Advertlets

Isnin, Ogos 10, 2009

Catatan Diego - Latihan@Kelas

Sejak dua minggu ini, cuaca tak menentu. Kejap panas, kejap hujan.

Dah tu jerebu. Tambah H1N1 pulak.

Minggu lepas ada dah Diego rasa-rasa nak demam. Sempat baik sebelum melarat. Syukur.

2-3 hari ni pulak, sakit tekak. Telan air liur pon pedih. Makan ubat Hurix lega balik. Tapi hari ini dan sekarang, suara plak dah sayup-sayup ni. Diego sudah di dalam dilema dah ni.

Cemana nak memberi latihan di dalam kelas nih? Tadi seharian Diego mencuba beberapa low key, C minor serta G Sharp, supaya suara tetap sampai walau serak rok kapak. Tapi sekarang rasa macam separuh-separuh je suara yang keluar nih. Esok separuh hari lagi latihan di dalam kelas kemudian separuh lagi latihan di tapak.

Strepsil sudah, Hurix pon sudah, air suam memang wajib dah. Apa lagi?

Walau kolam renang tuh nampak menarik je, tapi mengingatkan H1N1 dan sakit tekak nih, duduk mengadap laptop dalam bilik rasa lebih selamat. Juga walau balkoni menghadap laut, matahari tenggelam tetap tak nampak sebab jerubu. Ah.

Notasuaraseraksikit: Kalau ada yang terindu sebab hampir 3 hari aku tiada entri baru, bukan salah aku. 2-3 hari ni aku banyak tolong-tolong kat belakang tabir untuk 1-2 blog yang masih dalam peringkat awal pembikinan. Orang nak buat blog ni memang aku sokong aje. Teruskan berblog ye. Juga, aku baru terbaca/terjumpa blog jiran aku. Ye, jiran selang 3-4 rumah. Amacam? Korang pernah termimpi nak baca blog jiran korang? Hahah.

2 ulasan:

noorafzan.blogspot.com berkata...

saya juga ada baca blog jiran selorong ngan saya~
kawan sejak kecik tuh..
gile old skul~

saiful berkata...

Jiran-jiran saya jenis yang tak berblog. Depa just suka surf Internet dan melayari Facebook, Myspace dan friendster ja...

Saya pun dok kelam kabut uruskan bab hosting dan domain yang entah bila la nak ok.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...