Advertlets

Rabu, November 18, 2009

Kanak-Kanak Memang Riang - XVIII

Apakah kaitan ceruk pintu, ruang kosong rak belah bawah, laci meja, ruang antara meja mekap dengan almari laci, sudut tepi sebelah Tv dengan Ammar?

Ye, ini semua tempat feveret Ammar bila kena dengan perangai dia. Perangai entah mana datang. Tidak pernah dia disekolahkan untuk menurut perangai sebegini. Merajuk.

Tak de sebab dia nak merajuk. Kadang-kadang bila permintaan tidak dilayan. Kadang-kadang bila sengaja aku dan Ezi tak nak melayan. Maka pergilah Ammar ke tempat-tempat yang berdekatan seperti di atas. Dan merajuk.

Bibir terjuih. Muka masam. Kepala ditundukkan. Tangan bersilang. Mata dikecilkan. Kadang-kadang siap mengeluh. "Huhhh!". Dan sangat comel.

Selalu-selalu, kami gelakkan sahaja. Tapi nanti-nanti dah besar kena juga diambil perhatian. Takut memudaratkan.

Menda macam ni biasa untuk anak bongsu. Jadi, SEMENTARA Ammar masih bergelar bongsu, boleh la dia berperangai bongsu sebegini. Bila dah tak bongsu nanti pepandai dia la. Hahah.


Budget comel la boleh buat macam ni.

Mesti kat ceruk atau penjuru. Baru lokasi yang betul.


"Hah, tu mula la tuh nak jadi lipas, masuk ke segala ceruk" - Ezi

Memang dia masuk betul-betul. Dan comel!

11 ulasan:

a z m i r berkata...

memang comel!!

noor afzan berkata...

sempat lagik snap pic si comel majuk ek..
btw, mmg cute sgt2..

d u t a berkata...

+ macam pak dia +
suka sorokkan kertas sejarah dari duta!

amANI berkata...

^azmir^

seriesly kami tidak tahu mana dia dapat perangai itu. Kecik-kecik ni comel la, dah besar buat macam tu takde masa nak layan.

^afzan^

Ini la kegunaan kamera kompak, cepat dan tangkas mengambil gambar. Kualiti tidak perlu dirisaukan. Momen yang penting.

^duta^

Heheh, kalau encik Duta, aku tahu cemana rajuknya. TULIS SURAT. heheh.

Juan Nazlan berkata...

hahahaha.. nilai gambar2 ni akan naik seiring ngan usia ammar..

amANI berkata...

^Juan^

Aku harap kawan2 Ammar nanti tak buka blog ini dan curik gambar ini letak kat 'FB' dorang suatu waktu nanti. Hahah.

Juan Nazlan berkata...

wakakakkaa.. kalau camtu, aku curik siap2 la gambar ni..

saiful berkata...

Sama la dengan Syasya, Kalau merajuk, macam-macam alasan dia. Hmmm... Bila dah ada Syafi dia merajuk sorang-sorang ja lah. Hehehe...

NorAlHidayah berkata...

dia tau bila wat mcm tu nampak comel, sebab tu dia buat.. kang klu xgi kt ceruk cuma dok tengah ruang org xperasan plak dia tgh merajuk kan.. lagi2 klu dia tahu dia akan jd glamer mcm ni,smpi ke doha dpt tgk dia merajuk lagi la dia suka gaknye.. apa pun pi la risik2, mana tau penyakit keturunan mak pak dia dulu kan.. :)

amANI berkata...

^Juan^

Apa-apa untung kita cut 50-50. Hahah.

^Saiful^

Syasya sulung lama sangat, sampai terasa dia bongsu suatu ketika kot. Heheh.

^Di^

Abah dia tak suka glemer2 nih. Hahah.

Helmie Hleb berkata...

gile klakar tul ammar nie..abg dia x jeles ker dia pandai acting cmnie?ehhheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...