Advertlets

Sabtu, Oktober 30, 2010

Sembang Sintetik Bersama Diego Amani #3

Seronok juga ada lagi folo up siri ini. Ini soalan dari seorang jurutera JKR pula selepas dari siri #2. En a z m i r. Beliau sangat teruja untuk soalan beliau dijawab. Ini dah lebih, patut aku la teruja menjawab kan? Okeh, kita jangan berlengah lagi kerana masa yang berharga ini kita patut menyelesaikan kerja kita di ofis bukan?


Err.. nak tanya. Betul ke artikel pasal tak perlu preheat engine kereta? Benarkah amalan preheat enjin kereta membazir?

Okeh, soalan ini agak seronok sebenarnya. Seronok yang pertama sebab penggunaan perkataan 'preheat' itu. Preheat ini rasanya lebih sesuai digunakan untuk mesin ketuhar pembakar berbanding dengan enjin kereta. Tapi apakah hak aku nak mempersoalkan penggunaan perkataan orang kan? Janji maksud sampai.

Berbalik kepada konteks asal, memanaskan enjin sebelum memandu kereta adalah soalan utamanya. Aku pernah terbaca juga artikel ini, tulisan panjang lebar dari Pipiyapong, yang kemudian diceduk masuk emel berantai. Jadi jom kita tengok asal usul justifikasi mitos / fakta ini.

1. Enjin sedikit sukar dihidupkan pada waktu sejuk (dulu-dulu punya enjin). Betul.

2. Minyak pelincir pula pada suhu sejuk lebih pekat jadi sedikit lambat dipam ke seluruh permukaan dalaman enjin. Betul.

3. Minyak pelincir perlu meliputi seluruh permukaan dalaman enjin supaya kehausan teruk tidak berlaku sewaktu enjin dihidupkan. Betul.

4. Bila suhu enjin mencapai optimum baru kereta boleh digerakkan. Betul.

 5. Memanaskan enjin membazir bahanapi? Betul. 


Dah semua betul, apa kesimpulannya?


Okeh, di sini disertakan penjelasannya. Ini adalah benar untuk kereta keluaran masakini. Kenderaan masakini mempunyai teknologi enjin yang sudah moden. Semua kenderaan moden ada manual kereta. Dalam manual ini ada menyebut tentang ketika pertama kali memasukkan kunci kereta ke dalam lubang kunci dan memulasnya pada kali pertama (ada 1-2 takak pada semua suis kunci ON & START), ada banyak lampu di papan pemuka yang akan muncul bila kita pulas kepada ON. Untuk Wira, dia suruh tunggu lampu ni padam baru pulas ke START.


Bila kita pulas ke START, baru enjin akan dihidupkan dan semua lampu akan hilang. Untuk kereta Proton (dah kereta Proton je aku pernah bawa secara kerap), ada lampu bersimbol ala-ala kepala paip yang akan muncul dan hilang setelah beberapa saat. Kadang-kadang hilang terus bila dihidupkan. Apakah fungsi dan tanda simbol itu?


Simbol kepala paip itu adalah tanda aras kepada tekanan yang dihasilkan di dalam pam minyak pelincir enjin. Bila tekanan itu stabil, lampu akan padam. Tekanan yang stabil menunjukkan bahawa pam minyak pelincir sudah berfungsi secara lengkap untuk mengepam minyak pelincir ke seluruh permukaan dalaman enjin. Ini juga bermaksud minyak pelincir sudah mempunyai kelikatan yang stabil semasa dipam. 


Jadi, fungsi ON pada suis itu salah satunya adalah menghidupkan pam minyak pelincir. Jadi sebelum kunci dipulas lagi ke START, minyak pelincir sudah pon dipam ke permukaan enjin. Maka perlindungan terhadap kehausan permukaan sudah pon dilakukan oleh minyak pelincir. 

Di sinilah minyak pelincir mineral dan minyak pelincir sintetik menunjukkan perbezaannya. Pelincir sintetik lebih cair pada suhu rendah berbanding mineral, jadi ia dapat dipam dengan lebih mudah berbanding pelincir mineral pada suhu yang sama. Jadi pelincir sintetik lebih baik perlindungan kehausannya berbanding pelincir mineral. 


Penerangan ini menjawab persoalan 1, 2 dan 3. Cuma, persoalan seterusnya, perlu ke kita tunggu hingga kereta betul-betul 'thaw' baru kita menggerakkannya? Kalau gerak juga apa jadi? Kalau tunggu juga, betul ke membazir bahanapi?


Ok. Kalau kita nak mengerakkannya, bagi aku tiada mesalah. Janji bukan dengan pecutan secara mendadak dengan RPM tinggi. Tidak sekali-kali dengan cara menekan pedal minyak 4-5 kali konon-konon kasik enjin lebih lancar pada gear neutral. Ini ialah punca yang menyebabkan kehausan teruk pada enjin. Sebab minyak pelincir belum betul-betul pada kelikatan yang paling baik.


Kalau setakat nak reverse kereta perlahan-lahan keluar garaj, boleh. Kemudian dah kunci pintu pagar, bawa secara perlahan-lahan dengan kelajuan yang sekata dan kalau boleh dengan peningkatan kelajuan yang sedikit-sedikit. Ini tidak memberi apa-apa tekanan pada enjin. 

Masa ini, nak bawa sambil siku terkeluar dari cermin tingkap pon takpa. Boleh la angkat tangan sekali dua pada jiran-jiran yang tengah menyidai baju kalau ada. Pembawaan sebegini yang akan mempercepatkan enjin mencapai suhu optimum. Selain itu, bahan api yang dibakar waktu itu telah memberi sekilometer dua untuk kereta anda. Ia bukan pembakaran bahan api yang sia-sia.


Kalau kita tunggu juga enjin kereta itu betul-betul sampai suhu optimum, itu memang membazir bahanapi secara sia-sia. Sebab masa menunggu itu kita isi dengan makan roti bakar sapu kaya sekeping dua. Tak pon mekap bedak pipi dengan lipstik sampai siap. Tak pon hisap rokok sampai habis sebatang. Aktiviti sampingan semasa menunggu itu sebenarnya lebih lama dari masa enjin nak mencapai suhu optimum. Sebab itu ia membazir sedangkan kita dah boleh bergerak secara perlahan-lahan. 


Jadi aku rasa sudah menjawab soalan ini. Secara turutan yang boleh diterima pakai. Aiseh, aku tak sempat nak menggunakan perumpamaan yang bermotifkan bola. Ini semua salah 'preheat' Heheh. Okeh. Next question please.




Satu lagi, setiap kali servis, aku dapat baki dalam secawan minyak hitam, kalau aku simpan, kumpul lama-lama, ada effect tak? means effect dari segi expiry dan juga dari segi dicampur yang baru dengan yang lama. sayang nak buang..

Err, tiba-tiba aku rasa nak sambung menjawab soalan ini kepada siri seterusnya. Heheh. Kita jumpa lagi dalam segmen seterusnya. Kalau ada lagi kemusykilan, dipersilakan bertanya. 

Aku suka berkongsi secara percuma dan aku suka menulis panjang-panjang yang bersebab. Sebab ia membuat aku berfikir. 
 

Khamis, Oktober 28, 2010

Jemputan Majlis Perkahwinan - Abdul Rahman & Fadhila 7 November 2010

Salam untuk semua yang mengenali dan dikenali.


Saya dengan ini berasa sukacita ingin menjemput rakan-rakan sekitar Lembah Klang yang berkelapangan untuk menghadiri majlis perkahwinan adik saya, Abdul Rahman dan pasangannya Fadhila yang akan diadakan seperti berikut:


Ahad, 7 November 2010, 
Dewan Sri Delima, Kompleks Sukan PKNS
SS7, Kelana Jaya, Selangor


Disertakan kad jemputan dan peta untuk makluman dan perhatian pihak rakan-rakan. Klik untuk melihat imej yang sangat jelas lagi terbaik.







Abdul Rahman merupakan salah seorang watak sampingan yang tak berapa penting dalam slot Sinetron Dramalova di sini, tapi kewujudan watak beliau memperkuatkan lagi penceritaan salah satu siri SD ini, jadi secara tidak langsung mensedapkan siri SD ini. Bagi sesapa yang nak melihat sebuah majlis perkahwinan penuh warna-warni seorang jurutera stesen janakuasa elektrik yang buta warna (kombinasi hijau) bersama pasangannya yang sama cocok, sama padan, marilah meluangkan masa bersama.


Tapi aku rasa, sesi bertemu penulis blog ini lagi penting kot dari majlis ini, maklumlah glemer dan disukai sehingga ke negara Lithuania. Penulis blog ini akan memakai baju melayu leher bertulang belut sedondon kaler hijau seisi keluarga jahitan Ah Soh, kedai jahit Chabang 3 Berangan. Fuh, baju pon ada orang yang jahitkan, glemer la katakan. 


Ahmad Sepawi, Juan Nazlan, Nor A dan Helmi M, harap anda membaca dan boleh melapangkan masa. Untuk geng-geng @Lambaian yang berada sekitar KL pon dijemput hadir. 


Harap sapa yang berkesempatan nak datang, boleh la  bawa seringgit dua buat anak-anak aku  meninggalkan komen dibawah atau sms je aku untuk konfermation. Boleh la aku tertunggu-tunggu. Datang jangan tak datang ye.

Selasa, Oktober 26, 2010

Cerita ringkas - ringkas kait - kait

Adebayor 0 - Arsenal 3..

Amacam Adebayor? Tahun lepas bukan sebab hang terrer sangat pon. Lebih kepada Craig Bellamy laju dan rajin. Tahun ini rezeki tak murah sangat untuk hang. Kena 3 gol tanpa balasan kali ini. Cuak jugak mula-mula sebab tengah minggu sebelum game ni hang boleh kasik 3 gol dalam Europa League. Tapi hujung minggu lepas tak da can pulak hang nak lari seret lutut lagi kan. Kalau ada pon, aku harap ada la yang sempat baling kerusi kali ini. Apa pon, kesian kat hang. 


Semalam yang banyak kemudian..


Semalam punya letih lain macam. Sampai rumah dari opis, semayang Asar, kemudian lena masa tunggu Spotcenter depan ruang tamu, mujur sempat tengok semua ketiga-tiga gol Arsenal. Kemudian semayang Maghrib, kemudian lena balik bila sambung baca paper. Kemudian jaga tengok Spotcenter dah ulang sekali lagi yang pukul 10. Kemudian lena lagi. Mangkit pula dah pukul 12 tengah malam. Masih lagi pakai berbaju kemeja kerja tapi dengan seluar tidur. Sambung baca paper sampai habis. Kemudian bangun makan sebab lapar. Mandi. Semayang Isyak. Gosok baju kemeja esok. Buat kerja opis untuk esok. Dan tidur dekat dah 4 pagi. Kemudian terjaga jam 5 pagi. Entah betul entah tidak, dengar macam bunyi beg beroda disorong ulang alik, lama dan banyak-banyak kali. Disebabkan tak mahu tahu betul-betul mimpi ke betul-betul betul ke, aku sambung balik tidur sampai pagi.

7 biji moto yang hilang..

Minggu lepas dengar cerita dari brader jual burger tepi jalan dalam taman ini, ada 7 biji motorsikal hilang kena curi dalam taman. Balik dari beli burger, terus aku amik kunci motor, terus kunci tayar depan dengan belakang. Balut lagi dengan kain langsir lama. Supaya tak nampak sangat macam motor depan porch. Hujung minggu lepas, sebab aku nak ke KL, aku tolak masuk motor dalam rumah depan ruang tamu. Jadi semalam masa tertidur di ruang tamu, aku tidur sebelah motor. Motor pon releks je duduk sebelah aku. Tak de la pulak kami berasa tidak kena berada bersama antara satu sama lain.  Perasaan dengan motor ini adalah perasaan yang susah hendak digambarkan. Walaupun dia dah 7 tahun takde roadtax. Hehe.


Ok, dah takde menda nak cerita. Sebab ini cerita ringkas-ringkas, kait-kait.

Jumaat, Oktober 22, 2010

Mekasih Aleksander Hleb!

Kau kenal orang Belarus? Aku kenai sorang je orang Belarus. Aleksander Hleb. Bukan Helmie Hleb. Tapi ni Hleb yang betul-betul Hleb la. Kapten bola Belarus. Yang main kat Arsenal dulu.

Tapi kemudian pergi Barcelona, tapi tak dapat main. Kemudian pergi pulak Jerman membawa diri ke. Kemudian balik semula ke UK main untuk Birmingham sekarang. Wenger buat tak nampak je. 

Hleb oi. Kalau hang stay kat Arsenal dari dulu, mesti Jack Wilshere mesti tak terrer macam sekarang. 

Aku harap yang membaca blog ini dari Belarus semalam dan kelmarin ni betul-betul la Hleb. Huhu.

Juga, dari Lithuania pon ada minggu ni, ini aku rasa Jiri Litmanen yang buka blog aku nih. Hahah. 

2-3 minggu lepas ada yang datang dari Hong Kong, kerap juga dia bukak blog ni, mekasih juga ye. 

2-3 bulan lepas ada yang kerap datang dari Tokyo. Entah betul dari Tokyo ke tidak, tak pula aku tahu. Kot-kot kompeni dia pakai server internet dari Tokyo macam kompeni lama Nor A yang pakai server Australia. Hahah. 

Aku memang tak tau hangpa semua sapa. Tapi semua yang datang adalah sumber inspirasi blog ini. Mekasih! 



Selasa, Oktober 19, 2010

Untuk Bola Bertambah Mutu

Berikut ada beberapa cadangan dari pemikiran biasa aku. Seorang peminat-kerusi-malas untuk bolasepak. 

Konpius jugak Budget 2011 kali ini. Takde terdengar apa-apa yang berkaitan dengan pasal potongan cukai atau pengurangan peratusan ke hape ke. Yang ada hanya GST tidak dilangsungkan buat sementara waktu. 

Selalu-selalu ada je potongan cukainya tambahan atau pengurangan dalam budget sebelum ini. 

Walaupon dah terlepas pelancaran Budget 2011. Mengambil semangat Non-Govermental-Individual (NGI) aku ingin mencadangkan Budget tambahan seperti dibawah untuk mengembalikan semula sokongan rakyat tempatan terhadap mutu dan sambutan rakyat tempatan terhadap bolasepak tempatan. 

Potongan cukai dari Kerajaan

1. Pemansuhan duti hiburan untuk tiket stadium bolasepak. Apa kejadah stadium ada 500 orang tengok perlawanan bolasepak tempatan tengah-tengah minggu pon kerajaan nak kutip jugak seringgit dua sorang? Sila mansuhkan duti ini kerana ini duti yang tidak mendatangkan apa-apa hasil munasabah kepada kerajaan. Tambahan pula, entah ke mana la duit duti ini disalurkan sebab mutu penganjuran bolasepak macam tu jugak. Kurang-kurang seringgit dua dah kurang untuk tiket hari biasa. 

2. Pengecualian cukai untuk pembeli pas semusim tiket bolasepak tempatan. Aku tak tau ada ke tidak pas semusim ni dalam Malaysia. Macam belum ada. Kalau belum ada, aku harap di adakan pas semusim ini. Pas semusim yang boleh masuk mana-mana stadium, mana-mana pertandingan janji dibawah anjuran FAM. Apa guna ada FAM kalau jual tiket semusim pon tak reti? Pemegang tiket semusim juga mendapat faedah seperti potongan diskaun untuk perlawanan persahabatan Malaysia lawan Real Madrid, Malaysia lawan Chelsea dan sebagainya. Dalam website FAM dah ada Resort World sebagai penaja, mungkin pemegang tiket semusim juga boleh mendapat faedah dengan potongan harga untuk entrance ke Genting atau IR di Sentosa. 

Bagi aku, penjualan pas semusim kalau mendapat sambutan, boleh memberikan FAM cukup dana pada awal musim untuk disalurkan kepada menaiktaraf mutu penganjuran serta tidak terlalu bergantung kepada penaja dan jualan tiket tiap perlawanan. Kenapa Air Asia boleh beli kapal terbang Airbus banyak gila walaupun Malaysia ni kecik lagi dari Australia? Sebab semua orang dah bayar tiket untuk dia naik kapal terbang nun hujung tahun hadapan lagi. Duit tu dah siap-siap ada dalam poket dah sekarang. 

Bilangan pemegang tiket semusim juga menentukan sama ada FAM buat kerja atau tidak. Konsep tiket semusim ini banyak lagi, cuma idea itu perlu direalisasikan FAM.

Pengurusan FAM

Tapi tiket semusim ini tidak akan menjadi kenyataan langsung kalau jadual perlawanan pon FAM tak reti nak susun. Apa guna ada tiket, tapi tak tau masa bila team yang disokong akan main?

Kalau pernah tengok cerita Hollywood, mesti pernah terjumpa dengan kisah abah membawa anak lelaki tengok perlawanan baseball sebagai hadiah menyambut hari lahir anaknya. Ini kalau tarikh pon susun ikut 'dan' entah bila la hari lahir kita nak sama dengan hari team Kedah lawan Johor FC kat Stadium Pasir Gudang? Cemana abah-abah nak plan kan?

Jadi masalah akar umbi FAM banyak berkisar kepada penyusunan jadual. Ada lagi satu mesalah yang timbul sebelum penyusunan jadual yang mantap dapat dibuat. 

Team-team yang bertanding Malaysian Super League dan Premier League hanya diputuskan bila lepas masuk mesyuarat akhir musim. Musim lepas team Harimau Muda seken tapi tak dapat promotion. Tahun ni Harimau Muda nombor 5, tapi mungkin masuk Super League. Apa mende nih? Itu belum cerita hal Pahang semusim dua dulu. Entah-entah nama Super League pon bertukar lagi nanti. Haiya. Tiada ketetapan dan sesuatu constant adalah penyebab utama ketidak seimbangan. Apa-apa menda, apa-apa organisasi. Jadi selagi tiada ketetapan dalam konsep liga, selagi itu la jadual porak peranda akan menjadi rencah biasa FAM. Tahun pertama MSL diwujudkan, main 3 kali dengan pasukan yang sama. Ingat lagi tak? Kan ke entah hapa-hapa tu. 

Tajuk ini bukan sahaja menyentuh tentang budget tambahan terhadap bolasepak, tapi menjurus kepada bagaimana meningkatkan mutu bolasepak dan menarik minat orang menonton bola di stadium.

Pengurusan Stadium

1. Dari segi penganjuran, rasanya baik kompeni event management yang ambil alih penganjuran stadium. Kompeni event management mungkin punyai lebih idea segar dan ceria untuk menganjurkan perlawanan bolasepak. Sistem bunyi perlu dipertingkatkan. Sistem paparan skrin juga perlu peningkatan. Aku rasa aku ada sebut sikit sebelum ini pasal ada games pengisi masa lapang, ada slot sewa ucapan, ada montaj siang-siang tadi semua penyokong yang dah stand-by luar stadium sebelum masuk. Ada cabutan bertuah untuk penyokong paling true dengan segala aksesori tambahan untuk pasukan kegemaran. Ini semua boleh dijadikan panduan sebab negara luar dah banyak yang mengaplikasikannya. 

2. Hari perlawanan bolasepak sepatutnya menjadi agenda utama setiap penduduk sekeliling stadium pada hari itu. Dari pergi kerja dah pakai bandana team kesayangan. Tengah hari, kedai sekeliling stadium jual nasi goreng set Johor FC. Hari perlawanan je ada nasi set Johor FC. Hari lain takde. Dalam stadium juga perlu ada sebuah pusat penjualan makanan dan minuman yang unik untuk stadium itu sahaja. Ais blended kaler Hijau Kuning. Emping padi muda gaul kelapa sagat. Ayam goreng berempah untuk stadium Alor Star. Ini akan menjadi tarikan pelancong sama sekali. Bukan burger isi potong separuh masak pagi tadi, sos seciput, sayur sehelai dua.

Aku pernah makan set udang bakar di restoren TGI dalam Stadium Baseball di Arizona, Amerika. Hari tu team Arizona main ditempat lawan. Waktu lunch. Jadi skrin di stadium baseball di Arizona tu tetap memaparkan keputusan semasa perlawanan baseball itu secara live. Dari innings pertama sampai la innings ke 10. Sambil makan, sambil layan skrin keputusan lintas langsung. 

Tak de salahnya kita nak makan set nasi goreng set Johor FC dalam stadium waktu malam sambil layan tayangan live Astro 801 Selangor lawan Johor FC dari skrin besar stadium kan?

3. Bersebelahan dengan stadium perlu ada sebuah dua banggunan bertingkat-tingkat. Bangunan ini tidak ada fungsi lain selain menjadi tempat letak kereta bertingkat dan terminal bas. Tak perlu buat semua stadium dengan tempat parking luas 3-4 kali ganda sebenarnya. Ini dapat membantu aliran trafik keluar masuk stadium dan mengurangkan kaedah parking ikut 'dan' rakyat kita. Takda la Sultan Kedah kena berjalan kaki tersangkut dalam jem lagi. Atas bumbung kita letak helipad satu. Kan mudah. 

Peningkatan tahap profesional penyokong & peminat

Ini amat-amat penting. Menonton bolasepak harus menjadi konsep riadah seisi keluarga. Bukan lelaki sahaja pergi tengok bola. Ibu dan isteri dan anak-anak perempuan pon harus turut serta. Jadi untuk konsep riadah seisi keluarga, kita seharusnya buang sikap nak mengamuk, memberontak, memaki hamun dan melontar mercun serta membakar kerusi malahan menterbalikan van. 

Ini bukan budaya hidup kita. Kita hidup dengan rukun bukan? Bolasepak adalah tradisi kita. Tapi mengamuk dan memberontak suka-suka bukan. Tiada semangat sukan dalam mengamuk. 

Apa guna ada segala bantuan kerajaan atau penaja atau penukaran pengurusan FAM kalau sikap kita yang tidak sporting dalam hal ehwal sport sehinggakan boleh meragut nyawa. Baik aku duduk diam-diam kat rumah. 

Sekian. 

Sembang Sintetik Bersama Diego Amani #2

Soalan 3: Sebagai pengguna biasa yang tidak tahu aspek teknikal, bagaimana untuk mengetahui perbezaan (dari segi performance) antara minyak2 sintetik yang terdapat di pasaran? addictive ke? atau bahan2 lain yang terdapat dalam label kandungan?


Sebagai pengguna tanpa pengetahuan teknikal, sumber paling mudah untuk mengetahui prestasi setiap pelincir sintetik adalah dengan berpandukan kepada testimoni dan laporan perbandingan prestasi minyak pelincir tersebut secara penggunaan sebenar. Selalunya dibuat perbandingan antara minyak yang ingin diuji dan dibandingkan dengan minyak semi-sintetik dan minyak mineral. 


Jenis kereta, negara mana, di mana perbandingan dibuat dan apa yang diukur. Ini boleh didapati dalam setiap laman web minyak pelincir tersebut. 


Testimoni penggunaan dan pencapaian lebih neutral berbanding laporan perbandingan antara produk disamping mengelak dari merendah-rendahkan keupayaan produk lain. Kau berani nak kena saman?


Macam membandingkan Adebayor dalam Arsenal dan Adebayor dalam Manchester City la, berapa gol dah Adebayor score musim ni?


Soalan 4: Tahap kelikatan yang terbaik untuk kenderaan harian di malaysia? 5-40? 15-50? atau lain2?


Untuk iklim Malaysia, kenderaan 1.0 ke atas lebih baik menggunakan minyak multi-gred 40. Menggunakan multigred 30 akan menyebabkan pedal terlalu ringan dan responsif. Tapi penyebaran haba dan perlindungan kehausan pada permukaan enjin akan berkurangan terutama ketika engin panas bila rev tinggi atau perjalanan jarak jauh atau dalam kesesakan trafik.


Multi-gred 50 pula boleh menyebabkan kurang efisyen kepada kenderaan bawah 1.0. Silap-silap tak jalan langsung sebab pam pelincir tak dapat mengepam dengan baik. Minyak ini mungkin terlalu likat untuk enjin bawah 1.0. Boleh terjadi jika menggunakan minyak pelincir mineral.


Di US, ramai yang mengesyorkan Multigred 30 untuk prestasi enjin yang lebih baik. Tapi ini hanya berkesan untuk pelincir sintetik sebab rekabentuk enjin makin tepat dan tolerens makin kecil. Juga harus di ingat, suhu dan iklim di sana lebih rendah dari di sini. 


Sebaik-baiknya, baca manual kenderaan dan ikut saranan yang telah diberikan. 


Soalan 5: Betulkah minyak sintetik lebih 'nipis' dari minyak separa sintetik dan mineral? jika betul, apakah tempoh masa maksimum untuk menukar minyak sintetik? (dalam label tulis 10k km. tapi kalau lebih, contohnya 15k km, apakah ianya akan merosakkan enjin?)


Contoh :


(sintetik sepenuhnya) Mobil 1 0W-40 = 75, 13.5, 185


(semi sintetik) Mobil Super 2000 X2 10W-40 = 92, 14.4, 154


(mineral) Mobil Super 1000 10W-40 = 101, 14.5, 148


Nombor pertama adalah kelikatan pada 40 darjah Celcius. Nombor kedua adalah kelikatan pada 100 darjah Celcius dan nombor ketiga adalah Indeks Kelikatan (VI). 


Lagi tinggi nilai kelikatan, lagi likat atau tebal. Begitulah sebaliknya. 


Lagi tinggi suhu, nilai kelikatan akan menurun.


Lagi tinggi Indeks Kelikatan, lagi sedikit perubahan terhadap kelikatan terhadap suhu. Maintain.


Jadi memang Sintetik Sepenuhnya lebih nipis dari Semi Sintetik dan juga Mineral. Kerana kombinasi multigred mereka berbeza. Multigred yang berbeza disebabkan kompisosi bahan asas pelincir yang berlainan juga additif untuk meningkatkan Indeks Kelikatan juga berbeza.


Cuma, Index Kelikatan juga ada kepentingannya. Kerana indeks yang tinggi menunjukkan bahawa pelincir tersebut berubah kelikatan paling sedikit bila berada di dalam enjin, untuk kedua-dua suhu sejuk dan suhu panas. Ini penting untuk perlindungan kehausan dan pelinciran yang efisyen kepada enjin.


Macam Arsenal la, bila main kat Shaktar Donestk pon, depa main passing-pasing releks-releks macam main kat Emirates jugak. Walaupun suhu kat sana tahap beku nak berpeluh pon terus jadi ais. Rate Passing mereka tetap sama.


Tempoh maksimum ada yang mengatakan 10, 000km untuk penggunaan Sintetik Sepenuhnya. Tapi kat US depa buat 10,000 batu. Cemana tu? Haha. Nombor ini sebagai palang had la. Lebih kepada rule of thumb (peraturan ibu jari). 


Nak lari lebih lagi pon takde halnya. Risiko melebihi had yang diberikan, adalah kekurangan/kehabisan additif yang sepatutnya melawan pembentukan asid (anti-oxidant) dari sisa pembakaran dan campuran wap air serta bendaasing lain. Asid ini boleh menghakis enjin dan merosakkan komponen dalam enjin.


Pada masa yang sama juga pembentukan varnish dan enapan (deposits). Ini juga risiko yang mana varsnih ini tak boleh hilang dengan pembersihan enjin biasa sahaja. Kena sental. Tambah rumit bila tempat yang mempunyai clearance yang kecil kena varnish atau enapan ni. 


Enapan ini keras. Macam plak pada gigi. Doktor kena guna grinder untuk buang. Tak ke susah tu?


Tak semestinya lari lebih 10,000km sahaja berisiko. Perjalanan jarak dekat ulang alik yang tak sampai 10,000km dalam masa 6 bulan, tapi melanjutkannya sampai 8-9 bulan juga berisiko walaupun dengan menggunakan Sintetik Sepenuhnya. 


OK. Soalan bonus untuk semua.

Kalau sekarang hangpa menggunakan Semi Sintetik. Perlukah membuat enjin flushing menggunakan bahan kimia tertentu (after market) sebelum menggunakan Mobil 1 (Sintetik Sepenuhnya)?



Takde hadiah. 


Sebab perkongsian ilmu itu seratus kali ganda lebih bermakna dan berbaloi. (cakap jela blog miskin! Huh).


Sekian perkongsian kita untuk kali ini. 



Rabu, Oktober 13, 2010

Catatan Diego @ Studio



 Tak paham eh, tak reti baca signboard eh? Kau nak kena saman dekat negara paling banyak signboard nih?

Isnin, Oktober 11, 2010

Sembang Sintetik Bersama Diego Amani #1

Soalan 1: Yg mana lebih baik? teknologi magnatec ataupun sintetik sepenuhnya?

Tidak dinafikan pelincir Castrol amat popular disebabkan oleh peranan pelan pemasaran dari BP Castrol yang membawa minyak pelincir menjadi dekat kepada peminat bolasepak di seluruh dunia. Kaki bola yang tak kenal Castrol adalah kaki bola stadium Malaysia paling true. 

Berbalik kepada Magnetec dan perbezaannya dengan Pelincir Sintetik sepenuhnya. Senang sungguh nak jawab. Castrol Magnetec adalah minyak pelincir semi-sintetik. Kategori pelincir semi-sintetik adalah campuran antara bahan asas pelincir konvensional (mineral) dengan bahan asas pelincir sintetik dengan peratusan kurang dari 30% adalah pelincir sintetik. Sebenarnya tidak wajar kita memanggil minyak pelincir itu dengan nama semi-sintetik sebab semi bermaksud separuh, tapi sebenarnya tak sampai 1/3 pon kandungan sintetiknya. Maka sudah tentu pengguna yang menggunakan 100% teknologi sintetik sepenuhnya mendapat faedah yang lebih baik. 

Mungkin jawapan masih kurang meyakinkan, sebab semua kaki bola television tentu tahu yang Castrol Magnetec adalah minyak pelincir yang melekat pada dinding enjin. Maka ada perlindungan kehausan sebelum penghidup dihidupkan. CUMA. Ini adalah 1 kelebihan additif dalam Magnetec tetapi pelincir sintetik sepenuhnya juga amat baik prestasinya untuk fasa 'hidup-sejuk' (cold start-up) sebab ciri-cirinya yang masih mengekalkan kelikatan pelincir (tidak beku / terlalu likat sewaktu suhu sejuk) yang membolehkan pelincir tetap dipam ke semua dinding enjin sebelum omboh bergerak kali pertama selepas dihidupkan. 

Pemunya kereta pasti pernah membaca manual kereta yang menyuruh pengguna menunggu sehingga penunjuk lampu 'aladin' hilang sebelum menghidupkan kereta atau sebelum bergerak. Pada waktu inilah pam pelincir digunakan untuk menyemprot pelincir ke dinding enjin. Pelincir mineral pasti sedikit sukar disemprot sebab kelikatannya yang lebih tinggi waktu pagi berbanding pelincir sintetik sepenuhnya.

Soalan 2: Apakah jenama yang terbaik untuk minyak sintetik sepenuhnya? motul? mobil1? shell ultra? redline? atau lain2? (apa beza jenama yg disarankan (jika ada) dgn jenama2 lain?)


Soalan ini juga senang dijawab. Semua sintetik sepenuhnya adalah minyak pelincir yang terbaik jika dibandingkan dengan semi-sintetik atau mineral. Titik. 

Untuk memahami beza semua model yang ditanya, ini adalah teknologi yang mereka gunakan.


Motul - Menggunakan teknologi dual ester (Group V)


Redline - Menggunakan teknologi polyol ester. (Group V)


Mobil 1 - Menggunakan teknologi polyalphaolefin (Group IV)


Amsoil - Menggunakan teknologi di-ester. (Group V)


Shell Helix Ultra - Menggunakan teknologi highly refined mineral oil (tapi dipasarkan sebagai sintetik sepenuhnya sebab ianya Group III)


Melihat dari segi kelas bahan asas minyak pelincir menurut American Petroleum Institute, bagi pendapat peribadi sendiri dan teknikalnya, hanya Group IV dan Group V adalah sintetik sepenuhnya dari sudut penghasilan produk. Group III adalah masih mineral, tapi mempunyai spesifikasi Viscosity Index setara sintetik selepas proses penambahan hidrogen kepada rantaian molekul hidrokarbon mineral sedia ada. 

Group III ni macam Manchester City la, kaya dan boleh beli pemain mahal-mahal supaya boleh menjadi juara tapi rekod juara EPL belum ada, top 4 belum tentu, tapi nak duduk sama tinggi dengan dengan kelab-kelab yang dah memang betul-betul juara sebenar macam Arsenal, Arsenal FC dan Arsene Wenger.


Hanya Polyalphaolefin yang mempunyai kemesraan terhadap semua jenis pelitup (seals) dan O-ring. Untuk ester, diester dan polyester ada sesetengah jenis pelitup yang akan mengembang atau menguncup bila bersentuhan, boleh menyebabkan kebocoran (ayat ni agak errr, takde pape lah!). 

Juga ada yang tidak boleh bercampur dengan minyak pelincir mineral, boleh menyebabkan enapan dan deposit. Jadi sedikit pengetahun dan cara-cara menukar yang sepatutnya diperlukan sebelum menukar minyak pelincir yang menggunakan bahan asas tersebut.


Untuk memahami perkara-perkara asas tentang asas minyak pelincir, Wiki la menda alah ni. Motor oil.

Aku tak setuju sangat untuk mengambil wikipedia sebagai bahan rujukan sebab kandungan apa menda sekalipun dari wikipedia itu melibatkan pendapat dari sudut orang yang menulis kandungan dalam wiki tersebut. Tak semua orang nak contribute pada wiki. Tapi teks buku sejarah SPM pon macam tu jugak.



Soalan-soalan seterusnya akan di lain masa sebab kalau aku cerita panjang-panjang bukan hangpa nak amik berat pon. Hahah. Ada soalan lain pon aku akan jawab kemudian. Aku amalkan demokrasi FIFO.

Juan, mekasih atas soalan-soalan hang. Harap mendapat manfaat. 


Yang sedia menjawab,


Diego Amani
Jurutera Pelincir Berumur, 
Pakar Pelincir Bertauliah*. 

*ada 3 orang je dalam Brazil yang ada tauliah ini yang berkerja sebagai Jurutera Pelincir.
 

Sabtu, Oktober 09, 2010

Tulis-tulis - Semalam Hari Jumaat

Sepatutnya tulis semalam, baru la nampak macam renungan hari Jumaat. Tapi apa lah salahnya menulis hal ini pada hari Sabtu. Hari Sabtu tak boleh ke nak berkongsi hal ehwal rohani? Kena hari Jumaat sahaja ke?

Baiklah, marilah kita bermuhasabah bersama.

1. Kau pergi semayang Jumaat tepat on-time pada masanya. Parking betul-betul depan pintu masjid sebab nanti senang nak keluar. Duduk saf nombor 3 belakang imam. Segala amalan sunat telah ditunaikan. Tapi.

Tapi orang lain menyumpah seranah kereta kau dari masa kau parking sampai la selesai semayang, sebab menghalang jalan dan menyusahkan orang lain nak lalu lintas dan masuk masjid. Masa nak keluar pon orang ramai menyumpah sekali lagi sebab menghalang perjalanan keluar berbondong-bondong orang.

2. Kau tunggu penuh sabar giliran untuk mengambil wudhuk. Bila datang giliran kau mengambil wudhuk, kau tak buat macam orang terdahulu yang lama gila ambil wudhuk sebab tak nak orang lain tertunggu-tunggu macam kau sebelum itu. Kau tahu orang belakang mesti menyumpah seranah orang di depannya sebab lama gila ambil wudhuk. Dah la air kecil sebab orang ramai, paip pula sedikit. Tapi.

Tapi dalam tergesa-gesa kau ambil wudhuk semata-mata kerana nak menyenangkan orang lain dan tak mahu kena sumpah seranah dalam hati oleh orang dibelakang, kau terlalu cepat basuh lengan sampai tak kena air pada belakang siku dan masa basuh kaki, walaupun 3 kali basuh tapi air tak kena belakang tumit dan buku lali sebelah luar / dalam sebab kau tak meratakannya dengan tangan, tadah je kaki tu.

3. Kau pemuda yang hip. Tapi dalam hip pon masih lagi ingat nak semayang dan tak pernah tinggal. Sebagai pemuda contoh yang hip, gaya dan fesyen pon mestilah hip. T'shirt yang kau pakai mestilah dengan seluar jeans ada kedut-kedut di peha. T-shirt yang hip adalah yang bersaiz S. Super kecik. Kalau boleh, yang bundle rare lagi hip. Coraknya tak apa, janji bukan lambang syaitan tau salib. Hip macamana pun kau, sudah tentu tak tinggal semayang punya. Tapi. 

Tapi kau lupa, bila pakai t-shirt yang kecik, labuhannya juga singkat. Dipasangkan pula dengan jeans yang londeh, maka tentunya kau betul-betul pakai jeans itu dibawah 'hip' kamu. Ah, dibawah pusat dan tulang pinggang. Makanya bila kau rukuk dan sujud, terselak la pinggang dan belakang badan kamu. Nampak la 'hip' kau di situ. Kau tau kan syarat-syarat menutup aurat untuk bersembahyang? Kalau nampak 'hip' sah ke tak?

4. Kau punya blog yang ramai orang ikut. Orang suka datang blog kau. Kau pula suka tulis blog dengan cerita-cerita penuh tauladan dan kasih sayang. Semuanya yang ikhlas dan berpedoman sahaja. Jadi blog kau bertambah laju trafiknya. Disebabkan banyak trafik, kau pon letak iklan yang berpadanan. Dapat la banyak pulangan dari iklan-iklan yang diletak. Juga kau main perkataan-perkataan SEO yang selalu orang guna. Kadang-kadang kau cerita jugak sepatah dua hal panas macam tu. Lagi highway la trafik kau dapat. Tapi.

Tapi semasa kau main SEO dan bercerita panas. Kau terlupa yang kadang-kadang SEO dan bahan panas yang sangat rancak kau diperkatakan itu datanglah niat-niat pencari hiburan yang terlampau. Yang dahaga. Yang kering. Yang gersang. Yang ingin tahu. Dan SEO yang itu adalah antara penyumbang utama pulangan dari iklan kau. Dan kau tunaikan cek iklan kau untuk buat makan malam besar bersama keluarga kau. 

Disudahi dengan memetik kata seorang brader yang ada peluru dari langit, 'Eleh, ko ingat ko alim sangat?' - apabila kita hanya ingin saling ingat mengingati. 


Khamis, Oktober 07, 2010

Catatan Diego - Sembang Sintetik

"Tadikan, kitakan, dah tuliskan, baaanyak. Paaanjang dah. Penat tau kita. Kita jenuh cari Encik Diego nak temuramah dia. Buat temujanji punyala banyak kali tunda. Saja nak tanya dia pasal minyak pelincir sintetik sebab Encik Diego pakai macam seronok je. Encik Diego pulak paaaanjang-paaanjang dia dah jawab soalan kitakan tadikan. Siap marah-marah kita lagi sebab kita tak kenal Mobil 1. Sekarang dia laaagi kecik ati. Temuramah sembang sintetik dia tak terpublish sebab dah terlog-out. Lepas tu komputer padam. Sapa nak disalahkan? Kesiankan kitakan?" - Editor.


p/s: Sapa-sapa yang nak tahu pasal penggunaan minyak pelincir aka minyak hitam kereta, leh la kasik Encik Diego sebarang pertanyaan. Nanti mood dia datang balik dia layan la. 
 

Isnin, Oktober 04, 2010

Di Belakang Pagar Berkarat Sinetron Dramalova

Kali ini wartawan gosip berjaya menyeludup masuk ke dalam rumah kediaman Diego dan Marcia yang femes itu. Tujuannya untuk menyelami apakah rahsia mereka sehingga rumah dan tangga rumah mereka masih lagi seperti rumah dan tangga. Rumah inilah di mana semua plot cerita dan kisah Sinetron Dramalova telah berjaya dikisahkan.

Ini shoot yang berjaya dirakamkan.







 
Dari lensa kamera cikai wartawan ini, dapat disimpulkan bahawa rumah dan tangga (err, rumah mereka setingkat sahaja, yang ada hanya tangga lipat aluminium) Diego dan Marcia adalah seperti rumah dan tangga orang lain juga. Tiada langsung yang istimewanya segala perhiasan mahupun hiasan dalaman rumah mereka itu. 

Melihat dari segi perabot dan peralatan rumah pula, dapat dilihat yang mereka juga di bawah kelas masyarakat pertengahan. Ketinggalan sedikit pon ada. Tv kaca berwarna mereka masih berfungsi sebagai Tv walaupon bukan 4C, LED, LCD mahupon Plasma. Ini mungkin atas dasar selera menonton Tv yang belum habis bayar mungkin tidak berapa sedap jika dibandingkan dengan Tv milik sendiri.

Dari segi kejuruteraan rumah pula, suis lampu dan plag dinding di atas mencerminkan kejuruteraan tahap tertinggi yang menggunakan kos paling minimum telah diaplikasikan mereka. Tidak perlu diupah kontraktor atau perlukan ijazah keelektrikan untuk kejuruteraan pendawaian sebegitu. 

Sikap ingin membaca juga dilihat sangat tebal di dalam keluarga ini, ini jelas kelihatan di mana rak suratkhabar merangkap rak Tv mereka hampir runtuh akibat menanggung beban yang melebihi had. Entah berapa ribu suratkhabar sudah silih berganti di situ sejak 5 tahun yang lalu hingga boleh menyebabkan kerosakan sebegitu. (
Sebenarnya, Diego melunjur letak kaki pada rak tersebut hingga hampir patah
).

Dinding rumah mereka hanya ada 1 jam dinding. Itu pon ihsan dari hadiah perkahwinan. Tiada ciri 'desinger' langsung jam tersebut. Tapi jam tersebutlah isyarat masa mereka sekeluarga tatkala menunggu cerita CSI di Tv mahupon waktu berbuka. 

Dinding itu juga berjasa sebagai penanda aras ketinggian untuk anak-anak mereka ketika mereka membesar. Itu pon tanpa skala mahupon tahap ketinggian berunit SI. Agak primitif ukuran sebegitu. Selain dari itu, sifat ingin melukis juga ditonjolkan dengan jelas oleh anak-anak mereka di dinding itu. Berjasanya diding itu kepada mereka sekeluarga.


Walau apa pon, itulah rumah mereka dan itulah kehidupan mereka. Tidak perlu rasa iri hati, sakit hati, kecil hati mahupon gusar hati dengan tahap 'kemewahan' yang mereka ada. 

Senang cerita, Carlos rumah sebelah lagi kayalah. 


Notakaki : Err, kepala katil tu, kenapa tinggi sebelah? Patah ke? Heheh.

Sabtu, Oktober 02, 2010

Sinetron Dramalova 32 - Jatuh Cinta Lagi

"Tiada yang dapat menandingi perasaan lega bila mendapat khabar isteri selamat bersalin tanpa apa-apa kesulitan dan halangan, tambahan pula dengan diri sendiri tidak dapat berada disisi untuk memberi sokongan moral"

Ahad jam 1 pagi. 


Hari yang sama Marcia masuk wad untuk bersalin, Diego masih di rumah Taman Universal. Dari malam sampai ke pagi tak tidur. Sibuk mengemas semua barang rumah dari sekecil-kecil sebentuk skru sampai la ke sebesar almari dua pintu. Semua dia setelkan sendiri seorang diri, yang mana perlu balut bungkus suratkhabar dia setelkan. Yang mana kena isi sama kotak supaya senang nak cari semula, dia kotakkan. Yang mana yang dia buntu nak pek macamana dan dengan apa, tinggal dulu.

 Pemuda berpandangan jauh mesti punya perancangan.

Walaupun bilangan cawan, pinggan, gelas, mangkuk, bekas seramik segala macam ihsan hadiah perkahwinan ada yang sudah disedekahkan, tapi ada juga yang masih menjadi simpanan sebab sayang, jadi banyak la yang perlu dibalut kertas supaya tak pecah dalam perpindahan. Kalau set itu berbentuk 46 pcs? Maka 46 kali lah sesi pembalutan perlu dibuat. Kalau 2 minit diperlukan untuk setiap pcs?  Tak ke sejam setengah lebih untuk satu set sahaja? Kalau ada 8 set? Mujur la ada 1 set je yang 46 pcs. Hahah.

Ye. Begitulah proses berpindah yang dah banyak kali sangat Diego rasa dalam hidupnya. Tapi kali ini, Diego yang nak pindah, bukan ikut keluarga pindah rumah. Jadi segala pengalaman lampau adalah penenang hidupnya ketika memandang jam tangan yang terus berdetik menjelang siang sebab dah janji dengan orang lori. Jam 9 pagi depa nak mai angkat.


Perasaan cemas adalah ganda dua. Cemas takut tak sempat siap kemas barang nak pindah, ditambah pula perasaan cemas sebab Marcia dah di wad hospital hanya menunggu masa dan tanda nak masuk bilik bersalin. Kalau tiada tanda, akan dimasukkan ubat pemangkin. Sakit woo orang kata.


Disebabkan ini masuk hari kedua Diego berperilaku tak tidur malam, masuk je jam 3 pagi. Diego rasa mual. Terus muntah takde belas ihsan isi perut menu makan malam tu. Muntah semuntah-muntahnya. Sampai esofagus mendapat lelesan dan luka sebab geseran melampau isi muntah yang keluar. 


Dalam hati, Diego dapat merasa yang itu tandanya. Tapi hati buat-buat biasa. Marcia pon buat biasa je bila dengar Diego muntah. Kurang tidur mungkin katanya. Sebenarnya, Marcia sendiri pon sedang bergelut. Sakit-sakit 'contraction' mula kerap datang. Marcia sendiri dah merengkot dan mengeluh tiap kali sakit itu datang. 

Sama-sama terus menumpukan perhatian pada kecemasan yang ada dalam diri masing-masing. Tiada lagi sms lepas je dari itu. Diego terus tekun membalut barangan kaca. Sambil layan radio Sensasi Selatan. Layan.


Datang satu sms dari Marcia dalam pukul 5.52 pagi. 


"Ayang dah masuk labour room. Ayang minta maaf zahir batin na. Doakan ayang selamat bersalin dengan mudah"

Diego baru baca dalam 3 minit kemudian. Sebab tengah ralit membalut cawan masa tu. Lepas je baca, sepantas kilat Diego membalas mengucapkan selamat dan mudah-mudahan semuanya selamat. Tapi tiada balasan semula.

Dari detik itu, dengan sms yang sebegitu, se-cool mana sekalipun Diego, tidak akan berapa cool sangat untuk menghadapi detik-detik yang macam itu. Bermacam-macam kebarangkalian boleh terjadi. Macam-macam dugaan dan rintangan boleh datang. Dan kedudukan geografi dalam detik yang sebegitu menyebabkan kuasa manusia amat terbatas. Se-super hero mana sekalipun, konfem tak dapat nak membantu untuk hal yang sebegini. Hanya satu yang masih manusia boleh lakukan. Berdoa. 



Diego setelkan Subuh dan berdoa agar semuanya berjalan lancar. Disebabkan masih risau dan kacau, Diego tak dapat teruskan kerja mengemas. Diego menghadap laptop. Dan terlena. Risau la sangat. 

Diego terjaga dalam 20 minit kemudian. Kerja mesti disiapkan. Lori yang datang bukan boleh nak tunggu kita bersiap mengepek. Diego terus bersila semula menghadap barang kaca yang perlu dibalut lagi. Henpon masih sunyi tanpa apa-apa perubahan. 


7.30 pagi, henpon Diego berbunyi. "TENGELU GELU NGELU GELU!" 


Terus dicapai telefon dan menjawab. Alhamdulillah Marcia yang menelefon dan semuanya selamat. Lega rasanya. Bayi lahir 7.02 pagi. Lelaki. 4.4kg. Putih kemerahan. Bulat. 

Marcia bersalin normal. Masih misi yang sama ketika Rodriguez dan Pablo dulu yang menjadi pendorong Marcia untuk meneran. Misi itu juga masih kenal Marcia sebab dalam banyak-banyak ibu-ibu yang tengah cemas nak meneran, bila disuruh untuk teran oleh misi-misi, kebanyakannya marah balik misi atau meninggi suara dengan misi. Marcia pula boleh tarik napas dulu, kemudian bertanya balik pada misi. 

"Nak teran tu macam mana?" Sebab tu misi dapat cam Marcia. 


"Ehh kamu ni, anak yang ketiga pon tak reti nak teran lagi?" Misi tanya balik. 

Mujur misi tunjuk juga cara untuk Marcia teran yang panjang tanpa renti dan apa yang perlu dia buat. Jadi bila datang contraction yang kemudian itu, dengan sekali teran yang panjang, lepas la bayi sampai paras bahu. 

Jadi, ini adalah kali yang berapa ratus juta kali mereka jatuh cinta lagi.

Kali ini untuk MUHAMMAD AYMAN AMANI.


Putih dan pipi lempam, mesti la macam abahnya. Hahah.

Ok, cerita Marcia dah setel. Tapi cerita Diego nak berpindah seorang diri baru nak bermula. Mujur selepas mendapat khabar dari Marcia, semua perasaan sudah menjadi cool. Kini tiba masa Diego pula menjadi watak utama cerita ini. Watak hero yang terrer dan cool.

Yang pertama sekali Diego buat adalah mengsms semua ahli keluarga untuk berita gembira ini. Telepon mom & pop. Kemudian sms brader lori, suruh datang lewat pukul 9, sebab barang tak siap kemas. Kemudian baru menyetelkan segala urusan pengepekan dengan kadar yang lebih pantas lagi efisyen. 



Secara ringkasnya, Diego sempat mandi tukar baju sebelum lori 3 tan datang rumah. Tapi tak gosok gigi sebab bukan ada apa efek pon. Yela, tak tidur maka tiada tahi gigi. Nafas pon masih segar. Hahah. 

Urusan angkat naik lori setel kurang dari sejam. Urusan angkat turun dari lori berlalu dalam sejam lebih. Dalam 12.30 dah selesai. 


Diego balik semula ke rumah lama. Sapu segala habuk dan buka balik segala poster ABC, 123, Alif Ba Ta, pastikan tiada sebentuk sampah pon ditinggalkan, kemudian mula mencangkul pokok bunga Lili kesayangan dan sedikit rumput kapet untuk dipindahkan ke rumah baru. Ini selesai dalam jam 3 petang. Laman yang berbekas macam rupa di sabotaj dibiarkan sahaja, dulu tuan rumah ni tak bagi tanam pokok mangga, jadi kali ni pokok bunga yang dijaga elok ni memang wajar digali balik la.


Lepas serah kunci pada jiran selang 3 rumah untuk diberi pada penyewa seterusnya, Diego baru mencari nasi. Mujur ada lagi kedai jual nasi dekat nak masuk petang itu. Memang dah terasa macam membuat kerja berat di bulan puasa. Nasib tak pensan merata-rata je. 

Balik dari makan nasi, singgah semayang di stesen petrol dalam perjalanan balik rumah. Sampai rumah, bukak plastik yang ada bantal, kunci alarm henpon dan lena sampai jam 7 malam. Itu pon bangun seperti tak reti nak kena buat apa kena bangun jam 7 malam ini. 


Selepas itu, sesi mengemas beg dilakukan, segala barang yang dipesan dipastikan masuk dalam beg. Semua urusan setel. Termasuk menggosok set baju dan seluar pakaian kerja untuk hari Khamis nanti.


Jam 9.15 malam, Diego dah berada di perhentian bas untuk naik bas ke kampung Marcia. Rintangan seperti membawa motor tapi beg jatuh tertinggal kat belakang sebab salah ikat, merintang angin dengan kelajuan 80km/jam tapi EX5 sebelah lagi laju, kereta banyak dan trauma untuk berada di antara dua lane serta penujuk takat petrol motor yang menggangu perasaan sampai kena berhenti pam minyak dulu sebelum meneruskan perjalanan semuanya sudah ditempuhi dengan jayanya.

Peluh jantan mula keluar bila tengok balik di sisi teket, jelas lagi besar teket tu tulis 9.00PM untuk perjalanan dari Rio de Janeirio. Jam dah 9.25 malam dan tiada kelihatan bas yang di nanti. Adakah ia sudah terlepas? Sudah. 


Mujur sebagai hero, menda-menda musibah ni susah nak lekat, selepas setel Diego telefon ketiga-tiga nombor yang ada dalam teket itu tapi sorang pon tak angkat. Lepas tekan je butang merah di henpon, bas yang dinanti pon tiba dengan bergaya sekali. Syukur.


Ayman, Ammar, Aqil... abah datang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...