Advertlets

Rabu, Mei 06, 2009

Di Sungai Petani dengan Mohd T

Dari jauh, Mohd T dah sengih. Mohd T menghampiri meja makan. Hirup sedikit teh tarik di cawannya.

Mohd T: "Eh, pengantin sebijik macam dalam Hitman, nasib tak pakai cermin mata hitam je"

Aku tengok, kelihatan agak serius perwatakan yang dibawa pengantin. Mungkin dia risau persilat yang menghunus parang buatan itu.

Mohd T : "Ada iras-iras Jeneral Yamamoto pon ada"

Aku : "Patut pengantin selit pedang panjang kat pinggang, baru la menjiwai watak"

Entah kenapa, aku rasa macam ni la kot kalau kaum bapa yang bersembang hal-hal pengantin. Tak terkeluar pulak hal-hal seperti fabrik pakaian yang dipilih, jenama baju, kaler baju sedondon ke tidak, muka pengantin perempuan ada iras-iras rupa pengantin lelaki, apesal pengantin pakai kasut kaler putih, apesal bunga yang pengantin pegang kaler hijau, kat mana la pengantin tu mekap dan juga hal-hal lain yang berkaitan dengannya.

Begitulah laporan lengkap ketika menghadiri kenduri kahwin Redghost minggu lepas. Gambar yang diambil dengan kamera-tali-lebar-2-jari-boleh-sangkut-kat-leher ada kat blog beliau.

Nota
kamera kocek amANI: Amacam gambar yang aku letak? Bebokeh-bokeh dah aku rasa. Hahah.

10 ulasan:

duta berkata...

+ tahniah +
motif amik photo dari jarak jauh? anak pegang kaki ke tak lepas2 pak nya nak ambil photo?

amANI berkata...

::duta::

lama je rasa tak nampak komen ek.

motif?

tak pasal-pasal aku kene parang dengan persilat tuh kalau amik gambar pengantin betul-betul depan pengantin.

redghost berkata...

+duta+
wah....dah kembali aktif...rasanya last aku dengar khabar bulan 4 masa kawin kat gombak....ko bertapa kat maner?

+amani+
saya tak dapat lagi melihat gambar saudara sebab internet di opis telah memblok bagai. nanti di rumah saya tengok. ada gambar saudara dan Mohd T sekeluarga di meja pengantin. nanti saya emailkan...

*baju gaun dan baju hitman tu adalah pilihan ummi saya :) *

amANI berkata...

::redghost::

Takpe2, boleh pegi ke C.C terdekat untuk membelek gambar itu, hahah.

Tak pasal2 baju tu nama Hitman kan. hahah. Takpe beb, nampak segak dan bergaya. Kurang spek mata je. Huhu.

saiful berkata...

Macamana? Dah racun Mohd T masuk dunia blog? :)

amANI berkata...

::saiful::

ada rezeki nanti dia masuk.

redghost berkata...

wah.......en amani kreatif amek gamba...bagus2....ape yang kurang ialah
1.DSLR
2.DSLR
3.DSLR
4. crop sikit bagi pengapit balance bagi nampak cantik
5. payung yang kat hitman tu ganggu gamba sikit

aku bagi 8.5/10. ko memang kreatif, kene beli DSLR. at least D60 la.

amANI berkata...

::red::

nak beli kamera kocek pon aku bayar 2 kali. hahah.

D60? ada tak cabutan bertuah ke hadiah peraduan teka kata ke yang letak hadiah D60? hahah.

redghost berkata...

takpe takpe....slow slow...hang memang ada bakat mengambil gamba. kamera kocek sume auto... kalo dslr leh manual...leh lebih kreatipppp....syiokkkkk

amANI berkata...

::red::

buat masa sekarang, aku hanya boleh pasangkan tali lebar-2-jari-untuk-sangkut-kat-leher kamera kocek aku.

nanti-nanti dah kalau punya DSLR, tak la kekok sangat jalan-jalan sangkut kamera kat leher.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...