Advertlets

Jumaat, November 06, 2009

Berita yang aku hairan

Kalau nak bubuh berita sebagai penyedap propaganda kerajaan, aku tak kesah. Sebab aku dah boleh membaca di antara 2 garisan.

Tapi berita yang ini, macam nak kaver kerusi empuk editor surat khabar The Bintang sebab melibatkan anak pada WIP.

Students survives crash into wall below flyover.

Penulisan berita ini dah macam menulis untuk blog. Samar. Menggunakan ganti nama yang tidak jelas dan imej yang diberi telah di-sentuh-atas.

Yang jelas lagi nyata:

1. Nama pemandu yang belum amik SPM itu hanya Mohd Aliff. Nama dia Mohd, nama bapak dia Aliff? Hairan.

2. Nombor plat kereta sukan satu pintu kaler biru yang rebeh melanggar tembok itu disamarkan.

3. Nama pemilik kenderaan yang dilanggar adalah nama penuh (tidak berkepentingan pada suratkhabar The Bintang).

4. Kat bawah no plat AAR 1 kereta merah tu ada tulisan. Juga disamarkan. Takkan tulisan nama kompeni yang jual kereta pon nak samarkan? Ke tulisan itu adalah "Kementerian Sekian-Sekian'?

5. Dedua kereta lain ada sticker 'P'. Kereta sukan Mohd Aliff pon samar-samar ada sticker 'P'. Ke imej yang telah di-sentuh-atas je sticker 'P' itu?.

6. Mohd Aliff dalam perjalanan memandu pulang dari perpustakaan. Dah, apahal nak laju-laju kat selekoh kalau setakat baru balik dari perpustakaan? Juga, apahal pergi perpustakaan kena bawak kereta sukan? Naik bas dan lrt macam remaja-remaja bersekolah lain tak boleh?

Aku harap editor Tv tak buat kerja membaca berita macam ni.

Kaya, tapi miskin moralnya.

7 ulasan:

Ummi Amani berkata...

Salam...
Mainan dunia...

duta berkata...

+ editor +
makan gaji kementerian. kalau tak makan gaji... nak makan kerusi? hehee... sian editor.

sa_ya S A I D A H berkata...

biasa la tu..takut lingkup kalau dedahkan semua.. dahsyat ye, belum abes spm dah bawak kete sport. kita orang biasa yang kerja bertahun pun belum tentu dapat beli kancil.

amANI berkata...

^Ummi^

Perlu juga mengenali apa yang dimainkan dan siapa yang bermain.

^Duta^

Media swasta juga takutkan organisasi kerajaan?

Ini ehwal individu, bukan ehwal organisasi yang individu itu duduki.

^Saidah^

Rakyat kebiasaan mampu beli kasut sukan je. Hahah.

duta berkata...

+ gagagaga +
mungkin ada orang pula yg berkata tidak adil utk kita... mmm... bekerja dan pekerja adalah satu perbezaan. mmm tak pe, ni antara dia ngan tuhan dia... hahaha... mungkin tuhan nak tunjuk hint permulaan buat dirinya... urusan tuhan! amin!

noor afzan berkata...

sudah tak hairan dengan berita surat khabar sekarang nih..

amANI berkata...

^duta^

Hahah, takpela, sekadar berkongsi apa yang dilihat.

^afzan^

Tak hairan takpe, janji menyelami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...