kawasan jajahan aku buat masa ini. Aku harap, takde la sapa-sapa berani saman aku di mahkamah mintak aku lepaskan jawatan atau paksa buat piliharaya kecil.

Kalau-kalau mahu tahu sedikit sebanyak aktiviti ekstra ko-kurikulum aku baru-baru ini. Boleh ketip di gambar untuk ke sana.


Nota ligament amANI: Aku baru tahu Arsene Wenger manager Arsenal yang terer itu turun KL lepak kat Dataran Merdeka semalam. Rugi tak dapat jenguk wal hal dah ada kat KL. Tapi aku dalam kelas. Jadi baca suratkhabar jelah esok.


Ahad, Jun 07, 2009

Hari Ini Hari Minggu

Hujung minggu kali ini adalah siar-siar dan bermesyuarat AGM.

Tapi itu tidak bermakna tak boleh bawak anak-anak main air. Ringkas jelah, ini gambar semalam. Aqil yang tidak lagi mengendahkan ibu bapanya ketika main air di pantai Selat Melaka.

Tiada teknik istimewa untuk mengambil gambar ini. Point and shoot je.

Orang super ramai di pantai PD. Cuti sekolah la kan. Selamat berhari minggu.

Jumaat, Jun 05, 2009

Pepatah Runtuh

"Tiada angin masakan pokok bergoyang" - ini zaman panglima pahlawan perwira hulubalang sultan.

""Tiada 10% masakan stadium boleh siap" - ini baru la zaman konsultant kontraktor arkitek pegawai tanah.

Dah cemana skarang? Adakah raksasa telah tersilap fire kepada Ultraman ketika sedang bertarung?

Atau Stadium itu di landa ribut Greg pada malam yang hening?

Gempa bumi mungkin? Struktur tanah longgar?

Atau itu kontraktor Korea sudah lupa skru bumbung kene kasik ikat kuat?

Atau itu kontraktor sudah tak dapat gaji tertunggak, malas nak buat keje, itu tiang tertinggal satu, buat asal siap sebab SUKMA dah nak start sebab top management sudah amik itu duit overhead kasik itu pegawai pemeriksa bangunan belanja?

Bangunan Jaya nak runtuh aku tak heran, itu memang rancang nak runtuh (tapi sedih jugak sebab ada pekerja Indon pemangkin pembangunan Malaysia yang mati. takziah). Ini stadium, tempat orang ramai-ramai tengok anak-anak bersukan lumba lari, main bola, rejam lembing, lompat jauh. Tempat orang datang mau suka-suka hati bikin hati suka. Huish. Mujur tiada kemalangan jiwa.

SPRN ada simpan ini gambar, aku kasik salin satu. Bukti nak tulis dalam laporan.

Selasa, Jun 02, 2009

Kanak-kanak Memang Riang X

Sedar tak sedar, ini siri ke-sepuluh KKMR. Seharusnya aku keluarkan video. Macam siri ke-lima dahulu. Nantilah. Ada dah video sambungan. Tapi mengarang lagi puas. Hahah.

Siri Kesukaan Ammar.

1. Dia suka melihat buku. Menulis. Mewarna (lebih kepada menconteng). Dan ralit untuk semua menda ini.

2. Dia suka biskut. "Kopok". Segala jenis dia panggil "Kopok". Cuma, kalau biskut itu tidak sempurna bentuknya, contoh, biskut Wheatmeal berbentuk bulat, bagi kat dia yang dah terpatah, dia buat donno atau bagi balik kepada pemberi. Bila bagi yang sempurna bulat baru dia terima dan makan.

3. Ammar ada lesung pipit di pipi kiri. Sekali dia senyum, kami akan tergolek dan jatuh hati. Jadi amaran untuk gadis-gadis di luar sana, jangan tengok lesung pipit dia. Dilarang keras sama sekali. Juga untuk Ammar, sila praktis buat muka serius banyak-banyak sikit. Hahah.

4. Ammar suka buat hal sendiri. Kalau tak main sama-sama dengan dia pon takpe. Tapi kalau abang dia tidur. Dia akan kacau dan kalau dia tidur, abang dia akan kacau. Sama je.

5. Ammar suka carrot. Selalu bila masak sup, sayur, nasi goreng atau bubur, potongan carrot akan diratah terlebih dahulu oleh Ammar. Semua sekali, siap rembat dalam mangkuk abangnya sekali kalau dah habis. Tidak diketahui kenapa atau macamana. Ia refleks semulajadi.

6. Dia masih mengalami kegatalan kulit. Jadi sebelum tidur, akan tersedia losyen untuk disapu bila dia terjaga dan teriak kegatalan. Selalunya sebab berpeluh panas.

7. Ammar dan Aqil sama-sama suka air oren Sunquick. Tiap-tiap hari mintak. Asal dahaga mintak air oren. Padahal sebut pon tak betul. "Nak air oyen". Dah tukar beli Sunquick Mangga pon mintak "Oyen" jugak.

8. Sengaja suka-suka dia menyalahgunakan air minuman yang diberi. Mesti dia tumpahkan atas lantai, sofa atau meja. Kemudian dia akan "kelepiaq-kelepiaq" air-air tersebut. Suka hati dia je. Bila tanya sapa buat. Dia jawab, "Ammar wat". Sambil sengih mengeluarkan lesung pipit. Maka?

9. Kolam renang, baldi air, air paip adalah kegemaran. Asal lepa, mesti dah masuk berendam dalam air. Baldi kecik tu pon dia salahgunakan.

10. Helaian rambut dia keras cam berus kiwi kasut. Sikat la cemana pon, kejap je akan kembali ke bentuk asal. Entah ikut siapa punya DNA. Abah dia gunakan perapi dan rawatan minyak panas, lembut dan rapi. Ummi dia guna perapi avocado dan susu, lurus dan berkilat. Jadi?

Ah, cukup kuota 10. Jadi, disajikan 2 gambar Ammar yang dikaver lesung pipitnya.

Muka serius macam ini yang harus dipraktis selalu

Suka-suka hati dia tepuk air, kalau tumpah siapa yang susah?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...