Advertlets

Isnin, Disember 28, 2009

Kanak-kanak Memang Riang XX

Alang-alang hantar Yam kat KLIA hujung minggu baru ni, sekaligus la aku hantar bebudak berdua tuh naik kapal terbang. Bukan selalu dapat peluang percuma macam nih. Dorang kemain seronok. Naik je tak ingat dah nak turun. Elok pulak bila turun kapal terbang ada bas bulu tangkis (shuttle bas) dah tunggu kat bawah. Lagi seronok. Dua kenderaan awam yang best untuk kanak-kanak. Hebat. Dashyat.

Releks-releks je aku kasik kebenaran untuk Ammar dan Aqil naik kapal terbang itu hari. Sempat juga pesan kat Aqil. Nanti naik kapal terbang elok-elok. Jangan buat perangai dengan orang lain, jaga adik sama. Nak naik tangga tu tengok-tengok juga, jangan laju sangat. Kalau ada tali pinggang tu, pakai. Takpela abah dengan ummi tak ikut pon, Aqil dan Ammar dah tau dah semua tu. Abah tunggu kat bawah sudah.

Hati gembira je dapat hantar dorang nak naik kapal terbang secara bersendirian. Untung budak-budak zaman sekarang, naik kapal terbang macam naik basikal. Bila-bila boleh naik.

Zahin pon turut serta menemani mereka dalam aktiviti berketerujaan tinggi ini. Tak kisah apa dah dorang semua. Berseronok je dorang tahu.


Ni gambar kapal terbang buat mukadimah je, tak de kene mengena dengan ini cerita.

Ni baru bukti bergambar sebenar. Heheh.

"Aqil, naik tu tengokkan adik jugak ye"


Ammar dah siap naik bas lepas turun je dari kapal terbang, Zahin terpaksa menarik Aqil turun dari kapal terbang, satgi bas tinggal cemana?, Naya.

2 ulasan:

d u t a berkata...

+ shuttle = bulu tangkis +
mmm shuttlecock = bulu tangkis kot! no wonder cikgu mat noor bagi B... k!

Adam Ruslan berkata...

^duta^

Shuttlecock ada nama pendek, nama dia shuttle.

Bagi aku, maksudnya masih separa sama.

Cikgu M.Nor pilih kasih. Tengok tulisan lawa tak lawa je. Bukan baca isi kandungan pon.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...