Babak 1 - Garis Kaya
Diego harap, Encik Carlos dan Puan Christina yang membaca berita ini akan mempunyai persepsi berbeza terhadap jiran mereka selepas ini. Tapi mesalahnya, ada ka mereka membaca suratkhabar The Bintang? Harap-harapnyalah. Kalau tak baca, harap mereka pandai untuk mengetip sahaja berita yang dihiper rangkai itu.
Ye, Menteri Wilayah Persekutuan Sao Paolo (yang asal naik je Perdana Menteri baru, berubah la namanya sekali lagi kini menjadi Menteri Wilayah Persekutuan dan Pembangunan Bandar) pon dah bersetuju bahawa keluarga berpendapatan sekitar Rs3,000 dan ke bawah untuk 4 orang isi rumah adalah menghampiri garis lintasan kemiskinan bandar besar.
Jadi, harap Encik Carlos sedia maklum hal ini dan jangan la segan dan malu nak jemput Diego seisi keluarga lagi untuk berhari raya ke rumah. Juga, apa salahnya datang berhari raya ke rumah Diego walaupon raya dah habis. Datang melihat sendiri TV 24 inci skrin lengkung bontot lebar jenama tidak dikenali dan sofa corak khas ihsan lukisan Rodriguez dan Pablo.
Babak 2 - Nilai Kaya
Masa balik beraya sebulan yang lalu, jalanraya sesak tak ingat. Terutama masa nak turun balik ke Bandaraya Sao Paolo dari Roraima kampung Marcia.
Kereta nilai mahal atau sedikit mahal dari kereta nasional Diego berplat negeri Sao Paolo banyak yang dah terlupa rumus dan formula yang terdapat di dalam buku panduan lalu lintas lesen 'L' Jabatan Pengangkutan Jalan. Asal ada ruang kiri yang khas buat laluan kecemasan, diharung laju kenderaan-kenderaan ini, tapi bila di hadapannya ada kenderaan yang berhenti atau tamat sudah laluan kecemasan itu, baru terhengeh-hengeh meminta sedekah lampu isyarat kanan tanda mahu berkongsi secebis laluan sebenar kenderaan-kenderaan yang masih paham formula dan rumus jalanraya.
Itu belum masuk yang memotong pada garis putih lurus berkembar 2. Bukan suka-suka hati pekerja Jabatan Pengangkutan Jalan nak cat putih garis lurus panjang-panjang itu sampai 2 garisan. Sebab jalanraya itu berbahaya untuk memotong la digarisnya sampai 2. Itu pon tak boleh nak paham ka?
Sebab ini hari raya dan Diego tahu dia kaya (moral) dan yang meminta sedekah itu miskin (moralnya). Diego sangat berbesar hati untuk memberi jalan, sambil ibu jari dihulur tanda hormat kepada tetamu. Bagi Diego, walau dompet tidak penuh dengan wang, hati tetap perlu kaya dengan budi bahasa.
Sepanjang perjalanan, Diego dan Marcia banyak mengenal orang yang kaya dan orang yang miskin sebenar dan orang yang sangat miskin sehingga perlu meminta sedekah. Mereka gembira dan senang hati menjadi orang paling kaya di atas jalanraya hari raya itu.
Percayalah, jika rumus ini diguna pakai semua pemandu, hati kamu senang, tenang dan girang. Tiada kata carut dan maki yang perlu dikeluarkan. Hanya kata-kata "Sebab aku tahu aku lagi kaya dari kamu, aku bagi kamu jalan untuk potong dari kiri ini, silakan". Dan kamu akan berasa sangat suka hati walau yang memotong itu adalah Mercedes Brabus putih rim berkilat. Sebab kamu memberi sedekah pada mereka yang sangat miskin. Miskin moral. Besar pahalanya.
4 ulasan:
benar itu..
jadilah semakin kaya dengan memberi jalan kepada yang miskin itu..
sikap terpuji nih..
syabas diucapkan.
hehehe.. kereta nasional amani lagi mahal dari kereta nasional aku..
Salam...
Lepas ni tiap kali kita travel jauh-jauh kita buat macam tu lagi na. Seronok,masih terbayang senyuman pasangan India yang naik motor sarat dengan anak-anaknya mengangguk tanda terima kasih kat kita.
^afzan^
Cuba-cuba la praktikan bila tengah jem. Memang senang hati.
^Juan^
Weh, WiSE masa tahun 2004 mungkin kurang dalam 2-3K je. Tapi kereta Diego tak ada kerusi berbakul Rikaro serta bumbung penghadang matahari berkontrol mudah alih. Hahah.
^Ummi Amani^
Yep, senang hati je walau jalan sesak teruk dan tempoh perjalanan sangat lama.
Catat Ulasan