Advertlets

Khamis, Disember 03, 2009

Dugaan

Seminggu lepas, dugaan datang dalam bentuk kesibukan. Sibuk walaupon berstatus cuti.

Minggu ini, dugaan datang dalam bentuk tidak sibuk langsung. Sebab daerah Tumpat ini hujan dikala pagi, petang dan malam serta bila-bila masa.

Disebabkan tidak sibuk langsung, semalam aku perati segala aspek penjuru serta ruang dan sudut pada kereta kelas pertengahan aku. Dan disebabkan terlalu banyak memerhati, banyak pula defect yang entah bila akan diperbaiki.

Aqil panjat bonet depan kereta, habis bercalar bonet depan, mujur masih boleh dihilangkan dengan wax.

Lantai belakang secara misteri lembab berair dibawah karpet. Tak tau apa punca.

Minyak enjin setitik dua menitik di lantai garaj. Juga tak tahu apa punca.

2 kali aku dah jek kereta guna jek tayar. Suluh sana sini, tak dapat kesan apa punca. Amaran pada jek kereta mengatakan jangan sesekali berada di bawah kereta dengan hanya menyokong kereta dengan jek tayar. Jadi aku gerun nak baring lama-lama bawah kereta.

Setelah gagal mengenalpasti kecederaan kereta, aku belek pula luarannya. Hasilnya, aku terjumpa masalah yang lagi genting dan mencabar. Aku terlupa dan terlalai bahawa cukai jalan kereta kelas pertengahan aku dah tamat tempoh sejak 27 November 09. Aku masih perlu mengharungi perjalanan ~800km ke selatan bermula esok.

Dugaan buat Aqil adalah untuk bertarung dengan air hujan dan air larian permukaan yang tak lari pi mana pon.

9 ulasan:

Juan Nazlan berkata...

bonet basah:
ada leaking la tu.. selalunya kt bahagian getah di sekitar bonet. penyelesaian mudah, depa akan tebuk bawah tempat tayar spare tu supaya air tak bertakung. dah tru tengok ruang simpanan tayar spare tak? mungkin dah ada ikan di situ.. dalam keta ada nyamuk aedes tak?

minyak menitik:
selalunya dari gearbox. mungkin ada leaking dari mana2.. oil seal mungkin sudah rabak. tak pun daripada kawasan2 head.. mungkin gasket sudah terbakar. masalah ni bila enjin sejuk tak nampak. selalunya bila enjin panas, baru minyak naik ke ruang pembakaran di kawasan head. kalau gasket sudah rabak, mungkin menitik keluar beberapa titik. tapi, kalau kereta baru lepas servis, masalah minyak menitik adalah norma.
(kalau leaking dari gasket head, kena buat top overhaul, gearbox ada bunyi humming tak?)

roadtak mati:
sila pakai serban / kopiah dan baca doa2 tertentu supaya pegawai penguatkuasa terutamanya JPJ akan berlembut hati..

itu ja yang mampu aku fikirkan buat masa sekarang. apa pun, jangan percaya cakap aku. sila rujuk ke bengkel yang bertauliah.

selamat pulang ke selatan..

sa_ya S A I D A H berkata...

usihh..lama dah mati road tax tu..mcm mana bole tak perasan..hehe..bawak je gi workshop, insyaallah sume beres..berhati-hati dijalan raya.. ;))

Helmie Hleb berkata...

bro..selamat pulang ke jb..jauh tue..

noorafzan.blogspot.com berkata...

isk2...
sadis2..
part last tu la paling bahaya~

Adam Ruslan berkata...

^Juan^

1. Yang berair tu lantai kaki penumpang belakang, dua-dua belah (kiri kanan). Bukan bonet belakang. Jadi?

2. Minyak menitik sejak servis 2 bulan lepas (Raya). Tapi masih konsisten, setitik dua je tiap kali.

3. Road tax, nanti lepas baru aku cerita.

^Saidah^Helmie^Afzan^

Mekasih dan akan memandu dengan selamat.

Unknown berkata...

bagus juga idea pakai serban dan berdoa. Cuba-cuba ko praktkan & feedback keberkesanannya berapa lama boleh bertahan. Cuma aku rasa tidak berbaloi kena saman rm300 sbb tak renew roadtax yg harganya kurang dr rm100 bg kereta kelas pertengahan macam aku

Juan Nazlan berkata...

oooo.. lantai belakang.. alamak.. kalau ada kebocoran, tempat duduk tu mesti basah jugak. aku rasa (rasa je la) mesti ada air tumpah (kuantiti banyak) kot.. takpa, tru keringkan dulu (karpet lantai/big carpet ni payah nak kering sebab tebal & penebat api).. kena cuba keringkan dulu baru boleh tau ada kebocoran ka tak (kalau nak detect sendiri la, kalau takmau hantaq kedai ja)..

pasai minyak tu, selagi enjin tak tempang (bila start, enjin gegar2), selagi takdak minyak2 tersurat kelihatan pada engine bay dan selagi gear senang dimasukkan, sila la abaikan..

dan jangan lupa pastikan aqil dan ammar buat muka cute bila jumpa roadblock.. hehehehe..

shooter berkata...

+leaking+
try check sealer pintu penumpang. kena bukak panel pintu dari dalam tu. sealer tu kaler hitam untuk lekatkan plastik cover. aku kena kat area pemandu kete skyline dulu. time hujan boleh nampak air bertakung. cepat2 rectify

Adam Ruslan berkata...

^arzame^Juan^shooter^

Sila rujuk entri seterusnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...