Advertlets

Selasa, Februari 28, 2012

Kanak-Kanak Memang Riang 41 - Layang-layang

"Abah, nak main layang-layang".. 

Seminggu berlalu.

"Abah, nak main layang-layang"...

Sehari berlalu.

"Abah, nak main layang-layang"..

Dua hari berlalu.

"Abang, tak larat la nak layan anak-anak ni mintak nak main layang-layang!"

Tiga hari berlalu.

"Ok, nanti kita beli layang-layang kat kedai Her Fatt tu, tapi kena pergi makan nasi dulu". Terpaksa mengalah pada satu hari Ahad.

Layang-layang plastik kilat empat segi bergambar Superman dengan bertulang buluh halus berharga 80 sen dengan tali benang gulung 80 sen dibeli 2 set. Anak-anak lompat. Sengih tak payah cerita.
 
Terus singgah padang permainan yang paling dekat dengan rumah. Lepas 20 minit bergelut dengan memori macamana nak memasang tali benang pada rangka layang-layang, baru boleh mencuba. Mujur henpon dah abis bateri, kalau tak dah google dah cara-cara memasang tali benang pada layang-layang murah. Angin kadang kuat kadang hilang. Layang-layang naik tak sampai 2 saat, jatuh menjunam. Tali benang senget dan tak stabil. Sempat juga tergolek sebab tersadung dalam lubang masa mengundur.

Anak-anak dah lari main gelungsur yang lebih memberi keceriaan sebab layang-layang lambat sangat nak disiapkan. 

"Salah kot pasang macam ni, tinggi sangat. Kat sini je patutnya". Tali benang dibuka. Ditebuk lubang baru dan dipasang bawah sikit dekat dengan tulang tengah layang-layang. 

Kali ini layang-layang stabil. 

Dua tiga kali mencuba. Layang-layang naik! Tali benang dilepaskan. Habis segulung. Pendek je pon tali benang 80 sen. Layang-layang murah berjaya juga naik. Tak rugi RM1.60. Power jugak kemahiran mengendalikan layang-layang murah ni.

Aqil pegang tak sampai seminit. Layang-layang mula jatuh.

Naik semula. Ammar pula pegang 2 minit. Layang-layang jatuh sebab angin hilang. 

Anak-anak lari pergi main gelungsur balik. Habis sudah seronok depa nak main layang-layang.

Cuba kali ketiga, angin dah malas memberi kerjasama.

Dari kejauhan, ada satu lagi abah, umi dan 2 anak perempuan dah pakat balik sebab layang-layang bukan 80 sen depa tak naik. 

Khamis, Februari 16, 2012

Jalan-jalan Cari Pengerang


Jauh juga sebenarnya Pengerang ni. Kalau ikut peta google, seratus lima puluh lima kilometer dengan masa hampir 2 jam setengah. Tapi sebab aku lagi power dari peta google, aku gerak dari Pulai Indah pukul 4 petang, ikut lebuhraya PLUS exit Kempas, turun lebuhraya Pasir Gudang,  masuk lebuhraya Senai-Desaru ikut Ulu Tiram, sampai Tanjung Pengelih, Pengerang pukul 6 petang. Peh, power.


Turun kejap bersembang dengan seorang penduduk tidak tetap yang juga tengah ambil angin laut Selat Singapura, bincang hal ehwal Petronas nak ambil tanah orang kampung, kubur dan terowong tinggalan Jepun di bukit sebelah Kastam Tg Pengelih dan ambil gambar barang sekeping dua. 


Pengerang akan  jadi femes lagi 2-4 tahun akan datang. Mungkin tak la sampai orang kampung maki hamun dan berdemo macam loji Lynas. Cuma akan jadi modal parti pembangkang jugak la sebab tanah orang kampung zaman berzaman akan diambil kerajaan. Jadi mungkin gambar-gambar yang diambil ini boleh jadi arkib buat generasi masa akan datang.


Ni gambar dari luar pintu masuk Jeti Tg Pengelih. 

Ini permandangan dari Kampung Jawa.

Ini ada satu objek di tengah laut yang sudah menyebabkan ramai penduduk kampung berasa sedih meninggalkan tanah mereka zaman berzaman.


Ini pula 2 gambar keceriaan yang masih boleh dinikmati 45km jauh dari Tg Pengelih iaitu Batu Layar.

CL 2012 : AC Milan 4 - 0 Arsenal

4 pemain AC Milan, tiada pemain Arsenal.

Dijaringkan oleh bekas pemain Spurs, Manchester City dan Barcelona. Eh, Manchester United sekarang dah tak kuat nak main Champions League ke? 

Malam Jumaat orang tak tengok bola la woi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...