Advertlets

Ahad, November 15, 2009

Sinetron Dramalova - XXIII Laut

~Jalan Laundry, Rio de Janeiro. Dalam kereta.

Diego dan Marcia baru lepas makan malam. Hujan renyai-renyai. Bandar Rio de Janeiro sudah berubah.

Jalan-jalan tidak lagi sesak dengan motor-motor bernombor plat asing. Kuasa kuda tinggi. Ada Givibox di belakang. Pemandu motor berlitup mulut. Kasut but getah kaler kuning. Tiada lagi.

Demi memeriahkan suasana bandar Rio de Janeiro. Majlis Perbandaran Rio de Janeiro (MPRdJ) telah mewujudkan gerai-gerai ala-ala 'Uptown' ataupon 'Downtown'. Perlaksanaan yang menjadi untuk suasana malam minggu. Jalan menuju susur Jalan Laundry menjadi sesak.

Marcia : "Nampak macam jem je, tak yah la masuk"

Diego : "Eh, alang-alang dah sampai sini, kita masuk"

Menyelusuri jem di kala waktu malam hujan renyai-renyai di bandar seperti Rio de Janeiro adalah bukan norma. Jem itu sendiri tiada dalam kamus pemanduan rakyat-rakyat Rio de Janeiro, kecuali di plaza tol ketika cuti Raya Cina. Meskipon begitu, plaza tol pon hanya disebut sekali sahaja dalam kamus pemanduan rakyat Rio de Janeiro. Entah apa yang dikejar rakyat Sao Paolo sana. Tol dan jem adalah perosak produktiviti.

Rodriguez: "Abah, tak nak la lalu sini, nak tengok air"

Diego : "Riguez nak tengok air? Kejap, abah pusing jap lagi"

Marcia : "Ha'ah, Rodriguez tu dari semalam lagi, mintak nak pegi hotel la, nak berenang kat kolam la, ni mintak nak tengok laut pulak, rindu sangat nak mandi laut agaknya"

Diego : "Tak payah kata Rodriguez la, abang pon memang terasa nak mandi laut jugak, time monsun cengini la baru terasa nak mandi laut".

Marcia : "Hemphh, sama je bapak dengan anak".

Jalan Laundry yang dahulu gelap, lorong hitam, dada terdedah, mata meliar kini cerah, berlampu neon dan ramai manusia pelbagai jantina berbilang bangsa.

Diego tinggalkan Jalan Laundry dan menyelusuri jalan laut. Tingkap dibuka untuk Rodriguez bermain angin laut.

Sepatutnya, kerajaan Brazil menggalakkan syarikat kenderaan nasionalnya menyediakan bumbung boleh terbuka siap dengan lapisan filem hitam pekat dengan 'remote' mudah alih. Bukan memanjangkan tempoh AP.

Nak mandi laut Cina Selatan!

4 ulasan:

d u t a berkata...

+ jalan laundry +
bagusnya! dah jadi ala downtown n uptown... suka tau tiru KL

shooter berkata...

+jalan laundry+
tempat lepak bapuk-bapuk JB satu masa dahulu. <- i dapat tau dari rakan kay

Juan Nazlan berkata...

hehehe.. teringat pantai yg kita pi mandi beberapa tahun yg lalu.. best!

Adam Ruslan berkata...

^Jalan Duta^

Bukan tiru, salin dan tukar rekabentuk je.

^redghost^

Takpe2. Aku paham.
.
.
.
Takut bini marah la tuh. Hahah.

^Juan^

Itu la, tak tersangka dah beberapa tahun sudah rupanya. Dulu pi masa masih anak sorang satu. Skarang dah sorang dua.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...