Advertlets

Khamis, Oktober 29, 2009

Kanak-Kanak Memang Riang - XVII

Baru-baru ini, Aqil punyai rindu terlebih terhadap Abahnya. Yelah, dalam sebulan ini, dah 3 kali bertugas di luar kawasan. Mungkin sebab selalu sangat ditinggalkan, asal nampak Abahnya bersiap pakai smart sikit, mesti Aqil tanya, "Abah nak pegi mana?". Walaupun kekadang, Abahnya baru je landing nak baca paper baru balik kerja, Aqil akan tanya "Tadi Abah pergi mana?". Balik makan tengahari pon sama. "Tadi Abah pergi mana?".

Semalam, masa aku nak sarungkan stokin, nak kembali ke pejabat selepas makan tengahari di rumah (para suami yang isterinya bekerja atau opis jauh dari rumah, sila telan air liur sambil cemburu di hati dengan kenyataan ini ye, yang bujang, sila jadikan ini impian di sanubari). Aqil buat satu ayat penyata yang betul-betul buat aku tergelak.

"Abah, hujan tu kat luar, nanti kalau Abah keluar, habis basah, Abah tak yah la pergi kerja" Aqil penuh emosi dan riak muka sengaja menggoda supaya aku tak pergi kerja.

Aku tergelak bila dengar dia cakap macamtu, dalam hati: "Kalaulah bos Abah yang dengar Aqil cakap macamtu, mungkin dia bermuhasabah diri dan terus dia bagi Abah cuti hari ini".

Ada potensi untuk dia memberi pelbagai alasan untuk tak nak pergi sekolah nanti besar. Banyak sangat idea. Hahah.

Nota kaki amANI: Dengan penuh kasih sayang, Ezi kejut aku suruh tengok bola Arsenal lawan Liverpool pagi tadi, tapi bila terjaga dah siaran tertunda Chelsea lawan Bolton. Aku bukak cenel 'berita' paling pantas lagi sensasi, cenel @15, terus dapat tahu budak-budak-belum-habis-SPM Arsenal menang dengan Liverpool. 2-1. Malas nak ulas apa-apa, sebab tahu Arsenal memang terrer.


4 ulasan:

noorafzan.blogspot.com berkata...

ekekeke~
dah baca dah entry kak ezi tuh..
baca yang nih lagi..
aqil mmg budak bijak..

shooter berkata...

bijak anak hang. pandai menggoda. hahaha...mesti depa manja dengan hang kan.

Adam Ruslan berkata...

^afzan^

Sebab nama dia Aqil = Banyak akal.

^redghost^

Ummi dia lagi rajin kutil peha dorang berdua. Abah dia kadang-kadang je. Sebab tu manja kat Abah. Hahah.

Ummi Amani berkata...

Salam...
Ummi ambillah yang garangtu. Biarlah anak-anak lagi manja dengan Abah. Kalau Ummi tak macam tu,ikut gaya Abah boleh jadi 'Anakku Sazali' Amani berdua. Manja terlebih. Ummipun Abah tak manjakan macamtu sekali. Hehehe...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...