Cerita 'Dari Sebalik Tabir' atau DST sebegini adalah pengisi untuk sesuatu majlis. Ianya boleh dan akan diulang-ulang untuk dilakukan pada kenduri-kenduri lain pada masa akan datang. Aku tak nak la bercerita hal ehwal pengantin, dia pakai apa, dia pi mandi bunga, dia solek kat mana dan sebagainya. Itu biar dia yang buat blog, kasik cerita sendiri. Tak gitu Shidah?
~ Petang hari Khamis, esok Jumaat, hari Raya. Malam Raya, Shidah akan menikah.
Pak Hood adalah satu-satunya anak Tok Wan dan Tok yang berstatus bermukim di Kulim. Mak dah kira status bermustautin di Kulim. Sebab dah separa Kulim separa Subang.
Pak Hood turun jugak petang Khamis tu, jenguk-jenguk mereka yang sedang bertungkus lumus untuk hari itu. Tanya cukup ke tidak kelapa. Kemudian duduk-duduk cari kawan bergebang. Tak da masak apa sangat hari itu, lebih kepada nak jamu 40 orang makan, budak-budak KMK yang membuat pilihan untuk tak balik raya Haji sebab rumah banjir, tiket kapal terbang mahal, bas nak balik semua habis, kawan-kawan ramai serta rumah terlalu dekat untuk selalu balik rumah.
Aku pada masa itu sedang berusaha keras melakukan kerja-kerja persiapan, peluh menitik-nitik, baju kat belakang dah basah lencun, eksesais lari keliling tasik pon tak berpeluh macam ni. Aku cuba sedaya upaya menghabiskan kerja berat ini. Orang yang memandang pekerjaan aku pon tak sanggup nak menerima beban yang berat ini, jadi aku dipertanggungjawabkan untuk kerja ini.
Kerja itu sangat sukar. Lagi memerlukan kegagahan seperti yang aku ada.
Ok. Aku tengah menyapu habuk depan porch rumah. Berat bukan?
Sambil menyapu, aku tegur Pak Hood yang tengah sedap duduk-duduk sahaja di sofa yang baru je dikeluarkan ke porch depan rumah. Tangan kanan sepit rokok, atas meja ada gelas air teh.
"Eh, Pak Hood habis reja awai ka? Ka cuti separuh hari, hari ni?" Aku sapa, sambil melakukan kerja yang tidak kurang beratnya, mengambil penyodok sampah untuk mengumpul habuk yang disapu.
"Aku hari ni pi Sg Tuang" Seraya Pak Hood menyambut. Pak Hood memang pakar gebang bersembang.
"Oooo, kira dari Sg Tuang pastu teruih mai sini la, outstesen la kiranya?" Aku angguk seakan paham. Cuba membayangkan peta negeri Kedah serta daerah Kulim, Sg Lembu aku tau, Sg Keladi aku tau, Sg Karangan aku tau, Sg Sedim aku tau, tapi Sg Tuang ni samar-samar. Dekat-dekat Ceruk Tok Kun kot.
"Haa macam tu la" Pak Hood jawab. Sambil sedut hembus asap rokok.
"Eh, Sg Tuang tu kat mana, ada reja apa kat sana?" Aku tidak dapat lagi membendung perasaan untuk cuba mengemaskini GPS manual dalam kepala otak. Apa guna bagitau orang aku punya kampung kat Kulim kalau tak Sg Tuang pon tak tau kat mana.
"Hang tak tau Sg Tuang?! Sg Tuang? Sg Tuang?" Berkali-kali Pak Hood cuba memastikan, betul ke tidak aku tak tau Sg Tuang. Aku dah terasa macam GPS manual aku sangat koman spanar. Memang tiada dalam memori langsung nama tempat itu.
"Ha la, tak tau, rasa macam pernah dengaq, tapi tak tau kat mana" Aku jawab ikhlas. Memang kalau tak tahu jalan atau tempat, Ezi kata kena tanya. Bukan duduk diam dan pergi Google di kemudian hari. Nahas nanti. Kata Ezi selalunya benar.
Pak Hood tidak terus menyambut jawapan ikhlas aku. Dari tadi dia serius, kini bibir dah sedikit mengukir senyuman. Mungkin sengaja menarik aku supaya lebih bertanya, supaya lagi sedap dia menyimpan rahsia Sg Tuang yang misteri.
"Ala, Sg Tuanggg, tuang?"Pak Hood ulang lagi.
Serentak aku terus menjawab. "Oooooh, tuang hat tu!" Aku sudah terkena rupanya.
"Ha la, aku tuang reja la harini, takdak reja pon, peruntukkan awai taun dulu dah habih dah, nak reja apa lagi, masuk mesyorat orang tanya status perkembangan, aku jawab sama seperti bulan sebelum ini, dah memang tak dak budget dah".
Pak Hood sambung lagi yang tahun depan dia nak selesaikan budget yang kompeni pusat bagi dalam awal bulan 6. Siap semua kerja, dia boleh pi Sg Tuang setengah tahun.
Aku habiskan kerja berat aku cepat-cepat. Bukan sahaja memori GPS manual sahaja yang tak terkemas kini, tapi aku disekolahkan kelas bahasa Kedah pulak. Kampung kat Kulim konon. Ceh.
9 ulasan:
Salam...
Abgkn slalu kenakn Ayng dgn lawak bhs cmtu.Sesekali sndr kena best jgk na.Hehehehehe.
Aku faham kenapa hang terkena. Ini membuktikan hang tak pernah tuang apa2 kelas semenjak masuk tadika lagi
+ tak pernah ? +
mmm ahmad s mungkin menyimpan bukti... silakan hujahan!
1.tak pernah gagal menangkap student @ LDP yang lepak kat bilik tv tengok muzik2 akhir semata2 nak tengok kak ziana.
2.tak pernah lihat amani kat mapler di kawasan sekitar kem
+ kak ziana +
woit... shooter! ooo... but masa tuh kalau kena tangkap pun, leh cakap ngah cari student ponteng prep ke apa!
+ mapler +
dia masak tomyam dgn bekas berbekam nanah! euww!
+prep+
Wah...kecil2 sudah pandai putar belit ya kak putri?isk isk
+bekam+
merepek je hang ni. pengetua pon makan mapler tau
^Ummi Amani^
Biasala, bila kena baru boleh belajar. Dan mempraktikkannya semula. Heheh.
^shooter^
Tadika - tak ingat pernah ke tuang.
Skolah rendah - tak pernah sengaja tuang.
Skolah menengah - ada tertuang semata pelajaran dua kot.
Universiti - hari2 tuang. Heheh.
Mapler - memang tak pegi, makan 6 kali sehari tak cukup lagi ka? Heheh.
^Duta^
Mana ada tomyam masak guna bekas bekam. Bekas bekam sedut nanah guna cawan tidak bertuan la. Tomyam guna periuk nasi ok.
+Bekam+
Owh...baru aku teringat kisah itu kat asrama. eeeeeeuuuuuuwwwwwww
^shooter^
Aku hanya tolong kawan-kawan. Dah nama duduk dalam kem askar, sedut nanah stail askar la.
Catat Ulasan