Dalam laporan kewangan PETRONAS syarikat-syarikat konsesi IPP menikmati subsidi gas sebanyak RM20 billion pada tahun 2008 dan bertambah kepada RM22 billion tahun 2009. Siapa yang menikmati kebajikan yang sebenarnya? RAKYAT ATAU SYARIKAT PEMEGANG KONSESI? Bayangkan jika subsidi ini diagihkan kepada rakyat. Setiap rakyat Malaysia akan mendapat lebih kurang RM815 seorang. - Nuar Berahim.
Kalau sekali dengar, rakyat rasa sedap, terbayang RM815 masuk dalam akaun bank atau pon boleh tuntut di pejabat pos hanya dengan isi borang dan bagi Mykad. Tapi. Biasala, dah besar ni, otak kena la pakai sikit. Bukan ke dulu masa sibuk-sibuk hal ehwal Islam Hadhari dulu ada jugak buat macam tu ke?
Hujah ini sama seperti yang pernah aku dengar dalam satu perbualan antara Abah-abah pada satu masa musim raya. Waktu itu aku masih belum baligh pon lagi. Dah lama dah. Tapi lebih kurang beginilah ayat hujah parti Langit Hijau masa kerajaan nak buat Jambatan Pulau Pinang pertama paling panjang di Asia Tenggara pada waktu itu.
"Kalaulah kos membina jambatan Pulau Pinang itu diagihkan kepada setiap rakyat di Malaysia. Kita boleh isi setiap rumah di Malaysia dengan sebijik TV warna tiap-tiap rumah!". Sambil jari telunjuk penceramah menunjukkan tanda 1. Eh, dulu-dulu pon dah ada 1Malaysia kot?
Aku dapat bayangkan semua bersorak bertepuk tampar hadirin hadirat yang mendengar ceramah pada waktu itu. Tv warna beb! Bukan lagi Tv hitam putih tak berkaler. Cerita Hang Tuah P.Ramlee yang dah berwarna pon ada lagi rakyat Malaysia tika itu yang belum sempat nak tengok cemana rupa P.Ramlee pakai baju Hang Tuah kaler oren.
Ringkasnya, idea lama dikitar semula. Sesuai dengan keutamaan untuk penggunaan dan penguasaan teknologi hijau masa kini. Tapi tetap idea lama lagi 'lame'.
Bagi aku. Hujah itu 'lame'. Apa yang rakyat dapat kalau pembangkang sekadar ingin memburuk-burukan apa juga agenda kerajaan? Setakat komplen itu tak kena, ini tak kena, orang tu rasuah, orang ni rasuah, tapi tiada budget alternatif, tiada kabinet bayangan, tiada periksa dan imbang, tiada RMK-10 alternatif, pembangkang sedia ada adalah 'lame'.
Cuma, berapa kerat sangat rakyat Malaysia hirau hal-ehwal budget ni? Sebenarnya sebagai rakyat yang membayar cukai, aku rasa harus diambil tahu juga ke mana wang kita digunakan oleh Kerajaan. Tanggungjawab rakyat adalah membayar cukai dan melaksanakan hak mengundi. Tak buat dua-dua ini, walau berapa ratus demo/perhimpunan agung/muktamar/ceramah/rapat umum/makan malam/rumah terbuka politik yang sudah disertai, tiada asas untuk bersembang politik di sini.
Oh, apa dia? La ni musim pakat-pakat berebut jawatan, letak jawatan, mesyuarat luar biasa ek sekarang? Patut la 'lame'.
5 ulasan:
Salam...
Semoga anak-anak Ummi tidak menjadi orang politik,memang berat hati Ummi untuk merestuinya. Pesan Arwah Ayah,suka atau tidak kita perlu memilih iaitu mengundi sebab itu sistem negara kita kerana kita yang dipimpin wajib memilih pemimpin dan kita akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kita pilih juga kalau kita tidak memilih kita tetap akan disoal bila mati nanti. Bukankah itu satu amanah dan tanggungjawab namanya.
hmm..sama la juga bila harga minyak dunia naik dikatakan kenapa kita harus naik harga sedangkan kite negara pengeluar minyak? Lagi lawak dikatakan org atasan Petronas guna duit Petronas beli Jet Peribadi...huhu...tapiyang cerdik pandai kat tempat kerja aku pun percaya.......!! LOL!
^Ummi^
Yep, mengundi itu wajib. Tidak mahu memilih bukan lah satu pilihan.
^anese^
Dorang banyak sangat baca Kosmologi dengan Metrologi tu.
+Undi+
Aku suka kerajaan, tapi aku tak suka kera-kera itu. aku undi kerajaan @ aku undi kera-kera itu? jadi aku rasa tahun depan andai mykad aku tak laku, aku terpaksa pikir lagi kat sapa aku nak undi walaupun yang satu lagi tu tak tentu stabil.
+Afta+
dari tahun 1990,1991,1992,1993,1994,1995....2010.. setiap tahun akan di postpone... waja kat Arab jual murah, kat sini jual mahal pulak. Justukor betol. lupe lak, mesti la mahal nak kaver F1 nanti. aku doakan kaler scheme kete F1 bukan camtu. hudus
^redghost^
Undi adalah rahsia. Hahah.
Nak harap Afta turunkan rega kereta?
Cukai eksais masih dan akan dikenakan. Nama cukai je berbeza. Poket yang masuk tetap sama.
Cuma bila dikatakan bayaran AP akan digunakan untuk pembangunan industri otomotif bumiputera, itu aku agak ragu keberkesanannya.
Macam bila dikatakan wang subsidi akan digunakan untuk memperelok sistem pengangkutan awam negara la. Lama-lama, duit itu entah ke poket siapa.
Catat Ulasan