Advertlets

Memaparkan catatan dengan label Dramalova. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Dramalova. Papar semua catatan

Selasa, Disember 20, 2011

Sinetron Dramalova 37 - Inception (versi Diego)

Blog ini ditulis oleh seorang pemuda harapan ibubapa, bangsa (sendiri dan bangsa lain), masyarakat dan negara. Beliau bernama Adam.

Adam menulis di dalam sebuah blog dan mengambil ganti nama Diego. Di dalam blog Adam, Diego adalah hero segala hero di dalam arena berhati budi mulia dan mempunyai peribadi terbaik berbanding jiran-jirannya. Diego juga power di bidang minyak pelinciran sehingga kalau pelanggan berani mempersoalkan kredibiliti dan kualiti minyak pelincir yang diusahakan Diego, memang menangis la pelanggan tersebut dimaki. Blog berkenaan Diego ini telah pernah dibukukan untuk diberi kepada kawan-kawan pelawat blog beliau 2 tahun lepas secara percuma. Dibukukan secara komersil? Adam tidak tahu ada ke tidak orang nak baca sebenarnya.

Diego walaupon hanya sebuah watak di dalam blog orang juga ada sebuah blog yang mana di dalamnya ada pula watak yang menggambarkan Diego di dalam blognya yang bernama Daud. Daud pula power tak ingat di dalam arena menulis sehingga sekarang berblog-blog telah dibina oleh Daud. Manakala penulisan Daud sudah dibukukan berbuku-buku banyaknya. Pembaca beliau juga tidak kira bangsa, agama ataupon usia. Semua yang membeli buku Daud adalah orang yang boleh menggunakan otak dan mempunyai sekelumit hati budi yang bersih.

Daud merupakan penulis prolifik yang mana dia tidak perlu bergantung kepada gaya penulisan masakini yang mainstream dengan gaya batu dan guling atau pon perlu berunsur Ombak Rindu yang menyayat hati ataupon begitu bersajak berkias-kias sampai orang tak paham yang mana sudu yang mana kuah, yang mana bunga yang mana madu. Power betul Daud sehingga watak yang dicipta Daud bukan lagi manusia biasa, tetapi ianya diberi nama seperti buku, kertas, meja, telefon, kalender, topi, wayar, gegelung besi, gandar dan sebagainya.

Berikut adalah petikan yang dapat dilarikan dari blog Daud oleh Diego dan kemudiannya ditulis kembali oleh Adam.

"Gerobok Baju adalah seorang graduan lepasan universiti yang masih menggangur. Bukanlah tidak pernah bekerja sejak lepas universiti, tapi sekejap bekerja sekejap berhenti. Tak ada pekerjaan yang berkenaan dengan jiwa beliau. Ya, beliau ada memegang ijazah sarjana muda pendidikan jiwa suatu masa dahulu. 

Sebagai pemegang ijazah pendidikan jiwa, beliau pernah menjiwai watak pekerjaan beliau yang mensyaratkan beliau untuk mensaiko orang supaya tidak gundah gulana dan juga perlu memberi nasihat berguna kepada anak-anak muda yang masih menuntut ilmu. Khidmat Gerobok Baju juga diperlukan untuk menyelami jiwa rakan sekerja dan memudahkan segala kekusutan rakan sekerja. Yang berkahwin ataupon belum, semua boleh mencari Gerobok Baju. Ya, Gerobok Baju digaji untuk berbuat demikian oleh majikannya.

Disebabkan Gerobok Baju sudah nampak jalan-jalan menjadi orang berguna dan penuh cahaya di masa hadapan, ibunya membelikan Gerobok Baju sebuah van pelbagai fungsi buat pengangkutan Gerobok Baju ke hulu dan ke hilir. Nak naik basikal tak muat la Gerobok Baju nak tunggang, jadi van lebih sesuai.

Yang menjadi masalah kepada Gerobok Baju kini adalah jiwa beliau juga kusut. Kusut dan tidak berkembang. 

Gerobok Baju sudah berhenti kerja akibat tekanan kerja yang beliau sendiri ciptakan di dalam kepala hotak beliau. Beliau mencipta tekanan tersebut dengan mengambil beberapa masalah yang tidak berkaitan dan menyimpulkan bahawa semua rakan sekerja, anak-anak muda, rakyat sekeliling tidak menyukai beliau dan inginkan beliau berhenti kerja. Jadi beliau pon berhenti kerja dan untuk beberapa ketika kemudian, beliau sudah pon melipat baju di supermarket. 

Cuma belum sampai beberapa ketika yang terkemudian selepas kemudian, pekerjaan melipat baju dilihat bangang oleh Gerobok Baju dan beliau tak tuntut pon seringgit dua gaji harian beliau yang tak boleh dikira dengan 3 tangan pon sebelum beliau berhenti lagi.

Gerobok Baju kemudian mengalami fasa membaca iklan suratkhabar menghantar biodata kepada yang sudi. Rezeki masih berpihak kepada Gerobok Baju. Lima nam belas temuduga Gerobok Baju dapat dalam tempoh fasa menghantar biodata tersebut. Lima nam belas peluang yang diberikan kepada Gerobok Baju juga disia-siakan Gerobok Baju. 

Kerja yang diberikan tak ada opis. Kerja tersebut di luar kawasan taman rumah Gerobok Baju. Kerja yang dapat pangkatnya bukan pengurus. Kerja tersebut kena berdiri 8 jam tak sempat nak semayang Zohor. Kerja itu kena mendidik kanak-kanak bawah 5 tahun dan Gerobok Baju tak reti hendel budak kecik. Kerta itu ada kaitan dengan bercakap bahasa asing. Kerja itu belum tentu dapat pon kalau pergi temuduga kali kedua. Kerja itu menyeksa pekerjanya. Kerja itu tak ada masa depan. Kerja itu gaji tak besar, komisyen kena kongsi. Kerja itu bukan kerja dengan kerajaan. Kerja itu jauh betul tempat temuduganya, kalau pergi rugi la duit tiket kalau tak dapat. Ok. Tak larat dah nak bagi alasan, cukup la 12 alasan walaupon ada lima nam belas temuduga yang Gerobok Baju pergi.

Sekarang. Ye, berbalik kita kepada masalah Gerobok Baju yang berjiwa kusut. Beliau sedang hangin dan memarahi kerajaan beliau kerana perdana menterinya tidak memberikan Gerobok Baju sebarang pekerjaan sehinggalah sekarang. 

"Bodoh punya PM!!"-  tulis Gerobok Baju di dalam blognya.

Sekian dari saya Daud. 

(Dicilok oleh Diego) 

.

Isnin, Ogos 22, 2011

Sinetron Dramalova 38 - Menikah

Those were the days. 

Pada hari itu, kamera digital masih lagi belum cukup power megapixelnya. Maka kamera konvensional berfilem 36 keping ISO 400 yang digunakan oleh jurugambar majlis perkahwinan kami. Photog di Tumpat ada membawa kamera digital, hanya sebagai backup kalau-kalau dia nak amik shot pantas. Di majlis belah perempuan, depa tempah 72 keping gambar. Depa tangkap, cuci, lekat dalam album berpelekat dan berlapik plastik. Dengan itu, takdenya jurugambar tu nak suruh kami lompat dengan gaun pengantin lepas majlis, mau membazir 5-6 shot begitu sahaja.

Jurugambar tempahan adalah seorang lelaki dewasa adik kepada jurumekap merangkap juruandam, juruhias pelamin dan juruhias bilik pengantin. Beliau berpengalaman mengambil gambar pengantin dan bolehlah memberi beberapa arahan untuk beberapa shot-shot di atas pelamin yang sekali dua menyebabkan makcik-makcik rombongan majlis tidak berapa bekenan dan memberi pandangan yang berbeza. Arahan seperti tangan nak letak mana, pinggan nak kona mana, muka kena senyum ke serius macam Sidi Oraza, dan kepala kena lentok sikit ke tegak. Dengan berpakaian pink seragam, sesi fotografi adalah tak sampai 30 minit. Semua setel dan boleh makan tengahari di hidangan meja pengantin.

Kalau dilihat balik album itu, shot jurugambar paling cool tak patut ialah gambar di meja pengantin. Bukan kek, bukan nasi, bukan lauk yang disuap dengan sudu, tapi air sirap dalam gelas kaca kaler amber yang disuap ke pengantin perempuan dengan cara backhand. Peh. Hahah. 

Oh ya, hari 21 Ogos adalah hari paling lega. Bukan sahaja sebab setel menikah malam sebelumnya, tetapi Marcia juga berjaya mendapatkan lesen memandu P pada pagi hari tersebut sebelum memulakan acara persandingan pada tengaharinya.

"Ketika inai masih merah dijarinya, stereng dipulas kemas membuat parking sambil mengerling pengawai pemeriksa JPJ"

Those were the days.

Rabu, Julai 27, 2011

Sinetron Dramalova # 36 - Wang Besar


Muzik latar belakang. Takde kena mengena, cuma bunyi-bunyian.

Pada 5 hari lagi baru nak gaji. Hari mula petang. Ofismate mula menutup ekon pejabat. Memang macam FBI punya prosedur dalam cerita-cerita menentang pengganas yang menahan tebusan dengan mematikan bekalan elektrik. Kau dah panas dalam bilik nanti mesti kau menyerah kalah dan blah punya. Apa ke jadah nak bekerja terlebih dari masa rasmi di syarikat ini. 5.30 petang sudah 10 minit berlalu. Ofismate menang dan Diego bersiap untuk pulang.

Diego melangkah longlai ke kereta. Di dalam kepala mencongak-congak. Along # 1 dah lama kering. Along # 2 ada la sikit. Along # 3 pon ada la jugak sikit. Diego membuat keputusan. Along # 2 harus dituju. Along-along ini memang gunanya nak tolong simpan duit orang, tapi dalam masa yang sama, mempromosi gaya hidup berbelanja tanpa wang fizikal sambil menyedut sedikit demi sedikit wang yang di simpan. Tak ke perangai sebijik cam Along cenggitu?

Sambil memandu dengan penuh sopan dan tatasusila, Diego tersenyum dengan kenangan-kenangan bersama Along # 1. Along # 1 dah banyak kena tipu dengan Diego. Nak tau cemana nak tipu mesin ATM? Begini.

Lepas je masuk kad ATM, sila ketip terus butang teruskan bila mesin ATM bertanya, mesin ni resitnya dah habis, nak teruskan urusan ke nak blah? Kelik teruskan.

Buat segala urusan yang nak dibuat dengan mesin ATM tersebut. Sampai la duit hangpa keluar.

Mesin ATM akan bertanya lagi bila duit dah keluar. Anda mahukan resit transaksi? Kelik Ya.

Resit akan keluar dan anda berjaya menipu mesin ATM. Mesin ATM akan mengeluarkan resit dan penipuan anda adalah berjaya. Tak caya sudah. Cuma, yang bingai sikit ialah mereka yang menekan butang Ya untuk resit dan kemudian tanpa sebarang usul periksa, buang resit itu merata-rata. Kadang-kadang atas mesin ATM, kadang-kadang terus konyok dan buang tepi tong sampah. Weh, tak mesra alam sekitar la hang! Berpuluh kalori hilang tanpa faedah sedangkan hang boleh sahaja tekan butang Tidak. Huh!

Diego menggeleng-geleng kepala akan kebodohan Along # 1. Along #2 pon tak kurang bingai juga. Belum apa-apa hal dah tanya, nak resit ke tidak dengan urusan anda nanti? Tanya baki pon dia nak kasik resit. Mujur Diego boleh bertolak ansur dan menolak dengan baik. 

Along # 2 tak banyak cawangan yang ada. Tapi Along # 2 juga tempat paling baik untuk bertemu jodoh. Peh gila ramai gadis-gadis berboskan kerajaan nak keluar duit hujung-hujung bulan ni. Tambah lagi sebab kita pergi nak keluarkan saki baki, depa mai berbondong-bondong untuk keluarkan gaji baru. Betapa murahnya rezeki melihat wajah-wajah ceria gadis dengan gaji baru mereka. 

Walau bagaimanapun, petang itu nasib tidak menyebelahi Diego kali ini. Setelah mengelik amaun 100.00. Sekeping not BR100 keluar dari mesin. Nampak gayanya, Along #2 pula yang mempermainkan hati Diego kali ini. Not BR 100 berwarna ungu terus dimasukkan ke dompet yang mengandungi gambar saiz passport Marcia waktu muda remaja. Dua tiga gadis berjaya dikerling sebelum keluar. Yelah, gadis pon boleh menyamun apa. Tersamun hati ini bagaimana? Tanpa senyuman (demi mengelakkan kes samun hati), Diego begerak keluar. Sudah. Ini disaster. BR100! getus hati Diego. Hanya Along #2 dan #3 yang suka buat perangai kasik not 100 ni.
Duit memang bijak memainkan perasaan.
Diego memandu ke arah balik rumah. Ada dalam 20 minit kalau tanpa halangan untuk sampai ke rumah. Ada lagi 35 minit untuk habis waktu Asar. Jalan sesak teruk sebab kebanyakan rakyat Rio mana reti guna lebuhraya bertol. Diego hantar sebentuk sms kepada Marcia.

"Ada apa-apa nak kena beli? Dalam wallet ada duit not 100 je, ni nak beli kuey teow & mee goreng konfem depa takda duit tukar" 

Diego memang sudah arif dengan semua gerai-gerai jualan makan malam yang Diego selalu singgah. Mereka baru mula berniaga waktu nak petang. Datang berniaga dengan kantung kosong. Kalau ada pun duit pecah, duit syiling dengan duit seringgit. 3-4 kali juga Diego dah kena. Gerai burger, gerai sate, gerai kuew teow, gerai sup, gerai roti canai. Kalau Not 50 pon dah tak ada tukar, dengan not 100 sudah pasti mereka bercucuran airmata nak menerimanya.

Sebiasanya, makan malam Diego sekeluarga amatlah ringkas. Walaupun ringkas, untuk membuat keputusannya agak berat. Yela, hari-hari nak pikir makan apa adalah perbuatan yang amat stress ya. Tambah stress pula bila berdepan dengan jawapan, 'apa-apa ajelah'. Kadang-kadang Diego yang tanya, Diego sendiri menjawab, 'ikutlah nak makan apa'. Masalah menetapkan keputusan 'nak makan apa' ini sudah berlanjutan sejak zaman mereka bercinta lagi. Perang di Bosnia pon dah lama tamat, tapi masalah mereka masih serupa. 

"Hahaha, mesalah betul dengan takde duit tukar ni ek" itu je yang dijawab Marcia. Bernas kan?

"Pergi la PetroBras, beli la coklat ke apa-apa untuk makan" balas Marcia lagi selepas berbalas 2-3 sms lagi sambil bertanya lokasi kejadian. 

Diego memang telah menetapkan hati untuk menuju ke stesen PetroBras yang sehala dengan laluan pulangnya nanti. Ia merupakan stesen minyak petrol dan diesel yang paling tinggi jualan runcitnya di negeri Rio. Monopoli ke hape? Sijil-sijil bersusun di dalam stesen minyak ini dengan pencapaian jualan runcit mereka. Kena rompak pon adala 3-4 kali jugak rasanya. 

Sampai di stesen PetroBras, kereta-kereta memang banyak bersidai di kiri kanan stesen. Ruang parkir amat terhad. Diego terus menggunakan konsep, biar parkir jauh, tapi tak menyusahkan orang dengan parkir depan pintu kedai semata-mata nak senang dan mudah diri sendiri. Konsep ini tidak pernah diajar di mana-mana sekolah memandu di seluruh negara, tetapi konsep ini akan lahir sendiri buat mereka yang punyai hati yang sangat tulus dan suci. Hati Diego, Diego tahu la, hati kamu? Pikir sendiri.

Di dalam stesen PetroBras, Diego mundar mandir. Gila apa nak beli barang semata-mata nak pecahkan duit? 5 hari lagi baru nak gaji. Ini ialah not wang kertas terakhir di dalam dompet. Kalau dibeli berlebihan, bukan kenyang pon makan jajan. Kalau dibeli hanya gula-gula seposen,  diterajang laju-laju oleh gadis kaunter nanti. Diego mundar mandir lagi. 

Diego mencapai sebaris coklat. Jenama yang mereka sekeluarga suka tapi kacang paling kegemaran tak ada. Kacang kedua kegemaran je yang ada. Diego pasrah.

Diego ke tempat air sejuk. Berpeti-peti air sejuk dan bepuluh-puluh jenama ada. Tapi Diego tahu itu semua adalah gula, perisa, pewarna dan air kosong di dalam pek-pek penuh warna warni dan font yang berbeza. Seorang pekerja sedang meloading stok baru di dalam sebuah peti. Peti yang Diego rasa ada air yang Diego rasa nak beli. Diego pandang-pandang. 

Diego berubah fikiran sekali lagi. Tak payah la beli air. Itu semua gula. Tapi haus.

Diego kembali ke rak-rak makanan. Ah, fikirannya berubah sekali lagi. Diego berpatah balik ke peti air sejuk. Diego nampak air berperisa anggur bercampur lemon. Anak-anak suka. Diego biasa-biasa je. Pekerja PetroBras menegur.

"Ya, nak air apa?" sebab Diego dari tadi tak capai apa-apa.

"Ye, saya tengah nak buat keputusan ni" jawab Diego. 

Diego capai air berperisa anggur bercampur lemon yang dibungkus kaler ungu. Menuju ke kaunter dengan penuh yakin. 

Peh, gadis kaunter bertudung ni agak comel. Tinggi lampai, muka bujur dan berkulit licin. Dia pandang Diego. Diego pandang lain. Air minuman dan coklat berkacang diserahkan. 

Dengan pantas tangat gadis kaunter mengimbas barang-barang dan tertera BR8.00 di mesin simpan duit. Diego keluarkan not BR100. Gadis kaunter pandang mata Diego. Diego balas pandangan tanda yakin dan taknak mengalah kot-kot dia nak tanya ada duit kecil ke tidak.

Gadis kaunter tertunduk malu dan terus menekan-nekan mesin simpan duit. Dicapainya sebuah magic pen, di garis-garis di atas not BR100 Diego. 3-4 garisan dilakukan. Tapi, tiada sebarang garisan kelihatan di atas not BR100 itu. Diego hairan lantas bertanya.

"Err, kalau buat cenggitu tu, nak buat apa?"

"Ni nak tengok duit palsu ke tak" gadis kaunter menjawab ikhlas sambil mengembalikan baki.

"Ooo, kalau palsu?" sambil tangan menerima baki.

"Dia keluar warna lain" gadis kaunter senyum. Diego pon senyum dan berlalu.

Keluar dari stesen, Diego menyeringai sampai ke kereta. Sebentuk sms dihantar ke Marcia.

"Inilah susah ada duit besar, nak beli kat gerai tak ada duit pecah, nak dipecahkan tak boleh beli barang sikit-sikit, nanti disyaki pengguna wang palsu pula". 
Sudahnya, gerai kuey teow katup dan Diego balik terus ke rumah sebab gerai roti canai pon katup. Along # 2 betul-betul mempermainkan Diego kali ini. 

Rabu, Julai 06, 2011

Mini Sinetron Dramalova - Marcia punya Bestday

Marcia punya hari ulang kelahiran adalah hari ini. Jadi dengan itu, blog ini berbesar hati untuk menujukan sebuah lagu rok kapak leleh sikit kasik up sikit hari dia hari ini. Beliau tak suka sangat yang serabut-serabut banyak-banyak dram dan segala gitar karen. Vokal pon tak leh keras-keras.


Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran untuk beliau.





Layan video jela ye, keje banyak sikit sehari dua hari ni.

Jumaat, Jun 17, 2011

Sinetron Dramalova # 35 - Lora Kelana


(Kena play ini lagu dulu baru baca, feel dia kasik lebih sikit, percayalah!).


Satu petang, sedang sedap Diego makan cucur tepung cicah mayonis tambah sos cili bersama anak-anak dan isteri, siaran tv percuma sedang menayangkan Sinetron baru, Lora Kelana. Cerita tersebut sudah hangat diperkatakan dan menjadi buah status di FB sejak dua menjak kini. Ini menjadi perhatian Diego bila muncul status-status tidak masuk akal seperti,

"Kalau lah laki aku macam Qeth tu, kaya hensem kata-kata cukup romantis caring ya amat"

"Aku tanya laki aku, apesal dia tak macam Qeth pon? Dia boleh buat-buat kira duit syiling dalam poket"

"Hensemnya Qethhhhh, lengan dia saja dah besar peha i"

"Waa, budus punya Lora Kelana, Qeth dah layan cakap baik-baik pon buat sombong lagi muka mintak penyepak"

Status-status tidak berfaedah begini di FB menjadikan Diego tertanya-tanya, apakah bermutu benar Sinetron baru di stesen percuma petang-petang begini elok-elok orang dah patut bersiap mandi pergi semayang Maghrib. Tambah pula, ada blog dari capaian Diego juga turut tercalar maruahnya dengan kehadiran Lora Kelana. Ini mesti sesuatu. 

Petang itu, barulah berpeluang untuk Diego dan Marcia betul-betul menonton Lora Kelana. Tak sampai siap satu babak, Diego sudah dapat mengagak. Penulis skrip atau pencerita cerita ini tentunya seorang perempuan. Semua skrip yang dihamburkan Qeth adalah tutur kata yang perempuan harapkan dari seorang lelaki atau suami. Semua perbuatan Qeth dalam memujuk, mengambil hati dan mengcaring adalah tunas harapan seorang perempuan terhadap seorang lelaki yang dia sayangi. Tapi sayangnya, si pencerita atau penulis skrip tidak pernah menyelami hati pikiran seorang lelaki dalam cerita ini. 

Diego berani jamin, pelakon lelaki itu sungguh-sungguh akan berada dalam dilema yang amat dalam bila balik bertemu isterinya ketika di luar set nanti. 

Habis cerita Lora Kelana, Diego tetap kusyuk melayan senarai ahli bertanggungjawab dalam Sinetron ini. Konfem perempuan. Dari novel seorang perempuan dengan skrip gabungan lelaki dan perempuan. Diego layan juga Lora Kelan ini untuk mendengar skrip-skrip khayalan yang dituturkan. Cukup telakar dan menghiburkan. 


******


Seminggu tanpa Marcia dan anak-anak, Diego balik kerja tak da 'kerja' nak buat. Bila selesai ritual lepas balik kerja seperti meletakkan kunci rumah dan kereta ditempatnya, baju dibuka dan masuk bakul baju, seluar disangkut di almari, solat Asar di hujung waktu, aiseh, terlupa nak bagitau - mestila pakai seluar dan baju rumahan sebelum solat, minum air dari peti dan meletakkan semula cawan ditempatnya dan menghadap makanan malam sambil membaca surat khabar, Diego buka suis Tv.  Lora Kelana. 

Diego layan Lora Kelana sambil basuh baju pula bila dah siap makan. Sekali pusing, duduk pula layan cerita, siap Lora Kelana, baju tak siap basuh lagi. Sebab baju kena basuh 5 kali pusing. 1 kali untuk sabun, 2 kali untuk bilas, 1 kali untuk pelembut sambil berselawat dan 1 kali untuk pengeringan.Tapi 3 kali pusing je Diego mangkit untuk buang air, tambah air baru dan pusing semasa iklan.  

Petang hari ketiga. Babak Lora Kelana belum sampai iklan kedua, makanan dah siap dimakan. Diego bawa bekas makanan ke dapur, yang mana kena basuh dibiar dahulu di sinki. Yang mana kena buang masuk terus dalam tong sampah. Diego keluar dengan gumpalan kain kering sudah dibasuh ke ruang tamu. Sambil meLora Kelana sambil melipat baju mengikut spesifikasi ISO 9001 Marcia. Baju baby, baju Pablo, baju Rodriguez, baju Diego, baju Marcia, shendo-shendo mereka, alas tilam, sarung bantal, selimut, kain lap kaki, kain lap hingus, dan kain lap kereta. 

Tak cukup dengan itu, yang mana kena sangkut, Diego sangkut baju-baju berkenaan mengikut kaler hanger. Hanger kelabu untuk baju kerja Diego, hanger hitam untuk baju jalan-jalan Diego. Hanger merah untuk baju-baju Marcia. Hanger biru untuk baju anak-anak. Sistem ini telah diamalkan sejak 6 tahun yang lalu lagi. 

Bila masuk babak iklan, Diego berhenti dan baca surat khabar sambil tangan masih melipat. Susah jugak nak lipat sarung tilam saiz Permaisuri ni, 3 kali lipat, semua lari spesifikasi. Ada yang memanjang, ada yang cukup segi empat sama, mujur tak ada yang segitiga. 

Malam seterusnya sesudah Lora Kelana, Diego panjat tangga. Seduh habuk dari kipas di ruang tamu. Siling serta dinding. Banyak betul habuk yang sudah mendiami sebab memang jarang-jarang orang nak sapu habuk seluruh rumah ni tiap-tiap hari. Qeth idaman hati semua orang tu entah tak nampak pula sibuk buat kerja rumah dalam Lora Kelana tu. Pergi opis pon sibuk bercinta dan berkhayal je. 

Hari selanjutnya, Diego hanya layan Lora Kelana untuk 5 minit terakhir. Masa Lora Kelana masuk bilik Qeth pegang rantai. Kemudian beliau bersedih. Tak paham. Lantak pi la. Sebab sesudah ritual balik kerja, Diego mencangkul depan rumah. Buang rumput nak tanam yang cantik. Dari matahari ada seruas jari sebelum terbenam, sampai la orang dah balik dari semayang Maghrib, baru setel rumput-rumput tak cantik dicangkul. Togel seluruh tanah dan ditambak tanah baru. Itu pon tak cukup lagi 6 beg. 

Siap merumput, Diego kembali ke dalam rumah. Bilik air utama dibasuh lengkap. Mangkuk tandas dan sinki disental. Lantai digosok. Dinding diberus. Entah berapa bil air nanti gamaknya. Diego berharap boleh perpanjangkan kes membasuh bilik air kedua, tapi harapan tinggal harapan. Lapar tak makan malam lagi dan letih wei. Diego merasa sudah cukup memenuhi objektif beliau untuk minggu ini dengan ketiadaan anak-anak dan isteri. Tinggal satu bilik khazanah yang belum sampai kudrat untuk disetelkan. Semangat berkobar-kobar Marcia sahajalah menjadi harapan untuk bilik khazanah itu disetelkan. Bukan saja-saja Diego buat semua itu. Semuanya sudah dipesan Marcia adala 2-3 bulan yang lalu. Kini baru berkesempatan. Sebelum ini, lebih kepada mengambil kesempatan. Heheh. 

Cerita ini tidaklah mempunyai skrip-skrip bertutur untuk orang perempuan dengar terus cair. Orang lelaki dengar terus muntah berdarah. Sebabnya, tidak semuanya hanya yang indah-indah sahaja dalam perkahwinan.

Perempuan idaman hati mungkin cantik dimata tapi busuk dihati. Lelaki idaman hati mungkin baik berkata-kata tapi malas bebal macam kayu balak.  

Tidak hari-hari kau boleh bagi bunga ros merah untuk menghargai isteri kamu. Tapi hari-hari kamu boleh bagi tangan kamu untuk meringankan beban beliau. Sebab ros merah bila layu, banyak jugak habuk nak kena sapu. 

Tak perlu kaya dan lengan berotot untuk tolong melipat baju. Tak perlu kata-kata mesra pengubat hati untuk membasuh pinggan dan membuang sampah. Muka hensem tak berguna kalau tak boleh nak menukar lampin anak serta membasuh berak. Inilah realiti sebenar dalam Sinetron Dramalova - Diego & Marcia. 

Rabu, Mac 09, 2011

Sinetron Dramalova #34 - Hensem

Satu pagi aman damai, elok-elok Diego tengah tersangkut di dalam kesesakan lalulintas. Eh, tak sesak la. Kereta banyak je nak lepas susur keluar.

Henpon champion pon berbunyi. Jarang sangat la henpon ni nak berbunyi. Silap-silap, sehari tak berbunyi pon. Yelah, tinggal isteri tersayang sorang je rajin nak menelepon atau menghantar pesanan ringkas. Tu pon kekadang tak berbalas mengikut spesifikasi yang diharapkan.

"Hello, abang, tak sampai ofis lagi ke?" Marcia yang menelepon bertanya.

"Ha'ah, tak sampai ofis lagi, sangkut kat jalan keluar haiway." jawab Diego.

"Ayang tengah tengok Saprah ni, just nak cakap, Bill Gates tu tak hensem langsung" Marcia mengkomplen.

"Hahah, dah tu?" Diego bertanya pula.

"Yelah, dia kan orang femes, kaya gile, tapi tak hensem, gaya pon selekeh!" tambah Marcia lagi.

"Dia kan orang komputer, memang la serabai, cuba tengok Mark Zuckerberg plak" Diego merasional. 

"Mamat tu dah tengok dah, serabai juga. K lah, nak cakap tu je" Marcia mengundur diri.

Diego jawab pula dalam hati untuk diri sendiri.

Yelah, orang yang tak femes, kurang berduit dan berijazah kejuruteraan je hensem, segak dan bergaya. Cemana lagi Marcia nak menilai hensem kan, mesti la dari contoh yang terdekat. Hensem juga Diego rupanya. Hahah.

Jumaat, Disember 03, 2010

Sinetron Dramalova #33 - Positif

Marcia dan Diego baru sahaja dalam perjalanan pulang dari menghantar Mek Muna. Ibu mertua Diego, ibu kandung Marcia. Yang datang dari jauh, 12 jam lebih perjalanan dengan kereta berkuasa kuda dari Roraima seminggu yang lalu.

Gila tak gila Mek Muna menempuh perjalanan itu, tidak perlu diperpanjangkan. Langsung sahaja Mek Muna memfire.

"Anton, kalau gaji setakat lebih seribu-dua ribu tapi duduk jauh di Rio de Janeiro macam gini dari Roraima, mek tak akan datangnya. Biarlah gaji kecik pon. Tapi jauh bebenar rumah dengan tempat kerjanya. Lenguh abis bontot nak tunggu sampai" ujar Mek Muna panjang lebar kepada anak menantu keduanya, Antonio.

Antonio hanya tersengih. Dia memang kerap berulang alik dari Roraima ke Rio. Hampir tiap minggu pasti balik ke sana. Sama ada memandu, menumpang atau naik bas. Janji balik. 

Antonio dan isteri serta 2 orang anak memandu kereta sama jenis dengan Diego membawa Mek Muna dari Roraima untuk melihat-lihat rumah baru Marcia dan Diego, pada masa yang sama turut membantu Marcia mengemas (biasalah, apa lagi kesukaan Marcia kan) sebab baru sahaja pindah dan bersalin anak ketiga. Mek Muna memang banyak membantu dalam menjaga bayi dari mengemas.

"Kalau pegi ke Sao Paolo, sekali je kita jumpa pokok kelapa sawit. Tapi nak pergi rumah kamu Marcia, 2-3 kali jumpa pokok kelapa sawit pon tak sampai-sampai lagi. Jauh la rumah kamu" Mek Muna mengomel masa dalam kereta ke rumah Antonio.

Seminggu Mek Muna di rumah Diego dan Marcia, banyak pelajaran, tauladan dan pandangan yang semuanya ada makna penuh tersirat berselirat. 

Kembali kepada Diego dan Marcia yang masih berada di dalam kereta dalam perjalanan pulang ke rumah. Sebab hantar Mek Muna sampai ke rumah Antonio sahaja. Antonio akan pulang ke Roraima keesokan hari selepas kerja. bersama Mek Muna. Memandu kereta. Menempuh lagi 12 jam perjalanan dari petang bawak ke dinihari. Sekali lagi la Mek Muna akan menahan diri dalam kereta yang azab lamanya. 

"Kalaulah ayang buat buku tentang pesanan pantang larang Mek Muna, penuh satu buku dia punya pantang larang, konfem laku punya buku tu". Marcia mengomel memecah bicara.

Diego diam.

Dalam pikirannya hanya melayang terus mencari punca, sebab dan pengajaran yang boleh didapati dari sesi seminggu bersama Mek Muna. Mek Muna orangnya sangat berhati-hati terhadap persekitaran. Sangat prihatin tentang persepsi orang. Sangat konservatif dan tiada dasar terbuka. Sangat menjaga imej di mata orang lain dan sangat takut terjadi apa-apa. Intel Processor beliau akan terus memproses segala input kepada 'the worst case scenario' dahulu. Semua input. Tiada yang terlepas dan terkecuali. Melainkan input yang boleh menjadi kelebihan di pihaknya. 

Intel Processor itu hanya ada output berdigit 0 di dalam program beliau. Tiada digit 1 di dalam matematik get-logik-go-no-go Intel Processor beliau. Boleh kata semua input akan menghasilkan output no-go atau nombor 0.

Mek Muna sanggup untuk menolak ajakan ke JUSTUKOR semata-mata kerana JUSTUKOR tidak mempunyai eskalator bercerun landai. JUSTUKOR ada hanya eskalator bertangga berbelang kuning. Belang-belang kuning bergerak dan tangga turun naik akan membuat mata Mek Muna berpinar dan Mek Muna akan terkaku. Sampai ke sudah Mek Muna tak akan melangkah naik eskalator itu. 

Mujur Diego dan Marcia memang berhasrat untuk ke TESKOR. Di sana memang eskalatornya landai naik dan turun. Kalau tidak, Mek Muna berasa lebih selamat untuk tunggu sahaja di parkir kereta. Dapatlah Mek Muna melihat-lihat barang di TESKOR. Itu pon dengan langkah yang penuh hati-hati dan sentiasa bersiap sedia.

Seminggu bersama, memang banyak pengajaran yang boleh dipelajari sebenarnya dari sesi bersama Mek Muna. 

Yang paling penting untuk disimpulkan dan berguna untuk perkongsian bersama adalah ambillah segala input sepositif mungkin dahulu dengan bersangka baik dan berusaha untuk berbuat yang terbaik. Wajah kita akan sentiasa tenang dan tiada kerut-kerut kegusaran.

Kemudian cubalah segala input baru dan nikmati kesenangannya. Bukan menolak untuk menerima apa-apa pembaharuan yang lain dari rutin hidup kita. Selagi tak cuba, kita tak akan tahu. Selagi tak tahu, kita buntu. 

Mek Muna mungkin bukan orang yang punya banyak madah ilmu atau perpustakaan pedoman hati. Tapi hidupnya itu adalah pengajaran berguna yang perlu dipelajari dan diperhalusi. 

Isnin, Oktober 04, 2010

Di Belakang Pagar Berkarat Sinetron Dramalova

Kali ini wartawan gosip berjaya menyeludup masuk ke dalam rumah kediaman Diego dan Marcia yang femes itu. Tujuannya untuk menyelami apakah rahsia mereka sehingga rumah dan tangga rumah mereka masih lagi seperti rumah dan tangga. Rumah inilah di mana semua plot cerita dan kisah Sinetron Dramalova telah berjaya dikisahkan.

Ini shoot yang berjaya dirakamkan.







 
Dari lensa kamera cikai wartawan ini, dapat disimpulkan bahawa rumah dan tangga (err, rumah mereka setingkat sahaja, yang ada hanya tangga lipat aluminium) Diego dan Marcia adalah seperti rumah dan tangga orang lain juga. Tiada langsung yang istimewanya segala perhiasan mahupun hiasan dalaman rumah mereka itu. 

Melihat dari segi perabot dan peralatan rumah pula, dapat dilihat yang mereka juga di bawah kelas masyarakat pertengahan. Ketinggalan sedikit pon ada. Tv kaca berwarna mereka masih berfungsi sebagai Tv walaupon bukan 4C, LED, LCD mahupon Plasma. Ini mungkin atas dasar selera menonton Tv yang belum habis bayar mungkin tidak berapa sedap jika dibandingkan dengan Tv milik sendiri.

Dari segi kejuruteraan rumah pula, suis lampu dan plag dinding di atas mencerminkan kejuruteraan tahap tertinggi yang menggunakan kos paling minimum telah diaplikasikan mereka. Tidak perlu diupah kontraktor atau perlukan ijazah keelektrikan untuk kejuruteraan pendawaian sebegitu. 

Sikap ingin membaca juga dilihat sangat tebal di dalam keluarga ini, ini jelas kelihatan di mana rak suratkhabar merangkap rak Tv mereka hampir runtuh akibat menanggung beban yang melebihi had. Entah berapa ribu suratkhabar sudah silih berganti di situ sejak 5 tahun yang lalu hingga boleh menyebabkan kerosakan sebegitu. (
Sebenarnya, Diego melunjur letak kaki pada rak tersebut hingga hampir patah
).

Dinding rumah mereka hanya ada 1 jam dinding. Itu pon ihsan dari hadiah perkahwinan. Tiada ciri 'desinger' langsung jam tersebut. Tapi jam tersebutlah isyarat masa mereka sekeluarga tatkala menunggu cerita CSI di Tv mahupon waktu berbuka. 

Dinding itu juga berjasa sebagai penanda aras ketinggian untuk anak-anak mereka ketika mereka membesar. Itu pon tanpa skala mahupon tahap ketinggian berunit SI. Agak primitif ukuran sebegitu. Selain dari itu, sifat ingin melukis juga ditonjolkan dengan jelas oleh anak-anak mereka di dinding itu. Berjasanya diding itu kepada mereka sekeluarga.


Walau apa pon, itulah rumah mereka dan itulah kehidupan mereka. Tidak perlu rasa iri hati, sakit hati, kecil hati mahupon gusar hati dengan tahap 'kemewahan' yang mereka ada. 

Senang cerita, Carlos rumah sebelah lagi kayalah. 


Notakaki : Err, kepala katil tu, kenapa tinggi sebelah? Patah ke? Heheh.

Sabtu, Oktober 02, 2010

Sinetron Dramalova 32 - Jatuh Cinta Lagi

"Tiada yang dapat menandingi perasaan lega bila mendapat khabar isteri selamat bersalin tanpa apa-apa kesulitan dan halangan, tambahan pula dengan diri sendiri tidak dapat berada disisi untuk memberi sokongan moral"

Ahad jam 1 pagi. 


Hari yang sama Marcia masuk wad untuk bersalin, Diego masih di rumah Taman Universal. Dari malam sampai ke pagi tak tidur. Sibuk mengemas semua barang rumah dari sekecil-kecil sebentuk skru sampai la ke sebesar almari dua pintu. Semua dia setelkan sendiri seorang diri, yang mana perlu balut bungkus suratkhabar dia setelkan. Yang mana kena isi sama kotak supaya senang nak cari semula, dia kotakkan. Yang mana yang dia buntu nak pek macamana dan dengan apa, tinggal dulu.

 Pemuda berpandangan jauh mesti punya perancangan.

Walaupun bilangan cawan, pinggan, gelas, mangkuk, bekas seramik segala macam ihsan hadiah perkahwinan ada yang sudah disedekahkan, tapi ada juga yang masih menjadi simpanan sebab sayang, jadi banyak la yang perlu dibalut kertas supaya tak pecah dalam perpindahan. Kalau set itu berbentuk 46 pcs? Maka 46 kali lah sesi pembalutan perlu dibuat. Kalau 2 minit diperlukan untuk setiap pcs?  Tak ke sejam setengah lebih untuk satu set sahaja? Kalau ada 8 set? Mujur la ada 1 set je yang 46 pcs. Hahah.

Ye. Begitulah proses berpindah yang dah banyak kali sangat Diego rasa dalam hidupnya. Tapi kali ini, Diego yang nak pindah, bukan ikut keluarga pindah rumah. Jadi segala pengalaman lampau adalah penenang hidupnya ketika memandang jam tangan yang terus berdetik menjelang siang sebab dah janji dengan orang lori. Jam 9 pagi depa nak mai angkat.


Perasaan cemas adalah ganda dua. Cemas takut tak sempat siap kemas barang nak pindah, ditambah pula perasaan cemas sebab Marcia dah di wad hospital hanya menunggu masa dan tanda nak masuk bilik bersalin. Kalau tiada tanda, akan dimasukkan ubat pemangkin. Sakit woo orang kata.


Disebabkan ini masuk hari kedua Diego berperilaku tak tidur malam, masuk je jam 3 pagi. Diego rasa mual. Terus muntah takde belas ihsan isi perut menu makan malam tu. Muntah semuntah-muntahnya. Sampai esofagus mendapat lelesan dan luka sebab geseran melampau isi muntah yang keluar. 


Dalam hati, Diego dapat merasa yang itu tandanya. Tapi hati buat-buat biasa. Marcia pon buat biasa je bila dengar Diego muntah. Kurang tidur mungkin katanya. Sebenarnya, Marcia sendiri pon sedang bergelut. Sakit-sakit 'contraction' mula kerap datang. Marcia sendiri dah merengkot dan mengeluh tiap kali sakit itu datang. 

Sama-sama terus menumpukan perhatian pada kecemasan yang ada dalam diri masing-masing. Tiada lagi sms lepas je dari itu. Diego terus tekun membalut barangan kaca. Sambil layan radio Sensasi Selatan. Layan.


Datang satu sms dari Marcia dalam pukul 5.52 pagi. 


"Ayang dah masuk labour room. Ayang minta maaf zahir batin na. Doakan ayang selamat bersalin dengan mudah"

Diego baru baca dalam 3 minit kemudian. Sebab tengah ralit membalut cawan masa tu. Lepas je baca, sepantas kilat Diego membalas mengucapkan selamat dan mudah-mudahan semuanya selamat. Tapi tiada balasan semula.

Dari detik itu, dengan sms yang sebegitu, se-cool mana sekalipun Diego, tidak akan berapa cool sangat untuk menghadapi detik-detik yang macam itu. Bermacam-macam kebarangkalian boleh terjadi. Macam-macam dugaan dan rintangan boleh datang. Dan kedudukan geografi dalam detik yang sebegitu menyebabkan kuasa manusia amat terbatas. Se-super hero mana sekalipun, konfem tak dapat nak membantu untuk hal yang sebegini. Hanya satu yang masih manusia boleh lakukan. Berdoa. 



Diego setelkan Subuh dan berdoa agar semuanya berjalan lancar. Disebabkan masih risau dan kacau, Diego tak dapat teruskan kerja mengemas. Diego menghadap laptop. Dan terlena. Risau la sangat. 

Diego terjaga dalam 20 minit kemudian. Kerja mesti disiapkan. Lori yang datang bukan boleh nak tunggu kita bersiap mengepek. Diego terus bersila semula menghadap barang kaca yang perlu dibalut lagi. Henpon masih sunyi tanpa apa-apa perubahan. 


7.30 pagi, henpon Diego berbunyi. "TENGELU GELU NGELU GELU!" 


Terus dicapai telefon dan menjawab. Alhamdulillah Marcia yang menelefon dan semuanya selamat. Lega rasanya. Bayi lahir 7.02 pagi. Lelaki. 4.4kg. Putih kemerahan. Bulat. 

Marcia bersalin normal. Masih misi yang sama ketika Rodriguez dan Pablo dulu yang menjadi pendorong Marcia untuk meneran. Misi itu juga masih kenal Marcia sebab dalam banyak-banyak ibu-ibu yang tengah cemas nak meneran, bila disuruh untuk teran oleh misi-misi, kebanyakannya marah balik misi atau meninggi suara dengan misi. Marcia pula boleh tarik napas dulu, kemudian bertanya balik pada misi. 

"Nak teran tu macam mana?" Sebab tu misi dapat cam Marcia. 


"Ehh kamu ni, anak yang ketiga pon tak reti nak teran lagi?" Misi tanya balik. 

Mujur misi tunjuk juga cara untuk Marcia teran yang panjang tanpa renti dan apa yang perlu dia buat. Jadi bila datang contraction yang kemudian itu, dengan sekali teran yang panjang, lepas la bayi sampai paras bahu. 

Jadi, ini adalah kali yang berapa ratus juta kali mereka jatuh cinta lagi.

Kali ini untuk MUHAMMAD AYMAN AMANI.


Putih dan pipi lempam, mesti la macam abahnya. Hahah.

Ok, cerita Marcia dah setel. Tapi cerita Diego nak berpindah seorang diri baru nak bermula. Mujur selepas mendapat khabar dari Marcia, semua perasaan sudah menjadi cool. Kini tiba masa Diego pula menjadi watak utama cerita ini. Watak hero yang terrer dan cool.

Yang pertama sekali Diego buat adalah mengsms semua ahli keluarga untuk berita gembira ini. Telepon mom & pop. Kemudian sms brader lori, suruh datang lewat pukul 9, sebab barang tak siap kemas. Kemudian baru menyetelkan segala urusan pengepekan dengan kadar yang lebih pantas lagi efisyen. 



Secara ringkasnya, Diego sempat mandi tukar baju sebelum lori 3 tan datang rumah. Tapi tak gosok gigi sebab bukan ada apa efek pon. Yela, tak tidur maka tiada tahi gigi. Nafas pon masih segar. Hahah. 

Urusan angkat naik lori setel kurang dari sejam. Urusan angkat turun dari lori berlalu dalam sejam lebih. Dalam 12.30 dah selesai. 


Diego balik semula ke rumah lama. Sapu segala habuk dan buka balik segala poster ABC, 123, Alif Ba Ta, pastikan tiada sebentuk sampah pon ditinggalkan, kemudian mula mencangkul pokok bunga Lili kesayangan dan sedikit rumput kapet untuk dipindahkan ke rumah baru. Ini selesai dalam jam 3 petang. Laman yang berbekas macam rupa di sabotaj dibiarkan sahaja, dulu tuan rumah ni tak bagi tanam pokok mangga, jadi kali ni pokok bunga yang dijaga elok ni memang wajar digali balik la.


Lepas serah kunci pada jiran selang 3 rumah untuk diberi pada penyewa seterusnya, Diego baru mencari nasi. Mujur ada lagi kedai jual nasi dekat nak masuk petang itu. Memang dah terasa macam membuat kerja berat di bulan puasa. Nasib tak pensan merata-rata je. 

Balik dari makan nasi, singgah semayang di stesen petrol dalam perjalanan balik rumah. Sampai rumah, bukak plastik yang ada bantal, kunci alarm henpon dan lena sampai jam 7 malam. Itu pon bangun seperti tak reti nak kena buat apa kena bangun jam 7 malam ini. 


Selepas itu, sesi mengemas beg dilakukan, segala barang yang dipesan dipastikan masuk dalam beg. Semua urusan setel. Termasuk menggosok set baju dan seluar pakaian kerja untuk hari Khamis nanti.


Jam 9.15 malam, Diego dah berada di perhentian bas untuk naik bas ke kampung Marcia. Rintangan seperti membawa motor tapi beg jatuh tertinggal kat belakang sebab salah ikat, merintang angin dengan kelajuan 80km/jam tapi EX5 sebelah lagi laju, kereta banyak dan trauma untuk berada di antara dua lane serta penujuk takat petrol motor yang menggangu perasaan sampai kena berhenti pam minyak dulu sebelum meneruskan perjalanan semuanya sudah ditempuhi dengan jayanya.

Peluh jantan mula keluar bila tengok balik di sisi teket, jelas lagi besar teket tu tulis 9.00PM untuk perjalanan dari Rio de Janeirio. Jam dah 9.25 malam dan tiada kelihatan bas yang di nanti. Adakah ia sudah terlepas? Sudah. 


Mujur sebagai hero, menda-menda musibah ni susah nak lekat, selepas setel Diego telefon ketiga-tiga nombor yang ada dalam teket itu tapi sorang pon tak angkat. Lepas tekan je butang merah di henpon, bas yang dinanti pon tiba dengan bergaya sekali. Syukur.


Ayman, Ammar, Aqil... abah datang!

Rabu, September 15, 2010

Sinetron Dramalova 31 - Jalan

Jalan kalau ada pikap 4x4 redah hutan


Suatu petang yang hening. Diego menghantar 1 sms berbunyi lebih kurang begini kepada Marcia yang masih sarat di kampung.

"Kalau kita redah jalan kaki dari hutan belakang Taman Universiti kat Jalan Penyiaran tu, dalam 4km je, kita boleh sampai rumah Pulai Indah kita. Hehe"

Tapi sebab kerajaan buat jalan elok-elok siap tiang lampu serta pembahagi jalan, makanya 14 km jugak la nak berulang alik bawak tv, meja, kerusi, tikar, tilam, rak kasut serta pasu bunga dan banyak lagi nanti. 

Buat masa sekarang, Diego masih berkira-kira nak langgar je hutan tersebut atau mengikut peraturan jalan raya. Jenuh juga nak berulang alik. Mengepek (packing) barang pon ala kadar jela, bukan jauh sangat pon.


Jalan yang mematuhi peraturan jalanraya

Selasa, Julai 13, 2010

Sinetron Dramalova 30 - Teka Situasi

Dah Sinetron Dramalova edisi ke-30. Kamon la kawan-kawan, begitu aku berisktikhomah untuk meneruskan siri ini tanpa segan silu serta tidak memikirkan padah dan akibat setiap siri yang membuka jerawat di badan, tapi komen tak sampai 15? Heheh.

Mulai hari ini, aku tukar nombor ROMAN dalam siri SD kepada nombor biasa, sebab bila banyak sangat XXX, bak kata Ahmad S, dah macam cerita katil dan tilam plak.  Hilang selera dan napsu pembaca yang teruja membaca tajuk cerita ini dan mengetipnya tetapi ceritanya hanyalah cerita jiran tetangga sahaja. Baca Mastika lagi asyik, kata mereka. 

Tanpa berlengah lagi, mari kita ikuti kisah Diego dan keluarganya untuk edisi kejutan ini. Siri ke-30 mestilah sepesel.

Seperti 2-3 minggu sudah, minggu lepas adalah lagi satu minggu yang mana di dalamnya ada minggu ulang tahun kelahiran anggota keluarga Diego yang perlu disambut. Diego sudah serik untuk merancang yang mewah-mewahan, grand-grandeuren, berlebih-lebihan. Takut ada yang tersalah anggap lagi,tambahan pula, jiran-jiran masih lagi mengata tak habis tentang perancangan majlis yang menyusahkan mereka keluar masuk kereta sebab habis semua jalan kena katup dulu, tapi tak jadi pulak.

Kali ini, 3 hari sebelum hari kejadian Diego sudah mula merangka-rangka. Tiap kali balik dengan kereta lajunya, Diego semakin mengagumi minyak pelincir Mobil 1 15w-50, petrol Esso Synergy 3000 dan tayar Michelin Premacy LC 195/55R15 subsidi kompeni yang baru diperolehinya. Perjalanan makin sedap lagi lancar, laju dan boleh pergi jauh betul. Tak ada Lancer pon takpe. Bak kata pepatah negara Brazil, kalau nak tahu empunya kereta itu kaya, tengok minyak pelincir mereka. Ok, tamat sisipan iklan. 

Setiap kali berfikir dan berfikir dan berfikir lagi, makin banyak idea dan cambahan ilham yang diperolehi oleh Diego untuk sambutan majlis ulang tahun kelahiran Marcia. Marcia akan memasuki umur ke-31. 

31 tahun bukan umur main-main dah lagi, umur yang memerlukan agenda, perancangan, keseriusan serta plan jangka panjang untuk menjadi orang tua yang berhemah, berhikmah serta boleh menjadi tempat rujukan. Ini bukan lagi umur untuk main-main cakap selindung, bergosip tak tentu hala, buat perangai macam budak tadika malahan tidak larat lagi untuk menanggung perangai-perangai yang tidak cukup dewasa seperti mengkompare siapa yang lagi kaya dan siapa yang lagi istimewa, anak sapa yang lagi spesel mahupun berapa urat gelang ditangan. Ini umur untuk sedap-sedap mendaftar diri untuk menempah tiket pergi haji.

Dengan segala keseriusan, Diego teruskan berfikir. Sampai terselit satu lirik lagu.

"Satu hari berfikir, Sebulan pun masih pikir, Bila dah bosan fikir, tak jadi fikir!" 

Lagu dari kumpulan Aboi - Belum Cuba Belum Tahu. Selingan lagu memang biasa untuk sesuatu drama.

Mengambil kepada unsur moral yang terselit di dalam lagu Aboi itu tadi, Diego bertekad. Kali ini, buah pikirannya akan dilaksanakan. Akan tetapi sungguh banyak buah pikiran yang telah dihasilkan sehingga tak tahu yang mana satu boleh dilaksanakan tanpa kompromi.

Buah Pikiran # 1
Beli bunga ros merah sekuntum. Gigit tangkainya sewaktu membuka pagar rumah semasa balik dari kerja. Lepas tu sengih macam dalam cerita Adamaya. Sanggup ke? Apa kata jiran-jiran nanti?

Buah Pikiran # 2
Bukak website online kedai bunga, order sejambak bunga yang harga minimumnya RM100. Suruh kirim ke rumah sewaktu Diego masih dipejabat. Tapi bentuk jambangan, rupa, kaler, berapa bilangan kuntum, tak tahu mana satu yang sesuai.

Buah Pikiran # 3
Kerat kertas-kertas terguna yang cantik dan buat kad hari lahir yang begitu abstrak. Kalau sempat, buat kasik jadi timbul-timbul.

Buah Pikiran # 4
Buat-buat tak da apa apa terjadi pada hari itu. Yang ni paling senang.

Buah Pikiran #5 
Makan malam ayam panggang bersama anak beranak. Err, sedap jugak.

Buah Pikiran #6
Beli gelang tangan seutas. Atau rantai leher. Bentuk apa yang dia suka, tebal mana, saiz apa, kaler apa. Tanya pada penjual kat kedai emas nanti. Err budget ada ke?

Buah Pikiran #7
Beli kek, tiup dan makan ramai-ramai kat rumah. Kaler kek, perisa kek, bentuk kek, semua bergantung kepada selera masa masuk kedai kek nanti.

Buah Pikiran #8
Beli bunga ros dikedai bunga. Berapa kuntum dan kaler apa, nanti pikir kat kedai. 

Buah Pikiran #9
Buat kad, suruh Rodriguez yang tulis. Atau cop je jari Rodrizguez dan Pablo atas kad. Tapi kene tunggu depa lena.


Buah Pikiran # 10
Tulis blog, atau ucapan di FB atau SMS di tengah malam ketika Marcia tengah lena tidur. Supaya bila dia mangkit nanti baru dia baca.


Buah Pikiran #11
Buat kejutan. Apa-apa jenis kejutan jela. Janji terkejut. Pilih je memana buah pikiran yang di atas. 


Lagu Aboi kembali terngiang-ngiang di dalam kepala Diego. Kali ini lebih kepada pernyataan terakhir. 


"Bila dah bosan pikir, tak jadi pikir". Argh cemana?


Ok, disebabkan cerita ini bertajuk "Teka Situasi". Jadi pepandai la hangpa meneka situasinya dan mengolahnya mengikut kesukaan hangpa semua. Sekian. 


Selamat Hari Ulang Tahun ye Marcia. Semoga apa yang dicitakan saudari tercapai hendaknya. Mmmuahh dari kami..!


 Gambar Hiasan - Kanak-kanak memang suka sambut hari ulang tahun. Sebab ada kek!


Sabtu, Jun 26, 2010

Sinetron Dramalova XXIX - Majlis Besday

Disebabkan ini majlis ulang tahun kelahiran anaknya yang sulung yang sudah memasuki empat tahun, Diego merancang untuk mengadakan majlis yang besar-besaran.

Jemputan adalah untuk seluruh taman Universal untuk datang ke rumah makan kek. Jalan Glory 35, Jalan Glory 37 dan Jalan Glory 33 semua ditutup untuk laluan kereta bagi mendirikan khemah buat semua jemputan yang datang.

Tempahan kek adalah setinggi 4 tingkat, untuk menandakan 4 tahun, manakala lilin cukup la 1 buat dapat feel tiup lilin. Yang lebih penting adalah baca Bismillah sebelum makan.

Di hari siang pula, sekolah Rodriguez diberi jamuan makan. Bihum goreng dengan goodie bag setiap sorang. Dalam goodie bag letak Ultraman sorang satu, kaler biru, merah dan kuning. Sapa berebut nak kaler kuning pandai-pandai la ejas sendiri. 

Balik dari sekolah, Rodriguez dah siap-siap pakai smart. Tunggu Diego balik dari kerja. Walau pon jemputan ramai, tapi hari sekolah dan kerja, tetap kena pergi sekolah atau kerja. Itu tanggungjawab. Majlis ni fardu kifayah je. 

Hadiah pula kene yang besar, banyak dan boleh dimainkan secara pelbagai. Disebabkan Rodriguez tak sabar untuk menyambut hari ulang tahun kelahirannya, jadi 3 hari sebelum majlis lagi dia dah dapat hadiah mainan yang diidam-idamkan beliau. Beli terus 2 set supaya  tak berebut dengan Pablo. 

Jiran-jiran dan semua seluruh Taman Universal telah digembar-gemburkan tentang majlis ini supaya kelihatan lebih meriah. Jadi ramai yang tertinjau-tinjau tentang persiapan segala macam majlis ini. 


Akan tetapi, Diego hanya boleh merancang. Tuhan yang menentukan. 

.

.
.
.
.
.
.
.


Majlis sambutan hari ulang tahun ke-empat Rodriguez disambut secara sederhana semalam. Ditemani Abah, Tok, Mak Su dan Pablo. Marcia ada urusan tandatangan surat-surat penting di Roraima jadi tidak berkesempatan bersama. Tapi kek tetap disimpan buat dapat feel makan kek hari lahir.

Gambar Hiasan - Seorang kanak-kanak kelihatan begitu kembang hidungnya untuk meniup lilin.


Khamis, April 22, 2010

Sinetron Dramalova XXVIII - Simpanan Rahsia

Babak 1 

Diego baru balik dari kerja. Lepas letak beg Targus, terus terpandang satu surat. Surat pos berdaftar. Jenis kalau posmen tak jumpa tuan punya, letak kad merah suruh kutip di pejabat pos bahagian bungkusan. Tapi sebab Marcia juga berkerja sebagai penyeri rumah tangga sepenuh masa, Marcialah yang mewakili Diego bila posmen men'pim-pim'kan hon motosikalnya semasa ingin menyerahkan surat pos berdaftar itu di pagar rumah.

(oh, tak sangka boleh tulis perenggan macam di atas).

Surat itu sedikit luar biasa dari biasa. Selalu-selalu, surat itu datang dengan pos biasa. Jenis posmen hantar tak sempat nak bertentang mata, dah lesap. Diego tengok, surat sudah terbuka. Walau jelas terpampang nama tuan punya adalah Muhammad Diego, ada juga tangan gatal yang namanya tak berbunyi Diego langsung yang nak membukanya. Eksaited mungkin. 


Surat itu berbunyi lebih kurang begini.


"Tuan, agak-agak kalau free dalam 14 hari dalam dari tarikh surat ini, datang la ke pejabat gua. Rumah setingkat luas macam kolam renang saiz Sukan SEA lu dah siap, kitorang dah buat chanteek punya, kunci dah boleh amik. Tapi jangan lupa 'bank-in'kan dalam Rs1.2 juta sebagai upah balance ye, gua nak bayar loyer dengan setel down-payment kontraktor rumah 2 tingkat depan tu pulak,  Bolivian pun dah ramai yang nak mintak gaji naik"

Darah mula menyirap. Diego agak bengang dengan surat tersebut. Ini telah menyalahi perjanjian dan persetujuan asal. Diego mula berkira-kira, janji asal pemaju rumah adalah dalam tempoh pertengahan tahun 2010. Ini masih lagi 2 bulan sebelum tengah tahun 2010. Kenapa dah siap sekarang? Awal lagi bukan?


"Hah, abang dah baca dah surat dari Yong Tau Hu Konstruksion tuh? Cemana?" Marcia yang baru masuk ke bilik seraya bertanya. 


"Tak tau la, nak kena tanya bank dulu la, dorang dah bayar ke belum ke apa ke" Diego menjawab sambil meneruskan agenda bersolat Asar. Hatinya tersenyum.


Babak 2


Diego masuk ke dalam bilik dokumen-dokumen, buku-buku, kotak-kotak, album-album, kertas-kertas, fail-fail, surat-surat dan rak-rak. Bilik ini sengaja disusun supaya tidak teratur sangat dan tidak mematuhi sistem persijilan ISO kerana ia adalah tektik samaran. Kalau-kalau ada tetamu yang terjenguk bilik ini, pasti mereka buat-buat macam tak jadi masuk atau tersalah buka pintu. Kadar persepahan bilik ini adalah setanding dengan keadaan rumah-rumah yang pernah masuk rancangan Aduan Rakyat.

Bilik ini sebenarnya sangat sulit. Sangat sulit kerana ianya menyimpan pelbagai misteri, rahsia, dokumen berklasifikasi yang boleh menyebabkan terbongkarnya segala latar belakang keluarga Diego. Antara dokumen misteri yang boleh menyebabkan histeria bagi penemu dokumen adalah satu dokumen ini. 


Dokumen itu berada di dalam satu fail biru tebal. Kertasnya agak murah, berwarna hijau dengan tulisan cetak komputer hitam tanpa warna lain. Font tulisannya bukanlah pilihan utama bagi pereka grafik bercitarasa tinggi. Tetapi dokumen itu mempunyai butir-butir seperti berikut.

Sijil Penyertaan
Pertandingan Gigi Cantik 
Peringkat Daerah Amazonas/Bandar Baru
Muhammad Diego


Dokumen tersebut sungguh misteri sehingga hari ini. Percayalah. 


Kelihatan Diego tanpa seurat benang dari paras abdomen ke atas sedang bersila dan meneliti pelbagai dokumen di dalam bilik DdBbKdAaKkFfSsRr. Kertas-kertas berlogo pelbagai syarikat, organisasi dan badan-badan berkanun berserakan. Mesin kira-kira elektronik merangkap telefon gengam Diego berada di tangan satu lagi. 


Diego menekan-nekan nombor di mesin kira-kira elektroniknya, seakan-akan sedang membuat kira-kira tambah/tolak. Nombor-nombor besar berdigit lebih dari 5 angka memang susah sikit nak buat congak atas angin. Satu kertas putih dicapai dan dicoret-coret angka-angka tersebut. Kening Diego berkerut-kerut. Seakan memikir pelbagai penyelesaian dan congakan. Kadang-kadang memandang siling. Kadang-kadang mulut terkumat kamit. Peluh mula membasahi belakang dan dahi Diego sebab tak pasang kipas angin dalam bilik.


(kamera mula menyorot ke arah kertas putih tersebut)


BraBank Treats Points - 36,000
BonusLank Points - 3,000
JUSTUKOR Points - 11,000
Total : 50, 000 points.


*agak-agak cukup tak nak redeem dengan kabinet dapur berpenyedut asap?



 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...