Advertlets

Isnin, Disember 21, 2009

Chunkies

Kata ganti nama atau nama panggilan mahupon nama samaran adalah sesuatu yang seronok. Seronok untuk dibaca, tapi lagi seronok kalau kita mengetahui kisah di sebalik nama terbabit.

Baru-baru ini, rakan maya yang juga tidak maya aku juga telah menukar nama samarannya. Apa kisahnya? Aku hanya boleh mengaitnya dengan pemahaman aku sendiri sahaja. Dia lebih tahu. Tapi sedap juga, dari hantu dah bertukar menjadi orang betul. Tak gitu? Tapi, tajamnya mana? Heheh.

Memberi nama gelaran juga sedap untuk dilakukan, tambah-tambah buat budak sekolah asrama yang tiap-tiap hari kita tengok muka dia je. Naik menyampah dengan nama kurniaan ibu bapa mereka, diberi nama gelaran oleh kawan-kawan. Juga ada nama gelaran yang diturunkan dari senior kepada junior. Ini juga agak bedebah kerana kadang-kadang, disamakan sahaja riwayat hidup junior yang suci itu dengan senior berkenaan yang penuh sejarah dan calit-palit. Aku dah berkira-kira nak buat entri penuh pasal nama gelaran, tapi belum terasa nak buat lagi.

Aku sudah menaip sampai 3 perenggan pendahuluan ini adalah untuk membuat orang mengamuk membacanya, sebab cerita aku bukan semua yang berkenaan seperti di atas. Cerita aku yang sebenar adalah pada tajuknya. Blog perlu identiti bukan?

'Chunkies' adalah satu perkataan yang masih tiada dalam kamus Oxford mahupon Webster. Yang ada hanya 'Chunk' dan kata seterusnya 'Chunky'. Aku terbitkan nama Chunkies pada awal tahun 1996 masa kami pelajar tingkatan 4 Mawar berkira-kira sambil memerah otak untuk menamakan pasukan bolasepak terhebat kelas kami sendiri. Ia berbunyi agak sedap macam biskut. Kiranya kalau kalah, lemau boleh dijadikan sebagai alasan. Ini adalah satu-satunya pasukan bolasepak bernama sendiri pada waktu itu. *Lemau - patut la asyik kalah je. Hahah.

Dalam kepala, masa menerbitkan nama Chunkies, sudah terbayang rupa bentuk maskotnya. Setelah aku buat lakaran asas, kemudian dipelbagai reka dan diperhalusi oleh Adz, Lobo dan Edex, inilah rupa Chunkies. Juga tiada lagi sebarang karekter yang hampir 100% menyerupai rupa bentuk makhluk ini setahu aku. Harap hak ciptanya masih dan akan lagi terpelihara.

Chunkies yang dingin.

Ada pelbagai lagi rupa bentuk karekter ini dalam pelbagai versi, versi aku, versi Lobo, versi Edex dan dalam pelbagai gaya. Tapi, gaya pegang pistol ini jugak yang menjadi. Sebagai maskot, Edex siap buat cop getah dengan menoreh sebuah getah pemadam jenama Steadler rupa Chunkies ini. Memang gigih. Kalau aku ada bakat melukis macam kartunis, yang sekali lakar terus menjadi, mungkin dah jadi komik pendek dah Chunkies ini. Versi aku, pegang pendang besar dan ada janggut. Kiut weh. Heheh. Tapi bakat melukis atau melakar aku tidak berpotensi. Paling marketing aku pernah buat adalah buat stiker hitam dan putih rupa bentuk Chunkies ini atas kepala motor. Rare punya stiker. Menoreh stiker sendiri secara manual memang asyik.

Kini, aku ingin mencadangkan satu lagi nama sedap. Pihak mana yang belum mempunyai nama samaran sendiri, bolehlah kalau nak cuba untuk menggunakannya. Jadi emel ke, alamat blog ke, nama pasukan bola dalam fantasy footbal ke, nama kereta sendiri ke, nama pokok kesayangan ke, nama dompet kesayangan ke. Jangan bagi nama anak sudah.

Shilantro Porcupyne.

Sedap tak? Aku rasa sedap. Heheh.

Boleh cuba untuk menerbitkan semula nama di atas kepada perkataan asal usulnya kalau terer. Nanti kita sambung asal usul Shilantro Porcupyne pulak. Hahah.


Ini adalah Chunkies yang lebih glamer sekarang. Aku nak royalti weh !

3 ulasan:

shooter berkata...

rugi ko tak patern kan nama chunkies dulu2. kalau tak dah leh saman mamat pembuat cokelat ni macam nak saman raja petra.

noorafzan.blogspot.com berkata...

ahaha~
nama kumpulan rupenye..
coklat tu nampak sodap la pulak..

rugi x patenkan dulu kan..
kalau idak dah lama leh claim royalty..

Adam Ruslan berkata...

^shooter^

Takpela, dalam kepala masa petik nama Chunkies ni pon ada terbayang cokelat juga. Sekarang baru muncul. Sebelum ni ada Kit Kat Chunky. Hahah.

^afzan^

Heheh, coklat itu dijumpai di Mydin.

Lembaga Paten Negara duduk kat mana agak-agaknya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...