Advertlets

Khamis, Disember 30, 2010

Piala AFF-Sukan SEA-Pestabola Merdeka, apa seterusnya?

Ok, semua tournament dalam Asia Tenggara dah menang untuk 2 tahun ke belakang.

Ternyata hanya ada satu penyelesaian sahaja dalam banyak-banyak penyelesaian yang aku bagai dalam entri Untuk Bola Bertambah Mutu.

Susah-susah pikir ke sana kemari, penyelesaiannya mudah sahaja. Selagi team Malaysia main dengan cantik, baik bersistem dan menang perlawanan penting, penyokong akan datang menyokong sepenuhnya di stadium tak kira dari ceruk mana, teket harga berapa, main hari apa, ada game EPL kat TV ke tidak. Mesti penuh. Mamak jugak turut bergembira. 

Untuk AFF Suzuki Cup 2010, tahniah untuk Malaysia. Kalau aku adalah organizer. Aku bagi MVP tournament kepada Khairul Fahmi. Apa gila bagi kat pemain yang sepak penalti pon tak masuk? Patut bagi kepada penangkis penalti yang berjaya menyelamatkan keadaan la. Kalau dikira sumbangan dan effort pon lebih kepada Khairul Fahmi untuk game semalam. Harap buat Khairul Fahmi, ini adalah permulaan untuk beliau. Bukan kemuncak yang kemudian menuruni bukit. Umur pon masih muda. Sedap-sedap main bola lagi. Keeper boleh main sampai 40 apa. 

Harapannya adalah supaya ada lagi barisan pelapis selepas Harimau Muda B nanti. Untuk Harimau Malaya, pelapis dorang adalah Harimau Muda A sekarang.

Imbuhan dan ganjaran memang penting untuk menyemarakkan semangat. Tapi harap janganlah berlebihan. Bagilah dalam bentuk yang boleh membiaya mereka untuk jangkamasa panjang. Sebab depa masih muda. Simpanan ASB ke, Unit Trust ke, tanah ke. 

Cuti peristiwa pon semua orang dapat esok. Cuma bos aku lebih power dari pengumum cuti, jadi esok kerja seperti biasa. Huhu.  

Isnin, Disember 27, 2010

Piala AFF Suzuki 2010

2 tahun lepas, aku ada menulis pasal Piala AFF 2008. MVP Malaysia tahun itu amat off-form sehingga kalah 3-2 kepada Vietnam. Gol ketiga dilepaskan beliau amatlah tadika stendetnya.

Tahun ini, Malaysia masuk final AFF. Semua orang sudah sokong team Malaysia. Ini petanda yang bagus. Yela, semua orang sukakan yang bagus sahaja. Bukan semua orang sukakan Malaysia.

Game semalam adalah game yang beberapa tahun akan datang akan masuk segmen dokumentari. Team Malaysia kali ini dan sesungguhnya K Rajagopal adalah pencetus nafas baru sebuah pasukan bolasepak negara. Ini baru pasukan bolasepak.

Dulu-dulu team Malaysia bukanlah pasukan bolasepak. Lebih kepada himpunan pemain-pemain tertonjol dalam liga dan punya reputasi. Bukan satu unit. Bukan sebuah pasukan. 


Jadi apa yang K Rajagopal buat kali ini dengan membawa pasukan muda yang sudah bermain sesama sendiri dalam satu pasukan untuk tempoh lama adalah sesuatu yang betul. Pemain pertahanan tahu dan faham tugas mereka. Pemain tengah tahu dan sedia tahu kedudukan pemain penyerang dan semua boleh mengikut taktikal permainan yang teratur dan kemas. Skil individu pemain juga sudah meningkat. Shahrul Idlan Talaha contohnya. 


Bila bertahan semua defender dan midfielder kaver mengkaver. Bila menyerang, ada defender naik overlapping. Itu baru betul pasukan bola.


Untuk game seterusnya bagi menjulang Piala AFF Suzuki 2010, 3 gol yang dibawa team Malaysia adalah kusyen yang musuhnya pemain Malaysia sendiri. Depa dah tunjuk di Vietnam, yang mana depa boleh bertahan sungguh-sungguh. Walau riuh cemana pon stadium Vietnam itu. Tapi yela kot, mana depa nak paham bahasa Vietnam kan?


Hanya kesilapan individu yang perlu ditiadakan dan dikurangkan di Stadium Bung Karno nanti.


Cuma kena hati-hati dengan pemain no 14 - Ariff. Dia sorang yang nampak menyerlah pada separuh masa kedua semalam.


Laser hijau pula bukan penentu kekalahan. Tapi kalau nak buat drama lagi boleh la.Bukti penyokong Indon yang memancarkan laser pon dah ada masa game pertama. So, apa nak gaduh lagi pasal laser. Alfred Riedl pon tak mo mengaku yang laser adalah punca kekalahan. Dia kata, punca kekalahan Indonesia adalah gol pertama Malaysia. Mereka gagal mencari rentak selepas itu dan banyak tergamam.


Harap-harap pengadil pon bukanlah pengadil cikgu Australia yang incas masa lawan China di Sukan Asia baru ni. 


Malaysia, Tanah Tumpahnya Darahku!



Jumaat, Disember 24, 2010

Sukan Minda - Persepsi

Meh tengok sama ada kamu punyai hati tulus suci atau busuk berlemak.

Sila nyatakan dengan jelas dan terang, gambar kotak A dan kotak B dibawah mempunyai warna yang sama atau tidak? Sama? Ke tak sama? Renung sampai besok pon takpe (aku dah cuba renung kecik-kecik mata, memang nampak). Bagi pemunya hati suci, dia yakin apa yang aku cakapkan ini. Kotak A dan kotak B adalah sama warna. Ye. Sama warna. Percayalah si hati yang tulus. Mekasih buat yang percaya.

Sapa yang tak percaya, aku tahu, kamu ada simptom pemunya hati yang busuk berlemak dan mungkin tidak sesuai membaca siri Sinetron Dramalova. Hehehe.


Bagi pemunya simptom hati busuk berlemak dan tak percaya cakap aku. Kamu ada 2 pilihan. 

Pilihan pertama yang membolehkan kamu mempunyai hati suci tulus ikhlas. Sila right click dan save as gambar tersebut.

Buka gambar tersebut dalam Paint. Crop tegak sampai hilang silinder hijau tapi biarkan kotak A dan B masih kelihatan.

Guna pemadam, padam sekeliling kotak A dan Kotak B sampai licin. Termasuk sikit dalam kotak pon takpe.

Jadi, bandingkan balik, warnanya sama ke tak?


Syabas. Kamu ada hati yang suci dan memerlukan kebenaran perolehan sendiri untuk menetapkan pendirian.

Pilihan kedua. Kamu boleh terus bersangka buruk terhadap entri ini dan terus scroll ke bawah untuk buktinya tanpa rasa nak cuba langkah di atas dan jika dengan melihat bukti ini juga tidak dapat memuaskan hati kamu kerana merasakan ianya adalah teknik potoshop, kamu boleh terus berjalan kehadapan, belok kiri selepas selekoh dan pergi jahanam dengan hati busuk berlemak kamu. 


Ok nak pilih yang mana? Pilihan 1 atau 2? Jangan cuba scroll ke bawah. Cuba terus langkah di atas.
.
.
.
.
.
.
.


Oh, masih scroll kebawah.


Pesanan untuk yang tetap dengan pendirian memilih pilihan kedua. Sebaik-baik penerima maklumat di zaman internet ini adalah dengan mencerna maklumat yang didapati itu dan menyelidikinya sendiri.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






Bagaimana dengan hati kamu? Tulus suci?

*Secara saintifiknya, tidaklah ia berkaitan dengan hati suci atau busuk pon. Tapi ianya ilusi optik. Tapi kalau terang-terang jugak tak nak percaya dan kemudian malas nak berusaha membuktikan sebaliknya, memang la kamu suka bersangka buruk. Sama buruk macam si penerima emel forward yang mengforward tanpa usul periksa dan si penghentam kerajaan atau penghentam parti pembangkang yang tiada rasional. Selamat menilai hati sendiri.

Sumber asal : Gizmodo

Khamis, Disember 23, 2010

Dalam dompet kamu ada List E?

Ok, dalam dompet aku ada list E sejak 2-3 tahun lalu. List E adalah senarai Emulsifier yang dikatakan berkandungan atau berasal dari Sudae Suinae Sus.

Aku dapat list E ini dari seorang kawan yang dahulunya belajar di Jerman. Kat sana segala menda mungkin mengandungi kandungan tidak halal. Jadi dia ada senarai E ini. Dia dapat dari pertubuhan muslim Jerman sendiri. Senang. Hanya orang Jerman yang tahu apa yang orang Jerman makan. 

Berbalik kepada senarai E ini. Kekadang terlintas juga, betul ke tidak senarai ini. Aku pernah google dan jumpa senarai yang sama di beberapa laman web masyarakat muslim lain. Jadi aku amik sebagai panduan. 

Pada satu hari. Aku makan Mamee (ayat stendet sekolah rendah). 

Aku belek kelebet habis pembungkusan Twisties ini. Ada logo Halal Malaysia. Sedap dimakan. Aku kelebet pula senarai kandungannya. Siot. Salah satu dari kandungannya adalah E 631 yang sudah masuk ke dalam senarai E yang ada dalam dompet aku. 

Ok, demi kehalalan dan kesejahteraan. Aku letak kepercayaan kepada logo Halal Malaysia dan lembaga bertanggungawab terhadap kandungan dan ramuan syarikat Mamee. Maka kami meneruskan permakanan Mamee ini dengan anak-anak dan isteri sampai habis.

Tetapi, mengikut prinsip Muslim terpelajar dan berhemah. Kita gali.

Aku jumpa sudah penjelasan mengenai E list tersebut yang senang je boleh digoogle. Senarai E yang diberikan itu adalah semua Emulsifier atau kod ramuan dalam makanan. Ianya diekstrasi dari lemak dan boleh jadi dari tumbuhan atau haiwan. Tapi sekarang tumbuhan lagi banyak dan murah, kebanyakannya E yang sedia ada dah berasaskan tumbuhan sebab agensi pembuat ramuan pon paham apa itu Kosher dan Halal. Boleh bangkrap apa kalau tak memenuhi Kosher dan Halal pada masa kini.

Tetapi artikel yang aku baca 2 minggu beturut-turut dalam suratkhabar The Bintang ini sudah mengoyang dan overrule pengetahuan dan pandangan asal aku mengenai halal dan haram, terutamanya senarai E itu. (Suratkhabar The Bintang, I link u, U link me back ok?).

When haram can become halal - if a prohibited ingredients undergo transformation that changes the its properties or attributes to the point that it becomes a different product, it is no longer forbidden.

Secara amnya menceritakan jika lemak Sus itu sudah di'istihalah' menjadi bahan lain (secara proses kimia dan pencampuran bahan lain) yang tiada rasa, warna, bau, rupa dan gaya Sus lagi, ianya sudah menjadi gelatin dan gelatin itu pula digunakan untuk buat coklat, ianya tiada lagi rasa, warna, bau, rupa Sus maka halal. 

Be guided by natural senses - The mere presence of alcohol in food or beverage is not the determining basis for their prohibition, rather the substance is unlawful by virtue of its intoxicating effects.

Secara amnya menceritakan jika kita dilarang meminum arak kerana kandungan alkohol, ianya tidak berapa tepat. Kerana tapai, tuak, minuman berkarbonat dan budu juga mempunyai sedikit alkohol (ethanol). Tetapi apa-apa minuman atau makanan yang boleh membuatkan kita hilang kewarasan (sanity) yang dilarang. 

Kedua-dua artikel ini ditulis oleh Prof Dr Wan Azhar Wan Ahmad dari IKIM.

Ianya hendaklah dibaca penuh teliti belakang ke belakang dan jangan mengambil simpulan yang aku buat sahaja. Beliau memberi beberapa pandangan yang bersandarkan situasi yang ada pada zaman Rasulullah dan juga mengambil kira zaman sekarang yang segala kandungan harus diteliti menggunakan Gas Chromatography Molecule Spectroscopy analysis baru tahu halal haram. 

Kesimpulan beliau yang harus kita ambil. Agama Islam adalah memudahkan. Jika ada 2 pilihan, pilih yang lebih memudahkan. Tapi:

(i) In case of doubt and one fears that one may compromise one’s religious belief and principles in doing or consuming anything, then one may distance oneself from such a thing.

(ii) Any product that contains a considerable amount of a prohibited substance, or in which the properties of a prohibited substance are noticeable, is in itself prohibited, and thus to be avoided; 
(iii) If the amount of a prohibited substance is significantly inconsequential/infinitesimal to affect the noticeable properties of a thing, then the prohibition may be ignored.
Semoga mendapat manfaat. Aku rasa, menulis untuk berkongsi ilmu lebih sedap dari menulis untuk mengecam orang demi kepartian atau merendahkan kredibiliti dan kualiti diri orang lain semata-mata demi kepercayaan atau agenda diri sendiri. Hidup ini perlu tenteram. Bukan busuk hati dan berdendam. Sekian.


Selasa, Disember 21, 2010

17 dan masih membesar

Ada dalam gambar ikut suka turutan aku la : Sergio, Marcia, Casillas, Sheylda, Diego, Rodriguez, Pablo, F, G, H, J, K, L, M, N, Pa & Ma. Dalam perut Shelda, Y. 


Kepada yang berkenaan, boleh klik kepada gambar dan kemudian save as. Lepas tu cetak besar-besar, bubuh dalam frem dan gantung kat rumah USJ. Cetak kat aku satu ek.


Kenapa kena ada gambar ini? Sebab buat pertama kalinya dalam banyak-banyak tahun ke belakang bila agenda mengambil gambar, ada je yang tak ada serta semua orang tengah pakai smart-smart nak pergi kenduri. Tarikh gambar - 12-12-2010. 12:03PM.


Kepada yang tidak berkenaan langsung. Tengok je. Jangan buat apa-apa. 

Sabtu, Disember 18, 2010

Tulis-tulis - Main kuda-kuda



*Ini BUKAN cerita main dengan kuda! Sila mengucap syahadah*


Di suatu taman, 4 ekor kuda hitam duk tengah main kuda-menguda.


Nuar : Eh, Ajitpal, bagi la aku tunggang kau sekejap.


Ajitpal : Eh, tak boleh, aku sakit pinggang. Ko naik dengan Guanbeng la. Aku ambil gambar. Mesti seronok.


Nuar : Sedap juga kalau macam tu. Ko naik aku pulak lepas tu boleh?


Ajitpal : Mestila. Chauvinis mesti sama chauvinis.


Guanbeng : Night Kit macamana?


Ajitpal : Aku dah naik dah dulu, lutut dia spring dah rosak. Tak best.


Night Kit : Ek eleh Ajitpal, dulu boleh la, sekarang ko pon dah patah pinggang. 


Ajitpal : Kalau macam tu, kita tunggang Nuar je la. Jom-jom!


Secara serentak... Jooom!


Mereka pon bermain sambil bergelak riang ria hihihi. Sementelahan Ajitpal menyimpan kemas gambar Guanbeng dengan Nuar yang saling menunggangi itu. Kot-kot Nuar lompat tinggi sangat sampai Putrijayatripati, dia boleh rentap je tali kekang Nuar tu nanti.


*Sumber rujukan buat Fahim 'B' (kot dia tak paham sebab baru lepas UPSR) :  saling guna-mengguna dan 'kuda-menguda' 

Selasa, Disember 14, 2010

Dulu-dulu

Dulu-dulu, orang nak tengok gambar kahwin kami, kena datang rumah baru boleh tengok. Ada yang mintak tolong bawa bila datang lagi, tapi kami masih terlupa nak bawak itu album. 


Dulu-dulu, tukang gambar bagi sebutharga kat kami dalam bilangan roll filem 36 keping. 2 roll gambar 72 keping siap cuci dan album dalam ratus-ratus je. Gambar pon tak boleh nak edit. Kalau lampu banyak tu, jerawat ada 3, latarbelakang tak blur, bokeh ke tidak bokeh ke, cenggitu jela gambarnya bila dah cuci. 


Dulu-dulu, jurugambar kami takde pulak nak ajak kami amik gambar tepi tasik ke, tepi bendang ke, bawah pokok rambutan ke. 


Oh ye, dulu-dulu, sebab rakus sangat nak naik bersanding, bunga tangan pon terlupa bawak. Tertinggal dalam bilik.


Dulu tak dulu, dah masuk tahun ke-enam dah cerita tu. Eh, tak la dulu sangat kan?


Sekarang-sekarang, kalau orang nak tengok gambar Rahman kahwin, boleh je pergi ke laman amandila.cheritapictures.com dah boleh tengok dah. Banyak jugak dia cuci gambar kenduri Raman, tapi muka aku yang betul-betul pose penuh ada satu jela. 


Sekarang-sekarang, bukak album pon siap ada lagu lagi, tak yah selak-selak. Dia jalan sendiri. 


Sekarang-sekarang, nak likes pon boleh!

Oppertunis

Aku jarang nak menulis macam orang gila emo. Tulisan di sini semua rileks-rileks. Sejuk. Redup. Tak macam blog orang lain. Menulis mengarut terlebih emo. Tapi ramai yang suka setail macam tu. Ke saja-saja buat suka? 


Baiklah, mengikut konsep kesukaan ramai itu termasuk setail menulis ala Tun Mahathir. Di sini aku sertakan beberapa hal yang emo.


1. Aku tak suka bawak kereta kat haiway dah cukup laju 120km/j sebab nak memotong, tapi ada lagi malaun kasik flash dari belakang suruh bagi dia jalan. Abah dia. Aku akan tunggu sampai lane kiri kosong dan selamat baru aku kasik dia jalan. Padahal Myvee je. Cais. 


2. Aku jarang-jarang pakai hon kereta. Jiran rumah 'buruk' aku dulu, mesti guna hon kereta bila sampai rumah, suruh bibik bukak kunci. Kalau aku saing balik sekali dengan dia, aku dah masuk rumah, bibik dia baru pegang pintu pagar. Apa guna hon kereta? Tapi bila masuk jalan KL. Silap-silap 3-4 kali juga kena guna hon. Orang di KL membawa kereta dengan sangat oppertunis, tiada langsung kourtersi. Nak tengok depa angkat tangan? Tunjuk jari adala.


3. Aku tak suka ahli politik. Mereka semua penghidap penyakit oppertunitis. Penyakit berjangkit yang tiada penawar. Yelah, kalau nak buat kebajikan kepada rakyat, baik masuk Jabatan Kebajikan Masyarakat kan? Lantak la nama parti ada rakyat ke takde rakyat ke. Semua ada oppertunitis. Secara amnya, ahli politik juga adalah satu kerjaya. Jadi, berkerjaya adalah untuk mendapatkan pendapatan. Maka ahli politik juga mencari kekayaan di dalam kerjaya mereka. Boleh belah sama manifesto kebajikan rakyat.


4. Bagi membuat kebajikan kepada pembaca blog ini, aku sarankan hangpa semua masuk ke laman web Myeg. Bubuh IC sendiri, adik beradik, pak, mak, tok nek yang mana ada kereta. Cek tengok ada ke tidak saman. Pi setel dan dan hari ni jugak. Boleh dapat diskaun 50% untuk setiap saman atau bayar minimun RM30 sebiji saman. Aku kata sekarang. Bukak tab baru, bubuh myeg. Tak nak buat jugak? Ok. Tolong bukak Maybank2u dan bank-in barang seratus dua dalam bank akaun aku boleh? Aku terbayar 5 saman tertunggak aku sehari sebelum PDRM buat pengumuman potongan diskaun. Sekarang aku hanya boleh telan air liur tengok resit berkeping-keping beratus ringgit tu. Ini adalah pengumuman kebajikan yang paling mahal aku boleh buat untuk hangpa. Nak bagi sorang seratus dua, aku tak rela.


5. Aku baru pertama kali dalam hidup tengok anggota PDRM ambik RM30 dari menyaman orang tahun ini. Aku sebelum ni tak berapa nak percaya. Tapi kali ini adalah sangat nyata. Aku kemudian pernah juga ditahan sebab langgar lampu merah. 4 kereta sekaligus. Tapi 3 kereta tak disaman (termasuk aku), kecuali seorang yang belakang aku. Aku tak cakap apa-apa, tak merayu, tak mintak tolong-tolong. Aku bagi IC dan lesen dan sengih. Tunggu untuk disaman. Tapi dia tak saman. Jadi, bukan semua polis tu yang meminta, kita yang menyebabkan polis tu meminta.


6. Bagi aku, polis (yang beragama Islam) tak perlu memakai lencana 'Saya Anti-Rasuah'. Kita dah sedia maklum yang di bahu kiri kita ada pencatit dosa. Di bahu kanan kita ada pencatit pahala. Itu lebih deep dari lencana. Sama macam peminat Manyuu pakai jersi yang ada lambang setan la. Depa tetap tak iktiraf itu setan. Ada ke tak ada lencana atau lambang di baju memang kepala otak tetap menafikannya apa kebendanya. Tapi kepala otak tak boleh menafikan kewujudan pencatit kiri dan kanan. Kalau nafi jugak yang ini, itu dah melanggar rukun Iman. Rukun Iman adalah tiang akidah. Tiada tiang, runtuh la.


7. Bercakap mengenai Manyuu, aku rasa depa kalah pagi nanti dengan Arsenal. 2-1. Pak Alex mesti komplen berlebih-lebih. Tapi aku bukan pentafsir tukang tilik. Aku berharap je depa kalah. Heheh. 


Ok. Cukup dah. Semuanya emo. Semoga hangpa suka setail cerita yang emo gila isim sebegini. Aku emo sebab ada yang buka selang sehari blog ini tapi tak ada cerita baru. Aku rasa terhutang. 

Jumaat, Disember 03, 2010

Sinetron Dramalova #33 - Positif

Marcia dan Diego baru sahaja dalam perjalanan pulang dari menghantar Mek Muna. Ibu mertua Diego, ibu kandung Marcia. Yang datang dari jauh, 12 jam lebih perjalanan dengan kereta berkuasa kuda dari Roraima seminggu yang lalu.

Gila tak gila Mek Muna menempuh perjalanan itu, tidak perlu diperpanjangkan. Langsung sahaja Mek Muna memfire.

"Anton, kalau gaji setakat lebih seribu-dua ribu tapi duduk jauh di Rio de Janeiro macam gini dari Roraima, mek tak akan datangnya. Biarlah gaji kecik pon. Tapi jauh bebenar rumah dengan tempat kerjanya. Lenguh abis bontot nak tunggu sampai" ujar Mek Muna panjang lebar kepada anak menantu keduanya, Antonio.

Antonio hanya tersengih. Dia memang kerap berulang alik dari Roraima ke Rio. Hampir tiap minggu pasti balik ke sana. Sama ada memandu, menumpang atau naik bas. Janji balik. 

Antonio dan isteri serta 2 orang anak memandu kereta sama jenis dengan Diego membawa Mek Muna dari Roraima untuk melihat-lihat rumah baru Marcia dan Diego, pada masa yang sama turut membantu Marcia mengemas (biasalah, apa lagi kesukaan Marcia kan) sebab baru sahaja pindah dan bersalin anak ketiga. Mek Muna memang banyak membantu dalam menjaga bayi dari mengemas.

"Kalau pegi ke Sao Paolo, sekali je kita jumpa pokok kelapa sawit. Tapi nak pergi rumah kamu Marcia, 2-3 kali jumpa pokok kelapa sawit pon tak sampai-sampai lagi. Jauh la rumah kamu" Mek Muna mengomel masa dalam kereta ke rumah Antonio.

Seminggu Mek Muna di rumah Diego dan Marcia, banyak pelajaran, tauladan dan pandangan yang semuanya ada makna penuh tersirat berselirat. 

Kembali kepada Diego dan Marcia yang masih berada di dalam kereta dalam perjalanan pulang ke rumah. Sebab hantar Mek Muna sampai ke rumah Antonio sahaja. Antonio akan pulang ke Roraima keesokan hari selepas kerja. bersama Mek Muna. Memandu kereta. Menempuh lagi 12 jam perjalanan dari petang bawak ke dinihari. Sekali lagi la Mek Muna akan menahan diri dalam kereta yang azab lamanya. 

"Kalaulah ayang buat buku tentang pesanan pantang larang Mek Muna, penuh satu buku dia punya pantang larang, konfem laku punya buku tu". Marcia mengomel memecah bicara.

Diego diam.

Dalam pikirannya hanya melayang terus mencari punca, sebab dan pengajaran yang boleh didapati dari sesi seminggu bersama Mek Muna. Mek Muna orangnya sangat berhati-hati terhadap persekitaran. Sangat prihatin tentang persepsi orang. Sangat konservatif dan tiada dasar terbuka. Sangat menjaga imej di mata orang lain dan sangat takut terjadi apa-apa. Intel Processor beliau akan terus memproses segala input kepada 'the worst case scenario' dahulu. Semua input. Tiada yang terlepas dan terkecuali. Melainkan input yang boleh menjadi kelebihan di pihaknya. 

Intel Processor itu hanya ada output berdigit 0 di dalam program beliau. Tiada digit 1 di dalam matematik get-logik-go-no-go Intel Processor beliau. Boleh kata semua input akan menghasilkan output no-go atau nombor 0.

Mek Muna sanggup untuk menolak ajakan ke JUSTUKOR semata-mata kerana JUSTUKOR tidak mempunyai eskalator bercerun landai. JUSTUKOR ada hanya eskalator bertangga berbelang kuning. Belang-belang kuning bergerak dan tangga turun naik akan membuat mata Mek Muna berpinar dan Mek Muna akan terkaku. Sampai ke sudah Mek Muna tak akan melangkah naik eskalator itu. 

Mujur Diego dan Marcia memang berhasrat untuk ke TESKOR. Di sana memang eskalatornya landai naik dan turun. Kalau tidak, Mek Muna berasa lebih selamat untuk tunggu sahaja di parkir kereta. Dapatlah Mek Muna melihat-lihat barang di TESKOR. Itu pon dengan langkah yang penuh hati-hati dan sentiasa bersiap sedia.

Seminggu bersama, memang banyak pengajaran yang boleh dipelajari sebenarnya dari sesi bersama Mek Muna. 

Yang paling penting untuk disimpulkan dan berguna untuk perkongsian bersama adalah ambillah segala input sepositif mungkin dahulu dengan bersangka baik dan berusaha untuk berbuat yang terbaik. Wajah kita akan sentiasa tenang dan tiada kerut-kerut kegusaran.

Kemudian cubalah segala input baru dan nikmati kesenangannya. Bukan menolak untuk menerima apa-apa pembaharuan yang lain dari rutin hidup kita. Selagi tak cuba, kita tak akan tahu. Selagi tak tahu, kita buntu. 

Mek Muna mungkin bukan orang yang punya banyak madah ilmu atau perpustakaan pedoman hati. Tapi hidupnya itu adalah pengajaran berguna yang perlu dipelajari dan diperhalusi. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...