Advertlets

Isnin, Mei 11, 2009

Sinetron Dramalova part XI

Babak Satu

Suatu masa dahulu, Diego tak pernah mempunyai keinginan yang sangat mendalam untuk pergi JUSTUKOR. Terutama pada mula-mula Diego menjejak kaki di wilayah selatan Sao Paulo untuk memulakan karier. Masa itu, Diego cari kole besi buat makan mee segera dan bancuh air pon kat pasaraya biasa. Apatah lagi kelengkapan harian. Juga di pasaraya biasa. JUSTUKOR berdekatan rumah Diego baru lagi dibuka. Satu kompleks membeli belah paling menonjol di sekitar kawasan itu. Tak perlu lagi remaja muda mudi di kampus berdekatan untuk ke ANGSINI mahupun SITISKUER untuk membeli belah atau pun makan makanan pantas lagi segera. Tapi tak juga teringin langsung Diego nak pergi.

Cuma bila kahwinnya Diego dengan Marcia, keperluan membeli-belah Diego telah berubah. Harga barangan dan keselesaan mencari barang keperluan menyebabkan Diego buat juga kad JUSTUKOR bulan pertama mereka berkahwin. Kalau ada jualan Kad JUSTUKOR yang berdekatan, pasti Diego dan Marcia akan meramaikan jumlah pengunjung di sana. Mencari peluang mendapat barangan yang lebih murah dan berpatutan. Tak kiralah tengah sarat mengandung mahupun tika mengendong anak kecil.

Bila dah ada anak sendiri, JUSTUKOR telah bertukar fungsi sekali lagi buat Diego dan Marcia. Ia menjadi taman permainan kanak-kanak terbesar buat anak-anak mereka, Rodriguez dan Pablo. Rodriguez yang baru boleh bercakap sedikit-sedikit dah boleh sebut JUSTUKOR dengan sempurna. Meminta-minta Diego membawanya ke sana tiap kali naik kereta. Dia juga tahu mana letaknya rak-rak bahagian mainan kanak-kanak. Mereka sentiasa tekun mentelaah segala mainan-mainan di sana. Pablo tidak kurang hebatnya, walau kecil comel, tapi gilanya terhadap mainan kereta dan motorsikal melebihi segalanya.

Cuma, mereka pandai menjaga tertib dan adab sopan memasuki pasaraya. Mereka tahu, itu hanya mainan sementara mereka. Bila tiba masanya, mainan akan diletakkan semula dan Diego dan Marcia akan membawa mereka pergi jauh dari bahagian mainan itu. Mereka tidak akan meronta-ronta, terbaring dan berguling-guling meminta yang bukan-bukan. Begitulah adab sopan ketika mengunjungi pasaraya yang telah diterapkan Diego dan Marcia buat Rodriguez dan Pablo. Makcik penjaga bahagian mainan juga telah mengambil berat terhadap mereka dan senang melihat kejurusan mereka mempergunakan mainan di sana. Berat Pablo pon di ambil kira makcik bahagian mainan, sebab sebelum ini berat Pablo agak susut sedikit.

Babak Dua

Menghampiri hujung bulan. Diego punyai belanja cukup-cukup sahaja untuk keperluan sekeluarga buat minggu itu. Sipi-sipi boleh terlepas makan nasi kalau perbelanjaan itu tidak terkawal.

Walaupun demikian, susu tepung untuk anak-anak tetap akan dipastikan agar senantiasa mencukupi bekalannya. Hanya yang termampu buat anak-anak Diego. Tapi minggu itu, bekalan susu tepung buat Rodriguez dan Pablo telah habis sebelum tempoh unjuran.

Bukan tidak ada tempat lain yang menjual susu tepung, tapi kalau Diego bawa anak-anak ke JUSTUKOR, itu adalah bonus untuk anak-anak sebab mereka dapat melampiaskan rasa suka mereka terhadap kawasan JUSTUKOR itu.

Bila selesai membeli susu tepung, ketika melewati kawasan restoran makanan segera, di perkarangan kawasan luar restoran disediakan mainan-mainan tunggangan kanak-kanak. Ada kereta bomba, motor polis, jip, panda, keretapi dan dua tiga lagi mainan tunggangan. Semuanya perlu token yang berharga Rs 1 untuk membuatkan tunggangan itu bergerak dan mengeluarkan muzik.

Rodriguez sudah di atas tunggangan meminta-minta dan menghulurkan tangan untuk memasukan token. Diego rasa tak wajar. Kalau bagi dekat Rodriguez, nanti apa kata Pablo? Mesti Pablo pula akan meminta token yang sama. Bukanlah harga token itu yang menjadi ukuran kasih sayang, tapi hari itu, Diego rasa wang perlu digunakan untuk hal-hal yang lebih penting. Juga Diego pernah menjumpai mainan tunggangan yang sama tetapi menawarkan harga Rs 0.50 untuk sekali tunggangan. Bukankah lebih berpatutan?

Diego dan Marcia adalah pengguna bijak. Diego terpandang satu mesin yang kelihatan sedikit jauh dari kumpulan mesin tunggangan. Lampu mentol menyala di kepala Diego.

Diego tukar Rs 1 di kedai majalah berhampiran. Diego buka selipar Rodriguez. Letak Rodriguez diam-diam di tempat yang dikehendaki. Diego masuk syiling Rs 0.20 ke dalam mesin. Rodriguez dapat markah 14.2 dari mesin itu. Diego turunkan Rodriguez, letak pula Pablo. Masukkan lagi syiling Rs 0.20. Pablo dapat markah 10.5 dari mesin. Pablo kalah dengan Rodriguez. Marcia pula naik. Markah Marcia lebih tinggi, 68.2. Diego sendiri pula yang naik dan memasukkan syiling. Teruja untuk bermain mesin ini. Diego menang. Markah Diego paling tinggi, 70.4.

Dengan modal tak sampai Rs 1, semua gembira dapat bermain dan mereka pulang dari JUSTUKOR dan sempat sampai rumah sebelum cerita CSI bermula.

Mesin ini agak seronok main ramai-ramai

Notapenting amANI: Selamat Hari Ibu buat Mak, Mek dan Ezi. Dengar kata Zaahirah dan Lini pon bakal ibu juga.


5 ulasan:

d u t a berkata...

+ juskutor +
cam lucah lak sebut camni. weols dulu suka benar nak gi juskutor... paling best, part waktu aku jadi casual worker kat situ. jadi cashier... yang penting, akur return duit pada customer tak cukup, bermakna justukor kaya sebab aku! hahaha... so, lepas ni, if uols tgk new staff / trainee ke yang keje waktu sale ke, u kira sama2 masa dia kira duit nak return pada uols... sbb yg pastinya, takut uols menyebabkan jammed counter sbb nak kira duit lepas dah dapat baki! faham ke? heheheh

shooter berkata...

+juskuntor+
weih...mai la ke kawasan rio de jeramat ade juskuntor yang disiapkan dengan air pancuran untuk kanak-kanak di tengah laman. kanak-kanak tidak kira warna kulit mahupun anak-anak pelancong asing juga bermain dan berbasahan di juskuntor rio de jeramat.bawakkan baju spare anak-anak. sekian dari TM directory sedia membantu.

Adam Ruslan berkata...

::duta::

eja biar betul ye, JUSTUKOR. Tiada kelucahan langsung di atas perkataan itu. Hahah.

Mujur ko bagi duit kurang kat customer. Yang lebihnya ko simpan ek? Hahah.

::red::

JUSTUKOR Rio di Jeramat? Yang baru bukak kat tepi bukit tuh? AU kan? Dah pergi. Hahah. Takat air pancut, kat JUSTUKOR Taman Loyal Equisite kat sini pon ada.

shooter berkata...

+Amani+
la....ye ke...tak sangka wilayah selatan Sao Paulo dah maju dah pandai buat air pancut. tapi sana mesti takdek petrisaen di menara kei la sisi. tak salah aku budak2 masuk free.kalau aku salah aku yang bersalah, bukan ibu yang mengandung

Adam Ruslan berkata...

::red::

Ooo, air pancut yang macam tu memang takde dan aku tak pernah bawak lagi ke sana. Setakat air pancut di laman taman permainan JUSTUKOR adala. Itu pon kanak-kanak buat mandi jugak.

Apa,dah mengandung? Hahah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...