Advertlets

Isnin, Mei 25, 2009

Catatan Diego - Bedah @Klinik

~Sekitar tahun 2000.

Selesai makan. Dia melangkah longlai. Menuju hamparan untuk merebahkan badan. Sambil pinggul bergoyang ke kiri ke kanan persis kucing berjalan, lebihan perutnya juga turut bergoyang. Bahagian dadanya yang bersusu juga kelihatan besar dari biasa, membengkak. Yang pasti. Gelebeh dan rebeh. Mukanya tak la cun mana. Tapi ramai jantan suka kat dia. Asal mengorat, pasti dapat. Bila dah dapat, pasti beranak. Asal beranak, pasti anaknya mati. Balasan duniawi kot, banyak sangat berpeleseran tanpa usul periksa. Bukan salah dia. Dia hanya naif untuk menahan godaan.

Kali ini, balasan duniawi kepadanya agak berat. Perutnya robek. Robek akibat lelasan anaknya yang ingin menyusu. Susu tak keluar, anaknya marah. Dia tak sanggup lagi kehilangan anak-anaknya. Dia cuba menyusukan juga. Cakaran marah anaknya tika susu kering atau tak keluar, dia tahan. Pedih, sakit, perit. Dia tahan juga. Dia lagi tak sanggup dengar rengekan lapar anaknya. Dia tahan kesakitan itu. Dia harap, anaknya selamat dan tidak mati kebuluran. Tiada herba atau tumbuh-tumbuhan yang dapat mengurangkan rasa sakit perut yang dirobek itu. Dia tak mampu ke klinik. Sendirian. Inikah balasan buat dia yang selalu berpeleseran dengan jantan-jantan tak guna itu?

*********

Tiba-tiba matanya berpinar. Di atas meja pembedahan. Seorang doktor dan seorang pemuda tampan memegang erat tangan dan kakinya. Doktor telah memberika suntikan bius ke lengannya. Doktor kemudian mengambil jarum berhujung tajan tapi cengkoi, diraut masuk benang pembedahan, kasar. Kapas berisi klorofom disapu keliling luka robekan. Kapas dibuang. Kini giliran jarum cengkoi mengait luka robekan. Hujung tajam jarum cengkoi menyucuk sungkit tembus kulitnya. Dicucuk sungkit pula dengan bahagian kulit di sebelahnya. Tembus. Benang mula melurut. Pantas diikat dan kulit mula bercantum. Benang diputuskan.

Sekali lagi, hujung tajam jarum cengkoi menyucuk sungkit tembus kulitnya,
Dicucuk sungkit pula dengan bahagian kulit di sebelahnya. Tembus. Benang mula melurut. Pantas diikat dan kulit mula bercantum. Benang diputuskan.

Kali ketiga. Matanya mula terkatup-katup. Fikiran terawang-awang. Dia sudah tidak sedarkan apa yang terjadi.

Pemuda tampan tidak lagi memegang kaki dan tangannya. Raut muka pemuda lesi tanpa darah. Peluh jantan mula berkaca di pangkal rambut. Matanya liar. Tidak tetap dan hampir terkenyit-kenyit. Desingan mula berbunyi di telinga. Pemuda minta izin untuk duduk di kerusi. Masih berdenyut-denyut kepalanya. Pening. Ngeri. Ngilu. Mujur sempat duduk. Kalau tidak, rebah.

Terngiang-ngiang.

"Saya pernah bermimpi kamu akan menjadi doktor suatu hari nanti Diego" cikgu matematiknya pernah berkata.
.
.
.
.
.
.

Doktor ke hape? Tengok ibu kucing kene jahit perut pon dah nak pitam!


KUIZ Catatan Diego - Soalan kuiz datang lagi. Berapakah harga kos pembedahan yang dilakukan. Jangan risau, hadiah tetap ada untuk setiap penyertaan. Janji menjawab untuk ke semua kuiz. Salah betul kita kira kemudian.

9 ulasan:

sheyda berkata...

yng cerita kat pasar malam tknk cerita ke? itu bukn sebb darah k, pon pengsan..hahaha..hm..masa marcia melahirkan pon ade kan? kan? kan?..

Juan Nazlan berkata...

ceh.. muka macho.. keje besar, bagi banyak.. tetap ada kelemahan.. wakakakaka..

Adam Ruslan berkata...

^sheyda^

Cerita yang ini lebih misteri.

^juan^

Owh, muka Diego macho ek? Hahah.

Ala, sekali skala kene buka cerita meraih simpati pulak. Barula cerita hero.

Spiderman sendiri ada kelemahan apa. Eh apa kelemahan Spiderman eh? Hahah.

a z m i r berkata...

diego - RM 300 kot.. ntah, tapi tak sangka ya takut darah..hihihihi

Adam Ruslan berkata...

^azmir^

Anda peserta paling konsisten menjawab kuiz. Tahniah.

Darah tidak terlibat di dalam pembedahan itu. Lebih kepada ngeri terhadap cara doktor menjahit luka.

shooter berkata...

cikgu chem
Kos pembedahan rm35
Hahahah aku ingatkan cerita mat rempit....

Adam Ruslan berkata...

^redghost^

Ada jawapan juga. Mekasih, jawapan disimpan untuk dinilai nanti.

hanimndroid berkata...

sumer diego rompak marcia, cane nak kira kos ni, benang jahit, jarum jahit,hauhahaua.... rm10! jgn membazir mode...

Adam Ruslan berkata...

^hanim^

Hahah. Biar betul nak jahit perut kucing yang berlubang guna jarum jahit dengan benang jahit sendiri?

Aku terima saja jawapan itu. Simpan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...