Bidang syarahan bukan la makanan asasi Diego. Mahunya tidak. Mesti tangan berpeluh, jantung berdegup. Mata meliar takut nak tengok audien. Audien pula bukan calang-calang, membayar mahal untuk turut serta, kad nama semua berkisar dengan tajuk seperti VP, Tech Off, Station Mgr, serta turus-turus pangkat yang seirama dengannya.
Tambahan pula, syarahan ini selalu-selalu, encik berumur separuh abad, berambut putih, berkot hitam, dahi berkerut sahaja yang sanggup menegakkan fakta dan pengalaman dalam bidang puluhan tahun yang telah mereka kecimpungi yang berani bersyarah di hadapan pemunya stesen jana kuasa elektrik bebas negara-negara sekitar Asean. Platform perhimpunan untuk syarahan adalah berbentuk berbilang negara, kebanyakan audien adalah sekitar negara jiran. Jadi, tidak dapat tidak, PPSMI adalah perlu untuk syarahan berbentuk sebegini.
Diego masih perlu 3 kali raya puasa baru nak sedekad dalam bidang ini. Mujur syarahan berkisar dengan hal ehwal makanan asasi Diego. Dah berulang kali tengok slaid yang sama, bagi audien mungkin pertama kali, tapi Diego puluhan kali sudah melihatnya. Mujur juga Diego berkongsi tajuk syarahan dengan rakan sejawat. Kurang-kurang tak la nampak ketara sangat kalau-kalau Diego gugup atau tidak lancar. Juga syarahan dimulakan rakan sejawat. Jadi tekanan lebih kepadanya.
Pengenalan dari pengerusi majlis sama sekali tidak membantu keadaan. Latar belakang yang biasa-biasa dikembung besar, ditambah renda dan diolah reka menjadi seolah jurutera muda lepasan luar negara bergred empat perpuluhan kosong. Punya potensi dan perlu didengar syarahannya apa. Tangan meningkatkan proses perpeluhan dan jantung didegup lebih laju.
Diego hanya naik untuk 5-10 minit terakhir sesi sebab kawalan masa sedikit lencong. Rakan sejawat membentangkan slaid dengan tambahan errm, umm, err, aaa diantaranya serta berlaku sopan tika berbicara.
Tiba satu slaid, terdiam seketika juga Diego nak menterjemah dan mencari satu perkataan sesuai untuk perkataan pengubahsuaian. Hening juga 3-4 saat. Kalau pembaca berita buat macam ini, tentu dipotong gajinya bulan tersebut.
Tamat syarahan. Sesi soal jawab dilakukan dengan pertukaran 3-4 soalan yang sedikt mencabar untuk dijawab. Masa keluar dewan sempatlah 4-5 audien yang bersalaman dan bertukar kad nama. Memberi galakan dan bertukar pendapat tentang tajuk tadi. Walhal tadi awal-awal masa minum kopi sebelum sesi, semua buat tak nampak je dan lebih sibuk bersembang dengan rakan sejawat lain.
Salaman terakhir adalah bersama Pengerusi Majlis berbangsa Amerika.
Dia bertanya, "Kamu berlatarbelakangkan kejuruteraan?".
Diego jawab ya.
Dia tanya lagi, "Di mana kamu belajar? Luar negara?".
Diego sanggah, "Taklah, dalam negara sahaja"
Pengerusi Majlis seakan punya persepsi, dan bertukar tajuk perbualan lain.
Adakah syarahan bahagian Diego dengan pertuturan kata dan penjelasan yang diberikan telah membina impresi seakan jurutera lulusan luar negara bergred empat perpuluhan kosong? Oh riak dan takbur, pergi kamu dari melukut di hati Diego.
Notakaki amANI: Siri Catatan Diego tidak dapat di selang selikan kali ini. Ia belakang membelakangi kali ini. Lain kali aku cuba tak buat lagi ye.
4 ulasan:
ahah..adakah grad sebagai forecast student kira sama standard dengan oversea student? hihihi
^a z m i r^
Di mana kelebihannya walau bermula sebagai ekspress forecast tapi kemudian extend 2 sem? Hahah.
Nak disamakan stended dengan graduan luar negara memang tak dapat la.
Aku tahu aku lebih berkelebihan dari mereka. Eh? Hahah.
hidup U Malaysia..
hidup UTM..
hehe~
diego hebat wooo~
gementar itu biasa la kan..
neves2..
Apa pun... semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Siapa yang rajin, dia akan dapat lebih...
Kalau dari luar negara pun, kalau malas tak guna jugak kan...
Catat Ulasan