Advertlets

Memaparkan catatan dengan label Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Malaysia. Papar semua catatan

Selasa, Disember 06, 2011

Malaysia 0 - 2 Syria (Kelayakan Olimpik 2012)


Ini adalah cara sebenar menyokong bolasepak di stadium. Duduk elok-elok. Jerit "Malaysia!" "Malaysia!" "Malaysia!" secara comel. (*Tolong maafkan posisi bendera sebab mereka masih kanak-kanak bawah umur dan belum tahu yang mana depan, yang mana belakang, sedangkan baju sendiri boleh pakai terbalik, inikan pula mengibarkan bendera).


Tak perlu berdiri 90 minit menyanyi dan meloncat secara seragam. Tak perlu baling botol bila dah nampak nak kalah. Bila bola dah abis pon tak payah jenuh-jenuh nak balik awal. Kita amik gambar barang sekeping dua dulu. 


Ini pula mamat bangang berbaju biru yang mula berjalan keluar ketika Malaysia baru sahaja melepaskan gol kedua dari kesilapan pemain pertahanan Malaysia, Muslim. Dia baling botol air mineral betul-betul landing semeter dua dari penjaga garisan. Masuk ke padang dan mujur di kuis keluar oleh penjaga garisan. 


Disebabkan mamat macam inilah segala stadium bolasepak di Malaysia ini akan dibina pada masa akan datang siap ada padang trek dan longkang besar serta pagar macam dalam jel. Tengok bola nampak sayup-sayup je. 


 Bangang melantun! 
(baju biru tengah naik tangga, berbangga dengan tindakan bodoh, pui!)

Objek yang dibaling.


Perangai macam ini bukan menyokong bolasepak namanya. Bangang tau!

Jumaat, Julai 29, 2011

Harimau Malaya (1-1) Singa Pura-pura (Agg 4-6)

 Awas, mereka mudah patah, retak, pecah dan tergolek terguling-guling jika tersentuh.

 Kepalanya tidak boleh terkena apa-apa objek keras. Terutamanya siku rakan sendiri.

 Kaki ini jika tersentuh hujung but lawan, pasti terpatah tulang tibia.

 Pakcik ini bukan sahaja overweight dan warga emas, tapi turut mengidap osteoperosis. 

"I think my players played good and disciplined football. Everyone in the team was at their best." - Raddy Avramovic.

"If they can improve our football then why not," he added.  

*************
Kenyataan jurulatih Singa pura-pura memang tepat lagi bernas. Pemain mereka memang akan terus maju di bidang rancangan realiti pada masa akan datang. SAFUNDI mungkin?
Kalau melawan Indonesia, kita hanya perlu melawan sinaran laser dan buluh runcing, tapi dengan Singa pura-pura, kita perlu melawan pelakon-pelakon gusti yang underweight, overweight, underage dan overage. Ini menyukarkan pemain Malaysia untuk bermain bolasepak kerana bimbang dengan keselamatan dan kesihatan pemain Singapura-pura jika terlanggar atau terbertuh mereka.

Makwe medic Singa pura-pura pula mempunyai kuasa pemulihan yang begitu menakjubkan, dengan berbekalkan pek ais sahaja semua pemain mereka pulih selepas diusung keluar. Peh, pek ais tu mesti mahal macam produk MLM kan?

Kepada semua pemain Singa pura-pura, diharap minum susu penguat tulang dan semoga dijauhkan dari penyakit osteoperoris, terutama untuk yang sudah lanjut usia. Yelah, Piala Dunia lagi 3 tahun. Lama lagi tu.

Sumber berita : NST

Sumber gambar : Berita Harian Online

Sumber edit gambar : Mikrosof Powerpoint.

Khamis, Julai 28, 2011

Kelayakan Piala Dunia 2014 - (Malaysia Vs Singapura)

Perlawanan kedua peringkat ke-3 untuk Kelayakan Piala Dunia 2014 benua Asia malam ini adalah SUPER penting.

Malaysia perlu menang sekurang-kurangnya dengan kelebihan 2 gol dan tidak boleh bolos lebih dari 3 malam ini dengan Singapura. 2-0, 3-1, 4-2 dan lebih dari itu adalah antara keputusan yang boleh diterima malam ini.

Kalau lepas peringkat ketiga ini, Malaysia merupakan antara 15 pasukan yang layak ke peringkat ke-4 yang mana 5 pasukan sudah pon menanti iaitu Jepun, Korea Selatan, Korea Utara, Australia dan Bahrain. Peringkat kumpulan yang mana akan ada 5 kumpulan dengan 4 pasukan dengan perlawanan timbal balik home & away. 

Ini adalah ramalan untuk 15 pasukan yang berharapan untuk layak berdasarkan keputusan perlawanan pertama. Untuk semua pasukan yang menang di tempat sendiri, hanya Singapura yang diharapkan/ dijangkakan/ didoakan untuk tidak layak ke peringkat ke-4. Heheh.





Kenapa layak ke peringkat ke-4 ini SUPER penting? Ini adalah peluang paling cerah untuk mengutip sebanyak-banyaknya mata ranking untuk menaikkan status bolasepak negara. 3 kali lawan timbal balik dengan status perlawanan paling tinggi (kelayakan Piala Dunia) adalah satu-satunya peluang negara untuk mengutip sebanyak mungkin mata ranking. Menang atau seri, cerah la peluang untuk mengutip mata ranking. 

2 pasukan tertinggi tiap kumpulan akan dikumpulkan dalam 2 kumpulan dengan 5 pasukan tiap kumpulan untuk peringkat ke-5. Peringkat ke-5 adalah penentu pasukan mana yang layak ke Piala Dunia 2014. 2 teratas tiap kumpulan akan layak otomatik. Pasukan tempat ketiga akan bermain play-off sesama sendiri dan pemenang akan melawan pasukan play-off dari CONCACAF (tempat ke-4) atau CONMENBOL (tempat ke-5) atau juara Oceania yang belum ditentukan lagi.

Aku harap Malaysia menang besar dan terus layak ke peringkat seterusnya. Ini harapan peribadi dan 85,000 ribu penyokong Malaysia di Bukit Jalil (yang berbilang pasukan kegemaran EPL mereka) malam ini. Mungkin berjuta juga (termasuk aku yang dah kensel plan nak beli barang rumah kat JUSCO malam ni) akan berdepan dengan skrin TV malam ini. Para suri rumah diharap memberi kerjasama sebaiknya, sebab inilah sekecil-kecil harapan paling dekat untuk melihat pasukan Malaysia selangkah lagi menuju Piala Dunia 2014 di Brazil nanti.

Lembaran baru bolasepak negara bertitik tolak di sini. MALAYSIA!!!



Khamis, Julai 07, 2011

Pra Arsenal Asia Tour 2011 - Malaysia



Sebulan yang lepas, elok je diberitakan dalam suratkhabar yang Arsenal nak datang Malaysia, aku terus cari kedai World of Cartoons di City Square, punya la nak dapat tiket perlawanan dengan complimentary training pass. Agak pelik juga sebab WOC jual Mikimouse, Looneytunes dan segala kartun Disney, tapi takkan kaunter dia jual tiket bola? Rupanya bukan WOC yang jual, tapi butik Nike, mujur naik tingkat satu lagi je. Apa kejadah promoter letak alamat WOC kat website dia sebagai ejen menjual tiket area Johor. 


Sehari Aqil dan Ammar duk pakai tag training pass tu jenjalan pusing City Square. Aku beli 3 tiket, sorang untuk abang, sorang untuk adik. Dengan harapan aku tak la pergi tengok bola macam masa lawan Man Utd yang mana aku duduk sorang-sorang. Tapi kini, Raman sudah menarik diri demi menjaga bekalan elektrik negara dan tiket dia masih belum berpunya dan aku belum membuat keputusan nak ajak sapa. Ada yang berminat? Tiket paling murah sebab masa pi beli belum konfem lagi apa jadual kerja. Kalau tak dapat pi, tak la terbakar sangat. Kalau dapat pi, duduk macam masa tengok Man Utd dulu. Yellow gate belakang gol depan ada skrin dan papan waktu. Ok la.






Untuk training pass, aku berhajat nak bawak Aqil dan Ammar pergi tengok. Sebab ada 3 pass. Kot dapat lagi satu pass, bawak Ezi dan Ayman sekali. Training pass duduk kat Grand Stand. Kasik pendedahan awal kalau-kalau depa berminat nak sepak bola secara serius.


Minggu depan cuti dah konfem. Budak pula cuti hari rabu, selasa ada hari sukan, tak la ralat sangat kalau 2 hari tak pegi sekolah pon. 


Untuk persiapan, berikut adalah kain rentang yang kot-kot rasa nak bawak. Tapi entah berguna ke tidak dalam 2-3 hari nanti sebab ura-uranya dah macam lain. Apapon, kali ni dapat tengok pak Wenger secara langsung. 







Selasa, Februari 03, 2009

Bola - Selamatkan Bola Sepak Malaysia

Sedang aku makan tengah hari bersama isteri hari ini, aku baca surat khabar berbahasa Inggeris. Lauk beli kat Pak Ali, nasi isteri yang tanak. Keli goreng 2 ekor, ayam goreng 1 ketul, cendawan goreng secucuk, sayur kangkung, kuah asam pedas. RM7 semuanya untuk kami dan anak-anak. Masak berpeluh ketiak kalut dengan Aqil dan Ammar pun belum tentu sama kosnya dengan RM7.

Sambil makan aku baca artikel tentang sesi memerah otak bertajuk 'Selamatkan Bola Sepak Malaysia' di antara Menteri Belia dan Sukan (abahnya Dafi) dan bekas-bekas pemain bola sepak negara sekitar tahun kegemilangan 70-80an. Mereka ini semuanya bersemangat menghadiri sesi ini, juga nama-nama yang terkenal sehinggakan Hasbullah Awang tidak lekang menyebut nama-nama mereka setiap kali mengulas siaran langsung pasukan Malaysia melawan pihak lawan walaupun mereka bukan lagi pemain masa sekarang. Mereka memberi banyak pandangan, tapi akhbar ini memberitakan semuanya isu lama, isu yang pernah dibangkitkan sebelum ini. Cuma akhbar ini menekankan sedikit isu kepimpinan. Bila salah seorang daripada mereka secara terang-terangan meminta kepimpinan paling atas turun dari menerajui Persatuan Bola Sepak Malaysia. Akhbar ini agak berperenggan juga menceritakan kembali perkara ini. Konspirasi agaknya. Termasuk yang ini, dah 3 kali dah akhbar ini membuat artikel yang berbaur politik begini dalam tempoh 2 minggu ini. Siapa la agaknya yang hangat mengipas wartawan akhbar ini. Ada habuan agaknya.

"Bagi patik, Tuanku memang harus berundur sebab 25 tahun adalah sangat lama, kalau Brazil dan Itali dah menang 2 kali Piala Dunia dah dalam tempoh masa ini Tuanku sudah menerajui Malaysia ke mana dalam tempoh masa 25 tahun ini? Ampun Tuanku beribu-ribu ampun. "

Buat Menteri Belia dan Sukan, aku kecik hati sebab dia tak jemput aku untuk turut serta dalam perbincangan ini. Aku sebagai bekas pemain bola sepak peringkat sekolah rendah dan menengah merasa terpinggir kerana Menteri Belia dan Sukan tidak terpandang nama aku untuk memberi sedikit pandangan. Apa? Aku tak cukup terer ke? (Nota: Editor blog terpaksa menyiku dagu amANI kerana kenyataan berat sebelah ini dan menasihati beliau supaya fokus, jangan tulis ikut perasaan!).

(Dengan dagu yang agak sakit) Aku sebagai bekas pemain bola sepak peringkat sekolah rendah dan menengah yang tidak pernah melepasi peringkat Zon ingin memberi pandangan terhadap isu mencari bakat baru dari akar umbi di pelusuk Malaysia secara efisyen. Sebelum itu, mari kita soroti bagaimana seorang yang berbakat dalam bermain bola sepak akan maju ke peringkat tertinggi sehingga ke peringkat negara mengikut pengalaman aku.

Kes Contoh 1:
Aqil berminat dengan bola sepak sejak berumur 8 bulan. Mula-mula dia boleh berjalan abahnya telah mengajarnya menyepak bola. Aqil memang berbakat besar. Masuk darjah 3, Aqil telah bermain dengan serius, tiap petang main bersama rakan. Kebetulan, sekolah Aqil adalah sekolah projek bolasepak. Darjah 5, Aqil masuk pemilihan peringkat sekolah. Aqil diterima sebagai simpanan. Darjah 6, Aqil main kesebelasan utama, sekolah Aqil menang peringkat Zon Ampang. Hampir kesemua rakan sepasukan Aqil dipilih menjadi wakil Zon Ampang. Jurulatih sekolah Aqil merangkap guru matematik sekolahnya membawa Aqil ke peringkat daerah Hulu Langat. Sekali lagi Zon Ampang menang peringkat daerah Hulu Langat. Ditambah seorang dua dari Zon lain, Aqil bermain pula untuk daerah Hulu Langat, kali ini untuk peringkat negeri Selangor. Aqil berjaya membawa pasukannya memenangi kejuaraan Negeri. Bakat Aqil dinilai dan jurulatih bawah 15 tahun memanggil Aqil untuk mewakili Malaysia.

Pemerhatian aku terhadap pincangnya sistem ini:

1. Bakat baru yang dibawa ke tengah dalam permainan bola sepak ini adalah berdasarkan pencapaian pasukan individu tersebut. Kalau sekolah dia juara, dia boleh mewakili peringkat seterusnya. Kalau sekolah dia kalah, terrer tahap Theo Walcott sekalipun tidak diendah.

2. Jurulatih bolasepak tangkap muat di akar umbi. Guru matematik merangkap jurulatih bolasepak. Tiada lesen kejurulatihan mahupun pengetahuan asas bola sepak sebenar. Pemain berbakat dalam pasukan ini tentunya tidak akan menyinar dan tidak akan diendah sebab pasukannya main macam pasukan estet!.

3. Jurulatih seperti kadang kala dibawa ke peringkat seterusnya. Bukan sebab dia arif bijaksana mahupun handal tapi sebab pasukannya berjaya.

4. Scout atau pemerhati bakat baru hanya berminat pada peringkat daerah ataupun negeri.

5. Lazimnya peringkat negeri berlangsung pada pertengahan tahun persekolahan, budak darjah 6 dan dekat nak masuk periksa UPSR. Mak bapak sekarang mana nak bangga sangat kalau anak wakil negara sekalipun tapi UPSR dapat 5C sebab 5A bersepah, anak penyapu lantai pun boleh dapat 5A.

Cadangan aku:

1. Latih guru untuk menjadi jurulatih terlatih di setiap sekolah. Jurulatih harus punyai lesen kejurulatihan.

2. Tubuhkan scout / pencari bakat di peringkat zon. Mereka bebas dan tidak terikat dengan mana-mana sekolah. Mereka harus memantau tiap perlawanan. Mereka akan menjadi jurulatih peringkat zon. Mereka buat pemilihan semula selepas tamat pertandingan peringkat zon. Sekolah yang menjadi juara tidak otomatik mewakili zon.

3. Peringkat Zon harus punya jurulatih berbeza untuk pemain dan penjaga gol. Juga telah menerapkan asas-asas sains sukan (corak pemakanan, corak latihan dan corak permainan) dalam latihan.

4. Jadual perlawanan peringkat sekolah-zon-daerah-negeri harus dilengkapkan sebelum Mei tahun tersebut. Mula awal, apa salahnya cuti akhir tahun panggil budak-budak ni berlatih, hari pertama persekolahan terus mula peringkat zon. Budak tak terganggu pembelajaran sebab berlatih.

Aku habiskan lauk ayam goreng, cubit sedikit lauk keli goreng untuk anak-anak sebab nampak sedap. Bekas pemain hoki negeri Kelantan yang mendapat tawaran mewakili Malaysia ketika di peringkat sekolah rendah juga telah menghabiskan nasi beliau, dia mengiyakan sahaja pendapat aku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...