Untuk Raman, hepi birthday semalam. Entah dia baca ke idak ini. Duduk jauh tepi pantai berlumut setia menjaga penjana letrik semata-mata tak nak orang lain seluruh negara bergelap gelita. Semoga bekerja dengan tekun dan rajin. Kot ada letrik lebih-lebih tu, kirim-kirim la kemari.
Alang-alang dah ucap hepi besday, sekali hepi besday juga untuk pakcik Arsene Wenger. Harap besday wishlist dia adalah untuk menang semua piala musim ini. 60 tahun dah dia. Gallas betul-betul bagi Wenger kecik hati, kalau tak gol semalam dengan AZ Alkmaar kan bagus. Tak jadi Wenger lompat-lompat genggam tangan kat tepi padang semalam. Takpa, seri 1-1 pon terima ajelah.
Woo, besday Raman sebelah menyebelah dengan Wenger rupanya. Hahah.
Ini hadiah yang Raman beli kat Stadium Emirates sebagai salah satu tanda terima kasih menjadi penjamin pelajaran dia. Berdebar-debar hati aku masa dapat surat bila tengok nombor sampai 6 digit itu. Harga sebiji rumah semi-D 3 tingkat siap kolam renang oo kat sini. Mujur dah jadik jurutera sekarang. Jangan buat lupa nak bayar pulak bila dah ada gaji nanti.
Mekasih wei. Ada rezeki aku pi Manchester City, aku beli tali kasut yang sama macam Bellamy pakai bagi kat hang. Amacam?
5 ulasan:
bro..mmg jeleh nie..customade lak tue..dengkie2x..hehehe..
makasey ye susah2 buat entri khas utk aku, wlpn aku dpt rskan lebih berunsur udang disebalik batu berbanding serampang 2 mata hahah.sibaik tebukak blog ni dikala test2 godek laptop kompeni yg baru dpt hohoh.nnt ade letrik lebih aku bwk la g jb. slm dan selamat.
^Helmie^
Hahah, dah nama dah sama dengan nama player Arsenal ada la rezeki.
^Raman^
Wei, mana ada main udang sebalik batu semua ini, hahah. Jangan lupa tengok2kan temperature gauge kat sana. hahah.
wah wah wah dah tua2 pun dapat gift hoho :P adam lately sungguh in writing mood kah :D
^fiziskandarz^
Biasa-biasa je mood menulis ni. Hahah. Tak terkejar nak menulis tetiap hari.
Catat Ulasan