Advertlets

Khamis, Ogos 06, 2009

Aku tulis, ko bantah sambil jalan

Pagi ini aku terberbual dengan seorang yang terlibat secara langsung berarak dalam 'perarakan aman' hujung minggu lalu. Ikuti perbualan mengikut tona irama aku sendiri. Sebab kami berbual tidak mengguna BM, jadi tona irama mungkin sedikit berubah.

Kenapa pergi?

Yelah, ini parti saya anjur, saya kene la pergi. Semua event macam tu saya mesti pergi.

Aku tak setuju langsung sebab kene berarak, kalau nak bantah, aku setuju, tapi kenapa berarak? Berarak bukan budaya kita, ini budaya Anwar.

Kami berarak bukannya mengucarkacirkan keadaan. Bila polis datang, baling bom asap dengan sembur air baru jadi kucar kacir. Polis yang mengkucarkacirkan keadaan. Bukan kami. Kami datang, jalan ramai-ramai, pekik segala sahutan yang nak dipekik. Tak kacau sapa-sapa apa.

Tapi kenapa kene berarak? Kenapa tak buat kat stadium? Kenapa kene hantar memorandum pukul 7-8 malam kat istana? Ada ke orang istana nak terima masa tuh? Kenapa tak fax je memorandum itu? Kan senang.

Yelah, kalau pergi pagi ke tengahari ke, dorang bagi alasan meeting la jumpa orang itu ini la, tak ada la, sebab tu pergi waktu tu. Bila berarak baru dorang nak pertimbang, bila tengok ramai orang apa semua datang. Baru dorang sedar. Setakat fax mana dorang nak layan.

Ok, pasal memorandum. Ko pernah tengok memorandum itu? Apa kandungan dia?

Err, tak. Tak pernah.

Ko tahu siapa yang dalam ISA sekarang?

Tak.

Mas Selamat Kastari! Nak disuruh dibebaskan orang macam Mas Selamat Kastari tuh? Kalau kita nak mansuhkan ISA, sapa nak tahan Mas Selamat Kastari tuh?

Err, bukan nak mansuhkan terus ISA tuh, cuma sejak 2 tahun lepas, bila sorang politician dengan wartawan suratkhabar kena tangkap ISA tu, masa tu ISA macam disalahguna.

Dah kalau tak nak mansuhkan, kenapa tajuk demo itu gerakan mansuhkan ISA? GMI? Isu sebenarnya ialah salah guna ISA. Bukan pasal ISA itu sendiri.

Aku rasa nak bagi lagi sebiji dua molotov koktail atau bom asap. Tapi aku rasa nanti aku berlebih pulak. Jadi aku kongsikan aje setakat itu dan cuba alihkan perhatian pada PPSMI supaya dia pulak boleh berhujah panjang.

Sebelum aku karang perbualan yang ini. Aku cuba tulis mende alah ini di bawah. Tapi aku tinggalkan sekerat jalan sebab macam tak kena. Nak baca, baca ajelah. Terkurang sana sini tuh sori naik lori sebab aku malas. Aku rasa perbualan di atas lebih adil, sebab aku berbicara dan mendapat balasan persoalan aku secara terus. Di bawah ini aku terlebih sikit.

***********************

Aku tak boleh tahan tengok 'perarakan aman' untuk memansuh ISA Sabtu baru ni.

Kalau nak aman kenapa kene berarak? Kenapa tak buat kat stadium? Baru la boleh kira berapa ramai. Ini tidak, semua 'pakat' kata 20,000 orang, 100,000 orang, 50,000 orang, macam-macam nombor keluar, semata nak tunjuk ramai. Suratkhabar kata lain, blog kata lain. Lain kali buat kat stadium ye. Senang nak kira. Stadium Darul Aman. Baru aman betul. Ingat ye.

Kenapa perlu nak berarak? Sebab nak mansuh ISA, bebaskan tahanan ISA, tutup Kem Kamunting.
Alasan pertama, aku separa sokong, alasan kedua aku tak sokong langsung, alasan ketiga agak lemah.

Mansuh ISA: Yela, paham anak isteri yang ditahan tak terbela, tiada perbicaraan, tiada disabit kesalahan, zalim. Tetapi, adakah zalim untuk kita tahan orang-orang seperti Mas Selamat Kastari? Ayah Pin? Hindraf?

Mas Selamat Kastari yang merancang nak bunuh penumpang tidak tersabit dosa dengan mengterhempaskan kapalterbang di Lapangan Terbang Singapura?

Ayah Pin yang memporak peranda agama Islam dengan ajaran langitnya ( Notateruskedahi: Ayah Pin belum kene tangkap, tapi kalau kene tangkap konfem dia akan kena ISA)

Hindraf yang derhaka pada negara Malaysia dengan meminta taraf dan hak sama rata dengan orang Melayu? Aku tak paham. Katanya setia pada agama, bangsa dan negara.

Agama Islam diporak peranda, hak bangsa diperah pulas, keselamatan dalam negara terancam. Tetap nak mansuhkan jugak? Dengan polis tak percaya, dengan FRU dimaki hamun, dengan bomba ditipu panggilan palsu, kastam disogok, imigresen dicebik, dah nak mintak sapa lagi pertahan agama, bangsa dan negara?

Sekarang yang tinggal sebagai tahanan ISA adalah dari penyokong fahaman Islam yang telah terpesong dari segi akidah, matlamat dan halatuju, pemimpin dan ahli Hindraf dan pengancam keselamatan dalam negara. Ini yang kita laung, sahut, jerit berbasah baju, berpedih mata mintak tolong dibebaskan? Untuk apa?


6 ulasan:

a z m i r berkata...

aku setuju semua hujah ko. Rata-rata yang pergi anak melayu sendiri. Ini lah kata orang marahkan nyamuk kelambu dibakar. Pemimpin politik yang konon anjurkan tak turun padang pun. Kenapa la nak korbankan diri demi agenda pemimpin yang belum tentu lurusnya? Agenda tersembunyi? Hmm...

d u t a berkata...

+ boleh beremosi +
ermm... ada jalannya tersendiri.. kenkadang sedih bila tengok bangsa sendiri diperbodohkan... dengan dakyah kepentingan peribadi... kalu mansuh ISA pun... dapat ke TOL free lepas ni? dapat ke? argghh... sama je! dah2... mari kita lihat memiliki bangsa yang maju... pandang ke depan. bukan mengeluh dengan setiap perdebatan! kan?

Juan Nazlan berkata...

sangat2 bersetuju.. tapi kebanyakkan yang pergi pun bukan calang2 orang.. engineer2, ceo2, executive2 muda.. pyan habib pun ada! hahaha..

Adam Ruslan berkata...

^semua^

Aku tolong pikirkan je. Entah betul entah tidak. Tapi tak dapat terima orang yang tak mahu berpikir.

shooter berkata...

+ISA+
pendapat aku masih perlu ISA, tapi kene cepat2 siasat tak boleh tahan tahanan ISA terlalu lama tanpa bicara. kalo tak nanti jadi kontroversi. aku tak sokong anwar sebab tax kete moto import mahal. aku terpaksa beli kete dengan harga dua (2) buah kereta yang sama. FISH. jadi marilah jangan membeli kereta buatan tempatan (Off topic)

noorafzan.blogspot.com berkata...

setuju..
sayapun amat x puas hati..
Mmg bukan budaya kite..
memang menyusahkan byk pihak..
hmmm..

memansuhkan ISA akan lebih mengancam keselamatan negara kite sendiri..
wake up man..
fikir2kanla..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...