Advertlets

Sabtu, Ogos 22, 2009

Berzakatlah kita


Sepanjang karier aku sebagai pembayar zakat yang belum memasuki 10 tahun ini, aku belum pernah terdengar kadar zakat macam tahun ini yang MAINJ buat. Sapa makan nasi dari beras tempatan 15% hancur (beras subsidi yg harganya RM1.80/kilo), hanya membayar RM5.00. Sapa makan nasi dari beras gred lain dari itu, bayar RM7.50 seorang. Tahun lepas kadar rata, RM6.50 seorang.

Tak payah pening-pening, kalau memang tak pernah makan nasik kat luar (nasi berlauk, nasi ayam, nasi beriani, nasi kunyit, nasi minyak dsb), memang tiap-tiap hari tanak nasi dan beli beras subsidi yang RM18 untuk pek 10 kilo. Dia je yang harus bayar RM5.00 untuk zakat fitrahnya. Yang lain-lain, bayar la RM7.50. Bayar mengikut kesedaran sendiri kata Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor.

Aku setuju dengan tindakan ini dan menghargai pertimbangan MAINJ dalam mengenakan kadar zakat fitrah ini untuk tahun ini. Tidak membebankan orang yang benar-benar cukup duit untuk makan pakai. Bukan pertama kali diperkenalkan untuk negeri Johor katanya.

Bagi yang belum/samar-samar mengetahui, zakat fitrah yang kita bayar (simpan resitnya) boleh digunakan untuk menolak jumlah bayaran yang yang perlu dibayar untuk cukai pendapatan. Hasil zakat digunakan untuk tujuan yang telah ditetapkan syarak. Jadi duit itu dibelanjakan di jalan yang benar dan halal.

Kalau nak menderma dengan membawa cek palsu besar pintu rumah sambil diambil gambarnya menggunakan kamera bertali lebar sangkut kat leher dan divideokan untuk masuk berita tempatan kita tak mampu, bayar zakat pon aku rasa dah cukup baik untuk diri sendiri dan keluarga kita.

4 ulasan:

Mard berkata...

penah dgr tak orang beli krete mahal, tak merungut pasal harga but when it comes to paying his zakat fitrah, merungut bagai nak rak kata fitrah tahun ni mahal...
and i'm like...huh?
(ini kisah benar)

Adam Ruslan berkata...

^T. Mard^

Tak tau la kalau ada jugak yang nak mengeluh membayar zakat fitrah. Belum masuk lagi zakat-zakat lain lagi.

saiful berkata...

Yang paling penting ikhlas.

Kalau mampu apa salahnya bayar lebih...

Apa pun Allah menilai apa yang ada dalam hati kita...

Adam Ruslan berkata...

^saiful^

Ikut kesedaran sendiri. Tak salah pon bayar lebih untuk tujuan kebaikan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...