Advertlets

Khamis, Mei 14, 2009

Tulis-tulis - Yang penting hepi

Baru-baru ini, terduduk minum kopi dengan Tuan. Bila dah duduk sembang-sembang. Mula bersembang hal-hal kerjaya yang dipilih. Di mana rakan-rakan sama forecast bidang kami sekarang berada. (Ini je ke isu perbincangan kaum bapa? Kenapa kami tidak membincangkan hal seperti dompet berjenama Polo, kasut kulit Kangaroo atau resipi kek dan masakan Itali? Huh)

Bila dah senaraikan semua yang terlibat. Selain kerjaya biasa bidang mekanikal iaitu terlibat dengan mesin dan jentera (dalam kilang mahupun loji atau tempat pembinaan), ada yang bertukar menjadi pengajar, guru dan pensyarah. Hanya seorang dua yang menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Kami sependapat, dalam bidang kami, dari segi pencapaian kerjaya, ianya sedikit jauh ketinggalan dengan bidang-bidang lain di kalangan batch forecast kami. Agak lekeh la orang kata. Kalau perlu untuk kami menamakan wajah utama bidang mekanikal forecast. Mungkin Bajer atau Botak. (Kalau bidang awam? Tolong jawab sket encik Redghost)

Disimpulkan di sini. Semua di antara kami mendapat cabaran hidup yang berbeza. Yang paling unik, ada yang mendapat cabaran hidup yang mana, di sepanjang kehidupannya dari dulu sampai sekarang, tiada cabaran hidup. Mencabar jugak sebenarnya. Tapi aku yakin dengan prinsip beri dan dapat. Ada rezeki yang kita dapat lebih, ada rezeki yang kita dapat kurang.

Jadi, apa yang penting?

KERJA..SAMA!

Salah-salah. Ini bukan Wonderpets ya. (Sape tak tahu Wonderpets, dia koman spanar)

Yang penting, kita hepi. Yeh.

Notakaki berotot pejal amANI: "Yang penting kita hepi" adalah salah satu lirik lagu Kumpulan Aboi, dari lagu berjudul 'Yang Penting Happy'. Sapa tak tahu Kumpulan Aboi boleh muhasabah diri. Tak alternatif langsung korang.

7 ulasan:

redghost berkata...

sila klik alamat di bawah untuk jawapan

http://redghost29.blogspot.com/

amANI berkata...

^red^

Aku rasa kejuruteraan awam memang akan kekal bidang yang tetap ada kerja sebab di dukung secara langsung oleh perdana menteri sampailah ke ketua kampung.

Selagi ada pilihanraya, selagi tu projek macamana kecik pon mesti sampai kat tangan kontraktor.

redghost berkata...

emmmm........aku.....setuju....
ni aku nak kene tulis ruangan 'kontrak' pulak ni. kontrak terbahagi kepada 2...kontrak politik dan kontrak wayang. hahahahaha. dah keje baru tau ape kaitan kerja dan politik.....bagai air dicincing tak akan putus

a z m i r berkata...

amANI - keh..keh..keh.. memang banyak kontrak politik..hinggakan boleh dikira dengan jari kontrak yang telus..

amANI berkata...

^red+azmir^

sebab itu ada papan tanda besar tertulis "Satu Lagi Projek Kerajaan B*risan N*sional". Wayang kene lebih.

Rage berkata...

krjaan maner yg x nk negara diorg maju?itu jer persoklan skang..tp kenaler balance ngan politik yg bersih n didukong oleh pmimpin yg bermaruah..hehehe..terover lak..dats y civil engineer still phenomeno beb..hahah..Red Ghost bile nk bk company nie?nk gk tumpang kaya nie..haha..Amani bt ler poll "shall re-election necessary at Perak?ehhehe..leh tgk statistik..

amANI berkata...

^rage^

Yela, tapi kejuruteraan awam je di dukung langsung oleh segala pemimpin rakyat. Segala projek di tangan mereka.

Tak yah poll, aku jenuh baca berita politik Perak. Aku sokong untuk re-election, biar rakyat Perak yang tentukan. Biar kalah teruk salah sorang. Baru reti nak duduk diam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...