Advertlets

Sabtu, Ogos 29, 2009

Hari Ini Hari Minggu

Hari minggu memang aku cuti untuk menulis menda-menda berat yang memerlukan pemikiran dan kajian serta rentak irama perkataaan. Susunan ayat serta justifikasi pendirian semua tolak tepi untuk hari ini, esok dan lusa.

Boleh je nak menjenguk ke sini. Ada rezeki, ada la cerita. Biasanya cerita-cerita ringan je. Minggu ni berada di KL untuk bawa anak-anak jumpa tok dan tokwan yang adala 2-3 bulan tak jumpa. Berbuka puasa, jumpa sedara mara dan rakan-rakan serta meramaikan jalan TAR.

Layan cerita hari minggu kali ini.


Abah sapu roti dengan kaya, lipat dua. Buat makan lewat petang sambil baca paper. Lapar. Bagi sedikit buat Aqil.
Aqil: "Abah, nak lagi roti"
Abah : "Jap, abah buat"
Abah sapu lagi sepotong roti. Lipat. Kasik Aqil.
Aqil makan, sambil duduk tengok tv, kemudian baring, kemudia meniarap, kemudian lena.
Abah cilok roti di tangan Aqil, kerat dua dengan Ummi. Selesai.


5 ulasan:

noorafzan.blogspot.com berkata...

haha~
camno la boley tetido dengan roti di tangan..
comel2..

d u t a berkata...

hahaha... cerpen ke ni? hahahah

anese berkata...

ehehe..kau mmg mampu mengeluarkan idea2..aku wpun BM SpM dpt 1 tak reti nak berayat power sprt kau..bagus2x!
Tapi sekali bg cerita ringan ok juga...santaiii

anur malati berkata...

buat makan lewat ptg sambil baca paper tu...waktu berbuka ke. bukankah sudah masuk arena senja ke malam. or ia dikategorikan lewat petang.. hmm..kompius jap

Adam Ruslan berkata...

^afzan^

Memang dah letih sangat dah, tapi usaha juga nak tahan tido. Rugi kalau tertido.

^duta^

Aku kesiankan orang yang bekerja di hujung minggu, jadi tatapan cerita ringkas sahaja. Huhu.

^anese^

Cerita itu betul, cuma diolah gaya penceritaan sahaja. Hehe.

^anur^

Hehe, ini kejadian pada hari minggu terakhir sebelum mula puasa. Jika tidak lena tidur memikirkan hal ini, harap penjelasan ini memadai.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...